Khamis, 9 September 2010

SharpShooter

SharpShooter


Rumah Terbuka Batu Kawan

Posted: 09 Sep 2010 02:46 AM PDT

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KEADILAN Cabang Batu Kawan
Tarikh:18.09.2010 (Sabtu)
Bersamaan:9 Syawal 1431H
Bertempat:Di Dewan Taman Bayu Mutiara,Bukit Tengah
Masa:12.30 Tengahari - 4.00 Petang


"SEMUA DIJEMPUT HADIR"



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

AZMIN dan ZAID dibidas...

Posted: 08 Sep 2010 03:31 AM PDT

Jawatankuasa pemilihan PKR hari ini membidas tindakan penyokong naib presiden parti itu, Azmin Ali dan juga Zaid Ibrahim yang didakwa sudah mengatur strategi meskipun penamaan calon masih belum bermula.

Dalam kes Azmin, pengerusi jawatankuasa itu, Dr Molly Cheah berkata penyokongnya telah menyalah-gunakan ibu pejabat PKR untuk tujuan berkempen.

"Amat dikesali sidang media yang dianjurkan oleh beberapa ahli parlimen untuk menyatakan sokongan terhadap naib presiden, Azmin Ali dibuat di ibu pejabat parti itu baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, menurut Cheah, mulai hari ini, berkempen untuk seseorang dalam pemilihan parti dengan menggunakan premis pejabat PKR akan menjadi satu kesalahan.

Isnin lalu, ahli parlimen Teluk Kemang Kamarul Baharin Abbas menggunakan ibu pejabat parti untuk mengumumkan sokongan 18 ahli parlimen PKR dan dua senatornya yang menyatakan sokongan kepada Azmin.

Bagi Zaid pula, meskipun Cheah tidak menamakannya secara langsung tetapi mereka diingatkan agar sebarang aduan hendaklah diajukan kepada jawatankuasa itu dan tidak melaporkannya kepada pihak media, termasuk memuat-naikkan aduan berkenaan di blog peribadi masing-masing.

Lapor terus

"Semua aduan hendaklah diajukan kepada jawatakuasa pemilihan PKR di ibu pejabat parti dan bukannya disuarakan di media, termasuk blog peribadi," katanya.

Pada 6 September lalu, Zaid dalam satu kenyataan berkata nasib politiknya mungkin akan terkubur seperti apa yang dialami oleh Tun Ghafar Baba pada pemilihan Umno pada 1993 yang terpaksa menarik diri mempertahankan jawatannya akibat taktik kotor pihak lawan.

Zaid juga mendakwa seorang penulis blog telah dibayar RM20,000 untuk memburuk-burukkannya.

Menurut Cheah, jawatankuasa yang diterajuinya juga telah mengeluarkan beberapa garis panduan kod etika mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan ketika berkempen dan semasa pemilihan parti itu.

"Larangan lain ialah tuduhan politik wang dan kempen memburuk-burukkan peribadi calon dan hendaklah dilaporkan kepada JPP," katanya.

Menurut Cheah lagi, "amalan politik wang adalah suatu kesalahan yang serius dan jika didapati bersalah maka seseorang itu boleh digantung dari penyertaan dalam proses pemilihan."

Menurut kod etika itu juga, calon-calon yang meraih sokongan mestilah juga tidak mencemar imej parti atau melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perkhidmatan terhadap parti, termasuk menjaga kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

Sharpshooter : Apa lapor pada parti?....cakap salah tak cakap pun salah....

Teringat lagu Wings...HUKUM KARMA...



Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
SEMUA GILA

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali
Engkau takkan rugi

Mulia dibalas syurga
Dosa kan sengsara
Ini hukum karma


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Khairy orang akal putus - Raja Katak

Posted: 08 Sep 2010 03:26 AM PDT

September 08, 2010
Ibrahim: Umno lagi rosak ada orang akal putus macam Khairy. – Bernama pic
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau gembira kerana Datuk Seri Najib Razak "akhirnya mempertahankan" Perlembagaan dan kontrak sosial, sebaliknya beliau terus menyerang Khairy Jamaluddin dengan menyifatkannya sebagai tidak berpegang pada realiti.

"Saya gembira akhirnya Perdana Menteri bersuara dan mengingatkan semua pihak jangan persoal Perlembagaan dan kontrak sosial," kata Ibrahim dalam kenyataan yang disalurkan menerusi SMS lewat semalam.

Ibrahim memberitahu, beliau amat gembira kerana selama ini Perkasa mempertahankan Perlembagaan dan kontrak sosial, tapi ada pihak yang melabelkan pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai rasis.

"Sekarang terbukti Perkasa di pihak yang benar dan malangnya yang mempersoal dan menghina Perlembagaan dan kontrak sosial tidak pula dikatakan rasis," kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini.

Ibrahim juga berkata Perkasa akan komited "membujur lalu melentang patah" selain mempertahankan Perlembagaan sehingga titisan darah terakhir.

Oleh itu Ibrahim menambah, Perdana Menteri hendaklah tegas dan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap mereka yang menyentuh isu sensitif ini.

"Nyatalah bahawa konsep 1 Malaysia bukan mengatasi Perlembagaan tapi ia telah diputar belit. Siapa yang pertahan I53, maka dikatakan bertentangan dengan 1 Malaysia... ini yang tidak benar dan dikelirukan," kata beliau lagi.

Dalam komennya kelmarin, Najib yang juga Pengerusi BN memberitahu bahawa semua perkara yang sudah disepakati oleh pengasas-pengasas negara terutama sekali Perlembagaan yang berdasarkan kontrak sosial antara kaum tidak seharusnya dipersoalkan.

"Kita hendaklah beringat dan berpegang teguh kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan dimaktubkan oleh bapa-bapa kita, generasi yang lalu, sejak sekian lama sehingga kita berada dalam suasana seperti hari ini," katanya.

Perdana Menteri berkata bahawa dalam menjaga hubungan antara kaum pula, setiap rakyat hendaklah peka kepada sensitiviti serta mengelak daripada perbuatan, tindakan atau tutur kata yang boleh melukakan saudara daripada kaum-kaum lain.

Mengenai kenyataan terbaru Khairy, yang melihat Perkasa menjadi asas menurunnya undi kepada BN, Ibrahim sekali lagi membidas dengan menyifatkan Ketua Pemuda BN itu "cakap macam orang tak ada akal dan orang gila."

"Perkasa baru tubuh selepas pilihan raya umum ke-12. Pilihan raya umum ke-12, BN kalah teruk sebab orang membenci beliau (Khairy)," kata beliau merujuk kepada berita bertajuk "KJ: Perkasa punca BN hilang undi".

Ibrahim mengetengahkan hujahnya bahawa Perkasa ditubuhkan sebab tidak mahu Melayu berpecah.

Sambil menyifatkan Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno sebagai pemimpin "bernafsu besar tapi dah hilang taring", Ibahim menambah, "orang membenci Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebab Khairy mengawal Pak Lah... kalau Perkasa tubuh sebelum pilihan raya ke-12 ada logik."

"Umno lagi rosak ada orang akal putus macam Khairy," katanya.

Dalam temu bual dengan sebuah portal berita yang disiarkan semalam, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau masih yakin ahli-ahli Perkasa tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan memberikan undi pada Umno.

"Jadi kesan politik Perkasa kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu," katanya.

Selain itu kata beliau, sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan Perkasa sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.

"Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan Perkasa, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (Perkasa) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya," jelas Khairy.

Sharpshooter : Lakonan yang mantap...hari raya sama-sama bermaaf-maafan...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: