Senyum Tangis Sendu |
| Utusan dan UMNO Mempolitikkan Kes Pembunuhan Sosilawati Posted: 18 Sep 2010 01:18 AM PDT Desakan Ketua Penerangan Umno Selangor supaya polis mengambil tindakan ke atas portal berita TV Selangor milik kerajaan negeri timbul daripada sikap negatif dan kebencian terhadap Pakatan Rakyat sehingga mahu menyekat dan mengekang usaha media membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata beliau kesal sikap yang ditunjukkan oleh Abdul Shukor Idrus kerana dilihat menghalang usaha murni TV Selangor membuka ruang diskusi berhubung bukan sahaja berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau tetapi juga mengenai masalah jenayah berat yang semakin membimbangkan masyarakat. "Ketika saya ditemubual oleh TV Selangor apa yang saya katakan selari dengan komen Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar iaitu sekiranya pihak polis sedari awal lagi telah menyiasat beberapa kes yang berhubungkait dengan peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati sudah tentunya beliau tidak dibunuh. Apa yang saya persoalkan sama seperti apa yang dikatakan Tan Sri Ismail. "Media hanya timbulkan persoalan samada ada 'cover up' atau wujud elemen rasuah mengapa kes-kes terdahulu tidak disiasat secara mendalam dan terperinci walhal laporan polis adalah terhadap suspek yang sama yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Sosilawati," tegas Shamsul ketika dihubungi Suara Keadilan. Beliau berkata pemimpim Umno dan media milik parti itu, Utusan Malaysia seolah-olah ingin mempolitikkan kes pembunuhan usahawan wanita tersebut dan bukan megambil peranan pro-aktif sebagaimana TV Selangor untuk mereda atau menurunkan kadar jenayah. Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeru Kuang mendesak TV Selangor disiasat kerana didakwa menyiarkan laporan mempersoalkan kewibawaan pihak polis berhubung siasatan terhadap suspek utama pembunuhan Sosilawati. Beliau mendakwa kenyataan Shamsul yang disiarkan portal berita itu telah menjejaskan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta mengganggu prosespenyiasatan. Sehubungan itu laporan akhbar yang sama pada 16 September juga memetik kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang bercadang memanggil Shamsul berhubung komen beliau yang disarkan TV Selangor. Namun Shamsul berkata pihaknya sedang menimbangkan untuk menyaman Khgalid kerana kenyataan beliau telah mencalar kredibililitinya sebagai Ketua AMK dan seorang peguam. |
| Pembunuhan Sosilawati Hasil Fahaman Sekular UMNO/BN Posted: 17 Sep 2010 05:32 PM PDT Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pimpinan negara khususnya Perdana Menteri supaya tidak hanya meletakkan tanggungjawab kepada imam dan lebai sahaja untuk memperingatkan rakyat berhubung isu pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. "Sayang sekali apabila tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT ini hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. Seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya. "Masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman di dalam sukatan pengajiannya. Apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman. Natijahnya, terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini," jelas Menteri Besar. Mengulas pembunuhan tragis itu, beliau berkata tidak ada sesiapa pun boleh menerima perbuatan seorang manusia membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. "Pihak pimpinan negara sepatutnya menjalankan tugas menghebahkan peringatan agar rakyat bertaqwa dan gerun dengan azab kubur dan siksa api neraka. "Tanpa peringatan seperti ini, tidak ada penghalang yang boleh mendinding manusia daripada melakukan jenayah dan hasilnya, kita mendengar kes-kes pembunuhan kejam berlaku sepanjang masa tanpa mengira bangsa dan agama," tegas Nik Abdul Aziz. Katanya lagi, Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak ada rasa malu dan aib di hati pembunuh. Tambah beliau, sepatutnya, perasaan malu dan aib inilah yang merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara yang mendatangkan mudarat samada kepada diri sendiri atau orang lain. Jelasnya, Rasulullah SAW sebagai Perdana Menteri pertama negara Islam Madinah sentiasa mengulang sebut peringatan agar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT di dalam setiap ucapannya kepada rakyat. Iman selaku kembar siam kepada Islam adalah penghalang yang paling teguh daripada melakukan jenayah. Oleh kerana pemimpin negara ini adalah orang Islam, justeru individu yang sangat perlu dicontohi ketika memimpin ialah Rasulullah SAW. Nik Abdul Aziz mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. "Saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia menyambut Hari Raya Eidulfitri," ujarnya. Pada masa yang sama beliau melahirkan keyakinan jika perkara ini dititikberatkan oleh kepimpinan negara akan berputik rasa gerun dan takut kepada Allah SWT di hati rakyat. "Bukan gerun dan takut kepada undang-undang yang dibuat oleh manusia sahaja. Keberkatan dan pencegahan yang datangnya daripada Allah SWT inilah yang akan menjamin kesejahteraan manusia tidak mengira agama apa yang dianuti," tegasnya lagi. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan