Ahad, 31 Oktober 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Batu Sapi : Sambutan semakin hangat..

Posted: 31 Oct 2010 08:41 AM PDT

SANDAKAN, 31 Okt: Menjelang empat hari terakhir kempen di Batu Sapi, calon Pakatan Rakyat menunjukkan perkembangan yang semakin baik apabila hampir kesemua pimpinan utamanya turun ke sini.

Selesai sahaja sessi perbicaraannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun mengetuai kempen di sini bersama degan pemimpin kanan PAS dan DAP.

Petang tadi, lebih 1500 hadir dalam sessi Pidato Perdana Pakatan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel dengan Calon PKR memberikan penerangan manefesto dan hala tuju serta hasrat kenapa beliau sanggup menjadi calon dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau mendapat tepukan gemuruh setiap patah ucapan, mood rakyat makin memperlihat bahawa Ansari adalah calon terbaik buat batu sapi.


Menteri Besar Selangor, Tan sri Khalid Ibrahim yang turut berucap percaya Selangor contoh terbaik buat pengundi Batu Sapi untuk membuat perubahan pada 4 November nanti.

Jentera Selangor, katanya, akan memastikan Batu Sapi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini. Ketika pemimpin PKR lain sibuk berkempen untuk jawatan tertinggi Khalid berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pakatan itu.

Lim kit siang yang turut berucap berkata, inilah masanya rakyat Batu Sapi berubah kerana kaum Cina sendiri sudah menolak BN dan SAPP.

"Bumiputra Sabah perlu bangkit menolak kerajaan yg zalim untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Bagi Kit Siang, adalah amat memalukan kerana kerajaan BN yang kononnya kaya-raya tak
mampu untuk membina jambatan yang lebih baik sehingga calon PKR dan petugas pilihan raya dan media jatuh apabila jambatan ke ke Pulau Api runtuh.

"Kalau begini, cita-cita untuk membina bangunan 100 tingkat hanya untuk menjadi lambang kemewahan Rosmah Mansor saja," kata beliau.

Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan memaklumkan walaupun dia dari Pokok Sena iaitu satu kawsan yang agak terkebelakang di Kedah namun rakyat disana tidak ada yang duduk atas pokok.

"Tetapi di Batu Sapi..rakyatnya lebih 50 peratus masih duduk dalam rumah papan yang usang,rumah batu hanya kepada pengampu BN," kata anggota Pasrlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, rakyat Batu Sapi perlu memberikan sokongan kukuh kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka dibela sebagai rakyat yang bermaruah. Masa perubahan telah tiba kini, kata beliau.





Datuk Seri Anwar ketika berucap menyeru seluruh penyokong dan petugas menjadi agen dan perayu dalam memastikan Batu Sapi menghantar Ansari Abdullah untuk mengangkat sumpah di Parlimen minggu depan.

Rakyat Batu Sapi perlu jelaskan hasrat mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka di Parlimen.

"Kini UMNO amat terdesak kerana rakyat Batu Sapi bangkit menentang kepimpinan mereka. Mereka tak mahu digula-gulakan lagi setelah lebih 40 tahun mereka berada dalam
Malaysia," katanya.

Akhirnya Anwar mahukan suara Batu Sapi bergema dalam Dewan Rakyat melalui wakilnya iaitu Ansari Abullah.

HarakahDaily

Pemilihan PKR : Keputusan hari ketiga

Posted: 31 Oct 2010 07:54 AM PDT

Sebanyak 27 cabang PKR di lima buah negeri pada hari ke-3 mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk memilih pemimpin di peringkat sayap - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Cabang-cabang tersebut adalah enam di Pulau Pinang, Perak (8) Pahang (7), Melaka (4) dan dua cabang di Negeri Sembilan.

Keputusan untuk hari ini - setakat 10.29 malam - Naib Presiden Azmin Ali mendepani dua lagi pencabarnya dengan memperolehi 1,098 undi.

Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim mendapat 845 undi, manakala ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub meraih 110 undi.

Berikut keputusan yang diperolehi untuk jawatan timbalan presiden di peringkat cabang-cabang:

Batu Kawan: Azmin (59), Zaid (94), Mustaffa (9)

Ipoh Timor: Azmin (50), Zaid (14), Mustaffa (2)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Tampin: Azmin (6), Zaid (115), Mustaffa (2)

Masjid Tanah: Azmin (16), Zaid (38), Mustaffa (8)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Rembau: Azmin (7), Zaid (49), Mustaffa (4)

Tangga Batu: Azmin (80), Zaid (85), Mustaffa (22)

Permatang Pauh: Azmin (211), Zaid (58), Mustaffa (11)

Bukit Mertajam: Azmin (100), Zaid (15), Mustaffa (6)

Bagan: Azmin (19), Zaid (6), Mustaffa (4)

Alor Gajah: Azmin (95), Zaid (104), Mustaffa (12)

Temerloh: Azmin (24), Zaid (25), Mustaffa (0)

Maran: Azmin (4), Zaid (24), Mustaffa (1)

Kuala Krau: Azmin (104), Zaid (19), Mustaffa (7)

Bentong: Azmin (99), Zaid (30), Mustaffa (1)

Paya Besar: Azmin (11), Zaid (32), Mustaffa (3)

Rompin: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2)


Malaysiakini

Pemilihan PKR : Keputusan dari Permatang Pauh

Posted: 31 Oct 2010 05:50 AM PDT

Berikut adalah keputusan Pemilihan PKR 2010 dari Cabang Permatang Pauh yang telah diadakan di Dewan Yayasan Aman, Penanti bermula pada jam 10.oo pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang 31 Oktober 2010.

Ketua AMK
1~Chegu Bard = 41 undi
2~Samsul Iskandar = 44 undi

Timbalan Ketua AMK
1~ Chang Lih Kang = 13
2~ Khairul Anuar = 71

Naib Ketua AMK
1 ~ Azmizam Zamanhuri = 49 undi
2 ~ Chang Ming Kai = 39 undi
3 ~ Erveana Binti Ansari Ali = 19 undi
4 ~ Farhash Wafa = 13 undi
5 ~ Kesavan = 12 undi
6 ~ Lee Khai Loon = 9 undi
7 ~ Nazree Yunus = 18 undi
8 ~ Rozan Azen Mat Rasip = 9 undi
9 ~ V. Sivam = 29 undi
10 ~ Yunus Jamhari = 18 undi


Ketua Wanita
1~ Aminah Ferrar 6 undi
2~ Suraya Sudin 7 undi
3~ Zuraida Kamaruddin 75 undi

Timbalan Ketua Wanita
1~ Asmah Abd Kadir 4 undi
2~ Rodziah Ismail 82 undi

Naib Ketua Wanita
1~ Aishah Lasmah = 15 undi
2~ Begum Jan Abdullah = 1 undi
3~ Felicia Ling = 6 undi
4~ Gan Pei Nei = 56 undi
5~ Haniza Talha = 61 undi
6~ Noor Sham Abu Saman = 55 undi
7~ Rosmah binti Suly = 3 undi
8~ Rozaini binti Mohd Rosli = 7 undi
9~ Salma Ismail = 28 undi

Timbalan Presiden
1~ Azmin Ali = 211 undi
2~ Mustaffa Kamil = 11 undi
3~ Zaid Ibrahim = 58 undi

Naib Presiden
1~ Ansari Abdullah = 18 undi
2~ Baru Bian = 9 undi
3~ Dominique = 3 undi
4~ Fauziah Saleh = 96 undi
5~ Gobalakrishnan = 41 undi
6~ James Hj. Ghani = 4 undi
7~ Mansor Othman = 214 undi
8~ Johnson Chong = 8 undi
9~ Nurul Izzah = 210 undi
10~ Manikarasagam - 4 undi
11~ Sivarasa = 34 undi
12~ Saiman Marjuki = 3 undi
13~ Suresh Kumar = 9 undi
14~ Tian Chua = 143 undi
15~ Xavier = 86 undi
16~ Yahya Sahri = 10 undi
17~ Yusmadi = 60 undi

Video : Ucapan Anwar di Batu Sapi (30 October)

Posted: 30 Oct 2010 10:45 PM PDT

Berikut adalah rakaman ucapan DSAI di Pasar Taman Mawar , Batu Sapi, Sandakan, Sabah pada malam 30 October 2010 dalam siri kempen Pilihanraya Kecil Batu Sapi..

Part 1




Part 2


Part 3




Sumber Video : DAP Sabah

Dah 13 Tahun Terbakar Baru Umno-BN Mahu Ganti Rumah

Posted: 30 Oct 2010 10:05 PM PDT

SANDAKAN 31 Okt - Sikap Umno-Barisan Nasional yang mengabaikan rakyat Sabah selama hampir 50 tahun memerintah negeri yang kaya dengan hasil bumi itu terserlah kepada pengundi Batu Sapi apabila kerajaan hanya mengganti rumah rakyat setelah 13 tahun rumah tersebut terbakar.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata adalah amat menyedihkan Umno-BN hanya teringatkan kebajikan rakyat setelah 13 tahun mereka kehilangan rumah akibat kebakaran.

"Ini contoh betapa Umno-BN abaikan rakyat Sabah terutamanya Batu Sapi, bayangkan rumah terbakar baru hendak bina semula 13 tahun kemudian, itu pun sebab ada pilihan raya kecil kalau tidak saya yakin rumah tersebut tidak akan diganti. "Kalau Umno-BN ambil masa 13 tahun ganti rumah, 13 tahun kemudian pecah tanah, saya rasa lagi 13 tahun mula bina dan 13 tahun lagi baru siap. Semua sekali 52 tahun, sama tempoh dengan negara merdeka," sindir Mahfuz pada sidang media Parti Keadilan Rakyat di Bilik Gerakan Utama semalam.


Jumaat lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas, Sandakan.

Suara Keadilan difahamkan projek tersebut merupakan PPR yang pertama dilaksanakan di Batu Sapi.

Mahfuz juga membangkitkan isu pengundi hantu dalam daftar pengundi Batu Sapi apabila masih terdapat pengundi yang lahir pada awal kurun ke-20.

"Di Tronlit dan Sekong banyak nama pengundi yang sudah melepasi usia 100 tahun. Tidak mungkin ramai pengundi setua begini yang masih mengundi di Batu Sapi. Petugas kita akan memastikan nama-nama ini diteliti dan tentukan hanya pengundi berdaftar sahaja yang mengundi nanti," kata beliau.


Suara Keadilan

Pemilihan PKR : Zaid Masih didepan..

Posted: 30 Oct 2010 08:39 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Persaingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin rancak, walaupun peratusan keluar mengundi masih rendah, dengan ketiga-tiga calon mula merapatkan jurang undi khususnya pada hari kedua semalam.

Datuk Zaid Ibrahim masih mendahului Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub tetapi persaingan sengit dilihat membabitkan Zaid dan Azmin. Keputusan tidak rasmi diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan Zaid telah mengumpulkan 1,552 undi manakala Azmin pula 1,509 dan Mustaffa 636 — jumlah undi sepanjang dua hari pertama pengundian pemilihan pusat dilangsungkan.

Ini kali pertama PKR mengadakan sistem pemilihan secara langsung membolehkan kaedah satu ahli satu undi digunakan.

Pun begitu, Azmin memperoleh undi terbanyak semalam iaitu 1,008 berbanding Zaid 974 manakala Mustaffa 572. Pada hari pertama kelmarin, Zaid menerima 577 undi, Azmin 374 dan Mustaffa 61.


Bagi kerusi naib presiden, empat calon yang memperoleh undi terbanyak pada hari pertama masih berada di depan dalam saingan membabitkan seramai 17 calon. Mereka ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, Pengarah Strategi PKR Tian Chua dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

"Keempat-empat calon ini dilihat masih di depan, tetapi saya tiada jumlah undi yang tepat," kata seorang pemimpin kepada The Malaysian Insider. Sumber memberitahu, bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), daripada 30 cabang yang dikumpulkan keputusan pengundian setakat awal pagi ini, Badrul Hisham Shaharin memperoleh 459 undi manakala penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin 328 undi.

Setakat semalam 41 cabang telah mengadakan pengundian manakala 27 cabang lagi hari ini. Tiga cabang di Melaka iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah dan Tangga Batu, dua di Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin) dan enam di Pulau Pinang iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam. Pulau Pinang dan Melaka memulakan tirai pengundian hari ini.

Sejumlah lapan cabang di Perak iaitu Tambun, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas, Parit dan Kampar terlibat dalam pengundian hari ini.

Sembilan cabang di Perak telah menyelesaikan pengundian mereka semalam. Pahang juga menyambung pengundian hari ini dengan cabang yang terbabit ialah Paya Besar, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.


The Malaysian Insider

UMNO 'me mak bapak kan' harta negara

Posted: 30 Oct 2010 09:19 AM PDT

Mengapa pemimpin-pemimpin dan orang Umno tidak membincangkan, siapa di antara mereka, atau berapa ramai yang berhimpun di PWTC, yang membeli seluar dalam dan baju dalam dari luar negara sehingga kerajaan terpaksa menghapuskan cukai?dan kita tanya pak-pak lebai, imam-imam kampung, guru-guru Kemas, petani, penternak atau dari kalangan wanita Umno, apakah faedah yang mereka dapat dari penghapusan cukai untuk seluar dalam, baju dalam yang diimport, dan sebagainya?

Oleh : Mohd Rashidi Hasan

PERHIMPUNAN Agung Umno yang baru berlangsung minggu lepas, boleh disifatkan perhimpunan golongan syok sendiri yang gagal memperdaya rakyat, khususnya di kalangan orang-orang Melayu.

Mereka syok sendiri kerana mereka menyangka mereka merupakan sebuah parti yang kuat dan masih berpengaruh dalam negara.

Perasaan sangka hebat itu wujud, kerana seluruh media massa, sama ada akhbar atau televisyen diarahkan membuat liputan besar-besaran, semakin menyerlahkan wajah mereka sebagai media talibarut Umno.

Habis semua pemimpin, perwakilan dan pemerhati Umno berasa amat megah dan bertuah kerana kononnya menunjangi satu-satunya parti politik Melayu yang terbesar dalam negara.

Perhimpunan Umno hanya dipenuhi dengan ungkapan ampu-mengampu pemimpin, gurindam, pantun dan seloka buat pengubat duka nestapa akibat kemerosotan sokongan sejak Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac 2008.


Para pemimpin dan perwakilan yang berucap, seumpama memalu gendang-gendang yang kosong buat penghibur juak-juak yang hadir di Dewan Merdeka, PWTC.

Dalam kemegahan menayangkan perhimpunan mereka, mereka membuat pelbagai janji dan peruntukan kepada kononnya orang-orang Melayu, seolah-olah harta milik negara dijadikan harta pusaka Umno.

Dengan bongkaknya pemimpin Umno mendakwa jasa Umno begitu besar. Kerana katanya, peruntukan Umno yang bagi, naik elaun JKKK Umno yang bagi, pembangunan negara Umno yang buat, pendek kata banyak lagi Umno yang bagi. Rakyat yang menolak Umno dianggap tidak mengenang jasa Umno.

Mereka betul-betul tidak sedar diri. Yang pemimpin Umno bagi kepada rakyat itu duit 'mak bapak' mereka ke? Sedarlah diri sedikit. Duit kerajaan bukan duit Umno. Duit itu datang dari mana? Duit itu datang dari saku rakyat. Duit hasil pembayar cukai dan sebagainya.

Sama dengan duit yang ditabur sewaktu pilihan raya. Sama dengan projek yang ditabur sewaktu pilihan raya. Semua wang dan projek itu bukannya wang Umno. Ia adalah wang rakyat, yang disalahurus dan disalahgunakan oleh Umno.

Duit rakyat dikatakan duit Umno. Hakikat inilah yang menyebabkan rakyat di luar sana, begitu meluat dengan gelagat pemimpin Umno yang senantiasa 'perasan' kononnya di tangan merekalah nasib bangsa Melayu disandarkan.

Perhimpunan Umno bukannya dibincangkan permasalahan dan keperluan rakyat. Ia merupakan medan untuk pemimpin Umno 'memberi makan' juak-juak yang kelaparan. Ia dijadikan medan untuk orang-orang Umno, untuk leka dibuai perasan, kononnya mereka masih relevan.

Dalam satu pembaca kepada penulis, mencatatkan:

"Mohon saudara menulis hentam balik Umno, perhimpunan Umno yang paling ceroi. Tiada idea selain mencaci hina pembangkang, macam budak-budak. Orang Melayu di mana-mana pun meluat tengok perangai Umno."

Pada suatu malam, sedang TV3 memancarkan buletin utama memaparkan pemimpin Umno sedang berucap, seorang pekedai borong di Selayang memberi komen spontan," Ini semua menipu rakyat, kata tolong rakyat, tapi harga minyak, harga barang semuanya naik."

"Saya pun naik meluat, asyik-asyik muka ini sahaja yang keluar tv, surat khabar hari-hari," kata seorang pembeli.

Ini sekadar contoh daripada banyak lagi rungutan rakyat terhadap pemimpin Umno dan parti Umno yang jelas 'me mak bapak kan' harta, media negara.

Pemimpin Umno tidak menjawab secara jelas bertapa elaun JKKK lebih tinggi daripada elaun imam dan guru Kafa? Tidak dibincangkan mengapa peruntukan untuk projek Permata yang tidak menyeluruh, lebih besar dari peruntukan sekolah agama di seluruh negara?

Mengapa pemimpin-pemimpin dan orang Umno tidak membincangkan, siapa di antara mereka, atau berapa ramai yang berhimpun di PWTC, yang membeli seluar dalam dan baju dalam dari luar negara sehingga kerajaan terpaksa menghapuskan cukai?

Sekarang kita tanya pak-pak lebai, imam-imam kampung, guru-guru Kemas, petani, penternak atau dari kalangan wanita Umno, apakah faedah yang mereka dapat dari penghapusan cukai untuk seluar dalam, baju dalam yang diimport, dan sebagainya?

Jelasnya yang memberi barangan import ini semua hanyalah isteri-isteri orang kenamaan, orang-orang kaya, orang-orang standard. Orang miskin, rakyat biasa, tidak mendapat faedah apa-apa.

Fakta-fakta ini hanya menunjukkan, pemimpin Umno-BN hanya bertungkus lumus melindungi kepentingan kelompok mereka sahaja, bukan rakyat kebanyakan.

Dari sudut pertembungan ideologi mengapa tidak dibincangkan pertembungan antara ideologi 1Malaysia dengan perjuangan Melayu Umno?

Mengapa perwakilan Umno tidak berani membangkitkan soal syarikat Yahudi APCO Worldwide yang dibayar puluhan juta untuk 'mensucikan' imej Perdana Menteri, Umno-BN? Apakah seluruh perwakilan Umno setuju kerajaan Umno-BN membiayai syarikat Yahudi?

Apakah seluruh pemimpin dan perwakilan Umno yang berhimpun di PWTC sudah bisu atau minda mereka sudah diresapi minda Zionis?

Kalau hendak dicatat di sini, banyak sungguh perkara yang kita boleh gasak balik Umno-BN. Cukuplah sekadar ini dahulu.

Justeru bagi penulis, persoalan yang harus diajukan kepada Umno, apakah selepas berhimpun selama lima hari, dengan liputan penuh akhbar, televisyen yang menjadi alat, propaganda umno berjaya mempengaruhi rakyat kembali menyokong umno?

Apakah dengan propaganda itu rakyat berjaya diperdaya sehingga percaya Umno sudah pulih?

Orang Umno sendiri tidak akan percaya bahawa Umno kini sudah pulih. Yang mereka seronok sewaktu perhimpunan ialah kerana dapat duit, dapat makan free, dapat duduk hotel mewah, dapat shopping di Kuala Lumpur. Itu sahaja.

Seperti kata Pengarah Pilihan Raya BN bagi Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah, yang mendakwa tidak wujud sebarang reform yang tulen dibentangkan dalam Pehimpunan Agung Umno.

"It will be the same thing. There will be a lot of talk followed by a lot of laughter. I don't think there will be a difference," kata Ku Li sewaktu ditemui media sebelum perhimpunan diadakan.


HarakahDaily

Tiada ulasan: