SharpShooter |
- Jangan lepaskan Debat Calon Ketua AMK Pusat malam ini.
- AMK yang melompat di Perak sudah lama dipecat
- YB Sim calon terbaik Ketua Cabang Bayan Baru
- Siapa yang paling layak Timbalan Presiden
- Zaid mendahului pencalonan hari pertama
- Alahi umno..kura-kura dalam perahu...
| Jangan lepaskan Debat Calon Ketua AMK Pusat malam ini. Posted: 17 Sep 2010 07:45 PM PDT ![]() Tarikh: 18 September 2010 Tempat: Taiping Golf Resort Masa: 8.30pm-11.30pm JAWATANKUASA PENGANJUR PENAUNG PENASIHAT PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI SAMBUTAN/PROTOKOL/KUDAPAN PENDAFTARAN PERBAHASAN/MODERATOR PERCETAKAN & DOKUMENTASI SIARAYA/RAKAMAN AUDIO VISUAL LOGISTIK & PENATAAN DEWAN MEDIA KESELAMATAN Tentatif Program 8.00 pm Pendaftaran Peserta/Bloggers/Media Aturan/Konsep DEBAT Sesi 1 - 1. Salam Perkenalan 2. Pidato Sesi 2 - 1. Soal Jawab Moderator : Matsamankati (MSK) Penyertaan: Debat Calon Ketua AMK ini dianjurkan oleh UREKA tanpa bantuan kewangan dari mana-mana pihak dan UREKA tidak akan meminta penajaan dari ahli-ahli politik untuk memastikan ianya bebas dan tidak terikat dengan pengaruh wang.. Ia dilakukan untuk menyuburkan demokrasi dan dalam masa yang sama tidak mahu terpengaruh dengan mana-mana pihak melalui politik wang. Walaubagaimanapun, UREKA memerlukan sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan mengurus program ini. Maka dengan itu, kami memohon sumbangan sebanyak RM10.00 seorang untuk menampung kos pengurusan. Pendaftaran: 1. Online. 2. Walk-in Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Edy Sham 019-5563306 Sharpshooter : AMK P.Pinang akan berkumpul di rumah sharpshooter dan akan bertolak jam 6.30 ke Taiping. Rakaman video akan diterbitkan dalam blog sharpshooter untuk tontonan dan penilaian mereka yang tidak sempat hadir ke debat tersebut. Mungkinkah akan ada debat untuk calon Timbalan Presiden? * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| AMK yang melompat di Perak sudah lama dipecat Posted: 17 Sep 2010 07:33 PM PDT Empat pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak yang keluar parti hari ini, sebenarnya sudah lama dipecat dari parti berikutan masalah disiplin, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mustafa Kamil Ayup.Beliau berkata, mereka ini disyaki bersekongkol dengan Umno untuk memburukkan PKR selain cuba menyebarkan fitnah serta menghasut ahli AMK lain supaya meninggalkan parti. Naib Presiden PKR itu juga tidak menolak kemungkinan mereka dikatakan diupah pemimpin Umno untuk menghasut ahli PKR supaya lompat parti dengan menyogok sejumlah wang dan tawaran projek. "Pengunduran mereka dari parti membantu proses pembersihan dalaman PKR," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, petang ini. Pada sidang media di Hotel Seri Malaysia di sini pagi tadi, Ketua AMK Cabang Parit, Faizal Effendi Hasim; Ketua AMK Cabang Kampar, Rosli Abdullah; Pemangku Ketua AMK Padang Rengas, Ahmad Shahrul Zamsuri, dan Timbalan Ketua AMK Kuala Kangsar mengumumkan keluar parti. Mustafa menyifatkan tindakan empat pemimpin AMK itu tidak sedikitpun menjejaskan kepimipinan PKR peringkat negeri, sebaliknya pimpinan parti berasa lega dengan pengunduran mereka. Dalam perkara berkaitan, Mustafa mencabar supaya menyenaraikan semua nama 72 Wanita PKR Cabang Ipoh Barat yang didakwa keluar parti hari ini bagi membuktikan kebenaran. Beliau juga mencabar pihak tertentu untuk menunjukkan bukti Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan Pemilihan 2010 PKR pada 19 September 2010melanggar prinsip, peraturan dan perlembangan parti. Selain itu, Mustafa berterima kasih kepada Majlis Pimpinan PKR Perak yang diwakili 24 cabang kerana mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan kepimpinan PKR. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| YB Sim calon terbaik Ketua Cabang Bayan Baru Posted: 17 Sep 2010 06:51 PM PDT Di Pulau Pinang, selain pemilihan jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh jadi tumpuan, pemilihan di Cabang Bayan Baru juga terasa sengitnya. Ketua Cabang Bayan Baru yang lama adalah spesis berudu Zahrain kawan lama Anwar Ibrahim selama 30 tahun, bila makin membesar akhirnya menjadi katak dan terus melompat ke lubang najis meninggalkan Anwar Ibrahim yang percaya 100% kepada Zahrain. Bila jawatan tersebut kosong, maka YB Sim Tze Tzin menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut. Beliau di cabar pula oleh bekas ahli Gerakan melompat ke MIC dan terkini melompat ke Parti Keadilan Rakyat pula. Lepas ni nak lompat lagi ke tak..entahlah... Sharpshooter telah berpesan dan berkempen kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan agar kerja kuat untuk pastikan YB Sim Tze Tzin menang Ketua Cabang Bayan Baru yang baru. ![]() Latar Belakang YB Sim Tze Tzin Pendidikan: - Sarjana Kejuruteraan Lebuhraya, San Jose State University, Amerika Syarikat - Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia Kerjaya: - ADUN Pantai Jerejak, 2008-Sekarang - Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, 2007-2008 - Jurutera Lebuhraya di California, Amerika Syarikat, 2001-2006. - Jurutera Awam di Kuala Lumpur, 1999-2001 Aktivisme: - Ahli Parti Keadilan Rakyat sejak 2006. - Leftenan Muda Askar Wataniah, 1999. - Pengasas Stanford University Malaysia Forum. Forum politik terulung untuk pelajar Malaysia di Amerika Syarikat, 2003 - Pengasas Malaysian Student and Youth Democratic Movement (DEMA), 1999. - Aktivis Gerakan Reformasi, Parti KeADILan Nasional, SUARAM, 1999-2006. Projek Mesra Rakyat: - Tuisyen Percuma untuk murid-murid di Kawasan Pantai Jerejak. - Projek Naik Taraf Parit di Masjid Bayan Baru. - Projek Tebatan Banjir Menyelesaikan masalah banjir untuk 1000 keluarga Sg Nibong Kecil. - Projek Linear Park dan Penghijauan di Taman Sri Nibong & Taman Sunway Tunas. 1. Memantapkan gerakerja cabang dengan satu pasukan yang kukuh. 2. Politik Cekap, Akauntabel, dan Telus: Mengekalkan Kemenangan 1 kerusi Parliamen dan 3 kerusi DUN 3. Berjuang untuk isu Pekerja dan Pekerja Wanita Untuk pencalonan YB Sim Tze Tzin sebagai calon Ketua Cabang Bayan Baru, kita sokong tetapi pencalonan YB Sim untuk jawatan Naib Ketua AMK Pusat, belum pasti..he..he..Yang mahu mengundi nanti..berhati-hati semasa memandu dan berhati-hati semasa mengundi..anda mampu lakukan.. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Siapa yang paling layak Timbalan Presiden Posted: 17 Sep 2010 05:45 PM PDT Menjelang pemilihan PKR November ini, antara jawatan yang hangat diperkatakan ialah Timbalan Presiden, bukan Naib Presiden mahupun Presiden. Untuk jawatan Presiden tidak ada sesiapa yang dijangka bersedia mencabar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun Naib Presiden, dijangka menjadi gelanggang besar dengan awal-awal lagi Wanita PKR telah menamakan calon mereka. Fokus calon jawatan Timbalan Presiden ini tertumpu kepada empat nama, iaitu dua Naib Presiden sedia ada YB Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub, dengan dua lagi nama masih bermain tarik tali. Tan Sri Khalid Ibrahim dari awal memukul canang beliau tidak berminat dengan jawatan tersebut, begitu juga Datuk Zaid Ibrahim. Cuma akhir-akhir ini Zaid memberikan mesej sedia bertanding jika Khalid menolak. Ini seolah-olah bermakna, antara Khalid dan Zaid, salah seorang mungkin akan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sebenarnya jika bukan dengan kemunculan Zaid yang memberikan pilihan antara beliau dan Khalid, mungkin timbul nama kelima, iaitu Tien Chua. Berdasarkan kekananan dalam hierarki parti, Azmin dan Mustaffa dikira paling kanan. Azmin telah bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dalam kerajaan dan tidak pernah sama sekali meninggalkan Anwar. Malah boleh dikatakan segala rahsia Anwar di dalam kocek Azmin. Apatah lagi sebagai Naib Presiden, kekosongan jawatan Timbalan Presiden memang wajar diisi salah seorang Naib Presiden. Cuma Azmin lebih bernasib baik berbanding dengan Mustaffa walaupun Mustaffa lebih dahulu mengenali dan rapat dengan Anwar. Sewaktu Anwar memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia, Mustaffa ialah Presiden Pertubuhan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). PKPIM pada waktu itu antara pertubuhan pelajar paling kuat menyokong Anwar, baik semasa beliau dalam ABIM atau kerajaan. Cuma Mustaffa tidak begitu bernasib baik berbanding Azmin. Bagaimanapun, jika mahu mencari seorang lagi yang se acuan Anwar, dia ialah Mustaffa. Itulah kekuatan dan kelemahan beliau. Kekuatan Mustaffa kerana beliau mempunyai sahsiah politik yang amat similar dengan Anwar dek kerana dilatih oleh Anwar. Sebab itu beliau berbicara seumpama Anwar, kadangkala juga berpakaian semacam Anwar pada zaman perjuangannya, dan bervisi sesuatu yang tulus dan amat jujur. Cuma dalam politik, tidak cukup hanya menyerupai dan berfikiran seperti bosnya. Dari segi pengalaman dan sepak terajang politik, Anwar jauh meninggalkan Mustaffa. Mustaffa tidak bernasib baik kerana kalah dalam Pilihan Raya Umum 2008. Andai beliau menang, kerusi Menteri Besar Perak adalah haknya yang tidak dipersoalkan. Ketika Pakatan Rakyat terlibat dalam sesi panjang mencari calon Menteri Besar, nama beliau turut diusulkan walaupun beliau tidak memenangi kerusi DUN. Dikatakan bahawa dalam Perlembagaan Tubuh Negeri Perak, tidak tercatat seseorang itu perlulah ahli DUN. Bagaimanapun kerana situasi melantik bukan Ahli DUN sebagai Menteri Besar belum pernah berlaku, malah mendapat pelbagai bantahan, maka Mustaffa terkeluar daripada senarai calon akhirnya. Tanpa sebarang kerusi kuasa Mustaffa menjadi pemimpin sekunder dalam hierarki PKR. Apatah lagi beliau seorang loyalist Anwar yang tidak akan membantah apa sahaja disuruh Anwar. Kesetiaan yang mutlak kadangkala tidak dapat menonjolkan kewibawaan seseorang pemimpin. Berbanding Mustaffa, Azmin dikatakan lebih pintar dan licik permainan politiknya, dalam bahasa Inggerisnya disebut 'true political animal'. Beliau juga dididik Anwar, malah lebih mendapat didikan politik kerana bekerja rapat dengan Anwar. Maka beliau berupaya membina jaringan lebih hebat sejak dalam UMNO dahulu sehinggalah PKR ditubuhkan. Kelebihan Azmin bukan sahaja kerana kehebatannya berpolitik, malah lebih mempunyai sumber berbanding pemimpin PKR lain. Beliau mampu bergerak tanpa mendapatkan penajaan daripada sesiapa, malah dikatakan pandai menjaga pengikutnya. Ini membolehkan beliau mempunyai rangkaian lebih jauh, luas dan berkesan. Mustaffa dan Azmin, dua manusia yang sama sekali berbeza. Mereka masih bersahabat baik, tetapi seteru politik di dalam parti. Masing-masing sentiasa cuba untuk menggembirakan 'bos' tetapi kelihatannya Azmin, walaupun Mustaffa lebih jujur dalam politiknya. 'Bos' PKR tahu bahawa Mustaffa boleh menjadi pemimpin yang baik seumpama Nik Aziz, tetapi tentu beliau juga tahu PKR memerlukan pemimpin lebih robust, tekal dan berani. Pada masa sama, PKR juga tidak mahu pemimpin yang dilihat terlalu ghairah untuk memegang jawatan sehingga dikhuatiri rakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Malah jika Mustaffa tidak mencabar Azmin, awal-awal Tien Chua sudah memberikan amaran tidak akan mengizinkan Azmin menang percuma. Dalam keterperangkapan PKR antara Mustaffa dan Azmin, timbul awalnya nama Khalid dan seterusnya Zaid. Sejak Khalid menjadi Menteri Besar Selangor sudah beberapa kali namanya ditimbulkan sebagai pilihan ketiga. Mengapa ada pilihan ketiga? Mungkin kerana PKR memerlukan seseorang yang lebih lengkap pakejnya berbanding dua nama tersebut. Cuma, adakah Khalid nama alternatif paling baik? Khalid awal-awal sudah beberapa kali menolaknya. Dalam politik, jika seseorang mahu bertahan, dia harus memegang jawatan yang kanan dalam hierarki kepimpinan parti. Seawal Khalid menyertai PKR, beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung, lalu kemudiannya Bendahari Agung pada waktu PKR dalam kesulitan dananya. Khalid dikatakan dapat membantu pendanaan PKR menjelang pilihan raya umum. Khalid bernasib baik apabila menang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Ijuk. Andainya PKR mampu mengambil alih Kerajaan Pusat, Khalid adalah calon untuk Menteri Kewangan. Beliau masih bernasib amat baik kerana dengan kedudukan sebagai Bendahari PKR yang rapat dengan Anwar dan dianggap sebagai nama korporat besar, beliau memintas Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Ini kelihatan sesuatu yang kurang adil kepada Azmin, tetapi sebagai ahli politik yang bijaksana, Azmin mengambil jalan tengah untuk berdamai. Khalid dinilai prestasinya sebagai Menteri Besar dan Ahli Politik. Ramai beranggapan sebagai ahli politik, beliau gagal kerana tidak 'pandai' menggembirakan penyokong. Kepimpinan politik yang berjaya, apabila berupaya membina kumpulan penyokong tegar di sekeliling yang akan menjadi pagar kepada beliau. Khalid adalah lone ranger dalam PKR walaupun beliau lebih disenangi rakan-rakan dalam Pakatan. Walaupun dilihat sebagai calon berwibawa dalam pengurusan kerajaan, ramai dalam PKR tidak menjangka beliau boleh menandingi Azmin dalam pemilihan Timbalan Presiden, malah kalau dilihat hubungan mesra akar umbi, Mustaffa jauh lebih baik. Apabila Zaid menyertai PKR, beliau dilihat sebagai calon paling ideal untuk mengambil alih kepimpinan dalam Pakatan Rakyat andainya apa-apa terjadi kepada Anwar. Dalam saf kepimpinan Pakatan Rakyat, Zaid lebih mudah diterima walaupun awalnya akar umbi dalam Pas sukar menerimanya. Cuma Pas adalah parti yang patuh kepada kepimpinan mereka, lalu apabila kepimpinan Pas menerima Zaid, maka pengikut mereka menerimanya. Apatah lagi Zaid dikatakan bukan lagi Zaid pada zaman UMNOnya walaupun tag liberalnya masih kuat terlekat. Dari segi kecerdikan berpolitik dan kemampuan sumber, Zaid setanding Azmin, hatta sumbernya jauh lebih besar daripada Azmin. Zaid berupaya memberikan saingan kuat kepada Azmin. Kekurangan Zaid ialah kerana beliau masih baru dalam PKR dan belum mengenal sepak terajang dalam PKR sepenuhnya. Persaingan dalam PKR berbeza dengan persaingan dalam UMNO, apatah lagi dengan pengenalan kaedah baru dalam PKR yang memberikan suara dan undi kepada umbi dengan pengundian melibatkan semua cabang dalam PKR. Akhirnya antara Mustaffa, Azmin, Khalid dan Zaid; siapakah akan menjadi pilihan ahli-ahli PKR? Bagaimana dengan peranan Anwar, sama ada akan memberikan isyarat atau tidak siapa calon pilihannya? Sukar terjadi persaingan empat penjuru, paling-paling tiga atau dua. Akan ada berlaku kompromi dengan calon-calon consolidate di bawah seorang calon, cuma nama yang pasti tidak menarik diri dan tidak bersekutu dengan mana-mana calon lain ialah Azmin. Mustaffa mungkin nanti akan melihat bagaimana Khalid dan Zaid membuat keputusan, sama ada beliau 'join the wagon' atau membuat keputusan 'if you cant beat them, join them'. - Ishak Hamzah Sharpshooter :- Jom Undi calon Timbalan Presiden di Blog Sharpshooter... Sementara untuk calon Ketua AMK, Chegu Bard terus mendahului.. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Zaid mendahului pencalonan hari pertama Posted: 17 Sep 2010 05:26 PM PDT Datuk Zaid Ibrahim setakat ini mendahului senarai pencalonan untuk pemilihan jawatan timbalan presiden PKR. Pencalonan itu diterima Zaid daripada empat cabang iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Alor Setar. Beliau diikuti pencabarnya naib presiden Azmin Ali yang setakat ini menerima pencalonan melalui tiga cabang -- Langkawi, Kubang Pasu dan Rantau Panjang. Sementara itu, pengarah strategik PKR Tian Chua dan Mustaffa Kamil Ayub pula masing-masing mendahului pencalonan bagi jawatan timbalan presiden di cabang Pokok Sena dan Kuala Kedah. Semua cabang berkenaan menamakan Dr Wan Azizah untuk jawatan presiden. Difahamkam Pengkalan Chepa gagal mengadakan menyuaratnya hari ini atas sebab-sebab yang belum jelas. Berikut pencalonan untuk kesemua cabang yang bermesyuarat hari ini, kecuali Pengkalan Chepa:
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Alahi umno..kura-kura dalam perahu... Posted: 17 Sep 2010 04:47 PM PDT SEPANJANG bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan Masjid dan Surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran PR.Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap 'tunduk kepada DAP' khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya. Menurut mereka lagi, ini dilakukan demi memperolehi undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri. Iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana Surau dan Masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya. Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di Masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Sehubungan dengan itu, bagi yang mengenali UMNO, segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat. Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan UMNO dalam bersandiwara, ianya turut tidak memberikan sebarang kesan. Tetapi bagi yang masih 'kabur', saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat UMNO yang Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah JAIS. Gambar 4 :- Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang digelar 'Ustadz Kamal' oleh beberapa perayu undi UMNO semasa PR kecil Hulu Selangor, hadir bersama dalam majlis gotong royong di perkarangan Masjid FELDA Soeharto. 'Ustadz' berkenaan memakai baju berlambang dacing walaupun di dalam kawasan Masjid. Pengerusi MAIS tidak pula memarahi beliau kerana membawa politik ke Masjid atau menanyakan samaada beliau telah bermandi hadas dengan niat dan cara yang betul. Gambar 5 :- Jika tidak nampak lambang Dacing dalam gambar 4, jelas sekali dalam gambar 5 ini. Lebih hebat, 'Ustadz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta. Ke mana perginya Ahli Parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya ummat Islam telah dihina? Inilah yang dikatakan sebagai budaya pembohongan dan kepura-puraan mainan UMNO BN. Jika isu berhubung agama Islam pun mereka sanggup putar-belit demi menjaga kepentingan mereka, apatah lagi persoalan pengurusan kekayaan Negara. Ada yang memberitahu saya bahawa Khir Toyo sudah tidak beminat menjadi MB Selangor lagi. Hah! Sememangnyalah begitu! Setelah melihat pendekatan MB dan kerajaan negeri sekarang, pasti beliau menyedari jawatan MB tidak selumayan ketika UMNO bermaharajalela dahulu. Tugas dan kerja pula bertambah berat, pulangan pula hanya tinggal sedikit, tiada lagi 'imbuhan' sampingan dan yang dapat dikaut dari sisi kiri dan kanan. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan