Sabtu, 25 September 2010

SharpShooter

SharpShooter


Jangan lupa mai rumah terbuka Kadun Bukit Tengah hari ini

Posted: 24 Sep 2010 06:00 PM PDT


Jangan lupa mai rumah terbuka Kadun Bukit Tengah hari ini dari jam 12 tgh - 4 petang. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah turut menyatakan untuk hadir bersama.

Duit raya juga disediakan tetapi untuk kanak-kanak sahaja... :-) Seekor lembu ditumbangkan untuk jamuan ini, menu macam2 ada....

Ini adalah plan lokasi PASTI Kebun Sireh, kalau tak jumpa hubungi sharpshooter 016-469 5343

Mai jangan tak mai...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Azmin diberi kata dua

Posted: 24 Sep 2010 05:54 PM PDT

Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, memberi kata dua akan mengundi kepada perikatan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat — yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. Kata dua mereka muncul di tengah-tengah usaha keras PR dan BN mahu menambah kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor.

PR mengambil alih kerajaan negeri, yang paling kaya di negara ini, menerusi pilihan raya umum dua tahun lalu.

"Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami," kata

Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman dalam emel kepada media hari ini.

"Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada)n minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang," kata beliau lagi.

The Malaysian Insider difahamkan tindakan agresif pembeli-pembeli terbabit sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan.

Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan.

Dr Rafick memberitahu The Malaysian Insider hari ini, kesemua 2,000 ahli PHUKB menyokong rancangannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi membolehken masalah perumahan mereka diselesaikan.

"Setakat minggu lalu, kami menerima pengesahan bahawa bank undi yang terjamin adalah seramai 6,000 orang," kata beliau sambil menambah mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan mereka dan jiran masing-masing.

"Kami akan bercakap atas satu suara dalam isu ini," kata beliau.

Daripada jumlah itu, 68 peratus pengundi adalah dari kawasan Parlimen Ampang, 30 peratus dari Gombak dan baki dari kawasan lain.

Beliau mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN.

"Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa," tegas beliau.

Naib Presiden PKR Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Ketua Wanitanya Zuraida pula Ahli Parlimen Ampang.Bagi membuktikan ikhlas dalam niat mereka, ahli-ahli PHUKB akan berhimpiun di tapak projek pada 3 Oktober untuk menaikkan kain rentang 6.6 meter x 10 meter (20 kaki x 30 kaki) menghala ke arah Jalan Lingkaran Tengah untuk meluahkan pendirian mereka.

"Kami sudah penat menjadi mangsa dalam semua perundingan bagi menyelesaikan isu ini, yang terbengkalai sejak 2003," katanya.

"Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami.

"Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan," katanya.

Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya {KR berbanding isu-isu lain yang lebih penting.

"Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya," katanya.

Azmin akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan pusat PKR bulan depan.

"Kami telah memberikan pemaju-pemaju satu peluang. Kami juga sudah bercakap dengan kerajaan Selangor, kementerian.

"Adalah jelas, ia memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab itu kami tiada pilihan, dan perlu melakukan yang ini," kata Dr Rafick.

Menurut laporan kemajuan PHUKB yang dikeluarkan Februari lalu, projek pembangunan perumahan Ukay Bistari bernilai RM200 juta dimulakan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Damai Bistari Sdn Bhd, yang dimiliki penuh oleh Intelbest Corporation Sdn Bhd.

Damai Bistari, menurut Dr Rafick, diuruskan oleh Tan Sri Chan Ah Chye yang merupakan penasihat korporatnya.

Chan juga pengarah eksekutif Talam Corporation Bhd, syarikat yang terpaksa memperoleh sokongan kewangan kerajaan negeri Selangor berjumlah RM392 juta untuk diselamatkan daripada hutang.

Projek Ukay Bistari melibatkan 1,800 unit rumah kos rendah, apartmen kos sederhana, apartmen servis. rumah-rumah teres, lot-lot kedai dan pejabat.

Sejak dilancarkan 98 peratus unit sudah habis dijual tetapi pembangunannya berhadapan dengan masalah ekoran kesukaran kewangan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Benarkah I'Da World Group mahu sumbang RM4B

Posted: 24 Sep 2010 05:44 PM PDT

Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat I'da World Group Sdn Bhd yang menimbulkan kontroversi kerana tindakannya mahu menyumbang RM 4 bilion kepada Kerajaan Negeri sekali gus dikatakan menjejaskan imej kerajaan Pas Kelantan.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditanya isu tersebut enggan mengulas lanjut dan berkata setakat ini, kenyataan-kenyataan dan tindakan yang diambil sebelum ini sudah memadai.

"Setakat ini itu sahaja (tidak dibawa ke mahkamah)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu semalam.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengakui ada usaha untuk menjatuhkan beliau, namun menafikan isu wang RM4 bilion sebagai usaha untuk menjatuhkan pentadbiran beliau.

Beliau mengganggap kemelut itu sebagai biasa dan beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan terhadap pihak terbabit.

Dalam masa yang sama sebuah akhbar melaporkan Pengerusi Eksekutif I'da World Group terkilan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa tidak tahu kewujudan syarikatnya atau bertemu dengannya.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti bahawa Nik Abdul Aziz tahu mengenai kehadiran syarikat itu di Kelantan malah pernah mengadakan mesyuarat bersama beliau dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dalam pertemuan berasingan.

Dalam pada itu sebuah portal Internet semalam melaporkan Ahmad Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan wakil I'Da World Group Sdn. Bhd. di kediamannya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Sambil mengesahkan pertemuan tersebut turut menyentuh mengenai perancangan syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion, Ahmad bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau meragui keupayaan syarikat Bumiputera itu.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Keadilan Permatang Pauh - Ribut dalam cawan

Posted: 24 Sep 2010 09:08 AM PDT

Oleh Zulkifli Mohamed

Ramai tergamam apabila Ketua Cabang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggikan suaranya pada mesyuarat Agung PKR Permatang Pauh pada kali ke-7 pada 19 September 2010 lalu.

"Tak kesian ka kat Pak Tam, yang sedang uzur, yang sedang sakit ni. Apa salahnya jika Mansor (Datuk) menjadi timbalan saya ? Memang Pak Tam banyak berjasa kepada Permatang Pauh, saya sentiasa kenangkan jasa Pak Tam, tapi dia sedang sakit sekarang…"

Saya yang turut berada ketika itu juga tergamam. Terkejut ada, sedih pun ada. Itulah pertama kali saya melihat Azizah yang lebih mesra dipanggil Kak Wan 'mengamuk'.

Azizah terpaksa meninggikan suara dan hampir menitiskan air mata, ekoran ada beberapa anggota parti mempertikaikan secara lantang dek kerana kertas pengundian untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang tiada sewaktu proses pengundian yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung parti itu.

Sebelum itu, sewaktu berucap selaku Ketua Cabang Azizah mengumumkan Pak Tam atau nama sebenarnya Che Mat Hashim telah menarik diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Ketua Cabang, sekaligus memberi kemenangan kepada pencabarnya ADUN Penanti Datuk Mansor Othman merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga bekas Ketua Cabang Balik Pulau.

Penarikan diri itu kemudiannya diumumkan sekali lagi oleh Pengerusi Tetap yang turut menunjukkan surat penarikan diri Che Mat atas alasan kesihatan. ( tetapi tidak membacanya kepada ahli)

Untuk rekod, Che Mat telah hampir setahun menghabiskan masa di atas katil dan keluar masuk hospital. Ekoran masalah kesihatannya, dia tidak hadir untuk mesyuarat Agung pada kali-6 dan ke-7 lalu. Begitu juga dengan mesyuarat peringkat cabang, bahkan ada mesyuarat terpaksa diadakan di rumahnya, kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

Ada anggota yang mempertikaikan alasan tersebut. Katanya tidak guna disuruh mendoakan agar Che Mat sihat seperti sediakala, jika tidak yakin Che Mat akan sembuh semula.

Bahkan, ada ahli yang memprotes keluar dewan kerana mendakwa surat penarikan diri itu tidak sah kerana dibuat selepas tamat tempoh untuk menarik diri iaitu 8 September 2010. Surat Che Mat bertarikh 17 September dakwa mereka sebenarnya ditulis pada malam 18 September, iaitu sehari sebelum pemilihan. Mereka mempertikaikan mengapa Jawatankuasa Pemilihan PKR Pusat boleh menerima surat penarikan diri tersebut yang jelas melanggar prosedur dan tatacara pemilihan.

Mereka juga mendakwa, sebenarnya Che Mat telah dinasihatkan menarik diri oleh 'tangan ghaib'. Perkara itu dinyatakan dalam blog Anak Sungai Derhaka. Namun, blog berkenaan tidak pula menamakan siapa gerangan tangan ghaib tersebut. Blog tersebut sepatutnya mendedahkan siapa gerangannya . Adakah gerangan tersebut Anwar Bin Ibrahim si Ketua Umum aka 'Sivagi The Boss' sepertimana yang dilabelkan oleh blog Sharpshooter ?

Dari segi melanggar prosedur tatacara pemilihan iaitu pertikaian tarikh surat penarikan diri Che Mat, saya bersetuju dengan anggota parti terrsebut. Justeru, saya sarankan anggota parti yang tidak berpuashati membuat membuat aduan bertulis kepada pihak berkenaan bagi menyiasat dakwaan ini, seterusnya mengambil tindakan lanjut. Dan jika perlu, mungkin diadakan pemilihan semula ?

Namun, dari aspek lain jika benar ada campurtangan Anwar yang menasihatkan Che Mat untuk menarik diri, saya yakin pertimbangan Anwar bukan faktor kesihatan Che Mat semata-mata. Tentu ada faktor lain yang lebih utama lebih mendesak. Seperti mana tindakan parti terhadap bekas TKM 1 Fairus Khairuddin dulu.

Dalam hal ini, demi menjaga hati banyak pihak, demi menjaga keharmonian dan keutuhan parti, saya percaya Anwar tidak akan berterus terang kepada akar umbi biarpun ada yang termakan hati dengan tindakannya itu, termasuk saya sendiri dan Sharpshooter ( dalam isu Fairus.)

Saya masih teringat ketika bekas Pengerusi PKR P.Pinang Zahrain Hashim dan Timbalannya Mansor Othman mengadakan mesyuarat khas dengan pimpinan PKR negeri, berterus terang mendedahkan kebobrokon Fairus, Anwar yang berada di ibu kota ketika itu, melenting habis. Zahrain dan Mansor menjadi mangsa amarahnya.

Saya yakin Anwar begitu juga Azizah tidak akan 'mengaibkan' apatah melupakan jasa mana-mana barisan pimpinannya, lebih-lebih lagi di cabang Permatang Pauh.

Bersambung..Mengapa Ada Ahli Pmtg Pauh Mahu Che Mat Yang Sakit Pertahan Jawatan? ( 2 )


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: