WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- SEORANG LAGI WANITA DAP HINA Al-QURAN ?
- BELUM DEDAH LAGI UMNO SUDAH GELABAH
- PEMILIHAN PKR - KOMEN PENYOKONG DATO ZAID IBRAHIM
- JOM DENGAR ORANG TUA NYANYOK INI BERLETER.....
- KENYATAAN YB NURUL IZZAH `BERBISA' BUAT NAJIB
- SYABAS KHALID, SELANGOR BANGGA DENGAN MU
- APA YANG PEMBANGKANG SEBUT SELAMA INI DIAKUI OLEH MUSA HASSAN
| SEORANG LAGI WANITA DAP HINA Al-QURAN ? Posted: 07 Sep 2010 10:00 PM PDT ![]() ![]() Siapa kenal wanita yang `bertelanjang' (tidak tutup aurat) yang sedang membaca Al-Quran di atas? Mungkinkah wanita itu pemimpin dari DAP ? Wahai Mufti Perak dan Ulamak Muda yang dikatakan ada seramai 40 orang itu, apakah hukumnya perbuatan wanita di atas? Wahai puak-puak Umno yang cintakan Islam itu, tidak teragakkah kamu untuk mengadu kepada Sultan darihal biadabnya wanita ini menghina Al-Quran? Gambar seterusnya klik sini. | |||
| BELUM DEDAH LAGI UMNO SUDAH GELABAH Posted: 07 Sep 2010 09:00 PM PDT
| |||
| PEMILIHAN PKR - KOMEN PENYOKONG DATO ZAID IBRAHIM Posted: 07 Sep 2010 06:00 PM PDT SECARA peribadi, saya menyokong YB Azmin Ali untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR nanti. Sokongan ini bukan bermakna untuk menjadikan Dato Zaid Ibrahim senasib dengan Almarhum Tun Ghafar Baba di dalam Umno seperti yang Dato Zaid khuatirkan itu. Tentulah banyak perkiraan kita yang mana menyokong YB Azmin Ali begitulah juga yang menyokong Dato Zaid Ibrahim. Kedua-duanya adalah wira rakyat dan mereka sudah menjalani ujian untuk melayakkan diri mereka sebagai pemimpin di dalam PKR. Bagi saya, YB Azmin dilihat lebih hampir dan sinonim dengan rakan utama PKR iaitu dari PAS dan DAP. Justeru itu, mustahak Timbalan Presiden PKR adalah tokoh yang mesra dan sinonim dengan parti sekutu PR itu. Lebih penting lagi, keperibadian pemimpin juga memainkan peranan penting dan saya lihat YB Azmin mempunyai kelebihan dalam aspek itu. Tentunya Dato Zaid juga punyai kelebihan lain. Saya suka untuk menyiarkan komen seorang pengunjung blog ini berkaitan artikel saya sebelum ini. Berikut adalah komen beliau yang mana boleh kita kongsi bersama. Terima kasih kepada penulis komen berkenaan;
| |||
| JOM DENGAR ORANG TUA NYANYOK INI BERLETER..... Posted: 07 Sep 2010 04:55 PM PDT Dr. Mahathir selar Pas jual agama demi politik KUALA LUMPUR 7 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar tindakan pemimpin Pas yang sanggup menjual agama Islam demi survival politik bagi mendapat sokongan pihak tertentu. Menurutnya, pemimpin Pas amat cekap memanipulasi pemikiran dan menukar tafsiran dalam apa-apa isu sekali pun bagi menjadikannya selari dengan kehendak rakan bukan Islam. Katanya, mereka yang kononnya mendakwa sebagai pejuang Islam sebenarnya secara nalurinya perjuangan mereka langsung bukan untuk memartabatkan Islam tetapi mengenepikannya. "Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam ini sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik. "Kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa. "Umpamanya, isu ternakan babi dekat dengan kampung Melayu, mereka mengatakan dalam al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tak boleh makan babi, kalau nak ternak atau nak lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran," katanya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online di sini, hari ini. Dr. Mahathir berkata, pimpinan Pas sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan. Beliau memberikan beberapa contoh seperti tindakan Pas menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini mereka melakukan perbuatan sama apabila bersekongkol dengan DAP. Pas juga, katanya, menghalalkan tindakan khatib mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong dengan alasan untuk menarik bukan Islam kepada Islam. "Mereka pintar memberi penjelasan, menukar pemikiran mereka kerana yang menjadi mangsa adalah Islam dan orang Islam sendiri," katanya. Seterusnya, Dr. Mahathir juga membangkitkan kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki ruang utama solat Surau al-Huda, Kajang, yang disokong dan langsung tidak dibantah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau amat kecewa dan sedih dengan tindakan itu berkata, Pas menggunakan Islam sebagai sebagai alat untuk mendapat sokongan di kalangan umat Islam tetapi mereka sebenarnya bukan pejuang Islam seperti yang digembar-gemburkan itu. "Jika Islam itu menjadi halangan untuk dapat sokongan orang bukan Islam, mereka sanggup cari jalan supaya Islam itu dikebelakangkan sikit. "Contohnya dalam soal hukum hudud, semua itu diketepikan. Begitu juga dengan negara Islam, ia juga diketepikan supaya dapat sokongan bukan Islam, itu memang naluri Pas. "Itu Pas guna Islam untuk memancing undi. Dari dahulu memang macam itu," katanya. /UTUSAN | |||
| KENYATAAN YB NURUL IZZAH `BERBISA' BUAT NAJIB Posted: 07 Sep 2010 02:00 PM PDT KENYATAAN MEDIA DR. SYED HUSIN ALI TENTANG ISU PERKASA - NURUL IZZAH Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa. Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran. Pendirian ketiga-tiga menteri itu membukti kan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu. Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan. Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali. Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa. DR SYED HUSIN ALI TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT | |||
| SYABAS KHALID, SELANGOR BANGGA DENGAN MU Posted: 07 Sep 2010 12:30 PM PDT Khalid Ibrahim memang bijak dalam pentadbiran negeri. Hanya pihak-pihak yang buta sahaja tak nampak kehebatan beliau memimpin negeri yang paling kuat dikacau UMNO, yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden UMNO iaitu Najib. Syabas Khalid. Teruskan usaha mereformasikan kerajaan PR Selangor. PR Selangor Beri Hadiah Raya Buat Kakitangan Negeri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri termasuk semua anak syarikat di bawah tadbir urus Menteri Besar Diperbadankan (MBI). Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban kakitangan jentera kerajaan negeri, selain sebagai menghargai usaha membantu menyebar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2 tahun lepas. Khalid menyampaikan berita gembira untuk segenap kakitangan MBI ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Kelab Shah Alam. Majlis yang dihadiri kira-kira 200 pengamal media termasuk media arus perdana, bertujuan menghargai jasa dan peranan mereka. "Kita sudah cadangkan kepada semua anak syarikat dalam MBI untuk memberikan wang Hari Raya sekurang-kurangnya sebanyak RM500 setiap warga kerja dan untuk syarikat MBI kita telah bersetuju untuk memberikan wang, bukan bonus tapi wang hari raya sejumlah RM1,000 satu warga kerja" kata Khalid./justice for all | |||
| APA YANG PEMBANGKANG SEBUT SELAMA INI DIAKUI OLEH MUSA HASSAN Posted: 07 Sep 2010 02:00 AM PDT KDN campur tangan siasatan polisKUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam mendedahkan wujud campur tangan pihak ketiga ketika beliau menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketika ditanya siapakah pihak ketiga itu, Musa memberitahu: "Kementerian mana lagi yang jaga polis? KDN (Kementerian Dalam Negeri) lah." Wartawan: "Kenapa wujud campur tangan itu?" Musa: "Kerana politik, kepentingan peribadi dan agenda sendiri." Selain itu, beliau yang akan bersara pada 13 September ini mengakui terdapat juga pihak-pihak luar yang bertindak mengeluarkan arahan tanpa pengetahuan beliau. Jelas Musa, tindakan mencampuri tugas yang dilakukan oleh pihak berkenaan jelas bertentangan dengan arahan dan kawalannya sebagai Ketua Polis Negara. "Kita tidak mahu orang (luar) bagi arahan salah, bila buat (ia) akan jadi salah. "Arahan sepatutnya dikawal oleh polis bukannya daripada orang luar," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. Kata Musa, arahan dalam pasukan tersebut sepatutnya dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab. Jelas beliau, polis akan menjalankan tugas selepas mendapat laporan daripada orang ramai. Beliau menambah, campur tangan sedemikian boleh mengganggu siasatan. "Kita mesti berlaku adil dalam menjalankan siasatan supaya dapat dihormati oleh masyarakat. "Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan menuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis," kata beliau. Ditanya bagaimana wujud campur tangan sedemikian ketika beliau menjalankan tugasnya, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri./Malaysia |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


KUALA LUMPUR, 7 Sept: Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menafikan dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa pihaknya sedang mengedarkan risalah berunsur fitnah terhadap Felcra di kawasan penempatan peneroka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan