Jumaat, 1 Oktober 2010

Biaqpila

Biaqpila


Devon jaja aksi seks Woods RM1j

Posted: 01 Oct 2010 11:52 AM PDT

2010/10/01

LOS ANGELES: Aktres filem lucah, Devon James, dilaporkan cuba menjual rakaman seksnya bersama Tiger Woods kepada penerbit filem pornografi terkenal, Vivid Entertainment Group, lapor media semalam.

Laman sesawang RadarOnline.com menyatakan, Devon cuba menjual rakaman aksi ranjangnya dengan Woods yang dirakam pada 2008.

"Rakaman itu sepanjang 62 minit dan 37 minit daripadanya adalah aksi Devon bersama Woods," lapor laman sesawang itu.


Ia mungkin pendedahan paling menggemparkan dibuat Devon - yang diketahui memang banyak berbohong - setakat ini.


Rakaman itu dilaporkan bernilai AS$350,000 (RM1 juta).


Jika syarikat itu enggan, Devon dilaporkan bercadang untuk menerbitkan dan memasarkan rakaman itu sendiri. - Agensi

HM

Judi: Umno dilanda sindrom jumud dan sembab

Posted: 01 Oct 2010 05:00 AM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hassan


PAGI Sabtu lepas, penulis menerima panggilan telefon dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau memang sering menelefon, tetapi jika panggilan dibuat pagi-pagi hari, ada lah sesuatu yang tidak kena.

"Hai Rashidi, selamat pagi, apa khabar," kedengaran suara Guan Eng dicorong telefon."Selamat pagi CM (Chief Minister), saya okay, kenapa pagi-pagi call, ini mesti ada problem," ujar penulis."Ya lah, ini Utusan, you sudah baca? Saya betul-betul geram," katanya.


"Belum, saya tak beli, biasa tengok kat internet sahaja," jawab saya.

"Inilah..Utusan ini you tau la..memang suka buat fitnah..Umno fitnah saya. Dia orang lagi twist (putar belit)," katanya.

"Umno ini fitnah saya, dia kata saya guna wang judi bantu orang Melayu yang miskin. Umno ini jahat macam Firaun. Hari itu dia kata saya guna duit judi untuk bagi RM100 seorang setiap tahun di bawah Program Penghargaan Warga Emas.

"Bila kita sudah jawab, duit itu kita beri hasil lebihan belanjawan negeri, duit itu duit jimat sebab kita anti rasuah. Lepas itu dia tuduh kita guna wang untuk bantuan kemiskinan di bawah program Rakan Anti-Kemiskinan pula," ujarnya melepaskan geram.

"Waahh..you betul-betul geram dengan Umno," usik penulis menambah kehangatan.

"Mestilah, kita tak bodoh macam Umno. Umno tak pernah faham kerana dia tak tahu jimat. Umno-Gerakan sama sahaja..puluh tahun perintah, yang dia tahu sapu duit rakyat. Itu pasal pemimpin dia banyak kaya.

"Ini program bantuan warga emas dengan anti kemiskinan pun dia (Umno) tak tahu beza. Dia (Umno) ingat Melayu sahaja kah miskin? Ramai lagi orang Cina, India, lain-lain bangsa..pun miskin juga! Ini semua kita mesti tolong," ujar Guan Eng dengan nada keras.

"You betul-betul marah ini, saman sahaja lah Umno sama Utusan," kata penulis.

"Ya lah..saman pun belum tentu menang..mahkamah dia (Umno-Barisan Nasional) punya. Tapi saya mahu cakap sama you..saya juga faham Islam. Saya tahu orang Islam tidak boleh terima wang judi. Sebab itu kita separate (asing) lejer (akaun).

"Ini syarikat judi, Umno-BN yang kasi (beri) lesen. Kalau mereka hendak derma pada kerajaan negeri tak kan kita nak tolak? Wang itu kita guna untuk tolong orang bukan Islam yang miskin..salahkah? Ini pun Umno susah nak faham.

"Pasal apa sekarang Umno sensitif dengan judi? Bukankah selama ini dalam negara kita, Umno yang luluskan judi. Judi bola pun dia lulus, kita tentang.

"Rashidi, kalau you ingat, Pulau Pinang lah negeri yang pertama mengharamkan judi bola. Saya hairan, sekarang baru pemimpin Umno tahu, guna wang judi itu haram," ujarnya panjang lebar.

Kesian Guan Eng. Perbualan kami berlangsung sekitar 20 minit. Ternyata banyak perkara yang hendak Guan Eng sampaikan. Sesekali penulis meminta beliau bersabar dengan tekanan yang diterima sepanjang menjawat jawatan Ketua Menteri.

Sebagai seorang sahabat dan petugas di Harakah, penulis hanya boleh memberi jaminan untuk membantu membela beliau sekadar yang termampu.

Pada penulis, keikhlasan Guan Eng membantu rakyat, ketelusannya dalam mentadbir, dengan mengetepikan kepentingan peribadi, jauh lebih baik daripada pemimpin Umno-BN.

Apa pun penulis yakin Kerajaan Pakatan Rakyat dan Guan Eng sendiri, di Pulau Pinang, tidak akan tergugat dengan serangan-serangan jahat yang dilemparkan oleh Umno.

Dalam isu berkaitan penggunaan wang judi ini, selain dari pendedahan palsu Umno negeri, isu ini turut mendapat respon Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat," kata Muhyiddin.

Cara Muhyiddin juak-juak Umno-BN bangkitkan isu memang hebat dan penuh bergaya. Macam Umno Islamik sangat dan tidak langsung mahu bertolak ansur dalam soal halal haram.

Dakwaan Umno dimulakan oleh Ketua Penerangan Pemudanya, Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar. Serangan dibuat bertalu-talu terhadap Guan Eng dengan sokongan media talibarut Umno-BN.

Dalam satu kenyataan media, respon kepada fitnah tersebut, Guan Eng menegaskan adalah tidak munasabah untuk kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.

"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.

"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama BN yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.

"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan Pakatan Rakyat sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya.

Tetapi jawapan Guan Eng dan rakan-rakan dalam kerajaan negeri ini, tidak disiarkan, sebaliknya laporan mereka sebelah pihak dan penuh dengan putar belit.

Sebab itu kita lihat pemikiran Umno, khususnya TPM yang membuat respon berdasarkan laporan media talibarut, makin jumud dan sembab.

Fikiran mereka jumud kerana tidak menyerang hanya kerana sentimen politik dan otak mereka makin sembab kerana enggan menerima hakikat dari fakta yang sebenar.

Dalam hal mentadbir, tiada siapa yang sempurna. Jika Guan Eng salah, kemukakan fakta yang betul, jangan memaki hamun dan membuat provokasi. Ini tidak baik bagi masyarakat yang kononnya beretika dan bermoral tinggi.

Apa pun pada penulis, media talibarut tidak mudah mempengaruhi rakyat. Rakyat makin matang. Fakta sebenar, begitu mudah diakses menerusi media alternatif.

Hasil dari kematangan rakyat ini, mereka akan menghumbankan pemikiran yang jumud dan sembab ke dalam muzium selepas PRU ke-13 nanti.

DD

Dua beradik dilarikan pekerja syarikat iklan setengah jam, jadi ‘model ekspres’

Posted: 01 Oct 2010 03:00 AM PDT

SHAH ALAM – Gara-gara mahu menjimatkan kos, seorang pekerja sebuah syarikat pengiklanan sanggup mengumpan pasangan adik-beradik lelaki berusia lapan dan 11 tahun dengan duit serta gula-gula, sebelum melarikan mereka untuk dijadikan 'model ekspres' penggambaran iklan milik syarikatnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu bakar berkata, suspek lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan mendapat idea selepas melihat pasangan adik-beradik itu bermain di taman permainan berhampiran sebuah rumah flat di Seksyen 26, di sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Beliau berkata, suspek kemudiannya menghampiri dua kanak-kanak itu dan memujuk mereka untuk mengikutinya menaiki sebuah kereta.

"Suspek menawarkan gula-gula, wang berjumlah RM20, sehelai baju jersi termasuk sebiji bola kepada dua kanak-kanak terbabit sebelum membawa mereka ke padang bola berhampiran," katanya selepas selesai Kejohanan 10 Pin Bowling Piala Ketua Polis Selangor 2010, semalam.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan suspek itu disedari penduduk kawasan sekitar yang kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian.

"Dalam tempoh setengah jam, polis berjaya mengesan lokasi dua kanak-kanak itu dilarikan.

"Ketika ditahan suspek mendakwa dia tidak berniat menculik kanak-kanak itu dan hanya membawa mereka ke padang untuk tujuan penggambaran," katanya.

Khalid berkata, suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan suspek boleh didakwa mengikut Akta Kanak-kanak.

"Tindakan suspek adalah tidak wajar kerana dia tidak boleh mempergunakan kanak-kanak terbabit untuk kepentingan diri atau perniagaannya. Malah, dia juga tidak meminta kebenaran daripada ahli keluarga kanak-kanak itu," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa diingatkan agar lebih mengambil berat terhadap pergerakan dan tidak membiarkan anak mereka bermain tanpa pengawasan orang dewasa.

SH

Pecahkan kayu dengan payu dara

Posted: 01 Oct 2010 01:00 AM PDT


GAMBAR menunjukkan Susan Sykes memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya dalam satu program bakat televisyen di Jerman baru-baru ini.

BERLIN - Seorang wanita, Susan Sykes menunjukkan kekuatan ototnya yang luar biasa apabila dia memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 49 tahun bukan sahaja memecahkan kayu itu tetapi juga buah tembikai dan meleperkan tin minuman bir dalam satu program bakat televisyen di Jerman.

Aksi Sykes yang memiliki payu dara besar dengan saiz 46H itu mengagumkan penonton televisyen baru-baru ini.

Sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai satu ancaman ke atas Amerika Syarikat kerana seorang penonton mati kerana serangan jantung apabila melihat aksinya di televisyen.

"Dia (Sykes) memang amat mengagumkan tetapi anda tidak akan mahu berada di belakangnya apabila dia berlari untuk menaiki bas," kata seorang penonton televisyen. - Agensi

kosmo

Kalau Adun Kulim Dirasuah RM5 Juta Berapa Pula Rasuah Ahli Parlimen?

Posted: 30 Sep 2010 11:00 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

MENURUT Raja Petra Kamaruddin dari kertas siasatan oleh SPRM terhadap Adun Kulim, Lim Soo Nee didapati Adun berkenaan mengesahkan dia ditawarkan RM5 juta agar meninggalkan parti. Tawaran itu dibuat oleh bekas MB Kedah Mahadzir Khalid.

Kertas siasatan SPRM itu adalah sumber yang sah dan tidak boleh dipertikaikan. Sekiranya kertas itu benar seperti mana didedahkan ini bermakna memang ada usur rasuah berlaku di Kedah. Kalau dakwaan Adun berkenaan bohong dia boleh dikenakan tindakan.



Persoalan yang bermain di kepala hari ini, kalau Adun dirasuah sebanyak RM5 juta, berapa pula nilai rasuah yang diterima oleh Ahli Parlimen? Di negeri Utara itu ada ahli parlimen yang belut dan meninggalkan parti. Apakah ahli parlimen berkenaan telah menerima rasuah yang menyebabkan beliau sedia mengkhinati parti? Ataupun tindakan beliau itu ikhlas bukan kerana menerima sebarang upahan?

Rasanya penjenguk sekalian dapat menilai hakikat ini sebaik mungkin. Sifir atau fromula yang boleh diberikan begini; seseorang itu tergila nak jadi wakil rakyat kerana hendakkan kedudukan. Di samping itu mahukan elaun kalau parlimen sekitar RM7 ribu hingga RM13 sebulah dan kalau Adun sekitar RM3 ribu hingga RM5 ribu sebulan.

Jadi kalau ada orang tawar RM5 juta atau memberi satu 'kelegaan' yang sangat didambakan kenapa beliau tidak perlu mengambilnya? Bukankah dengan wang itu dia boleh hidup senang, beli ubat kencing manis ataupun melawat Eropah dua kali setahun. Beli motosikal besar dan mengendung si janda yang asal Temerloh Pahang. (Up nak tahu cerita lanjut sila hubungan MP Indra Mahkota, Azan Ismail dan lawyer Md Radzi Mustafa).

Tentu sekali dia mahu. Jadi dakwaan Anwar Ibrahim sebelum ini kononnya ada wakil rakyat yang lompat parti kerana dibayar jutaan ringgit adalah benar bukan gurauan. Pendedahan dibuat Raja Petra itu adalah bukti jelas. Dan kalau perlu isu ini perlu dibongkar seluas-luasnya





DD

Pelantikan Ku Li lebih efektif jejas undi BN

Posted: 30 Sep 2010 09:00 PM PDT



Para penganalisis berpendapat, pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas bergantung kepada peranan yang bakal dimainkan oleh veteran Umno itu.

NONESeorang pemerhati politik berkata, Tengku Razaleigh yang juga wakil rakyat bagi kawasan parlimen itu akan memberikan kelebihan kepada PAS berdasarkan keadaan semasa.

"(Tengku Razaleigh) lebih efektif dalam menjejaskan undi BN, bukannya menarik lebih banyak undi," katanya pensyarah fakulti ekonomi dan sains polisi UCSI Ong Kian Ming.

Jelasnya, perkara itu dilihat apabila Tengku Razaleigh giat bercakap mengenai isu royalti minyak dan ini membuka peluang kepada serangan oleh PAS kerana BN tidak banyak membuat penjelasan mengenai isu berkenaan.

“Kalau (Razaleigh) bijak, dia boleh (pengaruhi) BN atau Umno supaya bersetuju untuk menyemak semula pendirian mereka tentang isu royalti minyak," katanya lagi.

Bagaimanapun, timbalan presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perkiraan yang baik dengan melantik Tengku Razaleigh ke jawatan tersebut, katanya.

dr mohammad agus yusoff"Ia juga akan beri sedikit perlindungan kepada Muhyiddin sekiranya BN tewas," katanya lagi.

Bagi penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Mohammad Agus Yusoff pula berkata, 'faktor Ku Li' tetap memainkan peranan dalam pilihan raya kali ini.

“Ia bergantung kepada (ruang) autonomi yang diberikan kepadanya untuk mengetuai (jentera pilihan raya). Kalau hanya 'pengarah kosong', dia masih boleh boikot kalau dia mahu," kata Agus.

Katanya, pilihan raya kali ini bukan saja penentu untuk sokongan Umno di Galas, tapi juga kepada Tengku Razaleigh sebagai wakil parlimen Gua Musang.

"Dia sangat berpengaruh (sebab) itu kan kawasan dia?" katanya dan menambah Tengku Razaleigh kini perlu menjelaskan pendiriannya dalam dasar-dasar kerajaan.

NONEMenurutnya, Tengku Razaleigh mempunyai pandangan berbeza berhubung isu-isu dasar dan pilihan raya kali ini merupakan peluang untuk veteran Umno itu menjelaskan pendiriannya.

Tengku Razaleigh yang masih berada di luar negara setakat ini masih berdiam diri sama ada akan menerima jawatan tersebut walaupun timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan sebaliknya.

Beliau dijangka kembali negara ini pada 9 Oktober depan.

MK


Al-Quran dan Empat Jenis Manusia

Posted: 30 Sep 2010 07:00 PM PDT



Rasulullah SAW bersabda : "Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah utrujah, baunya harum dan rasanya enak. Dan Perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah korma, tidak wangi dan rasanya manis. Dan perumpamaan orang munafiq yang membaca Al-Quran seperti buah raihanah baunya enak dan rasanya pahit. Dan Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran seperti buah hanzhalah, tidak beraroma dan rasanya pahit." (HR. Bukhari dan Muslim)

Allah SWT telah memberikan banyak kekhususan kepada Rasulullah SAW, diantaranya adalah beliau telah diberikan jawami' al-Kalim, terkadang keluar dari mulutnya yang mulia kalimat singkat namum Allah SWT berikan pengertian yang amat luas dan penuh makna. Atau ada banyak hadits dalam bentuk perumpamaan-perumpamaan, namun memiliki pengertian yang amat dalam dan luas pula maknanya.
Dalam hadits di atas ini Rasulullah menggambarkan empat jenis manusia dalam penyikapannya terhadap Al-Quran :

Pertama : Mukmin yang selalu membaca Al-Quran

Jenis pertama ini akan memiliki aroma yang indah lahir dan batin. Dia diumpamakan bagaikan buah utrujah, rasanya enak dan aromanya wangi semerbak. Seorang yang selalu membaca Al-Quran pasti dia akan merasakan ketenangan, kenyamanan jiwa dan hari-harinya akan selalu menyenangkan. Demikian pula orang yang berada di dekatnya, akan merasakan kenikmatan akan keindahan bacaan orang mukmin tersebut.

Apalagi kalau dia juga ikut mendengarkannya dengan penuh kekhusyu'an, maka dia akan mendapatkan rahmat Allah SWT. Rasulullah pun berdoa agar Al-Quran dijadikan untuk sebagai penyejuk hatinya (rabi'al qalb). Al-Quran pun pada hari kiamat kelak akan memberikan syafa'at kepada orang gemar membacanya. Diantara hikmah dari dikhususkannya buah utrujah yang memiliki aroma yang enak dan nikmat rasanya dari buah lainnya dari perumpamaan di atas adalah karena kulitnya saja bisa dijadikan obat dan dari bijinya dapat dikelurkan minyak yang memiliki banyak kasiat.

Kedua : Mukmin yang tidak membaca Al-Quran

Orang Mukmin yang tidak suka membaca Al-Quran maka pada hakikatnya dia telah kehilangan aroma lahir ini. Dia telah kehilangan kenikmatan yang begitu besar. Dia diumpamakan bagaikan buah korma, rasanya enak namun tidak memiliki wangi yang semerbak. Jadi ada sesuatu yang kurang pada diri mukmin tersebut. Bagaimana dia dapat merasakan kenikmatan iman namun Al-Quran jarang dia sentuh atau bisa jadi sama sakali tidak dibacanya, atau dia ingin dijadikan seperti orang yang dibacakan Al-Quran setelah ajal menjemput, seperti kebiasaan sebagian kaum Muslimin yang membacakan Al-Quran kepada orang yang sudah mati?

Ketiga dan keempat : Munafiq yang membaca dan tidak membaca Al-Quran

Orang munafiq yang hakiki adalah orang yang menampakkan keimanan dan menyembunyikan kekafiran. Ada beberapa ciri orang munafiq, diantaranya apabila dia berbicara dia berdusta, bila dia berjanji dia ingkari dan apabila dia diberi amanah dia menyalahinya. Apabila ada orang memiliki sifat tersebut dan dalam hatinya dia mengingkari keimanannya kepada Allah SWT maka dia akan termasuk orang munafiq yang akan ditempatkan di neraka yang pang bawah (fiddarkil asfali minannar) dan kekal di dalamnya.

Orang munafiq ini walaupun dia terus berusaha ingin menampakkan keimannya di hadapan manusia maka akan bisa terlihat dari sikap dia terhadap Al-Quran. Walaupun dia membaca Al-Quran tetap saja dia menyembunyikan kekafirannya, maka Rasulullah SAW mengumpamakan dia bagaikan buah raihanah, aromanya semerbak namun rasanya pahit.

Tilawah Al-Quran baginya hanyalah sekedar amalan zhahir yang hanya lewat kerongkongannya saja tidak lebih dari itu. Jenis manusia yang keempat lebih jelek lahir dan batin. Dia diumpamakan bagaikan buah hanzhalah, pahit dan buruk rasanya.Jadi hanya orang bodoh saja yang akan terpedaya oleh penampilannya.

Sekarang apakah diri termasuk seperti buah utrujah yaitu Mukmin yang suka dan pandai membaca Al-Quran dan suka mengamalkannya? atau malah termasuk tiga jenis manusia lainnya, silahkan tanya diri kita masing-masing. Ataukah mulut dan lidah kita lebih banyak dan suka dibasahi oleh selain Al-Quran? Atau mata kita lebih sering dan suka melihat selain Al-Quran, ataukah telinga kita lebih suka dan sering mendengarkan kata-kata atau ucapan yang sia-sia dan tidak berguna untuk kehidupan di akhirat kelak? Atau apakah kita manusia super sibuk sehingga tidak ada waktu dan lupa untuk belajar dan membaca Al-Quran?...

Ya Allah jadikanlah Al-Quran penerang dan penyejuk hati kami, jadikan lidah kami selalu basah dengan berzikir kepada-Mu, jangan Engkau sibukkan kami dengan segala sesuatu yang dapat melalaikan kami dari berzikir dan membaca kitab-Mu...aamiin.
Wallahu a'lam

percikaniman

Terdesak Tarik Pelabur Luar, Najib Mula Berdolak Dalik

Posted: 30 Sep 2010 05:00 PM PDT


SHAH ALAM 30 Sept : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, atau CheGuBard menyifatkan Perdana Menteri, Najib Razak sebagai terdesak, sehingga terpaksa membuat kenyataan yang mengeliru dan melucukan di luar negara, dalam usahanya untuk menarik pelabur masuk ke negara ini.
CheGuBard mengulas laporan Bernama mengenai lawatan Najib ke Amerika Syarikat bagi promosi dan dialog Program Transformasi Ekonomi, bersama Majlis Hubungan Luar (CFR), sebuah kumpulan pemikir dan hal ehwal luar terkemuka di New York.
Dalam usahanya memenangi hati pelabur luar, Najib ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di sana berkata, kerajaan Malaysia tidak pernah menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil berkata, salah seorang kakitangan kakitangan Anwar lah yang memfailkan satu laporan terhadap beliau.
"Satu dunia tahu tentang kenyataan Najib di televisyen. Hari pertama dia kata, dia tidak ada kena mengena dan tidak kenal dengan Saiful Bukhari. Hari kedua, dia kata Saiful datang untuk minta biasiswa. Hari ketiga dia kata, Saiful datang kerumahnya menemui dia dan isterinya dan mengadu diliwat.
"Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu tentang perkara ini, tapi seluruh dunia tahu tentangnya. Kini, Najib sendiri yang terpaksa menjawab isu ini, dan kelihatan rejim ini sangat tertekan," kata CheGuBard, menyebut Saiful Bukhari Azlan sebagai kakitangan yang dimaksudkan oleh Najib.
Terdahulu,usahawan Britain Sir Richard Branson dilaporkan sebagai berkata, kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang sedang berlangsung kini memberi kesan ke atas Malaysia.
Branson pada 27 September itu juga berkata, kes liwat itu sekaligus mematahkan semangat pelabur yang mahu melabur di negara ini.
Mengambil kira prinsip itu, CheGuBard mendakwa, Barisan Nasional tidak punya pilihan, selain dari terus mempergunakan jentera kerajaan untuk berdepan dengan Anwar.
CheGuBard berkata, selain dari isu fitnah kedua yang dilontar terhadap Anwar, antara perkara yang mempengaruhi pertimbangan pelabur untuk datang ke sesebuah negara adalah suasana pasaran semasa, ketelusan pentadbiran, sistem mahkamah dan jaminan keadilan.
"Jika kita gagal memberikan jaminan dan gagal memberikan keadilan, ini akan menyebabkan para pelabur semakin lari. Ini bukanlah disebabkan oleh kita (rakyat Malaysia), tetapi kerana rejim yang mempergunakan seluruh jentera kerajaan termasuk mahkamah demi mengekalkan kuasa," jelas
CheGuBard menambah, pelabur hanya akan melabur di negara di mana wujud suasana yang kondusif, terjamin dan selamat, namun perkara ini gagal dilaksanakan di Malaysia.
"Persoalannya, Najib sendiri tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi dan pasukannya juga sangat lemah. Kita kena ingat sebelum ini, Najib pernah beberapa kali membuat kenyataan yang dilihat cuba menipu rakyat Malaysia mengenai kedudukan ekonomi di negara ini.
(Sidiqin Omar)

TVS

Tiada ulasan: