SharpShooter |
- 2010 tahun kebangkitan anak muda
- PAS sedia ambil alih UMNO P.Pinang
- Jemputan ke Rumah Terbuka AMK P.Pinang
- Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
- PERKASA letak calon di Galas?
- Mat sembab terasa pedas...
| 2010 tahun kebangkitan anak muda Posted: 29 Sep 2010 12:45 AM PDT Kalau diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan. Baik dari segi usia (masa pencapaian potensi maksima) mahupun dari segi lingkungannya yang berupa lingkungan akademis.Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya. Itulah sebabnya kebanyakkan pergolakan atau penentangan kepada penguasa bermula dari kampus. Orang-orang yang sedang memiliki "idealisme fitrah" itu kalau dihadapkan pada sebuah ketidakadilan atau sesuatu yang tak sesuai dengan idealisme itu, maka timbullah jiwa yang memberontak. Dengan demikian muncullah gerakan-gerakan menentang penguasa yang digerakkan oleh mahasiswa. Disitulah terlihatnya kehebatan gerakan ini. Pemerintah atau penguasa sebenarnya tidak begitu selesa dengan situasi ini, sehingga terkadang gerakan ini harus dihentikan dengan keras, ugutan dan tidak terlepas yang dikenakan undang-undang zalim terhadap mereka iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).
Namun hanya bermodalkan mahasiswa saja belum menjamin akan menjadi seorang yang memiliki sebuah idealis terutama yang bersangkutan dengan ilmu politik. Secara garis besar mahasiswa dibahagikan menjadi dua; aktivis kampus dan study oriented. Mahasiswa yang ber"mazhab" study oriented hanya memiliki satu misi dalam kuliahnya; belajar dan mencapai nilai pointer setinggi-tingginya. Mahasiswa jenis ini tak akan mengambil tahu dengan percaturan politik yang sedang berlansung. Baik politik internal atau politik kampus, apatah lagi politik di luar kampus (negara). Berbeza dengan mahasiswa yang bergelar aktivis kampus. Mereka ini memiliki pengetahuan yang tinggi terhadap segala apa yang dicorak oleh penguasa, baik di dunia kampus ataupun juga dunia luar kampus. Memang banyak godaan dan tangan-tangan gelap yang menghalang seorang pemuda pada masa ini untuk melihat kebenaran dan keadilan, namun disitulah letaknya tentangannya. Tentangan yang harus diharungi seseorang untuk mencapai kejayaan itu. Banyak anak muda yang terlena dengan berbagai macam godaan sehingga ia terlupa akan potensi-potensi yang sedang dimilikinya. Dengan demikinan maka beruntunglah mereka yang tak terlena oleh godaan-godaan itu serta dapat memanfaatkan potensinnya yang ada. Peranan mereka sebagai mahasiswa pada saat ini bukan hanya sekadar duduk dan mendengarkan sahaja pemerintah berbicara. Mereka merasakan dan menyedari keprihatinan akan keadaaan Malaysia, mereka berjuang dan cita-cita mereka hanya satu, memberi kesan yang besar bagi tranfomasi Malaysia yang lebih baik dan bermartabat. Walaupun keadaan ini tidak disenangi beberapa pihak yang ingin menjaga sesuap nasi mereka, akan tetapi ini bukanlah satu perkara yang besar bagi mahasiswa yang berjiwa tinggi untuk menyatakan kebenaran, menegur kemungkaran.
"Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora." Wallahualam. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| PAS sedia ambil alih UMNO P.Pinang Posted: 28 Sep 2010 11:27 PM PDT
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Jemputan ke Rumah Terbuka AMK P.Pinang Posted: 28 Sep 2010 11:13 PM PDT ![]() Salam Perjuangan khas buat rakan2 seperjuangan. AMK Pulau Pinang amat berbesar hati untuk menjemput semua rakan pimpinan AMK & Pakatan Rakyat, Media & Bloggers ke Program Rumah Terbuka Aidilfiti AMK Pulau Pinang seperti berikut; TARIKH: Sabtu, 2 Oktober 2010 TEMPAT : Ruang Legar, Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Butterworth MASA: 8.30 Malam Pelbagai jamuan raya & acara menarik telah diatur pada malam tersebut, dan rakan2 dijemput sama memeriahkan rumah terbuka kami. Sekian Terima Kasih, Salam Reformasi! SYED MIKAEL RIZAL AIDID Setiausaha AMK Pulau Pinang 013-477 1047 * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Posted: 28 Sep 2010 04:30 PM PDT
PULAU PINANG 28 Sept. - Episod kekecohan dalam pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa negeri kini merebak di Pulau Pinang. Terbaru, beberapa ahli parti itu mendakwa pemilihan cabang Bayan Baru yang diadakan Sabtu lalu tidak sah kerana ia dijalankan secara tidak adil dan berat sebelah. Ahli Jawatankuasa PKR cabang berkenaan, Annuar Ismail mendakwa, keputusan pada pemilihan itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana terdapat satu usaha untuk menyelamatkan kedudukan pemimpin-pemimpin tertentu sehinggakan hak ahli lain dinafikan. Jelas beliau yang merupakan pengurus operasi pemilihan 'Team Rakyat', dalam mencapai matlamat tersebut pihaknya telah diperlakukan, ditekan, diprovokasi oleh kelompok berkenaan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. ''Sepanjang proses pemilihan berlangsung, 'Team Rakyat' dinafikan haknya sebagai pemerhati dan petugas manakala penyokong 'Team Reformasi' dilantik sebagai petugas pemilihan. "Masa mengundi turut dilanjutkan dari pukul 4 petang ke 5.30 petang tanpa notis ataupun usul di dalam mesyuarat agung yang bersidang awal pada hari yang sama (Sabtu). ''Kertas fotostat juga digunakan sebagai kertas undi selain pengundi mengadu petugas memanipulasi undi dengan memberi kertas undi lebih kepada pengundi Cina, tidak memberi kertas undi Angkatan Muda Keadilan (AMK) kepada pengundi muda, India dan wanita," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini. Pemilihan yang berlangsung di Dewan Jubilee, Sungai Nibong itu menyaksikan hampir kesemua jawatan yang dipertandingkan termasuk Ketua Cabang, AMK dan Wanita dimenangi 'Team Reformasi' yang dipercayai diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerejak, Sim Tze Tzin. Tze Tzin yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Ketua Cabang dengan 499 undi selepas menewaskan bekas Timbalan Ketua M. Nyanasegaran yang memperoleh 265 undi. Kerusi Ketua Cabang PKR Bayan Baru kosong selepas bekas ketuanya, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar dari parti itu. ''Terdapat juga aduan, petugas menunjukkan kotak yang salah kepada kebanyakan warga emas buta huruf dan tidak tahu membaca apabila mereka bertanyakan kotak calon pilihan mereka," ujarnya. Tambah Annuar, jumlah mereka yang keluar mengundi juga agak ganjil dan tidak munasabah iaitu hanya 792 undi berbanding pengundi yang dibawa pihaknya pada hari itu iaitu melebihi 1,500 orang yang merupakan penyokong Nyanasegaran. Katanya, beliau ada membuat empat aduan iaitu dua secara lisan dan dua secara rasmi sebagai bantahan awal pada hari pengundian, namun ia tidak dihiraukan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahida yang bertindak sebagai pemantau. Sebaliknya mereka yang mengadu diugut untuk diambil tindakan. Justeru, kata Annuar, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong pada Ahad lalu berhubung proses pemilihan cabang PKR Bayan Baru tersebut. ''Kami membantah keputusan pemilihan itu kerana ia dijalankan secara tidak bersih, amat tempang serta memalukan parti. Jika selama ini PKR selalu melaung- laungkan menuntut keadilan, saya rasa pihak-pihak seperti ini perlu membuat reformasi diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum berkata-kata," katanya. Menurut Annuar, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat berkenaan semua ahli yang keluar mengundi dan memulakan bantahan susulan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat bagi membolehkan pemilihan baru dijalankan. Kata Annuar, pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada PKR Pusat untuk memberi keputusan berhubung perkara itu sebelum merujuk perkara tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi tindakan lanjut jika permintaan mereka itu ditolak. Sharpshooter :- Terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka, contohilah YB Ong Chin Wen, YB Rodziah dan YB Dato' Kamarul yang menerima kekalahan mereka dengan hati yang tenang dan terbuka.Mengapa perlu buat laporan kepada polis? Mengapa tidak buat laporan kepada Pusat terus? Team Rakyat disokong oleh Senator Pak Mus dan Jamil (JJ6) orang kuat Zahrain....menunggu respon TKM 1 merangkap Pengerusi Pimpinan Negeri P.Pinang tentang kes ini. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Posted: 28 Sep 2010 03:58 AM PDT Terlebih dahulu sharspshooter ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang telah banyak berjasa kepada rakyat. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang beriman..amin..Al-FatihahSPR akan umumkan tarikh penamaan calon dan tarikh piliharaya kecil Dun Galas dan dijangka akan berlaku selepas Mesyuarat Agong UMNO. Mengambil kira pengalaman-pengalaman lalu SPR kemungkinan akan mengadakan pilihan raya hujung bulan Oktober selepas Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2010 yang akan berlangsung minggu ketiga bulan depan. Kira-kira seminggu sebelum itu Parlimen akan bersidang dengan tumpuan ke atas pembentangan Bajet 2011 dan laporan bahagian Model Baru Ekonomi (MBE). SPR pernah menggunakan pendekatan itu sebelum ini. Misalnya ketika pilihan raya kecil serentak Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Lubok Antu di Sarawak pada awal April 2009 diadakan selepas perhimpunan agung akhir Mac. Kali ini, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bakal menyaksikan pilihan raya kecil dan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan wujud. Yang kedua di Kelantan selepas DUN Manek Urai.Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan Julai 2009 dengan peratusan keluar mengundi paling tinggi dan ia dipertahankan oleh calon PAS. Majoriti diperolehi oleh calon PAS hanya 65 undi sahaja. Itu pun setelah rasuah pilihanraya secara terang oleh Mat Sembab yang menjanjikan jambatan baru sekiranya BN menang. Jangan di tanya mengapa SPRM tidak mengambil tindakan kepada Mat Sembab. Anda pun tahu jawapannya. N45 Galas ialah kawasan majoriti Melayu. Data 2008 menunjukkan Galas mempunyai 10,330 pengundi, iaitu 65.81 peratus Melayu, 22.03 peratus India, 1.81 peratus India dan 10.32 peratus lain-lain - mungkin orang Siam. Bayangkan jika calon Perkasa Ibrahim Ali Al-Kataki bertanding, mungkin UMNO akan beri laluan sebab umno pun gerun dan takut dengan Perkasa. Pasti sambutan hebat orang-orang Melayu di Kelantan serta dibantu oleh media seperti Utusan Meloya, sharpshooter yakin PERKASA akan menang besar. Bila Perkasa menang di Galas, Ibrahim Ali Al-Kataki mempunyai peluang yang amat besar untuk bertentang mata bersua wajah dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di hadapan mukanya sendiri. Mungkinkah Galas akan mencatat satu lagi sejarah di mana UMNO tidak bertanding seperti di Penanti dan UMNO APCO akan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada PERKASA? * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Posted: 28 Sep 2010 03:41 AM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail supaya membuktikan dakwaannya bahawa pihak luaran telah mensabotaj pemilihan beberapa cabang parti itu kelmarin. "Jika mereka ada isu atau masalah, mereka sendiri perlu memikul tanggungjawab... jangan menyalahkan orang lain. "Itu adalah masalah mereka," kata timbalan perdana menteri di sini hari ini. "Saya mencabar Saifuddin agar memberikan bukti. Beritahu kami siapa dan di mana. Jika orang luar bermaksud kami (Barisan Nasional)," kata beliau. Ditemui wartawan semalam, Saifuddin berkata kekecohan yang berlaku pada mesyuarat agung dan proses pemilihan peringkat cabang PKR di beberapa lokasi kelmarin terpaksa ditangguhkan kerana beberapa isu termasuk kerosakan kotak undi oleh orang luar. Saifuddin berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme. "Melalui rakaman foto, petugas kami mengesahkan individu yang dikenal pasti bukan ahli parti, cuba mencemarkan imej PKR. "Kami boleh mengesahkan wujudnya elemen provokasi kerana apa yang berlaku sama sahaja caranya iaitu kotak undi dipecahkan, kertas undi diselerakkan dan selepas itu mereka beredar," katanya. Anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie pula mendakwa kekecohan di cabang PKR Kapar, Klang, Kuala Langat dan Kota Raja merupakan satu pelan terancang oleh kumpulan yang sengaja mahu memburukkan imej parti. Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kekecohan tersebut didalangi oleh bukan anggota parti dengan niat membuat kekacauan ketika pemilihan. "Mereka memang dikenal pasti sengaja melakukan provokasi termasuk mengganggu proses pemilihan, merampas kertas dan kotak undi serta menyerbu ke dalam dewan," katanya. Shuhaimi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, mendakwa kumpulan itu merancang pelan itu lebih awal dan mahu menunjukkan pemilihan PKR itu tidak telus dan tidak teratur. Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno mengulangi pendiriannya bahawa masalah yang dihadapi PKR dalam mengendalikan pemilihan adalah bukti parti itu tidak melakukan apa yang dikatakan khususnya apabila bercakap mengenai keterbukaan, ketelusan dan demokrasi. "Apabila saya membaca kenyataan-kenyataan oleh calon-calon yang disekat dan kenyataan panjang lebar Zaid Ibrahim di Utusan, adalah jelas, walaupun mereka berjuang untuk keadilan, tetapi mereka adalah parti yang tidak adil," kata beliau lagi. "Mereka melarang, mereka menghalang. Mereka tidak memberi kebebasan (kepada calon)," kata Muhyiddin sambil menambah, parti komponen Pakatan Rakyat ini dikawal oleh dua atau tiga puak. Sharpshooter :- Mengapa Zaid ke Utusan Meloya? Perlukah beliau ke Utusan Meloya? Bukankah kita boikot Utusan Meloya?Saifudin...jawab jangan tak jawab... jawab dengan bukti sekali. Masih menunggu Cabang mana akan mencalonkan YB Saifudin Nasution sebagai calon Timbalan Presiden...Baru bertambah persaingan..suburkan demokrasi... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



KEPALA BATAS, 29 Sept: Masyarakat Melayu di Pulau Pinang disarankan supaya memberi kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang bagi menguasai sebahagian besar kerusi yang masih dikuasai oleh Umno di negeri tersebut.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan