Rabu, 6 Oktober 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


GERAKAN SUDAH BERPISAH DENGAN BAPAK:UMNO MASIH CIUM KETIAK AYAH KAH KAH KAH MAHADHIR DIMANA KAMU

Posted: 06 Oct 2010 09:17 AM PDT

Gerakan Wilayah Persekutuan secara terbuka menyuarakan sokongannya kepada presiden parti, Tan Sri Koh Tsu Koon dan menolak dakwaan penasihat parti itu Tun Dr Lim Keng Yaik.

Malah, bendaharinya, Alan Chan pergi menyifatkan Dr Lim "semakin berusia" dan seharusnya membiarkan pemimpin muda menerajui parti itu.

"Lim semakin berusia, kaedahnya tidak boleh pakai lagi. Biarkan generasi muda (memimpin parti)," katanya sambil menegaskan biarlah presiden yang menangai soal parti.

Secara kebetulan Dr Koh merupakan ketua Gerakan Wilayah Persekutuan. Beliau bagaimanapun tidak hadir dalam sidang akhbar tersebut

RACUN MULA MENJALAR DALAM TUBUH PAKATAN

Posted: 06 Oct 2010 07:41 AM PDT

Kira-kira 20 lelaki yang mendakwa ahli DAP dan penyokong ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat DAP Perak mengutuk kepemimpinan pengurusi DAP Perak yang dituduh mengetepikan kaum India.

Mereka yang berkumpul sejak 10.45 pagi itu juga mendesak Kulasegaran yang juga timbalan pengerusi DAP Perak supaya keluar daripada parti itu.

Penyokong berketurunan India itu berkumpul di hadapan pejabat parti itu di Medan Istana di Ipoh sambil membawa beberapa sepanduk menyatakan sokongan kepada Kulasegaran selain mengecam kepimpinan DAP Perak.

Jurucakap kumpulan itu, Azman Mubarak, 24, berkata seramai 300 anggota DAP dari Buntung sedia mengikuti Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat itu meninggalkan DAP kerana kecewa dengan kepimpinan negeri yang menyisihkan Kualasegaran dan penyokong keturunan India.

Seorang lagi anggota kumpulan DAP itu, Alex Raj, 22, berkata perhimpunan itu bagi menyuarakan sokongan kepada Kualasegaran serta mengutuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memimpin DAP Perak.

"Kami penyokong keturunan India berasa ditipu oleh DAP. Mereka hanya memerlukan undi kami pada pilihan raya," katanya.

Kulasegaran kini berada di Nepal dan dijangka pulang selepas seminggu.

Terdapat laporan bahawa berlaku perbalahan antara beliau dan Ngeh serta Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sehingga Kulasegaran mengugut untuk meletak jawatan.

- Bernama

SIDANG FITNAH LIFAT TERBARU ANWAR DIBATALKAN:ANWAR MENGAPANI?

Posted: 06 Oct 2010 02:07 AM PDT

Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan- oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.
Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.
Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan.
Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahii yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

LAGI SEORANG AKANMENGAKU DI LIWAT:BIAR BETUL ANWARNI...

Posted: 06 Oct 2010 01:08 AM PDT

RAHIMI OSMAN BEKAS PEMBANTU KHAS ANWAR MENGAKU BELIAU DILIWAT

Rahimi Osman bekas Pembantu Khas Anwar dikatakan akan mengaku beliau di liwat.

APA YANG COBA IRAN BUAT INI

Posted: 05 Oct 2010 07:23 PM PDT

Warga Libanon akan segera memiliki "Masjid Al-Aqsha" mereka sendiri, lapor Yedioth Ahronoth hari Selasa (5/10). (Sebenarnya lebih tepat pembangunan replika Doom of Rock, karena kalau masjid Al-Aqsha harusnya meliputi seluruh kompleks.)
Masjid ini akan dibangun beberapa ratus meter dari perbatasan dengan Israel, sedang dibangun untuk menghormati kunjungan Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad mendatang.


Pembangunan masjid ini mendekati tahap akhir di desa Maroun al-Ras, dengan struktur yang sedang dibuat agar terlihat persis seperti prototipe yang ada di Yerusalem - termasuk kubah emas di atasnya. Tapi ada satu perbedaan mencolok: Sebuah bendera Iran berkibar di atasnya, sebuah penghargaan untuk sponsor pembangunan masjid itu, negara Iran.
Buldoser dan derek telah bekerja selama berbulan-bulan di lokasi pembangunan, yang juga akan mencakup tempat berjalan dan titik poin di mana Ahmadinejad berencana untuk melempar batu secara simbolis ke Israel. Presiden juga akan meresmikan masjid ini.
Jika kunjungan ke Libanon memang benar dilakukan, hal itu akan menjadi pertama kalinya Ahmadinejad berkunjung kesana sejak pelantikannya, pada tahun 2005 lalu. Di Libanon Ahmadinejad dijadwalkan bertemu dengan Sekretaris Jenderal Hizbullah Hassan Nasrallah, serta sejumlah pemimpin Libanon.(fq/ynet)

IKLAN MUSTAFA KAMIL AYOB DARI PERKASA:MENGAPA?

Posted: 05 Oct 2010 06:17 PM PDT

PKR tidak akan berkompromi dengan dengan mana-mana anggota parti yang bersekongkol dengan politik ekstrem Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa).

"Kita tidak akan berkompromi dengan api perkauman yang ditiupkan oleh Perkasa dan Umno ini.

"Parti Keadilan Rakyat adalah parti untuk semua bangsa, ayuh kita tolak anasir ekstrem Perkasa dan Umno ini," ujar kata Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub tengah hari tadi di Akademi Keadilan.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Perak tidak menolak kemungkinan bahawa sokongan liar Perkasa itu semata-mata untuk memburuk-burukkan imejnya dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal politik busuk Perkasa dan Umno yang marah apabila pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri dipertikai oleh Azmin.

"Pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk Perkasa-Umno.

"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin parti Keadilan mengkritik Tun?" ujarnya sambil mempersoal tindakan Mahathir memfitnah serta memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri 13 tahun lalu.

Mengenai Galas, beliau menganggap kemenangan dalam pilihan raya kecil itu sebagai komitmen bersama Pakatan Rakyat.

"Parti Keadilan sebagai salah satu komponen parti dalam Pakatan Rakyat dokongan sepenuhnya kepada calon yang diwakili oleh PAS," ujarnya.

Beliau yang juga salah seorang anggota Biro Politik Keadilan berkata, partinya akan berbincang dengan lebih terperinci berhubung persiapan tambahan supaya kerusi tersebut mampu dipertahankan oleh PAS.

"Soal pilihan raya kecil Galas, Keadilan memberi komitmen sepenuhnya. Esok, Biro Politik Keadilan akan bersidang antara lain kita akan menyentuh soal pilihan raya kecil itu," ujarnya lagi.

Lanjutan itu, beliau menasihatkan akar umbi parti supaya tidak mengabaikan pilihan raya kecil parti walaupun masing-masing sibuk menunaikan tanggungjawab sempena Pemilihan PKR 2010.

Ditanya soal kemampuan Pakatan Rakyat mempertahan kerusi yang dikosongkan almarhum Che Hashim Sulaima, beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan) dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mampu merencana strategi bagi menolak politik perkauman Umno BN.

LAWAK RABU DARI DS NAJIB

Posted: 05 Oct 2010 05:06 PM PDT


BRUSSELS, 5 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyampaikan ingatan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan satu ancaman dan bahawa Islamofobia sering dicetuskan oleh ekstremis dalam semua agama.
Beliau masyarakat antarabangsa perlu melihat Malaysia sebagai contoh jelas bagaimana rakyat dari pelbagai agama dapat hidup bersama secara harmoni.
Bercakap pada perbincangan meja bulat media yang dihadiri pertubuhan media antarabangsa yang berpangkalan di sini, Najib (gambar) berkata konflik yang timbul bukan di antara agama tetapi antara ekstremis dan puak sederhana bagi semua agama.
"Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama," katanya.
Islam merupakan antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi itu dan Najib ditanya berhubung cara Malaysia menangani persepsi terhadap agama di kalangan masyarakat Eropah di tengah-tengah perundingan perjanjian perdagangan bebas Eropah-Malaysia, yang akan dilancarkan di sini hari ini.
Najib berkata adalah lebih baik jika masyarakat Eropah dapat menyertai dialog dengan negara-negara Islam sederhana seperti Malaysia.
Sambil menyatakan bahawa beliau tidak merestui tindakan golongan ekstremis, Najib berkata usaha bagi menyelesaikan Islamofobia ialah mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu rakyat Palestin.
Katanya nasib rakyat Palestin, yang telah dinafikan hak mereka, "menyentuh perasaan di kalangan dunia islam."
"Setengah orang berasa jika tiada lagi harapan, apa lagi yang ada untuk menyambung hidup," katanya sambil menambah sebaik masalah rakyat Palestin diselesaikan, keganasan akan reda. – Bernama

umno busuk perkasa busuk MELAYU SUKA CIUMNYA HA HAH A..

Posted: 05 Oct 2010 12:53 PM PDT

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah menjelaskan sokongan yang diberikan mereka kepada Mustaffa Kamil Ayub - calon timbalan presiden PKR - bukanlah untuk memecahkan perpaduan dalam parti itu.

"Sokongan Wira PERKASA bukan kerana mahukan perpecahan sesama mereka (pemimpin PKR) tetapi setelah diambil kira antara semua calon, Mustafa Kamil Ayub dilihat calon yang ada jati diri Islam dan bangsa Melayu," kata Arman Azha (kanan).

Mustaffa Kamil pagi ini mempersoalkan 'sokongan' PERKASA terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin dalam PKR.

Menurutnya, sekiranya Arman Azha mahu melihat beliau bersengketa dengan Azmin Ali - pesaing utamanya untuk kerusi nombor dua dalam PKR - perkara itu tidak akan berlaku kerana pemimpin PKR matang menangani "politik busuk" PERKASA-Umno.

Arman Azha memberitahu Malaysiakini petang ini, PKR memerlukan pemimpin yang ada latar belakang seperti Mustaffa dalam parti itu.

"Tetapi soalannya kini kenapa (beliau) takut pada suara PERKASA yang menyeru perwakilan PKR menyokong beliau?" soal Arman Azha kembali.

Secara sinis, beliau juga bertanya sama ada sesiapa yang mahu memegang jawatan dalam PKR takut membawa agenda kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan tanah air.

"Adakah pemimpin-pemimpin PKR sanggup gadaikan prinsip agama, bangsa dan tanah air semata-mata untuk dapat kuasa dan jawatan?

"Apa prinsip PKR jika bukan kerana agama bangsa dan tanah air?" tambah Arman Azha.

UMNO KEBAS DUIT ORANG TUA PULAU PINANG? REPOT POLIS DIPERLUKAN

Posted: 05 Oct 2010 10:32 AM PDT

Mengikut laporan berita online Malaysiainsider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pada sidang media, Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit ehsan yang dikutipnya dari warga tua.

Pemimpin Umno, Reezal Merican telah mendakwa duit ehsan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga tua Pulau Pinang adalah haram kerana duit itu adalah dari sumbangan dari kelab lumba kuda di Pulau Pinang.

Namun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa duit yang diberikan kepada warga tua adalah dari duit sumbangan judi tetapi dari duit kerajaan yang berjaya dijimatkannya.

Umno mula menganjurkan 'program mengembalikan duit haram' dari penerima-penerima wang ehsan tersebut. Dalam setiap program yang yang dianjurkan Umno, kelihatan warga tua sedang mengembalikan duit yang dikatakan haram itu.

Menurut TV3/4, Umno akan mengembalikan semua wang yang dikutip oleh mereka kepada kerajaan negeri. Tetapi, KM, Lim Guan Eng menafikan setakat ini ada menerima apa-apa wang dari Umno Pulau Pinang.

"Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak munasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas," kata Lim. – harakahdaily

Setakat ini dikatakan lebih dari 100 orang telah mengembalikan duit ehsan itu. Ini bermakna kutipan mereka sudah mencecah lebih dari RM 10,000. Siapakah yang sedang memegang duit ini? Reezal Merican Naina Merican?

Apakah duit ini akhirnya akan dikembalikan ke khazanah kerajaan negeri? Kita tidak tahu sebenarnya berapa ramaikah warga tua yang sudah mengembalikan duit mereka. Akaun berkaitan wang yang dikembalikan oleh warga tua yang disimpan oleh Umno tidak boleh dipercayai kerana Umno kita percaya tidak beramanah. Siapakah akhirnya yang akan menikmati semua kutipan dari warga tua ini?

Wang yang dikutip dari sumbangan orang ramai kepada tabung Tsunami suatu masa dulu, juga dikatakan tidak diagihkan dengan betul kepada mangsa bencana alam tersebut oleh Umno/BN. Ada mangsa yang mendakwa mereka tidak menerima apa-apa bantuan dari tabung Tsunami! Wang untuk mangsa bencana alam pun mereka 'gasak'.

Jadi, apakah duit ehsan yang dikembalikan oleh warga tua akan selamat kembali kepangkuan khazanah negeri Pulau Pinang?

Lebih dari 100,000 warga tua telah menerima duit ehsan dari kerajaan negeri, namun 100 orang lebih sahaja yang telah mengembalikan duit tersebut.

oleh decapucino

Ulasan GB

Dalam hal ini GB kata LIm Guan Eng bersalah. Sebabnya tiada laporan polis dibuat. Dari awal lagi GB sudah berpesan di SINI. Petikan:

Pertama, laporan polis perlu dibuat supaya wang-wang yang dipulangkan itu benar-benar dikembalikan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak RM4,000.

Dan di SINI. Petikan:

Kerajaan negeri berhak untuk tuntut RM4 ribu yang kononnya dikatakan dipungut semula dari warga emas tersebut. Kalau pun betul wang itu pungutan dari warga emas, memang wajar YB Penaga itu perlu menyerahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak YB Penaga itu boleh ditahan dan ditangkap kerana menipu warga emas berkenaan dengan melarikan wang ihsan itu. Kalau wang itu bukan wang ihsan tetapi milik YB Penaga sendiri tetapi cuma dilakonkan saja, dia sepatutnya ditahan juga kerana menipu.

Degil!
http://greenboc.blogspot.com/2010/10/umno-kebas-pungutan-wang-ihsan-di-pulau.html

Tiada ulasan: