SharpShooter |
- Adakah anda setuju Anwar dan Wan Azizah jadi Presiden dan Timbalan Presiden?
- Syed Husin akhirnya berundur
- Syed Husin mungkin akan mempertahankan jawatan
- Musa Hassan terlibat kes Sosilawati?
- Puan Hasnah lega....
| Adakah anda setuju Anwar dan Wan Azizah jadi Presiden dan Timbalan Presiden? Posted: 14 Sep 2010 02:01 AM PDT Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menyatakan sokongannya kepada sekumpulan pemimpin akar umbi PKR Selangor yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan presiden parti itu manakala presiden sekarang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dijadikan timbalannya.Kumpulan itu yang muncul minggu lalu dengan kebanyakan pemimpinnya terdiri daripada ketua-ketua di cabang PKR mahu gandingan Anwar dan Azizah menerajui PKR. Jika ini tidak dapat dilaksanakan, kumpulan itu mahu Azizah dan timbalannya Syed Husin Ali dikekalkan jawatan mereka. Dalam ucapannya kepada kira-kira 120 pemimpin akar umbi, Khalid berkata adalah penting bagi PKR mengamalkan demokrasi, tetapi adalah lebih penting bagi memastikan pemimpin yang berupaya dipilih. Beliau mengibaratkan usaha kumpulan itu sebagai satu bentuk musyawarah yang diadakan selepas kemangkatan Nabi Muhammad SAW oleh pengikutnya untuk memilih seorang pemimpin baru dengan tujuan mengelakan saingan yang tidak menyihatkan. Sharpshooter :- Nyatakan pandangan anda dengan mengundi di blog sharpshooter. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | |
| Posted: 14 Sep 2010 01:47 AM PDT Senator Dr Syed Husin Ali mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti November ini. Sebagaimana dijangkakan dan pernah dimaklumkan kepada The Malaysian Insider awal tahun ini, Syed Husin berkata, sudah sampai waktunya untuk berundur meskipun pelbagai pihak meminta beliau terus bertanding. Beliau sebenarnya bercadang untuk berundur pada 2007 tetapi dipujuk bertanding sekali lagi dan menang tanpa cabaran. "Akhir-akhir ini ramai juga pemimpin pusat, negeri, cabang dan anggota biasa yang menghantar SMS atau emel dan menelefon meminta bahkan menggesa saya agar bertanding. "Macam-macam hujah mereka kemukakan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka," kata beliau dalam kenyataan bertulis. Pemimpin berusia 74 tahun ini menambah sebenarnya beliau ingin melihat orang yang lebih muda dan aktif menggantikan tempatnya. "Walaupun dalam umur tepat 74 tahun minggu depan, insya-Allah, saya terkadang merasa belum tua lagi. "Saya ingin menumpukan lebih banyak masa kepada menulis. Selain isteri, anak dan cucu ini merupakan cinta utama saya," katanya. Justeru, ada yang berpendapat bahawa pengumuman Syed Husin hari ini akan menjadi penentu sama ada Naib Presiden Azmin Ali yang baru-baru ini menerima sokongan daripada 20 ahli Parlimen dan majoriti ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan akan bertanding ataupun sebaliknya. Kerusi itu kemungkinan disaingi tiga lagi calon termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak turun gelanggang. Selain Azmin dan Zaid, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Dr Muhd Nur Manuty. Kesemua 218 cabang PKR akan mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing mula 17 September ini. Semalam, kepimpinan PKR Kedah mahu kesemua cabang di negeri itu mencalonkan Anwar bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini. ![]() Syed Husin Ali Minggu lalu Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Selangor mengesyorkan agar Anwar dan Wan Azizah bertanding jawatan timbalan presiden ataupun mengekalkan status quo semasa. Dalam kenyataannya, Syed Husin menamah, sudah lama beliau membayangkan hasrat mahu mengundurkan diri daripada jawatan timbalan presiden apabila sampai waktunya. "Saya telah berbincang dengan keluarga, beberapa orang pemimpin parti dan juga sahabat rapat. Kini saya mengambil keputusan tidak akan bertanding," kata beliau. Syed Husin menegaskan, keputusannya tidak bererti beliau akan meninggalkan politik ataupun Parti sepenuhnya. "Saya menceburkan diri dalam politik dengan memasuki Parti Rakyat Malaysia pada 1958. "Saya menyandang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat semenjak 2003. Politik dan perjuangan untuk rakyat sudah menjadi darah daging saya. "Oleh itu tidak mudah bagi saya meninggalkannya begitu saja," katanya. Sehubungan itu Syed Husin berkata beliau berharap agar PKR pusat, Wanita dan Angkatan Muda akan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang komited kepada asas-asas perjuangan parti seperti termaktub dalam perlembagaannya, menghormati disiplin organisasi parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara berpasukan, menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi. "Terserahlah kepada anggota-anggota parti bagi menentukan siapakah yang mereka mahu menjadi pemimpin. "Cara pemilihan, yang baru diperkenalkan oleh PKR dengan memberi setiap anggota satu undi adalah cara yang demokratik. "Jikalau tidak silap saya, parti ini merupakan satu-satunya parti politik dalam dunia yang mengamalkan cara ini. "Adalah penting cara ini dilaksana dan diamalkan oleh setiap calon yang bertanding dan setiap anggota yang mengundi dengan cara yang adil, bersih, telus dan bebas dari korupsi politik wang," katanya lagi. Sharpshooter :- Akhirnya terlerai spekulasi tentang pendirian Syed Husin Ali. Sudah pasti pertandingan kerusi no 2 akan jadi lebih panas dan sengit. Kemungkinan besar pertandinagn tiga penjuru antara Azmin Ali, Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub. Jangan menang sorak kampong tergadai sudahlah... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | |
| Syed Husin mungkin akan mempertahankan jawatan Posted: 13 Sep 2010 06:41 PM PDT Senator Dr Syed Husin Ali dijangka menjernihkan persoalan mengenai persaingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi ini — dijangka kekal dengan pendirian tidak mempertahankan kedudukannya — keputusan yang dijangka menjadi penentu 'kehangatan' saingan kerusi nombor dua itu. "Saya sudah membuat keputusan, jika tidak saya tidak akan memanggil sidang akhbar," kata Syed Husin tetapi enggan menyatakan sama ada beliau sudah berkongsi keputusannya dengan pucuk kepimpinan. "Soalan itu boleh ditanya esok (pada sidang media hari ini)," kata beliau. Difahamkan pucuk kepimpinan parti sudah menerima pendirian beliau yang tidak mahu mempertahankan kedudukannya kali ini. Sebelum ini Syed Husin pernah memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan berbincang dengan pucuk kepimpinan — Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing penasihat dan presiden parti sebelum mengumumkan keputusannya kepada umum. "Jika pucuk kepimpinan terima, saya akan melepaskan jawatan ini," kata Syed Husin dalam pertemuan awal tahun ini. Syed Husin dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel, beberapa pintu dari ibu pejabat PKR. Beberapa pihak berkongsi mesej Twitter sebab Syed Husin memanggil sidang media untuk mengumumkan pendiriannya. Mesej-mesej itu menyebut, keputusan memanggil sidang media mencetuskan kemusykilan bahawa beliau akan mengumumkan akan bertanding semula untuk mengekalkan jawatannya. Bagaimanapun ada yang berpandangan bahawa beliau mahu mengumumkan secara rasmi dan terbuka menerusi sidang media. Malah selaku timbalan presiden, sekiranya beliau tidak mahu bertanding ada yang bertanya mengapa perlu mengadakannya sidang media di hotel berkenaan. Beberapa pemimpin yang dihubungi berkata mengambil kira prinsip Syed Husin, beliau akan mematuhi peraturan parti iaitu keputusan terbaru pemilihan menegaskan apa-apa aktiviti kempen pemilihan tidak boleh diadakan di premis ibu pejabat parti. Ada juga pemimpin mengatakan bahawa sekiranya Syed Husin mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya, kemungkinan beliau akan menzahirkan sokongan kepada calon bagi jawatan-jawatan tertentu. "Mungkin sebab itu beliau mengadakan sidang media di premis lain sebab tidak wujud salah saham," katanya lagi. The Malaysian Insider juga difahamkan beberapa pihak akan bertemu dengan Anwar dan Syed Husin petang semalam mengenai pendirian mereka tentang pertandingan pada kali ini. Justeru, ada yang berpendapat bahawa pengumuman Syed Husin hari ini akan menjadi penentu sama ada Naib Presiden Azmin Ali yang baru-baru ini menerima sokongan daripada 20 ahli Parlimen dan majoriti ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan akan bertanding ataupun sebaliknya. "Azmin Ali mahu menghormati Syed Husin, beliau tidak mahu dilihat bercita tinggi mengejar jawatan," kata seorang pemimpin lagi. Kerusi itu kemungkinan disaingi tiga lagi calon termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak turun gelanggang. Selain Azmin dan Zaid, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Dr Muhd Nur Manuty. Kesemua 218 cabang PKR akan mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing mula 17 September ini. Semalam, kepimpinan PKR Kedah mahu kesemua cabang di negeri itu mencalonkan Anwar bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini. Bagi jawatan timbalan presiden PKR negeri itu akan membuat pengumuman dalam sehari dua ini khususnya selepas Syed Husin mengumumkan pendiriannya hari ini. Minggu lalu Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Selangor mengesyorkan agar Anwar dan Wan Azizah bertanding jawatan timbalan presiden ataupun mengekalkan status quo semasa. Sharpshooter :- Dalam dunia politik, segalanya mungkin..tetapi melihat kepada sinario perebutan jawatan no 2 antara Azmin Ali dan Zaid Ibrahim yang agak panas, kemungkinan besar Syed Husin akan mempertahankan jawatannya. Calon no 2 yang lain seperti Mustaffa Kamil Ayub agak kurang kontroversi tetapi Azmin Ali dan Zaid Ibrahim dilihat terlalu ghairah. Azmin Ali walaupun bijak tetapi dilihat kurang cerdik dalam tindakan bila menggunakan Ahli Parlimen dan Adun Selangor untuk menyatakan sokongan kepadanya. Akhirnya bila ada Ahli Parlimen dan Adun yang mempertikaikan kenyataan tersebut, siapa yang malu? siapa yang dilihat terdesak? siapa yang dilihat terlalu gopoh? siapa yang dilihat terlalu gelojoh? Manakala Zaid Ibrahim pula dikatakan calon yang ditaja oleh taukeh koprat yang mempunyai hubungan bisness dan projek mega dengan Daim Zainudin di luar negara. Kemungkinan besar akan berlakunya politik wang. Ingatlah yang lebih penting tumbangkan umno dan b-end dalam PRU13, Parti Keadilan harus merasa malu bila duduk di tempat tercorot dalam kempen mendaftar pemilih baru SPR. DAP mendahului diikuti dengan UMNO dan PAS.Ayuh ahli Parti Keadilan Rakyat, berjuanglah untuk rakyat bukan untuk koprat keparat. Ingatlah " KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT ". "UBAH SEBELUM PARAH..UBAH DEMI MARUAH " * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | |
| Musa Hassan terlibat kes Sosilawati? Posted: 13 Sep 2010 11:21 AM PDT 'Kecekapan' seorang peguam bergelar Datuk - suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati, yang terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbabit dalam empat kes jenayah sebelum ini, menimbulkan pelbagai persoalan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hairan mengapa tiada tindakan dilakukan terhadap peguam berkenaan yang memiliki empat rekod berkaitan kes kehilangan individu lain.Bagi beliau, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud pertalian hubungan antara suspek dengan pimpinan tertinggi polis atau pentadbiran Polis Diraja Malaysia yang lemah sepanjang kepimpinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa. Hassan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan seorang peguam berusia 41 tahun berpangkat 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain itu pernah terlibat dalam empat lagi kes kehilangan orang. "Kita berasa hairan 'Datuk' ini yang dikatakan ada rekod jenayah yang sama, tidak diambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku. Datuk ini, apakah ia mempunyai kaitan dengan orang politik atau ada kaitan dengan tokoh tertentu dalam polis. "Saya rasa itu merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh pasukan keselamatan sendiri," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor. Lebih-lebih lagi, PDRM ketika dipimpin Musa Hassan kerap dikritik lantaran dakwaan hubungannya dalam jenayah berprofil tinggi termasuk kegiatan kongsi gelap dan salah laku orang kenamaan. Sehingga tempoh persaraannya, bekas Ketua Polis Negara itu gagal membersihkan namanya dari dakwaan yang tersebar melalui internet, malah tidak mengambil sebarang tindakan perundangan. "Dari segi KPI untuk ketua polis negara, proses pertukaran ini sepatutnya sudah lama dibuat. Saya percaya kerana dari pelbagai sumber, tidak keterlaluan saya katakan sudah menjadi satu rahsia umum mengenai keterlibatan pimpinan kanan polis. "...tidak terkecuali Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam kegiatan jenayah berprofil tinggi termasuk melibatkan diri dengan gangster dan kongsi gelap," katanya. Sehubungan itu, Shamsul Iskandar meminta polis kembali kepada asas penugasan iaitu membanteras jenayah dan menjaga keamanan serta ketenteramana awam, bukannya mengekori pemimpin politik pembangkang untuk mencari salah. "Pada saya sudah sampai masanya pasukan polis mengurangkan tumpuan dan fokus mereka daripada menjaga aktiviti politik yang kita lihat sekarang ini pasukan polis menjadi perkakas kepada Umno Barisan Nasional. "Tumpuan sepatutnya diberi untuk menurunkan kadar jenayah di negara kita," katanya. -TVS
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | |
| Posted: 13 Sep 2010 10:42 AM PDT Hasnah yang tinggal di Kampung Kuala Juru berkata, penyakit yang dihidapi lebih dari tujuh tahun lalu itu merebak ke seluruh badan hingga menyebabkan kakinya menjadi lemah dan tidak mampu bergerak aktif. Menurutnya, sebelum ini dia terpaksa menggunakan tongkat untuk bangun dan berjalan di dalam rumah. "Terima kasih kepada YB Ong Chin Wen yang memberikan kerusia roda ini. Ia sekurang-kurangnya memudahkan pergerakan saya," katanya yang tinggal bersama anak, Mohd Firdaus Ismail,26, setelah kematian suami lebih lima tahun lalu. Dalam pada itu, ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen berkata, selain Hasnah, tiga lagi penerima uzur turut menerima kerusi roda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah. Katanya, sebagai wakil rakyat, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu mereka yang memerlukan. "Bantuan yang diberikan bukan sekadar bermusim, tetapi dilakukan secara berterusan bagi memastikan masyarakat memerlukan mendapat perhatian sewajarnya," katanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan