SharpShooter |
- Azmin dituduh serah isteri dan dirinya diliwat Anwar
- Kenyataan rasmi Wang Ehsan dan angka 40
- Rasuah 5 juta mengapa SPRM membisu
- UMNO kutip semula wang warga emas RM100 - Kempen Galas bermula
- Tak usah ugut nak keluar parti...
| Azmin dituduh serah isteri dan dirinya diliwat Anwar Posted: 30 Sep 2010 12:35 AM PDT Temubual khas bersama bekas timbalan ketua AMK, sdr mohd zahid md arip yang kini menganggotai umno dan juga ahli dewan tertinggi perkasa. beliau juga merupakan cucu kepada mantan timbalan perdana menteri di zaman tun dr mahathir dahulu, iaitu tun ghaffar baba.. rakaman dibuat di subang jaya, selangor Sharpshooter :- Jika kita tonton video tersebut, secara jelas dan terang zahid mat arip menuduh Azmin serahkan isterinya dan dirinya kepada Anwar untuk nafsu sex Anwar. Satu kenyataan yang cukup biadap dan tak beradab. Azmin wajib saman saja malaun zahid ni yang mana dahulu merekalah yang bergantung pada "telur" Azmin meminta wang ehsan setiap bulan. Chegu Bard pernah beritahu tentang zahid mat arip yang pernah menuduh Ghani Haron ada hubungan "luar biasa" dengan Isteri Ezam sewaktu senatak ezam dua tahun dalam penjara.Berita lanjut di sini. Sharpshooter bersetuju dengan Chegu Bard, tolak politik selak kain yang tidak memberi manfaat kepada generasi muda dan kita sepatutnya tumpu pada politik mengenai dasar, rasuah, salah laku, pentadbiran dan sebagainya perlu diutamakan bukannya politik selak kain. Sian Rafizi....zahid tuduh Anwar sokong Rafizi sebab Rafizi "jambu" sahaja bukan kerana cerdik sangat budak tu..kata Zahid. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Kenyataan rasmi Wang Ehsan dan angka 40 Posted: 29 Sep 2010 11:36 PM PDT Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM100 Setiap Tahun. UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa Program Penghargaan Warga Emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, UMNO mengalih kepada program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) untuk membasmi miskin tegar. Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang memberi manfaat kepada rakyat.Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha UMNO mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas. Di samping itu, si waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM20 juta telahpun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas. Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan. Ia adalah penjimatan hasil urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus serta langkah anti-rasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa anti-rasuah terunggul, Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan Belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen "anti-rasuah" yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit. Ini bukan kali pertama program ini diserang, kerana sebelum ini, BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah! Untuk BN, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri. Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit! UMNO jangan harap akan mengganggu-gugat program dividen anti-rasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan. Program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) Membasmi Miskin Tegar Di Pulau Pinang Tetap Diteruskan Selepas gagal membuktikan Program Penghargaan Warga Emas terbabit dengan hasil judi haram, UMNO pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAK membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti UMNO adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. Program RAK adalah inisiatif murni kerajaan negeri PR untuk membasmi miskin tegar dalam kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Menerusi RAK, kerajaan negeri PR telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN dalam 51 tahun. Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam.
Malah, Pegawai Kewangan Negeri Dato' Farizan Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam. Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?
Bukankah lebih salah dan haram untuk UMNO luluskan lesen judi bola? Atau adakah UMNO dendam sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekaligus merosakkan rancangan baik UMNO untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia? Yang jahat pula tuduh orang lain.
Bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan Belanjawan yang disebut tadi. Memang BN dan UMNO iri hati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas. Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan.
Rakyat terus dibela, hak rakyat terus diperkasakan dan undang-undang terus didaulatkan. LIM GUAN ENG Sharpshooter :- KIta nak tanya juga pada pimpinan umno, duit hasil cukai judi, cukai arak, duit cukai babi, cukai judi di Genting, duit tu semua hangpa buat apa? Sebab itu petang ini AMK P.Pinang bersama Pemuda Pakatan Rakyat akan buat sidang media bersama dan akan mencabar supaya 11 Adun UMNO pulangkan semula wang elaun mereka jika mereka mungkin was-was tentang wang tersebut mungkin juga hasil judi. UMNO hasut orang kampong denganmengatakan duit wang ehsan RM100 adalah duit judi kononnya. Surat ini juga mengesahkan wang itu untuk miskin tegar bukan untuk wang ehsan RM100 dan miskin tegar itu hanyalah untuk orang bukan Islam. Apa yang sharpshooter bimbangkan adalah kemungkinan besar duit itu akan lesap atau selepas ini umno akan bayar semula kepada warga emas kononnya ini adalah wang ehsan UMNO yang sah pada hal duit itulah yang dipulangkan semula. Akhirnya orang kampong akan ditipu dua kali oleh orang UMNO. Dok tunggu juga di pejabat kemungkinan ada orang tua-tua nak serah duit balik wang RM100 tetapi sampai sekarang tiada seorang pun yang nak serah wang itu semula...he..he.. Yang menariknya umno memang gemar sungguh no 40. 1) 40 ulamak muda sertai umno...diam membisu seperti setan bisu...sebab tok guru mereka Ustaz Asri dah kata tak haram... 2) 40 warga emas juga yang pulang RM100.00 sebab tertipu oleh umno kononnya duit judi. 3) teringat Ali Baba dan 40 orang penyamun..he..he.. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Rasuah 5 juta mengapa SPRM membisu Posted: 29 Sep 2010 05:59 PM PDT ![]()
Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1. Teringat kes Fairus mantan TKM 1 dulu di mana Pengarah SPRM Puan Latifah sendiri yang bentang laporan di Pusat mengatakan bahawa setelah siasatan dijalankan, mereka mendapati ada asas untuk mendakwa Fairus tetapi apakan daya...kami di P.Pinang hanya boleh jalankan siasatan tetapi untuk mendakwa bukan kami. Itulah SPRM sebenarnya, membuat dakwaan terpilih. Akhirnya Fairus terlepas dan lompat masuk ke lubang najis umno semula. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| UMNO kutip semula wang warga emas RM100 - Kempen Galas bermula Posted: 29 Sep 2010 05:53 AM PDT Dari Blog pro umno Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng. Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut. Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini. Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini. Sharpshooter :- Kadang-kadang kita nak jaga adab kita supaya jangan maki hamun pemimpin umno yang dari dulu, kini dan selamanya asyik tipu Melayu saja. Tetapi perbuatan mereka memang melampau sangat. Mereka akan guna apa cara sekali pun untuk merampas kembali P.Pinang. Satu demi satu demi satu demi satu, isu dan isu dan isu dan isu yang umno terbitkan bermula sejak tahun 2008 lagi. Guan Eng dan Hj Malik serta Ustaz Asri sudah buat penjelasan tetapi ye lah, mana nak disiarkan dalam TV3 suku atau Utusan Meloya. Memang mudah UMNO tipu orang-orang Melayu kampong. Ini bermakna kempen Galas sudah bermula. Isu ini akan berlegar di Galas. Ayuh... AMK seluruh negeri P.Pinang yang baru yang masih segar dan enjin pun masih baru, anda wajib buat sesuatu..Anda wajib selamatkan orang-orang Melayu Kampong yang tertipu. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Tak usah ugut nak keluar parti... Posted: 29 Sep 2010 05:21 AM PDT BALING: Sekumpulan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Baling mengancam akan keluar parti sekiranya kepimpinan PKR negeri Kedah gagal mengambil kira pandangan mereka. Setiausaha PKR cabang Baling, Mohd Azmi Mohamed Amin, berkata sikap kepimpinan negeri yang tidak mahu menerima pandangan cabang itu akan membawa kepada kehancuran parti. Beliau berkata, mereka di peringkat cabang juga berasa tidak puas hati kerana campur tangan pihak atasan PKR dalam banyak hal termasuk turut merestui mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 pada 24 September lalu. "Kami hairan bagaimana kepimpinan PKR negeri boleh mengarahkan mesyuarat itu diadakan kerana jelas ia mengetepikan perlembagaan parti," katanya pada sidang akhbar yang dihadiri 20 anggota parti itu di sini hari ini. Kumpulan berkenaan mendesak pihak pendaftaran pertubuhan dan pucuk kepimpinan pusat PKR berbuat sesuatu sebelum mareka bertindak keluar beramai-ramai daripada parti. Mohd Azmi berkata beliau turut membuat satu laporan polis pada 25 Sept di Balai Polis Kuala Ketil berhubung mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 yang dianggapnya sebagai tidak sah.Sharpshooter :- Kalau nak jadi pejuang tulen dan sejati, tak usahlah nak main ugut-ugut pula. Cuba bawa bertenang dan matang dalam perjuangan ini. Jika rasa nak keluar....silakan..takkan kerana masalah teknikal saja nak ugut keluar parti. Jika niat sertai Keadilan kerana jawatan, kepentingan, habuan dan sebagainya, tak payahlah sertai Keadilan. Kita tahu masalah paling besar dalam Keadilan sekarang adalah kemasukan beramai-ramai ahli baru menyertai Keadilan selepas PRU 2008. Mereka ini ada yang terdiri dari bekas pemimpin umno, mic, mca, gerakan dan sebagainya. Mereka berebut jawatan untuk jadi calon akan datang dan ada yang memang dengan sengaja menyelinap masuk untuk membuat huru hara dalam Keadilan. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan