Bila Harimau Sudah Menaip... |
| Bangunan 100 Tingkat - Apa Rakyat Terbawah Dapat? Posted: 21 Oct 2010 09:35 PM PDT Entah apa kejadahnya hendak dibina bangunan 100 Tingkat. Adakah Malaysia memerlukan bangunan itu? Tentunya tidak. Tentu sahaja agendanya lain dan bertujuan untuk mengendos nama pemimpin No.1 di peta dunia. Atau untuk mengatasi Mahathir yang mempunyai senarai kejayaan yang agak banyak dan panjang, Kasihan pula pada Pak Lah. Beliau hanya terdaya membawa masuk parasit ke dalam parti UMNO. Apa bukti kemajuan fizikal yang dibawa oleh Pak Lah? Korridor? Jawapannya tiada. Yang ada Si Anak Menantu yang sedang menghancurkan golongan muda dengan ideologi palsu umpama pelakon opera Cina. Dongeng dan tiada Manfaat. Mungkin DS Najib tidak mahu nasibnya seburuk PM Malaysia ke-5 itu, lalu mencanangkan melalui Belanjawan yang lalu bahawa Menara Warisan akan dibina oleh PNB. Untung sangat kah PNB? Berapa agaknya dividen tahun ni? Sama-sama kita bandingkan. Hal itu, kita letak tepi dulu. Siapa agaknya yang mendapat manfaat dari pembinaan Menara 100 tingkat tersebut? Pekerja TNB? TIDAK! Cikgu Sekolah? TIDAK! Drebar Lori? TIDAK! Petani? TIDAK! Peneroka FELDA? TIDAK! Kerani? TIDAK! Rakyat yang mendiami PPRT? TIDAK! Nelayan? TIDAK! Penulis Blog? TIDAK! Yang mendapat keuntungan dan manfaat adalah Kontraktor Sivil Kelas A (berpangkat Datuk dan kroni Pak Menteri biasanya), Kontraktor Elektrik Kelas 1 (juga cenderung politik pemerintah), pembekal-pembekal Cina (potong jarila kalau beli material dari Melayu), Orang Tengah yang mark-up pada harga barang, dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam bidaan atau penyertaan tender tersebut (biasanya kroni). Pemilihan kontraktor juga biasanya diragui ketelusannya. Juga; pekerja-pekerja binaan yang rata-ratanya dari Indon , Bangla, Nepal dan Kerala, India. Kalau peratusan pekerja binaan Melayu mencecah 90%, aku sanggup sunat sekali lagi. Jadi, apa kejadahnya Menara tersebut jika tiada apa yang boleh dinikmati oleh rakyat? Bukankah lebih baik disifarkan kemiskinan dengan duit yang berbillion itu? Adakah kita terlalu bodoh untuk nampak manfaatnya (bangunan itu) atau kita diperbodoh-bodohkan oleh orang atasan? Bersediakah kita untuk membeli barangan yang semakin meningkat dan semakin menghimpit hanya untuk menampung kos pembinaan bangunan 100 tingkat tersebut? Itu belum lagi kita cerita kos maintenance bangunan, kos rugi kerana tiada siapa yang mampu menyewa dan AKHIRNYA... BANGUNAN TERSEBUT DIDIAMI OLEH CINA-CINA KAYA, PELABUR LUAR DAN KRONI-KRONI TERMASUK GLC YANG DIPAKSA. RAKYAT TERBAWAH MASIH DITAKUK LAMA BUKAN? Kesian kita. |
| 10 Ciri Negatif Pemuda adalah Ciri-ciri seorang Khairy Jamaluddin Posted: 21 Oct 2010 09:25 AM PDT Yang Berhormat KJ menyatakan terdapat 10 ciri negatif Pemuda UMNO yang perlu dikikis dan dijauhi kerana boleh merosakkan{sumber di sini}: 1. Elitis dan egois. 2. Suka melihat orang lain dihentam. 3. Syok sendiri. 4. Budaya 'check in'/'check out' dan 'punch card' - hanya tunjuk muka bila pemimpin ada. 5. Suka 'enter frame'/ gemar mengambil kredit atas usaha orang lain. 6. Budaya 'politik sate' - cucuk dan kipas pemimpin. 7. Baling batu sembunyi tangan. 8. Budaya 'yes man' / 'yes bos' 9. Talam dua muka 10. Oportunis. Yang sengalnya, YB KJ tak faham bahawa dialah sebenarnya "perosak" Pemuda UMNO malah kehadiran dia amat tidak diperlukan didalam landskap politik Malaysia. Kebanyakan ciri-ciri tersebut adapada beliau sendiri. Contoh 8 Ciri-Ciri Negatif ada pada KJ: Baling Batu Sembunyi Tangan Politik Sate Suka Enterframe Opportunis Talam Dua Muka Syok sendiri Elitis dan Egois Paling Best : Talam 2 muka @ 2 Alam |
| You are subscribed to email updates from Bila Harimau Sudah Menaip... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan