Selasa, 14 September 2010

shalehudin

shalehudin


Umno Pulau Pinang kurang sihat

Posted: 14 Sep 2010 07:16 AM PDT

Umno Pulau Pinang yang masih dilihat tidak berapa sihat, hari ini sekali lagi dengan penuh rasa bongkak dan angkuhnya menggesa rakan sebantal mereka iaitu Gerakan agar menyerahkan kesemua kerusi yang mereka tandingi kepada MCA dan MIC. Ini ekoran rasa kurang yakin Gerakan yang seolah olah berputus asa dalam usaha merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang sedang berkabung, Teng Hock Nan kelmarin mengakui DAP masih boleh mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PR satu lagi penggal dengan memenangi pilihan raya umum ke-13, tetapi meramalkan BN berpeluang lebih baik untuk menawan semula selepas itu.

Mungkin sesuatu yang betul tindakan Umno Pulau Pinang ini ialah persepsi mereka bahawa Gerakan dianggap sebagai parti yang tidak lagi relevan di negara ini selepas PRU ke 12 Mac 2008.

Tapi adalah sesuatu yang biasa bagi orang yang tak sihat, fikiran mereka celaru membuatkan setiap tindakan mereka tidak keruan dan merapu. Sesuatu yang pasti, Umno Pulau Pinang masih lagi tidak belajar dari PRU ke 12 yang lalu. Bukan saja Gerakan malah kesemua anggota komponen BN termasuk lah Umno dan MCA serta MIC sudah tidak lagi relevan di persada politik Pulau Pinang.

Tegaknya Umno di Pulau Pinang kini hanyalah sekadar perhiasan bagi Umno pusat. Sekurang kurangnya pemimpin Umno negeri punya alasan kukuh untuk membaham peruntukan dari Umno pusat terhadap Umno negeri... kahkah...

Tak boleh lawan Najib lagi nii

Posted: 14 Sep 2010 03:30 AM PDT

Puluhan ribu hadiri rumah terbuka Selangor

Ismail Hashim
SHAH ALAM, 12 Sept: Puluhan ribu pengunjung hadir ke rumah terbuka Aidilfitri kerajaan Negeri Selangor 2010 kelmarin yang berlangsung dalam keadaan amat meriah dengan berbagai juadah makanan disediakan.

Penuh sesak ruang luas di I-City, Seksyen 7, tempat berlangsungnya majlis yang mempertemu dan merayakan hari kebesaran Agama Islam itu yang turut dirai dan dihargai oleh semua pihak meskipun mereka penganut fahaman agama berbeza.

Pengunjung dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, budaya dan tahap pendidikan mereka sama-sama ceria dan bergembira menyambut hari lebaran mulia selepas sebulan umat Islam melakukan ibadat puasa.

Sebagai tuan rumah utama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sentiasa tersenyum, mudah didampingi, bersalaman mesra dan menunaikan hasrat mereka yang ingin bergambar kenangan bersama pimpinan negeri kesayangan semua.

Begitu juga dengan penglibatan semua Exco Kerajaan Negeri yang menyambut kehadiran pengunjung yang datang sejak awal meski majlis hanya bermula jam 3 petang bagi mengelakkan kesesakan.

Kanak-kanak kecil, Orang Kelainan Upaya (OKU), orang miskin, golongan usia emas dan anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik merupakan kalangan paling bergembira kerana mereka mendapat layanan lebih istimewa dengan hadiah sampul yang berisi wang tunai.

Kelihatan badan berkanun bawah Kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melakukan persiapan rapi dalam banyak hal sehingga menyerlahkan lagi kemeriahan hari terbuka kali ini.

Majlis berjalan dalam suasana santai dan gelak ketawa dengan persembahan artis-artis terkenal seperti Jamal Abdillah dan ramai lagi dengan gandingan dua juruacara personaliti diminati ramai, Salleh Yaakob dan Raja Azura.

Meski jam 7 petang sepatutnya majlis tamat namun orang ramai berpusu-pusu ekoran penyediaan terbaik pihak penganjur dengan kerjasama semua pihak berkaitan.

Sosilawati: Susah ooo kerja Polis nii

Posted: 14 Sep 2010 02:00 AM PDT

Kes Sosilawati: Mangsa mungkin selamat jika empat aduan awal diselesai?

KUALA LUMPUR, 13 Sept - Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini.

"Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati (gambar) dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?" kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, pihak polis perlu memberi penjelasan terperinci status laporan yang dibuat terhadap suspek utama yang kini dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati sepanjang tahun lalu.

"Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

"Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini... apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu," kata beliau.

Mahfuz menambah, apakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru ini tidak berlaku dengan suspek akan kekal bebas.

"Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu," kata beliau lagi.

Dua orang peguam adik-beradik termasuk seorang yang bergelar "Datuk" yang dipercayai menjadi "dalang" kejadian pembunuhan Sosilawati dan tiga mangsa lain yang dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu.

Seorang jutawan dari Chennai, India dikatakan pernah terlibat dalam perniagaan usaha sama dengan adik-beradik berkenaan.

Mengikut laporan media, ahli perniagaan berkenaan dikatakan telah dipujuk agar datang ke Malaysia tahun lalu dan menyewa sebuah rumah di Bandar Sungai Emas, Banting.

Ahli perniagaan itu dilaporkan kelihatan bersama adik-beradik berkenaan selama beberapa bulan sebelum hilang.

Pada Februari lalu, keluarga ahli perniagaan berkenaan datang ke Banting tetapi tidak dapat berhubung dengannya.

Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis tetapi tidak ada perkembangan selepas itu.

Semalam polis mengesahkan pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi selepas dilaporan hilang sejak awal bulan ini.

Sosilawati kali terakhir dilihat berada di Banting pada 2 September lalu ketika membeli kerepek.

Termasuk adik-beradik itu lapan orang ditahan setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Selain Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Mengenai motif kejadian tragis itu, Bakri berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Malah menurut Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

Dalam kenyataannya, Mahfuz menambah, penahanan suspek utama ini juga ada kaitan dengan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang berkata, polis tidak harus dikenakan tekanan dalam menjalankan tugas dan operasi mereka.

"Apakah ini menandakan apa yang diperkatakan oleh Musa adalah betul, di mana polis menerima tekanan daripada pihak atasan," katanya.

Musa memberikan kenyataan itu beberapa hari sebelum bersara semalam.

Dalam pada itu, kenalan rapat Sosilawati menganggap peristiwa tragis dan kejam yang menimpa jutawan kosmetik itu sebagai sesuatu yang sukar diterima.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang merupakan rakan serta jiran Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata selagi DNA tulang yang ditemui belum mengesahkan ia adalah Sosilawati, selagi itulah beliau masih berharap ada harapan untuk melihat rakannya itu pulang.

"Saya masih berharap akan berlaku keajaiban dan sehingga belum dapat dipastikan saya tidak menganggap dia telah menjadi arwah," katanya ketika mengunjungi keluarga Sosilawati hari ini.

Beliau berkata penduduk di sekitar Taman Harmonis yang prihatin atas apa yang menimpa Sosilawati telah membuat solat hajat sejak beliau dilapor hilang dan ia akan berterusan sehingga mendapat pengesahan.

Bagi Datuk Suhaimi Ibrahim yang merupakan setiausaha politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pembunuhan yang berlaku itu sukar dipercayai kerana ia sesuatu yang sangat kejam, zalim serta tidak bertamadun.

Beliau yang merupakan kenalan rapat Sosilawati sejak tujuh tahun lepas, berkata kali terakhir beliau dihubungi Sosilawati ialah pada 29 Ogos lepas iaitu sehari sebelum Sosilawati bersama tiga lagi mangsa ke Banting bagi urusan pembelian tanah.

"Sosilawati menghubungi saya untuk berjumpa pada tarikh itu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang tetapi saya tidak boleh menemui beliau pada hari itu kerana ada urusan lain dan saya maklumkan padanya untuk bertemu pada 31 Ogos," katanya.

Beliau berkata pada 31 Ogos, beliau cuba menghubungi Sosilawati untuk mengesahkan pertemuan itu tetapi panggilannya tidak dijawab.

"Sangat pelik bila dia tidak jawab telefon sebab Sosilawati jarang buat begitu, kalau ada 'miss call' dia akan cepat-cepat telefon semula. Pada 1 September saya cuba menghubungi beliau lagi tetapi telefonnya dimatikan," katanya.

Beliau berkata pada pertemuan mereka sebelum bulan puasa, Sosilawati pernah memaklumkan kepadanya tentang tanah itu selain hasrat untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa saham.

"Beliau merupakan ikon wanita, beliau salah seorang pelopor usahawan kosmetik yang menjadi ikutan dan contoh pada usahawan lain," katanya.

Sementara itu adik Sosilawati, Masturi Lawiya berkata malam ini solat hajat dan kenduri tahlil akan diteruskan di kediaman Sosilawati manakala solat hajat dan tahlil turut diadakan di rumah ibu bapanya di Batu Pahat semalam.

Pengusaha stokis produk kecantikan Nouvelle Visages di Kampung Baru pula berkata beliau mengenali Sosilawati sejak tahun 1985 dan sepanjang perkenalan itu Sosilawati adalah seorang wanita yang baik hati dan dermawan.

"Kali terakhir kami berjumpa sebelum Ramadan lalu dan amat sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Diharapkan anak-anak dan keluarga Sosilawati tabah dan redha dengan apa yang berlaku," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Lagi.."Zaid lawan Azmin"

Posted: 14 Sep 2010 12:30 AM PDT

Oleh: cucupakkasim

"" Dalam PKR, undang-undang yang tak tertulis dalam buku perlembagaan PKR ialah, selepas Anwar Ibrahim ada lah Azmin Ali "

Sama ada ahli-ahli umno/BN suka atau tidak, Parti Keadilan Rakyat telah pun menjadi satu parti yang besar yang sukar untuk diketepikan. Walaupun 10 tahun dulu semua ketua-ketua umno/BN pakat-pakat kata yang PKR ini adalah parti agar-agar, lembik.

Jadi, bila apa saja perkara dalaman parti yang berlaku baik pemimpin-pemimpinnya maupun parti itu sendiri, maka ia akan menjadi perhatian. Begitu juga bila pengumuman yang bukan masanya oleh Zaid Ibrahim untuk sama-sama berebut jawatan nombor 2 dengan Azmin Ali.

Walaupun masih lagi baru dalam PKR, walaupun cap jari Zaid masih belum kering, tak dapat disorok dan tak bermakna yang dia ada sokongan dan kekuatan yang tersendiri.

Tetapi setelah gurkah-gurkah politik di'port' membuat beberapa 'phone calls' berhubung pertembungan Zaid-Azmin ini, maka adalah lebih elok dan cantik kalau Zaid Ibrahim berada di kerusi Naib Presiden.

Pengalaman gurkah-gurkah politik di'port' dalam kerja-kerja 'underground' kata, dalam mana-mana pemilihan untuk jawatan-jawatan dalam parti, "Money is talking".

Tetapi dalam kes Zaid vs Azmin ini, jika Zaid masih cuba untuk berfikir yang "Money is not talking" untuk dia menang, ia adalah satu kesilapan besar kerana membuang wang dengan sia-sia walaupun bagi Zaid "Money?? Tak ada hal!"

Manakala Azmin Ali yang sudah bersama-sama dengan PKR semenjak 1998 telah membina empayar kekuatan yang tersendiri. Dia juga sudah membuktikan kesetiaannya, komitmennya, keupayaannya, dan kepimpinannya dalam PKR. Azmin juga adalah pemimpin yang dinamik di akar umbi, pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua dalam PKR juga menganggap yang pengalaman luas Azmin dalam politik dan pentadbiran telah menjadi aset yang berguna untuk dinilai oleh ahli-ahli dalam PKR sendiri.

Biarpun Azmin boleh menang jawatan itu dengan mudah, adalah mustahil dan bohong lah kalau dia tak kata dalam kepala otak dia "money still have to talk!"

dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' juga mahukan Azmin Ali!

Gambar raja berjiwa agama

Posted: 13 Sep 2010 09:00 PM PDT

Tahniah rakyat Kelantan: Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat!

Oleh: Pria Malaya

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Tahniah penulis ucapkan kepada YM Tengku Faris Petra di atas pertabalannya sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari ini..

Sesungguhnya rakyat Kelantan cukup bertuah kerana dikurniakan seorang sultan yang bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi juga 'berjiwa agama'!..

Tercatat sudah, baginda merupakan seorang pemimpin yang boleh mengimamkan solat untuk rakyatnya, yang boleh membacakan doa demi rakyatnya, yang boleh mengetuai bacaan al-Quran, memberi kuliah agama, menyembelih lembu Qurban dan sebagainya..mungkin ini adalah keberkatan apabila negeri dipimpin oleh kepimpinan yang menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan...

Maka lengkap sudah sebuah kerajaan yang bertunjangkan matlamat "Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur", dari setinggi2 kepimpinan sehingga serendah2 kepimpinan seterusnya rakyat jelata..

Semoga Allah memanjangkan umur Tuanku, dan sejahtera seluruh rakyat Kelantan dibawah pemerintah kepimpinan Islam..akhir kalam, Tahniah MB Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, dan tahniah juga kpd seluruh rakyat Kelantan!...wallahua'lam..

Dibawah, dilampirkan coretan berkaitan YM Tengku Faris oleh Syed Hu4ssain Idros

PUJIAN PADA TENGKU FARIS

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Najib wira? kahkahkah...

Posted: 13 Sep 2010 07:00 PM PDT

Sandiwara Umno-Perkasa Mahu Paparkan Najib Wira 1Malaysia

Oleh Taf4

"Telenovela pertelingkahan Umno-Perkasa berterusan.

Babak kali ini menyaksikan penulis editorial Utusan Malaysia membidas Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana menjauhkan diri dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, pimpinan Ibrahim Ali.

Ada pihak yang berpendapat Najib tidak lagi mampu mengekang pemberontakan blok konservatif dalam Umno.

Namun bagi pembaca setia kolum Awang Selamat, Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar, skrip kali ini disyaki untuk mengangkat Najib sebagai wira mempertahankan 1Malaysia dari tekanan puak-puak rasis.

Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dakwaan bahawa Umno perlu menjarakkan diri dari Perkasa jika ia mahu menarik sokongan bukan Melayu. Bagi Awang Selamat, Umno perlu mempertahankan teras masyarakat yang diwakilinya, sepertimana badan-badan yang mewakili etnik-etnik lain di negara ini.

Semalam, kepimpinan kanan Umno ditayangkan media seperti berbahagi pendapat. Ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz dan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar Perkasa, Ketua Penerangan Ahmad Maslan, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Noh Omar berkata Perkasa adalah perlu untuk mempertahankan kepentingan Melayu.

Bagi Mahfuz, babak sandiwara ini tidak mempunyai perisa secukupnya untuk mengamit imaginasi rakyat Malaysia, yang umumnya sedar Perkasa dinaungi Umno.

"Umno selama ini pun bukan juara orang Melayu pun, hanya retorik. Hakikatnya dibawah cengkaman Umno, Melayu tidak maju dan berkembang manapun," kata Mahfuz.

"Buat masa ini, Perkasa dilihat tidak menguntungkan sudut politik. Maka mereka perlu membuat kenyataan seolah-olah untuk meminggirkan Perkasa," tambah beliau.

Mahfuz berkata Umno dalam dilema menghadapi Pilihanraya Umum akan datang. Beliau menjelaskan bahawa Umno menyedari sokongan pengundi atas pagar dan pengundi bukan Melayu adalah penting untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Di mata Mahfuz, sandiwara ini membuktikan Najib sedang merencana strategi untuk menawarkan sesuatu yang seakan-akan sama dengan komitmen Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan yang berteraskan merit, keadilan dan lapangan peluang yang saksama untuk semua kaum yang memerlukan bantuan.

"Pakatan Rakyat akan mengisi tuntutan-tuntutan rakyat Malaysia, untuk Melayu, untuk Islam. Bukan lagi Umno atau Perkasa," kata Mahfuz.

Sumber berita : tvselangor.com

Betoi ka Anwar berkecuali ni

Posted: 13 Sep 2010 05:00 PM PDT

Azmin Lawan Zaid, Anwar Dalam Dilema

Oleh A Kadir Jasin

LAPORAN media massa mengatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim (Datuk Seri) tidak mahu namanya diheret ke dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu.

Perebutan jawatan parti itu dijangka sengit jika pertempuran yang diuar-uarkan antara Naib Presiden Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Mohd Zaid Ibrahim untuk kerusi Timbalan Presiden terjadi.

Jawatan Timbalan Presiden menjadi rebutan berikutan keputusan penyandang, Dr Syed Husin Ali, tidak mempertahankannya.

Walaupun laporan media massa memetik Zaid sebagai membandingkan situasi beliau dengan cabaran terhadap Allahyarham Abdul Ghafar Baba (Tun) dalam pemilihan Umno tahun 1993, saya rasa ia lebih menyerupai pertandingan antara Musa Hitam (Tun) dengan Tengku Razaliegh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1982.

Dalam pertandingan itu, Musa mendapat "endorsement" Allahyarham Tun Hussein Onn dan disokong oleh bakal Presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lebih sedikit satu dekad kemudian, Anwar melancarkan cabaran terhadap Abdul Ghafar Baba (Tun) untuk jawatan Timbalan Presiden Umno. Walaupun Presiden Umno waktu itu, Dr Mahathir mahu status-quo dikekalkan, namun Anwar tetap mencabar Abdul Ghafar atas alasan ia adalah kehendak perwakilan bahagian.

Abdul Ghafar akhir mengundurkan diri daripada pertandingan. Apakah Mohd Zaid juga akhirnya menarik diri atau ditolak oleh perwakilan?

Jika perebutan jawatan Azmin-Zaid berlaku seperti diramalkan, Anwar akan menghadapi dilema kerana beliau, sama ada secara tersurat atau tersirat, terpaksa membuat pilihan demi parti dan peribadi.

Jadi tidak hairanlah kalau di permukaannya Anwar tidak mahu dikaitkan dengan pertandingan itu atau mengisytiharkan sikap berkecualinya. Namun semua orang tahu betapa akrab dan intimnya perhubungan antara Anwar dengan Azmin.

Azmin adalah "backroom boy" Anwar yang cukup berpengaruh ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi pada masa yang sama dicemburui oleh banyak pihak kerana dia dituduh terlalu mengongkong dan melindungi Anwar dalam kapasitinya sebagai pembantu khas.

Hubungan simbiotik ini, pada pandangan saya, sukar digugat. Walaupun secara tersurat Anwar tidak mahu memihak atau enggan diseret ke dalam perlawanan Azmin-Zaid, namun secara yang tersirat Azmin adalah pilihannya.

Tetapi Anwar tidak pula boleh sewenang-wenangnya mengatakan "tidak" kepada Zaid kerana bekas Menteri Kabinet Abdullah Ahmad Badawi itu adalah antara tangkapan terbesar PKR selepas pilihan raya umum 2008.

Apatah lagi pada saat PKR sedang mengalami ujian kesetiaan selepas peletakan jawatan beberapa orang Ahli Parlimen, Adun dan kepemimpinan pusatnya baru-baru ini.

Serentak itu, saya juga yakin, Anwar cukup kenal siapa Zaid dalam kerangka politik kontemporari kerana Anwar pernah menjadi ketua Zaid dalam Umno.

Jadi, dalam suasana yang penuh "tipu helah" ini, adalah tidak memeranjatkan apabila Zaid dilaporkan mendakwa bahawa wujud taktik kotor untuk menjejaskan peluang beliau bertanding dalam pemilihan PKR yang akan berlangsung Oktober dan November ini.

Portal berita Malaysian Insider pada 10 September melaporkan yang sekumpulan 20 Ahli Parlimen PKR serta majoriti Ahli Dewan Undangan PKR Selangor dan Negeri Sembilan telah menyatakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu dan menolak dakwaan bahawa Azmin menyerang Zaid.

Namun PKR harus diberi pengiktirafan kerana melaksanakan sistem pemilihan langsung yang dijangka memberi peluang kepada lebih kurang 400,000 ahli di 218 cabang pemilihan barisan kepemimpinan.

Jadi soal Zaid atau sesiapapun tidak mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding tidak timbul. Sekarang hak terletak di tangan ahli akar umbi yang mungkin lebih mengenali dan mengiktiraf Azmin sebagai antara pengasas utama gerakan reformasi Anwar.

(Saya minta pembahas TOLONG BERHATI-HATI apabila mengulas mengenai Zaid sebab dia sedang menyaman saya kerana tulisan saya dalam Blog ini. Kes itu sedang dalam proses pertimbangan oleh mahkamah.)

Pada pendapat saya, pemilihan kepemimpinan PKR kali ini akan mempamerkan pergelutan antara kepemimpinan asal parti itu yang diwakili oleh Azmin dengan kelompok pendatang baru yang diwakili oleh muka-muka seperti Zaid, Abdul Khalid Ibrahim dan Chua Jooi Meng.

Kemenangan kumpulan pertama akan mengekalkan semangat reformasi parti itu manakala kemenangan kumpulan kedua akan menjadikan PKR lebih longgar dan kelabu (grey) daripada aspek perjuangan dan prinsip.

http://kadirjasin.blogspot.com

Tahniah la Perkasa oi

Posted: 13 Sep 2010 03:00 PM PDT

Perkasa Parahkan Lagi Retak Dalam Umno


Oleh Wira Arjuna

Arahannya cukup jelas – Umno harus menjarakkan diri dari Perkasa demi perpaduan Barisan Nasional dan lebih penting untuk mendapatkan semula keyakinan pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina.

Namun arahan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja disanggah oleh pemimpin tertinggi parti secara terbuka, malah ditolak sendiri oleh Utusan Malaysia, akhbar kawalan parti itu.

Adakah Najib menghadapi krisis kepimpinan dalam Umno? Adakah Najib kini ibarat nakhoda tanpa anak kapal?

Sekali imbas dipandang jelas isu Perkasa mendedahan kerapuhan kepemimpinan Najib sebagai teraju utama Umno.

Apabila arahan dan ketetapan Presiden boleh diperlekeh dan diremehkan oleh pemimpin lain, itu isyarat jelas beliau hilang kawalan ke atas partinya.

Hakikatnya ialah, pemimpin-pemimpin seperti Zahid Hamidi, Noh Omar dan Ahmad Maslan tidak merasakan perlu untuk mengendahkan haluan yang ditetapkan oleh Najib.

Begitu juga dengan Utusan Malaysia yang mempersoalkan sama ada tindakan meminggirkan Perkasa akan menjamin kemenangan untuk Umno-BN pada pilihanraya umum akan datang.

Justeru walaupun pemimpin seperti Setiausaha Agung parti Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua pemuda Khairy Jamaluddin membuat kenyataan terbuka membidas Perkasa, komen-komen daripada Zahid, Noh Omar dan Ahmad membuktikan Umno semakin berpecah belah.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan anaknya Mukriz mengambil ketetapan bahawa Umno harus menyokong Perkasa dalam mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

Itu dinyatakan secara terbuka. Namun yang tersirat dalam sokongan itu adalah bahawa Umno juga harus bersekongkol dengan Perkasa dalam membidas sebarang cubaan untuk mempertikaikan dasar-dasar yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu.

Ini temasuk tindakan mengheret pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sendiri untuk siasatan polis kerana mempersoalkan pengagihan ekuti 30 peratus untuk bumiputera.

Adalah menjadi "rahsia terbuka' dalam Umno, bahawa Najib mempuyai 'masalah' dengan kalangan pemimpin kanan Umno dan seorang daripada mereka adalah Zahid Hamidi, bekas setiausaha politik beliau.

Zahid, kini seorang naib presiden Umno dikatakan kecewa dengan Najib kerana campurtangan kerabat keluarga Najib dalam urusan kontrak Kementerian Pertahanan yang dipimpinnya.

Susulan itu, Zahid bingkas mengisytiharkan bahawa bukan beliau bertanggungjawab atas kecurian dua enjin jet pejuang yang di dedahkan awal tahun ini, sekali gus cuba mengheret Najib dalam skandal itu, kerana beliau menjadi Menteri Pertahanan ketika itu.

Hakikatnya juga ialah, dalam dalil politik Zahid, beliau merasakan lebih afdal bagi dirinya beralih ke kem Muhyiddin Yassin dan Mahathir daripada memberi sokongan bulat kepada regu Najib-Hishamuddin.

Dengan mengambil kira pemilihan Umno yang akan berlangsung pada tahun 2012, dalil politik seperti ini juga menjadi dokongan pemimpin-pemimpin lain seperti Noh Omar dan Ahmad Maslan.

Persoalan yang tidak kurang menarik dalam semua ini adalah mana dan apa pendirian Muhyiddin Yassin ketika bosnya Najib dan Umno diasak oleh Mahathir dan Perkasa sendiri.

Sikap berdiam diri Muhyiddin hanya menguatkan spekulasi bahawa dua pemimpin tertinggi Umno itu sudah tidak boleh lagi bekerjasama kerana bersilang haluan atas isu-isu asas 1Malaysia.

Sisa-sisa kepercayaan antara mereka nampaknya semakin mengecil dan memberi kesan mendalam kepada parti tunjang Barisan Nasional itu.

Isu Perkasa jelas menzahirkan pemimpin-pemimpin Umno jauh daripada bersatu di bawah naungan Najib.

Sebaliknya ada antara mereka masih melihat kepada Mahathir untuk mencorakkan kepimpinan Umno pada pemilihan parti akan datang.

Sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno lebih setahun lalu, Najib dilihat sebagai lebih berkebolehan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Namun seperti Abdullah, Najib sukar untuk mengurangkan pengaruh Mahathir dalam Umno, dan isu Perkasa menzahirkan perbezaan yang ketara antara dua pemimpin itu.

Sama ada Najib mempunyai kemampuan untuk meminggirkan Mahathir dan Perkasa dilihat sebagal bakal menentukan kelangsungan beliau sebagai Perdana Menteri ke lima Malaysia.

Tiada ulasan: