SharpShooter |
- Hanya 3 YB di Pulau Pinang mampu tersenyum
- Sivagi The Boss belum buat keputusan
- Tatacara pemilihan parti
- Dipukul, dibunuh, dibakar dan dibuang..terlalu kejam
- UMNO PERKASA menunggu masa...
- Jangan cepat melatah Zaid
| Hanya 3 YB di Pulau Pinang mampu tersenyum Posted: 12 Sep 2010 07:42 PM PDT Musim pemilihan Keadilan semakin rancak di P.Pinang, sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi bukan anwarkasi, sudah pasti akan ada pertandingan yang sihat. Bertanding dalam pemilihan parti bukan seperti bertanding dalam pilihanraya umum atau kecil. Ini adalah pemilihan adik beradik... Di Pulau Pinang, hanya 3 YB mampu tersenyum kerana menang tanpa bertanding. Syabas Sharpshooter ucapkan. Yang pertama adalah YB Law Choo Kiang Adun Bukit Tambun merangkap Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir. Beliau menang tanpa bertanding selaku Ketua Cabang Batu Kawan.Ketrampilan YB Law Choo Kiang yang bersahaja dan ramah serta rajin turun ke padang mungkin menyebabkan beliau amat disegani di Cabang Batu Kawan. YB Law Choo Kiang susah nak marah..sentiasa tersenyum...keep it up YB.. Yang kedua adalah YB Hj Abdul Malik Kassim Adun Batu Maung merangkap Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Beliau menang tanpa bertanding selaku Ketua Cabang Tanjong sejak Parti Keadilan Nasional ditubuhkan hinggalah sekarang. Inilah kehebatan YB Hj Malik di Cabang Tanjong. Cabang Tanjong juga merupakan Cabang yang mempunyai pejabat sejak mula Parti Kaedilan Nasional ditubuhkan. Yang ketiga adalah YB Tan Hock Leong Adun Machang Bubok merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri P. Pinang.Beliau juga menang tanpa bertanding di Cabang Bukit Mertajam. Beliau juga adalah Ketua Penerangan Keadilan Negeri P.Pinang. Syabas YB Tan Hock Leong.. YB yang lain terpaksa bertanding kerana mereka telah dicabar. Inilah erti demokrasi dalam Keadilan yang memberi ruang kepada semua ahli yang ingin bertanding. Yang Pertama adalah YB Dato' Mansor Othman Adun Penanti merangkap Timbalan Ketua Menteri P.Pinang1. Beliau adalah Ketua Cabang Balik Pulau tetapi setelah beliau menjadi Adun Penanti, beliau berpindah cabang ke Permatang Pauh. Di Permatang Pauh memang agak panas seperti dalam artikal yang pernah sharpshooter terbitkan di sini. Pak Tam mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh, manakala YB Dato' Mansor Othman dan Roslai pula berhajat bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh. Bermakna lawan 3 penjuru. Apakah kesudahannya...adakah YB Dato' Mansor Othman akan menang tanpa bertanding?..sama-samalah kita nantikan. Yang kedua adalah YB Sim Tze Tzin Adun Pantai Jerejak. Beliau juga dicabar oleh M.Ngnana Sigaran untk jawatan Ketua Cabang Bayan Baru.Jawatan Ketua Cabang Bayan Baru kosong setelah ketuanya yang lama (Zahrain) adalah jenis spesis berudu....bila sudah membesar menjadi katak maka melompatlah ia masuk ke lubang najis... Sigaran adalah bekas ahli Gerakan kemudian melompat ke MIC kemudian melompat ke Keadilan pula. Mampukah YB Sim Tze Tzin menang dalam pertandingan setelah mendapat sokongan padu dari Ketua AMK Bayan Baru Ahmad Azrizal Tahir dan Ketua Wanita Kak Pah? Yang ketiga adalah YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah. Boss sharpshooter la nie..Beliau seorang peguam dan Ketua AMK Batu Kawan tetapi beliau telah membuat keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang Batu Kawan. Pak Su Chot akan mempertahankan jawatan tersebut. Bermakna satu lawan satu. Yb Ong Chin Wen mendapat sokongan padu dari calon Wanita Batu Kawan Dr Joyce. Lawan tetap lawan... Yang keempat adalah YB Raveentharan A/L V.Subramaniam Adun Batu Uban.Beliau dicabar oleh Ahli Majlis MPPP Lim Boon Chang untuk jawatan Ketua Cabang Bukit Gelugor. Lim Boon Chang dahulu adalah bekas ahli Gerakan kemudian lompat ke MCA kemudian Keadilan. Yang kelima adalah YB Jason Ong Adun Kebun Bunga. Beliau dicabar oleh Timbalannya Abang Nan.YB Jason dan Abang Nan adalah mereka yang sama-sama berjuang sejak era reformasi 98. Ini hanyalah pertandingan yang amat sihat. Bukan ada salah faham yang besar pun. Beliau dicabar oleh tiga orang. Bermakna akan lawan 4 penjuru untuk jawatan Ketua Cabang Nibong Tebal. Pencabar terkuat adalah Rizal Hamid Naib Ketua AMK P.Pinang yang baru keluar hospital sebab batu karang. Sihat sikit dah nak lawan pula...ha.ha.. Mampukah YB Ustaz Maktar mempertahankan jawatannya?... Setelah jawatan Ketua Cabang Balik Pulau dikosongkan oleh YB Dato' Mansor Othman, maka YB Dato' Halim Hussain bertanding untuk jawatan tersebut dan dicabar pula oleh saudara Syukri bekas Ketua AMK Balik Pulau. Saudara Syukri juga adalah bekas Ketua Pemuda Negeri Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional menjadi Parti Keadilan Rakyat. Manakala YB Yusmadi pula memilih untuk tidak bertanding sebarang jawatan. Beliau kini adalah badan pemantau pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat. Manakala YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Permatang Pauh belum lagi membat keputusan samada bertanding jawatan Presiden atau tidak. Sivagi The Boss. Inilah erti demokrasi dalam Keadilan yang buat kali pertama dalam sejarah, setiap ahli berhak mengundi untuk semua peringkat samada di Cabang ataupun Pusat. Selamat mengundi....jadilah pengundi yang bijak. Manakala hari Rabu akan datang 15 September 2010, akan berlaku sesuatu yang mengemparkan di Pulau Pinang. Nak tahu?....sabar..tunggu hari Rabu ok.. pukul berapa? jam 6 petang.. di mana? Stadium Batu Kawan...tungguuuuuuuu........ * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Sivagi The Boss belum buat keputusan Posted: 12 Sep 2010 07:30 PM PDT Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sivagi The Boss berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan samada mahu bertanding sekiranya menerima pencalonan dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.Pada masa yang sama beliau juga enggan memberi komen lanjut mengenai pendapatnya berkenaan perebutan bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN antara Naib Presiden, Azmin Ali dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim. Anwar berkata mana-mana calon yang mendapat pencalonan dari mesyuarat agung peringkat cabang boleh bertanding. "Mana-mana calon yang layak membawa mesej parti dan mengamalkan demokrasi secara sepenuhnya, serta mampu diterima oleh ahli adalah mereka yang layak. Saya tidak memihak kepada mana-mana calon untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti," ujar beliau lagi. Secara berseloroh Anwar berkata cadangan sesetengah pihak mendesak supaya beliau bertanding kerusi Presiden mungkin disyorkan oleh Umno. Kemungkinan ini kata beliau, tidak dapat dinafikan kerana Umno mahu melihat KEADILAN meniru cara parti itu dalam proses pemilihan parti November depan. Sebelum itu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan KEADILAN Negeri Selangor mencadangkan agar Anwar bertanding jawatan Presiden manakala jawatan Timbalan Presiden ditandingi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menurut kumpulan itu ini adalah cadangan alternatif bagi mengelakkan perebutan jawatan nombor dua parti yang dilihat mungkin menjejaskan perpaduan dan keutuhan KEADILAN. "Mesyuarat agung peringjat cabang pun masih belum dimulakan dan begitu juga di peringkat negeri. Jagi belum diputuskan samada pencalonan untuk jawatan tersebut akan dibuat atau tidak. "Mungkin ini adalah syor dari unsur dalaman Umno yang mahu supaya jawatan Presiden dipertandingkan. Sehingga ini kita belum membuat apa-apa keputusan lagi. Biarlah mesyuarat agung parti mula dahulu dengan lancar dan sempurna," kata beliau ketika ditanya media ketika menghadiri majlis rumah terbuka anjuran KEADILAN Pulau Pinang di tapak ekspo di sini petang semlam. Tambah Anwar lagi, beliau menafikan memberi sokongan kepada mana-mana pihak untuk merebut jawatan tertentu pada dalam pemilihan parti yang akan datang seperti yang dilaporkan oleh media sebelum. Beliau berkata apa yang penting ialah membuka peluang kepada ahli parti daripada setiap lapisan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka memilih barisan pimpinan parti samada pada peringkat cabang atau pusat secara jujur dan telus. "Apa yang penting ialah proses demokrasi yang diamalkan oleh Parti Keadilan Rakyat merupakan amalan demokrasi sepenuhnya yang belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana parti politik dalam negara ini. "Oleh kerana itu kita mahu memberi peluang yang sepenuhnya kepada semua ahli parti untuk membuat pilihan mereka sendiri bagi semua kerusi yang dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang. "Kita tidak akan menyekat mana-mana ahli untuk mengamalkan demokrasi dengan cara yang boleh memberi peluang kepada mereka menzahirkan segala cadangan dan pilihan mereka sendiri," katanya lagi.," kata Anwar ketika ditanya media pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di tapak ekspo di sini semalam. Sharpshooter :- Jawapan tersurat Sivagi The Boss...tetapi apakah jawapan tersirat Sivagi The Boss tentang calon Timbalan Presiden?Semua ahli Keadilan sudah tahu siapa calon pilihan Sivagi The Boss tetapi yang ahli Keadilan tidak mahu adalah calon menjual nama Sivagi The Boss.... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 12 Sep 2010 06:42 PM PDT Berikut adalah Tatacara Pemilihan Parti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang digunapakai dan perlu dipatuhi oleh setiap ahli yang menawarkan diri untuk menjadi calon bagi mana-mana jawatan yang ingin ditandingi.1.Setiap anggota tidak boleh menyalahgunakan kedudukan dan kuasa-kuasa dalam Parti dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti. 2.Setiap anggota tidak boleh memberi atau menerima dari anggota lain sebarang bentuk rangsangan, termasuklah (tetapi tidak terhad) hadiah-hadiah, wang, derma, makanan, dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Parti. 3.Setiap anggota tidak boleh mencederakan, mengugut atau menyebabkan tekanan terhadap mana-mana anggota parti dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Parti. 4.Setiap anggota tidak boleh memfitnah, mengeji, menghina, menjalankan kempen atau serangan berupa cacian terhadap calon lain atau kehidupan peribadi calon atau keluarganya. 5.Setiap anggota tidak boleh menganjurkan dan menggunakan sebarang jamuan sebagai sebahagian daripada kempennya dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti. "Jamuan" bermaksud acara jamuan/kenduri yang lengkap dengan makanan dan minuman. 6.Pada masa Pemilihan Parti, tatatertib anggota berkaitan dengan pemilihan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan jika anggota berkenaan didapati bersalah, JPP diberikan kuasa untuk memutuskan berkenaan pencalonan anggota tersebut mahupun keputusan terhadap pemilihan calon anggota tersebut serta apa-apa tindakan lain yang difikirkan wajar dan sesuai dalam tempoh kempen pemilihan tersebut. Tempoh kempen bermula daripada penghantaran notis pengishtiharaan tarikh-tarikh pemilihan parti daripada Setiausaha Agung Parti kepada cabang-cabang sehingga pengishtiharaan keputusan muktamad di Kongres Nasional. Penjelasan tambahan ketika kempen pemilihan, anda boleh melakukan hal-hal berikut: 1. Anda boleh mengadakan forum dan ceramah tetapi tidak terbuka untuk orang awam, hanya kepada anggota parti. Sebarang bentuk makanan yang dihidangkan dalam majlis tersebut tidak boleh lebih daripada minuman ringan. 2. Anda boleh mengadakan jamuan seperti majlis buka puasa, rumah terbuka sebagai program parti biasa tetapi tidak boleh menggunakannya bagi tujuan untuk berkempen dan mempengaruhi undi pemilihan. Anda tidak boleh melakukan hal-hal berikut: 1. Anda tidak boleh menggunakan sebarang bentuk politik wang atau sogokan atau hadiah. 2. Anda tidak boleh memfitnah atau mengeji calon lain. 3. Anda tidak boleh menggunakan sebarang bentuk kekerasan atau ugutan. Sharpshooter : Chegu Bard terus mendahului tinjauan undi di blog Sharpshooter* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Dipukul, dibunuh, dibakar dan dibuang..terlalu kejam Posted: 12 Sep 2010 06:23 PM PDT BANTING, 12 Sept — Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu. Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar "Datuk", telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka. Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini — antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof menyifatkan pembunuhan Sosilawati bersama tiga lagi mangsa sebagai satu "pembunuhan kejam." Ketika ditemui di Masjid Tanah, Melaka berkata beliau menasihati rakyat supaya mempunyai fikiran lebih waras dan bertindak secara profesional sekiranya menghadapi sesuatu kemelut dan diselesaikan secara baik. Selepas dinantikan lebih 12 jam sejak malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar. Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat hari ini. Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia. "Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis," kata beliau dipetik Bernama. Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan. Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar. Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya. Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur. Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati. Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati. Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing. Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu. Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka. "Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan," katanya. Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk. Sharpshooter :- Sudah sampai masanya Hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia, sebagai umat yang mengaku beragama Islam, kita kena betul-betul yakin dan percaya bahawa undang-undang Allah adalah sebaik-baik undang-undang.* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 12 Sep 2010 05:51 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi sokongan kepada Perkasa hari ini dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan Barisan Nasional itu memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut. "Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah," kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau sini hari ini. Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu. "Dalam pilihan raya umun lalu, jurang perbezaan undi sangat keci. Jika anda kehilangan sokongan, anda mungkin kalah teruk dalan pilihan raya (umum ke-13). "Umno tidak kukuh. Kita tidak boleh mengetepikan sesiapa sebab dengan kita kehilangan 100 atau 200 orang, kita mungkin kalah di bahagian-bahagian tertentu," kata beliau sambil menambah, pada pilihan raya umum lalu ahli-ahli Umnio juga telah mengundi PAS. Dengan menekankan prinsip asas hanya boleh bermusuhan dengan satu pihak bukannya dengan semua, Dr Mahathir berkata, Umno seharusnya menjalin hubungan rapat dengan sebanyak kumpulan yang boleh berbanding bertelagah sesama sendiri. Ditanya sama ada Umno akan kerugian jika menjauhkan diri dari Perkasa, Dr Mahathir berkata: "Kita tidak mampu berbalah dengan ramai orang. Jika anda mahu bertengkar, bertengkarlah dengan seorang, bukan semua." Sementara itu, menyokong sentimen ayahnya, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak melihat sebarang keuntungan mengapa Umno memilih untuk menjauhkan diri daripada Perkasa di mana perjuangan kedua-dua pihak itu adalah sama iaitu memperjuangkan hak orang Melayu. "Saya tidak nampak bagaimana saya harus tidak menyokong mereka. Saya bukan anggota Perkasa tetapi jika mereka mempelawa saya kepada majlis, saya akan pergi," katanya pada majlis itu. Kira-kira 10,000 pelawat dari pelbagai kaum dan kewarganegaan menghadiri majlis rumah terbuka itu. Sharpshooter :- Kepada pimpinan dan ahli Keadilan, jangan hilang fokus utama kita untuk menumbangkan UMNO dan B-End dalam PRU13. Jangan terlalu fokus dan ghairah kepada pemilihan parti hingga lupakan fokus utama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.Lawan tetap Lawan... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 12 Sep 2010 05:24 PM PDT Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dinasihatkan tidak cepat melatah dan risau berhubung ancaman diterima daripada pihak tertentu yang mendakwa beliau bakal menerima nasib serupa Tun Ghafar Baba jika bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, Zaid masih berupaya untuk menyumbang kepada parti dan keputusan sama ada kalah atau menang terletak di dalam genggaman anggota parti. "Menang atau kalah itu soal kedua. Yang kalah, belum tentu kalah dan yang menang belum tentu menang. Beliau tidak perlu risau kerana beliau tidak akan jadi Tun Ghafar 'kedua'. "Kita tidak tahu latar belakang ancaman yang diterimanya. Apa yang jelas di sini, nasib diterima Tun Ghafar seperti dikuburkan dari politik kerana ketika itu beliau berada dalam UMNO, sebaliknya, Zaid sekarang berada dalam PKR," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menyokong pendapat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, ancaman diterima Zaid sinonim dengan senario dunia politik. "Konsep PKR adalah menyuburkan demokrasi. Jadi, sesiapa merasakan dia berkeyakinan untuk memimpin, kita sentiasa terbuka untuk menerimanya. Realitinya, dalam dunia politik ini, kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. "Bagi Zaid sendiri, beliau perlu memiliki ketahanan luar biasa untuk berhadapan dengan ancaman sebegini kerana saya percaya serangan kali ini bukan berpunca daripada anggota dalaman, tetapi individu yang 'tumpang sekaki' dan bergabung membuat kacau," katanya. Sementara itu, ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari memberitahu dalam pemilihan PKR ini, sesiapapun berhak mencadangkan atau menerima cadangan dilantik sebagai calon untuk bertanding. "Ini adalah kali pertama PKR membuka pemilihan terus daripada rakyat dan mereka memiliki kuasa untuk memilih mana-mana ahli akar umbi untuk dijadikan sebagai anggota pimpinan parti. "Setiap jawatan yang disandang adalah natijah daripada sokongan ahli. Yang penting sekarang ialah, setiap calon perlu meyakinkan ahli bahawa mereka berupaya untuk memimpin," katanya. Ditanya mengenai ancaman diterima Zaid dan sokongan daripada ADUN Selangor terhadap Naib Presiden Parti, Mohamed Azmin Ali, beliau memberitahu, ADUN Selangor melihat Azmin berpotensi untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR. "Sebahagian besar ADUN menganggap dialah calon yang layak untuk memimpin. Jadi, kita mencadangkan nama beliau sebagai calon bagi jawatan itu," katanya. Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Zaid mengeluarkan kenyataan memberitahu beliau menerima ancaman mengalami nasib sama seperti bekas Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba selepas mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














Tiada ulasan:
Catat Ulasan