Isnin, 4 Oktober 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Zaid "desperado"?.. Azmin Ali sila jelaskan...

Posted: 04 Oct 2010 08:12 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang lagi pemimpin PKR hari ini meluahkan perasaan kecewa terhadap serangan peribadi Naib Presiden Azmin Ali, terhadap pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan timbalan presiden semalam.

Loh Gwo-Burne yang juga ahli parlimen Kelana Jaya berkata, "saya membaca kedua-dua News Straits Times dan Utusan Malaysia yang membuat liputan ucapan beliau pada mesyuarat agung tahunan Cabang PKR Gombak.

"Zaid dianggap sebagai pendatang baru dalam parti. Bukan itu saja, Azmin menyifatkan Zaid sebagai "desperado" dalam satu wawancara dengan Berita Harian," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, sebagai calon jawatan senior Timbalan Presiden parti, saya sedih dan kecewa jika Azmin sengaja bersikap sedemikian.


"Serangan peribadi tidak perlu dan sesuatu yang tidak baik. Dengan menyebut-yebut nama merupakan satu tindakan kebudak- budakan. Saya sungguh tidak percaya pemimpin veteran dan matang seperti Azmin berkata sesuatu seperti ini.

Ujar beliau, adalah benar Zaid adalah baru dalam parti, tetapi kita harus menghormati beliau bahawa beliau mempunyai pengalaman yang luas dan merupakan seorang ahli politik yang mempunyai prinsip dan boleh memberi sumbangan kepada parti. Penyertaan Zaid dalam PKR disambut meriah

"Adakah kita cepat lupa bahawa penyertaan Zaid disambut meriah pada suatu ketika dahulu kerana beliau adalah bekas menteri yang memprotes tentang salah guna ISA oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional?" soal beliau.

Gwo Burne berkata, "oleh itu, saya menggesa anggota-anggota parti supaya adil dan konsisten dengan pemilihan parti.

"Kelihatan seolah-olah beberapa pemimpin parti mengamal "double standard", memilih untuk menyerang calon kerana wawancaranya tersiar di akhbar arus perdana dan pada masa yang sama, memejamkan mata apabila calon yang satu lagi berbuat demikian," terangnya.

Katanya, parti hendaklah memenuhi matlamatnya untuk menegak demokrasi dan keadilan jika mahu menerajui pembaharuan di negara ini. Oleh itu, tiada tempat bagi pemimpin yang tidak matang dan bersifat keanak-anakan.

"Saya melihat seorang pemimpin kanan parti membuat serangan peribadi dan mengancam untuk memecah belah parti dalam usahanya untuk memenuhi cita-cita peribadi. Ini tidak boleh dibiarkan.

"Saya meminta Azmin membuat penjelasan dan menafikan kemungkinan salah faham ekoran dari laporan kenyataannya dalam NST dan Utusan hari ini," jelas beliau.


Free Malaysia Today

Pemilihan PKR : Proses Pemulihan Dalaman Parti

Posted: 04 Oct 2010 04:28 AM PDT

Oleh Hamdan M. Salleh

Unik. Itulah yang dapat digarap bagi memberi persepsi Pemilihan KEADILAN 2010. Seluruh peminat politik negara nyata memberi tumpuan kepada satu proses yang belum pernah berlaku dalam amalan parti politik dan kepartian di Malaysia.

Ada yang memuji, banyak juga yang mengeji, belum dikira yang keliru dan setengahnya mengkritik tanpa memahami sedalam-dalamnya proses yang dijalankan.

Barisan Nasional terutama Umno menjadikannya sebagai isu besar dan peluru untuk membedil KEADILAN. Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat pula tertunggu-tunggu dan ada yang risau dengan proses penentu kesinambungan KEADILAN.

Memang ia unik. Mana tidaknya, barisan kepimpinan dari peringkat tertinggi hinggalah ke Cabang dipilih oleh setiap ahli yang keluar mengundi.


Satu Ahli Satu Undi. Pada asasnya, semua yang sah menjadi ahli serta menjelaskan yuran tertunggak pada hari mengundi layak memberi undi mereka kepada sesiapa jua calon yang mereka inginkan.

Keadaan ini sudah tentu menimbulkan situasi yang pelbagai. Timbul persoalan, apakah kesan kepada KEADILAN? Adakah PEMILIHAN 2010 ini akan mengukuh atau mengakibatkan KEADILAN berpecah hingga impaknya akan dirasai pada Pilihan Raya Umum ke-13?

Salah satu impak sudah pasti. Sama ada KEADILAN akan menjadi lebih kukuh sebaik tamatnya proses pemilihan menjelang November 2010 atau ia kembali berpecah dan mungkin lebih serius dari apa yang berlaku dalam Pemilihan 2001. Hanya masa akan menjadi penentu.

Namun, KEADILAN perlu melihat secara positif dengan proses ini. Bukan mudah untuk mengendalikan pengundian dua peringkat yang melibatkan hampir 500,000 ahli di 212 Cabang seluruh negara.

Secara am, KEADILAN tidak boleh dibandingkan dengan Umno, PAS mahupun DAP. KEADILAN sebuah parti baru. Usianya jika dimanusiakan hanya seorang kanak-kanak darjah 4 sekolah rendah.

Umno dan PAS usianya lebih lima dekad. Begitu juga DAP yang sudah amat matang. Malah, parti-parti "otai" yang muncul lama sebelum KEADILAN itu tidak melaksanakan pemilihan parti serumit ini.

Ini format baru. Setiap ahli ada kuasa mengundi seperti yang diluluskan dalam Konvensyen Khas KEADILAN 2009. Jadi, ia bukan suatu yang mudah untuk dijalankan.

Apatah lagi pelaksanaannya merangkumi seluruh negara di mana kita maklum bahawa KEADILAN bukanlah parti berakar umbi seperti Umno dan PAS. Parti ini adalah parti dari atas ke bawah. Bukan bermula dari cawangan seperti kedua-dua parti tersebut.

Uniknya Pemilihan KEADILAN adalah ramai yang bertanding di peringkat tertinggi tidak mempunyai apa-apa jawatan atau tewas di peringkat Cabang. Contohnya Datuk Zaid Ibrahim, walau hanya setahun dalam KEADILAN sudah menjadi Ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan layak bertanding pula jawatan Timbalan Presiden.

Malah beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan di Ranting dan baru dipilih Ketua Cabang. Uniknya beliau adalah Ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan.

Mustaffa Kamil Ayub, Naib Presiden KEADILAN serta ketua KEADILAN Perak tewas di peringkat pemilihan Cabang (MATC) Pasir Salak. Peliknya, Cabang yang menolaknya sebagai ketua pula mencalonkannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Unik bukan? Ini sudah tentu tidak berlaku dalam parti-parti lain. Mustahil keadaan ini berlaku dalam Umno. Datuk Seri Najib sudah tentunya Ketua Umno Bahagian Pekan yang kemudiannya sudah semestinya memimpin negeri dan kemuncaknya menjadi Presiden Umno serta meneraju BN.

Tidak mungkin diterima keadaan Datuk Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri seandainya beliau tewas dalam pemilihan Umno Bahagian Pekan. Situasi ini tidak salah kerana sudah menjadi lumrah politik di Malaysia.

Ini nyata tidak terjadi di dalam Pemilihan KEADILAN. Keadaan yang sama tentunya berlaku dalam parti-parti lain yang ada di Malaysia.

Tetapi, apa yang berlaku dalam KEADILAN juga tidak salah. Malah jauh lebih baik dan telus. Ia adalah satu proses perjalanan demokrasi tulen yang diperjuangkan oleh KEADILAN sebagi sebuah institusi kepartian politik yang sah.

Jadi, adakah PEMILIHAN 2010 ini bermasalah?

Pertama, semestinya mempunyai masalah tetapi tidaklah bermasalah. Pemilihan parti manakah yang tidak bermasalah? Masalah dalam mengendalikan sesuatu acara atau agenda tentunya mempunyai masalah dan cabarannya tersendiri.

Apatah lagi dalam mengurus agenda organisasi seperti parti politik. Ianya normal sahaja. Jika dilihat secara statistik, Cabang yang bermasalah dalam pemilihan setakat akhir September cuma tujuh. Walhal, Cabang yang telah bersidang untuk mengundi lebih 200.

Ini bermakna hanya 4 peratus yang bermasalah. Itu satu jumlah yang rendah. Amat rendah. Jika pengundian seremeh Akademi Fantasia dan Malaysia Idol pun hangat dan panas, apatah lagi pemilihan kepimpinan politik. Tambahan pula semua ahli mengundi bukan perwakilan.

Kedua, dari sudut promosi. Pemilihan KEADILAN 2010 ini merupakan iklan percuma untuk memperkenalkan lagi parti ini kepada rakyat Malaysia terutama mereka yang bukan ahli.

Media cetak dan media elektronik saban hari menyiarkan pelbagai berita positif dan negatif berkenaan Pemilihan KEADILAN. Baik Sinar Harian, malah Utusan Malaysia dan Berita Harian mempunyai ruang khusus untuk itu. Sudah tentu ia iklan tidak rasmi kepada bukan ahli disebalik pengharaman Suara Keadilan yang belum tentu bilakah ia akan mendapat status halalnya dari pihak Kementerian Dalam Negeri.

Itu belum dikira pelbagai blog dan laman sesawang yang menyiarkan pelbagai berita dan artikel tentang proses unik ini. Hakikat yang perlu diakui oleh semua, ia menarik minat ramai rakyat Malaysia termasuk mereka yang sebelum ini tidak berminat dalam isu politik.

Ketiga, ia sebenarnya satu latihan dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Amati semangat berkobar-kobar mereka yang bertanding, yang menyokong dan yang mengundi.

Kempen bukan sahaja disertai pelbagai risalah dan sepanduk, ia turut penuh dengan adegan "panas" yang biasa kita lihat dalam pilihan raya.

Ramai yang terlibat dalam proses ini dan tentunya semangat berkobar-kobar ini sekiranya boleh diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum nanti pastinya memberi kesan positif yang amat besar kepada jentera parti dengan syarat "konflik adik-beradik" dalam keluarga besar KEADILAN ini dapat disatukan sebaik sahaja tamatnya Pemilihan 2010.

Jumlah ahli yang keluar mengundi terutama di Selangor amat mengejutkan. Cabang Kapar menyaksikan dari kurang lebih 5,000 ahli KEADILAN yang berdaftar, lebih 4,000 keluar mengundi.

Cabang-cabang lain juga menyaksikan jumlah keluar mengundi yang tinggi. Ini tentunya berita baik dalam usaha KEADILAN dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mempertahankan Selangor.

Mengapa Selangor penting? Kerana dari 500,000 ahli KEADILAN, sejumlah 150,000 atau 37.5 peratus ahli KEADILAN berada di Selangor. Ini juga bermakna KEADILAN sebenarnya tidak ketandusan ahli yang aktif.

Hikmah besar Pemilihan 2010 turut menampakkan ahli-ahli KEADILAN bukanlah sekadar dalam senarai di kertas. Pemilihan ini mengaktifkan juga mereka yang belum aktif, lesu dan mereka yang selama ini merasa cukup sekadar menjadi ahli biasa.

Keempat, Pemilihan 2010 ini membuktikan KEADILAN adalah sebuah parti yang ke hadapan, progresif serta tidak ketandusan pemimpin dari peringkat tertinggi hinggalah ke akar umbi.

Persoalan siapakah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kerap timbul mungkin akan terjawab menerusi pertandingan jawatan Timbalan Presiden.

Calon-calon seperti Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub bukan calang-calang kredibiliti mereka. Masing-masing mempunyai kelebihan pengalaman, karisma, pemikiran serta idea tersendiri.

Itu belum dikira tokoh-tokoh yang turut pencalonan seperti Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tian Chua. Naib Presiden juga menyaksikan begitu ramai tokoh yang boeh dinilai dan kemudiannya diundi oleh ahli-ahli.

Ini turut berlaku dalam pemilihan peringkat Cabang yang mana bukan sedikit mereka yang menawarkan diri. Keadaan ini perlu dilihat dari sudut positif.

KEADILAN perlu melahirlan lapisan pemimpin yang pelbagai selaras dengan kewujudan KEADILAN sendiri sebagai sebuah parti yang merentas ras dan ideologi.

Budaya politik wang yang sentiasa menjadi barah dan bisul parti politik juga dapat diminimakan kerana proses Satu Ahli Satu Undi tidak memungkinkan para pemimpin yang bertanding ini mampu menabur sekian banyak wang kepada semua ahli untuk mendapatkan undi.

Justeru itu, Pemilihan KEADILAN 2010 adalah satu agenda penting untuk memperkukuhkan lagi KEADILAN. Atau dengan izin, Pemilihan 2010 adalah Pemulihan Dalaman KEADILAN terutama jika diambil kira peristiwa-peristiwa negatif yang melanda KEADILAN pasca Tsunami 2008.

Kali ini, ahli parti yang menjadi penentu. Ia satu proses yang penting dan bersejarah serta akan menjadi titik tolak usaha KEADILAN dan rakan-rakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Dari kemunculannya sebagai Parti KeADILan Nasional pada 4 April 1999, kemudiannya penggabungan bersama Parti Rakyat Malaysia tanggal 3 Ogos 2003, disusuli pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim detik 2 September 2004 dan kemudiannya diperkukuhkan dengan politik Harapan Baru hingga membawa kejayaan pada Pilihan Raya ke-12; inilah gear lima kepada KEADILAN untuk mencapai hasrat dan cita-cita parti tersebut.

Bagi mereka yang bertanding pasti ada kalah dan menang. Namun anggaplah ia sebuah pertandingan sihat dalam keluarga besar KEADILAN.


Hamdan Datuk Mohd. Salleh merupakan ahli akademik di Univerisiti Industri Selangor (Unisel) yang mengkhusus dalam bidang sains politik. Kini beliau sedang menyiapkan tesis Doktor Falsafah yang mengkaji KEADILAN sebagai sebuah parti politik oposisi di Malaysia.


Suara Keadilan

Kes bunuh Sosilawati : Kertas siasatan hampir siap

Posted: 04 Oct 2010 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka siap tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata polis masih lagi berbincang dengan unit khas yang mengendalikan kes itu bagi melengkapkan dan mengemaskini siasatan seperti yang diminta oleh Jabatan Peguam Negara.

"Ada lagi perkara yang perlu disiasat. Dijangka (kertas siasatan) siap dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata kertas siasatan itu berkemungkinan dihantar bersama keputusan ujian DNA.

"Kami belum memperoleh sepenuhnya keputusan ujian dan masih menunggu perincian dari Jabatan Kimia. Kita tidak mahu bagi tekanan kepada Jabatan Kimia, pakar patologi dan mereka yang terlibat, jadi kita akan tunggu perincian sepenuhnya dari mereka dahulu," katanya.


Mohd Bakri turut meminta orang ramai terutama media supaya bersabar menunggu siasatan polis dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Polis telah menghantar kertas siasatan kes itu kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lepas tetapi dikembalikan semula keesokan harinya untuk dilengkapkan.

Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor, untuk urusan pembelian tanah.

Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

Hasil siasatan, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut dipercayai milik mangsa-mangsa. Bahan bukti kes pembunuhan itu diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Sehingga ini, polis menahan lapan suspek, termasuk dua peguam adik beradik, bagi membantu siasatan.

Tiga daripada mereka ditahan reman sehingga 7 Oktober dan lima yang lain sehingga 8 Oktober bagi membantu siasatan.

Siasatan turut merangkumi satu lagi kes pemubuhan melibatkan hartawan warga India A. Muthuraja yang dilaporkan hilang selepas tiba di negara ini pada 18 Januari lepas.


Bernama

Keng Yaik marah Tsu Koon, letak jawatan penasihat Gerakan

Posted: 04 Oct 2010 03:46 AM PDT

Oleh Athi Shankar

KUALA LUMPUR: Dr Lim Keng Yaik hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai penasihat Gerakan, berkata beliau kecewa dengan krisis pucuk pimpinan parti di Pulau Pinang dan cara Dr Koh Tsu Koon menangganinya.

"Hati saya berdarah," kata bekas presiden parti itu kepada para pemberita yang membuat liputan Majlis Konvokesyen Open University di sini hari ini.

Gerakan akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Ahad ini untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap Ketua Gerakan Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan.

Presiden Dr Koh berkata, beliau telah memaklumkan bahawa beliau tidak akan hadir EGM sambil melepaskan tugas mempengerusikan mesyuarat itu kepada timbalannya Chang Ko Youn.


Dr Lim menyelar Dr Koh, orang yang dipilihnya sendiri, kerana memilih untuk menghadiri mesyuarat agung MCA, juga dijadualkan Ahad ini.

Beliau berkata, presiden parti tidak bertanggungjawab.

Para pemimpin Gerakan tidak dapat dihubungi. Sumber-sumber berkata, mereka sedang sibuk di ibu pejabat di Cheras dengan mesyuarat tergempar.

Chin Fook Weng, speaker persidangan perwakilan Gerakan kebangsaan memberitahu FMT bahawa keputusan supaya Chang mempengerusikan EGM itu dibuat oleh mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang dipengerusikan oleh Dr Koh.

Chang, yang mengetuai Gerakan Perak, akan dibantu oleh Ketua Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai.

CWC juga memutuskan Teng tidak perlu melepaskan jawatannya sebagai Pegerusi Gerakan Pulau Pinang jika undi tidak percaya gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Pada persidangan perwakilan tahunan Gerakan 26 September lalu, Teng mengisytiharkan bahawa beliau akan meletak jawatan jika undi tidak percaya mendapat sokongan dua pertiga.


Free Malaysia Today

Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar - Arman Perkasa

Posted: 04 Oct 2010 12:38 AM PDT

Mak aih!! marah sungguh Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha bila Azmin mengatakan Mahathir sedang 'tersungkur' di Australia... marah kat dia sudahlah.. jangan campur urusan PKR pulak..

Perkasa gesa ahli PKR pilih Mustaffa timbalan presiden, tolak Azmin

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin Ali semalam, menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengundi naib presiden itu yang bertanding jawatan timbalan presiden parti, sebaliknya meminta memilih Mustaffa Kamil Ayub.

Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah berkata, Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakangnya dari Abim.

"Mustaffa dari Abim, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu," kata beliau.


"Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar," kata Arman.

Pemimpin Perkasa ini kecam Azmin berhubung kenyataannya ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan cabang PKR Gombak semalam.

"Azmin seharusnya menunjukkan hormat kepada negarawan atas sumbangan beliau kepada negara. Azmin tidak layak untuk menjadi ahli politik," kata Arman.

Dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan cabang Gombak semalam, Azmin berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit.

"Ikrar saya akan melawan Perkasa habis-habisan termasuk juga individu yang sedang 'tersungkur' di Australia," katanya.

Azmin bagaimanapun tidak menyebut siapa yang dikatakan tersungkur di Australia itu.

Difahamkan, ia merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne semalam bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Tambah Azmin, selagi Perkasa tetap memperjuangkan kepentingan perkauman sempit, maka selama itulah mereka akan dilawan oleh PKR.

Jawatan timbalan presiden PKR setakat ini dijangka ditandingi oleh Azmin, Mustaffa dan anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim.

Mustaffa dan Azmin merupakan naib presiden PKR.

Mustaffa mengesahkan akan bertanding kerusi timbalan presiden Jumaat lalu.

Dari segi pencalonan Azmin berada di depan berbanding Zaid dan Mustaffa.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dipercayai menjadi pilihan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden.

Kecuali cabang-cabang yang bermasalah, hampir 200 bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan masing-masing.

Pengundian peringkat pusat akan bermula hujung bulan ini selama tiga minggu.


The Malaysian Insider

RPK akan selamat?.. err.. Selamat ke Penjara atau ISA?

Posted: 04 Oct 2010 12:31 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini memberi jaminan kepada Raja Petra Kamaruddin bahawa penulis blog itu akan selamat sekiranya dia pulang ke Malaysia.

"Mengapa dia melarikan diri? Sama seperti saksi dari Thailand (pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunand) untuk kes Teoh Beng Hock yang mendakwa nyawanya terancam. Namun beliau datang dan pulang dengan selamat," katanya pada sidang media.

"Ini (alasan keselamatan) hanya satu alasan untuk tidak bekerjasama... Malaysia bukan sebuah republik pisang."

Nazri berkata, daripada melanggar syarat-syarat jaminannya, Raja Petra yang juga dikenali sebagai RPK, sepatutnya berkongsimaklumat dengan pihak berkuasa.

"Saya berharap dia akan bantu kami...saya lebih suka jika dia boleh pulang dan menghadapi pertuduhan dan mematuhi undang-undang negara," kata Nazri.


Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya.

Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu.

Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya.

Raja Petra dipercayai melarikan diri ke Britain selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah.


Malaysiakini

Mahathir 'pemimpin tersungkur', Azmin dibidas

Posted: 04 Oct 2010 12:27 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan calon Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur", tidak wajar dan tidak mencerminkan nilai akhlak yang baik seorang pemimpin.

"Ini tak sepatutnya berlaku. Kita dalam politik, kita mesti ada nilai moral dan akhlak dan sebagai manusia kita juga mesti hormat menghormati.

"Tun Mahathir adalah seorang negarawan ulung yang sudah banyak berjasa kepada negara," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Azmin hari ini yang menyifatkan Tun Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur" di negara itu.


Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR cabang Gombak semalam. Pemimpin PKR itu juga dipetik sebagai berkata bahawa ia disebabkan kedegilan Mahathir bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwa memperjuangkan agenda perkauman sempit.

Muhyiddin berkata Azmin sepatutnya berpandu kepada perasaan kemanusiaan.

"Bila Tun Mahathir uzur dan masuk hospital, seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Tun cepat sembuh dan pulang untuk berkhidmat kepada negara atas kapasiti beliau sebagai mantan Perdana Menteri.

"Jadi kenyataan itu tidak sepatutnya timbul kerana kita saling hormat-menghormati. Tak tahu la kalau begitulah kepimpinan dalam PKR," katanya.


Bernama

Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

Posted: 03 Oct 2010 09:51 PM PDT


Kasihan mereka.. berterusan diperbodohkan pemimpin UMNO

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut 'pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.


DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan 'hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn 'Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا


Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010

'The March to Putrajaya' Banned by KDN now Online.

Posted: 03 Oct 2010 09:36 PM PDT

This is Kim Quek noble comment posted at Malaysia Today.

I thank readers who expressed the wish to contribute something for being able to read the book. I suggest contributions be made to a fund instead, which hopefully can be set up soon for defence of free media - if there is enough public support.

Please show your support by pledging whatever amount on the comment posting at his site and contribute once the fund is set up.

By Kim Quek

The book "The March to Putrajaya – Malaysia's New Era is at Hand", which was recently banned by the Malaysian Home Minister, is available at the Internet. By going to www.themarchtoputrajaya.com or click on the image, readers can view as well as download the contents of the book.

This is as it should be. Citizens of a country should not be deprived of free access to information by the government simply because such information is deemed unfavourable to the regime.

A country where its citizens are habitually fed with state-controlled information – and nothing else – is a backward country which is bound to fail in this information and globalised age.

The reason is simple. No government likes to churn out information that puts it in bad light, and no society that is starved of open and balanced information can thrive and prosper in this fiercely competitive IT age.


If we look around the world, all the countries that are consistently ranked the best and the most admired for its social and economic achievement are societies that have free media. It is only through free flow of ideas that potentials of the mind can be fully developed. And it is the quality of the mind that determines the rate of progression or even regression of a society.

The Barisan Nasional (BN) government says Malaysia under its rule will leapfrog to the developed-country status within a decade. But that is a boast that no one believes, given the wretched state of affairs that BN has led the country into. The vitality of our economy has long sapped due to drying up of new investment, our institutions have lost the confidence and trust of the people, social dissension due to endless racial and religious squabbling has reached unprecedented levels, and corruption continues to thrive.

Aware of these problems, BN has decided to do window dressing to check dwindling popular support. It has spent hundreds of millions of ringgit of taxpayers' money to produce mottoes and massive publicity while ignoring and not treating the root causes. And part of that strategy is to stamp out unfavourable media material and suppress political opposition. This is manifested in the rapid rise of harassing of bookshops through confiscation, banning of books, withdrawal of publication licenses, summoning of politicians and dissidents to police stations on frivolous grounds and even arbitrary arrests.

Biarkan UMNO terjun dengan labu-labunya

Posted: 03 Oct 2010 09:17 PM PDT

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 3 Okt: "Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya," itulah reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap serangan Umno yang kian serabut dengan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000.

Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun.

"Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas," katanya.


Namun begitu, ujarnya kerajaan negeri tidak hairan dengan desakan Umno Kepala Batas dan yang terbaru di Bayan Baru kononnya mereka bersama dengan penduduk miskin menentang usaha murni kerajaan negeri berjiwa rakyat yang berusaha meningkatkan martabat bangsa, agama dan sosioekonomi menerusi penjimatan yang dilakukan.

"Sebelum ini Umno tidak pernah berikan sesen pun wang kerajaan kepada rakyat miskin yang mereka tahu golongan miskin diperkotakkatikan semasa pilihan raya tidak kira kecil ataupun umum," tambahnya ketika ditemui selepas meraikan sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Kepala Batas di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bertam petang tadi.

Katanya, Umno nampak serius melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri kononnya pemberian wang warga emas dan pengurusan jenazah daripada hasil judi sedangkan pemimpin mereka sendiri bergelumang dengan hasil judi.

Malahan, kata beliau ada antaranya terlibat menjadi jawatankuasa organisasi berhubung dengan perjudian.

"Jika macam itu bagaimana pendapatan mereka untuk diberi makan keluarga," katanya.

Menurutnya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus sendiri telah menjelaskan sebelum ini bahawa wang sumbangan syarikat judi lumba kuda diasingkan untuk masyarakat bukan Islam dalam Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bukan wang warga emas atau pengurusan jenazah.

"Saya pun tahu judi haram untuk orang Islam, maka kita asingkan tabungan itu, wang RM100 dan RM1,000 itu diambil dari wang penjimatan kerajaan," jelasnya.

Apa pun, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Putih, tekanan yang dibuat oleh Umno BN itu membuatkan semua jentera kerajaan dan parti melaksanakan kerja dengan lebih efisyen.

Bukan sahaja jentera, ujarnya bahkan semua Exco dan kepimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertungkus lumus merangka program untuk memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat.


Harakah Daily

Kenapa perlu kurang ajar Azmin?

Posted: 03 Oct 2010 09:04 PM PDT

Kenapa Azmin perlu menyindir Dr. Mahathir yang sedang sakit itu?..Kalau tak suka kepada Mahathir pun.. janganlah hingga bila dia jatuh sakit pun disindir pula.. kita sebagai orang Islam sepatutnya mendoakan agar dia lekas sembuh bukannya menyindir beliau yang sedang sakit itu..

Ini cuma menjelaskan kepada kita sikap menyimpan dendam yang ujud dalam diri Azmin. Kalau bencipun... janganlah jadi kurang ajar!!

Azmin dakwa Dr M pemimpin tersungkur
2010/10/04

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai pemimpin yang sedang tersungkur di negara itu.

Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan cabang Gombak tanpa menamakan individu berkenaan. Beliau kemudian mengakui ia merujuk kepada Dr Mahathir ketika ditemui media selepas itu, malah menyifatkan sindiran itu lebih lunak dan sesuai untuk pemimpin berkenaan.


Ditanya kenapa membuat sindiran itu, Azmin berkata, ia disebabkan kedegilan Dr Mahathir bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwa memperjuangkan agenda perkauman sempit.

"Saya berharap Dr Tun Mahathir sebagai pemimpin yang sudah lama memimpin negara ini harus mengambil tanggungjawab besar kerana Malaysia akan lebih maju jika fahaman perkauman sempit tidak diamalkan dalam pemerintahan hari ini," katanya.

Sebelum itu, ketika ketika berucap di depan 145 perwakilan yang hadir pada mesyuarat berkenaan, Azmin berkata, jika PKR sebagai parti pelbagai kaum mahu menjadi parti yang maju, fahaman perkauman sempit seperti dibawa oleh perlu dihindari oleh semua ahli dan pemimpin parti itu.


Berita Harian Online

RM100 : Sejumlah RM4700 lagi dipulangkan semula..

Posted: 03 Oct 2010 08:31 PM PDT

Bermula dari 29 September, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN Penaga Datuk Azhar Ibrahim, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, dilaporkan telah mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri kepada Datuk Azhar.- berita penuh di SINI

Kemudiannya pula di Gorgetown Berita Harian melaporkan pada 2 Okt , dalam satu siding media yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu, seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru telah memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri - Berita penuh di SINI


Pada 2 Oktober juga, Utusan melaporkan Seramai 47 orang lagi penerima bantuan program membasmi miskin tegar dan wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri memulangkan semula wang tersebut, 27 daripada mereka menyerahkan wang berkenaan pada majlis Aidilfitri anjuran Kemas manakala 20 lagi berbuat demikian di pejabat UMNO Bahagian Bukit Mertajam diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Jadi Datuk Azhar akan memulangkan RM4000.00, Datuk Abdul Rahim Saibu pula RM7000.00 dan Datuk Musa Sheikh Fadzir pula RM4700.00..

Berita berkaitan..

47 lagi serah wang judi

BUKIT MERTAJAM 3 Okt. - Seramai 47 orang lagi penerima bantuan program membasmi miskin tegar dan wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri memulangkan semula wang tersebut hari ini.

Golongan fakir miskin dan warga emas terlibat memulangkan wang tersebut pada majlis Aidilfitri anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini.

Seramai 27 daripada mereka menyerahkan wang berkenaan pada majlis itu manakala 20 lagi berbuat demikian di pejabat UMNO Bahagian Bukit Mertajam, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, para penerima bantuan terbabit memulangkan wang secara beramai-ramai sebelum menyerahkannya kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir untuk dipulangkan semula kepada kerajaan negeri.

Turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan Timbalan Ketua UMNO bahagian tersebut, Ramlan Ishak.

Seorang warga emas, Elias Siru, 68, berkata, dia tertipu kerana menyangka wang bantuan kerajaan negeri itu diberi atas dasar keikhlasan untuk membantu orang tua sepertinya.

"Tapi kalau mengambil duit judi untuk disedekahkan kepada orang macam kami ini, saya rasa ia sudah keterlaluan.

"Kadang-kadang saya rasa takut jika saya mati sebelum dapat memulangkan wang ini, hari ini saya benar-benar berasa lega," jelasnya.

Che Yom Abdul, 62, pula bertekad memulangkan wang tersebut kerana ragu-ragu ia bersumberkan wang perjudian seperti yang didedahkan baru-baru ini.

"Selepas tahu mengenai perkara ini, saya bertekad untuk pulangkan semula dan ketiga-tiga anak saya juga menasihatkan untuk pulangkan kerana kami sekeluarga tidak perlukan duit yang diragui dari mana ia datang.

"Kerajaan pun sudah beri duit pencen tiap-tiap bulan, itu pun sudah cukup, kami bersyukur. Cuma nak tanya (kerajaan negeri), patutkah beri kami duit ini? Kami mungkin tidak mampu tetapi kami tidak tergamak terima duit haram," katanya.

Sharifah Abdul Rahim, 70, pula memberitahu, dia sekeluarga sangat terkilan selepas mendengar pengakuan kerajaan negeri ada menerima wang dari Kelab Lumba Kuda untuk membantu orang miskin di Pulau Pinang.

"Saya ragu-ragu sama ada wang (RM100) yang terima ini juga datang daripada sumber judi, jadi saya rasa lebih baik pulangkan supaya hati lebih tenang. Insya-Allah, tanpa duit ini saya dan anak-anak masih boleh hidup," tambahnya.

Pada 29 September lalu, 40 penerima bantuan kerajaan negeri terdiri warga emas dan fakir miskin di Kepala Batas memulangkan semula bantuan berkenaan diikuti 70 lagi penerima bantuan sekitar Bayan Baru, dekat sini yang membuat tindakan sama semalam.


Lidah Rasmi UMNO?

PRK DUN Galas : Kejutan Buat UMNO?

Posted: 03 Oct 2010 11:20 AM PDT

Seorang yang dekat dengan Kuli telah memberitahu pembrita bahawa kebarangkalian Kuli akan menerima pencalonan tersebut adalah hampir tidak mungkin. Hal ini kerana beliau sanggup untuk memberikan peluang kepada mereka yang lebih muda...

Kwong Wah Daily

Menurut laporan daripada Kwong Wah Daily, Tengku Razaleigh atau dikenali Kuli tidak akan menerima cadangan untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Galas.

Tetapi beliau mungkin akan menjadi ketua dalam kempen pilihan raya kecil tersebut.

Seorang yang dekat dengan Kuli telah memberitahu pembrita bahawa kebarangkalian Kuli akan menerima pencalonan tersebut adalah hampir tidak mungkin. Hal ini kerana beliau sanggup untuk memberikan peluang kepada mereka yang lebih muda. Selain itu, beliau juga dipilih sebagai Ahli Parlimen Gua Musang sebanyak 9 kali.

Selian itu, penolong khas bagi Tengku Razaleight juga memberitahu pemberita bahawa beliau akan membuat pengumuman penting di KLIA pada 9 Oktober 2010.

Ini beritanya..


加腊斯州席补选 姑里不接受上阵献议

(哥打巴鲁2日讯)巫统元老暨话望生国会议员东姑拉沙里将不会接受任何的献议以成为候选人,代表国阵上阵加腊斯州议席补选。

不过,相比之下,东姑拉沙里接受担任补选总指挥的可能性却相当高,以负起领导话望国阵应付补选的责任。

一名接近东姑拉沙里的消息披露,要姑里成为候选人的机率可说是零。

他指出,姑里更乐于培养新人,以便让新人来推动话望生区内的政治活动,再加上本身已是九届国会议员,所以当不会在此时竞选州议席。

对于国阵领导层献议由东姑拉沙里成为补总指挥一事,这名非常熟恳姑里个性的消息说,姑里有可能会接受这个职位。

他说,这主要是姑里身为一名区部主席 应有的责任。

另一方面,东姑拉沙里的特别助理诺曼甘尼说,东姑拉沙里会在10月9日在吉隆坡国际机场就补选事作重要宣布。


Sumber : GoMalaysian

Demo di Airport : Bukan Pemuda Pulau Pinang tu.. cuma Beruk-Beruk Upahan UMNO..

Posted: 03 Oct 2010 11:03 AM PDT



Bernama melaporkan pada malam 2 Oktober 2010 kepulangan Ketua Menteri Lim Guan Eng dari Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas malam tadi disambut dengan tunjuk perasaan oleh kira-kira 100 orang belia, sebagai membantah pemberian wang ihsan kepada warga emas di negeri itu yang dikatakan dari hasil judi.

Kumpulan berkenaan menggelarkan diri mereka sebagai Pemuda Pulau Pinang.



Mereka membawa kain rentang dan poster sambil melaungkan "Guan Eng Penipu".

Sebelum ini dilaporkan para penerima wang bantuan tersebut telah bertindak memulangkan semula wang berkenaan.


Lim difahamkan membuat lawatan kerja ke Adelaide, Australia bermula 27 September lalu dan pulang ke Pulau Pinang menerusi Lapangan Terbang Changi, Singapura. — Bernama


Sebenarnya pemuda-pemuda itu tidak layak menggunakan nama Pemuda Pulau Pinang bagi menggambarkan bahawa mereka datang dari seluruh Pulau Pinang mewakili seluruh umat Islam berbangsa Melayu di Pulau Pinang bagi menyarakan bantahan mereka berkenaan isu wang ehsan.

Mereka hanyalah layak digelar sebagai beruk-beruk yang sudah pasti mendapat sikit upah dari UMNO atau layak digelar Beruk Upahan UMNO..

Hanya Beruk Upahan UMNO yang terlibat dalam demo tersebut, kerana pada hari dan masa yang sama kebanyakkan Pemuda yang bersama Pakatan Rakyat menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang di Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Butterworth..

Yang telah berlangsung dengan jayanya dan dianjurkan secara bersama antar AMK Pulau Pinang dan KEADILAN Cabang Bagan..











Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

Pemilihan PKR : Keputusan penuh pencalonan hari terakhir

Posted: 03 Oct 2010 10:43 AM PDT

Okt 3, 10 8:57pm

Setakat keputusan yang diperolehi, Naib Presiden Azmin Ali mendapat 102 pencalonan manakala pencabar terdekatnya Datuk Zaid Ibrahim pula sebanyak 38 pencalonan.

Berikut keputusan tidak rasmi setakat 3 Oktober, 8.55pm:

Presiden
(Berdasarkan keputusan daripada 141 cabang)

Dr Wan Azizah Wan Ismail - 123
Anwar Ibrahim - 15
Zaid Ibrahim - 3


Timbalan presiden
(Berdasarkan keputusan daripada 171 cabang)

Azmin Ali - 102
Zaid Ibrahim - 38
Mustaffa Kamil Ayub - 17
Tian Chua - 5
Khalid Ibrahim - 4
Wan Azizah Wan Ismail - 3
Fuziah Salleh - 1
Nurul Izzah - 1


Naib presiden (4 tempat)

Fuziah Salleh - 115
Shamsul Iskandar Md Akin - 45
Lee Boon Chye - 35
Mustaffa Kamil Ayub - 34
Mansor Othman - 30
Tian Chua - 26
R Sivarasa - 25
Nurul Izzah Anwar - 22
Khalid Ibrahim - 17
N Gobalakrishnan - 16
Azmin Ali - 13
Ansari Abdullah - 13
Chua Jui Meng - 12
Jeffrey Kitingan - 11
Xavier Jayakumar - 10
Yahya Sahri - 9
Zaid Ibrahim - 7
S Manikavasagam - 7
Mohd Noor Manuty - 6
Suresh Kumar - 6
Abdullah Sani - 4
Saifuddin Nasution - 3
Zamri Yusof - 3
Saiman Marzuki - 3
Badrul Amin Baharon - 3
Yusmadi Yusoff - 3
Jimi Donald - 2
James Ghani - 1
Kamarul Baharin Abbas - 1
Baru Bian - 1
Hee Loy Sian -1

Setiap calon memerlukan dua pencalonan minimum untuk melayakkannya bertanding bagi semua jawatan di peringkat pusat.


Malaysiakini

Pemilihan PKR : Padang Serai pun kecoh juga..

Posted: 03 Oct 2010 10:16 AM PDT

Sewajarnya kesemua insiden kekecohan ini di analisa sebaik mungkin bagi mencari faktor-faktor kelemahan yang perlu diatasi pada pemilihan dimasa yang akan datang, PKR menghadapi masaalah-masalah ini hanya kerana tidak berpengalaman langsung dalam menghadapi pemilihan dalam Parti..

Belajarlah dari kesilapan.. bukannya meletakkan kesemua kekecohan keatas bahu pihak lain.. Mana ada manusia yang sempurna didalam dunia ini saudara...


Pemilihan PKR Padang Serai kecoh
2010/10/03

KULIM: Pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai di sini, hari ini kecoh apabila dua calon yang bertanding membantah proses pengundian yang didakwa tercemar dengan membabitkan pengundian calon bawah umur.


Kekecohan berlaku kira-kira 10 minit sebelum tempoh pengundian tamat apabila calon ketua cabang, V Chandrasekharan, dan penyokongnya meminta proses pengundian dibatalkan kerana mendakwa penyandang jawatan itu, P Gobalakrishnan, menggunakan pengundi bawah umur serta meletakkan penyokongnya sebagai petugas pemilihan.

Keadaan bertambah hangat apabila penyokong seorang lagi calon, Shamsulannuar Abdullah, pula mengemukakan protes atas alasan sama.

Proses pengundian cabang itu bermula jam 8.40 pagi tadi dan berakhir jam 4.40 petang.


Berita Harian Online

Tiada ulasan: