shalehudin |
- Haji Abdul Hadi Awang
- Anwar bin Ibarahim
- Tuan Guru Nik Abdul Aziz
- Blog Anwar, Raja Petra diserang pengganas?
- Patut la hang tak leh jadi menteri KJ oii..
- Anwar sembunyi kat mana?
- Mati habis kah kita kalau...
- Siapa menteri yang sangat santun itu?
- Perasaan curiga sesama Pakatan
- KDN? hakaallaa, besa la.. tunggu saya jadi orang awam
- Betoi ka Umno tak tahan?
- Guan Eng the Joker... kahkahkah...
- Padan ngan muka hangpa
- KJ pun risau ngan Bik Mama... haha...
| Posted: 09 Sep 2010 09:14 AM PDT Assalamu'alaikum. Selamat menyambut hari raya Eidilfitri. Hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan. Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban. Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT. Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab. Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT. Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Selamat Menyambut Eidul Fitri. Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) |
| Posted: 09 Sep 2010 08:15 AM PDT Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Menjelang Syawal, saya mengambil kesempatan ini, mewakili keluarga dan Parti Keadilan Rakyat mengucapkan Salam Eidulfitri kepada seluruh umat Islam. Saya berharap kita menyambut hari yang penuh bahagia ini dengan mengingati saudara kita yang berada dalam penderitaan walau di mana pun mereka berada. Tatkala kita semua menyambut hari lebaran dengan rasa syukur dan meriah bersama keluarga, ada di kalangan kita yang meratapi pemergian mereka yang dikasihi. Moga Allah Yang Maha Besar memberi kesabaran buat kita semua. Eid ul Fitr, salah satu dari maknanya adalah hari di mana kita sedar dan kembali kepada fitrah, mengingatkan sesungguhnya kita dicipta sebagai makhluk yang penuh kasih sayang, bukannya kebencian. Ramadhan selama hampir sebulan itu sewajarnya memupuk nurani kita untuk menghindarkan rasa dengki, benci dan dendam. Sering diungkapkan bulan yang mulia itu madrasah ampuh buat melebur dinding hitam pekat yang merosak jiwa dan qalb, serta memangkin kemurnian agar kembali dengan rasa kasih yakni fitrah kita sebagai insan mahkluk kepada Pencipta Yang Agung. Malangnya sepanjang Ramadhan, masih ada yang menabur kebencian, fitnah dan berharap untuk memecah belahkan sesama kita. Menuduh dan menuding menjadi amalan dan budaya. Tatkala masyarakat menginginkan jurang perbedaan dirapatkan, fitnah dan kebencian disemai rekayasa golongan pelampau yang alpa akan fitrahnya sebagai makhluk. Keangkuhan meresapi diri kerana merasa tidak terkalahkan dan ramai. Makanya saya memohon izin berkongsi ibrah dari sirah Rasulullah SAW ketika Perang Hunain yang meletus pada bulan Syawal. Selepas kejayaan Pembukaan Kota Mekah, umat Islam ternyata begitu bersemangat, oleh itu ketika menuju medan perang, ada yang mula mengungkapkan: "di hari ini kami tidak akan terkalahkan" Keangkuhan menjalar dan merasuk! Seperti yang kita semua ketahui, umat Islam kalah pada pusingan awal sehinggalah ampunan dan pertolongan dari Allah SWT tiba merubah kekalahan yang sebelumnya hampir pasti. Turunlah ayat 25, Surah at Taubah yang menegur dan mengingatkan umat Islam: "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri." Allah SWT menempelak sikap yang tergelincir jauh dari fitrah, iaitu gagal bersikap merendah hati dan pemurah serta mengasihani. Mengakhiri pesan ringkas sempena sambutan hari yang penuh keberkatan ini, saya nukilkan pesan dari Quran yang mulia, ayat 128, Surah al Nahl, buat menjadi pedoman untuk saya dan semua: "sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan" Moga Eid ul Fitr tahun ini mendorong kita untuk merenung diri dan menjana perubahan agar tidak tidak tergelincir dari fitrah yang murni serta luhur. Bersesuaian dengan pesananNya, perbanyakkan lah amal dan berbuat kebajikan. Salam Eidulfitri. Minal 'aidil wal faiziin. Maaf zahir dan batin. ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat |
| Posted: 09 Sep 2010 08:12 AM PDT Bismillahir Rahmanir Rahim Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.Lailaha Illallah Wallahu akbar.Allahuakbar Walillahil Hamd Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berabdi di dalam bulan Ramadhan dan seterusnya menyambut Hari Raya Idulfitri 1431H pada tahun ini. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan aktiviti ibadah dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan berpuasa. Orang yang bertaqwa hidupnya selari dengan agama. Hidup beragama terlalu jauh berbeza dengan hidup berdasarkan perlembagaan buatan manusia. Kerana tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din). Oleh yang demikian, apalah sangat pihak yang mereka perlembagaan dapat membawa ruh perlembagaan buatan ini untuk memuaskan hati pihak hakim di akhirat kelak iaitu Allah SWT. Tanpa ada seebarang keraguan di mahkamah Allah (without any shadow of doubt). Bolehkah perlembagaan buatann ini menyelamatkan seseorang manusia itu darripada neraka Allah SWT. Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, di pejabat, di dalam perjalanan ke pasar atau ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya. Cahaya itu bukan cahaya matahari, bulan, bintang tetapi cahaya yang menyuluhi qalbu insan, bagi menentukan halal dan haram, dosa pahala, taat maksiat dan syurga neraka. Tanpa adanya cahaya ini mansua akan meraba-raba dalam kegelapan. Itulah gunanya al-Quran, iaitu untuk menimbal kelemahan-kelemahan manusia. Sebab itu di dalam saat manusia berhibur pada hari ini, galak dengan makan minum, pakaian yang baru, manusia tetap disuruh, melaungkan Allahuakbar sekuat-kuatnya, di merata-rata tempat, bukan sahaja di masjid dan di surau. Ini kerana jika Allahuakbar adalah akbar, terbesar, terpenting, maka segala urusan hidup lain menjadi kecil, boleh diketepikan bila bertembung dengan kehendak Allah SWT. Di negara kita, umat islam masih agak terikat dengan budaya bertakbir di masjid dan di surau sahaja. Saya mencadangkan agar kita mempelopori suasana yang baru, berteraskan sunnah iaitu bertakbir di merata-rata temppat. Insya-allah jika semangat takbir ini dihayati sepenuhnya, banyak permasalahan yang berlaku di dalam negara dapat diselesaikan. Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan. Kita sudah tentu mengimpikan masyakarat di negara kita khususnya dapat hidup sejahtera tanpa sebarang gangguan dan ancaman yang terhasil dari perbezaan kaum dan keturunan. Melayu misalnya dapat menerima menantu dari keturunan Cina, India tidak merasa kekok untuk bemertuakan seorang Melayu bahkan Melayu dengan senang hati berjemaah dan berimamkan seorang Cina atau India Muslim. Ini boleh terhasil apabila semangat takbir dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya sekadar meniti di bibir semata-mata. Alhamdulillah, ini dapat kita saksikan sepanjang Ramadhan khususnya apabila masjid-masjid dan madrasah-madrasah dipenuhi dengan kaum. Tanpa mengira bangsa, semua kita melafazkan amin apabila imam menghabiskan bacaan al-fatihah. Kita tidak merasa kekok apabila bahu kita bersentuhan dengan saudara seagama dari kaum lain ketika mengerjakan solat. Kita tidak berasa janggal untuk menghulurkan salam kepada rakan sebelah yang berbeza keturunan. Persoalannya, kenapakah perasaan ini tidak muncul di luar masjid dan madrasah? Jawapannya, kerana kebesaran Allah SWT hanya diikrarkan di dalam masjid sahaja dan tidak dibawa keluar sebagai asas kehidupan. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar hari raya yang disambut pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya berjaya menjadi alat penyatuan di antara kaum yang berbeza dengan berteraskan kalimah takbir. Laungan takbir ini jauh lebih menjamin keselamatan dan keamanan jika dibandingkan dengan laungan perkauman yang dikumandangkan oleh golongan-golongan yang tertentu. Bahkan masyarakat non muslim sendiri pun tentunya merasa jauh lebih terjamin keselamatan dan ketenteraman mereka di bawah syiar Islam dibandingkan dengan syiar bangsa dan keturunan. Insya-allah, jika ini dihayati, matlamat untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia akan tercapai. Selain itu, tidak lupa saya berpesan agar anak-anak Kelantan di perantauan dapat berhati-hati semasa berada di jalan raya. Perlulah diingat bahawa kepulangan kita ditunggu-tunggu oleh orang yang tersayang. Janganlah pula kepulangan di hari raya disambut dengan kedukaan akibat perkara yang tidak diingini semasa di jalanraya. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar setiap amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan khususnya diterima sebagai amalan yang soleh dan akan diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran. Salam Idulfitri. Minal 'aidin wal faizin. Dengan hormat, YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT 1 Syawwal 1431H |
| Blog Anwar, Raja Petra diserang pengganas? Posted: 09 Sep 2010 07:30 AM PDT Selain blog Anwar, FMT dan laman Raja Petra turut digodam Oleh Neville Spykerman SHAH ALAM, 9 Sept – Blog Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama portal berita freemalaysiatoday.com (FMT) dan laman web Raja Petra Kamarudin tidak dapat diakses hari ini dipercayai ekoran serangan siber. Penyelaras media kepada Anwar, Mohd Eekmal Ahmad juga mengesahkan blog ketua pembangkang itu tidak boleh diakses hari ini. "Kami masih menyiasat punca gangguan tetapi ketiga-tiga insider dilihat terjadi secara kebetulan," katanya. Editor FMT, K. Kabilan berkata portal itu berhadapan dengan gangguan Distributed Denial of Service (DDOS) sekejab-kejab sejak dua tiga minggu lalu sebelum tidak dapat diakses sama sekali mulai pukul 3 pagi tadi. DDOS adalah satu bentuk serangan berterusan untuk mengelak laman web daripada berfungsi secara berkesan dengan menyalurkan permintaan-permintaan luaran secara berlebihan. "Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan hubungan hari ini," kata Kabilan kepada The Malaysian Insider. Menurut Kabilan, laman web malaysia-today.net juga tidak dapat diakses ekoran gangguan sejak awal minggu ini. Dalam pada itu, ketua pegawai teknikal FMT Thirun Nadason dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata pihaknya percaya yang DDOS adalah kerja mereka yang profesional dalam bidang ICT. "Pasukan kami sedang mengambil tindakan untuk memastikan perkhidmatan boleh disediakan sedia kala tanpa gangguan," katanya. Pengarang Urusan FMT Phllip Rodrigues mengecam tindakan itu. "Ini kali kedua insiden seperti ini terjadi tetapi FMT tidak akan terganggu dengan tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab dan akan terus membuat laporan tanpa rasa bimbang dan takut," katanya. "FMT ingin memohon maaf kepada pembaca kami atas sebarang ketidakselesaan yang wujud," katanya. Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberitahu pihaknya telah mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam Negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik-pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya. Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Zeti Marziana Muhamed berkata bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lepas. "SKMM ingin mengingatkan semua pemilik laman web untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan pada laman web itu. "Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko penggodaman sekiranya terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselmatan laman web," katanya. Katanya pemilik laman web juga disaran mengambil langkah-langkah yang mencukupi supaya keselamatan web mereka terjamin dan diberi perhatian sewajarnya semasa cuti perayaan. |
| Patut la hang tak leh jadi menteri KJ oii.. Posted: 09 Sep 2010 07:27 AM PDT Anifah: Gesaan KJ publisiti murahan, duta tidak akan dipanggil balik Duta Besar Malaysia ke Indonesia tidak akan dipanggil pulang kerana tindakan itu hanya akan memburukkan hubungan harmoni antara kedua-dua negara yang terjalin sekian lama, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Mengulas saranan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, beliau berkata gesaan tersebut bertujuan mencari publisiti murahan yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan. "Memanggil duta kita pulang adalah langkah terakhir sebelum kita memutuskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Saya tidak pasti sama ada Khairy tahu atau tidak mengenai perkara ini. "Dia mungkin seorang yang pandai, tapi tidak bermakna dia seorang yang bijak," katanya pada sidang media di Wisma Putra, di Putrajaya hari ini. Khairy sebelum ini menggesa agar Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat. Beliau turut mendakwa Anifah sebagai tidak tegas dalam mengeluarkan kenyataan mengenai keselamatan kedutaan Malaysia dan tidak menyampaikan kepada Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa mengenai perkara itu dalam pertemuan kedua-dua pemimpin Isnin lalu. Mengulas lanjut, Anifah berkata kenyataan Khairy itu menunjukkan Ketua Pemuda Umno tersebut tidak mengikuti perkembangan isu. "Kita tidak sepatutnya masuk dalam perangkap jenis ini. Dia masih muda dan banyak lagi yang perlu dipelajari mengenai diplomasi," katanya. MI |
| Posted: 09 Sep 2010 06:11 AM PDT Anwar ni dok menyorok tang mana? Rumah tangga hang dengar kelam kabut ni, takkan hang tak tau. Takkan hang nak biar macam tu saja kot. Berdehem la sikit, bagi budak budak tu tau kata hang pun dok perati depa. Kalau rumah tangga hangpa dok kelam kabut macam ni, macamana orang nak percaya hangpa jaga negara. Sampai hilang adab sopan, berkokok sana sini. Bertanding apa bising macam kerang di ayak ni? Akar umbi S'gor saran Anwar, Azizah teraju PKR Sekumpulan pemimpin akar umbi PKR yang mengelar diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Negeri Selangor (MMKKNS) mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden PKR pada November ini. Timbalan pengerusinya Abdul Kudus Omar berkata langkah itu bagi mengatasi kemelut dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang semakin panas di antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim. "Dengan ini calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden hendaklah menarik diri," kata Abdul Kudus ketika membaca kenyataan media bagi pihak pengerusi, Syed Shahir Syed Mahamud. "Kami juga berpendirian bahawa mencalon dan memilih mereka berdua bukanlah bermakna kita mahu menyuburkan amalan nepotisme dalam parti tetapi dilakukan atas pertimbangan menjaga keharmonian dan kemantapan parti," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya hari ini. Dasar nepotisme "Saya ingin tegaskan kami bukan menggalakkan dasar nepotisme dalam parti. Dalam isu ini ia bukan di antara Anwar Ibrahim dan isterinya tetapi di antara dua orang tokoh yang telah diuji. "Cuma secara kebetulan Azizah adalah isteri kepada seorang manusia hebat bernama Anwar. Azizah pula adalah satu manusia cemerlang, telah terbukti kemampuannya memimpin sebuah parti walaupun baru dan tidak besar tetapi ia telah mencapai kejayaan yang belum ada tolok bandingnya," jelas Abdul Kudus yang juga ketua cabang Tanjung Karang. Bagaimanapun katanya, jika saranan itu tidak diterima, majlis itu menyarankan agar status quo untuk kedua-dua jawatan tertinggi PKR dikekalkan iaitu Azizah sebagai presiden dan Syed Husin Ali sebagai timbalannya. "Dengan cara ini kami yakin kemelut pertandingan jawatan timbalan presiden akan dapat diselesaikan. Beliau juga berkata dakwaan bahawa kononnya Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim telah memporak-perandakan parti itu sebagai tidak benar. "Kami tidak menyelar beliau dan tidak nampak dia memporak-perandakan parti cuma kita mahukan satu cara yang lebih teratur dan lebih terpelihara dari sudut sopan dan santun. Bagaimanapun beliau melihat amalan pertandingan merebut jawatan dalam sebuah parti adalah sesuatu yang sihat. "Itu hak mereka. Kita parti yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya tetapi kami berkeyakinan mereka juga adalah tokoh-tokoh yang berpengalaman. Kami pasti mereka akan mengambil keputusan yang bakal memberi keuntungan dan faedah kepada semua pihak terutamanya parti. Kami tahu mereka mementingkan kepentingan parti, mendahulukan parti daripada diri sendiri. Kata putus "Ini menjadi petanda baik. 'Everybody explore their own channel' dan pasti nanti kita akan dapat satu cara yang paling baik. Kami mengharapkan inilah cara yang terbaik," ujar Abdul Kudus lagi. Beliau juga ditanya samada cadangkan MMKKNS akan memberi kesan kepada keputusan Syed Husin terhadap jawatanya sebagai timbalan presiden. "Kalau kita melihat dahulu Dr Syed Husin (kiri) ada memberi petanda mungkin beliau mahu berundur tetapi kebelakangan ini beliau hanya berdiam diri. Ini menunjukkan kematangannya kerana beliau mahu melihat keadaan sebelum membuat keputusan muktamad. Beliau mahu melihat di sekeliling dulu sebelum beri kata putus," kata beliau. Abdul Kudus juga tidak melihat sebarang masalah dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden. "Bagi jawatan naib presiden kami rasa tidak menjadi isu besar kerana calon-calon yang menyandang dan juga yang baru adalah daripada kalangan yang berfikiran dingin, mudah diatur. Tidak ada masalah langsung dan kami yakin mereka berlapang dada apabila menawarkan diri menjadi calon," katanya. Beliau berkata MMKKNS berpendapat usaha strategis perlu dilakukan bagi mmastikan proses pemilihan kepimpinan parti dapat dilaksanakan secara demokratik dan harmonis serta dapat memperkasa perpaduan dan kejituan parti. |
| Posted: 09 Sep 2010 05:00 AM PDT Foto dari Benama menunjukkan warga Indon yang bekerja di Malaysia berpusu pusu tak sabar nak pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menggunakan feri dari Jeti Pulan Ketam ke Dumai ataupun ke Tanjung Balai di Pelabuhan Klang, Khamis. Akan mati habis kah kita kalau semua Indon Indon ni pulang dan terpengaruh pulak dengan hasutan BENDERA, membuat keputusan tidak akan kembali ke Malaysia? |
| Siapa menteri yang sangat santun itu? Posted: 09 Sep 2010 03:30 AM PDT Mengisi Usia Di Hari Raya Posted on September 9, 2010 by samadsaid TIBA-TIBA sudah 75 tahun hari rayaku. Tapi yang teringat barangkali ketika berusia 4 tahun ketika berada di Victoria Street Singapura. Kuih-muih sangat sasa dan ori—jika gula, gula yang padu; jika santan, santan yang pekat. Ketika itu tentu sajalah Aidilfitri penuh kuih dan wang-raya. Tapi, di antara seluruh hari raya itu, barangkali yang sangat menyentuh ialah berhari raya di era Nippon-Go. Ubi kayu menjadi asas segala makanan—begitu juga dengan kuih-muih daripada tepung sagu. Di samping itu, kami dihidangkan oleh gugusan bom yang datang tanpa jadual. Hari raya kali ini hari raya orang tua. 75 tahun—kata teman-teman yang simpatik—adalah umur yang sangat "dianugerah". Masih boleh berjalan—beriadah—dua pusingan di Taman KLCC setiap pagi; boleh baca Quran satu juz setiap hari; dan, alhamdulillah, masih sempat berbuka dan bertarawih sepanjang Ramadan di Masjid Negara. Sepanjang 75 tahun menghayati Ramadan dalam pelbagai bentuk meranumkan diri dengan segala keinsafan. Rezeki alhamdulillah sederhana, dengan sesekali disimbahi royalti yang tidak terfikir. Betapapun, terkadang—ada juga "kemalangan" yang tidak tersangka. "Ya, apa lagi yang Pak Samad mahu?" tanya sang menteri. Terima kasihlah dengan bahasa yang sangat santun itu. Malah terima kasih juga kerana memberitahu dunia bahawa kementerian tertentu telah "memberi" saya RM485,000, dan memberitahu buana betapa saya turut menjadi semacam "gedebeh" mendobrak Dewan Bahasa dan Pustaka. Rupa-rupanya begitulah tafsiran mudah kebanyakan kuasawan jika orang seni coba menuntut keadilan. Tapi, dunia dan nasib biasanya mempunyai rahsia keajaibannya sendiri. Sama-samalah kita menyaksikan kerana kita tidak berhak meramalkan. Kita cuma mengisi usia dengan sebaik khidmat bagi diri dan bagi masyarakat dengan sentiasa beringat bahawa "kita datang ini kosong tangan kosong dada…bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala." Selamat Aidilfitri! |
| Perasaan curiga sesama Pakatan Posted: 09 Sep 2010 02:00 AM PDT TIDAK MAHU JADI SEPERTI TUN GHAFAR, DATO ZAID MESTI MASUK PAS? Oleh: WFAUZDIN NS SAYA terasa ingin memberi sedikit ulasan atau komen terhadap artikel seorang sahabat di sini. Beliau ada mengulas tentang keluhan Dato Zaid Ibrahim yang menyebut betapa beliau bimbang akan mengalami nasib seperti Almarhum Tun Ghafar Baba. Ini adalah berlanjutan daripada keputusan Dato Zaid Ibrahim bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR tidak lama lagi. Senarionya, Dato Zaid dikatakan mula mengalami `serangan' dari beberapa pihak yang seolah-olah tidak memberi laluan kepada beliau merebut jawatan tersebut. Beliau menyebut suatu ketika beliau dianggap Wira di dalam PKR apabila berani keluar dari Umno untuk bersama PKR. Kini, beliau seolah-olah tidak diberi kepercayaan untuk menduduki jawatan penting tersebut. Apakah benar Dato Zaid tidak lagi dianggap `Wira' semata-mata ada pihak yang tidak bersetuju beliau bertanding? Saya cuma ingin mengulas apa yang diperkatakan oleh sahabat saya di dalam blognya itu. Penulis menyebut bahawa Dato Zaid mungkin tidak `di Ghafar Baba'kan sekiranya berada di dalam PAS. Adakah ini bermakna di dalam PKR ada mangsa yang telah diperlakukan seperti yang pernah terjadi kepada Almarhum Ghafar Baba? Dan, adakah di dalam PAS tidak pernah berlaku pertandingan atau kempen seperti yang dilalui oleh PKR ini? Kita masih ingat sewaktu pemilihan pucuk pimpinan PKR sebelum ini di mana ketika itu heboh diperkatakan bahawa Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin akan ditentang oleh Azmin Ali. Walaupun pada ketika itu ramai yang berpendapat Azmin Ali punyai peluang yang cerah untuk memenangi pertandingan tersebut, tetapi atas toleransi serta semangat setiakawan di dalam PKR, Azmin akhirnya menarik diri. Dr Syed Hussin tidak menjadi seperti Ghafar Baba. Kali ini pertandingan berlaku lagi, tetapi suasana tidak sama seperti sebelumnya. Difahamkan Dr Syed Hussin akan berundur dan memberi laluan untuk pertandingan. Tentunya munasabah untuk Azmin Ali mencuba nasibnya kali ini. Dato Zaid juga berpeluang untuk mencuba nasib beliau kerana peluang itu terbuka kepada semua. Tindakan beberapa pihak yang `nakal' menjalankan kempen memburukkan seseorang calon sewajarnya kita tentang kerana itu adalah budaya Umno. Saya bersetuju dengan pendapat sahabat saya itu di dalam hal ini. Budaya kempen sewaktu pemilihan menjadi lumrah di dalam mana-mana parti. Saya menolak dakwaan yang menyebut seandainya Dato Zaid berada di dalam PAS, maka beliau selamat dari menerima nasib seperti Almarhum Tun Ghafar. Saya menolak pendapat ini kerana faktanya adalah belum pernah terjadi di dalam PKR setakat ini yang `mengorbankan' pemimpin seperti yang berlaku ke atas Almarhum Tun Ghafar. Bagaimana pula jika Azmin juga menyebut bahawa beliau mungkin menjadi seperti Almarhum Tun Ghafar jika tidak terpilih? Bukankah Azmin juga banyak jasa dan pengorbanannya terhadap PKR? Tidak keterlaluan jika dikatakan Azmin mempunyai banyak markah untuk dijadikan lebih `Wira' dari Dato Zaid. Dato Zaid keluar Umno kerana tidak bersetuju dengan parti tersebut di dalam menangani bantahan terhadap Akta ISA. Azmin juga berasal dari Umno, keluar dari Umno kerana menentang segala kezaliman terhadap DS Anwar yang ingin membawa perubahan atau reform. Kedua-duanya punyai prinsip dan mereka ini amat berharga untuk kita semua. Kepercayaan PKR terhadap Dato Zaid terbukti apabila beliau dicalonkan untuk menjadi calon PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu walaupun beliau baru `beberapa hari' berada di dalam PKR. Azmin pula telah membuktikan pengorbanannya untuk tidak menentang Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin di dalam pemilihan sebelum ini. PAS juga pernah mengalami pertandingan sengit di dalam pemilihan parti tersebut. Pertandingan `kontroversi' di antara Husam Musa dengan Us Nasa merebut jawatan Timbalan Presiden PAS meninggalkan kesan sehingga kini di dalam PAS. Kesannya adalah masih ada pihak yang menyebut tentang geng perpaduan atau UG dan geng Erdogan. Ini semua tidak menjejaskan PAS selagi mereka taat kepada keputusan parti. Justeru itu, Dato Zaid tidak perlu bimbang untuk menghadapi pertandingan kali ini. Ketakutan kepada bayang-bayang sendiri seolah-olah menggambarkan beliau tidak yakin dengan kekuatan dirinya. Beliau tetap dianggap Wira walaupun tidak bertanding mahupun tewas di dalam pertandingan ini nanti, melainkan jika beliau melarikan diri dari perjuangan ini dan menyertai Umno semula. Beliau boleh menyertai PAS sekiranya tidak yakin dengan PKR tetapi bukan disebabkan bimbang mendapat nasib seperti Almarhum Tun Ghafar Baba. |
| KDN? hakaallaa, besa la.. tunggu saya jadi orang awam Posted: 09 Sep 2010 01:00 AM PDT KDN nafi campurtangan urusan polis Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campurtangan pihak ketiga dalam urusan kepolisian. Ketua setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam yang membaca kenyataan tiga mukasurat itu berkata adakalanya syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM. "Ada kalanya, cadangan oleh polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh kementerian dan mungkin ini dilihat sebagai 'campurtangan' dalam urusan harian polis. Tergesa-gesa "Maka di dalam hal ini, urusan pengurusan perkhidmatan utama adalah tanggungjawab PDRM dan isu campurtangan di dalam perjalanan urusan PDRM oleh kementerian tidak wujud sama sekali," kata Mahmood dengan ringkas dan secara tergesa-gesa pada sidang media selepas majlis penyerahan tugas dari Musa kepada timbalannya, Tan Sri Ismail Omar yang dilantik sebagai ketua polis yang baru. Isnin lalu, Musa meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang. "Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan. "Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini. Mahmood berkata di peringkat kementerian, mesyuarat Pengurusan Logistik PDRM telah diadakan pada setiap hari Rabu bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan sumber manusia, pengurusan dan pembekalan PDRM. Menurutnya ini bagi memastikan segala keperluan PDRM diberikan perhatian sewajarnya sejajar dengan penambahbaikan perkhidmatan PDRM. Sudah dimaklumkan "Sekiranya sesuatu permintaan itu tidak dapat dipenuhi, ia kelihatan seperti KDN campur tangan dalam pengurusan PDRM. "Walaubagaimanapun setiap permintaan dan perancangan PDRM seperti mana-mana jabatan kerajaan yang lain adalah tertakluk kepada dasar kerajaan, prosedur kewangan serta lain-lain peraturan yang berkaitan," katanya. Musa juga dilaporkan berkata kontraknya yang tidak dilanjutkan itu tidak diketahunya sehinggalah pengumuman dibuat. "Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya. Namun Mahmood hari ini menyangkalnya dan berkata beliau secara lisan telah memaklumkan kepada Musa bahawa kontraknya tidak akan dilanjutkan seminggu sebelum pengumuman itu dibuat dan pada pagi itu sebelum sidang media bermula. "Urusan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Pegawai Kanan Polis perlu melalui Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri." "Seterusnya dipertimbangkan untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong melalui syor Perdana Menteri," katanya. 'Tunggu saya jadi orang awam' Menurut Mahmood, secara kebetulan, kontrak Musa berakhir pada hujung minggu Hari Raya dan KDN mengumumkannya lebih awal. Sementara itu, Musa enggan mengulas apabila ditanya mengenai penafian KDN Ketika diminta mengulas cadangan pengarah strategi PKR Tian Chua supaya memfailkan laporan rasmi mengenai campur tangan pihak ketiga itu, Musa berkata beliau akan mempertimbangkan cadangan itu apabila menjadi orang awam secara rasminya pada 13 Sept ini. Tian Chua semalam memberitahu Malaysiakini adalah tidak bertanggungjawab bagi Musa mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang dilihat cuba membidas pihak tertentu dan melepaskan dirinya daripada beberapa isu. Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini selepas 41 tahun bersama pasukan PDRM itu. |
| Posted: 08 Sep 2010 11:41 PM PDT Kalau ikut kata akhbar penjilat depa la, Umno dah tak tahan lagi dengan sikap Ultra Melayu yang tidak tentu hala Ibrahim Ali dan Perkasa… maka Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama Umno, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum. Tindakan terbaru Umno secara tak langsung nak gambarkan Umno tu tak dak kaitan langsung dengan keceluparan Perkasa sekaligus menyebabkan Perkasa bertukar menjadi "anjing buruk kepala". Secara tak langsungnya Berahim and team dah dikambing hitamkan oleh Umno dan BN sebagai balasan... kahkahkah... Kalau tang Perkasa jadi kambing hitam tu aku memang percaya, kerja Umno BN memang lagu tu. Tapi aku macam tak mau percaya, Perkasa tu bukan budak suruhan Umno. Berahim Ali kena kerja keras kali ni bilamana Umno menerusi setiausahanya Tengku Adnan tetap menegaskan calon Umno akan tetap diletakkan di kerusi Parlimen Pasir Mas seperti biasa sekiranya ada pilihanraya dan tidak akan sesekali menyokong Berahim Ali jika beliau bertanding. Alahaaii, Berahim oii. BN pun tak lalu nak berkawan ngan hang, puak Pakatan hang jangan dok mimpi laa... kahkahkah.... |
| Guan Eng the Joker... kahkahkah... Posted: 08 Sep 2010 11:00 PM PDT CUKONG BN DAH MARAH... KAH... KAH... KAH... Susan Loone Sebuah patung bersaiz manusia yang memaparkan 'the Joker' daripada filem Hollywood The Dark Knight menghiasi pameran sebuah muzium mainan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang bagi melambangkan kerajaan negeri itu. Pemiliknya, Loh Leng Heng berkata jika kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal bertindak - berdasarkan konsep kompeten, akauntabiliti dan telus yang dijuarai mereka - CAT (competent, accountable and transparent), mereka akan bertukar menjadi'the Joker' - penjahat dalam filem keluaran 2008 itu. Loh berang kerana usahanya mencari sebidang tanah untuk memindahkan muziumnya yang didakwa menarik minat ribuan pengunjung setiap bulan tidak diendahkan. Katanya, muzium itu menempatkan 40,000 mainan yang dipamerkan manakala 30,000 lagi dalam simpanan kerana kekurangan ruang. Justeru, beliau memohon bantuan kerajaan negeri bagi mendapatkan tapak yang sesuai tetapi diberi layanan dingin. Layanan istimewa "Saya telah mohon untuk menyewa sebidang tanah di Botanical Gardens tetapi malangnya tanah itu telah diperuntukan untuk membina sebuah sekolah Tamil meskipun saya membuat permohonan terlebih dahulu," dakwanya. "Saya bukannya meminta layanan istimewa, saya hanya mahu menyewa ruang pada harga pasaran tetapi saya langsung tidak berjaya berjumpa sesiapapun pada peringkat kerajaan negeri yang hanya membenarkan orang kaya berjumpa mereka," dakwanya lagi. Loh juga berang kerana muziumnya yang didakwanya sebagai mempunyai barang mainan yang terbesar di dunia juga tidak disenaraikan di laman sesawang pelancongan negeri, peta dan risalah pelancongan sejak dua tahun yang lalu. Katanya kerajaan negeri mempunyai senarai 12 tempat popular untuk dilawati di Pulau Pinang tetapi kriteria yang digunakan adalah kurang jelas. Dakwanya, tempat terkenal seperti patung Budha dan Tokong Ular juga tidak termasuk dalam senarai itu. Kemarahannya memuncak apabila dia digagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan pengerusi jawatankuasa pembangunan pelancongan dan kebudayaan negeri, Danny Law untuk mendapatkan penjelasan. "Saya telah menulis 50 surat apabila masalah ini bermula tetapi tiada jawapan yang diberikan. Saya juga tidak berjaya berjumpa Law, meskipun telah ke pejabatnya berkali-kali untuk mendapatkan temu-janji," kata Loh yang menguruskan muziumnya itu untuk lebih lima tahun. Bercakap dalam nada yang marah, Loh berkata jika rungutan dan masalahnya itu tidak ditangani beliau akan mempamerkan partung-patung termasuk 'Terminator', bagi memaparkan semua tindakan negatif yang membabitkan kerajaan negeri. |
| Posted: 08 Sep 2010 09:11 PM PDT Senjata sulit Umno iaitu mempergunakan Perkasa bagi menumpulkan lidah pengacau pengacau ketenteraman Umno dalam BN telah dipergunakan dengan lancar dan jayanya. Lihat saja disini, MCA dan Gerakan telah ditekan bukan oleh Umno tapi oleh NGO yang telah diberi makan oleh Umno. Perkasa adalah Umno dan Umno adalah Perkasa. Malah ramai dari pimpinan Umno sendiri akui kebanyakan ahli Perkasa adalah jugak ahli Umno. Ekoran dari laporan polis yang dibuat oleh Perkasa, kini presiden MCA, Chua Soi Lek telah dipanggil ke balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan selama sejam lebih. So, lain lain pemimpin Cina ada berani ka mau lawan cakap sama Umno? MCA, Gerakan, MIC, PPP ada berani angkat muka ka sama lu olang punya tuan Umno? wakaka... Laporan polis PERKASA: Chua disoal Joseph Sipalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini dipanggil ke balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk diambil kenyataannya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Polis mengambil masa satu jam setengah untuk menyoalnya berhubung dakwaan PERKASA bahawa Chua mempersoalkan hak keistimewaan Melayu semasa ucapannya di Kongres Ekonomi Cina bulan lalu. Bercakap kepada media selepas keterangannya itu dirakamkan, Chua berkata sesalinan ucapannya juga telah diberikan kepada pihak polis. Beliau mempertahankan ucapannya yang didakwanya tidak bermotifkan perkauman dan hanya tertumpu kepada usaha liberalisasi ekonomi negara. "Apa yang saya katakan adalah yang baik untuk negara, khususnya ekonomi Malaysia...tiada motif yang tersembunyi," katanya. |
| KJ pun risau ngan Bik Mama... haha... Posted: 08 Sep 2010 08:57 PM PDT Khairy ulas persepsi 'negatif' Rosmah Jimadie Shah Othman Dalam politik, mungkin semua orang keberatan mengulas tentang tanggapan 'negatif' terhadap isteri perdana menteri Rosmah Mansor, tetapi mungkin tidak buat Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Ketika diminta mengulas khabar angin seputar Rosmah yang menjadi buah mulut dan bidasan banyak pihak, terutamanya oleh pembangkang, Khairy menjawab: "Macam inilah, kamu lihat, kalau kita tak boleh sampai pada sasaran (Najib), kita alihkan pada orang sekelilingnya, dengan isu yang lain." Dalam wawancara Malaysiakini di pejabatnya di Bukit Damansara baru-baru ini, Khairy menyeru orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu sumber sesuatu maklumat sebelum mempercayainya bulat-bulat. "Saya rasa, tidak adil untuk orang ramai buat sesuatu kesimpulan berdasarkan khabar angin. Saya rasa perkara ini sangat penting dalam kehidupan rakyat di Malaysia, dalam masyarakat hari ini," kata menantu kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu. Dalam wawancara lebih sejak itu, Khairy bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai topik berkenaan, termasuk pandangannya bagi membantu Rosmah (kanan) menangkis 'serangan' tersebut. "Saya beri jawapan umum sudahlah," katanya. Sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Abdullah, Rosmah sering menjadi mangsa perlecehan oleh pelbagai pihak, terutamanya pembangkang dan penulis blog |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














Tiada ulasan:
Catat Ulasan