Sabtu, 18 September 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


JIKA INI SATU PERJUANGAN...

Posted: 18 Sep 2010 08:05 PM PDT



Sekali lagi hati ini rasa tak selesa melihat persaingan dalam PKR khususnya persaingan merebut jawatan nombor dua yang di lihat hangat. Kelompok Azmin dilihat lebih agresif menyerang, sementara kelompok Zaid tidak kelihatan. Apakah Zaid mendapat sokongan akar umbi...tidaklah diketahui...cuma setakat ini lima undi memungkinkan Zaid meneruskan pesaingannya...


Namun kemaraan Mustafa Kamil Ayub sangat menarik perhatian. Beliau dilihat tampil sebagai calon yang mungkin lebih disenangi kerana watak pasif beliau. Akar umbi PKR terpaksa menilai dari sekarang watak pemimpin masa depam mereka. Walaupun Timbalan di dakwa kurang berkuasa oleh Zaid kerana bayangan Presiden dan Penasihat umum, namun jangan lupa... nasib penasihat umum itu belum ditentukan.

Setakat ini ketika tiga calon Timbalan Presiden itu tidak dilihat berjaya dalam memimpin negeri di mana mereka menjadi ketuanya. Azmin di Selangor , Zaid di Wilayah dan Mustafa Kamil di Perak. Ketiga tiga mereka masih belum membuktikan kepimpinan di negeri mereka. Azmin mempunyai kelebihan kerana menjadiketua di negeri yang memerintah.

Setakat ini calon dilihat lebih menumpukan kerja melobi dari memberi perhatian kepada isu negara. Sewajarnya mereka menonjolkan kepimpinan dengan membuktikan kepimpinan di negeri masing masing dan menyerang musuh dalam pelbagai isu yang ada. Cara itu mungkin lebih beradab dan dapat mengelakkan perpecahan dalaman dari sibuk melobi dan menyerang calon lawan.

Jika mereka masih sibuk melayan sesama mereka dari membuktikan karisma kepimpinan menyerang umNO , ternyata mereka adalah pemimpin yang lebih mementingkan kuasa dari perjuangan mereka. Kita akan melihat PKR meninggalkan keranda dan nisan emas dalam politik negara sebagaimana Semangat 46 yang meninggalkan Kelantan untuk dipertahankan oleh PAS. Jika ini satu perjuangan...kembalilah di landasan...

TENGKU RAZALEIGH DAN TENGKU AMALIN BUKAN LAGI AHLI MPN?

Posted: 18 Sep 2010 08:05 PM PDT


Tengku Tan Sri Razaleigh Tengku Mohamad Hamzah, nenda saudara kepada Tuanku Muhammad Faris Petra yang panggilan manjanya kepada Baginda adalah Tok Ku Li, adalah seorang kerabat yang cukup dihormati dan yang pandangannya sering dirujuk oleh Tuanku selama ini.

Pada bulan Ramadhan yang lalu Tuanku telah berbuka puasa bersama-sama Tok Ku Li Baginda di Kuala Lumpur. Pada malam menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri yang lalu pula, Baginda telah berangkat ke Palm Manor untuk beramah mesra dengan Tok Ku Li Baginda.

Kata orang, tidak sepatutnya seorang Pemangku Raja merendahkan diri begitu tetapi, selaku seorang yang berhemah tinggi, Tuanku percaya bahawa tidak akan hilang bisa ular yang menyusur akar, begitulah tingginya penghormatan Tuanku kepada Tok Ku Li Baginda.

Apa pun, ternyata Tok Ku Li Baginda, bersama-sama seorang adinda Baginda, iaitu Tengku Amalin A'ishah Putri, telah gagal untuk menghadirkan diri di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang penuh bersejarah pada 13 September 2010 itu.

Ketidakhadiran Tok Ku Li dan Tengku Amalin ini tidaklah pula menjejaskan keputusan mesyuarat untuk melantik Tuanku selaku Sultan Kelantan yang baru kerana apa yang diperlukan hanyalah persetujuan dua per tiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi.

Namun begitu, alangkah indahnya jika Tok Ku Li yang dihormati dan Tengku Amalin yang disayangi oleh Tuanku turut sama menghadirkan diri di dalam mesyuarat yang membawa seribu pengertian di dalam hidup Tuanku malah di dalam institusi kesultanan Kelantan tersebut.

Jika pun Tok Ku Li dan Tengku Amalin mempunyai pandangan yang sedikit berbeza dari ahli-ahli lain atau merasa lebih selesa untuk bersikap berkecuali, alangkah eloknya jika mereka tetap hadir untuk menunaikan tanggungjawab besar yang telah diamanahkan kepada mereka itu.

Apabila ia diwajibkan maka tidak sepatutnyalah Tok Ku Li dan Tengku Amalin menguzurkan diri kerana keahlian mereka boleh terlucut secara automatik jika ketidakhadiran mereka di dalam mesyuarat itu tidak dimaaf atau tidak disertakan dengan penjelasan yang munasabah.

Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)

11.

(1) Mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terpakai melainkan sekurang-kurangnya dua per tiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi itu bersetuju dengan keputusan itu.

(2) Mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi terbatal dengan sebab hanyalah ketiadaan hadir seorang ahli, sama ada ketiadaan hadir itu telah dimaaf oleh Yang di-Pertua atau tidak:

Dengan syarat jika mana-mana ahli yang ketiadaan hadirnya tidak dimaaf atau yang telah mungkir memberi huraian yang berpatutan kepada Yang di-Pertua, kerana ketiadaan hadirnya itu, maka terlucutlah ia dengan sendirinya daripada menjadi ahli Majlis Perajaan Negeri.

Laws of The Constitution of Kelantan (Second Part)

XI.

(1) No decision of the Council of Succession shall be valid and binding unless at least two-thirds of the members present and voting shall agree thereto.

(2) No decision of the Council of Succession shall be void by reason only of the absence of a member, whether such absence has been excused by the President or not:
Provided that any member whose absence has not been excused or who has failed to give reasonable explanation for such absence to the President, shall automatically cease to be a member of the Council of Succession.

[Sumber]

Bila boleh dan bila pulak salah nih?

Posted: 18 Sep 2010 07:51 PM PDT

oleh YB Dr. Hayati,

Bila masa boleh dan bila pula ketikanya tak boleh.

Itu yang menimbulkan kegelisahan rakyat apabila melihat paparan gambar yang disiarkan berhubung kes yang heboh baru-baru ini pasal orang yang bukan Islam masuk masjid dan diberi amaran oleh badan tertinggi Islam di negeri Selangor.

Ada JK Surau yang mungkin tak ada sunnat tahiiyat masjid pun disitu , tetapi telah dipecat oleh badan tersebut kerana agaknya tak ikut telunjuk badan itulah agaknya , maka sekarang surau yang tak sunat pun ada tahiyyatul masjid tu diambil kendali oleh badan tertinggi agama di Selangor tu lah, yang diperintah oleh parti yang budan dari golongan pusat Putrajaya.

Apa yang rakyat runsing dan risau adalah bilamana ada pula masjid yang boleh dimasuki oleh juga bukan Islam , sampai juga keruang solat dan juga menyampaikan cek sumbangan macam yang YB Serdang buat, mungkin cuma kelainannya bila yang YB Serdang dikatakan salah kerana memberi tazkirah, entah apa ayat atau hadis yang dia ulas dalam tazkirah tu pun tak dijelaskan oleh akhbar fitnah nombor wahid dalam negara, tak pula arif ana nak beritahu. Itu mungkin kesilapan yang sengaja digambarkan supaya nampak besar sangat salahnya daripada yang sorang lagi juga MP , tak beri tazkirah tapi beri cek, yang ada duit, padahal YB Serdang juga beri sumbangan wang juga.

Mungkin yang di Serdang tu, mereka yang kata belum merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, dan yang Kuala Selangor .

tu mereka dah rujuk kepada keputusan muzakarah majlis fatwa dah, sebab tu dibolehkan masuk ruang solat, entah masjid ke surau tak pasti pulak, entah sunat tahiyyat masjid ke tidak, tak tahu lah ana nak jawab.

Kalau kita renung suatu ketika dulu tatkala mana heboh juga pasal penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian, juga heboh pasal larangan ini dikalangan bukan Islam, ada negeri boleh dan ada negeri yang kata tak boleh, tetapi dalam al Quran setahu ana yang tak arif ni ada ayat yang sebut bila disoal siapa yang menjadikan langit dan bumi, maka mereka berkata "Allah". Itu ayat Allah yang terangkan kepada kita, yang lain ana tak berani sebut, cuma nak ulasnya pasat si YB ni boleh pula beri cenderahati frame perkataan Allah pula tu, untuk hiasan dimana kita pun tak diberitahu, tapi setahu ana beliau bukan beragama kristian , yang dibenarkan guna perkataan tersebut di beberapa negeri oleh Menteri Malaysia dari Padang rengas suatu ketika hari tu.

Kalau macam ni punya hal, rakyat jadi penin la sat.

Macam la juga halnya dengan sembahyang hajat dan baca Yaasin nak bagi menang di PRK Hulu Selangor tempoh hari, kalau macam ni punya kemushkilan, diharap pihak Majlis Fatwa kena muzakarah sat supaya rakyat lebih fokus terhadap apa yang diarahkan oleh sesetengah golongan, takut nanti habis semua keliru, macam yang berlaku dinegeri uatara hari tu, orang belum raya depa dah lantak makan ketupat lemang dan sembahyang raya, alahai negeri bekas MB TS Shahidan.

Lagi Kes Remaja Ditembak Polis

Posted: 18 Sep 2010 07:50 PM PDT


Remaja dikejar polis kena tembakan

JOHOR BAHRU: Letupan disangka mercun yang memeranjatkan sekumpulan penduduk di Johor Jaya, dekat sini, sebenarnya berpunca daripada bunyi tembakan dilepaskan terhadap seorang remaja belasan tahun yang dikejar polis.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sejurus keluar mereka mendapati remaja terbabit terbaring menahan kesakitan akibat peluru menembusi kaki kirinya.

"Saya terkejut apabila bunyi bising yang disangka letupan mercun dimainkan kanak-kanak sebenarnya tembakan pistol. "Beberapa minit kemudian remaja yang cedera di kaki itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan menggunakan ambulans yang tiba beberapa minit kemudian," katanya.

Sebelum kejadian, suspek dipercayai berusia 16 tahun itu dikatakan melakukan jenayah berat dan cuba melarikan diri selepas terserempak dengan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, kejadian itu disiasat dan pihaknya akan memberi kenyataan berhubung kes berkenaan Isnin ini. -HM

Ulasan GB

Begitulah laporan akhbar. Nampaknya polis terus-terusan berlaku kejam. Jenayah oleh penjenayah sebenar tidak dibenteras tetapi "remaja berumur 16 tahun" yang ditembak hanya dikatakan cuba melakukan jenayah berat.

Rakyat ingin tahu, apakah jenayah berat yang remaja 16 tahun itu cuba lakukan.

Siapa anggota polis yang terlibat dan apakah hasil siasatan polis Johor?

Seluruh rakyat Malaysia akan memfokuskan kenyataan polis Johor hari ini terhadap kejadian malang yang menimpa remaja itu.

Ku Nan nafi komponen BN ambil pendirian jauhi Perkasa

Posted: 18 Sep 2010 07:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan rakan-rakannya dari Barisan Nasional (BN) pernah mengambil keputusan awal bulan ini untuk menjauhkan diri daripada Perkasa atas alasan pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan mereka.
Penafian beliau itu muncul sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan meskipun pemimpin-pemimpin Umno termasuk beliau menolak Perkasa.
"Apabila kami bertemu dengan setiausaha agung komponen BN, kami tidak pernah membincangkan langsung bahawa kami mahu menjauhkan diri daripada sesiapa," kata Tengku Adnan (gambar) yang juga Setiausaha Agung BN kepada The Malaysian Insider.
"Dasar kami ialah untuk rapat dengan sesiapa sahaja. "Kami harus pergi menemui dan malah, kami juga harus mendampingi ahli-ahli parti pembangkang dan menjelaskan kepada mereka dasar kami sebab mereka telah diberi maklumat yang salah (tentang BN)," kata Tengku Adnan.
Lebih seminggu lalu, Tengku Adnan dilaporkan bahawa rakan-rakannya dalam BN telah bersetuju bahawa  menjauhkan perikatan itu daripada Perkasa adalah langkah terbaik untuk mengatasi sokongan bukan Melayu kepada BN yang didakwa semakin merosot.
Sokongan itu antara lain merosot kerana bukan Melayu melihat Umno menjalin kerjasama dengan Perkasa.
Tengku Adnan pernah menafikan Umno ada kerjasama dengan Perkasa ataupun menyokong perjuangan Perkasa.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini beliau juga memberitahu bahawa Umno tidak akan menyokong Perkasa dalam pilihan raya umum akan datang.
Tengku Adnan menekankan bahawa BN tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.
Jelas Tengku Adnan, beliau hanya memberitahu bahawa tindakan Perkasa sejak kebelakangan ini memperlekehkan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan mensabotaj soal keharmonian kaum di kalagan komponen perikatan itu.
"Saya tidak pernah mengatakan kita perlu menjauhkan diri daripada Perkasa. Saya hanya mengatakan bahawa Perkasa cuba untuk menjejaskan keduudkan BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan memusnahkan keharmonian kaum di kalangan komponen saya (dalam BN)," katanya.
Tengku Adnan juga berkata, beliau tidak pernah meminta ahli partinya agar memutuskan hubungan dengan Perkasa.
Sebaliknya, beliau mendakwa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang membesar-besarkan isu tersebut. Perkasa mendakwa mempunyai sokongan keahlian dalam lingkungan 300,000 dengan 80 peratus merupakan bekas atau ahli Umno semasa.
Tengku Adnan juga menekankan bahawa kenyataan beliau hari ini bertentangan dengan pandangan yang diberikan sebelum ini mengenai kedudukan Perkasa.
"Saya tidak berundur daripada apa yang pernah cakap tentang Perkasa sebelum ini," katanya.
Tengku Adnan juga menekankan tentang apa yang dikatakan oleh Najib sambil berkata, Umno dan BN tidak harus menjauhkan diri daripada mana-mana NGO tetapi sewajarnya membimbing mereka dengan dasar-dasar BN.
"Saya setuju dengan Najib. Umno tidak harus menjauhkan diri mereka daripada semua NGO.
"Kita harus melibatkan diri kita dengan mereka sehingga mereka memahami apa yang kita sedang lakukan," kata Tengku Adnan.
Tengku Adnan juga berkata, Umno perlu menjelaskan konsep 1 Malaysia khususnya kepada Perkasa memandangkan mereka tidak faham dasar tersebut.
"Saya tidak percaya pada apa yang Perkasa sedang perjuangkan kerana mereka tidak faham konsep 1 Malaysia," katanya.
Semalam di Kota Baru, Ibrahim berkata, Perkasa tidak terlibat dengan politik tetapi menyuarakan hak rakyat melalui lunas-lunas perlembagaan.
Beliau mengulangi kenyataan ini bahawa Perkasa bukan parti politik dan juga tidak mendokong mana-mana parti politik termasuk Umno tetapi berjuang atas lunas undang-undang bagi pertahankan hak rakyat.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, tafsiran pelbagai pihak terhadap perjuangan Perkasa adalah tidak tepat kalau dikaitkan dengan Umno atau BN tetapi apa yang diperjuangkan NGO itu adalah untuk membantu kaum Melayu.
"Ada masa kita tegur dia (kerajaan), ada masa kita kecam, ada juga kita buat laporan polis sekira perlu, semuanya ke arah menimbulkan keharmonian negara," katanya.
Mengenai dakwaan anggota parti komponen BN bahawa Perkasa adalah pertubuhan yang disokong Umno, Ibrahim berkata pihaknya tidak pernah sekali pun bertemu dengan pemimpin Umno untuk apa-apa tujuan.
Beliau juga menegaskan belum bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik tetapi menumpukan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu, Raja-raja Melayu, agama Islam dan perlembagaan negara.
Ibrahim melahirkan perasaan dukacita dengan teguran beberapa individu dalam Umno yang menganggap Perkasa boleh menjejaskan matlamat konsep 1 Malaysia.

Umnodokpakka Gawa : POSTER EDARAN UMUM

Posted: 18 Sep 2010 07:21 PM PDT

Pekida - Tahniah PDRM

Posted: 18 Sep 2010 06:59 PM PDT

Foto Minaq Jinggo

RINTIHAN KAMI YANG BERNAMA RAKYAT: BERAPA BANYAK WANG DISOGOKKAN KEPADA MDY?

Posted: 18 Sep 2010 06:46 PM PDT

Penulis Tamu - Madisyak,

Lokasi: Jalan raya dari Guar Chempedak ke arah Yan, Kedah.
Parlimen: Jerai (YB Ustaz Firdaus Jaafar)

DUN: Guar Chempedak (YB Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail)


1. Sampai bila keadaan ini hendak dibiarkan atau tidak sesiapa nampak? Sudah 4 tahun gerai ini dibiarkan beroperasi di atas jalanraya. Sudah 4 tahun gerai buah-buahan ini dibiarkan menutup ruang pejalan kaki dan juga lorong pertama jalanraya. Siapa yang peduli?

2. Kepada Wakil Rakyat Parlimen dan Undangan Negeri sudah dimaklumkan setahun yang lalu. Jasa baik mereka sudah diminta agar menyuarakannya dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah yang diadakan setiap bulan. Tetapi hasilnya sehingga sekarang (ketika perkara ini ditulis) gerai tersebut masih juga di situ.

3. Masalahnya sekarang, gerai-gerai tersebut mengganggu jalanraya dan menyebabkan lalu-lintas tergendala kadang-kadang sehingga 30 minit untuk melepasi jarak 100 meter sahaja. Hal ini diburukkan lagi bila ada kenderaan yang berhenti sesuka hati untuk berurusniaga dengan gerai-gerai tersebut. Ketika bulan Ramadan baru-baru ini, masa melepasi kawasan ini adalah hampir satu jam.

4. Soalan-soalan yang hendak diketahui jawapannya adalah:

4.1. Berapa banyak wang disogokkan oleh para peniaga tersebut kepada Majlis Daerah Yan atau para Penguatkuasa mereka sehingga tiada tindakan langsung kepada mereka selama 4 tahun ini?

4.2. Kebal sangatkah para peniaga seramai kira-kira 10 orang itu sehingga tiada siapa berani bertindak?

4.3. Adakah Majlis Tindakan Daerah tidak pernah berbincang langsung perkara ini atau wakil-wakil rakyat tidak pernah bersuara mengenai perkara ini?

4.4. Sampai bila perkara ini hendak dibiarkan?

5. Kami tidak minta banyak, ubahkan gerai tersebut ke dalam sedikit supaya tidak menutup ruang pejalan kaki dan jalanraya atau pindahkan mereka ke bangunan Pasar Tani yang baru di tempat kira-kira 50 meter sahaja dari situ.

False prophets beget racial politics

Posted: 18 Sep 2010 06:33 PM PDT

Pak Bui 
 
"Race and ethnicity are cultural constructs; they exist in our language and our mind only. They do not exist objectively like the sun and the moon, or like the living species called homo sapiens," Sim Kwang Yang has written in this blog.

Yet false prophets in Sarawak continue to pretend they are champions or leaders of individual races. They urge us to worship the idol of racial politics.

Consider George Chan, boasting that he can speak for the Chinese (though surely we must realise that the Chinese have never been a pure Han race, but are a mixture of different bloodlines, even in mainland China itself).

What was the result of George Chan's 'leadership'? We hear Taib Mahmud threatening Sarawakian Chinese to understand the government's ideas, or lose out in development. At least understanding the government's 'ideas' is easy enough, given that these are limited to grabbing Sarawakians' land to further enrich the already wealthy Melanau, Chinese, and other elites.

Look at Lihan Jok extolling the divine virtues of the Bakun Dam to the Orang Ulu (made up of many language and cultural groups, and certainly not a race, though charlatans like Lihan Jok continually claim that they are Orang Ulu 'leaders').

And look at Peter Minos, playing the role of champion of the Bidayuh, saying the Bidayuh in Bengoh have been mistreated by the government. He is absolutely correct, in that the villagers there have been betrayed by the government. But Peter Minos is a member of that same government. He is a senior member of the PBB, the dominant party in the ruling coalition. In fact, he is a leading light in the same party responsible for land grabs all over Sarawak, not just in Bidayuh areas. Why has he not resigned in shame, if he were a true Bidayuh 'leader'?

What do all these false prophets have in common? They preach they are representing the rights or the interests of individual races.

What are the rights of each individual race? These are the same as the rights of any individual human being. Why do we need a racial champion to fight for universal human rights? Should we not fight for all human beings in Sarawak, since Sarawakians of all races have had our human rights abused and trampled on?

And what are the interests of each individual race? These are arbitrarily determined by the racial 'leaders'. They never tell us that their own personal enrichment, their own interests, supercede those of the voters, of whatever race.

No matter what race they claim to represent, corrupt leaders drive the same luxury cars, and go for vacations to the same rich countries, and they all speak English at their lavish dinners.

The SUPP was once a multi-ethnic party, proud to represent the working class. It has mutated into a Chinese businessmen's club, run by a clique motivated purely by contracts and skimming off the proceeds of contracts.

James Masing used to claim he spoke for the Ibans and the Dayaks. Now he speaks for the chief minister. The words coming out of his mouth are foul and twisted. His words smell of arrogance, sophistry and contempt for ordinary Sarawakians. They are words we never would have believed he would utter back when he was an idealistic young politician in Parti Bansa Dayak Sarawak, two decades ago. His lies now stink far worse than bad breath. Time and power can destroy a man.

The Ibans once welcomed Masing to their longhouses as a champion, now they dance for him because they are desperate for the tiniest crumbs of development, and are afraid of losing government funding if they ignore him. Many Ibans in urban areas now give him a less ceremonious greeting – they clear their throat and expel the contents when they hear his name.

Yet many Sarawakians, including in the highly educated minority, still believe fervently in the cult of racial politics. They cling to the faith that their racial 'leaders' will lead them to some Promised Land.

They even declare that God created the races and therefore we must not question the concept of race. There are two main problems with this argument.

Firstly, no-one has a direct phone line or Facebook thread to God, and can claim some special understanding of the way God's mind works. God does not tweet to followers.

Secondly, God also created Taib Mahmud and his limitless appetite, but I do not see how that means God supports him.

Racial politics only serves those in power, to divide and rule – and to keep obscenely wealthy leaders like Taib in control for 29 years. If the Chinese had not thrown their weight behind Taib in the Ming Court affair in 1987, because they were anxious that Dayakism might erode Chinese "rights and interests", Taib would today be in exile in Adelaide, or in jail.

Even after Taib is retired, or dead and gone, our racially divided politics will live on, like a grotesque monster grown fat on the human suffering of Sarawakians.

Only if we destroy this monster of racial politics, can we set ourselves free from Taib's legacy of corruption and slavery. But this will take many years: many of us are still devout worshippers of the abomination of racial politics. — Hornbill Unleashed

Perkasa tidak jejas kaum lain .... kah..kah..kah..

Posted: 18 Sep 2010 06:31 PM PDT

CHERAS- Perjuangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai selari dengan matlamat Barisan Nasional (BN) kerana ia tidak pernah menjejaskan kepentingan kaum lain, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir

Mukhriz berkata, apa yang diperjuangkan Perkasa adalah untuk menjaga kepentingan Melayu seperti mana yang dilakukan UMNO.

"Perkasa adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kaumnya dan saya percaya kaum lain di negara ini juga mempunyai pertubuhan seumpama itu.

"Sehubungan itu, perlu bagi kami pihak yang memerintah mendengar apa yang diperjuangkan dan diperkatakan oleh Perkasa dan NGO-NGO lain bagi menyedarkan kami di mana kekurangan serta membaiki kelemahan, sekali gus memuaskan hati rakyat," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Malam Amal Pesta Tanglung 1Malaysia anjuran Persatuan Penduduk Taman Maluri di sini semalam.

Mukhriz berkata, kehadiran NGO seperti Perkasa ini dapat memperkemaskan lagi hala tuju kerajaan untuk masa hadapan.

"Justeru, kami bersedia dan terbuka untuk berdialog bukan sahaja dengan Perkasa, malah dengan NGO-NGO lain jika ia adalah untuk kepentingan kita bersama," katanya.

Pasung hantu tiang seri

Posted: 18 Sep 2010 06:30 PM PDT


TIDAK lengkap rumah Melayu dahulukala jika tidak bertiangkan kayu. - Gambar hiasan


"JANGAN main dekat tiang seri. Nanti malam tak boleh tidur."
Nasihat berbaur amaran oleh arwah datuk saudaranya masih terngiang-ngiang di telinga seorang kawan penulis setiap kali dia mengunjungi rumah tersebut.
Malah, hatinya berdebar apabila cuba menghampiri tiang yang terletak di tengah rumah itu.
Berdasarkan seni bina orang Melayu dahulu, tiang seri merupakan tonggak sesebuah kediaman.
Terletak di tengah-tengah struktur bumbung, ciri utama yang membezakan tiang tersebut ialah jenis kayunya.
Menurut seorang 'orang lama', Rafie Dahlan, 57, rumah, masjid atau bangunan tanpa tiang seri tidak akan berseri.
Bagaimanapun, kata Rafie, dia tidak dapat memastikan sama ada benar atau tidak tiang seri mempunyai 'penjaga' seperti yang dikhabarkan oleh orang dahulukala.
"Tetapi berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah diganggu ketika tidur berhampiran tiang seri.
"Saya rasa panas dan pernah meracau," katanya yang kini menetap di Singapura.
Cerita Rafie lagi, terdapat beberapa upacara yang perlu dijalankan ketika memilih tiang seri hinggalah selesai kerja memasak.
Adat tersebut berbeza mengikut tempat dan negeri. Malah, ada juga masyarakat Melayu yang langsung tidak mempunyai upacara ketika menegakkan tiang seri.
"Lazimnya, sebelum tiang lain ditegakkan, tiang seri ditegakkan dahulu menggunakan khidmat bomoh yang diyakini pakar mengenai rumah," katanya.
Dalam kesamaran ingatan, Rafie menjelaskan semasa memasang tiang seri di rumah arwah bapanya di Jelutong, Pulau Pinang beberapa dekad lalu, bomoh berkenaan mengikat sehelai kain kuning pada kuda-kuda yang bersambung dengan tiang seri tersebut.

KEPERCAYAAN tiang seri memiliki misteri tersendiri kurang dihiraukan sekarang.


Pantang larang
Sebilah keris kecil turut diletakkan pada tiang seri yang diperbuat daripada kayu nyatuh itu.
Menyentuh mengenai pantang larang , ia bermula ketika memilih pokok lagi.
"Menurut arwah ayah, pokok yang dipilih haruslah mengikut turun naik matahari. Hendak mengupas kulit pokok itu pun ada caranya," kata Rafie.
Logik pemilihan sebegitu rupa berkait rapat dengan teknik pembinaan rumah oleh orang dahulu.
Tanpa menggunakan paku dan hanya bergantung pada pasak, Rafie menyimpulkan ia sebab utama kenapa bukan sembarangan kayu boleh dijadikan tiang rumah.
"Kayu harus kuat, teguh untuk menampung bumbung serta tidak mudah pecah semasa dipahat.
"Kayu juga mesti tahan panas dan hujan serta mampu merentasi masa hingga puluhan tahun lamanya," ujar Rafie.

SAMA ada masjid atau kediaman tradisional Melayu, fungsi tiang seri adalah sama iaitu sebagai tonggak utama binaan. - Gambar hiasan


Beliau turut memberitahu, cara mendirikan tiang seri di dalam rumah pun ada kaedahnya yang tersendiri.
Sambung Rafie, menurut cerita lisan orang lama, kayu tiang seri adakalanya dipilih daripada pokok yang mempunyai 'kayu pasung hantu'.
Berbentuk seperti Hajarul Aswad, kayu pasung hantu merupakan dua batang kayu yang bercantum dan membentuk seperti lubang.
Dipercayai, makhluk halus tidak boleh menghinggapi kayu sebegitu. Secara tidak langsung, ia menjadi pendinding kepada rumah yang siap kelak.
"Namun, tidak dinafikan masih terdapat makhluk halus yang singgah di tiang seri.
"Kepercayaan tersebut seringkali membawa kepada upacara tertentu ketika menegakkan tiang seri bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini," jelas Rafie.
Dalam pada itu, meskipun rumah arwah bapanya telah roboh lebih 15 tahun lalu, tiang seri tersebut masih tegak berdiri di tempat asal.
Memegang nasihat bapanya agar tiang seri itu tidak diganggu, Rafie tidak mempunyai pilihan lain kecuali membiarkannya reput mengikut masanya sendiri.
"Bukan sebab percayakan perkara mistik di sebalik tiang seri itu namun disebabkan ia tiang pertama yang didirikan, jadi saya biarkan saja di situ," katanya.

Musa Aman denies probems in Sabah BN

Posted: 18 Sep 2010 06:29 PM PDT

Musa Aman - no problems from the beginning
KOTA KINABALU(Bernama)- Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said Saturday Barisan Nasional (BN) component parties in the state discussed all problems and resolved them in the spirit of the coalition.

"We have had no problems from the beginning in the Sabah BN. We are united, cooperate with, understand and have mutual respect for one another," the Sabah BN chairman said when met at the Aidilfitri open house of the Kota Kinabalu Umno Division, here.

"Certain people may have a different opinion, but for us the party struggle is more important than individuals. As such, we are prepared to discuss (all issues), there is no problem," he said.

Musa was asked to comment on the call by Liberal Democratic Party (LDP) president Datuk Liew Vui Keong yesterday for all BN component parties to discard differences and cooperate to win the people's support to ensure victory in the next general election.

Liew made the call in response to the advice by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to uphold the BN principle of cooperation and mutual respect when handling issues with fellow BN parties.

LDP deputy president Datuk Chin Su Phin had said recently that the party could not work with Musa but would continue to cooperate with Umno and remain loyal to the BN.

Following the statement, Deputy Chief Minister Datuk Peter Pang En Yin announced his resignation as an LDP vice-president and offered to quit his government posts.

Musa has retained him as a deputy chief minister until the matter was discussed with fellow BN component parties.

Asked whether he had set a deadline for Pang to join another BN party, Musa said he had not.

Meanwhile, Sabah BN secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan said every component party was given enough time to express their views at the state BN meeting but time constraint, at times, prevented the discussion of all issues.

"You must understand that there is an open communication between the Sabah BN chairman (Musa) and the rest of the component parties all the time. So, it's not just within BN meetings (that they can talk)," he said.

Chin had claimed, among other things, that the LDP could not work with Musa because it was disappointed over the conduct of the Aug 24 meeting of the Sabah BN where component party leaders were allegedly not given much room for discussion.

Bukti dalam lumpur

Posted: 18 Sep 2010 06:27 PM PDT




PERISTIWA pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong dekat Tanjung Sepat, Banting, Selangor telah menyentak perasaan jutaan rakyat Malaysia.
Pembunuhnya dianggap kejam dan bersifat kebinatangan. Kesemua mangsa dipercayai dibunuh seorang demi seorang menggunakan besi pencangkuk dan tikaman bertubi-tubi pada perut.
Mayat mereka kemudian dibakar manakala abu mayat dibuang ke dalam sungai berhampiran.
Turut dibunuh bersama Sosilawati ialah pemandu peribadi, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.
Pihak polis telah menahan lapan orang suspek termasuk seorang peguam yang menggunakan gelaran Datuk palsu.
Para penyiasat yakin pembunuhan itu telah dirancang rapi. Ini termasuk mangsa dibenarkan atau mungkin juga dipaksa oleh penjenayah terbabit supaya menghubungi keluarga masing-masing pada malam 30 Ogos lalu bagi memaklumkan mereka tidak pulang ke rumah selama tiga hari kerana urusan kerja.
Ia bagi mengelakkan keluarga mangsa membuat laporan polis tentang kehilangan mereka dan membolehkan penjenayah terbabit menghapuskan barang bukti dalam tempoh tersebut.
Peguam itu, yang semestinya mahir selok-belok perundangan termasuk melupuskan barang bukti, dikatakan menjadi perancang utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.
Dia tentu mengetahui ketiadaan bukti fizikal akan menyukarkan pihak polis membuat pendakwaan di mahkamah.
Seperti yang digambar dalam siri drama penyiasatan popular, Crime Scene Investigation (CSI), penjenayah sedaya upaya menutup kesan khususnya bukti asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengelakkan mereka ditangkap.

SUNGAI Panchau dipercayai lokasi abu mayat Sosilawati dibuang.


Secara umum, dalam sebarang proses siasatan jenayah terutama yang membabitkan kes bunuh, bahan bukti utama yang dijejaki oleh pakar forensik ialah DNA.
Keunikan DNA yang menjadi identiti biologi setiap individu yang berbeza membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti suspek dengan mudah, sekali gus mempercepatkan penyelesaian siasatan sesuatu kes jenayah.
Penjenayah yang licik pasti menyedari hakikat ini. Malah, pensyarah Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zafarina Zainuddin berkata, DNA yang ditinggalkan di tempat kejadian boleh terjejas jika terdedah kepada persekitaran yang ekstrem seperti lembap atau panas melampau. Teori ini nampaknya sekali lagi digunakan dalam kes pembunuhan Sosilawati.
Prinsip Locard
Namun, bekas Ketua Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan, berkata tidak kira teknik tanam, bakar, diletupkan atau dibuang ke sungai, dalam tahap tertentu, bukti jenayah tersebut tetap 'timbul'.
"Tidak kira apa teori atau taktik yang digunakan penjenayah termasuk 'No Body No Murder', penghapusan bukti sebenarnya tidak semudah yang disangka," kata Amidon yang terlibat secara langsung dalam pencarian bukti kes pembunuhan penganalis teknologi maklumat, Canny Ong dan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Tambah Amidon, penggunaan Prinsip Pertukaran Locard yang cukup asas amat mustahak dalam usaha menjejak bahan bukti.

PAKAR siasatan forensik, Amidon Anan berpendapat penjenayah sukar menutup jejak jenayah kerana pihak polis mempunyai kepakaran untuk menjejakinya.


"Contohnya, dalam jenayah pecah masuk rumah, penjenayah tentulah akan memegang mana-mana bahagian pintu atau tingkap untuk memecah masuk ke dalam rumah berkenaan.
"Jika penjenayah menikam mangsa, pasti ada kesan percikan darah di tempat kejadian. Prinsip Locard akan dapat memastikan penjenayah tertangkap," dedahnya.
Amidon yang pernah mengikuti kursus di Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menegaskan setiap dua permukaan yang bertemu akan meninggalkan kesan.
Ini termasuklah cap jari, rambut, darah atau apa saja yang bersentuhan antara mangsa dan suspek.
Justeru, seandainya penjenayah membakar mangsa sekali pun, masih terdapat 1,001 cara lain untuk mengutip bukti dan mengaitkannya.
Menyentuh lebih mendalam mengenai taktik melupuskan bukti, Amidon berkata, penjenayah mempunyai pelbagai cara untuk melakukannya.
"Ia terpulang pada penjenayah itu sendiri bagaimana mahu menghapuskan kesan dan jejak. Ia juga bergantung pada peluang dan ruang yang ada pada masa itu," katanya.
Antara taktik yang biasa dilakukan penjenayah ialah membuang mayat ke dalam sungai atau laut, dibunuh di tempat ekstrem seperti di dalam hutan atau melakukan pembunuhan seolah-olah ia satu kemalangan.
Merujuk pada kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, Amidon berpendapat ia satu jenayah terancang.
"Pelupusan bukti yang dilakukan dengan cara membakar dan membuang senjata pembunuhan ke dalam sungai menjelaskan suspek mempunyai ruang dan peluang.
"Tetapi penemuan beberapa barang milik mangsa seperti jam tangan serta telefon bimbit termasuk serpihan tulang yang masih menunggu pengesahan ujian DNA telah menjerat suspek," katanya.

PENGGUNAAN alat pengesan logam membolehkan barang bukti seperti zink lebih cepat ditemui.


Zink yang disyaki menjadi tempat pembakaran mayat Sosilawati dan sebilah pisau yang dibuang ke dalam sungai turut ditemui.
Malangnya tulang manusia bukan mudah untuk dilupuskan kerana proses pembakaran perlu melalui lapisan kulit, lemak, daging, otot dan sebagainya terlebih dahulu sebelum api dapat sampai ke tulang.
"Kalau dilihat melalui mata kasar mungkin tulang mangsa sudah hangus. Itu hanyalah pertimbangan logik.
"Tetapi dari segi saintifik, tulang itu belum hancur 100 peratus, sekali gus masih meninggalkan bahan bukti DNA.
"Jangankan di atas tanah, di dalam lumpur pun ia masih dapat dikesan," kata Amidon.
Menurut Amidon, teknik membakar bagi menghilangkan bukti pernah dilakukan di negara ini sebelum ini. Beliau memberi contoh kes Canny Ong yang mayatnya dibakar kira-kira tujuh tahun lalu.
Mengimbas kes tersebut, mayat mangsa dijumpai di Kilometer 11.2, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada manakala kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.
Bakar



Mayatnya turut ditemui tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu, empat hari selepas dia diculik pada 13 Jun 2003 dari tempat letak kereta Kompleks Beli-belah Bangsar (BSC).
Hasil siasatan pihak forensik mendapati terdapat kesan darah serta ujian DNA yang dilakukan berjaya mengaitkan pembunuh dengan mangsa.
"Walaupun pelbagai teknik digunakan oleh Ahmad Najib untuk menutup bukti, namun jenayah tersebut tetap terdedah," kata Amidon.
Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman mati.
Bagi teknik membakar mangsa secara beramai-ramai seperti yang berlaku di Ladang Gadong, ia jarang dilakukan namun jelas Amidon, tindakan membuang sisa bakar ke dalam sungai hanyalah satu teknik biasa untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Untuk itu, Amidon memberitahu, pencarian bahan bukti menggunakan khidmat pakar menyelam adalah cara terbaik untuk menjejak kembali bukti-bukti yang cuba dilupuskan itu.
Tambahnya lagi, penggunaan anatomi pengesan logam yang digunakan untuk mengesan besi di dalam tanah atau air hingga kedalaman 20 hingga 30 meter juga menjadi faktor penghapusan bukti sukar dilakukan.
Amidon menjelaskan, walaupun bahan bukti dibuang ke pelbagai tempat, termasuk kawasan ekstrem, ia masih tidak dapat dilupuskan.
Itulah juga yang berlaku ke atas Altantuya Shariibu yang mati ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bom di kawasan Empangan Tasik Subang di Puncak Alam pada 20 Oktober 2006.
Walaupun tubuh Altantuya berkecai, polis masih dapat menemui cebisan daging dan tulang badan wanita itu yang berselerakan dalam radius 200 meter dari tempat tubuh bekas model itu diletupkan.

Alahai Nazri..ha.ha..ha...keh..keh..!!

Posted: 18 Sep 2010 06:26 PM PDT

Nazri Aziz
Awang Selamat

(Mingguan Malaysia) - Utusan pernah dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz sebelum ini. Awang melihatnya sebagai perkara biasa. Perbezaan pendapat bukan suatu masalah lalu Awang memilih untuk berdiam.

Namun Awang terpanggil menjawab tindakan terbaru Nazri yang lantang mempersoalkan Utusan berhubung isu Perkasa.

Seperti biasa, melalui portal berita pro-pembangkang, Malaysian Insider, Nazri sampai ke tahap menuduh Utusan mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

''Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka — Najib atau Dr. Mahathir?,'' kata beliau dalam laporan bertajuk Nazri persoal agenda Utusan perlekeh dasar Najib.

Awang hanya senyum sambil geleng kepala. Tafsiran Nazri begitu liar dan hairan mengapa seorang menteri boleh berfikir sebegitu.

Untuk pengetahuan Nazri, ingin ditegaskan bahawa Awang dan Utusan adalah penyokong Perdana Menteri. Jika hilang jawatan di Utusan sekalipun, Awang tetap akan menyokong Najib. Tiada keraguan.

Maka tidak timbul sama sekali kononnya ada agenda untuk menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Budak sekolah pun tahu hakikat itu.

Awang boleh faham mengapa Nazri melemparkan tuduhan itu kerana beliau sememangnya anti — Dr. Mahathir. Itulah yang menjadikan beliau tidak objektif. Awang bukan seperti Nazri yang sanggup biadap dengan negarawan yang banyak berjasa. Sebab itu, Awang tidak hairan mengapa akhbar Cina ghairah memperlekehkan Dr. Mahathir. Ini kerana ada pemimpin Melayu sendiri yang membuka laluan.

Kalau suatu hari nanti, Nazri bersara, insya Allah, Awang akan menghormati beliau sebagai seorang veteran dan tokoh berjasa, walaupun jasanya tidak sebesar negarawan-negarawan kita.

Nazri juga menghentam Presiden Perkasa, Ibrahim Ali seolah-olah Ibrahim musuh Umno. Nazri lupa, ketika Umno diserang bertubi-tubi terutama selepas PRU12 dan pemimpin Umno difitnah habis-habisan, siapakah pemimpin NGO yang lantang mempertahankan Umno jika bukan Ibrahim.

Beliau berada di banyak pelosok tanah air berceramah melawan kerakusan pembangkang bagi membela Umno dan BN. Awang tidak ingat apa yang Nazri lakukan? Apakah beliau seberani Ibrahim dalam menghadapi pembangkang?

Dengar cerita daripada beberapa pemimpin Umno, Nazri sudah banyak berlembut dengan pembangkang yang motifnya, mungkin beliau tidak mahu dijadikan sasaran kritikan atau mahu ambil jalan selamat. Menurut cerita lagi, kerana strateginya itu, kini Nazri disenangi oleh ramai pemimpin pembangkang. Kalau benar andaian itu, Awang juga boleh bertanya siapa sebenarnya ketua Nazri. Najib atau Anwar Ibrahim atau mungkin Kit Siang?

Mengenai Perkasa, Nazri harus menerima hakikat Perkasa hanyalah sebuah NGO. Orang Melayu tahu membezakan antara parti politik dan NGO.

Awang sesungguhnya tidak berminat berhujah panjang dengan Nazri. Beliau berjawatan menteri, lagi pandai dan bijaksana. Biarlah orang ramai dan pembaca yang menilai. Awang takut menjadi orang yang riak. Jika Awang dilihat silap perhitungan dan terlanjur kata, Awang sedia menerima apa sahaja hukuman. Tiada penyesalan. — Mingguan Malaysia

Debat Calon Ketua AMK Tampil Gagasan Besar Tapi Berbeza

Posted: 18 Sep 2010 06:22 PM PDT

TAIPING 18 SEPT: Program debat calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berlangsung dalam suasana kekeluargaan walaupun semua calon yang bertindak sebagai pemidato, membawa gagasan, kaedah dan idea yang berbeza.

Program yang berlangsung di Dewan Teratai, Kelab Golf Taiping, Perak itu dirasmikan Ketua AMK Perak, Abdul Yunus Jamhari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau.

Pada program berkenaan, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Hasmi Hashim tampil sebagai pemidato pertama yang membentang idea 'Gagasan Pencerahan'.

Beliau mengungkap semula makna dan harapan baru semenjak tercetusnya gerakan reformasi, selain turut menyarankan supaya  fungsi seni dan budaya tidak diketepi dalam arus perjuangan.

"Jangan lupa, ahli politik besar adalah pemikir, budayawan dan penulis, antaranya Presiden Soekarno dan Jose Rizal. Penulis zaman baru yang mahu menjadi besar adalah budayawan yang terjun dalam kancah masyarakat dan melihat kesusahan rakyat," katanya.

Bendahari PKR Trengganu, Rafizi Ramli pula menggamit anak muda mengimbas kembali sejarah awal gerakan reformasi sebagai suatu titik perubahan yang membawa politik baru di negara ini. 

Beliau berpendapat, semangat kebersamaan perlu pada semua peringkat walaupun setiap kelompok mempunyai kaedah dan mekanisme tertentu dalam melaksanakan agenda reformasi mengikut konteks masing-masing.

"Revolusi Perancis yang dipelopori golongan imiah dan intelek  dilakukan bagi melaksanakan perubahan supaya hak rakyat terus dijunjung," katanya yang mengingatkan anak muda betapa cabaran dalam berdepan dengan Barisan Nasional berbeza dengan era 1998. 

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard pula menekankan keperluan pembentukan struktur organisasi yang mantap bagi menyantuni golongan eksekutif sehingga masyarakat jalanan. 

Justeru, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu mengingatkan anak muda betapa kebergantungan kepada parti semata-mata, akan gagal membentuk generasi muda yang mandiri.

"Struktur yang ada perlu diperkasakan. Rancangan bagi anak muda, terutama dalam negeri Pakatan Rakyat perlu digarap. Reformasi bukanl sesuatu yang romantis tetapi adalah realiti yang perlu dihadapi," katanya.

Sesi debat itu dipengerusikan pengasas Universiti Terbuka Perak (Ureka), Afendi Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat Saman Kati.

Debat seumpama itu yang melibatkan calon bertanding pada peringkat parti adalah pertama di negara, bertujuan membentangkan pandangan masing-masing secara ilmiah dan akademi.

"Acara seperti ini mesti dibudayakan. Inilah politik baru yang dibawa PKR dan dimulakan golongan anak  muda," kata Afendi.

Pertandingan PKR; Rafizi Ajak Calon Amalkan Adab Berjamaah

Posted: 18 Sep 2010 06:22 PM PDT

- Elak Budaya Pemilihan Umno
KEMAMAN - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (AMPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli, mengajak calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti tersebut mengamalkan 'adab-adab' berjamaah bagi menjaga keharmonian parti dan silaturrahim sesama 'adik-beradik'.

Menurutnya, walaupun 'berlawan' dalam pemilihan itu pada November nanti, janganlah perkara remeh-temeh dan peribadi menjadi senjata untuk berkempen.

"Sebab itu saya minta, terutamanya teman-teman dalam parti (PKR) kita kena berhati-hati, kadang-kadang pertandingan itu nsama adik beradik tetapi terlampau sengit, sampai kita kadang-kadang terlampu berkira dan terlebih batasan, banyak orang perkatakan benda yang ta manis,

"tapi saya rasa adab berjamaah, sesama adik beradik itu kita kena jaga, walaupun kita berlawan, janganlah perkara remh temeh, yang 'below the belt, yang 'personal' ini, kita gunakan,"katanya.

(Gambar - Rafizi menghadiri rumah terbuka sempena Eidul Fitri anjuran MTD Chukai, 17 September)

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian 'lapor melapor' kepada pihak polis yang telah berlaku dalam Cabang Indera Mahkota, Kuantan, dalam menghadapi suasan kempen pemilihan PKR.

Beliau berkata, sekiranya tidak ada batasan, pertandingan dalam pemilihan parti itu akan menjadi pertandingan peribadi, bukan lagi pertandingan idea.

Oleh itu, menurutnya, rakyat diluar parti yang memerhati perjalanan pertandingan itu tidak boleh dipersalahkan apabila mereka menggunakan konotasi, pemilihan PKR semacam ada 'budaya pemilihan UMNO'.

"Akhirnya, (apabila serangan peribadi) kita gunakan, itu yang akhirnya pertandingan itu jadi 'personal', bukan lagi pertandingan idea, bila pertandingan menjad 'personaliti', dia akan jadi lbih sengit dan kurang manis,

"bila itu berlaku, itu yang orang luar pun...... kita tak boleh salahkan orang luar (memberi tanggapan pemilihan PKR macam pemilihan Umno),"jelasnya.yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka, sempena Eidul Fitri, dirumahnya, Chukai, dekat sini semalam

Justeru, beliau menjangka pertandingan pemilihan PKR pada tahun ini adalah sengit kerana menurutnya, kini PKR lebih dikenali dan lebih ramai yang ingin menyumbang dan bertanding merebut jawatan.

Keadaan itu beliau sifatkan adalah suatu keadaan yang baik.

Namun, katanya, sekiranya kempen dalam pertandingan itu terlalu sengit dan 'tidak bertempat', beliau berpendapat, pihak luar samada pihak media atau merka yang menjadi pemerhati patut memberi peringatan kepada PKR.

"Lagi ramai orang brtanding, lagi bagus, maknanya kita (ada) ramai orang yang ingin menyumbang, cuma masing-masing kena faham adab berjamaah, jangan kita buat sesuatu yang gayanya seolah mirip budaya di sebelah sana (parti Umno),

"yang itu memang, kalau wartawan ke, (kalau) orang luar nak beri peringatan itu kepada parti, patut diberi peringatan,"katanya.

Like Father Like Son

Posted: 18 Sep 2010 06:21 PM PDT


Bila itu tak kena....
salahkan orang.
Bila ini tak menjadi...
tuding jari pada orang.
Bila FDI merosot....
pembangkang salah
Dia... tak salah, always perfect
Orang lain jer salah...
Dia betul sokmo!!

Pooraahh!!!

Kah... kah.... kah... kah.. kah....
A Mum Of Three Mohd

Sosilawati Tak Mahu Pengawal Sebab Tak Suka Senjata Api

Posted: 18 Sep 2010 06:21 PM PDT


Meskipun beliau dilimpahi kekayaan, Datuk Sosilawati Lawiya tidak mahu mengupah pengawal bersenjata kerana tidak sukakan senjata api.

Abang jutawan kosmetik itu, Encik Mashadi Lawiya, 51 tahun, berkata beliau takut senjata itu akan 'makan tuan'.

'Sosila memang tak pernah berminat dengan senjata api seperti pistol atau mengupah pengawal peribadi yang mempunyai senjata bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya.

'Beliau khuatir jika memiliki senjata api atau mengupah pengawal peribadi bersenjata akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan keluarga... umpama senjata makan tuan,' kata beliau di luar rumah jutawan itu di Taman Harmonis, Gombak, kelmarin.

'Beliau sentiasa berpegang pada prinsip hidup dan mati ditentukan Tuhan.'

Peneroka Felda dari Mersing, Johor, itu berkata adiknya amat berhati-hati dan senantiasa berada di kalangan teman-teman yang dipercayainya apabila beliau menjalankan urus niaga besar.

'Beliau berasa yakin dan selesa dengan kehadiran mereka yang mengiringinya pada hari yang membawa padah itu,' kata Encik Mashadi.

Menurutnya, Datuk Sosilawati, meminta anak sulungnya, Cik Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, 25 tahun, untuk mengikutnya ke Banting tetapi 'Erni tidak mahu pergi kerana mahu berbuka puasa di rumah'.

Datuk Sosilawati, 47 tahun, bersama tiga sekutunya - pemandu peribadinya, Encik Kamaruddin Shamsuddin, 44 tahun; peguamnya, Encik Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 tahun; dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Encik Noorhisham Mohamad, 38 tahun - dipercayai dibunuh pada malam 30 Ogos lalu di sebuah ladang di Sungai Gadung, Banting.

Di Kuantan, suasana sedih menyelubungi keluarga Encik Kamaruddin, apabila penyanyi Nasharudin Elias atau Nash, bekas suami Datuk Sosilawati, berziarah.

'Saya tidak sangka persahabatan kami berakhir dengan pemergiannya yang penuh tragis. Selama lebih 25 tahun mengenalinya, hubungan kami cukup rapat seperti adik beradik, malah saya menganggap ibunya seperti ibu kandung sendiri,' kata Nash sambil memeluk ibu Encik Kamaruddin, Cik Zainab Ahmad, 73 tahun.

BELUM APA APA SUDAH LEMBIK

Posted: 18 Sep 2010 06:19 PM PDT

ADNAN KETIKA
DITABALKAN
SEBAGAI TENGKU



KU NAN NOW DENIES BN LEADERS SNUBBED PERKASA
- minisder

Tengku Adnan Tengku Mansor has now denied that his Barisan Nasional (BN) colleagues agreed to keep the ruling coalition from Perkasa as it was eroding their support.

His denial came shortly after Najib Razak's statement yesterday that Umno did not want to stir conflict with any non-governmental organisation (NGO), despite the recent move by Umno leaders, including himself, to rebuff the Malay rights group.

"Our policy is to be close with everybody. We should even go and approach opposition members and explain what our policies are because they are misguided," the BN secretary-general added.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH…


woit… KECUT TELOK BILA DAPAT AMARAN DARI ANAK BUAH BERAHENG…. kah kah kah…

kah kah kah…. ITU BELUM BERAHENG BAGI AMARAN…. kah kah kah..

woit…. BILA BERAHENG BERI AMARAN … BUKAN 24 JAM… TAPI 48 JAM… kah kah kah..

kah kah kah... TAK SEMPAT MALAON INI LARI... kah kah kah..

kah kah kah… NI BELUM FIRAUN BAGI AMARAN…. kah kah kah..

woit... KALAU FIRAUN BERI AMARAN... MALIKUL AKAN JADI PM... kah kah kah

nota:
bila pulak malaon ini jadi tengku?
berapa sekilo harga tengku sekarang ? kah kah kah

TT.

Komponen BN tidak yakin pada Umno

Posted: 18 Sep 2010 06:11 PM PDT

KOTA BHARU, 19 Sept: Parti komponen Barisan Nasional (BN) seolah-olah tidak menaruh keyakinan seratus peratus kepada Umno dalam menerajui BN apabila dilihat percanggahan pandangan yang tercetus di kalangan mereka menyebabkan timbulnya krisis dalaman.
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, keadaan itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) yang semakin stabil.
Justeru, beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri berkata, Kerajaan Persekutuan yang didominasikan Umno BN semakin gentar terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) terutama memandangkan majoriti mereka di Parlimen kurang daripada dua pertiga.
"Dan ini menyebabkan mereka mungkin merasa tidak selesa dengan suasana yang ada, bahkan perbalahan di kalangan parti-parti komponen BN serta parti lain di luar Semenanjung menjadi punca permasalahan yang dihadapi Umno BN.
"Sebaliknya, PR dilihat semakin kuat, semakin baik dari sehari ke sehari, dan kita yakin prestasi PR menjadi akan lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008), insya Allah," katanya yang juga Adun Kelaboran.
Becakap kepada media pada Rumah Terbuka PAS Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, semalam, beliau mendakwa demokrasi yang diamalkan di negara kini berat sebelah.
"Ini jelas apabila kita dihalang untuk mengadakan ceramah politik secara terbuka di semua kawasan di Kelantan dengan alasan di luar musim pilihan raya, sedangkan kita mahu rakyat mengetahui maklumat mengenai parti dan kerajaan negeri dengan baik dan telus meski pun penerangan boleh diadakan di premis sendiri.
"Kita mahu mengadakan ceramah di pentas terbuka terutama di padang dan di tempat terbuka, ramai orang boleh hadir.
"Justeru, kita meminta supaya pihak Kerajaan Persekutuan bersikap lebih terbuka selaras kehendak negara yang dikatakan mengamal demokrasi, dan parti PAS sendiri adalah parti berdaftar, kita halal mengadakan program parti dan tidak bergerak bawah tanah," ujarnya.
Tambahnya, Kerajaan Pusat tidak perlu takut untuk memberi permit kepada PAS mengadakan majlis penerangan parti secara terbuka.
Ini, katanya kerana menurut rekod yang ada, PAS menganjurkan program besar sekali pun membabitkan kehadiran puluhan ribu orang, namun tidak berlaku apa yang disifatkan sebagai rusuhan.
"Bahkan tidak menimbulkan permasalahan kepada pihak keselamatan.  Kita boleh bekerjasama dengan mereka dalam menjaga keamanan dan kawalan lalu lintas," katanya sambil menegaskan bahawa itu rekod PAS selama memerintah Kelantan lebih 20 tahun.

SAPP targets 40 seats in Sabah

Posted: 18 Sep 2010 06:11 PM PDT

The Sabah Progressive Party (SAPP) has reiterated that it will put up its own candidates in 40 state constituencies in the next election. The opposition party sees this as crucial to gain the two-thirds majority in the state assembly to form the next state government.

SAPP president Yong Teck Lee said this at the launching of the party's Kampung Kuala branch-cum-Hari Raya open house which was hosted by pro-tem branch chairman, Abdul Rashid Masir, in Pantai Manis, Papar, here on Thursday.
"We will cooperate with the other opposition parties (in the seats we are contesting)," Yong said, adding that SAPP is starting preparations for the 13th general election beginning December this year after the party's supreme council election in early November.
"Even though the present term (of the government) is only expiring in 2013, we have to be prepared. Normally it will not be up to five years and if they want to hold it simultaneously with Sarawak, it (the general election) will be in 2011," he said.
He reminded party members to prepare themselves to face all kinds of challenges, including intimidation of the ruling Barisan Nasional (BN).
He said the fact that SAPP had continued to grow and muster support from the people in the state despite leaving the ruling coalition had caused the BN to be restless.
"Before (when in the BN) SAPP was known as a mosquito party but now (as an opposition) SAPP is seen as the main challenger to the BN (in the next general election)," he said, adding  that because of this, the BN is now using all kinds of tactics including intimidation to scare off SAPP members and supporters.
Tactics having an effect
Yong claimed that the tactics were already having an effect with party members in Karamunting, Sandakan, who were under pressure and being forced to keep a low profile.
One of them, he said, was the new branch chief who had told him (Yong) that he had to avoid attracting attention.
"When he first joined SAPP, this man was so high-spirited but all of a sudden he says he wants to keep a low profile… he has got a family member working as a teacher who had been cautioned by the employer for the father's involvement in SAPP," said Yong.
"This is their (BN) style. Remember two years ago? Just three days before (SAPP left the BN), they gave me a recommendation letter to become member of the Dewan Negara.
"For one to be recommended as a senator, he or she must have a clean record and not have income tax problem and so on.
"But, one day after (SAPP left the BN) the then Anti-Corruption Agency director-general made a press statement that I was under investigation," Yong said.
Yong said that he even had to call the State ACA's office to check when his statement would be taken because he was worried that they might stop him at the airport just as he was leaving for overseas to attend his son's convocation.
"I called up the Sabah ACA and asked them about it but they were clearly at a loss and instead they asked me what statement I wanted to make…
"This is their way of threatening people. SAPP left the BN coalition with a clear conscience. We didn't owe them anything but we were branded by then prime minister (Abdullah Ahmad Badawi) as 'too greedy'," he said.
Seasoned politicians
Yong received more than 100 new membership applications from Kampung Kuala at the function and welcomed former Berjaya assemblyman, Mohd Saidi Lampoh, into SAPP.
"Leaders like Saidi who are seasoned politicians are not easily intimidated… This augurs well for the development of the party," he said.
Earlier, Saidi said he decided to join SAPP as he reckoned it was the only party that can save Sabah from further losses.
He said it was not right for Prime Minister Najib Tun Razak to keep saying Sabah is the government's "fixed deposit" as though Sabah belongs to Umno.
Saidi likened SAPP as the driver of a vehicle that is available to save the people of Sabah.
"Let's say a tsunami is about to hit this village in 30 minutes. There are trucks waiting outside the road to rescue all of us… do we have to ask who and what race is the driver of the vehicle that will save us?" he asked.
Saidi said he was confident with SAPP because of its action to ditch the BN, which showed the party's courage in standing up for the people of the state.
Among those at the launch were former state finance minister Md Noor Mansor, SAPP deputy presidents Liew Teck Chan and Eric Majimbun, secretary-general Richard Yong, Luyang assemblywoman-cum-Wanita chief Melanie Chia, information chief Chong Pit Fah, Youth chief Edward Dagul, who is also SAPP Pantai Manis CLC chief, and supreme council members.
Later, Yong and his entourage attended the Hari Raya gathering hosted by a vice-president, Amde Sidek, in Sindumin.

Yakinkan rakyat, Pakatan mesti ambil alih Putrajaya

Posted: 18 Sep 2010 06:10 PM PDT

KOTA BHARU, 19 Sept: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS mempunyai keyakinan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini mesti diubah.
Tambahnya, dalam masa sama meyakinkan rakyat bahawa Putrajaya mesti diambil alih memandangkan kepada suasana yang berlaku dalam negara kini memerlukan perubahan.
Suasana dalam negara kini, katanya, perlu ditangani serius oleh pihak berkuasa terutama masalah jenayah, pendidikan dan ekonomi.
Beliau berkata demikian kepada media pada Rumah Terbuka PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, semalam.
Mengulas dakwaan disebabkan persaingan sengit parti politik selepas Pilihan Raya Umum 2008  menyumbang kepada ketidakstabilan negara termasuk hubungan kaum dan sosial masyarakat, beliau berkata kenyataan itu menggambarkan hilangnya kewibawaan pimpinan Umno Barisan Nasional yang mendominasikan negara bagi menjadikan suasana harmoni serta kawalan keselamatan yang baik.
"Apa persoalannya dengan remaja yang membuang anak, kelahiran anak luar nikah yang begitu ketara mutakhir ini, penipuan di kalangan ahli-ahli perniagaan hingga membawa kepada berlakunya pembunuhan, apa kaitannya dengan persaingan sengit parti politik?" soalnya yang juga Bendahari PAS Pusat.
Ini kerana, katanya persaingan politik adalah pada bentuk ideologi dalam mengemukakan pilihan-pilihan dan alternatif kepada rakyat.
Namun apa yang berlaku dalam negara kini, katanya menyebabkan rakyat seolah-olah berada dalam keadaan terumbang ambing, ekonomi dan masa depan pendidikan negara tidak jelas.
Begitu juga, ujarnya dengan suasana pergaulan sosial masyarakat khususnya di kalangan remaja tidak dikawal dengan serius, sedangkan itu adalah fungsi yang mesti dilaksanakan pihak berkuasa.
Beliau menambah, ertinya keputusan PRU 2008 itu menyebabkan Umno BN tidak mampu mentadbir dengan baik walau pun mereka menang, meski pun bukan dua pertiga di Parlimen.
Pada beliau, Umno BN mesti mengaku kegagalan mentadbir negara serta menggambarkan betapa merosotnya prestasi parti perkauman Melayu itu.
"Dakwaan itu juga sebagai permulaan kepada satu pilihan raya untuk mendapatkan mandat baru memandangkan mandat yang ada kini adalah 'mandat kepada Pak Lah', dan kalau itulah kemungkinannya maka dakwaan analisa persaingan sengit politik itu adalah di luar politikal," ujarnya.

Rakan Sosilawati Pula Mati Tergantung........

Posted: 18 Sep 2010 06:08 PM PDT

Sarina



Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.
Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.
Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.
Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.
"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.

Lim Guan Eng : Pastikan Anwar Ibrahim Jadi PM dan Nizar Jadi MB

Posted: 18 Sep 2010 06:06 PM PDT

Nizar dan Lim Guan Eng pemimpin harapan rakyat.Kedua-duanya menjadi minat musuh poitik menyekat karier politik mereka untuk melumpuhkan sokongan rakyat kepada PR.

Oleh : Cikgu Din Sisibukit

Ucapan Sdr YAB Lim Guan Eng malam kelmarin cukup menarik,beliau berucap selang seli Bahasa Melayu,dan Mandarin.

Beliau menyentuh pemerintah BN yang rasuah dan perkauman.Lim Guan Eng juga memberi penekanan bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat boleh direrima rakyat.

Pertama beliau meminta pimpinan kerajaan mendengar suara rakyat.Lim Guan Eng juga meminta kita semua buat kerja rakyat .Di samping Pakatan Rakyat mesti memberi harapan kepada rakyat.

Akhir ucapannya Lim Guan Eng meminta kita untuk terus bekerja .

"Pastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Nizar menjadi Menteri Besar Perak"ucap Lim Guan Eng.

ESOK HJ MUSTAFFA KAMIL AYUB AKAN DAPAT 5 PENCALONAN DI PERAK

Posted: 18 Sep 2010 09:50 AM PDT

Seperti yang dijangka Hj Mustaffa Kamil Ayub selesa dengan pencalonan daripada cabang-cabang di Perak. Cabang Gerik , Lenggong, Bagan Serai, Taiping dan Sg Siput mencerahkan lagi Hj Mustaffa Kamil untuk bertanding Timbalan Presiden. YB Azmin dapat 4 pencalonan serta Datuk Zaid dapat 1 pencalonan.

Esok 8 Cabang akan adakan Mesyaurat Agung, Cabang Kuala Kangsar,Ipoh Barat, Ipoh Timur,Tambun, Batu Gajah, Kampar, Parit dan Beruas.

Hj Mustaffa Kamil di jangka akan mendapat 5 lagi pencalonan, Datuk Zaid 1 pencalonan manakala YB Azmin dijangka hanya akan dapat 2 pencalonan, dan mungkin juga akan ada cabang di Perak yang akan mencalonkan Hj Mustaffa Kamil Ayub sebagai Presiden. Apa pun itu tertakluk kepada pandangan cabang- cabang di Perak esok.

Bagi jawatan Ketua Cabang, 4 muka baru,Cabang Taiping (Mohd Lokman), Cabang Gerik(Moon Ahka) , Lenggong (Mohd Yunus b Hashim) dan Cabang Larut (Dr Mohd Nor Manuty).

Manakala cabang lain menang tanpa bertanding, Cabang Bagan Serai ( Md. Nasib), Cabang Sg Siput( Mohd Aun), Cabang Parit Buntar( YB Abdul Yunus) , Cabang Padang Rengas( Alias Zenon) dan Cabang Bukit Gantang( Hj Ismail Yusop).

Dan esok 5 Cabang akan ada pertandingan bagi Ketua Cabang, Cabang Batu Gajah(Nadarajah/Lee Soh Har/ Ng Mun Yin- semua muka baru), Cabang Beruas ( Robert Ngo Chin Pen- (Penyandang) /Vijayananthan), Cabang Tambun ( Zulkifli Ibrahim-(Penyandang) /Ahmad Salehudin), Cabang Kuala Kangsar( Tun Ali / Ismail Bahak-semua muka baru) dan Cabang Kampar( Hj Ahmad Shaarani-(Penyandang)/ YB Chan Ming Kai)

Manakala yang menang tanpa bertanding Hj Usaili Alias( Parit) , MA Tinagaran( Ipoh Barat) serta YB Chang Lih Kang(Ipoh Timur)

Tiada ulasan: