Selasa, 7 September 2010

shalehudin

shalehudin


Enjin pesawat terhenti diudara

Posted: 07 Sep 2010 11:11 AM PDT

Enjin pesawat ringan yang terhempas dan mengorbankan seorang juruterbang pelatih hari ini, dikatakan terhenti di udara sebelum pesawat Liberty itu menjunam lalu terhempas.

Pesawat dua tempat duduk itu terhempas di kawasan ladang kelapa sawit Sri Pulai berhampiran Kampung Sri Gunung Pulai di sini kira-kira 9.20 pagi tadi dan mengorbankan juruterbang pelatihnya, Dione Wong Yong Chin, 19, dari Taman Rinting, Masai.

Pemeriksa penerbangan dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang turut berada di dalam pesawat tersebut, Kapten Zaini Ramli, 38, cedera parah.

Seorang rakan Mohd Miswan membawa Zaini dengan motosikal ke pos kawalan di pintu masuk ladang itu, kira-kira dua kilometer dari tempat kemalangan. Zaini kemudian dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini dengan kereta. Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Baharu.

Beliau dikatakan mengalami kebakaran kira-kira 70 peratus badan tetapi keadaan beliau stabil dan boleh bercakap.

Ketua Polis Daerah Kualijaya, Supt Zulkefly Yahya, berkata pesawat milik Akademi Penerbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFA) itu dilaporkan berlepas dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail di Senai, kira-kira 10 kilometer dari tempat kemalangan, pada 8.58 pagi.- Bernama

Khairy cari sakit

Posted: 07 Sep 2010 08:53 AM PDT

Khairy dilihat sedang sakit sekarang ni dan tengah pulak mencari penyakit. Dia sedang sakit dengan cara dia dilayan didalam Umno walaupun dia sebagai pemimpin sayap kanan Umno dan jugak sedang mencari penyakit dengan mengacau Perkasa anak didik Mahathir.

Kadang kadang tu menyemak jugak baca sandiwara puak puak ni, tapi ingat ingat balik bagus jugak bila mereka mereka ni berlawan sesama mereka. Biar ahli Umno sendiri menilai, dimana tahap pemikiran pemimpin pemimpin yang mereka dok sanjung sangat tuh.... haha...


********************************

KJ: PERKASA punca BN hilang undi

Ketika pengaruh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat menggelisahkan beberapa pemimpin Umno, Ketua Pemuda Umno pula melihatnya seolah-olah tidak akan menyinggung langsung sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

"Saya tidak menipu, saya rasa banyak ahli PERKASA sebenarnya ahli Umno. Jadi, secara impiralnya, mereka ini tidak menambahkan sokongan pada Umno.

"Itu sebabnya saya saya ambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli PERKSA, apa yang kamu boleh dapat daripada PERKASA? Tak banyak," kata Khairy (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau.

"Mereka tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan berikan undi pada Umno juga. Jadi kesan politik PERKASA kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu."

Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Khairy bagaimanapun berkata sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan PERKASA sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.

"Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan PERKSA, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (PERKASA) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya," jelasnya.

Justeru, ekoran senario ini, kenapa Umno tidak mengambil pendirian lebih tegas terhadap pertubuhan pro hak-hak bumiputera itu?

"Soalan yang bagus. Saya tidak tahu. Saya rasa patut," katanya sambil mengambil masa untuk menjawab serta ketawa kecil.

Sehubungan itu, Khairy berkata, adalah penting untuk Umno menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka berbeza sama sekali dengan PERKASA.

"Saya tahu apa PM fikir tentang mereka ini. Tetapi terpulang pada beliaulah untuk memberitahu rakyat apa yang beliau rasa," katanya yang nampak keberatan mengulas lanjut.

Ditanya sama ada Umno akan terus relevan di kalangan Melayu, Khairy terus mempertahankan bahawa parti berusian 64 tahun itu akan terus ada dalam lanskap politik Malaysia.

"Kami akan sentiasa lebih besar daripada PERKASA," katanya sambil menyamakan Umno umpama sebuah khemah yang besar.

Patut Umno jadi tak siuman

Posted: 07 Sep 2010 06:45 AM PDT

Mengikut laporan Bernama, Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membebaskan Rashidi Ismail, 34, kerana didapati tidak bersalah membunuh anggota keluarganya pada Januari lalu atas alasan dia tidak siuman.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nafsy Yasin mengarahkan Rashidi ditahan di Penjara Kajang sehingga diperkenan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika menjatuhkan keputusan, Ahmad Nafsy berkata tindakan Rashidi membunuh datuk, nenek, bapa dan adik perempuannya tidak konsisten dengan orang yang waras dan ini disokong oleh keterangan Pakar Perunding Forensik Psikiatri dari Hospital Permai, Dr Badi'ah Yahya.

Rashidi didapati menghidap penyakit "skizofrenia" selama dua tahun dan tidak pernah mendapat sebarang rawatan sebelum kejadian pembunuhan ahli keluarganya pada 5 Jan lalu, katanya.

"Doktor pakar membuat rumusan bahawa ketika kejadian pembunuhan itu, tertuduh berada dalam keadaan tidak siuman serta berpegang teguh kepada arahan yang dikeluarkan oleh halinusasinya," kata Ahmad Nafsy.

Perghhh... baru aku tau pasai apa semenjak dua menjak ni Umno nampak sangat tak siumannya...

Dah agak dah, Umno memang korup

Posted: 06 Sep 2010 06:00 PM PDT

Aku dah agak dah, sejak awal awal isu "Tazkirah Teo" ni hangat diperkatakan lagi aku sudah jangkakan Umno sengaja mempermainkan perkataan Tazkirah keatas AP dari DAP ni, Teo Nie Ching.

Umno sengaja menekankan perkataan Tazkirah bagi membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap jawatankuasa surau Al-Huda tersebut. Umno jugak dengan sengaja meletakkan perkataan Tazkirah terhadap ucapan Teo dalam Utusan penjilat Umno ni dengan hasrat mengejek apa yang telah dibuat oleh pendokong Pas kawasan tersebut.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan "tazkirah" ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu. Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa Piem Umno itu memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo (gambar) tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama.

Zam zam, alla kazamm... wakaka...

Posted: 06 Sep 2010 03:00 PM PDT

PAS ambil tindakan undang-undang terhadap Zam

KUALA LUMPUR, 6 Sept – PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin ekoran keengganan beliau memohon maaf, sebaliknya semalam mempertahankan kenyataan bahawa parti Islam itu pernah meminta kepimpinan negara merampas harta orang Cina.

"Kami akan mengambil tindakan undang-undang, kami sudah mengarahkan peguam kami mengambil tindakan sewajarnya... meneliti perkara-perkara yang perlu," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika dihubungi hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Zainuddin yang turut dikenali sebagai "Zam" menegaskan, kenyataan beliau bahawa pemimpin PAS telah meminta Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merampas harta orang-orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, bukan sesuatu yang baru.

"Ini bukanlah suatu kenyataan baru tetapi telah diberitahu oleh Tunku dalam pertemuan eksklusif saya dan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Osman Abadi, dengannya lebih 40 tahun dahulu," katanya ketika mengulas laporan polis terhadap beliau berhubung kenyataannya itu.

Zainuddin turut menunjukkan gambar temu bual beliau dengan Tunku kepada pemberita di kediamannya di sini.

Ketika itu, Zainuddin merupakan wartawan di Utusan Melayu.

Dalam pada itu penasihat undang-undang PAS Mohamed Hanipa Maiden berkata, PAS akan menghantar surat kepada Zainudin bagi meminta bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya terhadap parti tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Guaman PAS memberitahu, jika Zainuddin tidak berbuat demikian, PAS akan memfailkan saman selepas Aidilfitri.

"Saman ini akan difailkan atas nama Setiausaha Agung PAS," kata Hanipa lagi.

"PAS, minggu lalu, mengeluarkan kenyataan meminta Zainuddin meminta maaf tetapi sehingga kini beliau enggan memohon maaf, kami tiada pilihan selain mengambil tindakan ke atas beliau," katanya.

"Semalam Zainuddin mengeluarkan kenyataan mempertahankan apa yang diperkatakan, PAS merasakan ia satu fitnah, pembohongan dan menjejaskan imej PAS," katanya.

Hanipa memberitahu, surat tuntutan akan dihantar untuk meminta Zainuddin memohon maaf dan menarik balik kenyataan serta membayar ganti rugi.

"Kami juga akan memohon injunksi melarang Zainuddin daripada mengeluarkan kenyataan seperti ini pada masa depan," katanya lagi.

Selain Zainuddin, kata Hanipa, beberapa akhbar yang menyiarkan kenyataannya akan dinamakan sebagai defendan dalam kes ini.

Beberapa laporan polis telah dibuat oleh PAS di seluruh negara bagi membantah kenyataan Zainuddin itu.

Menurut Hanipa, kenyataan Zainuddin itu adalah fitnah yang sangat jahat dan tidak bertanggungjawab terhadap PAS tambahan pula ia dibuat ketika bulan Ramadan.

Beliau juga mendapati kenyataan itu memutarbelitkan fakta sejarah.

Berapa tanggungan Najib

Posted: 06 Sep 2010 07:30 AM PDT

INI BAYARAN ZAKAT FITRAH BAGI DIRI KU DAN TANGGUNGAN KU... Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membaca lafaz zakat fitrah sambil berjabat tangan sebagai tanda akad bagi menunaikan kewajipan itu kepada Amil Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur, Ahmad Husni Abdul Rahman di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. Turut sama ialah kakitangan pejabat Perdana Menteri yang menunggu giliran untuk membayar zakat fitrah masing-masing. - Foto BERNAMA

SS Harussani tau ka cerita ni?

Posted: 06 Sep 2010 02:00 AM PDT

Sudah 3 tahun sewa rumah dijadikan surau

Johari Jaafar

IPOH, 5 Sept: Sudah tiga tahun penghuni di Taman Klebang Prima, Chemor merintih sedih apabila mengenangkan surau sementara yang sempit dan tidak cukup selesa dijadikan surau berjamaah.

Surau sementara iaitu Surau Al Makruf menggunakan rumah sewa yang kecil dengan kadar sewa RM200 sebulan dan disambungkan dengan kanopi dan dibalut dengan plastik, itulah keadaan surau sementara di sini.

Di sini mereka bertarawih dan mendengar tazkirah Ramadhan dengan bersesak sesak dan suasana tidak selesa ini terpaksa dihadapi jemaah di surau senentara ini sudah tiga tahun.

(Gambar kanan: Sebahagian ruang luar surau sementara.)

"Penduduk di sini dianggarkan 2,500, 90 peratus Melayu Islam, tetapi beginilah surau sementara ini, jemaah ini merasa tidak cukup selesa dengan surau yang sempit, mereka mahu sebuah sebuah bangunan

"Penduduk di sini memerlukan sebuah surau yang baru yang boleh menampung jemaaah mendirikan solat terutama di bulan ramadhan," ujar pengerusi surau sementara, Surau Al-Makruf, Mohamad Ayob Saad.

Menurut beliau lakasi tapak pembinaan surau baru telahpun dikenalpasti iaitu di lot PT 199628 di Taman Medan Klebang Pima, Chemor dengan keluasan 1364 meter persegi dan anggaran pembinaan surau itu kira kira RM300,000.

"Adun Manjoi, Datuk Nazri Ismail sendiri telah melawat tapak surau baru tersebut pada 11 November 2009 dan beliau sendiri dalam suratnya kepada Pengarah Pembangunan Negeri bertarikhn 28 Disember 2009 menyokong penuh permohonan untuk membina surau di sini," jelasnya.

Menurut timbalan pengerusi surau tersebut, Mohd Ahmad Fuad Zakaria, Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Husni Hanazlah, ketika merasmikan mesyuarat Umno cawangan Klebang Prima menyebut peruntukan RM250,000 untuk pembinaan surau di sini.

Apa yang menyedihkan penduduk di sini khasnya jemaah surau, kata Mohamad Ayob bila menerima surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak yang memaklumkan permohonan bagi membina surau baru di Taman Medan Klebang Prima tidak dapat dipertimbangkan kerana peruntukan yang disediakan bagi projek tersebut pada tahun 2010 adalah terhad, tumpuan hanya diberi kepada projek projek yang mendesak sahaja.
(Gambar kiri: Mohamad Ayob bersama Faizal di depan surau sementara.)

"Sedih hati kami di sini bila peruntukan pembinaan surau baru tidak dapat dipertimbangkan sedangkan kami mendapat maklumat terdapat beberapa surau yang sedia ada di sekitar ini mendapat bantuan peruntukan tetapi kami di sini tiada ada surau, cuma surau senentara sahaja kenapa surau ini tidak diberikan peruntukan untuk membina surau baru.

"Apakah permohonan kami untuk membina surau baru tidak mendesak sedangkan surau yang sudah sedia itu itu lebih mendesak untuk diberikan bantuan, sedangkan surau inilah yang kian tersedsak kerana sudah tiga tahun berjamaah di sini menunaikan solat di surau sementara yang cukup tidak selesa," ujarnya.

Menurut Mohamad Ayob ada `tangan-tangan ghaib' yang menghalang peruntukan itu diberikan kerana permohonan pembinaan surau itu dikatakan tidak melalui Umno cawangan di sini.

Sehubungan itu, beliau berharap para dermawan dan mereka yang bersimpati dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan surau baru di kawasan itu dapat dibina dan menjadi kenyataan.

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akuan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) , nombor akuan 08013010075546 atas nama Surau Al-Makruf Medan Klebang Prima.

Rakyat Malaysia Juga Tidak Takut Mati

Posted: 05 Sep 2010 09:00 PM PDT

Ganyang Malaysia - Rakyat Malaysia Juga Tidak Takut Mati

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJAUH mana seriusnya kumpulan BENDERA di Indonesia untuk `mengganyang' Malaysia? Memang kita sedia maklum bukan majoriti rakyat Indon yang bersetuju dengan pendekatan bodoh dan gila kumpulan tersebut. Apatah lagi bagi warga Indon yang melambak bertaburan di negara kita ini untuk mencari rezeki yang halal termasuk juga yang tidak halal tentunya tidak bersetuju dengan cara kumpulan tersebut. Boleh baca di sini.

Paling menyakitkan hati kita apabila mereka sanggup mengadakan sekatan dalam operasi untuk mencari rakyat Malaysia yang berada di negara mereka. Kita tidak tahu sekiranya mereka menjumpai rakyat Malaysia di sana apakah yang ingin mereka lakukan. Adakah mereka ingin melakukan sesuatu sehingga ke tahap membunuh? Jika ini mereka lakukan, mereka telah melakukan kesilapan besar.

Bayangkan jika kita rakyat Malaysia melatah dan terikut dengan kumpulan bodoh BENDERA itu. Tentunya dengan senang kita menjumpai muka-muka Indon di merata-rata ceruk bandar dan desa di negara ini. Tidak perlu susah payah kita lakukan `road block', kita pasti dengan mudah menjumpai mereka di sektor-sektor perkilangan, ladang-ladang dan juga di tapak-tapak pembinaan. Bahkan, di mana-mana Pasar Malam pun kita boleh terjumpa muka Indon ini. Mungkin di antara kita juga menyimpan Indon dalam rumah kita sebagai Pembantu Rumah.

Kurang ajar...GOBLOK !!

Provokasi oleh kumpulan tidak terpelajar seperti mereka itu menyusahkan kerajaan mereka sendiri. Saya tidak mahu tahu mengapa mereka begitu marah kepada Kerajaan Malaysia kerana ramai juga rakyat Malaysia yang bengang dengan pemerintah sekarang. Tetapi, tindakan mereka itu seperti tindakan tidak bertamaddun sehingga mahu menghancurkan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.

Sewajarnya kerajaan memandang serius ancaman kumpulan ini walaupun dikatakan jumlah mereka terlalu sedikit. Tetapi demi moral dan maruah (jika negara kita masih punyai maruah), kerajaan haruslah bertindak mulai sekarang meredakan keadaan. Rakyat Malaysia waktu ini hanya sekadar memerhatikan sahaja sejauh mana kumpulan samseng ini mahu bertindak. Harus mereka ingat, rakyat Malaysia juga tidak takut mati jika negara tercinta ini terancam./wfauzdin.blogspot.com

Wajib baca: Indon yang kurang ajar?

Posted: 05 Sep 2010 07:00 PM PDT

Cara-Cara Mengajar Indon Yang Kurang Ajar !! (WAJIB BACA!!!)

Oleh: edyesdotcom

"Pestabola Merdeka edisi 2007 mengimbau sebuah peristiwa yang sukar untuk dilupakan. Stadium Shah Alam menjadi saksi keberanian ratusan penyokong Malaysia yang berhadapan dengan belasan ribu penyokong Indonesia. Walaupun perlawanan ini berlangsung di Stadium Shah Alam Malaysia, tetapi jangan dihairankan mengapa stadium ini tidak dipenuhi oleh penyokong Malaysia tetapi telah dipenuhi oleh penyokong fanatik Indonesia seantero lembah klang.

Semangat kenegaraan yang kuat rakyat Indonesia berjaya mengundang lebih sepuluh ribu penyokongnya membanjiri stadium sejak dari awal petang membawa ke perlawanan sebelah malam, iaitu pertemuan di antara Malaysia menentang Indonesia peringkat kumpulan di kejohanan Pestabola Merdeka. Gegak gempita indon-indon yang hadir di Stadium Shah Alam pada malam itu saling tidak tumpah umpama perlawanan itu berlangsung di Istora Gelora Bung Karno di Jakarta.

Di manakah kelibat penyokong Malaysia ketika itu? Hanya satu kelompok di tengah-tengah stadium sahaja dengan bilangan yang tidak sampai seribu. Saya berani katakan itulah seribu penyokong gagah berani yang sanggup hadir ke stadium walaupun mengetahui mereka bakal ditenggelami oleh penyokong Indon - yang kurang ajar !

Antara faktor utama betapa sedikitnya penyokong skuad kebangsaan ketika itu adalah kerana pasukan senior Malaysia baru sahaja dimalukan dengan menjadi satu-satunya pasukan tuan rumah yang menjadi pasukan belasahan dalam Kejohanan Piala Asia, sebulan sebelum kejohanan Pestabola Merdeka bermula. Pada Piala Asia, Malaysia telah tewas 5-1 kepada Republik Rakyat China, 3-0 kepada Iran dan dibelasah '5-0' oleh pasukan Uzbezkistan sempena '50' Merdeka. Oleh faktor ini, penyokong tegar pasukan kebangsaan tidak turun ke stadium sebagai simbol protes, sesungguhnya penyokong yang kecewa itu tidak harus dipersalahkan.

Berbalik kepada 'malam Istora Senayan' di Shah Alam, sepak mula perlawanan antara Malaysia dan Indonesia berlangsung. Indonesia menjaringkan gol pendahuluan, saya tidak ingat minit ke berapa tetapi ia dijaringkan pada separuh masa pertama. Penyokong Indonesia menjadi gila secara serta merta, sudahlah mereka kurang ajar, menjadi gila pula mengalahkan penyokong Kelantan.

Namun penyokong Malaysia masih 'steady' menghadapi cemuhan yang tidak diundang. Tiada provokasi dari kem penyokong Malaysia melainkan penyokong Indonesia telah mula melempar botol ke arah penyokong Malaysia sebaik sahaja wisel rehat separuh masa berbunyi. Seorang penyokong Malaysia dengan berani bangkit memanjat besi, memekik rasa marah yang terpendam kerana botol tersebut hampir menyinggahi kepalanya. Saya yang berada beberapa langkah dari 'brader' tersebut menganggap tindakkan memarahi penyokong indon yang gila dan kurang ajar sebagai tidak munahsabah memandangkan jumlah skala penyokong adalah seperti satu nisbar dua puluh.

'Brader' dari kem Malaysia tersebut masih melaungkan amarahnya dan kelihatan ribuan penyokong indon datang merapat. Keadaan saya tidak begitu bebas memandangkan saya bersama dua orang anak buah yang masih bersekolah di sisi saya. Melindungi kedua-dua anak buah adalah objektif utama daripada bertempur dengan penyokong indon sekiranya perlu.

Antara sedar, tiba-tiba beberapa orang penyokong indon yang berjaya menyusup di celah-celah penyokong Malaysia sudah berada di hadapan 'brader' itu, lagaknya samseng yang ingin mula memukul. Ketika itu juga lebih ramai penyokong indon menghampiri dan dapat dilihat di penjuru kiri dan kanan stadium, lebih ramai penyokong indon memulakan langkah ke tengah stadium di mana terletaknya sekelompok penyokong Malaysia. Debaran kencang, saya sangka semua penyokong Malaysia akan mula berundur ke aras lebih tinggi bagi menyelamatkan diri. Tetapi sangkaan jauh meleset!

Penyokong Malaysia yang sekelompok bilangannya itu menyerbu ke arah 'brader' bagi menghalang indon kurang ajar yang ingin memulakan pergaduhan itu. Debuk debik pun bermula. Indon bermuka huduh dan kurang ajar itu berundur diikuti kemaraan penyokong indon lain yang tersekat apabila melihat keberanian penyokong Malaysia mengasak dalam perimeter kecil bagi melindungi penyokong senegara. Sesiapa di antara anda yang berada di stadium malam itu pasti tidak akan melupakan aksi berani penyokong Malaysia terhadap indon yang kurang ajar.

Lontar-melontar berlaku sambung menyambung. Kemaraan penyokong indon berjaya dihentikan. Tiba-tiba sebuah pangkin kerusi yang telah dicabut melayang ke arah indon yang berada di bawah menyebabkan ada di antara mereka yang berdarah di kepala. Mereka layak dilayan sedemikian ketika itu. Aksi tersebut juga menyebabkan segelintir indon lari menjauhi kem Malaysia. Saya fikir indon yang huduh dan kurang hajar ini sangat berani walaupun berada di negara orang, sangkaan saya meleset sekali lagi. Mereka tidak ubah seperti anjing yang lari terhencot apabila batu dibaling, walaupun jumlah mereka melebihi sepuluh kali ganda berbanding kem Malaysia, rupa-rupanya mereka adalah pengecut! dan juga bacul kerana hanya berani ketika bilangan mereka ramai!

Kesimpulannya, Indonesia yang serba kurang hajar itu boleh diajar secukupnya oleh rakyat Malaysia. Dengan muka huduh setiap pemudanya, dengan muka cantik setiap pelacur di kepulauan Batam dan Tanjung Balai, kita boleh mengajar setiap warga indon di bumi Malaysia dan juga bumi Indonesia. Tidaklah saya peduli walau secantik mana pun Cut Tari, Indonesia harus diajar !

Pertama, semua warga rakyat Malaysia harus membatalkan percutian ke Bali mahupun Bandung, asal ianya berbunyi indon, sila batalkan serta merta kerana tiada gunanya menyabung nyawa. Saya percaya ini sudah mula dilakukan oleh rakyat Malaysia. Seraya itu, industri pelancongan indon akan lumpuh separuhnya kerana warga Malaysia kerap bercuti di sana memandangkan faktor budaya dan linguastik yang hampir sama, cuma bezanya ialah indon itu kurang ajar bangsanya.

Kedua, kepada orang-orang kampung, sila laporkan kepada penguatkuasa imigresen serta merta apabila melihat kelibat indon di kampung masing-masing. Kerana daripada setiap dua orang indon, satu setengah daripadanya adalah pendatang asing tanpa izin yang mencari rezeki tidak halal di negara ini yang mereka pijak benderanya. Begitu juga orang-orang bandar yang lebih senang diwakili oleh petugas RELA, sila berkas semua rumah kongsi yang terdapat di serata bandar. Biar bangunan tidak siap, asalkan maruah negara tidak dicela dan lebih memedihkan apabila mereka cuba menyakiti rakyat Malaysia di Indonesia!!

Ketiga, kerahkan semua pasukan petugas RELA dan badan bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja membanteras PATI. Berikan elaun khas untuk setiap kepala indon busuk yang ditangkap.

Keempat, tutup pasar karat Chow Kit serta merta dan tutup semua penempatan indon di Kuala Lumpur. Halau mereka daripada melakukan perniagaan di tapak yang telah di'ali baba'kan. Tutup kawasan perniagaan tersebut, kerana ia sedikitpun tidak merugikan rakyat Malaysia, tetapi merugikan indon yang kurang ajar.

Kelima, hantar segera PATI Indonesia yang makan-minum percuma di setiap kem tahanan. Mengapa perlu ditanggung penyangak hidup yang tak boleh diajar ini.

Lakukan semua perkara di atas secara berterusan sehingga setiap wilayah Indonesia memohon maaf secara terbuka ke atas semua warga Malaysia.

Kita wajar bangkit apabila kedaulatan negara dicemar. Walaupun rakyat tidak mengantung bendera ketika sambutan merdeka, itu bukan bermakna kita harus berdiam diri apabila bendera kita di bakar dan rakyat kita diasak hebat di negara Indonesia!

Namun begitu, perlu di ingat bahawa ini juga bukan bermakna kita harus bersatu di bawah payung UMNO yang menjadi tunjang kerajaan, kerana Kerajaan Malaysia juga sedikit sebanyak menjadi punca terhadap kebiadapan indon-indon huduh di seberang sana.

Kita harus bersatu tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. Sepertimana mukadimah panjang yang menceritakan betapa beraninya penyokong Malaysia menghadapi keganasan penyokong indon yang rupa-rupanya si bacul, kita wajar mengajar setiap indon itu supaya menghormati bangsa dan negara lain.

Kepada si capik indon yang berani mengatakan "Jadikan Malaysia wilayah ke-34 Indonesia", maka saya katakan kamu indon-indon yang beratus juta jumlahnya itu tidak sedikitpun menimbulkan gentar di kalangan setiap rakyat Malaysia. Kerana sesungguhnya kamu indon, banyak menumpang kekayaan Malaysia dalam setiap rupiah yang dihantar pulang, sesuap nasi yang dijamah itu datangnya dari Malaysia.

Impian Indonesia Raya, akan dikenang sebagai impian yang tidak mungkin tercapai gara-gara rupa dan perangai indon yang huduh!

Alahai, senatak Ezam oii...

Posted: 05 Sep 2010 05:00 PM PDT

Lagi Cerita Tentang Senatak Ezam Kaki Songlap

Wang 1 juta dikatakan buat bayar percetakan poster Anwar Ibrahim, tapi mengikut Sdr Lokman Adam, dia dapati bayaran untuk percetakan itu hanya rm110,000 ribu, jadi bakinya sebanyak rm890,000 ribu lagi kemana perginya. Mungkin Ezam Md.Noor boleh jawab.

Wang 1 juta itu diterima daripada Rahman Adnan setelah melalui saat-saat cemas yang mana wang itu dibawa masuk melalui johor dari singpore, itulah serba sedikit pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam terhadap Sdr Ezam Md.Noor.

Sdr Lokman Adam sekarang ini adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, manakala Ezam Md.Noor pula adalah Senator "Boy" yang lantik oleh Perdana Menteri. Jadi apabila di belek sejarah lalu, diantara Sdr Lokman Adam dan Ezam Md.Noor, siapakah lebih jujur.

Banyak lagi cerita-cerita menarik pasal Ezam Md.Noor yang telah dicerita oleh Sdr. Lokman Adam. Sebagai seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah perlu seluruh ahli Pemuda UMNO mendengar pendedahan yang telah dicerita oleh beliau terhadap Ezam Md.Noor.

Jika perlu, buku pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam akan saya edarkan sebagai bahan bacaan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Hilang akal saja yang masuk Umno... kahkah...

Posted: 05 Sep 2010 03:00 PM PDT

PAS Larut nafi laporan 756 ahli keluar parti

PAS Kawasan Larut menuduh Umno berbohong apabila mendakwa 756 ahli PAS di DUN Kubu Gajah, keluar parti beramai-ramai menyertai Umno.

Yang dipertuanya, Dr Mohd Dhari Othman berkata ia merupaan satu lagi pembohongan, bertujuan meredakan kerisauan Umno bahagian Larut yang berdepan dengan kemerosotan sokongan pengundi di situ.

Satu berita yang disiarkan dalam Utusan Online pada 4 September kelmarin melaporkan 756 ahli PAS cawangan Kampung Bagan Baru dalam DUN Kubu Gajah, telah keluar beramai-ramai kerana tidak yakin lagi kepada parti itu.

"Saya menyangkal sama sekali dakwaan ini," kata Dr Mohd Dhari dalam satu kenyataan hari ini.

"Tidak ada tindakan keluar beramai-ramai ahli PAS di DUN Kubu Gajah ini. Mat Arop Samad bukan timbalan ketua cawangan Bagan Baru. Malah tidak pun wujud Cawangan PAS Bagan Baru," tegasnya.

Dr Mohd Dhari berkata, dakwaan itu sengaja diada-adakan oleh Umno, khususnya ADUN Kubu Gajah, Raja Datuk Ahmad Zainuddin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abd. Kadir.

Katanya, Mat Arop adalah salah seorang daripada kira-kira 30 orang yang keluar Umno Cawangan Bagan Baru - yang menjadi kubu kuat Umno di DUN Kubu Gajah - setelah BN gagal membentuk kerajaan negeri di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Dr Mohd Dhari mendakwa, bekas ahli-ahli Umno ini telah memohon untuk menjadi ahli PAS.

Malah katanya, dakwaan Mat Arop bahawa dia telah menjadi ahli PASs selama 22 tahun juga satu pembohongan.

"Mat Arop baru saja menjadi ahli PAS, tidak sampai dua tahun. Dia adalah ahli Umno selama 32 tahun dan mungkin ketua cawangan Umno Kampung Bagan Baru selama 22 tahun.

"PAS Larut mengalu-alukan tindakan Mat Arop keluar PAS kerana dia memang seorang ahli yang bermasalah di Larut

"Ahli-ahli Umno yang keluar masuk parti kerana mencari keuntungan diri sendiri sememangnya tidak diperlukan oleh PAS.

"Walau bagaimanapun, PAS Larut sedang berusaha untuk menubuhkan cawangan Bagan Baru dalam masa yang terdekat," tambah Dr Mohd Dhari.

Bekas isteri penyanyi Nash hilang bersama pemandu, peguam

Posted: 05 Sep 2010 12:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Ahli perniagaan Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama tiga individu yang lain, demikian menurut polis hari ini.

Dua daripada tiga yang dipercayai hilang bersama beliau dikatakan pemandu dan peguamnya.

Beberapa blog hiburan melaporkan Sosiliwati dikatakan memaklumkan keluarganya mahu menghadiri perbincangan mengenai urusan perniagaan di Banting.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi The Malaysian Insider malam ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kehilangan mereka.

"Kami ada menerima laporan yang Datuk Sosilawati tidak ditemui sejak 30 Ogos, bersama beliau ada tiga orang lagi... kami sedang menyiasat sebagai orang yang hilang, itu sahaja yang saya boleh cakap buat masa sekarang," kata beliau.

Anaknya dikatakan membuat dua laporan polis mengenai kehilangan Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik yang beroperasi di ibu negara.

Sosilawati yang juga bekas isteri kepada penyanyi terkenal Nash dikatakan memaklumkan keluarganya akan keluar selama tiga hari.

Bagaimanapun selepas gagal dihubungi anak dan ahli keluarga yang lain mereka membuat laporan polis.

Sosilawati, 46, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, dan Nash, 50, berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, dan bercerai talak satu di depan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

Tiada ulasan: