Isnin, 20 September 2010

*rash-wangi*

*rash-wangi*


Syawal....

Posted: 20 Sep 2010 07:17 AM PDT

Alhamdulillah... di pagi raya kami masih dapat berkumpul bersama keluarga di kampung... terutama ayah dan makcik (pengganti mak)... dapat juga menziarahi abang-abang, kakak-kakak, anak sedara, beberapa pakcik dan makcik serta sanak saudara yang lain... di Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan...

Penghujung Ramadhan...

Posted: 19 Sep 2010 06:19 AM PDT

Sebelum pulang beraya di kampung, terpaksa menyediakan baju raya terutama anak2 yang telah penuh berpuasa Ramadhan.... hadiah untuk mereka... Bahagia melihat mereka seronok kerana berjaya melawan nafsu ... mudah-mudahan mereka dapat menghayati pengajaran dalam madrasah Ramadhan. Kuih raya tak de mood nak buat... oven tak sentuh langsung...
Setelah mengambil anak di asrama, terus pulang ke kampung sebelah suami kerana ada sedikit majlis berbuka puasa bersama semua keluarga & di surau bersama kawan-kawan mak ayah @ penduduk kampung... walaupun mak ayah dah tiada, silaturrahim kena teruskan...
anak-anak bersama anak sepupunya masing-masing cuba mengamalkan tradisi lama... mengukur kelapa...
setiap orang ada tugas masing-masing... dari dalam sehingga di luar rumah...

Tiada ulasan: