BRIGED MP SEGAMBUT |
- MAHADHIR PEMIMPIN YANG TERSUNGKUR
- PANAS!!! NAJIB TERKAIT BELI WAKIL RAKYAT PAKATAN?
- SANGGUPKAH TENGKU RAZALEIH PIKUL BIAWAK HIDUP DI GALAS?
- RAJA PETRA AKAN SERANG PAKATAN RAKYAT AWAS?
- SIAPA IBRAHIM ALI DALAM UTUSAN MALAYSIA?
- PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEMILIHAN PKR
| MAHADHIR PEMIMPIN YANG TERSUNGKUR Posted: 04 Oct 2010 01:54 AM PDT Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai pemimpin yang sedang tersungkur di negara itu. Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan cabang Gombak tanpa menamakan individu berkenaan Beliau kemudian mengakui ia merujuk kepada Dr Mahathir ketika ditemui media selepas itu, malah menyifatkan sindiran itu lebih lunak dan sesuai untuk pemimpin berkenaan. "Saya berharap Dr Tun Mahathir sebagai pemimpin yang sudah lama memimpin negara ini harus mengambil tanggungjawab besar kerana Malaysia akan lebih maju jika fahaman perkauman sempit tidak diamalkan dalam pemerintahan hari ini," katanya. Sebelum itu, ketika ketika berucap di depan 145 perwakilan yang hadir pada mesyuarat berkenaan, Azmin berkata, jika PKR sebagai parti pelbagai kaum mahu menjadi parti yang maju, fahaman perkauman sempit seperti dibawa oleh perlu dihindari oleh semua ahli dan pemimpin parti itu. |
| PANAS!!! NAJIB TERKAIT BELI WAKIL RAKYAT PAKATAN? Posted: 04 Oct 2010 12:11 AM PDT ![]() Mengikut pendedahan dokumen rasmi SPRM berkenaan dengan laporan YB Lim Soo Nee. YB tersebut telah membuat laporan rasmi kepada SPRM di atas percubaan membeli beliau untuk keluar parti dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Selepas laporan dibuat, SPRM telah menjalankan siasatn sehingga ke tahap adanya laporan bertulis. Laporan ini telah didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin dalam blog beliau, MalaysiaToday. Bahagian akhir laporan tersebut menyatakan tukang beri rasuah menyebut nama Dato Seri Najib Tun Razak akan membawa wang yang lebih besar sekiranya jumlah yang ditawarkan kepada YB Lim Soo Nee tidak mencukupi. Pendedahan laporan ini juga MEMBUKTIKAN KESAHIHAN dakwaan Anwar Ibrahim berlakunya usaha terancang dari UMNO untuk membeli wakil-wakil rakyat PKR. Tulang Besi ![]() ![]() ![]() http://www.malaysiawaves.com/2010/10/najib-terlibat-konspirasi-beli-wakil.html |
| SANGGUPKAH TENGKU RAZALEIH PIKUL BIAWAK HIDUP DI GALAS? Posted: 03 Oct 2010 11:10 PM PDT GOMBAK, 4 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menerima keputusan Umno untuk meletakkan beliau sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil N45 Galas. Mahfuz menegaskan, veteran Umno itu terkenal sebagai seorang berpegang teguh pada prinsip perjuangan menegakkan keyakinannya dalam banyak isu yang timbul khusus di Kelantan terutama royalti minyak. "Beliau sudah pasti tidak akan mahu galas biawak hidup," tegasnya merujuk kepada reputasi Umno yang sudah sekian lama dicemari dengan segala macam rekod buruk yang semakin bertambah dalam kiraan jam. Ahli Parlimen Pokok Sena itu ditemui dalam Majlis Terbuka Aidil Fitri PAS Pusat 1431H yang diadakan di Taman Berjaya, bersebelahan Taman Melewar, dekat sini semalam. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, tiga Naib Presiden serta semua AJK PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda turut berada di lokasi. Dalam majlis itu, puluhan ribu rakyat dari berbagai kalangan masyarakat termasuk kaum Cina dan India hadir untuk sama-sama merai dan bertemu dengan pimpinan parti Islam yang berteraskan dakwah, tarbiah dan siasah itu. PRK Galas bakal diadakan tidak lama lagi ekoran kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaima, 47, pada 27 September lalu kerana mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru. Dalam perkembangan berkaitan, Ku Li yang ketika ini masih berada di luar negara menyatakan belum menerima kehendak Umno yang beria-ia dan menghebahkan beliau telah bersetuju sebagai pengarah pilihan raya kecil itu. Sehingga kini beliau masih belum memberikan apa-apa jawapan kepada sesiapapun termasuk (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin, tegas Ku Li menerusi laman twitternya sebagai menjawab soalan rakannya. Menurutnya, beliau hanya akan mengumumkan pendiriannya sebaik pulang ke tanahair pada 9 Oktober akan datang. |
| RAJA PETRA AKAN SERANG PAKATAN RAKYAT AWAS? Posted: 03 Oct 2010 09:07 PM PDT Raja Petra Kamarudin, yang kononnya dianggap sebagai seorang penulis blog politik bebas, tetapi sebenarnya berpihak kepada pembangkang dikatakan kini tidak lagi sehaluan dengan Pakatan Rakyat. Menurut portal berita The Malaysian Insider, Raja Petra, juga dikenali sebagai RPK, menyatakan rasa kurang senang dengan apa yang beliau dakwa kegagalan Pakatan memenuhi manifesto pilihan raya sekalipun sudah menguasai beberapa buah negeri selama lebih dua setengah tahun. Pernyataan rasa kecewa RPK dilahirkan pada majlis dialog dengan rakyat Malaysia di London pada Ahad yang turut dihadiri oleh pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. RPK juga mengancam menarik diri daripada menyokong PR dalam pilihan raya kecil Galas akan datang oleh kerana PR telah gagal memenuhi janji yang dipersetujui sebelum pilihan umum Mac 2008. Sebagai respons kepada pernyataan RPK, Anwar meminta agar ada persefahaman dan mendakwa banyak pembaharuan tidak dapat dilaksanakan tanpa kawalan kerajaan persekutuan. - Bernama |
| SIAPA IBRAHIM ALI DALAM UTUSAN MALAYSIA? Posted: 03 Oct 2010 04:56 PM PDT Sementara Utusan Malaysia dilihat memiliki "hak istimewa" untuk menyiarkan hujah berbaur perkauman, wartawannya sebaliknya semakin tertekan apabila memperkenalkan diri kepada orang lain. Malah, tekanan ini semakin dirasai selepas tsunami politik dalam Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008. Pengamatan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia baru yang telah 15 tahun berkhidmat sebagai wartawan Utusan Malaysia ini mendapati bahawa orang umum kini melihat wartawan Utusan Malaysia dengan penuh kesangsian, malah seolah-olah cuba mengasingkan diri daripadanya, kerana dianggap "rasis". "Itu yang buat saya tertekan, tahu? Bukan saya saja, ramai lagi yang rasa tertekan, rasa Utusan ni buruk sangat ke? Tapi masalahnya bukan Utusan yang salah, kenapa nak salahkan kami?" Hata Wahari meluahkan suara yang terpendam dalam hati, dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, pada 28 September 2010. Kegusaran dan ketidakpuasan ini akhirnya berubah menjadi tekad Hata Wahari untuk bertanding sebagai Presiden NUJ. "Saya kempen kat NST (New Straits Times), Sinchew (Daily), Nanyang (Siang Pau) sehingga saya keluarkan manifesto saya dalam bahasa Mandarin." Beliau menambah, "Memang saya suruh kawan saya tolong translate (terjemahkan), mereka kata, because of you, I tolong translate (keranamu saya tolong terjemahkan). Sekarang (manifesto) itu yang saya cuba nak buat masa kini, nak memulihkan nama baik Utusan, supaya Utusan tidak dilihat sebagai enemy (musuh) tapi sebagai rakan media.""Selama 15 tahun, saya dah lihat banyak kongkongan, memang saya tidak rasa selesa, mungkin tidak selesa dalam keadaan tekan, saya rasa 'enough is enough-lah' (cukuplah), saya perlu memperjuangkan kebebasan media, walaupun saya rasa mungkin tak tercapai, tapi mesti ada satu permulaan gerakan ke arah itu. Mungkin dalam tempoh masa 13 atau 15 tahun lagi saya akan bekerja, saya akan 'advocate' (mendukung) untuk kebebasan media." Tekad ini wujud kerana Hata Wahari menyedari realiti yang terpampang di depan mata, "Utusan dilihat sebagai musuh media sekarang. Imej Utusan jatuh dengan buruknya sejak Pilihan Raya Umum 2008. Pemilihan berita tak tepat, tidak ikut peredaran zaman, penumpuan berita pun terlampau ke satu pihak. Kes liwat DSAI: Fakta bukan ditulis wartawan Hata Wahari seterusnya mendedahkan bagaimana editor yang menentukan berita muka depan, menonjolkan (highlight) fakta-fakta yang terpilih, dan apa yang ditonjolkan itu bukan ditentukan oleh wartawan. Beliau memberi contoh, "Misalnya dalam kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, ada fakta tentang apa yang dikatakan oleh Saiful, bukan wartawan yang tulis (maksud: bukan ditentukan wartawan). Itu semua fakta-fakta yang di-highlight (ditonjolkan) oleh editor. Editor yang berkuasa membuat penetapan bagi tajuk di muka depan." "Untuk setiap Ketua Pengarang, terbitan Utusan memang berbezalah. Masa Johan Jaafar, dia menegur kerajaan punya machinery (jentera), mana kerajaan yg tidak sihat, dia akan tegur, akan tegur akan tegur... Itu menyebabkan Utusan punya edaran mencecah 350 ribu sehari, kerana polisinya rakyat suka." Beliau menjelaskan selanjutnya, "Dia buat untuk rakyat, kaitkan dengan masalah rumah murah, orang kaya tidak berhak dapat rumah tu, dapat rumah juga. Saya ingat lagi kita buat siasatan, laporan, sehingga ada perubahan polisi, sekarang rumah murah khas untuk rakyat miskin, sebab tu wujudnya PPR (Projek Perumahan Rakyat), masa Johan Jaafar baru dilaksanakan." Hata Wahari menceritakan bagaimana zaman di bawah Khalid Mohamad mengambil dasar untuk memberi layanan yang saksama kepada pembangkang, termasuk membuat liputan di Muktamar PAS. "Ketua Pengarang sekarang, saya tak boleh cakap banyak. Basically (Pada dasarnya), apa yang saya keluar dalam kenyataan itulah polisi dia. Teguran saya ni bukan nak jatuhkan maruah Ketua Pengarang, saya minta mereka agar mengurangkan sikit genggaman. Kita janganlah extrem sehingga melaporkan segala buruk yang berlaku kepada PR dan segala yang buruk untuk BN tidak dilaporkan, kita ambil jalan tengah-lah," tegasnya. Liputan semasa zaman reformasi Namun, bagaimana pula dengan liputan Utusan Malaysia pada akhir tahun 1990-an, yang menyaksikan kebangkitan gerakan Reformasi? "Tak ada masalah, Utusan masih cover semua benda-benda. Masa tu transaksi (pengalihan) Johan Jaafar kepada Khalid, saya tidak nampak sikap berat sebelah, even Anwar punya kes liwat mahkamah, kita lapor secara verbatim (perkataan demi perkataan). Maksudnya, apa yang dikatakan dalam mahkamah, kita keluarkan, tidak tambah. Sekarang ni...susah sikitlah nak cakap..." Hata Wahari enggan melanjutkan. "Maksudnya, dia orang tak nak follow (ikut) polisi lepas, kita perlu buat laporan secara telus, tak nak laporkan sesuatu yang kontroversi sangat. Kata-kata yang kasar sangat, yang tidak baik dibaca..." Berhubung liputan berita kes liwat yang sedang dibicarakan sekarang, Hata berkata, "Kita boleh buat laporan kes tu, tapi kena bagi peluang dia (Anwar) untuk mempertahankan diri..."Wartawan MerdekaReview cuba melontarkan kemungkinan bahawa peluang ini mungkin tipis, memandangkan Utusan Malaysia kini dilarang oleh Pakatan Rakyat, dan temuramah melalui panggilan telefon mungkin tidak dijawab. "Tapi di mahkamah tidak ada masalah, Utusan boleh buat liputan, boleh jolok, tak ada masalah. Yang dilarangkan ialah buat liputan di ibu pejabat PKR, kerajaan negeri... NUJ telah menghantar surat kepada pemimpin PR supaya menarik balik larangan bagi wartawan Utusan dan NST..." jelas Hata Wahari. "Kita ingat tak fair (adil) melarang reporter (wartawan) dan ahli kita membuat liputan. Kita akan menghantar surat kepada pemimpin BN dan PR untuk berbincang tentang perkara ni, banyak sekatan yang perlu diselesaikan dengan segera," Bahkan Hata Wahari tidak menolak untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin berkenaan. Tak pernah saya reka cerita 15 tahun bukannya jangka yang pendek. Pernahkah Hata Wahari diberi arahan untuk menulis sesuatu yang bercanggah dengan prinsip kewartawanan yang didukungnya? "Saya punya prinsip memang dia orang tahu. Daripada hari pertama, mereka telah tahu, prinsip saya ni tidak akan membuat sesuatu yang tidak diperkatakan. Secara verbatim, apa yang disebut saya laporkan, ini prinsip hidup saya, mereka hormati. Daripada dulu sampai sekarang saya tidak ada buat rekaan cerita..." Beliau pernah membuat liputan pada zaman Mahathir (gambar kiri, kiri) dan Abdullah Ahmad Badawi (gambar kiri, kanan) menyandang jawatan Perdana Menteri, malah ketika Anwar Ibrahim menjawat Timbalan Perdana Menteri. Dari satu segi, beliau terselamat daripada "mereka-cipta cerita fitnah", kerana beliau hanya menulis berkenaan dasar kerajaan.Namun demikian, apakah Utusan Malaysia terlibat untuk membuat cerita fitnah, dari kaca mata Hata Wahari? "Itu saya tidak pasti, hanya orang yang kena tuduh tu kena nafi sama ada fitnah atau tidak. Tapi prinsip asalnya, saya minta kepada wartawan junior, lapor apa yang dia orang katakan, pusing atau tidak terserah kepada editor. Dia orang (wartawan junior) tidak akan membuat sesuatu yang mencanggah prinsip etika kewartawanan, itu memang kita punya kerja. Saya tahu wartawan pun membuat prinsip tu juga." Bagaimanapun beliau menambah, "Tetapi itu di peringkat wartawan, tapi peringkat atas tu, saya tak involve (terlibat) dalam editorialship, tak pasti sama ada benda tu di-twist (diputarbelit) oleh editor." Wartawan MerdekaReview selanjutnya menanya sama ada rakan sekerjanya mengadu kepadanya, bahawa laporan berita yang ditulis itu diputarbelitkan? "Ada, bukan di-twist (diputarbelit), tetapi letak sesuatu yang buruk di atas, negative side (yang negatif) diutamakan dulu, itu yang jadi masalah..." katanya. Namun, apakah reaksi rakan sekerjanya setelah beliau mengeluarkan beberapa kenyataan yang menuding jari ke arah UMNO, Ketua dan pengarang kanan Utusan Malaysia? "Bermacam ada, ada yang setuju, ada yang tak setuju. Ada yang merasakan wajar, ada yang merasa tidak wajar, mix-lah (campur-aduk). Saya bagi tahu mereka, tujuan saya baik, apa-apa yang berlaku, kita tidak boleh salahkan Utusan. Utusan sebagai satu institusi, ia tidak bernyawa, yang berinya nyawa adalah pekerja-pekerjanya, kalau pekerja-pekerjanya tidak bertangungjawab, susahlah. Kita sebagai pekerja mesti memastikan Utusan terus wujud, untuk terus menjadi suara rakyat. Kita perlu mematuhi etika kewartawanan." Didesak letak jawatan? Jadi, adakah Hata Wahari berdepan dengan tekanan editor, lantaran daripada ketegasannya untuk mempertahankan prinsip? "So far tidak ada apa lagi, mungkin mereka tahu prinsip saya. Saya memang vokal dalam pejabat, kalau saya tak suka saya bercakap tak suka, secara directly (terus-terang). Tak ada tekanan apa-apa, tidak ada ketua pengarang atau pengarang kanan memanggil saya, so far-lah (setakat ini-lah)," katanya. Nostalgianya kembali, "Dulu kita banyak cover MCA, buat full coverage (liputan penuh), saya pernah cover DAP punya function, tak ada masalah. Tapi sekarang ni apa masalahnya kita tak boleh cover pula? Macam saya cover DAP, saya menulis apa yang dikatakan, saya tidak melencongkan. Dulu DAP tidak banyak hentam Utusan kerana mereka tahu laporan kita berlaku adil." Hata Wahari berkata, "Prinsip kewartawanan saya memang buat laporan yang adil bagi semua pihak, jangan membuat fakta-fakta tambahan. Dah 15 tahun berkerja, kalau ada laporan yang tidak betul, saya dah kena saman, malah tidak ada satu surat pun yang mengatakan laporan saya salah. Saya tidak dikenakan tindakan tatatertib dan disiplin. Jadi saya anggap semua laporan saya berdasarkan apa yang dikatakan." Semangat "berani kerana benar" bukan sebati dengan jiwa semua wartawan. Ketika diminta untuk mengulas fenomena di mana terdapat wartawan yang akur atau tunduk kepada majikan, beliau berkata, "Prinsip asal adalah masalahnya, apabila kita terpaksa akur kepada orang yang berkuasa, kita susah nak berlaku adil, lebih baiknya media dibebaskan daripada kongkongan mana-mana pihak. Kita sebagai wartawan yang bebas, tak perlu biased (berat sebelah), dan takut." Hata Wahari kemudian memberi nasihatnya, "Wartawan junior, buat berdasarkan apa yang dikatakan, kalau kita masuk apa-apa fakta yang tidak dicakap, saya beritahu kesannya kita akan kena saman. So far, wartawan Utusan memang ikut etika kewartawanan, melaporkan apa yang dikatakan. Tapi kadang-kadang mereka pun mesti ikut kata-kata bos juga, tapi mereka akan cuba sedaya-upaya untuk tidak melanggar etika kewartawanan. " (Bahagian kedua, bersambung) Bahagian pertama: Hata Wahari tertanya-tanya: Siapa Ibrahim Ali dalam Utusan? |
| PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEMILIHAN PKR Posted: 03 Oct 2010 09:29 AM PDT Walaupun kecewa dengan insiden pergaduhan yang berlaku semasa proses pengiraan undi pemilihan PKR cabang Sabak Bernam malam tadi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan ia sebagai pengajaran berguna dalam menguruskan pemilihan parti pada masa akan datang. Beliau berkata anggota parti mesti matang untuk menerima keputusan pemilihan sama ada kalah atau menang dan ia ditentukan menerusi kertas undi. "Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan prestasi parti. "Saya percaya kalau ini dilakukan sudah tentu rakyat memberi kepercayaan kepada parti untuk menerajui mana-mana negeri atau negara," katanya yang ditemui ketika meninjau proses pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor di Stadium Tertutup, di Kuala Selangor hari ini. Setakat pukul 12.30 tengah hari proses pemilihan masih berjalan dalam keadaan aman dan lancar. Ditanya kekecohan terbaru pada pemilihan PKR Cabang Sabak Bernam, Abdul Khalid yang mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor enggan mengulas kerana ia adalah tanggung jawab Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP). "JPP telah dilantik untuk membuat laporan dan mencadangkan apa-apa keputusan yang boleh diambil untuk menyelesaikan perkara ini. Ia kemudian tertakluk kepada Jawatankuasa Politik Pusat untuk pelaksanaan seterusnya," katanya. Mengenai pencalonan di peringkat Majlis Pimpinan PKR Pusat (MPP) Ahad depan dan diikuti kempen untuk menentukan pemilihan pemimpin tertinggi parti selepas itu, Abdul Khalid berharap pemilihan dilakukan secara tertib dan kemas sebagai contoh kepada masyarakat bahawa PKR dapat memilih pemimpin yang akan ditentukan oleh 400,000 anggota parti. Beliau berkata Selangor adalah kawasan terpenting dalam pemilihan MPP kerana ia mempunyai 100,000 orang keanggotaan. "Ini bermakna lebih 25 peratus daripada pengundi adalah di Selangor dan sudah tentu mempunyai kuasa pemilihan yang besar berbanding 12 kawasan lain. "Jadi, sudah tentu kita akan menghadapi satu kempen yang hebat di Selangor," katanya. Pada pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor kali ini, Abdul Khalid dijangka ditentang dua bekas pemimpin PKR cabang iaitu bekas Ketua AMK, Mazli Saring dan bekas Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, selain seorang anggota biasa bekas guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah. Seramai 6,123 ahli PKR Cabang Kuala Selangor layak mengundi pada kali ini. --Bernama |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Pernyataan rasa kecewa RPK dilahirkan pada majlis dialog dengan rakyat Malaysia di London pada Ahad yang turut dihadiri oleh pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menambah, "Memang saya suruh kawan saya tolong translate (terjemahkan), mereka kata, because of you, I tolong translate (keranamu saya tolong terjemahkan). Sekarang (manifesto) itu yang saya cuba nak buat masa kini, nak memulihkan nama baik Utusan, supaya Utusan tidak dilihat sebagai enemy (musuh) tapi sebagai rakan media."
Berhubung liputan berita kes liwat yang sedang dibicarakan sekarang, Hata berkata, "Kita boleh buat laporan kes tu, tapi kena bagi peluang dia (Anwar) untuk mempertahankan diri..."
Beliau pernah membuat liputan pada zaman Mahathir (gambar kiri, kiri) dan Abdullah Ahmad Badawi (gambar kiri, kanan) menyandang jawatan Perdana Menteri, malah ketika Anwar Ibrahim menjawat Timbalan Perdana Menteri. Dari satu segi, beliau terselamat daripada "mereka-cipta cerita fitnah", kerana beliau hanya menulis berkenaan dasar kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan