Khamis, 23 September 2010

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Isu Replika cek 4 billion

Posted: 23 Sep 2010 03:29 AM PDT



Heboh satu Malaya isu PAS Kelantan mendapat  "replika cek"  berjumlah 4 billion dari  syarikat IDA World Group Sdn Bhd (IDA World)...teman pun terkejut berok juge bukan sebab  PAS Kelantan dapat replika cek tu tapi amaun yang tertera tu..di"sumbang" kan oleh syarikat bumiputera...wah hebat dah ada syarikat  bumiputera yang bertaraf konglomerat...


UMNO pun melejeh ayo lior deme bile mendengor duit sebanyak itu...kala le dapat kat deme..hingke deme..maka dibuat lah laporan  POLIS ...ha ha ha gelak besor teman nengok kelaku UMNO..rakus bebeno..sedangkan PAS Kelantan hanya mendapat replika cek aje sebenornye..kala nak duit tu kene bagi projek kat deme( syarikat tu)..sebab tu TOk Guru Nik Aziz awal lagi telah black list syarikat berkenaan.. Persoalanya ade ke syarikat tu wang dan modal sebanyak itu dan mampukah deme untuk membangun dan menjalankan projek berkenaan.. Macam  skrip cerite kartun aje...


Sebenornye isu ini sengaja dicipta oleh UMNO untuk  melalaikan rakyat dari memikiorkan beberapa isu besar dalam negara .... ate che klik link ni ..tau le kite sape sebenornye deme ni( syarikat I'DA World) ni yg sebenornye.


Bloggers pencacai UMNO ape lagi..mole le memfitnah Tok Guru NIK Aziz dan PAS Kelantan..dalam blog dalam FB ..ape lagi menambah koleksi fitnah deme terhadap Tok Guru Nik Aziz..tanpa memahami isu sebenarnya..kalau faham pun..deme fitnah juge.


Terkini dua orang pegawai dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah berkunjung ke Pejabat I'DA world ni...


Kita tengok pula apa  reaksi Dato Mahfuz Omar .....Cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak ubah seperti cerita penglipurlara menyumbang derma RM4 bilion, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Dua-dua penglipurlara. Tidak ada bezanya cerita Pendapatan Negara Kasar (GNI) meningkat hampir RM1.7 trilion yang didakwa dalam program ETP di Kuala Lumpur dengan kisah derma RM4 bilion kepada PAS Kelantan di Kota Bharu.

"Yang seronoknya, Umno percaya kedua-duanya. Penglipurlara ETP sudah tentulah Umno percaya sebab mereka hendak paksa rakyat pula turut mempercayainya. Dengan pemikiran ala ETP itu, kisah penglipurlara derma RM4 bilion juga mereka telan dengan rakus," kata beliau sambil merujuk gesaan supaya 'derma' RM4 bilion itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga laporan polis mengenainya.
................................................................................................................................................................
Pengajaran nye..jangan le kite dalam Pakatan Rakyat ni mudah tertipu dengan permainan dan tipu daya UMNO..tahniah Tok Guru Nik Aziz dan pimpinan yang lain dari Kelantan yang bertindak segera dalam isu ini..

Tiada ulasan: