Selasa, 19 Oktober 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


SAM DI ARAH OLEH AZMIN UNTUK MENENTANG KEBANGKITAN CHEGUBARD ?

Posted: 19 Oct 2010 06:42 AM PDT


Sapa yang tak tau Anwar tak suka Chegu Bard? Serupa macam Anwar tak suka Zaid. Sebabnya, tak ada orang yang berani lawan cakap Anwar macam Chegu Bard dan Zaid. Anwar hanya mahu orang-orang yang menurut cakap dia. Kalau nak ikut cakap Anwar, yang tu tak ada masalah. Tapi kalau Anwar ikut cakap Azmin, yang tu susah la.

Anwar tau, Shamsul Iskandar akan kalah kalau bertanding dengan Chegu Bard. Jadi dia suruh Rafizi masuk. Dan Rafizi diback-up oleh Azmin. Dimana ada Azmin…disitu ada Rafizi. Rafizi diminta oleh Anwar berjumpa Chegu Bard untuk berbincang. Tetapi syarat perbincangan utama ialah..Rafizi Ketua, Chegu Bard Timbalan.

Bila Chegu Bard kata "boleh blah"..Rafizi balik mengadu kat Anwar. Tapi Anwar kata…"kalau tak boleh deal..lawan la!" Itu sebab Rafizi masuk untuk bertanding. Dan dia kaut semua mereka yang pernah bekerja dengan pejabat Anwar. Sim, Amir, malah Nik Nazmi pun tumpang tui.


Bukan itu saja, Rafizi dijanjikan akan mendapat sokongan dari Shamsul Iskandar. Sam diminta untuk melepaskan jawatan Ketua AMK dan bertanding Naib Presiden. Tapi apa yang berlaku tak mengikut perancangan. Orang-orang Sam tak ikut Rafizi, tapi lari kat Chegu Bard. Mana yang kutuk Chegu Bard pun..dah mula puji chegu Bard.

Bila pencalonan bermula…Rafizi ketinggalan. Dan diminggu terakhir pencalonan, Anwar tau Rafizi tak boleh cari makan dan dengan cepat strategi dipinda. Sam perlu balik untuk bertanding Ketua AMK.

Isyarat pertama untuk menyuruh Sam bertanding Ketua AMK datang dari Cabang Gombak. Azmin mencalonkan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK..dan bermulalah era malap Rafizi. Sejak itu, Team Generasi Reformasi semakin malap.

Sam juga sedar, kalau dia lawan Chegu Bard, peluang dia tipis. Tapi kalau dia lawan Anwar dan Azmin…lagi teruk. Dan oleh kerana Sam juga seorang Anwaristas yang wala kepada Anwar, maka dia menurut kehendak Azmin. Aku sebut Azmin sebab dalam PKR, Anwar yang dengar cakap Azmin…bukan Azmin yang dengar cakap Anwar.

Semalam hari pencalonan. Aku ingatkan Rafizi sorang yang sakit perut dan tak dapat hadir menghantar borang pencalonan…rupanya hampir keseluruhan Team Generasi Reformasi sakit perut!! Macam mana nak jadi reformis? tu belum kena simbah air asid, belum kena cota FRU. Baru kena gertak dengan Anwar sikit…dah cari pil Chi Kit Teck Aun.


Petikan dari sebuah artikel yang ditulis oleh Mat Saman Kati di blog ureka.asia

*********************************************************
EDYES wrote:

Sokongan terhadap Sam telah menjunam ketika Sam mengumumkan untuk bertanding naib presiden. Pada waktu itu, banyak penyokong Sam mula mencari networking dengan chegubard malah sudah ada yang berjanji akan setia dengan chegubard kerana yakin beliau akan menerajui AMK penggal 2010-2013. Mereka telah menemui chegubard dan berjanji akan memberikan sokongan yang solid.

Apabila Sam U-TURN, mereka yang sudah terlajak menyokong Chegubard ini tiada pilihan selain daripada terus menyokong chegubard kerana tindakkan U-TURN dalam perjuangan itu tiada dalam kamus hidup mereka. Apatah lagi yang hendak digambarkan jika yang U-TURN itu adalah seorang Ketua. Penyokong Sam yang telah menyokong Chegubard sekali lagi menemui Chegubard untuk menyatakan setia dan tidak kurang juga yang memanggil chegubard untuk sama-sama berkempen sedangkan sebelum ini hanya membantu Sam.

AMK memerlukan seorang ketua yang boleh bergerak sendiri dan boleh mobilisasi sejumlah anak muda untuk sama-sama berjuang. Sebagai Ikon REVOLUSI, kemenangan Chegubard akan membuka lembaran baru kepada AMK dan pastinya akan lebih ramai anak muda menyertai PKR. Penyertaan mereka yang non-partisan juga akan bertambah kerana semangat dan aura 'rebelion' yang dibawa oleh Chegubard mudah dicenderungi dan akan menjadi ikutan semua anak muda yang tinggi semangat melawan.

Shamsul Iskandar pula telah diberi ruang yang cukup banyak untuk membawa AMK ke aras yang sepatutnya - sebuah sayap pemuda yang digeruni lawan. Sam bukan hanya memegang AMK selama satu penggal tetapi sebenarnya lebih dari sepenggal kerana sebelum itu Sam telah memangku jawatan ketua AMK yang telah dilepaskan oleh arwah Ezam.

Sam mula memegang jawatan pemangku ketua sejak dari tahun 2006 hingga pemilihan tahun 2007. Pada pemilihan 2007, Sam tidak ditentang oleh Chegubard Walaupun Chegubard mendapat banyak pencalonan kerana ketika itu beliau sedang menumpukan pengajian di Korea. Apakah yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar setelah diberi peluang selama lebih dari satu penggal atau lebih dari 4 tahun sebagai ketua AMK selain daripada memancung ketua-ketua AMK negeri sedia ada ketika itu?

Selepas diberi laluan oleh Chegubard pada pemilihan 2007 dengan harapan Sam memperkuatkan AMK sedia ada, Sam telah mengkhianati peluang yang diberi dengan melemahkan jaringan AMK sedia ada apabila mengenepikan ketua AMK negeri yang telah establish dengan segenap kekuatan. Akhirnya Sam gagal dalam misi memperkasakan AMK di kebanyakan negeri.

Sam tidak berjaya membina kekuatan utuh walaupun 4 tahun lamanya masa telah dihabiskan. Daripada 222 parlimen, AMK cuma ada 163 cabang sahaja. Daripada 163 cabang, hanya 50 cabang sahaja yang lengkap sepenuhnya iaitu yang lengkap carta organisasi daripada ketua hingga semua jawatankuasa termasuklah 25 exco.

Selama 4 tahun menerajui AMK, Sam tidak menitik-beratkan data entry senarai nama keahlian apabila ia juga tidak dikemaskini dengan baik. Ini mencerminkan pengurusan yang tidak teratur dan corong-corong pengkadiran juga mengecil kerana terdapat kelewatan dalam menguruskan senarai keahlian. AMK yang dipimpin oleh Sam banyak mencetus kontrovesi apabila ada tangan-tangan ghaib yang menyebabkan pertukaran suka sama suka mahupun sebaliknya, senarai ahli bertukar cabang mengikut kepentingan individu tertentu.

Terdapat juga satu kes di mana seorang pimpinan AMK negeri yang telah dilucutkan jawatan timbalan AMK negeri dengan hanya menggunakan teks sistem pesanan ringkas (SMS). Kecelaruan serba cacamerba ini berlaku sewaktu Sam menjadi Ketua AMK. Mengapa perlu mengekalkan Shamsul Iskandar sedangkan lebih satu penggal setengah telah diperuntukkan kepada dia dan hasilnya tidak memberangsangkan malah AMK dianggap lembab bak kura-kura. AMK di era Sam juga dilihat sebagai tukang lapor kepada pihak polis dan hanya tahu menyatakan kecaman demi kecaman terhadap kerajaan tanpa tindakkan berstrategi yang boleh memberi gentar terhadap kerajaan pemerintah.

Saya tidak mahu menyentuh berkenaan mengapa Sam bertindak U-Turn walaupun inilah lauk paling sedap untuk digoreng oleh mana-mana penulis. Bagi saya, biarlah Sam U-Turn kerana kita semua telah kenal betapa Shamsul Iskandar ini tidak mempunyai keberanian sebagai seorang pemimpin, tetapi hanya menurut perintah. Oleh itu, membuat pusingan U itu tidaklah diherankan, apatah lagi kiranya ia adalah arahan dari Azmin - Individu yang tidak mahu melihat AMK diterajui oleh skuad rebelion. Peristiwa Shamsul Iskandar mengelak debat di antara semua calon yang bertanding adalah susuatu yang memalukan. Ia pasti bertujuan untuk menutup segala kelemahan dan kudis-kudis yang takut dibongkar secara live serta ditonton oleh semua pemerhati, media dan pengundi.

Perkara mengapa Sam U-Turn telah dijelaskan dalam petikan Mat Saman Kati di atas tetapi perkara yang tidak dijelaskan ialah peristiwa di mana seorang ketua AMK yang melarikan diri dengan bersembunyi di dalam ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut, ketika anak-anak buahnya yang lain termasuklah Chegubard sedang bertempur dengan FRU. Ketika itu demonstrasi anti-ISA sedang rancak berlangsung dan ketika FRU mengganas, Ketua AMK ini dapat dilihat mengambil nafas di dalam bangunan ibupejabat PAS.

Cuba saudara semua fikir, apakah yang mampu dilakukan oleh Shamsul Iskandar sekiranya Anwar Ibrahim disumbatkan semula ke dalam penjara kelak? Bolehkah Shamsul Iskandar menggerakkan pemuda untuk menggertak kerajaan? Hanya Chegubard sahaja yang mampu membawa kebangkitan anak muda di atas faktor ikon yang ada dalam semangat juangnya.

Ada lagi perkara yang boleh saya sentuh tetapi saya juga cuba mengambil sikap mengelakkan politik selak kain. Apa yang ditulis di atas adalah faktor-faktor kelemahan Shamsul Iskandar dalam mentadbir sebuah organisasi penting dan sedikit mengenai faktor keberanian seorang pemimpin.

Saya mohon semua ahli agar tidak mensia-siakan penggal terpenting dalam sejarah reformasi iaitu tahun 2010-2013 sebagai tahun yang paling mencabar apabila DSAI berkemungkinan besar dihumban ke penjara. Pilihlah 'Penerus Momentum Reformasi', supaya perjuangan ini akan menjadi lebih hidup dan lebih mekar di selekoh terakhir sebelum mencecah Putrajaya. Janganlah tersilap pilih kerana andai calon kura-kura yang terpilih, mungkin kita hanya sampai ke sekitar tasik Putrajaya sahaja - resam si kura-kura apabila berjumpa tasik.

Kemenangan Chegubard akan membawa perubahan total dalam organisasi AMK yang popularitinya menjunam ketika ini, lantas memberi harapan baru untuk AMK dan seterusnya melangkah gagah menembusi Putrajaya.

Penerus Momentum Reformasi - Ke Arah Perlaksanaan Deklarasi Permatang Pauh 1998 !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

2015, Tol KL ke Pulau Pinang RM111.25?

Posted: 19 Oct 2010 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Okt - Rakyat dijangka terpaksa membayar sebanyak RM111.25 bagi perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada 2015 selepas Perdana Menteri membekukan kenaikan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus Expressway Bhd selama lima tahun.

Kadar ini merupakan peningkatan 33.6 peratus daripada kadar tol kini sebanyak RM88.60 bagi jarak yang sama.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kesan daripada tindakan langkah kerajaan tersebut, pemegang konsesi utama, United Engineering Malaysia (UEM) berkata kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM5 bilion menurut perjanjian konsesi lebuh raya yang ditandatangani oleh kerajaan.


Jelas beliau berdasarkan perjanjian konsesi antara kerajaan dan UEM, Plus dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak 10 peratus setiap 3 tahun.

"Kenaikan terakhir adalah pada tahun 2005, dan kadar tersebut telah dibekukan sejak itu. Kos perjalanan dua hala dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sekarang ini adalah RM88.60, tetapi ianya akan meningkat kepada RM111.25 pada tahun 2015, jika kerajaan membenarkan Plus menaikkan kadar tersebut sepenuhnya.

"Namun apa yang membimbangkan, jika kerajaan membekukan kadar kenaikan tersebut sehingga tamat konsesi, jumlah pampasan yang terpaksa dibayar oleh kerajaan selepas 28 tahun adalah sebanyak RM64 bilion," tegas beliau pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Dalam pada itu, Tony juga meminta kerajaan memikirkan secara serius berhubung konsesi Plus demi kepentingan rakyat daripada terus membiarkan perjanjian konsesi begitu sahaja.

"Tindakan ini tidak masuk akal apabila kerajaan terpaksa memberi pampasan sebanyak RM5 bilion kepada pemilik konsesi dan berkemungkinan besar setinggi RM64 bilion dalam tempoh keseluruhan konsesi itu di mana pembelian langsung Plus hanya sebanyak RM23 bilion sebagaimana yang ditawarkan UEM-KWSP.

"Kecualilah jika kerajaan mahu melihat rakyat Malaysia menderita," kata beliau.


Suara Keadilan

Bangunan UMNO dijual kepada PAS Kelantan

Posted: 19 Oct 2010 03:09 AM PDT

Wartawan Kita

KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.


Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

"Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

"Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu," katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk' Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.


HarakahDaily

Rosmah punca Kos perjalanan rasmi PM naik

Posted: 19 Oct 2010 02:59 AM PDT

Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi 75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102 pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah RM21.45 juta.

Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka membuat lawatan rasmi.

"Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20," kata Chua.


Menurut beliau, apabila Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009 kos lawatan perdana menteri dan timbalannya terus meningkat kepada RM6,041,934.35 dan jumlah itu melambung kepada RM9,807,310.63 bagi tahun ini.

Membanding jumlah lawatan, Chua berkata antara 2008 hingga 2009, kos perbelanjaan perjalanan adalah 7.94 peratus manakala daripada 2009 hingga 2010 ia naik kepada 62.32 peratus.

"Saya percaya semasa lawatan rasmi jabatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri terpaksa membayar perbelanjaan boros isteri perdana menteri," katanya.

"Rosmah Mansor mempunyai rekod sebagai berbelanja besar di London pada 2008, saya percaya jumlah kos yang tinggi itu adalah untuk menampung perbelanjaan isterinya, sebagai contoh lawatan (Rosmah) ke Forum Antarabangsa Wanita di Washington dan New York pada Mei lalu," kata Chua dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, jawapan kepada soalan kedua Tian berhubung kos pengurusan dan pembangunan Jabatan Perdana Menteri, timbalannya serta agensi berkaitan mendedahkan jumlah itu yang berjumlah RM4.3 bilion pada 2006 melonjak kepada RM10.2 bilion tahun lalu.

"Ini bermakna ia meningkat 136 peratus dan ini tidak termasuk perbelanjaan tambahan," kata Tian.

Pada pementangan Bajet 2011, Jumaat lalu, Najib mengumumkan peruntukkan RM18.14 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri.

Peruntukan itu mewakili 8.55 peratus daripada jumlah peruntukan bajet yang bernilai RM212 bilion.

"Ia menerima peruntukan ketiga terbesar mengikut agihan kementerian dengan RM35.76 billion untuk Kementerian Pelajaran dan RM31.2 bilion untuk Kementerian Kewangan," kata Tian.


Malaysiakini

UMNO Permatang Pauh tak bayar gaji SUK lebih 20 Bulan..

Posted: 18 Oct 2010 11:50 PM PDT

Gaji Setiausaha Kerja pun tak mampu nak bayar dah.. ish.. takkan dah sengkek sangat kot.. ada orang dah sapu la tu..



HarakahDaily melaporkan mereka difahamkan majlis 'Tranformasi Perjuangan Umno Permatang Pauh' yang dianjurkan oleh pemuda bahagian pimpinan Zaidi Mohd Said sengaja diatur bagi memalukan ketua bahagian yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti .

Didalam majlis itu Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh telah bertindak memberi masa 44 hari kepada ketua bahagian, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (gambar) untuk menyelesaikan 16 tuntutan termasuk tunggakan gaji setiausaha kerja Umno bahagian yang tidak dibayar melebihi 20 bulan. (ish.. ish.. ish.. patutlah dia boleh beli rumah kat depan Politeknik tu dengan harga hampir RM1 Juta.. )

Tindakan itu dilihat untuk menggagalkan impian Datuk Abdul Jalil untuk menjadi calon BN di Dun berkenaan pada pilihan raya umum kelak.

Selagi ada Jalil, maka Zaidi sukar dinamakan sebagai calon sama ada di Dun Permatang Pasir atau Penanti apatah lagi di Dun Seberang Jaya yang sudah sinonim dengan Datuk Arif Shah.

16 tuntutan itu adalah seperti berikut,


Yang Berbahagia Dato' Ketua Bahagian Hendaklah:

1. Menyediakan Blueprint atau perancangan program dan budjet untuk tempoh 2 tahun bagi memperkasakan UMNO Permatang Pauh dalam menghadapi PRU-13.

2. Bersikap lebih telus dalam dan terbuka soal peruntukan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dalam membantu rakyat. Kesemua jumlah yang diperolehi hendaklah dimaklumkan pada semua AJK Bahagian dan sayap-sayap.

3. Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyalurkan segala bantuan yang diterima oleh bahagian agar tidak ada pihak yang terlepas pandang dalam menerima faedah.

4. Segala bantuan yang diterima untuk sayap hendaklah diagih terus untuk sayap secara sama rata bukan diagih pada pihak ketiga yang boleh menimbulkan pecah belah.

5. Segala peruntukan yang diterima oleh bahagian hendaklah diagih kepada sayap-sayap secara sama rata bukan diguna dengan sendiri oleh ketua Bahagian.

6. Ketua Bahagian hendaklah bertangungjawab menyediakan dana khas bantuan untuk semua JKKKP dalam parlimen agar Ahli JKKKP boleh bertindak dan bekerja dengan lebih berkesan.

7. Perlantikan Ahli JKKKP hendaklah dibincang dengan semua penyelaras dan harus merangkumi peranan semua sayap-sayap.

8. Menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang bertangungjawap menyelaras semua permohonan yang dibuat oleh cawangan dan mempastikan pemohonan cawangan-cawangan ditunaikan dalam tempoh masa tertentu.

9. Segala perlantikan jawatan politik yang diujudkan dibawah kementeria-kementerian tertentu hendaklah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian.

10. Mempastikan segala arahan ibupejabat parti dilaksanakan bukan membiarkan arahan tersebut pada jawatankuasa bertangungjawab sahaja.

11. Yang Berbahagia Ketua Bahagian hendaklah mempegerusikan semua Program Juara Rakyat peringkat Parlimen kita bukan membiar semata-mata pada pengerusi hingga semua AJK Bahagian yang menjadi pengerusi terpaksa menangung segala masaalah berkaitan program tersebut.

12. Peruntukan yang diterima dari ICU hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian.

13. Peruntukan Mayang hendaklah dipermudah cara agar Ketua Cawangan boleh menjadi wakil menyampaikan sumbangan pada magsa bencana atau kematian tanpa menunggu ketua Bahagian atau wakil yang datang.

14. Menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan peruntukan sedia ada yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan menjayakan semua program berbentuk pendidikan dan kebajikan.

15. Segala urusan parti hendaklah dilakukan di Pejabat UMNO Bahagian, Pejabat yang ada diluar pejabat UMNO hendaklah ditutup dan dipindahkan secepat mungkin.

16. Tunggakkan gaji setiusaha kerja UMNO Bahagian yang tidak dibayar melebihi 20 bulan hendaklah dijelaskan secepat mungkin demi menjaga imej UMNO Permatang Pauh.


Saki baki penyokong UMNO Permatang Pauh yang hadir..





Sumber gambar dan senarai tuntutan dari Blog Musuh Rasmi aku.. iaitu Penanti Bangkit dan DUN 11 Permatang Pasir.

Tunggu tumbukan BN di PRU-13

Posted: 18 Oct 2010 11:12 PM PDT

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) agar "tunggu tumbukan kami" di gelanggang pilihan raya umum ke-13.

Jadi bersama-samalah kita tunggu tumbukan mereka itu.. samada mereka akan menumbuk dari hadapan atau menumbuk kita ketika tangan diikat dan mata ditutup.. hanya mereka dan Allah yang tahu.. Tungguuuuuu...

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Di sebalik spekulasi kemungkinan pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) agar "tunggu tumbukan kami" di gelanggang pilihan raya umum ke-13.

"Tunggu dan lihat, akan ada tumbukan," jawab beliau berhubung soalan mengenai persiapan BN menghadapi saingan PR berdasarkan prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pada 8 Mac 2008, BN tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan penguasaan lima kerajaan negeri diambil alih oleh PR.


Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno memberitahu, parti-parti pembangkang tidak tahu apa yang "kami lakukan."

"Lebih baik kami mendiamkan diri," katanya.

"Ada pihak yang mempersoalkan saya ini berbeza dariapda Tok Mat (Tan Sri Mohamed Rahmat) (kini Tun) Tan Sri Khalid Yaakob... saya memberitahu Tan Sri Khalid adalah Menteri Penerangan, Tok Mat pun Menteri Penerangan, mereka juga boleh bercakap mengenai kementerian. Apa kementerian yang saya ada? Saya sifar kementerian.

"Dan, lebih baik saya mendiamkan diri untuk merancang (kerja), saya tidak memberitahu, kalau saya beritahu pembangkang akan berwaspada, mengapa harus saya beritahu mereka, mengapa saya benarkan mereka (mengetahui apa yang kami lakukan).

"Saya mahu memerangkap mereka. Tunggu dan lihatlah, akan ada tumbukan," kata beliau dalam pertemuan baru-baru ini.

Kedua-dua Mohamed dan Khalil pernah memegang kedua-dua jawatan Setiausaha Agung Umno dan BN serta bertindak sebagai Menteri Penerangan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Putrajaya ini mendakwa pihaknya juga merasakan bahawa persekitaran semasa sebenarnya tidak mencabar berbanding cabaran 'sengit' ketika pilihan raya umum 11 tahun yang lalu.

"Pada tahun 2004, saya ada di sini. Saya sudah melalui situasi lebih teruk pada 1998/99, kami berhadapan dengan reformasi jalanan, kami perlu menangani situasi itu.

"Kami berhadapan dengan masalah besar ketika itu berbanding sekarang," katanya lagi.

Sehubungan itu menurut Tengku Adnan, "sekarang, bagi saya tiada masalah sebab tiada reformasi jalanan."

"Orang cuba untuk mewujudkan, mencetuskan ketidakharmonian kaum kecuali cakap-cakap begitu dan menerusi media, tetapi secara fizikal tidak ada.

"Pada 1998, ia berlaku, setiap orang pada masa itu, anda mesti ingat, setiap orang... disebabkan karakter Anwar (Ibrahim), dalam Melayu orang kata ketaksuban kepada pemimpin, taksub kepada... malah pada 1999," kata beliau.

Mengenai perbandingan dengan kemenangan pada pilihan raya umum 2004, kata Tengku Adnan, pihaknya telah membuat persiapan sebaik sahaja selesainya pilihan raya umum 1999.

"Selepas pilihan raya umum 1999, kami telah diminta oleh pucuk kepimpinan untuk bersiap menghadapi pilihan raya... kerja keras saya, pasukan Umno, kerja keras Tan Sri Khalil... itu yang menyebabkan menang besar (pada 2004)," kata beliau sambil menambah, ia juga hasil perubahan pucuk kepimpinan termasuk keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berundur.

Kata Tengku Adnan, Daim berhenti setahun sebelum Dr Mahathir atas permintaan pucuk kepimpinan dan permintaan itu dipenuhi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-11.

"Tetapi mereka yang mendapat kuasa selepas itu mereka tidak kisah," katanya.

"Itu sebabnya saya berkata, anda mahu jadi ahli politik untuk apa? Untuk merombak? Maaflah, anda tidak akan bertahan lama, Akhirnya negara ini akan menjadi seperti di Amerika Latin dan beberapa negara lain di Afrika yang sudah ketinggalan," katanya lagi.

Oleh itu, kata beliau, keputusan pilihan raya bergantung kepada bagaimana rakyat membuat pilihan dan percaya rakyat masa sekarang berfikiran terbuka untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.

"Jadi, kami juga sedar, apabila mereka hendak mengajar kami pada 2008, mereka juga membuat kesilapan.

"Pada masa itu mereka juga tiada pilihan, mereka tiada pilihan, kalau ada pilihan baik sudah tentu memberikan pilihan terbaik, bukannya DAP, bukan parti Anwar (PKR), atau PAS, mereka tiada pilihan selepas BN, mereka tiada pilihan," katanya.

DAP, PKR dan PAS membentuk PR.

Tengku Adnan menambah, pihaknya berusaha untuk memenuhi keyakinan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Kita juga ada kekurangan, sebagaimana anda katakan tadi pada 2004, kita menang besar pada 2004 disebabkan perubahan kepimpinan dan dari 1999, pasukan kami bekerja (kuat).

"Inilah masalah yang kami hadapi tetapi pokoknya, kami kena berubah," kata Tengku Adnan yang turut menekankan bahawa beliau secara peribadi cuba mendampingi setiap bahagian untuk memberi panggilan "bangun kembali" demi memperbaiki kedudukan.

Tengku Adnan juga mengakui walupun parti-parti utama dalam BN merupakan entiti yang berstruktur, tetapi apa yang penting ialah kuasa untuk berkhidmat.

"Kalau ada parti politik dan jika tiada kuasa, kita tidak akan berfungsi dengan baik... itu sebabnya rakyat menguji (Lim) Guan Eng di Pulau Pinang, (Tan Sri) Khalid di selangor.

Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim masing-masing menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang jatuh ke tangan PR pada 8 Mac 2008.


The Malaysian Insider

Mana Hasussani? Tegurlah kalau berani..

Posted: 18 Oct 2010 08:27 PM PDT

Kalaulah perkara Khurafat ini dilakukan oleh DS Nizar.. maka akan riuh rendahlah blogger Pro UMNO menyerang beliau.. tapi ianya dilakukan oleh Zambry maka mereka membutakan mata mereka..

Malahan Harussani juga telah bertukar menjadi "Syaitan yang bisu..."


Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu. Antara adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

a. Mendirikan Rumah Baru.



Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.




Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.





Gambar dari Pria Malaya
Komen oleh Ceplos

Kos bina Istana Negara RM797j

Posted: 18 Oct 2010 08:11 PM PDT

2010/10/19

KEMENTERIAN Kerjaraya menjelaskan kos bagi pembinaan Kompleks Istana Negara di Jalan Duta di sini, dengan keluasan lantai 100,000 meter persegi adalah RM650 juta.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, bagaimanapun, berkata kos itu tidak membabitkan beberapa skop komponen projek yang patut diambil kira. "Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM147 juta menjadikan kos keseluruhan RM797 juta.

"Tambahan peruntukan ini diperlukan bagi menampung kos kawalan keselamatan dan kos lain berkaitan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Lim dalam soalannya meminta Kementerian Kerja Raya menyatakan jumlah keseluruhan kos kompleks itu termasuk pembinaan susur jalan masuk dan keluar, pembelian peralatan pejabat dan perabot serta kos bulanan untuk menyelenggarakan istana berkenaan selepas projek itu siap.


Shaziman berkata, seperti projek pembinaan lain, Kompleks Istana Negara juga memerlukan jalan akses yang sempurna.

"Dalam konteks ini, kos bagi pembinaan jalan susur keluar masuk ke kompleks itu membabitkan persimpangan bertingkat bernilai RM106 juta (penjimatan berbanding anggaran kos asal RM130 juta) dan menaik taraf Jalan Changkat Semantan (pintu 2) bernilai RM32.5 juta.

"Kos operasi dan pengurusan kompleks akan ditentukan selepas keseluruhan projek disiapkan sepenuhnya pada 30 Jun 2011," katanya.


Berita Harian Online

Bebas Wahid memalukan pejabat Peguam Negara

Posted: 18 Oct 2010 08:03 PM PDT

Oleh Haspaizi Mohd Zain

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) menyifatkan pembebasan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don daripada pertuduhan rasuah, Jumaat lalu, sesuatu yang boleh memalukan pejabat Peguam Negara sebagai pendakwa raya.

Berikutan itu, ahli Exconya yang juga anggota Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi mengenal pasti punca kekalahan banyak kes membabitkan rasuah dan salah guna kuasa.

"Dalam kes berkenaan, Wahid dituduh menerima suapan sebanyak RM60,000 bagi mempercepatkan kelulusan visa kepada pekerja asing.

"Oleh itu, Peguam Negara perlu memberi penjelasan terhadap kegagalan pihaknya supaya rakyat tidak terkeliru dan kita juga berharap Peguam Negara memandang serius perkara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.


Phang juga melahirkan kebimbangan kerana sejak kebelakangan ini banyak kes yang dikendalikan pejabat Peguam Negara kalah di mahkamah dan ia boleh memberi imej negatif terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah.

Beliau berkata, kegagalan pendakwaan turut mengundang keresahan di kalangan rakyat, selain mengakibatkan pelabur asing hilang keyakinan terhadap badan kehakiman negara.
Katanya, kekalahan kes rasuah dan salah guna kuasa juga akan menyebabkan tanggapan negatif dilemparkan terhadap SPRM sebagai badan penyiasat.

"Rakyat hendak tahu sama ada Peguam Negara sudah melakukan siasatan menyeluruh dengan memastikan segala bukti lengkap dikumpul dan diletakkan di hadapan sebelum dibawa ke mahkamah.

"Saya harap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan itu mencari jalan penyelesaian segera bagi masalah ini," katanya.

Sementara itu, SPRM memfailkan rayuan terhadap pembebasan Wahid, semalam.

Ketua Pendakwa SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi BERNAMA, mengesahkan rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, pagi semalam.

Wahid, 57, dilepas dan dibebaskan tuduhan menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Datuk Seri Low Chang Hian bagi mempercepatkan kelulusan 4,337 visa untuk pekerja Bangladesh pada 10 Julai 2008.

Dalam satu kenyataan akhbar segera selepas keputusan mahkamah itu, SPRM berkata ada 'alasan kukuh' bagi suruhanjaya itu mengemukakan rayuan.


Berita Harian Online

Kes Bunuh Sosilawati : Rayuan suspek ditolak

Posted: 18 Oct 2010 07:51 PM PDT

KUALA LUMPUR: N Pathmanabhan iaitu tertuduh utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, gagal dalam rayuannya terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang membatalkan namanya sebagai peguam berdaftar.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang membuat keputusan itu dalam kamarnya di sini ,semalam, menolak permohonan Pathmanabhan dan adiknya, N Surendran dan turut menolak penangguhan terhadap pelaksanaan keputusan lembaga itu yang dibuat pada 24 Disember 2009.

Pada 23 November 2009, Pathmanabhan dan Surendran memfailkan notis usul pemula untuk mengetepikan perintah Lembaga Tatatertib itu dan penggantungan terhadap perintah berkenaan sementara menunggu perbicaraan dan keputusan terhadap notis itu.


Mereka yang menamakan pengadu, M Rajeanteran sebagai responden, turut memohon kos permohonan dan sampingan dibayar responden serta relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.


myMetro

Memo Taubat : Bapa Borek.. Anak Rintik..

Posted: 18 Oct 2010 10:28 AM PDT

Sabtu lalu, dihari penaman Calon bagi pemilihan MPP PKR lidah rasmi UMNO (Utusan) telah menyiarkan sebuah berita yang menyatakan Tiga wakil Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menghantar 'memorandum taubat' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu segera bertaubat.

Menurut lidah rasmi UMNO itu ,Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru telah menjadi wakil kumpulan 60 ahli dari tiga cabang parti yang terdiri daripada wakil Perak serta Pulau Pinang (Butterworth dan Bayan Baru), di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya

Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru berkata, antara tujuan memorandum tersebut dihantar adalah bagi mendesak Anwar bertaubat segera berkaitan dengan kes yang melibatkan Anwar di mahkamah.

Anwar BERTAUBAT segera??

Bagaimana Nor Hilmi Ismail begitu yakin mengatakan Anwar telah melakukan kesalahan hinggakan beliau mendesak Anwar untuk bertaubat segera? Sedangkan mahkamah sendiri belum memutuskan adakah Anwar akan didapati bersalah atau tidak..


Adakah beliau juga seorang yang rapat dengan Anwar? Rapat sebagaimana rapatnya Saiful dengan Anwar atau rapat sebagaimana Dato Zahrain yang mendakwa beliau adalah kawan rapat Anwar?

Menurut Ketua AMK Pulau Pinang Saudara Amir Ghazali, Nor Hilmi Ismail bukanlah seorang ahli AMK, beliau tidak pernah menjadi ahli AMK seperti yang didakwanya.

Jika begitu Nor Hilmi Ismail orang yang berada di luar PKR, yang tidak mengenali siapa DS Anwar Ibrahim yang sebenar, mungkin beliau mengenali DS Anwar Ibrahim melalui cerita yang disampaikan oleh ayahnya Ismail Ali.

Ketika heboh di Pulau Pinang bilamana beberapa orang pemimpin UMNO menjalankan kempen mengumpulkan semula wang ehsan pemberian Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM100 seorang kepada setiap warga emas kerana menurut mereka wang itu adalah dari sumber judi, Ismail Ali juga turut memulangkan wang yang diterima dari kerajaan negeri.

Ismail Mohd Ali @ Mail Kerang telah menerima sumbangan RM1000.00 melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun. Berita sepenuhnya sila baca di SINI.

Ismail Mohd Ali @ Mail Kerang adalah pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang telah keluar PKR Februari lalu. Beliau telah dipecat dari PKR keran turut melompat bersama Zahrain.

Biarpun bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri, sepenuhnya sila baca di SINI

Namun kerana sakit hati dan dendamnya terhadap Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan juga demi untuk memalukan kerajaan negeri Pulau Pinang, beliau memulangkan juga wang tersebut.


Jika bapa Nor Hilmi sendiripun iaitu Ismail Mohd Ali sanggup memperbodohkan diri sendiri dengan menurut kata-kata pemimpin UMNO yang ternyata dangkal pengetahuan ugamanya, demi untuk memalukan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.. jadi apa yang kita harapkan dari Nor Helmi..

Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.. dan pepatah Melayu juga ada berbunyi 'Bapa Borek… Anak Rintik…'.Samalah perangai mereka anak beranak..

Bapanya cuba untuk memalukan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, kini anaknya pula cuba untuk memalukan DS Anwar Ibrahim..

Untuk makluman hingga kehari ini pemimpin-pemimpin UMNO yang telah mengumpulkan wang secara haram itu masih belum memulangkan wang yang dikumpul dari warga emas itu kepada Kerajaan Negeri.. Tunggu apa lagi? Takkan nak makan interest kot…


Taubatlah Anwar

PETALING JAYA 16 Okt. - Tiga wakil Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menghantar 'memorandum taubat' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu segera bertaubat.

Memorandum satu muka surat itu dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang parti yang terdiri daripada wakil Perak serta Pulau Pinang (Butterworth dan Bayan Baru), di ibu pejabat parti tersebut di sini, pukul 11.30 pagi.

Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru berkata, antara tujuan memorandum tersebut dihantar adalah berkaitan dengan kes yang melibatkan Anwar di mahkamah.

Katanya, ia bagi mendesak Anwar bertaubat segera demi menjaga martabat perjuangan parti berkenaan.

"Kes-kes mahkamah melibatkan Anwar dilihat merosakkan perjuangan parti.

"Oleh itu, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan mengenainya dibongkar, lebih separuh daripada ahli parti mendesak beliau meletakkan jawatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Jelas Nor Hilmi, semua ahli parti memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.

"Kami tidak mahu pemimpin menggunakan dan berselindung di sebalik parti untuk mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang," katanya.

'Memorandum taubat' itu diberikan kepada wakil Petugas Pemilihan PKR 2010, Raou Imran untuk diserahkan kepada Anwar.

Jelas Hilmi, memorandum itu turut mendesak Anwar agar dapat memberi sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap memperkasakan parti bagi meneruskan kesinambungan PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.- Utusan




Tiada ulasan: