Isnin, 13 September 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


[Edisi Mesti Baca] Pengalaman menyambut Aidilfitri di P.Pinang menurut bekas s/u Menteri di Jabatan PM.

Posted: 13 Sep 2010 10:47 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sebelum anda meneruskan pembacaan, ada baiknya anda mengenali siapakah insan yang bernama 'Syed Imran' ini..selain bekas wartawan stesen BERNAMA (1971-1998) dan bekas s/u Menteri di Jabatan PM, beliau juga merupakan...

"Mengenai sokongan kepada parti politik, saya lebih berkecuali kerana kini saya tidak menganggotai mana-mana parti politik mahupun memberi sokongan. Saya akui pernah menganggotai Umno dan pernah dipilih ketua pemuda cawangan, ketua penerangan cawangan, ajk pemuda bahagian dan ajk biro peringkat bahagian. Semuanya di bahagian Jelutong zaman Datuk Seri Yusof Latif."
Ikuti kisah dan pengalaman seorang bekas penyokong malah pemimpin kuat Umno bahagian, yang kini bersara dari arena politik, menyambut perayaan Aidilfitri di Pulau Pinang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat diketui oleh Ketua Menterinya YB Lim Guan Eng...

Yang nyata, kisah ini sekaligus menolak dakyah sempit penyokong parti perkauman Umno serta medianya, yg menggambarkan seolah2 segala budaya, kampung, dan hak orang Melayu sudah hilang dan tergadai di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat...ikuti kisah menarik berikut...


Suasana Aidil Fitri di Pulau Pinang



Saya tidak pernah tidak pulang ke kampung di Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang untuk berhari raya bersama-sama keluarga dan saya dapat merasai dan melihat suasana orang Tanjong berhari raya.

Masih ada rumah orang Melayu Tanjong yang dihiasi dengan bintang yang diperbuat daripada buluh dan kertas berwarna warni serta bermandikan cahaya lampu pada waktu malam. Hiasan bintang bercahaya itu adalah sesuatu yang unik di Pulau Pinang sebelum penggunaan lampu berkelip-kelip ala-krismas. Namun demikian, hiasan bintang berkenaan semakin kurang mungkin kerana kemahiran untuk membuatnya kian tandus.

Walau apapun, suasana sambutan hari raya tetap meriah terutama di kampung-kampung Melayu dalam dan sekitar bandar raya Georgetown seperti Kampung Makam, Tanjong Tokong, Kampung Rawana, Kampung Dodol, Kampung Melayu Ayer Itam, Jelutong dan perkampubngan-perkampungan tradisional di daerah Barat Daya atau lebih dikenali sebagai Balik Pulau.



Satu perbezaan yang jelas kelihatan ialah kebersihan. Amat nyata Pulau Pinang, khususnya kawasan bandar, kini jauh lebih bersih jika dibandingkan empat hingga 10 tahun lepas.

Di sekitar kampung saya di mukim Kelawai, satu kelainan berlaku sejak tahun lalu yang belum pernah dilakukan sejak Merdeka. Saya diberitahu bahawa perkara yang sama berlaku di kawasan-kawasan lain.

Apa yang saya maksudkan ialah kehadiran wakil rakyat ke rumah orang Melayu untuk mengucap selamat hari raya dan menyumbang 'hamper' kepada warga emas. Boleh dikatakan setiap sebuah rumah mendapat satu hamper. .

Walaupun hamper itu tidaklah sesuatu yang mewah tetapi ia adalah sesuatu yang dihargai oleh para penerima kerana sekurang-kurangnya mereka dapat melihat dari dekat dan mengenali wakil rakyat dan ada yang mengambil kesempatan itu untuk mengadu sesuatu kepada wakil rakyat berkenaan.

Di kampung kami khususnya kunjungan wakil rakyat dari rumah ke rumah tidak pernah dilakukan sejak Merdeka, iaitu semasa pentadbiran parti Perikatan dan kemudian Barisan Nasional. Ia adalah satu kenyataan atau fakta.



Tahun lepas, apabila wakil rakyat mengunjungi kampung saya, berlaku sedikit ketegangan ekoran daripada tindakan penuh emosi oleh penyokong sebuah parti politik yang kalah dalam pilihan raya lepas. Alhamdulillah, kali ini tiada bantahan ataupun tentangan kerana perbuatan mereka (orang politik berkenaan) pada tahun lepas tidak disenangi oleh penduduk kampung.

Kehadiran wakil rakyat dari DAP dan dua orang pemimpin PAS setempat diterima dengan baik kerana penduduk kampung tidak mengamalkan sikap bermusuh dengan orang yang sudi mengunjungi mereka dan orang kampung menerima dan menghormati tetamu lebih-lebih lagi sempena menyambut Aidil Fitri.

Pendekatan yang digunakan oleh wakil rakyat DAP, seingat saya, tidak pernah dilakukan oleh wakil-wakil rakyat pada zaman parti Perikatan dan kemudian BN. Inilah hakikat dan inilah kenyataan.

Saya percaya BN tidak dapat 'menawan' semula Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang kerana pemimpin-pemimpin mereka masih di awang-awangan dan terus mengada-adakan isu tertentu dengan bantuan media tertentu untuk memburuk-burukkan pentadbiran negeri. Rakyat Pulau Pinang tahu akan kedudukan sebenar.

Sumber: kudaranggi.blogspot.com

Terkini kes pembunuhan Susilawati: Suspek rupanya lebih berminat untuk menjadi ahli MIC/BN...

Posted: 13 Sep 2010 12:13 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Ternyata isu pembunuhan kejam Dato Susilawati cuba dipolitikkan oleh sesetangah pihak utk kepentingan politik mereka...bagi penyokong BN, mereka pastinya menggunakan peluang ini utk mengaitkan suspek pembunuhan ini dgn Pakatan Rakyat dengan mebangkitkan sentimen perkauman...antara hujah popular mereka ialah...

1. Suspek adalah orang India..orang India ramai sokong Hindraf..orang Hindraf ramai sokong Pakatan Rakyat..so, suspek adalah ahli/penyokong PR..

2. Suspek adalah peguam dari Majlis Peguam..orang peguam ramai sokong Pakatan Rakyat..so, si pembunuh itu kalau bukan DAP, pasti PKR...

Ini antara hujah dangkal puak2 gerombolan dlm usaha mereka utk mempolitikkan isu pembunuhan ini...sungguh lucu lagi naif pemikiran mereka..




Namun, tanpa mereka duga, berita hari ini telah malaporkan hubungan secara tidak langsung suspek dengan pemimpin BN...dilaporkan, sebelum diberkas polis, suspek telah dahulunya bertemu dengan pemimpin tertinggi BN dari MIC...untuk apa?
Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

"Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.

"Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya," katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.

Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.

"Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu," katanya.

Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.
Dari laporan diatas, maka dapatlah dirumuskan...

1. Suspek (kemungkinan) bukanlah ahli mana2 parti kerana baru memohon untuk menyertai MIC..maka tuduhan penyokong Umno bahawa susupek merupakan 'ahli' DAP/PR tertolak..

2. Walaupun permohonan suspek utk menjadi 'ahli' MIC belum diproses, namun secara langsungnya beliau telah tersenarai dikalangan 'penyokong' MIC..maka, tuduhan bahawa suspek adalah 'penyokong' DAP/PR juga tertolak..

3. Kita dapat lihat betapa mudahnya suspek berurusan/membuat pertemuan dengan pemimpin MIC/BN walau dlm keadaan genting sekalipun...

4. Ternyata peguam dari Majlis Peguam juga terdiri dari ahli/penyokong MIC/BN..ini sekaligus menolak tanggapan streotaip penyokong Umno bahawa ramai peguam adalah penyokong PR..


Kemudian, kita lihat pula 3 laporan berita dibawah..
"Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan"..- Kosmo Online
"Sumber itu juga mendakwa, peguam itu yang kini amat dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penipuan di Selangor"...- MyMetro
Berdasarkan tiga laporan berita di atas, kita dapat lihat bahawa suspek masih dibiarkan bebas walaupun pelbagai tuduhan/aduan dihadapakan kpd suspek sejak tahun lepas..selain aduan dlm kes jenayah 'kemanusiaan' (tahun 2009), beliau turut disabitkan kesalahan jenayah di dalam urusan guaman yang direkodkan pada tahun 2007..boleh baca di sini..

Oleh itu, adalah mustahil Murugiah, atau lain2 pemimpin MIC/BN tidak mengetahui langsung perihal ini (rekod jenayah suspek) sebelum atau ketika membuat pertemuan dgn suspek kes pembunuhan ini..


Maka, timbul beberapa persoalan...

1. Apakah Murugiah benar2 tidak mengenali suspek sebelum ini, atau cuba sembunyikan 'hubungan'nya dengan suspek dari pengetahuan umum?..kemudian apabila berjaya diberkas, barulah tiba2 muncul dikhalayak mengeluarkan kenyataan pernah bertemu??

2. Apakah Murugiah seorang yang dijumpai suspek? apakah wujud pemimpin2 lain dari MIC selain Murugiah yg pernah bertamu dgn suspek sebelum ini?

3. Apakah pertemuan itu juga adalah demi 'suaka politik' suspek utk mendapat perlidungan dari pihak pemimpin MIC/BN? yang bagi mereka, kerajaan boleh membantu menyelamatkan mereka sekiranya menyertai parti BN?

Utk yg terakhirnya, apa yg diperkatakan penulis diatas adalah dari pandangan peribadi penulis..boleh diterima, boleh disanggah..bukan niat penulis utk mempolitikkan isu ini, namun apabila penyokong Umno, terutama para bloggernya cuma mengaitkan dgn PR dan PAS, maka penulis tiada pilihan lain selain cuba menepis tuduhan itu dgn melampiran 'kronologi peristiwa' diatas..penulis tidak menjatuhkan tuduhan, penulis cuba tinggalkan persoalan utk mereka fikir dan jawab..

Bagi penulis, tidak kiralah mereka itu dari parti/kaum apa sekalipun, jika ternyata mereka bersalah, maka hukuman WAJIB dikenakan ke atas mereka!..tiada pilih kasih, tiada kompromi!...kpd pihak polis, semoga dpt menjalankan siasatan dgn mendalam dan adil tanpa campurtangan pemimpin kerajaan sepertimana yg sering berlaku...penulis yakin, isu ini tiada kena mengena dgn parti politik...maka, tiada sebab utk kita tidak bersatu menentang penjenayah!..wallahua'lam...


Tahniah rakyat Kelantan: Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat! (Gambar di dalam)

Posted: 13 Sep 2010 02:17 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Tahniah penulis ucapkan kepada YM Tengku Faris Petra di atas permahshurannya sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari ini..

Sesungguhnya rakyat Kelantan cukup bertuah kerana dikurniakan seorang sultan yang bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi juga 'berjiwa agama'!..

Tercatat sudah, baginda merupakan seorang pemimpin yang boleh mengimamkan solat untuk rakyatnya, yang boleh membacakan doa demi rakyatnya, yang boleh mengetuai bacaan al-Quran, memberi kuliah agama, menyembelih lembu Qurban dan sebagainya..mungkin ini adalah keberkatan apabila negeri dipimpin oleh kepimpinan yang menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan...

Maka lengkap sudah sebuah kerajaan yang bertunjangkan matlamat "Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur", dari setinggi2 kepimpinan sehingga serendah2 kepimpinan seterusnya rakyat jelata..

Semoga Allah memanjangkan umur Tuanku, dan sejahtera seluruh rakyat Kelantan dibawah pemerintah kepimpinan Islam..akhir kalam, Tahniah MB Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, dan tahniah juga kpd seluruh rakyat Kelantan!...wallahua'lam..


































Dibawah, dilampirkan coretan berkaitan YM Tengku Faris oleh Syed Hussain Idros

PUJIAN PADA TENGKU FARIS

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat.... sehingga tidak terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat Baginda.

Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau makan sorang2..
tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri untuk rakyatnya....

Dibawah pula, versi berita yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA...

Tengku Muhammad Faris Petra Dimashurkan Sultan Kelantan Hari Ini

Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Sering mengenakan jubah atau berbaju "gumbang" (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Pernah satu ketika di Pantai Damat, Bachok, baginda tidak kekok duduk bersila dan mendengar kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang uzur dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mata baginda berkaca ketika mendengar kisah keperitan hidup Azizah Abdullah, 41, membesarkan tiga anaknya.

Membahasakan diri baginda dengan perkataan "kita" menyebabkan baginda dan rakyat seperti tidak ada jurang pemisah yang boleh merenggangkan hubungan rakyat dan raja.

Ketika di rumah Azizah, baginda yang turut menghulurkan sumbangan peribadi, juga sempat memberikan perangsang kepada tiga anak wanita itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Baginda pernah mengimamkan solat hajat bersama-sama rakyat jelata sebelum ini bagi memohon kesejahteraan ayahanda baginda.

Baca seterusnya di sini..

Tiada ulasan: