Selasa, 14 September 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Suspek bunuh: Polis perlu jelas kepada rakyat

Posted: 14 Sep 2010 08:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Polis bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sejauh manakah siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat apabila suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dilaporkan mungkin terlibat dalam pembunuhan sehingga sembilan mangsa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Walaupun diumumkan Isnin lalu bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tercapai kerana kadar jenayah turun, rakyat yang semakin gelisah dengan pelbagai jenayah berat yang terus berlaku berhak mendapat tahu sejauh manakah tindakan polis menyiasat kehilangan beberapa orang yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan pembantu-pembantunya itu.
"Apakah tindakan pencegahan yang dilakukan dan berapa laporan polis yang diterima yang ada kaitan dengan suspek itu?" kata beliau.
Menurut beliau, polis dilaporkan telah mengakui bahawa mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.
"Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini? Apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu?" kata Mahfuz.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan bahawa perkara tersebut penting dijelaskan kerana akhbar The Star melaporkan mungkin sembilan orang dibunuh dan dihapuskan dengan cara yang sama, Utusan Malaysia pula melaporkan sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan sebelum ini dipercayai dapat diselesaikan dengan berikutan pengakuan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Sosilawati bahawa mereka pernah terlibat dalam kes-kes terdahulu manakala Kosmo! pula melaporkan bahawa "ahli perniagaan terbabit mahir 'menghilangkan' pelanggannya".
"Yang lebih membimbangkan ialah apabila Kosmo! juga melaporkan bahawa 'maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan'.
"Laporan-laporan tersebut dibuat oleh akhbar-akhbar pro-kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebab itulah pihaik polis bertanggungjawab mententeramkan kebimbangan orang ramai dengan menjelaskan sejauh mana siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat terhadap apa yang dilaporkan sebagai 'sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan sebelum ini'.
"Kita tidak mahu lagi membaca laporan ada penjenayah yang 'terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan' selepas ini," tegas beliau.
Mahfuz percaya, jika polis telah menyelesaikan empat aduan sebelum ini, mungkin tidak berlaku pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Beliau mempersoalkan, adakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru tersebut tidak berlaku.
"Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu," kata beliau lagi.

Wan Azizah, 3 lagi menang ketua cabang PKR

Posted: 14 Sep 2010 08:53 PM PDT

GEORGETOWN, 15 Sept: Empat Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya memenangi ketua cabang tanpa bertanding di Pulau Pinang.
Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah (gambar) berjaya mempertahankan jawatannya di Permatang Pauh apabila menang tanpa bertanding.
Manakala Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman yang mencuba nasib bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh akan ditentang oleh Che Mat Hashim dan Roselai Muhamad.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Tan Hock Leong yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR Negeri turut memenangi Ketua Cabang bagi Bukit Mertajam.
Sementara itu Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim turut tidak dicabar apabila berjaya memenangi Ketua Cabang Tanjung dengan selesa.
Manakala seorang lagi Exco Kerajaan Negeri yang berjaya memenangi Ketua Cabang tanpa bertanding ialah Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Bukit Tambun.
Beliau menang tanpa bertanding bagi Ketua Cabang Batu Kawan.
Sembilan lagi cabang akan menghadapi tentangan antara satu sama lain bagi merebut jawatan ketua, timbalan dan naib.
Speaker Dun Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain akan turut dicabar oleh Mohd Sukri Ishak bagi jawatan Ketua Cabang di Balik Pulau.
Bagi Cabang Bukit Gelugor pula Adun Batu Uban, Raveentharan Subramaniam akan dicabar oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Lim Boo Chang.
Ustaz Maktar Shapee yang juga Adun Sungei Bakap akan mempertahankan jawatan Ketua Cabang Nibong Tebal.
Beliau turut ditentang oleh Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Mohd Rizal Abd Hamid. Dua lagi calon ialah Shafie Ahmad dan Mohamad Sarif Man.
Adun Kebun Bunga, Ong Khan Lee akan turut ditentang satu lawan satu bagi Cabang Bukit Bendera untuk jawatan Ketua Cabang.
Ketua Bayan Baru yang dikosongkan oleh Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim selepas menjadi wakil rakyat Bebas turut menjadi rebutan antara Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin yang akan dicabar oleh M Ngnana Sagaran Muthusamy.
Menurut Pegawai Pemilihan PKR  Negeri Pulau Pinang, Rezal Huzairi Md Zaki, bagi Cabang Bagan, Ahmad Farid Md Arshad akan ditentang oleh dua lagi calon dalam pertandingan tiga penjuru.
Di Tasek Gelugor pula, Mohamad Hashim akan ditentang oleh Mohamed Wasir Mohamed dalam pertandingan satu lawan satu untuk jawatan Ketua Cabang.
Bagi Cabang Kepala Batas pula Zaini Awang akan ditentang oleh Abdul Latif Abdullah.
Cabang Jelutong akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Cheah Kah Peng, Ong Beng Toe dan Shahul Hameed MK Mohamed Ishack.
Pemilihan bagi merebut jawatan tersebut akan bermula pada 17 September ini.
PKR juga merupakan parti yang pertama mengadakan proses pemilihan secara demokrasi sepenuhnya dengan memberi kuasa penuh kepada hampir setengah juta ahlinya untuk membuat pilihan bagi memilih pucuk pimpinan parti.

Dilema seorang polis pencen

Posted: 14 Sep 2010 08:50 PM PDT


Mohd Rashidi Hassan     
TAN Sri Musa Hassan barangkali termasuk di kalangan Ketua Polis Negara yang paling malang dalam sejarah perkhidmatan polis negara. Hari Ahad 12 September lepas diadakan majlis perpisahan tugas beliau.
Nasibnya malang kerana setelah berkhidmat lebih 40 tahun dalam pasukan polis, beliau dihentikan dengan cara yang amat hina.
Apa tidak hinanya, jika seorang yang menjawat kedudukan paling tinggi dalam institusi yang paling penting dalam menguruskan keselamatan negara, diberhentikan secara tiba-tiba.
Cara Musa diberhentikan memang hina, kerana beliau langsung tidak diberitahu oleh kerajaan. Kata Musa beliau hanya mengetahui kontraknya tidak disambung, hanya melalui pengumuman media.
Memang Musa patut bersedia untuk tidak disambung kontrak, namun tidak bolehkah pihak kerajaan membuatnya dengan prosedur yang lebih berhemah, iaitu dengan memaklumkan kepada beliau lebih awal, supaya beliau boleh keluar dari pejabat KPN dengan cara yang terhormat.
Kalau kita jadi Musa kita pun akan terkejut. Apa malangnya Musa? Mengapakah kerajaan Umno-Barisan Nasional melayannya dengan begitu hina?
Apakah kerana hubungan dingin Musa selaku KPN dengan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein, mendorong beliau diperlakukan sebegitu hina?
Sebab itu Musa berhak mempertikaikan cara kerajaan memberhentikan beliau. Beliau berhak dilayan dengan sopan dan hemah.
Cara kerajaan Umno-BN memberhentikan Musa seolah-olah orang yang tidak mengenang budi. Sedangkan, Umno-BN patut berterima kasih terhadap Musa, kerana khidmatnya yang penuh 'cemerlang'.
Jasa besar Musa membantu Umno
Musa patut dianggap cemerlang kerana 12 tahun yang lalu, selaku pengawai penyiasat polis (I.O), beliau mengendalikan kes berprofil tinggi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Musa adalah pegawai polis yang 'berjasa' menjayakan agenda konspirator Umno untuk menghapuskan karier politik Anwar.
Pada waktu itu (tahun 1998) beliau berpangkat SAC1 (Senior Assistant Commissioner of Police 1). Belum dapat Dato' belum dapat Tan Sri.
Menurut keterangan yang dicatat di dalam buku 'Anwar on Trial - In the Face on Injustice' karangan peguam terkemuka, Pawancheek Marican, Musa adalah pegawai yang menyiasat surat layang atau poison-pen letter yang melemparkankan pelbagai tuduhan terhadap Anwar.
Musa memainkan peranan utama untuk menyiasat dakwaan terhadap Anwar seperti yang terkandung dalam buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM', yang ditulis Khalid Jafri.
Orang-orang Musa (pegawai polis bawahannya), ditugaskan untuk mengeledah dua unit apartment di Tivoli Villa, Bangsar. Mereka menyita tilam yang didakwa terdapat kesan air mani (semen stains) dan helaian bulu (pubic hair) untuk dibuat perbandingan DNA dengan Anwar.
Kes yang dibawa Musa mencatatkan sejarah tersendiri dalam perundangan negara, tilam menjadi tersohor apabila diangkut ke dalam bilik mahkamah sebagai salah 'seorang' saksi utama kes Anwar.
Keterangan Musa di mahkamah banyak dibantah peguam Anwar, khususnya Christopher Fernando,kerana dianggap mengemukakan 'khabar-khabar angin' yang tidak berkaitan dengan kes.
Tetapi bantahan Fernando ditolak Hakim Augustine Paul, yang membuat ruling bahawa semua keterangan Musa adalah relevan dengan kes.
Jasa besar Musa tercatat, apabila mengemukakan afidavit jawapan terhadap Dato' S Nallakaruppan, yang mencatatkan banyak tuduhan serius terhadap Anwar, walaupun ianya tiada kena mengenakan dengan kes secara spesifik.
Tindakan Musa dianggap peguambela Anwar, sebagai sebagai usaha untuk memburuk-burukkan serta menjatuhkan kredibiliti client mereka.
Hasil daripada afidavit dan keterangan bersumpah Musa, media arus perdana memaparkan semua tuduhan terhadap Anwar di muka hadapan.
Ianya merupakan pelanggaran etika dan prosedur undang-undang, kerana sepatutnya afidavit yang belum dikemukakan dalam mahkamah tidak boleh disiarkan. Tetapi di atas kuasa rakus para konspirator, semua peruntukan undang-undang diketepikan, asalkan Anwar berjaya dihukum.
Disebabkan peranan Musalah, Anwar telah dihukum media talibarut Umno sebagai pesalah yang paling jahat dan paling jijik dalam negara, walaupun tuduhan terhadap beliau belum lagi disebut dalam mahkamah.
Tatkala Musa dan media talibarut Umno-BN menyerang Anwar, TPM yang dipecat itu sudahpun menerima balasan sepak terajang dalam sel polis, yang dilakukan sendiri oleh KPN, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Banyak lagi peranan Musa sepanjang perkhidmatannya, menguntungkan Umno, tetapi tidak perlu dicatat dalam ruangan yang terhad ini.
Jasa besar Musa dalam perkhidmatannya ialah menjadi alat politik konspirator, untuk memusnahkan karier politik seteru mereka, iaitu Anwar.
Hasilnya gerakan politik Anwar tergendala selama enam tahun akibat disumbat dalam penjara. Anwar juga mengambil masa bertahun-tahun untuk memulihkan imej politik beliau.
Kes Anwar adalah merupakan suatu kes klasik yang menunjukkan secara 'direct' bahawa wujudnya campurtangan politik dalam urusan polis.
Terpahat persepsi di kalangan rakyat sehingga kini, bahawa pihak polis berkhidmat di bawah telunjuk Umno-BN.  Entah mengapa persepsi ini sukar untuk dihakis.
Apapun, hasil daripada sumbangan 'besar' Musa, beliau telahpun mendapat anugerah besar sehingga dilantik menjadi KPN dan mendapat gelaran Tan Sri.
Malah Musa sepatutnya bersara beberapa tahun lepas, tetapi khidmatnya disambung beberapa tahun atas ihsan Umno-BN.
Reaksi pemberhentian Musa
Namun, nampaknya Umno-BN kini, kelihatannya tidak mahu 'terikat' dengan jasa-jasa Musa.
Mungkin juga bagi Umno-BN, imej polis yang tercalar di bawah kepimpinan Musa sukar dipulihkan kerana, Musa dianggap sebahagian besar rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat sebagai terlalu personal dengan Anwar.
Maka bagi Umno-BN, selagi Musa menduduki kerusi KPN, persepsi buruk rakyat terhadap integriti pasukan polis, sukar dihakis. Mungkin bagi mereka, hanya dengan 'melepaskan' Musa, persepsi rakyat akan kembali pulih.
Selain daripada itu wujud khabar bahawa Musa 'tidak berlaga' dengan Menteri. Malah ada rumours mengatakan ada beberapa kes membabitkan Musa yang menyebabkan kerajaan tidak berapa selesa dengannya.
Lalu Musa diberhentikan dengan cara yang begitu hina dan memalukan.
Lantas, sebagai reaksinya terhadap pemberhentian mengejut itu, Musa mendakwa ada campurtangan kerajaan terhadap pengurusan polis, dengan arahan yang bertindan, sehingga menyukarkan tugas KPN.
Kalau hendak diikutkan geram rakyat, kita patut bersorak gembira, biar dia 'padan muka'.
Musa berhak bersuara. Beliau berhak 'melepaskan geram' terhadap gangguan ahli politik Umno-BN terhadap tugas anggota polis. Namun Musa barangkali tidak sedar bahawa perlantikan beliau sebagai KPN dan sesiapa sahaja yang menduduki jawatan itu sebelumnya, adalah di atas lantikan politik.
Oleh kerana pelantikan KPN adalah diatas perogatif Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, maka Umno sentiasa akan beranggapan bahawa KPN adalah 'budak suruhan' mereka.
Pasukan polis adalah benteng pertahanan terakhir sebuah kerajaan, oleh sebab itu mereka dianggap terpaksa mengikut telunjuk 'orang yang memberi mereka makan', walhal pada hakikatnya mereka adalah pihak yang bertugas menjaga keselamatan negara.
Keikhlasan anggota polis menjalankan tugas menjaga keamanan, disalahgunakan Umno-BN untuk kepentingan politik mereka.
Dalam kes Musa secara spesifik, jelas menunjukkan bahawa Umno-BN sudah tidak lagi menghargai jasa beliau. Musa dan anggota polis di bawah kepimpinannya, tidak lagi dilihat boleh membantu menyelamatkan Umno. 'Habis sepah madu dibuang.'
Pulihkan integriti pasukan polis
Bagi Pakatan Rakyat serta majoriti rakyat yang menyokongnya, jalan terbaik untuk memulihkan integriti polis, ialah dengan memisahkannya dari ditentukan penguasa elitis Umno-BN.
Bukan sahaja KPN, malah perlantikan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan banyak lagi jawatan utama, harus dibuat oleh Parlimen.
Kerajaan boleh membentuk satu suruhanjaya khusus dan membuat cadangan kepada Parlimen. Nama-nama mereka, harus diperhalusi dan dinilai oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.
Rakyat tidak mahu jawatan dan lain-lain dilantik dan ditentukan oleh PM dari Umno-BN. Mereka mesti dilantik rakyat dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong selaku kuasa yang tertinggi dalam negara.
Hanya dengan cara ini, integriti dan maruah polis yang tercalar akan dapat dipulihkan.
Akibat daripada kuatnya kuasa politik Umno-BN, banyak cadangan dalam Suruhanjaya Di Raja yang membentuk Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC), 'dibakul sampahkan'.
Dalam satu kenyataan, Anwar selaku Ketua Pembangkang mencatatkan dalam blog beliau:
"Saya ulangi kekecewaan ramai dari ahli parlimen kerana kegagalan kerajaan meneliti serta menuruti saranan IPCMC. Sungguhpun saya mengakui hasrat kerajaan untuk melebarkan peranan suruhanjaya ini kepada sejumlah 27 agensi lainnya. Latar asal dari rang undang-undang siap perlu diberi perhatian sewajarnya. Pokok pangkalnya adalah terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi polis.
Sekiranya asas ini diabaikan, permasalahan sebenar tidak akan selesai. Integriti agensi kerajaan terutamanya pasukan polis tercalar teruk akibat salah guna kuasa segelintir pucuk pimpinannya tatkala mereka di bawah tetap berdedikasi mencurah bakti kepada masyarakat. Ketiadaan fasal berkaitan bidangkuasa siasatan  hanya menyebabkan kewujudan suruhanjaya tersebut seumpama 'melepaskan batuk di tangga.'
Yang lebih mengejutkan saranan IPCMC ditolak kononnya adalah untuk melindungi ramai anggota polis yang majoritinya orang Melayu. Membingungkan sekali alasan sebegini, sedangkan yang terlibat melanggar jalur hukum merupakan pucuk pimpinan polis. Berselindung di sebalik alasan kaum merupakan alasan dangkal yang cuba memperbodohkan rakyat.
Oleh kerana itu saya menekankan tiadanya iltizam politik pada pihak pimpinan Umno-BN untuk benar-benar memastikan perubahan terlaksana. Tidak hairanlah usaha kerajaan ini seakan fatamorgana yang cuba mengelirukan mata rakyat. Insya Allah dengan usaha dan doa, pastinya yang hak  akan mengatasi yang batil."
Selamat bersara Tan Sri Musa Hassan!

PRU 13 sengit, pengundi mahu PR menang besar

Posted: 14 Sep 2010 08:43 PM PDT

BAGAN DATOH, 15 Sept: Pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) bakal menyaksikan pertarungan sengit selepas berlaku kebangkitan baru di kalangan pengundi yang inginkan kemenangan lebih besar Pakatan Rakyat.
Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menegaskan, pengalaman tumbangnya negeri di bawah PR lantaran kemenangan kecil yang boleh ditumpaskan bila tiga wakil rakyat melompat; menyemarakkan daya juang.
"Rakyat melihat perkara ini sebagai satu pengalaman pahit yang mesti ditebus semula di dalam pilihan raya depan, ujarnya, semangat ini hendaklah diterjemahkan terus dengan tindakan di petak peti undi.
"Perubahan ke arah terbaik akan dapat dilakukan dengan lebih hebat jika kita dapat memerintah negeri ini, kerana itu jangan hanya menang di Dun Rungkup sahaja tetapi kita mahu menang besar," tegasnya.
Disebutkan beberapa contoh terbaik gandingan yang berlaku sehingga kini di antara pimpinan Pakatan Rakyat yang banyak saling memahami antara satu sama lain yang menggerunkan BN.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh berucap demikian dalam Majlis Meraikan Perantau sempena Aidilfitri 1431H di markaz PAS kawasan di Selekoh, dekat sini, kelmarin.
Justeru, beliau menyeru pengundi kelahiran Bagan Datoh terutama anak muda diseru mendaftar mengundi  di kawasan ini dalam usaha melipatgandakan jumlah pengundi dalam PRU 13 akan datang.
Dalam pada itu, Misbahul juga berkata, sudah sampai masanya Kempen Mengundi Balik Kampung digerakkan ke seluruh kawasan bagi memastikan hasrat mendapat kemenangan besar tercapai.
Beliau turut menyarankan penubuhan NGO seperti Ikatan Anak Perantau Bagan Datoh dan seumpamanya diperbanyakkan kerana dengan itu berbagai perkara dapat dilakukan dalam usaha gembleng minat dan semangat pengundi.
Dalam majlis sama juga, beliau melancarkan Gerakan Infak Dewan Serbaguna PAS Kawasan Bagan Datoh yang sudah dimulai dengan pembinaan cerucuk dalaman melebihi RM20 ribu.
Sehubungan itu, mereka yang berminat berbuat demikian boleh melayari  http://pasbagandatoh53.blogspot.com/ dan http://misabah.blogspot.com/ untuk mendapat maklumat lanjut.

Rakyat diseru doa keamanan untuk Malaysia

Posted: 14 Sep 2010 08:42 PM PDT

KUALA LUMPUR 15 Sept: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyeru rakyat mendoakan keamanan untuk rakyat negara ini dan menolak segala bentuk kezaliman yang berlaku sempena sambutan Hari Malaysia ke-47, esok.

NGO tersebut yang turut disertai Jawatankuasa Hak Sivil di bawah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Rakyat Malaysia Untuk Beng Hock dan Saya Anak Bangsa Malaysia mahu rakyat negara ini juga menolak sebarang bentuk perkauman dan mengutuk sebarang bentuk kekangan terhadap media.

Sehubungan itu mereka juga akan menganjurkan program bertakafur 47 minit mendoakan 'Keamanan Untuk Malaysia' di KLSCAH malam ini dari pukul 11.12 malam hingga 11.59 malam.

Rakyat Malaysia yang hadir digesa memakai pakaian serba hitam dan menyertai inisiatif tersebut dengan menulis mengenai Malaysia idaman mereka, membaca atau berdiam diri sahaja berfikir mengenai untung nasib negara.

"Marilah bersama-sama kita katakan tidak kepada perkauman dan kekangan terhadap media dengan bertafakur selama 47 minit," kata mereka dalam satu kenyataan.

Program tersebut juga katanya sebagai tindakan menunjukkan perpaduan rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana persaudaraan melalui prinsip kebebasan.

"Kita bukannya ditakdirkan untuk menjalin persaudaraan sebagai hamba, hidup dalam aman hanya kerana takutkan undang-undang drakonian atau rusuhan kaum. Kita juga bukan ditakdirkan menegakkan hak kebebasan secara tidak bertanggunbgjawab dan tanpa perasaan menyebabkan atau tidak menghiraukan kesengsaraan saudara kita," tegas mereka lagi.

Mereka menyeru rakyat Malaysia turut mengadakan aktiviti sama di tempat masing-masing dengan mengambil kira bahawa sebagai anak watan, rakyat negara ini tiada tempat lain untuk berteduh selain Malaysia.

"Marilah kita berganding bahu dengan rakyat Malaysia yang lain, berkasih sayang bukan disebabkan rasa takut atau toleransi. Marilah kita mendengar rintihan satu sama lain dan menyelami perasaan walaupun berbeza pendapat," kata kenyataan itu.

NURUL IZZAH: Mengapa saya ajak Perkasa berdebat?

Posted: 14 Sep 2010 08:26 PM PDT

Semenjak tulisan saya menjemput Perkasa untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu pada 31 Ogos lalu diterbitkan, bermacam-macam tohmahan telah dikeluarkan terhadap saya.
Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.
Hairan, kerana orang yang mencadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka sebanyak 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula mengalami nasib yang sama seperti saya.
Saya sudah jelaskan bahawa bukanlah niat saya untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar untuk mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.
Yang saya hujahkan dalam tulisan saya sebelum ini adalah bukan kedudukan istemewa orang Melayu dipersoalkan tetapi PELAKSANAAN dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan?
Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincangkan hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan.
Kerana jemputan saya sudah ditolak, biarlah saya jelaskan sahaja di sini, apa sebenarnya menimbulkan kegusaran saya tentang perjuangan Perkasa dan soal kedudukan istimewa orang Melayu.
Pertama soal kuota dalam perkhidmatan awam. Mengikut statistik tahun 2009, 78.2 peratus daripada kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera.
Namun, kerajaan juga sedang berusaha untuk merekrut lebih ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, kerana keperluan menyampaikan perkhidmatan kepada warga pelbagai kaum.
Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?
Kedua, soalan yang sama juga boleh ditanya dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh.
Oleh itu, bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan persekutuan?
Saya juga percaya Perkasa sudah tentu akan bersetuju dengan saya kalau saya cadangkan sebahagian pendapatan Petronas, 30 peratus keuntungan tahunan misalnya, disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk membiayai biasiswa anak-anak kita.
Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu.
Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada melaung-laungkan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain. Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Yang saya perjuangkan adalah banyakkan biasiswa menjadi 100 tempat, contohnya, sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat.
Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi. Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa?
Saya juga tertarik dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor dalam sektor perkhidmatan.
Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan "Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini."
Kepentingan ini termasuklah dalam keutamaan lesen-lesen perniagaan. Jadi adakah ini bermakna liberalisasi ini bertentangan dengan perlembagaan?
Tidakkah ini memberi kesan kepada "hak Melayu"?
Oleh kerana kedudukan Bahasa Melayu juga dijamin perlembagaan, bagaimana pula dengan usaha Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan? Soal Perlembagaan tidak dibangkitkan ketika itu. Jelas, peruntukan Perlembagaan itu bukanlah kaku, sebaliknya ia fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tuntutan zaman.
Mahkamah Tinggi pada Mei lalu juga telah mengisytiharkan bahawa PPSMI tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah-sekolah masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Dan perkara paling besar dalam soal kedudukan orang Melayu ini tentulah pegangan ekuiti Bumiputera yang ditetapkan pada kadar minimum 30 peratus.
Inilah dasar yang begitu kuat dipertahankan Perkasa dan sekutunya Umno.
Dasar ini pada saya cukup kabur sekali, kerana tidak jelas apa yang dipertahankan sebenarnya. Adakah memperuntukkan minimum 30 peratus itu akan mengayakan keseluruhan orang Melayu? Adakah ia akan menaikkan taraf hidup orang Melayu? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan bandar, yang mangsanya kebanyakannya adalah orang Melayu?
Dan data-data berkenaan polisi ini juga sebenarnya terlalu kabur. Kajian terbitan Universiti Malaya pada 2002 mengatakan pegangan orang Melayu sebenarnya sudah mencapai 33.7 peratus, Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) pada 2006 pula meletakkan angka 45 peratus. Sementara pihak kerajaan pada 2006 juga mengatakan pegangan ekuiti Bumiputera hanya 18.9 peratus.
Perbezaan-perbezaan angka dikatakan berpunca daripada masalah metodologi. Namun yang pasti, walau apa angkanya, orang Melayu terbanyak tidak mendapat faedah daripada dasar ini.
Jika Perkasa bersungguh dan ikhlas, saya menjemput Perkasa untuk sama-sama mencadangkan satu dasar 'Pengagihan Semula secara Adil Kekayan Ekuiti Bumiputera' sediada didalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan pengswastaan dari kerajaan, konsesi lebuhraya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30 peratus daripada saham milik individu atau syarikat bumiputera dengan menggunakan nilai saham 'par-value' yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu dimana 25 peratus saham tadi dimasukkan kedalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5 peratus kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi. Dan baki 70 peratus pegangan asal masih didalam tangan pemilik individu dan syarikat bumiputera tadi.
Untuk menguji keberkesanan dasar ini, saya cadangkan kita mulakan dengan syarikat Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan yang menerima kontrak membina sebuah jambatan di Pasir Mas satu ketika dahulu.
Apa yang saya cuba bangkitkan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Kerana itu saya terkejut apabila bermacam-macam tohmahan ditujukan kepada saya.
Debat yang saya cadangkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangka oleh sesetengah pengasas negara kita.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail sendiri pernah mengatakan bahawa kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang-orang Melayu. Jangan lupa Allahyarham adalah juga anggota Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
Maka Tun Dr Ismail mengatakan kedudukan orang Melayu ini akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Beliau meramalkan dengan semakin ramai Melayu yang berpendidikan dan mendapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa ini.
Walaupun bukanlah tujuan saya di sini untuk menghapuskan peruntukan perlembagaan itu, kerana yang saya persoalkan adalah dasar dan pelaksanaan.
Tapi apa yang hendak saya katakan adalah proses perubahan seperti yang diramalkan bekas timbalan presiden Umno itu hanya boleh bermula dengan muhasabah melalui perdebatan.
* Penulis adalah ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau mengalu-alukan maklum balas di mp@nurulizzah.com

SIAPA MAT TIPU DAM SIAPA MAT FITNAH

Posted: 14 Sep 2010 08:25 PM PDT

RIZ KHAN KATA MADEY BUKAN MELAYU-KENAPA TAK SAMAN ?
 
MAHASISWA JANGAN SEBAR FITNAH - melayau

Golongan mahasiswa dinasihatkan tidak menyebarkan fitnah dengan mengeluarkan kenyataan yang direka-reka tanpa fakta yang sah.

Sebaliknya, mahasiswa diminta memahami dan menyokong dasar kerajaan serta memberikan pemahaman untuk menyatupadukan rakyat berasaskan kedudukan mereka yang dipandang tinggi dalam masyarakat.

Mustapa Mohamed berkata, fakta-fakta yang salah bukan sahaja menyakitkan hati tetapi menimbulkan kemarahan dan perpecahan.

"Elakkan daripada menyebarkan fitnah dengan mengeluarkan kenyataan yang direka-reka tanpa fakta dan dalil-dalil yang sah kerana akan menyakitkan hati serta terbit rasa marah, lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh golongan cerdik pandai yang mempunyai kelulusan daripada universiti.

KAH KAH KAH

woit… INI TOK PA BANGANG…. kah kah kah…

woit…. BUAT CERITA KATAKAN MALAYA MERDEKA KERANA GEROMBOLAN BUKAN TIPU DAN FITNAH?.... kah kah kah..

kah kah kah…. LAGU MEMULA MOON …. JADI LAGU TERANG BULAN… JADI LAGU NEGARA KU … BUKAN TIPU DAN FITNAH…. kah kah kah…

kah kah kah…. BUAT BENDERA JALUR GEMILANG…. CIPLAK DARI BENDERA AMERIKA BUKAN TIPU DAN FITNAH….. kah kah kah…

kah kah kah…. BUNUH ALTANTUYA DAN TUDUH DUA POLIS CABUK…. BUKAN TIPU DAN FITNAH…. kah kah kah..

kah kah kah…. BUNUH TEOH BENG HOCK… KEMUDIAN TUDUH DIA CEKOK LEHER SENDIRI BUKAN TIPU DAN FITNAH….. kah kah kah..

kah kah kah… AMBIL DUIT RASUAH BELI KAPAL SELAM TUKAR JADI DUIT KOMISEN….. BUKAN TIPU DAN FITNAH…. kah kah kah…

kah kah kah…. PANGGIL ADNAN… TENGKU ADANAN BUKAN TIPU DAN FITNAH…. kah kah kah..

woit…. ANGKAT MAHATHIR SEBAGAI MELAYU…. BUKAN TIPU DAN FITNAH…. kah kah kah
TT.

Masalah S'gor 'sangat teruk', Khir tak minat jadi MB lagi..kah.kah...kah....sape mau wak tempe nie...!!

Posted: 14 Sep 2010 08:23 PM PDT

Datuk Seri Dr Khir Toyo berkata beliau tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor. Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, sekiranya mereka berjaya merampas semula negeri itu.

Khir memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Selangor.

Masalah ini "sangat teruk" dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat, katanya.

"Untuk dapatkan semula kita punya pentadbiran akan jadi sukar dalam keadaan sekarang. Ekonomi teruk, pembangunan tak berlaku dengan baik," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Katanya lagi, beliau sememangnya tidak ada masalah untuk kembali menerajui negeri itu berdasarkan pengalamannya.

"Saya ingat bila saya masuk kerajaan negeri sangat teruk. Rizab (kewangan) tinggal RM200 juta. Semua (syarikat berkaitan kerajaan) GLC rugi. Saya berjaya menyelamatkan beberapa (syarikat). Pengalaman itu boleh bagitau orang lain, tak ada masalah," katanya.
Semuanya skeptis

Katanya, tumpuan harus diberikan kepada timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar dan juga bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd Nor dalam usaha merampas semula negeri itu.
"(Pengikut saya) akan sedar bahawa dalam BN ini bukan ada seorang saja (pemimpin). Ramai lagi. Kita akan latih, akan didik pemimpin (lain)," katanya lagi.

Khir yang sebelum ini dilantik menteri besar pada usia 33 tahun itu berkata ramai pemimpin lain yang berkemampuan dan perlu diberi peluang seperti mana yang dinikmatinya sebelum ini.

"Masa saya jadi MB semuanya skeptis (bahawa) saya tidak dapat menjalankan tugas. Orang kata saya hanya akan jadi MB enam bulan saya, tapi saya bertahan selama lapan tahun," katanya lagi.

Bagaimanapun, Khir berkata beliau berasa bersalah dan bertanggungjawab atas kekalahan BN pada Mac 2008. Itulah yang menyebabkannya lebih menumpukan tugas sebagai wakil rakyat yang terabai sejak sekian lama.

"Bila kerajaan negeri jatuh, tentulah saya berasa bersalah. Tanggungjawab itu ada pada diri saya. Saya berjumpa dengan Datuk Seri Najib berkata saya tak nak tanggungjwab besar dan ingin dekatkan diri dengan penyokong-penyokong saya di kawasan.

"Bila saya jadi MB, saya jadi ADUN (selama) lapan bulan sahaja. Saya tak rapat dengan pengundi di kawasan. Saya rasa bersalah juga. Jadi tebus balik kesalahan saya. Dulu masa terbuang dekat kerajaan negeri sahaja. Jarang balik -- sebulan dua tiga kali sahaja. Balik pun tak lama.

"Rakyat merungut, nak jumpa wakil rakyat susah. Jadi saya ambil keputusan untuk mendekati mereka. Saya sangat gembira sekarang kerana saya boleh memahami masalah di peringkat akar umbi.
Ikut belakang
Tambahnya lagi, itulah juga juga menyebabkan beliau tidak meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam kempen 'Selamatkan Selangor' yang dicanang sebagai kempen untuk merampas negeri itu kembali kepada BN.
"Bagilah orang lain ketuai, saya ikut daripada belakang saja," katanya yang tidak merasakan bahawa dirinya dipinggirkan daripada menyertai program berkenaan.

Menjawab spekulasi berhubung ketidakhadirannya pada peringkat awal program berkenaan, Khir berkata beliau sememangnya dijemput untuk menyertai kempen itu.

"Kadang-kadang seminggu, dua minggu awal (jemputan). Tapi saya ada komitmen. Terus-terang saya katakan kalau ada program di bahagian, saya utamakan bahagian," katanya lagi.

Khir turut menafikan tanggapan bahawa beliau merupakan satu liabiliti kepada BN memandangkan beliau masih berpengaruh di kalangan masyarakat.

"Bukan liabiliti. Saya tidak rasa begitu. Saya pergi ceramah pun orang masih dengar," katanya dan menambah kerajaan Pakatan Selangor tidak perlu mengancam untuk mendedahkan isu-isu berkaitan dirinya sekiranya beliau merupakan satu bebanan kepada BN.
Politik budak-budak

"Kita bukan menyerang kerajaan negeri sebab hendak cari kelemahan, kita cuma buat teguran. Kalau dulu BN dianggap kerajaan yang angkuh, tidak dengar teguran saya ingat hari ini lagi teruk.

"Siapa tegur diancam, kita akan dedahkan macam-macam, macam politik budak-budak. Ini politik mafia. Saya nak tegur kerana pengalaman saya yang kita telah laksanakan dan kesilapan yang perlu diperbetulkan dan tidak diulangi," katanya.
Khir juga berkata, beliau kini bukan siapa-siapa lagi di negeri itu, namun beliau tidak mahu dikatakan sebagai orang yang lupa kepada parti.

Beliau kini meletakkan nasibnya di tangan pemimpin parti, sama ada untuk bertanding di peringkat parlimen pada pilihan raya akan datang.

"Saya akan bersama dengan parti sampai bila-bila. Saya akan berkhidmat dengan baik kepada parti dan pemimpin.

"Saya tak ada masalah (jadi pemimpin biasa) sebab saya selalu beritahu diri saya satu hari saya akan turun. Jawatan ini takkan selama-lamanya.

Observers: Umno must keep Perkasa

Posted: 14 Sep 2010 08:21 PM PDT

The Umno-Perkasa spat is the latest to erupt in the political playground. The former abruptly severed whatever questionable ties it had with the latter which in turn dismissed the fallout as no great loss.
While most Malaysians have chalked this down to yet another political theatrics, observers believe the fracas is real and warn that Umno is playing a dangerous game.
"Umno can't afford to pick a fight with Perkasa when its own position among the Malays is rocky," said Professor Aziz Bari of Universiti Islam Antarabangsa. "If it quarrels with Perkasa, it is finished."
He agreed that certain leaders within Umno are genuinely opposed to Perkasa but pointed out they did not necessarily represent Umno as a whole.
"Take Tengku Adnan (Tengku Mansor), for instance," he said. " His constituency of Putrajaya is very small and not at all representative of the true Malay community. For that matter, even (Minister in the Prime Minister's Department) Nazri Aziz isn't a representative of Umno or the real Malay either."
Tengku Adnan, who is Umno secretary-general, started the dispute last week when he publicly declared that Umno did not support Perkasa or its chief Ibrahim Ali.
According to Aziz, it is those from the Malay heartland, like Pontian MP and Umno information chief Ahmad Maslan, who are grassroots leaders and more accommodating to Perkasa.
"Umno needs Perkasa," he said. "It is uprooted from the ground which makes it difficult to dismiss the fact that Perkasa is filling the void it has left. From this point of view, Ibrahim is absolutely spot on."
Professor Dr Azmi Sharom of Universiti Malaya pointed out the obvious silence from the peak of the Umno hierarchy.
"We have only heard from the middle management in Umno so the condemnation of Perkasa is incomplete," he said. "To me, this is purely a political show since Umno has no ideology of its own."
"Besides, what is so different between what Perkasa is shouting about now and what Umno shouted about before 2008? Can we really believe that Umno has drastically changed its spots?"
Azmi also touched on Dr Mahathir Mohamad's support for the Malay right-wing group. The former prime minister yesterday told Umno that it risked losing support if it snubbed Perkasa and this statement was backed by Umno's own media, Utusan Melayu.
"Mahathir legitimises Perkasa," Azmi said. "Whether we like it or not, he is still an influential character. It's completely hypocritical on his part because he once said Malays should be independent and now he is saying the exact opposite. But he is a powerful hypocrite."
It's just a show
One observer, however, maintains that both Umno and Perkasa are putting on an act. Calling them two "first cousins", Professor James Chin of Monash University asserted that despite Umno's attacks, Perkasa would have no choice but to back it (Umno) during the next general election.
"It's an open secret that the majority of Perkasa's members are from Umno," he said. "There is no other place for them in PAS or PKR so they will revert to Umno during crunch time. Perkasa needs Umno more than Umno needs it."
"Perkasa was initially set up by Ibrahim and his right-wingers as an NGO. But it has now taken on a life of its own and is part of the political debate as Umno's radical wing. For this reason alone, we need to take Perkasa seriously."
To Azmi, neither party can survive without the other simply because their voter base is identical.
"If Perkasa ever registers itself as a political party, the only winner will be Pakatan Rakyat," he laughed. "Because as a political party, Perkasa will wipe out Umno in a single move."

Tuanku Ismail Petra masih gering, kata adindanya

Posted: 14 Sep 2010 08:19 PM PDT

Keadaan kesihatan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dilaporkan masih dalam kegeringan dan memerlukan rawatan berterusan, kata adinda baginda Tengku Mohamad.

Sehubungan itu, beliau menolak khabar angin yang bertiup kencang di kalangan rakyat negeri ini kononnya baginda kini dimasukkan semula ke sebuah hospital di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Tengku Mohamad berkata, sebagaimana pesakit angin ahmar dan jantung, baginda memerlukan rawatan lanjut atau susulan yang berterusan.

"Tetapi baginda tidak dimasukkan ke hospital semula sebagaimana dakwaan yang mengatakan demikian," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Tuanku Ismail Petra gering sejak Mei tahun lalu, dan telah menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian; dan Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Tengku Mohamad menasihati rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan khabar-khabar angin serta akur kepada keputusan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa Isnin lalu.

"Kita harap tidak ada lagi pihak yang mempertikaikan keputusan itu dan kena akur dengan peraturan yang ditetapkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan," kata beliau.

Beliau juga menyokong kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa dengan pemasyhuran itu, kemelut yang melanda Istana Kelantan dianggap sudah selesai.

Sebagai anggota keluarga diraja terdekat, beliau memuji sifat kesederhanaan Tengku Muhammad Faris Petra yang dilihat sebagai raja berjiwa rakyat dan menunjukkan kecenderungan kepada agama Islam serta tidak mementingkan protokol dalam kehidupan hariannya.

"Baginda seorang kerabat yang prihatin terhadap rakyat dan sentiasa turun padang mendekati nasib rakyat jelata baginda dari dekat," katanya.

Tengku Mohamad kesal kerana masih terdapat suara-suara sumbang mempertikaikan keputusan Majlis Perajaan Negeri berhubung pemasyhuran itu.

- Bernama

Zaid: Siapa musuh parti dalam PKR?

Posted: 14 Sep 2010 08:17 PM PDT

Ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti itu.

Katanya, sejak isu pemilihan timbul, cara berkempen setakat ini adalah melabel mereka yang menawarkan diri tetapi tidak direstui sebagai 'musuh parti'.

"Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru?

"Pada pendapat saya, isu kempen sebenarnya mudah sekali. Jika ahli-ahli PKR selesa dan berpuas hati dengan prestasi parti berteras reformasi ini, maka pilihlah calon-calon yang setia dan mereka dari Reformasi 1998. Jika ahli-ahli PKR percaya bahawa semua masalah dan kelemahan parti kita adalah ciptaan dan kerenah Umno, mereka patut memilih pemimpin yang sedia ada sebagai calon," katanya dalam posting terbaru di blognya.

Menurut Zaid, beliau menawarkan diri sebagai calon hanya jika ahli PKR mahu alternatif dalam membuat perhitungan.
Tak masuk akal

Katanya lagi, beliau sebenarnya tidak mahu menjawab segala tohmahan tetapi tuduhan yang tidak masuk akal terpaksa dijawabnya.
"Soh Chee Wen (kiri), setahu saya, adalah rakan akrab dan setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah membantu PKR. Azmin Ali, Syed Shahir dan (Datuk) Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Soh kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu.

"Amat tidak masuk akal untuk Soh digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan saya, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik. Ini aneh sekali," tulisnya.

Zaid sehubungan itu menafikan beliau dibiayai oleh Soh ataupun orang lain.
Nombor dua tak ada kuasa

"Lagipun jawatan timbalan presiden (PKR) itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada banyak kuasa sangat.
"Apa lagi dalam PKR, nombor satu pun tak ada kuasa seperti ketua umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan nombor dua ini," tulisnya secara sinis.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan PKR, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memberi amaran bahawa PKR telah dimasuki dan dirasuki musuh.

Bagaimanapun siapa musuh itu dan berapa jumlahnya tidak didedahkannya.

Pemilihan untuk jawatan nombor dua hangat, apabila penyandangnya, Syed Husin Ali mengumumkan hasratnya untuk berundur setelah memegangnya selama dua penggal.

Selain Zaid yang mengintai jawatan itu, seorang lagi naib presiden Azmin Ali juga dikatakan berminat menjadi orang nombor dua PKR.

Bagi mengendurkan politiking dalam PKR, sesetengah pihak mencadangkan supaya Anwar dicalon menjadi presiden manakala presiden sekarang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah isterinya menjadi timbalan.

Namun Anwar yang juga adalah ketua umum PKR, semalam mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.

PKR Sik serah ahli buat keputusan

Posted: 14 Sep 2010 08:14 PM PDT

ALOR SETAR – Meskipun Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah sudah bersetuju untuk meminta semua cabang parti di negeri ini mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PKR Cabang Sik sebaliknya tetap mahu menyerahkan kepada ahli untuk membuat keputusan.

Ketuanya, Habib Danial Habib Ahmad berkata, segala keputusan akan dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) sama ada mereka akan mengikut atau tidak pada usul MPN.

"PKR Cabang Sik menyerahkan kepada ahli untuk membuat keputusan. Jika cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa dan diterima oleh ahli, kita tidak ada masalah untuk menerimanya,"katanya.

Namun bagi beberapa cabang yang lain, Anwar tetap dianggap tokoh paling layak menduduki kerusi Presiden PKR.

Timbalan Pengerusi PKR Kedah yang juga Ketua PKR Cabang Langkawi, Wan Salleh Wan Isa berkata, beliau tidak melihat adanya calon lain yang layak mengisi jawatan berkenaan.

"PKR Cabang Langkawi akan mencalonkan Datuk Seri Anwar sebagai ketua PKR memandangkan tiada calon lain yang layak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kasim yang meminta semua cabang mencalonkan Anwar untuk menduduki kerusi Presiden parti.

Dalam pada itu, katanya, PKR Cabang Langkawi akan mengadakan mesyuarat dan pemilihan pada 17 September ini.

"Bagi jawatan untuk Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang, kedua-dua calon menang tanpa bertanding, justeru pertandingan hanya akan melibatkan peringkat Naib Ketua Cabang Langkawi sahaja," katanya.

Ketua PKR Cabang Baling, Razaini Md Isa pula menyifatkan pencalonan Anwar sebagai suatu tindakan yang relevan.

"Kita tidak menafikan kewibawaan Datin Seri Dr Wan Azizah namun jwatan Ketua Umum PKR tidak ada dalam perlembagaan parti. Kebanyakan keputusan perlu dirujuk terlebih dahulu dengan Datuk Seri Anwar. Justeru, lebih manis, elok dan efektif sekiranya Datuk Seri Anwar sendiri dilantik menjadi Presiden PKR," katanya.

Pembunuhan Berlaku Pada 30 Ogos 10.30 malam

Posted: 14 Sep 2010 06:15 PM PDT


Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.

Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.

"Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

"Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

"Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari," katanya kepada Berita Harian.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.

Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.

Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.

"Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

"Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh

10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.
5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.
5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.
8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.
10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. -BH


Pembunuhan kejam Sosilawati: Seorang lagi diburu bantu siasatan

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lagi lelaki, dipercayai bekas pengawal peribadi dua suspek utama kes bunuh dan bakar jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya bagi membantu siasatan kes itu.

Difahamkan, suspek terbabit yang dipercayai mempunyai banyak maklumat berhubung kes berkenaan melarikan diri selepas menyedari diburu sebaik

kes pembunuhan itu terbongkar. Sumber memberitahu Berita Harian, polis sudah menyerbu rumah lelaki terbabit dan beberapa lokasi termasuk pejabatnya di Banting, namun gagal menemuinya.

"Suspek dipercayai melarikan diri selepas dua beradik peguam berkenaan ditahan bersama enam suspek lain, termasuk pekerja ladang mereka sebelum ini.

"Polis percaya suspek masih berada di kawasan berhampiran. Identitinya sudah dikenal pasti dan gerakan memburunya sedang dijalankan," katanya. -BH


Ulasan GB

Bererti, khabar angin yang tersebar di kalangan rakyat yang dinafikan oleh polis sekitar awal bulan September adalah BENAR.

Samada polis telah sengaja menidakkannya untuk menutup berita itu atau memang polis tidak mengetahuinya samasekali.

Namun diberitakan oleh orang awam bahawa pihak polis telah berkampung di ladang berkenaan dua minggu sebelum pengumuman mengenai kematian tersebut dilakukan.

Sekaligus ini menimbulkan tandatanya "kredibiliti" polis dan kini masyarakat menunggu hasil siasatan seterusnya menunggu samada pembunuh itu dapat didakwa dan dihukum dengan wajar. Ia penting untuk memulihkan kredibiliti polis di mata masyarakat.

NAZRI & KHAIRY: SEKARANG MASA NAK SEMBELIH UTUSAN MELOYA

Posted: 14 Sep 2010 06:14 PM PDT


Apabila pemimpin UMNO dapat rasa bahawa surat kabau yang dibiaya untuk membodek dan mengipas mereka sekarang ini sudah derhaka sederhaka derhakanya kerana UMNO kata hindarkan PERKASA, mereka dengan kurang hajau kata perlu sokong PERKASA, maka sudah sampai masanya UMNO sembelih surat kabau tu.

Macam kes bunuh baru baru ni, leher dicantas dengan pisau cangkuk, kau cantas leher surat kabau tu dengan pisau cangkuk le.

Amacam Nazri, tak kan kau nak biaukan penggilap kasut kau nak tonyoh hidung kau pulak!

Amacam Khairy, tak kan si mamat bengap tu nak perbodoh orang oxford pulak.

Sembelih je . Sekarang ni best time untuk tu.

Parti Katak SeMalaysia.

Posted: 14 Sep 2010 06:12 PM PDT

Adus... Raja Katak buat lawak sarkas katak lagi..... dah macam katak sialan gua tengok lu punya politik murahan...

Nak tubuh parti baru pulak dah..., nak letak nama apa yeaaaa... gua cadangkan letak nama "parti katak semalaysia (PKM)" apaaaa... PKM, dan macam Parti Komunis Malaysia pulak... kah..kah..kah... tapi eloklah tu... sebab malaun tu pun macam komunis jugak.

Macamana sekalipun lu orang jangan terkejut, sebab gua sokong 999% kalau bghahim katak ni nak tubuh parti baru dan bertanding kerusi parlimen...

Sebabnya gua nak tengok macamana seekor Raja Katak yang berjalan sambil mengepit kakinya dan menutup kemaluannya dengan kedua belah tangan, hahahaha....

Gua ketawa guling2 ketika cuba membayangkan situasi tersebut... macamana rupa airmuka raja katak nih... apabila di umumkan kalah...

Amaran Sdr Syed Shahir Harus Kita Amati

Posted: 14 Sep 2010 04:39 PM PDT

Yb Nik Nazmi Nik Ahmad ( Adun Seri Setia )

Pagi semalam dalam acara di Klang bersama Menteri Besar, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor Sdr Syed Shahir Mohamud memberi amaran bahawa pemilihan parti yang akan berlangsung bermula minggu ini akan memberi ruang kepada musuh jika tidak diurus dengan baik.
Syed Shahir juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Ketua Cabang KEADILAN Kelana Jaya di samping Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Saya fikir amaran Syed Shahir ini sesuai untuk kita teliti. Sesiapa yang mengenali Syed Shahir akan memahami maksud ucapannya. Jangan kita melatah atau melompat.
Dari awal ucapannya Syed Shahir mengalu-alukan sebarang anggota yang ingin menawarkan diri mereka untuk bertanding dalam pemilihan 2010.
Cuma dalam keghairahan KEADILAN mengalu-alukan anggota baru, wujud kerisauan bahawa pihak musuh cuba mengambil kesempatan. Beliau turut mengulas serangan yang berlaku di Facebook dan blog terhadap calon-calon yang bertanding.
Saya fikir amarannya ini tepat. Saya juga tidak setuju dengan beberapa pihak yang melihat pemilihan 2010 dan penyertaan anggota baru sebagai satu ancaman. Cuma sebagai parti yang telah melalui pelbagai onak dan duri dalam usia singkatnya, amaran itu berasas.
Dahulu KEADILAN dicemuh apabila wujud beberapa pemimpin parti dan wakil rakyat yang melompat dan menyerang parti.
Sanak-saudara dan rakan-taulan saya mengemukakan pelbagai soalan. Umumnya memahami mengapa KEADILAN menempuh pengalaman itu, tetapi saya juga tidak memandang rendah pandangan masyarakat. Sekiranya parti asyik melalui pengalaman tersebut, sedikit-sebanyak masyarakat tentu bertanya mengapa parti tidak cuba mengatasi masalah ini?
Kerisauan di kalangan anggota yang berhempas-pulas membina parti ini juga adalah kerisauan dari hati sanubari mereka. Sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, berapa kerat yang sanggup di barisan hadapan bersama KEADILAN?
Saya masih ingat ketika saya mula-mula mengenal Syed Shahir secara peribadi, apabila saya menjadi anggota KEADILAN Cabang Kelana Jaya pada 2005 sebaik sahaja tamat pengajian. Kelana Jaya boleh dikatakan Cabang yang agak baik, namun itupun kami tidak punya pejabat selepas Sdr Ezam Mohd Noor menjual rumahnya di SS 7 Kelana Jaya. Mesyuarat pertama saya di Syed Bistro SS19 Subang Jaya. Mesyuarat kemudian banyak di Syed Bistro SS6 Kelana Jaya (berhampiran Giant) ataupun di rumah AJK parti.
Anggota yang sangat aktif juga terlalu sedikit. Apabila buat program, orang yang sama keluar duit; kemudian tulis, reka dan cetak risalah; malah orang yang sama turun untuk edar risalah. Saya sendiri berkenalan dengan salah seorang AJK AMK Kelana Jaya apabila saya sedang memasukkan handbill ceramah di Pangsapuri PKNS SS8 kira-kira jam 2 pagi. Individu tersebut sedang membaiki motornya dan menegur kami. Dari pengenalan itu beliau kini menjadi orang kuat KEADILAN Kelana Jaya! Hendak mendapat anggota datang ke Mesyuarat Agung Tahunan kena pelbagai pujuk dan rayu (rakan-rakan saya boleh menceritakan bagaimana saya cuba mendapatkan mereka hadir!)
Saya bernasib baik. Ramai lagi yang membina KEADILAN sejak Reformasi berhadapan sepak terajang anggota keselamatan, malah ditahan di dalam lokap. Ramai yang kehilangan kerja, perniagaan mahupun rosak rumah tangga mereka.
Tokoh-tokoh seperti Syed Shahir (seperti juga Dr. Syed Husin Ali yang hari ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden) melalui pengalaman ini lebih lama lagi menerusi Parti Rakyat Malaysia yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan lagi.
Sewaktu Pilihan Raya Umum 2008 anggota-anggota inilah yang menjadi tulang belakang kempen di sebalik segala kekurangannya.
Saya menyedari untuk bergerak ke hadapan, KEADILAN perlu berkembang dan menerima penyertaan anggota baru. Tetapi jangan kita memperkecilkan tulang belakang yang istiqamah selama ini. Sementara kita mahukan mereka berlapang dada menerima penyertaan baru, mereka juga mengharapkan anggota baru yang masuk ketika zaman KEADILAN dan Pakatan Rakyat memegang Kerajaan Negeri, sudah ada pejabat selesa dan tidak lagi dipandang enteng untuk menunjukkan komitmen dapat bersama parti dalam apa jua keadaan. Apatah lagi kita dikhianati oleh beberapa tokoh murahan lama dan baru selepas kemenangan.
Insya Allah, dalam usaha kita menyuburkan demokrasi dalam parti, peringatan ini terus segar di ingatan kita agar perjuangan yang kita bina selama ini akan terus berkembang kukuh menuju ke Putrajaya.
Seperti kata-kata Dr Syed Husin:
"Saya berharap dan berdoa agar KEADILAN Pusat, Wanita dan Angkatan Muda akan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang komited kepada asas-asas perjuangan Parti seperti termaktub dalam Perlembagaannya, menghormati disiplin organisasi Parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara pemain berpasukan (team player), menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi."

Anwar Dua Hari Di Sabah Hadir Sambutan Hari Malaysia

Posted: 14 Sep 2010 04:34 PM PDT

SHAH ALAM 15 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan ke Sabah hari ini sempena program Sambutan Hari Raya dan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat.
Beliau dijangka menghadiri jamuan makan malam bersama pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di Bukit Padang, Kota Kinbabalu.
Program ini disusuli dengan ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Kota Kinbabalu, Dr Hew Keng Chieu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.
Selepas jamuan makan malam  acara kemuncak majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Rakyat akan diadakan di Putatan dan ini juga akan diikuti oleh ceramah Pakatan Rakyat oleh Anwar, Kit Siang, Nasharuddin, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini serta Setiausaha MPN Sabah, Mursalim Tanjul.
Keesokkan harinya pula Anwar akan menghadiri program Sambutan Hari Malaysia bertempat di Tambunan bermula pukul 7.30 pagi dengan pelepasan Konvoi Hari Malayisa  2010.
Konvoi Hari Malaysia 2010 dijangka tiba di perkarangan tempat letak kereta Bangunan Urusetia di Keningau pada pukul 9.00.
Ini disusuli oleh nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dan diikuti pembacaan semula Pemasyhuran Hari Malaysia oleh Pengerusi Borneo Heritage Fund, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Pada pukul 1.00 hingga petang, program Ketua Umum KEADILAN dipenuhi dengan acara memperingati Perjanjian Pembentukan Malaysia di Merarau, Keningau.
Amanat Patriotik akan disampaikan oleh Anwar, Kit Siang, Nasharuddin, Dr Jeffrey dan bekas Timbalan Menteri Buruh, Datuk Kalakau Untol.

Laungan Reformasi Kini Diterjemah Dalam Bentuk Dasar, Program

Posted: 14 Sep 2010 04:32 PM PDT

PANDAMARAN 15 Sept - Slogan 'reformasi' yang dilaungkan oleh pimpinan, aktivis dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semasa perjuangan menegakkan keadilan ketika era reformasi pada 1998 tidak hanya bersifat retorik tetapi kini ia diterjemahkan kepada realiti dengan tertubuhnya pentadbiran Pakatan Rakyat di empat buah negeri termasuk Selangor.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mengakui merealisasi slogan kepada dasar dan program bukanlah suatu kerja yang mudah kerana reformasi yang dilaksanakan dan sistem pentadbiran oleh Pakatan Rakyat memerlukan semangat dan keyakinan tinggi apatah lagi rakyat tidak pernah dibiasakan dengan budaya dan agenda perubahan.
Namun atas inisiatif dan usaha berterusan yang dilakukan oleh kepimpinan negeri di bawah naungan Pakatan Rakyat, banyak program kebajikan berjaya dijalankan seperti di Selangor melalui program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.
Berucap di Majlis Hari Raya dan Wacana Permuafakatan Kepimpinan Bersama Kepimpinan KEADILAN di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, di Klang pagi semalam, Abdul Khalid menegaskan program yang diadakan membolehkan perbincangan berlaku antara lapisan pimpinan parti dengan ahli di peringkat akar umbi mengenai  pemilihan yang bakal berlangsung November depan.
Majlis itu dianjurkan oleh Majlis Muafakat Kepimpinan KEADILAN Negeri Selangor.
"Parti Keadilan Rakyat merupakan satu-satunya parti di negara ini yang memperkenalkan pemilihan secara langsung, yang dianggapya sebagai satu kaedah yang akan menjadikan sebagai contoh sebuah parti yang demokratik kepada semua parti politik di negara ini.
"Jadi adalah penting pimpinan memikir dan mengambil perhatian terhadap pandangan dan saranan daripada anggota akar umbi kerana ia akan menentukan masa depan dan halatuju Parti Keadilan Rakyat," jelas beliau.
Turut hadir dalam program tersebut termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor merangkap Pengerusi MMKKNS, Syed Shahir Syed Mohamud serta kira-kira 100 pimpinan Cabang dan Ranting dari seluruh negeri.
Dalam pada itu Abdul Khalid menyokong cadangan gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden KEADILAN manakala jawatan Timbalan Presiden dipegang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Cadangan ini di bawa oleh MMKKNS serta mendapat dokongan Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali.
Beliau berkata adalah penting KEADILAN mengamalkan demokrasi sepenuhnya tetapi yang lebih penting adalah memastikan pemimpin yang berupaya dipilih.
Beliau mengibaratkan usaha MMKKNS sebagai satu bentuk musyawarah yang diadakan selepas kemangkatan Nabi Muhammad SAW oleh pengikutnya untuk memilih seorang pemimpin baru dengan tujuan mengelakkan saingan yang tidak sihat.

Kekalkan Barisan Pimpinan Sediada Untuk Hadapi PRU-13

Posted: 14 Sep 2010 04:29 PM PDT

PANDAMARAN 15 Sept - Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud berharap kempen pemilihan parti yang bakal berlangsung November depan tidak menimbulkan pergeseran yang boleh membawa kepada perpecahan dalaman parti.
Syed Shahir berkata sekiranya fokus yang keterlaluan diberikan kepada pemilihan, KEADILAN akan terjerumus ke dalam perangkap musuh politik iaitu Umno-Barisan Nasional.
Justeru itu, bagi mengelakkan perpecahan dan terjejasnya perpaduan parti, beliau yang juga Pengerusi Majlis Muafakat Kepimpinan KEADILAN Negeri Selangor mencadangkan agar kepimpinan yang sedia ada ini dikekalkan bagi jawatan Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden.
Tambah beliau ini adalah perlu memandangkan parti memerlukan pengalaman barisan pimpinan sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Permuafakatan yang dianjurkan ini adalah inisiatif yang dilakukan dari luar struktur dan kerangka parti, bagi merai dan menyemarakkan fungsi demokrasi di dalam Parti Keadilan Rakyat.
"Pertemuan ini juga adalah ikhtiar dan usaha daripada rakan-rakan pimpinan di Selangor untuk melunakkan proses pemilihan ini, lebih-lebih lagi berkenaan pemilihan bagi jawatan peringkat tertinggi," kata beliau ketika berucap di Majlis Hari Raya dan Wacana Permuafakatan Kepimpinan Bersama Kepimpinan Keadilan di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, di Klang pagi semalam.
Syed Shahir berpendapat demokrasi bukan hanya tertumpu kepada proses pengundian dan pemilihan semata-mata malah ia juga bererti berhimpun, bermuafakat bagi menyatakan sikap dan memberikan pandangan.
Ini katanya, tidak bermaksud kaedah ini menutup ruang dan pintu demokrasi.
Beliau turut mengakui jalur pandangannya turut dikongsi bersama dengan sebahagian pimpinan KEADILAN dari negeri Selangor, Kedah dan Pahang, namun tidak menolak pandangan lain yang perlu juga diberikan perhatian.

Berapa penjenayah terlepas kerana hubungan dengan orang kenamaan?

Posted: 14 Sep 2010 04:16 PM PDT

Adakah masih wujud lagi pembunuh-pembunuh bersiri yang lepas bebas selepas melakukan jenayah kejam? (Lihat Malaysiakini semalam "Sosilawati murder: 'Suspects may be serial killers'")

Adakah sehingga sembilan orang dibunuh barulah diceritakan kepada umum perbuatan kejam mereka? (Lihat The Star semalam "More may have died at hands of Sosilawati killers")

Adakah kita perlu menunggu seseorang yang terkenal dibunuh barulah kita mendengar laporan bahawa beberapa kes pembunuhan sebelum ini dipercayai dapat diselesaikan? (Lihat Utusan Malaysia 13/9/10 "Suspek pernah bunuh, bakar mangsa")

Adakah kita perlu menunggu seseorang yang terkenal dibunuh barulah kita mendengar laporan bahawa si suspek sebenarnya "mahir 'menghilangkan' pelanggannya"? (Lihat Kosmo! 13/9/10 "Mayat dibakar di ladang ayam")

Adakah kita akan mendengar lagi laporan bahawa suspek pembunuhan "sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan"? (Lihat Kosmo! 13/9/10 "Mayat dibakar di ladang ayam")

Kalaulah benar si pembunuh "sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan", terhapuskah kebimbangan rakyat tentang keselamatan mereka semata-mata dengan berita bertajuk "NKRA capai hasil, kadar jenayah turun" (Malaysiakini 13/9/10)? PB.




Kelantan : Akidah bersih atau air bersih ?

Posted: 14 Sep 2010 04:13 PM PDT

5 Syawal 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Pengkhianat kepada rakyat Kelantan, bersuara lagi semalam. Kali ini dia mahu kelentong orang Kelantan dengan membangkitkan masalah air bersih yang didakwanya dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin dalam kenyatananya dipetik dengan mengaitkan ini berpunca dengan kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu.

Pesoalannya sekarang, adakah rakyat Kelantan benar-benar menghadapi masalah yang dihadapi sebagaimana yang didakwa tanpa bukti kononnya di mana-mana pun dia pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu.

Tambahan pula tawaran air bersih yang dikemukakan Awang Adek jauh lebih kecil nilainya dengan tawaran akidah bersih yang selama ini dikecapi oleh rakyat Kelantan selama 20 tahun PAS memerintah.

Jika rakyat memilih air bersih artinya dia menolak akidah bersih yang jauh lebih tinggi nilainya, dan saya fikir orang Kelantan tidak "sebodoh" Awang Adek dan UMNO.

Malah kita faham isu air bersih sengaja dimainkan oleh UMNO setelah dia sangat terdesak dan sudah kekeringan modal pada masa sekarang. Dalam perkara berkaitan UMNO pernah mengaitkan air kelantan yang memang keruh sepanjang tahun dengan kegagalan Kerajaan PAS kelantan, itupun mereka katakan air sungai kotor. Sedangkan isu sebenarnya ialah keruh. Keruh dengan Kotorpun tidak dapat bezakan.Realitinya sejak UMNO memerintah lagi seingat saya air sungai Kelantan sentiasa keruh.

Selain itu jika benarlah isu air tersebut, saya kira cara yang paling baik untuk menyelesaiakn kemelut itu ialah mengembalikan wang royalti yang menjadi hak rakyat dan Kerajaan Kelantan. Dengan jumlah wang yang mengarah kepada 2 billion runggit itu saya yakin masalah air dapat diselesaikan dengan segera.

E-Book Ke Sekolah Menengah; Kerajaan Terengganu Tiada Integriti

Posted: 14 Sep 2010 04:12 PM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita32/Audit%20001.jpgKUALA TERENGGANU - Tindakan kerajaan negeri Terengganu meneruskan program e-Book disifatkan sebagai satu keputusan yang angkuh dan sombong bukan sahaja kepada rakyat Terengganu malah kepada para pegawai kerajaan sendiri.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menganggap keputusan Exco berkenaan mengumumkan perlaksanaan program tersebut ke peringkat sekolah menengah pada tahun hadapan membuktikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu bukan kerajaan yang rasional dan berintegriti.

"Ia adalah bukti, bahawa Exco dan kerajaan negeri bersikap umpama orang yang cerdik tetapi tak boleh nak tumpang, bodoh tak boleh nak tunjuk,  Jelas kerajaan negeri Terengganu pimpinan Umno tidak mengendahkan teguran rakyat,

"dan langsung tidak hormat kepada teguran pegawai kerajaan yang bekerja dengan ikhlas, khususnya kakitangan Jabatan Audit Cawangan Terengganu,"jelasnya ketika diminta mengulas laporsan akhbar yang memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkait perkara berkenaan.

Menurutnya, Jabatan Audit yang telah membuat pemeriksaan dan semakan ke atas program e-Book dan mengeluarkan satu laporan, menunjukkan terdapat beberapa penyelewengan yang berlaku dalam perlaksanaan program itu.

"Antaranya laporan tersebut menyebut tiada perjanjian dibuat diantara syarikat yang mengendalikannya, Top IT Sdn Bhd dengan kerajaan negeri, bahkan tidak ada juga sebarang perjanjian diantara Top IT dengan pembekal komputer yang dipercayai dari negeri China,"tegas Wan Sukairi.

Selain itu, dalam laporan audit itu juga menyebut, syarikat Top IT telah disaman kerana didakwa telah melanggar Akta Hak Cipta dengan meniru perisian Ensiklopedia al-Quran yang dibekalkan kepada para pelajar.

"Meneruskan program e-Book dan memperluaskan hingga sekolah menengah bermakna, kerajaan negeri telah menolak laporan Jabatan Audit dan melanggar integriti, sepatutnya ia dihentikan sehingga semua perkara yang ditimbulkan dalam laporan audit itu, diselesaikan terlebih dahulu,"katanya.

Berita berkaitan;
Pendedahan Kebobrokan Program e-Book

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita33/Audit005.jpghttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita33/Audit006.jpg

Many pro-Umno blogs backs Mahathir

Posted: 14 Sep 2010 04:08 PM PDT

Several pro-Umno blogs have piled up the pressure on the Malay party by backing former premier Dr Mahathir Mohamad who warned Umno that it risks alienating Malay support by sidelining influential Malay-rights group, Perkasa, and its president Ibrahim Ali.
Umno leaders like Minister in the Prime Minister Department Nazri Abdul Aziz, Higher Education Minister Khaled Nordin, party secretary-general Tengku Adnan Mansor and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin last week said it was high time the party distanced itself from Perkasa which, they said, is a deterrent to Umno-Barisan Nasional's effort to regain non-Malay support.
Prominent blogs like bigdog.com and Gerakan Anti-PKR in their recent postings, however, claimed Perkasa is merely a group that is responding to the growing threat to Malay rights and Najib's effort to liberalise the economy, which faces fervent opposition by Perkasa, is seen as a move to conciliate the non-Malays.
"In reality, Umno's current leadership is no longer carrying the aspiration of the Malays… the current Umno leadership is beginning to accept the idea of liberalising the country's (economic) system and this covers aspects like giving more concession to non-Malay rights," read the posting on bigdog.com.
It added that Umno has yet to learn from the 2008 general election where it lost five states to Pakatan Rakyat and its two-thirds parliamentary majority.
Walking the same path
The blogger said this was caused by Umno's failure to recognise the needs of its Malay grassroots and the party, under the helm of current president and Prime Minister Najib Tun Razak, is walking the same path as its failed predecessor.
The Gerakan Anti-PKR blog in its recent posting shared a similar view, saying that Perkasa was filling the gap created by Umno pertaining to the preservation of Malay rights and went as far as claiming that Perkasa had helped maintain the party's Malay support through its links with Umno. The majority of Perkasa members are known to be "disgruntled" Umno members.
"Umno leaders who blame Perkasa are wrong. Perkasa had in its little way soothed the woes of the Malays whose hearts have been hurt so many times," wrote the blogger.
The postings came immediately after Mahathir at his Hari Raya open house yesterday said it would spell disaster if Umno — which he claimed is now split — distanced itself from Perkasa.
Mingguan Malaysia, the Sunday edition of Utusan Malaysia which is Umno's official mouthpiece, had also thrown in its support behind the Malay-rights group, signalling a split in a party which has so far been non-committal in making its official stance clear when it comes to Perkasa.
All this has placed Najib in an unfavourable position right now and put his leadership and economic reform initiatives to the test. The backing of Perkasa by elements within Umno suggests his efforts appear inept even among his party's supporters.
Many of the country's economic woes are blamed on the race-based protectionist policies and Najib had made several admissions that the old economic regime must be dismantled if Malaysia wishes to become a high-income nation by 2020. But any move to accommodate their conservative demands may jeopardise his reform efforts.

Singapura terlepas di bawah kerajaan PAS?

Posted: 14 Sep 2010 04:07 PM PDT


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengajak orang lain mendengar pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pandangan beliau "lebih relevan kepada kita kerana Perdana Menteri adalah orang nombor satu di negara ini" (lihat Malaysian Insider semalam "Soi Lek: Pemimpin Umno tak pernah kata Melayu lebih superior"). Lebih kurang dia nak kata, jangan dengar pandangan orang lain termasuk pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apatah lagi pandangan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Persoalannya, nak dengar pandangan Perdana Menteri lagu mana kalau orang-orang Umno sendiri menghentam dan mengecam pandangan Perdana Menteri? Nak dengar pandangan Perdana Menteri lagu mana kalau orang-orang Umno ternyata lebih suka mendengar pandangan Ibrahim yang lebih sedap di telinga mereka? Jerit pekik Ibrahim adalah muzik di telinga orang-orang Umno.

Ketika beliau menjadi Perdana Menteri, apa jua slogan yang dibawa oleh Dr Mahathir menjadi bahan ratib para pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) serta pak yet-pak yet mereka. Hari ini, berapa cangok sangat orang Umno yang tergamak mentrompetkan apa jua yang cuba dibising-bisingkan oleh Najib?

Apco Worldwide milik Yahudi Zionis tentu telah mencurahkan sebanyak mungkin hasil mengelamun mereka ke telinga dan jiwa Najib. Mereka mungkin telah berusaha keras untuk membuang imej bodoh yang ada pada Najib. Makumlah, pakar komunikasi dan public relation katakan. Masalahnya, kalau orang-orang Umno sendiri menjauhkan diri dari semua itu seperti menjauhkan diri dari api neraka, macam mana nak harapkan orang lain tergamak mendekatinya?

Najib tak ubah macam ceremonial king di dalam Umno - raja tanpa kuasa.

Kadang-kadang, kesian juga tengok Perdana Menteri Umno BN tu. Dah la dia naik ke kerusi Perdana Menteri dengan baggage yang berlambak-lambak, Altantuya Shaariibuu la, Scorpene la, Sukhoi la dan lebih dari semua itu Datin Seri Rosmah Mansor sendiri - la ni, walaupun macam orang nak terberak dia dok bajet dirinya macam bagus sangat, makin masyhur dan popular imej bodoh yang ada pada dirinya. Orang melihat Najib tidaklah lebih baik dari Datuk Ahmad Maslan. Orang melihat beliau semakin teruk menghidap sindrom Ahmad Maslan.

Dr Chua juga mendakwa, beliau tidak pernah dengar mana-mana pemimpin Umno mengatakan Melayu lebih superior daripada bangsa lain. Yang pertama, kalau dia tak pernah dengar, tak semestinya orang tak pernah sebut.

Kedua, projek perkauman Umno selepas pilihan raya umum 2008 ialah membangkit-bangkitkan tentang kuasa Melayu yang kata mereka sedang terancam. Kononnya kalau tak bersatu di bawah Umno, Malaysia akan jadi seperti Palestin.

Macamlah orang tak tau, di Palestin dulu, cengkaman Yahudi Zionis bermula dengan penggadaian tanah kepada mereka. Di Malaysia sendiri, bila tanah rizab Melayu tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja pada 2004 berbanding kira-kira tiga juta hektar waktu negara menyambut kemerdekaan dulu (susut hingga hampir separuh dan pada 2010 ini mungkin banyak lagi), di bawah kerajaan mana perkara itu berlaku? Bawah kerajaan DAP ka? Takkan bawah kerajaan Umno pulak, kan?

Itu satu. Kedua, sejarah membuktikan di mana-mana pun, apabila negara diancam pihak lain, rakyatlah yang bermandi darah. Kelas penguasa dan pemerintah rata-rata cabut lari dengan harta benda yang mereka sapu dan rompak ketika mereka berkuasa.

Kita pun reti membaca juga. Kita baca dan kita nampak Singapura bertukar menjadi mini Israel selepas Malaysia melepaskan kedaulatannya ke atas pulau itu. Di bawah kerajaan mana perkara itu berlaku? Di bawah kerajaan PAS? (Memanglah, orang Melayu Singapura ramai yang kita dengar depa kata depa selesa dan lebih senang lenang dari Melayu Malaysia. Cuba kalau tak jadi pak yet PAP, selesa?)

Gelilah Umno ni! Kokok berderai-derai, ekor berlumuran taik.
PB.

Pemilihan PKR 2010

Posted: 14 Sep 2010 04:03 PM PDT


Walaupun mood raya di sepanjang minggu lepas meningkat dengan masing-masing bersedia untuk pulang berhari raya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut memulakan kempen melobi untuk bertanding jawatan yang diidamkan. Bukan itu sahaja, mulai membentuk regu atau kumpulan kepada pemimpin-pemimpin yang disokong mereka. Meskipun, di dalam PKR, pengundian akan dilakukan secara terus ke akar umbi apabila hampir 400,000 ahlinya berpeluang mengundi memilih pemimpin mereka untuk Majlis Pimpinan Pusat PKR yang akan datang, tradisi berpuak-puak mula mencorak konsep pemilihan PKR ini.

Jika sebelum ini, ramai yang akur bahawa tradisi berpuak-puak di dalam sesuatu partilah yang bakal meruntuhkan kekuatan parti seperti yang baru-baru ini yang berlaku di dalam MCA kerana PKR juga membawa pendekatan yang sama. Semuanya bermula apabila Rafizi Ramli, ahli jawatankuasa MPP PKR Pusat yang mengumumkan akan bertanding bagi merebut kerusi Ketua AMK PKR daripada penyandangnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan mengenengahkan ahli DUN Pemuda dan pemimpin Pemuda PKR. Manakala selang beberapa hari selepas itu, sekumpulan ahli Parlimen PKR dan Ahli DUN PKR Selangor pula menyatakan sokongan kepada Naib Presidennya, Azmin Ali untuk bertanding ke jawatan Timbalan Presiden PKR.

Budaya menentukan regu sedemikian yang juga wujud di dalam Umno telah memberikan kesan negatif kepada perpaduan parti itu sepanjang sejarahnya. Antara kesannya ialah yang menang akan memberi laluan dan habuan kepada penyokongnya, yang kalah akan disisihkan walaupun berpotensi untuk berkhidmat kepada parti dan negara dan semangat regu ini tetap akan berterusan walaupun selepas pemilihan parti yang disusuli dengan dengki dan dendam. Kesan yang buruk ini akan menyebabkan ramai pemimpin akan sentiasa tidak percaya-mempercayai antara satu sama lain di sebalik sikap hipokrit yang mana ini bakal mengundang bencana perpecahan di peringkat dalaman akhirnya.

Sebagai contohnya di dalam Umno, mengambil episod kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir kepada Khairy Jamaluddin di dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno. Di dalam kekalahan itu, regu Mukhriz, Dato' Razali Ibrahim pula memenangi jawatan Timbalan Ketua Pemuda. Sehingga hari ini, maklumat dalaman yang diperolehi dalam Pemuda Umno memberitahu kedudukan Khairy dan Razali penuh dengan hipokrit dan Razali kini dilihat lebih menumpukan tugasnya sebagai Menteri Belia dan Sukan daripada memberi kerjasama kepada Khairy yang lebih nampak aktif di dalam memperkasakan Pemuda. Inilah bahananya jika dibuat regu dan harapan untuk regu kita dipilih bersama tidak menjadi. Perpecahan hubungan antara Pemuda kem Khairy dan Mukhriz masih boleh dilihat semasa program bersama Perdana Menteri anjuran Makmal Pemuda BN apabila kurang bergaul sesama mereka.

Jika kita lihat lebih jauh lagi dalam sejarah Umno, perpecahan terbesar adalah ketika kewujudan dua regu besar di dalamnya dari peringkat atas hingga ke bawah yang menyebabkan Umno diharamkan pada tahun 1988. Ketika itu, terdapat dua kem yang dikenali sebagai Team A dan Team B. Team A yang diketuai oleh Presiden Umno ketika itu, Datuk Seri Mahathir Mohamad manakala Team B diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Perpecahan lebih teruk berlaku selepas Mahathir memenangi jawatan Presiden Umno dengan undi tipis sebanyak 43 undi. Babak pengharaman ini bermula apabila sepasukan 11 pemimpin Umno yang dikenali sebagai Umno 11 yang menfailkan permohonan mahkamah tinggi bagi membatalkan keputusan pemilihan tersebut yang didakwa tidak sah. Akhirnya, hakim yang mendengarnya iaitu Allahyarham Tan Sri Harun Hashim pada 4 Februari 1988 telah mengharamkan parti tersebut. Selepas itu, Mahathir dan Setiausaha Agung Umno ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid telah dengan segera mendraf penubuhan parti Umno Baru dan hampir masa yang sama, Team B tadi yang diketuai oleh Ku Li menubuhkan parti Semangat 46 yang disokong oleh mantan-mantan Perdana Menteri ketika itu iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn.

Di dalam pemilihan MCA juga berlakunya unsur regu-regu ini yang akhirnya melemahkan kepimpinan parti berkenaan. Jika anda masih ingat lagi, apabila mantan Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat membentuk regu kepimpinannya sendiri manakala bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng (sekarang menyertai PKR) yang berganding bahu dengan presiden hari ini, Dato' Dr. Chua Soi Lek yang akhirnya melemahkan kepimpinan parti berkenaan apabila Ong sahaja yang memenangi jawatan Presiden tetapi regunya Datuk Ong Ka Chuan kalah kepada Chua Soi Lek. Ketidakstabilan ini telah menjuruskan parti berkenaan sehingga terpaksa mengadakan pemilihan sekali lagi.

Hasil daripada pemilihan baru ini pula, keadaan yang sama yang berlaku apabila Chua Soi Lek pula memenangi jawatan Presiden dalam pertandingan tiga penjuru tetapi bagi jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi oleh calon yang bukan pilihannya iaitu Datuk Liow Tiong Lai. Pada hari ini, MCA yang dibarisi oleh kawan dan lawan cuba mengawal kemusnahan apabila mereka bertoleransi buat masa sekarang di bawah pimpinan Chua Soi Lek. Namun begitu, MCA pada hari ini boleh disifatkan sebagai retak menanti belah. Semuanya bergantung kepada telatah dan kerjasama antara Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai dalam isu-isu akan datang.

Kembali kita kepada pemilihan PKR nanti, natijah daripada sejarah regu dan kumpulan di dalam Umno dan MCA pernah membawa parti-parti itu ke arah kehancuran. Bagi PKR yang masih muda, mengamalkan semangat pasukan politik seharusnya dihindarkan. Bagi mereka yang hendak bertanding, bertandinglah atas kredibiliti diri sendiri dan usaha sendiri bagi mendapat perhatian 400,000 ahli mereka yang akan mengundi. Budaya berkumpulan ini juga bahaya kerana mampu menggalakkan rasuah dalam parti. Ini kerana kemampuan memberi rasuah lebih besar apabila wang-wang berkempen dapat dihimpunkan bagi tujuan tersebut. Semangat ingin menang juga akan memburukkan lagi amalan rasuah dalam parti.

Bahana selepas pemilihan amat berat apabila golongan yang kalah akan disisihkan. Kita belum sampai tahap yang terbuka dan menerima keputusan apa-apa pemilihan dengan ikhlas dan terbuka. Yang menang perlu lupakan persengketaan dan merapatkan saf serta yang kalah kena terima kekalahan dan kembali bekerjasama. Perbuatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama wajar dicontohi kerana walaupun menang menewaskan lawannya, Hillary Clinton semasa pemilihan parti Demokrat, Obama masih lagi menawarkan tempat dalam kabinet AS kepada Hillary dengan jawatan terpenting sebagai Setiausaha Negara. Inilah yang dikatakan kepentingan negara adalah lebih tinggi daripada kepentingan diri dan politik sendiri. Adakah kita sudah sampai ke tahap tersebut?

Rakyat yang menyokong PKR ingin melihat PKR membentuk satu ideal yang jauh berbeza daripada ideal yang diamalkan oleh Umno. Jika PKR menyerupai Umno, nampaknya harapan mereka melihat perjuangan PKR yang bebas dari amalan berpolitik berpasukan dan rasuah wang tidak akan terlaksana. Rakyat ingin melihat PKR membawa satu pembaharuan sederhana di dalam politik dan tidak mahu mereka di dalam PKR melihat politik sebagai satu usaha mendapatkan kuasa. Oleh itu, pihak pimpinan PKR perlulah memandang berat kepada usaha pihak tertentu yang berlebih-lebih di dalam politik yang cuba membentuk pasukannya sendiri sedangkan perjuangan merakyatkan rakyat ini masih belum tercapai dengan sepenuhnya.

Janganlah golongan berpuak-puak PKR ini lupa bahawa prestasi mereka masih lagi dinilai oleh rakyat. Jika rakyat melihat mereka yang berpolitik semata-mata mendapat tempat dalam parti untuk menjadi menteri di dalam kabinet semasa PRU akan datang kononnya, PKR pasti akan ditolak pada PRU ke 13 nanti. Sekali lagi PKR seperti Semangat 46 akan menjadi punca kekecewaan kepada PAS dan DAP yang sudah lama tegar akan politik nasional untuk menawan Putrajaya.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan perkembangan semasa dan selepas pilihanraya kecil di Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini yang diterbitkan di dalam KLToday.com.

Tiada ulasan: