Biaqpila |
- Judi: Isu Besar Yang Dibodohkan!
- Gadis 'ghaib' SMS dari kubur
- Rokok naik harga,bukti kerajaan dah nak lingkup
- Hidangan Gadis Montok
- Tengok Ni, Atas Tutup (purdah) Paha Buka...
- Kes Bunuh Sosilawati: Polis Nafi Diganggu Makhluk Halus
| Judi: Isu Besar Yang Dibodohkan! Posted: 06 Oct 2010 08:00 AM PDT Selepas isu doa untuk Guan Eng, Pulau Pinang dikecohkan dengan isu duit judi pula. Isu doa untuk Guan Eng nampaknya sudah bernoktah. Isu duit judi pula semakin hari nampaknya semakin panas. ![]() Sepengetahuan saya Mufti Pulau Pinang tidak memberikan sebarang komen mengenai isu ini. Kalau isu ini benar-benar serius dan penting, saya yakin Mufti Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Apatah lagi jika isunya adalah, rakyat Pulau Pinang makan duit haram. Isu-isu yang dibangkitkan oleh Umno pada zahirnya memang isu-isu ‘bodoh’. Saya mengatakan isu-isu tersebut sebagai isu-isu ‘bodoh’ kerana beberapa sebab. Pertama, isu-isu itu tidak mendapat tempat di kalangan golongan intelek. Kedua, isu-isu itu lebih kepada gimik murahan Umno. Ketiga, isu itu akan mati begitu sahaja dan berlalu seperti angin. Keempat, isu-isu itu tidak disandarkan kepada fakta nyata. Kelima, isu-isu itu hanya ditangani secara sambil lewa sahaja. Walau pun isu-isu itu bersifat ‘bodoh’, namun itulah isu yang gemar digegak-gempitakan oleh Umno. Siapakah sasaran mereka dalam isu ini? Sasaran isu-isu ‘bodoh’ adalah orang-orang seperti itu juga. Orang-orang seperti itu bukan kisahkan fakta tetapi sukakan gimik. Apabila para pemimpin Umno gimikkan kononnya duit yang diterima itu haram dimakan, maka berpusu-pusulah orang-orang itu menolak daripada menerima duit itu. Pernahkah mereka menyiasat status sebenar duit itu? Pernahkah mereka mendalami hukum Islam mengenai penerimaan duit sebegitu? Adakah penolakan mereka daripada menerima duit itu berasaskan fakta atau pra sangka? Pemimpin Umno pun seronok kerana ada orang yang terpengaruh dengan gimik mereka. Mereka pun tampil dengan imej warak, taqwa dan saleh. Seolah-olah kalimah taqwa, warak dan soleh itu memang telah wujud semenjak sekian lama dalam kamus perjuangan Umno. Seolah-olah yang haram hanya duit judi, tidak duit rasuah, songlap dan salah guna kuasa. Mengapa warak mereka hanya dengan duit judi sahaja? Dan mengapa warak itu hanya di Pulau Pinang sahaja? Agaknya kalau Gerakan masih kekal memerintah Pulau Pinang, sewarak sekarangkah pemimpin Umno? Malah, ada sebahagian pemimpin Umno memperbodohkan isu-isu serius. Misalnya, isu royalti minyak. Apabila Kelantan ingin menghantar 40 tok guru untuk berdoa di Mekah supaya rakyat Kelantan mendapat kembali hak mereka, ada ulama Umno yang mempersoalkan bilangan 40 itu. Mengapa 40 orang, mengapa 40 waktu dan mengapa 40 hari? Isu royalti minyak isu serius, tetapi ulama ini cuba membodohkan isu itu. Isu judi juga isu serius, tetapi dibodohkan. Isu ini boleh ditangani diperingkat dasar. Soal pelesenan, kuasa pihak berkuasa tempatan, peluang perniagaan alternatif jika judi disekat, pendidikan bahaya judi, judi dari sudut budaya dan agama dan banyak lagi. Tapi sayang, isu ini dibodohkan. Adakah dengan tindakan pemimpin Umno mempengaruhi orang memulangkan duit itu menyelesaikan isu judi yang serius ini? Sama dengan isu royalti minyak. Sepatutnya ulama itu merungkai isu itu dari sudut dasar dalam ilmu politik Islam, ilmu hubungan G to G, soal perjanjian dan banyak lagi. Namun sayang, isu besar itu dibodohkan dengan bilangan orang yang akan berdoa di Mekah. -----------------------------------------------Kampong Kubang Paya, Arau - 2:40 pm | http://sauhdibongkar.blogspot.com mindarakyat |
| Posted: 06 Oct 2010 05:00 AM PDT ![]() Gambar Hiasan JERTIH: "Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini." Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu. Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi. "Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu. Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami," katanya ketika ditemui semalam. Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada 'di alam ghaib'. Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran. Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya. "Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ," katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan. Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah. Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur. Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya. Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya. Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib. Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama. Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan. Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus. Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus. "Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam," katanya. BH |
| Rokok naik harga,bukti kerajaan dah nak lingkup Posted: 06 Oct 2010 03:00 AM PDT Oleh: antihadhari92 ![]() Semasa kerajaan Persekutuan Barisan Nasional mahu memperkenalkan Cukai Barangan,GST mereka digasak habis-habisan sehingga ditarik balik cadangannya.Kemudian,timbul pula soal "Judi Halal" fatwa Imam Khalifah Agung. Itupun ditarik balik.Selepas itu,timbul pula isu saman ekor. Kerana didesak teruk oleh rakyat, saman ini akhirnya dikaji semula. Berdasarkan tiga situasi di atas,penulis rungkaikan mereka sebagai satu maksud. Betapa kerajaan Malaysia kini sedang terdesak untuk mencari sumber kewangan negara yang kian menipis Seperti yang dilaporkan Pemandu di bawah Idris Jala baru-baru ini,kerajaan Malaysia bakal muflis 9 tahun lagi sekiranya subsidi tidak distruktur kembali.Seterusnya,timbul pula soal Felda yang hampir muflis juga mewarnai senario politik negara baru-baru ini.Malah,indeks FDI Malaysia juga mulai merudum sehingga hanya mampu mengutip pelaburan AS$1.38 bilion dan ditinggalkan kebanyakan negara utama Asean.Perlu diingatkan juga,untuk tempoh beberapa tahun mendatang,hasil Petroleum negara akan mulai menyusut dan ketika itulah krisis sebenar ekonomi negara akan berlaku setelah kebergantungan kepada Petronas mulai mengecil.Begitulah serba sedikit gambaran ekonomi Malaysia yang agak membimbangkan pada waktu ini. Setelah kerajaan gagal dalam usaha mereka "mengepow" rakyat sebelum ini,maka timbul pula soal kenaikan harga rokok.Strategi ini pastinya berjaya kerana tiada pihak yang akan membantah memandangkan ianya berkait soal kesihatan.Kenaikan cukai rokok ini akhirnya sedikit berjaya menambahkan kantung kewangan negara sekarang.Penulis bukan seorang perokok.Tetapi tindakan membuli perokok seperti ini adalah tidak patut.Sepanjang tempoh beberapa tahun sahaja,harga rokok naik dalam jumlah yang kerap. Bagi mewajarkan tindakan kerajaan menaikkan harga rokok,maka akan keluarlah Menteri Kesihatan berfatwa mengenai bahaya rokok.Tindakan kerajaan ini mampu mengurangkan bilangan remaja terlibat dengan rokok sama seperti ketika kerajaan bertindak mengharamkan rokok 14 batang.Memang benar merokok itu tidak elok untuk kesihatan,namun yang silap ialah tindakan kerajaan tersebut.Kerajaan dilihat membuli para perokok.Sedangkan,tindakan memahalkan harga "rokok halal" hanya akan meramaikan lagi perokok yang menghisap rokok seludup yang lebih murah. Tindakan jahat kerajaan ini juga sebenarnya tidak direstui oleh para pembekal rokok di Malaysia.Kenaikan cukai eksais langsung tidak membawa keuntungan pada mereka sebaliknya mendedahkan risiko kehilangan pelanggan.Sekiranya dulu perokok membeli rokok sekotak sehari mungkin selepas ini tidak lagi.Memang pada dasarnya bagus,namun adakah jaminan yang mereka akan berhenti merokok?Bagi penulis,kerajaan perlu mengeluarkan laporan daripada kempen bertahun-tahun Tak Nak merokok.Kita perlu tahu berapa ramaikah yang berhenti merokok kesan dari meletakkan gambar gusi dan paru-paru di atas kotak rokok.Kita juga perlu jaminan berapakah statistik remaja yang berhenti merokok kesan pengharaman rokok 14 batang.Dan ini semua perlu pencerahan. Pengarah Urusan BAT Malaysia William Toh berkata, pihaknya kecewa kerana peningkatan eksais itu menyebabkan penyeludupan rokok yang sudah sedia ada akan bermaharajalela dalam pasaran."Lebih besar perbezaan harga antara rokok sah dan seludup, lebih besarlah minat terhadap rokok seludup," katanya sambil mendakwa telah menegaskan perkara itu banyak kali sebelum ini. Apapun,penulis kesal atas tindakan kerajaan mengambil tindakan menangguk di air yang keruh demi untuk menambahkan kantung yang tiris saban tahun.Apapun,penulis tertanya-tanya,mengapakah para Menteri tidak memulangkan semula duit gaji mereka sedangkan wang mereka mungkin dibayar menggunakan cukai rokok,arak dan judi.Seterusnya,penulis ingin mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja selepas ini menyaksikan cukai apakah pula yang akan dinaikkan selepas ini.Mungkin cukai arak,judi,makanan segera,disko,pub dan rumah urut akan dikenakan lebih tinggi memandangkan tiada mana-mana parti politik atau NGO yang akan menghalang tindakan tersebut.Sesungguhnya kerajaan telah menangguk di air keruh dan patutlah kempen anti rokok tidak pernah berjaya kerana mereka disumpah oleh para perokok yang hilang wang mereka akibat cukai melampau.Mungkin rokok bakal menjadi satu bahan yang ekslusif selepas ini. Tidak merokok, tapi tidak bersetuju. lain-lain artikel semasa di http://propartiislammalaysia.blogspot.com/ TKO |
| Posted: 06 Oct 2010 12:00 AM PDT Sebuah restoran di Taman Maluri, Cheras, dikesan menyediakan GRO warga asing. Sambil mabuk dan berkaraoke, gadis bertubuh montok dari China itu akan menjadi penghibur atau ‘pemandu’ lagu. Kegiatan tidak bermoral itu dihidu sebelum sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu restoran berkenaan ketika pelanggan sedang leka berhibur malam kelmarin.Dalam serbuan kira-kira jam 9.45 malam itu, seramai 31 pelanggan berada dalam restoran berkenaan yang kebanyakan bersama GRO yang disediakan. Gadis warga asing berkenaan akan mendekati pelanggan apabila ada pelanggan yang membelikan kalung bunga berharga RM10 yang akan dipakaikan kepada mereka. Mereka akan berada di samping pelanggan bagi tempoh masa tertentu sebelum pelanggan diberikan khidmat hiburan berahi di meja restoran berkenaan termasuk di dalam tandas premis itu. |
| Tengok Ni, Atas Tutup (purdah) Paha Buka... Posted: 05 Oct 2010 09:00 PM PDT ![]() ![]() DUBAI (Al Arabiya) Tuesday, October 5, 2010: Dua wanita Perancis mengeluarkan sebuah filem tentang kedua-duanya yang berjalan di tengah-tengah kota Paris sambil memakai burka dan seluar ketat-pendek yang menampakkan keseluruhan kaki, kerana membantah undang-undang baru Perancis yang melarang pamakaian pakaian Islam cara konservatif. Kedua-dua pelajar perempuan yang berhijab tersebut menggelar diri mereka "the Niqabitches" dan mereka muncul dalam filem yang menunjukkan kedua-duanya berjalan di hadapan bangunan kerajaan dalam keadaan memakai tudung yang hanya menampakkan mata sambil mendedahkan kaki mereka. Orang ramai yang lalu-lalang nampak keliru dan meminta untuk bergambar dengan pasangan tersebut. Dalam artikel yang diterbitkan dalam lamanweb berita, rue89, pelajar-pelajar sains politik dan komunikasi berkenaan menulis bahawa filem jenaka tersebut adalah satu cara mengkritik undang-undang yang melarang memakai penutup muka yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. "Bukannya susah memakai burka. Jadi kami tanya diri sendiri: 'apa tindakan yang akan diambil pihak berkuasa apabila melihat perempuan memakai burka dan seluar pendek?'" tanya mereka, yang mana salah seorangnya adalah Muslim. "Kami bukannya hendak menyerang atau merendahkan imej orang Islam konservatif – tapi sebenarnya hendak mempersoalkan ahli-ahli politik yang mengundi undang-undang yang kami anggap tidak berperlembagaan," tulis mereka. Parlimen Perancis meluluskan satu undang-undang melarang pemakaian burka di tempat awam. Apabila dikuatkuasakan, mana-mana wanita yang melanggarnya akan denda sebanyak Euro 150 (RM634.30) atau terpaksa menjalani kursus kewarganegaraan. Sementara lelaki yang memaksa wanita memakainya pula akan didenda sebanyak Euro 30,000 (RM126,860.65) atau setahun penjara. Witten by Mustapha Ajbaili/Source: www.alarabiya.net Translated by beritaislamglobal.blogspot.com – English version and Videohere ibnuhasyim |
| Kes Bunuh Sosilawati: Polis Nafi Diganggu Makhluk Halus Posted: 05 Oct 2010 05:48 PM PDT ![]() SHAH ALAM 5 OKT: "Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar. Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus. Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Poli sKontinjen Selangor di sini hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu. Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain. Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu. Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lepas mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan. Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. (Bernama) tvs |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan