Sabtu, 18 September 2010

shalehudin

shalehudin


Operasi ngandungkan anak dara orang bermula

Posted: 17 Sep 2010 11:57 PM PDT

Hari Ini Sejarah Tercipta Di Bumi Melaka

Oleh Angkasanuri

Hari ini rakyat Melaka cukup bertuah kerana satu lagi sejarah tercipta. Sebuah sekolah yang dirasmikan pembukaannya yang tidak ada di mana-mana bumi Malaysia. Mungkin ia satu lagi catatan sejarah sempena Sambutan Hari Malaysia yang buat pertama kalinya disambut semalam.

Maka selepas ini mana-mana pelajar yang berminat boleh berbaris mendapatkan borang permohonan di pejabat ketua menteri. Pastikan anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Syaratnya mudah sahaja, pastikan anda telah melakukan zina dan mengandung anak zina! Walaupun niatnya bagus, tetapi tindakannya tak kena

Membantu dan memberi peluang kepada mereka yang terlibat dengan zina untuk mendapat kehidupan baru tetapi dalam masa yang sama membuka peluang dan mengadakan program yang menggalakkan kepada zina.

Malah lebih malang lagi dalam masa yang sama berterusan menentang dan memperlekehkan undang-undang Allah untuk mencegah kepada zina. Mencegah lebih baik daripada mengatasi. Selagi manusia menggunakan logik akal untuk mengatasi masalah sosial, masalah tak akan selesai. Allah SWT telah memberi rahmat dan petunjuk serta pedoman kepada manusia untuk semua hal kehidupan.

Kembalilah kepada petunjuk dan pedoman daripada Al Quran, Hadis, Qias dan ijmak ulama Ambilah pengajaran yang berlaku akhir-akhir ini sebagai peringatan dari Allah SWT agar tidak berlaku lagi episod menyayat hati berlaku lagi dalam negara ini.

Woit... jawatan parti bukan boleh bawak kubor pun

Posted: 17 Sep 2010 11:25 PM PDT

Nak berjuang kena ada pangkat/jawatan ke?

Gedebak sana,gedebuk sini, silat sana,tomoi sini..kuntau situ...

itulah dapat dilihat sepanjang pemilihan pucuk pimpinan parti PKR, komponen dalam Pakatan Rakyat...

Rakyat kata " depa tengah berperang sesama sendiri oiiiii...rebut jawatan..rebut elaun/fulus yang datang dengan jawatan...sebijik macam parti yahudi.umno/bn kat sebelah tuh"

Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu..broker..sukahati

Wokeiii, kalu nak bertanding jugak..Beradablah dan bersantunlah ketika pertandingan..bak kata bini roswah..."win win situation".muakakakakaka

Pastuh kepada yang nak pegang jawatan tuh dah ada ke long term and short term plan untuk perkukuhkan parti dan pakatan rakyat menjelang PRU 13 nih?

Haper plan/gerak kerja korang untuk pastikan/make sure rakyat pangkah PAS/DAP/PKR dalam PRU 13 nanti?

Musti kena ingat, PKR ni komponen Pakatan Rakyat..kalu PKR dilihat rosak,hancoi..maka rosaklah Pakatan Rakyat.,..yang menang..parti yahudi umno/bn jugaklah yang menang...hu hu huhu..

Kepada yang menang...aku akan perhatikan korang
Kepada yang kalah..jangan berpaling tadah masok gerombolan pencacai yahudi/umno sudahhh..marilah bekerjasama dengan kami,,kita hancorkan parti yahudi laknatullahumno/barisan nasional..tadak jawatan dalam parti takper,bukan leh bawak kubor pun jawatan tuh.

M Rajoli meninggal dunia

Posted: 17 Sep 2010 11:17 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.

Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini.

M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

Tiada ulasan: