Isnin, 13 September 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kedah telah laksana lebih 80% manifesto PRU 12

Posted: 13 Sep 2010 09:00 PM PDT

ALOR SETAR, 14 Sept: Dalam tempoh hampir 30 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di negeri Kedah, lebih dari 80 peratus manifesto dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) telah berjaya dicapai.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Abdul Ghani Ahmad berkata, sehingga Julai 2010 sebanyak 80.7 peratus dari manifesto yang mempunyai 57 perkara yang disenaraikan dalam PRU 12 telah berjaya mencapai matlamatnya.
"Daripada 57 perkara tersebut, 46 daripadanya telah pun dilaksanakan. Sementara itu 11 perkara lagi atau 19.3 peratus masih lagi berada di peringkat kajian.
"11 perkara yang belum dilaksanakan itu merangkumi bidang pentadbiran, pertanian, pembangunan Insan, hal ehwal Islam, hal ehwal wanita, sukan dan rekreasi serta pihak berkuasa tempatan," katanya lagi.
Dalam pada itu, manifesto yang telah dilaksanakan secara total ialah Pembangunan Sosial, Belia serta Alam Sekitar dan Pelancongan.
Selain dari itu, katanya perkara yang berkaitan dengan Hak dan Kepentingan Bukan Islam, Ekonomi, Tanah dan Hasil Negeri,Pembangunan Sosial, Belia serta Alam Sekitar dan Pelancongan turut telah berjaya dilaksanakan.
Bagi bidang Pembangunan dan Keperluan Kemudahan Asas serta Kebajikan turut telah sempurna dijayakan dalam tempoh tersebut.
Tambahnya, antara manifesto yang belum ditunaikan adalah yang berkaitan dengan pentadbiran seperti penyediaan kemudahan pinjaman tanpa faedah bagi kakitangan kerajaan, menubuhkan Institusi Imam atau (Maahad Imamah), Skim Perlindungan Takaful kepada golongan petani, penternak dan nelayan, kemudahan sukan khusus bagi golongan kurang upaya serta pemberian cuti bersalin selama tiga bulan bagi kakitangan wanita dalam perkhidmatan awam tanpa mengehadkan bilangan anak.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam yakin sebahagian dari manifesto tersebut mampu untuk ditunaikan oleh Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Fears about RPK's safety as attacks on Malaysia Today continue

Posted: 13 Sep 2010 08:59 PM PDT

RPK, a two-time ISA detaineenow lives in London
Malaysia Chronicle

It has been nearly a week now but the attacks against Malaysia's most popular political blog run by the controversial Raja Petra Kamaruddin are continuing unabated, raising eyebrows and concern about his safety and his family's.

"Why is there such a concerted effort to shut up RPK? What information does he have that is so 'sensitive' that some people are willing to spend a fortune to just keep it away from the Malaysian public and the world at large?" PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

"It is time to take stock of what is happening at Malaysia Today. There is more than meets the eye. We also feel concern for his safety but we hope RPK will not give up the fight because corruption is the biggest threat now. There is indeed a group of people draining huge sums from Malaysia and the rakyat are going to end up with nothing if the information is kept hidden."

Sucked dry by unparalleled corruption

With his wife Marina
Indeed, it may be silly and also futile to keep blocking Malaysia Today. Already, there are calls for RPK to start in the interim an online magazine in the style of Sarawak Report to expose all the dirt and corruption of the ruling elite. 

The 60-year RPK went to school at the famous Malay College Kuala Kangsar and rubbed shoulders with many of Malaysia's leading politicians and civil servants. His network of top-level contacts in the government is vast and there is also no shortage of whistle-blowers who send tips to Malaysia Today, which has been around for 10 years now.

In the weeks leading to the attacks, RPK had begun unraveling the financial debacle at national airline MAS, supplying and explaining the details contained in a 7-page report MAS managers had lodged with the Malaysian Anti-Corruption Commission.

And when he began naming the people involved in the RM8 billion in losses racked up by former chairman Tajudin Ramli, it must have raised a huge panic in Prime Minister Najib Razak's administration.

RPK blew the whistle not only on former premier Mahathir Mohamad but also his successor Abdullah Badawi – whom Malaysians had at one time thought of as 'Mr Clean'.

Malaysia's ruling elite - Najib, Mahathir, Abdullah
RPK also exposed Najib's "new cash cow" – the national railway firm and how the PM may renege on a Letter of Intent granted by the previous administrations to China Railway Engineering Corp and extend a fresh one to China Harbor Engineering Corp. A new deal would of course imply new negotiations and new benefits for Najib. His close ties with corporate bigwig Tan Kay Hock, the boss at Johan Holdings, was also revealed.

The amounts mentioned are enormous but few Malaysians doubt RPK or think he is exaggerating. MAS' RM8 billion in losses are already on record. The staggering red ink offers a good clue as to why resource-rich Malaysia can face bankruptcy by 2019, and why the government has to go back to the masses for more money by jacking up the prices of consumer essentials.

Tajudin was chairman at MAS from 1994 to 2001. The MAS case is no less shocking than the Port Klang Free Zone financial scandal. PKFZ will be returning to the spotlight soon with several top Umno leaders due to be charged. One of them is believed for be former Selangor Mentri Besar Muhammad Muhammad Taib, with whom RPK had a run-in with in 2007.

Angan jenin Brahim Ali !

Posted: 13 Sep 2010 08:52 PM PDT

Keyakinan Ibrahim Ali tidak berasas. Seperti yang saya pernah ramal sebelum ini, bagi yang mengetahui pencak silat politik Ibrahim Ali, sememangnya kita tahu Ibrahim Ali ini mempunyai cita-cita sendiri mempergunakan kedudukannya untuk terus relevan sebagai ahli politik di dalam negara ini.

Semalam, Ibrahim menyatakan kesediaan bagi membentuk pakatan politik baru setelah harapannya untuk bertanding sebagai calon Umno ditolak oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor. Malah, ramai pemimpin Umno juga menolak kembalinya Ibrahim yang juga Presiden Perkasa ke dalam Umno. Nyatalah Umno kali ini betul dan akur bahawa Ibrahim adalah liabiliti ke atas Umno seandainya diterima kelak.

Keberangan Ibrahim memuncak dan mendakwa dengan bangga bahawa ramai orang Melayu akan meninggalkan Umno jika beliau dan Perkasa tidak diterima oleh Umno. Beliau turut mendakwa sokongan Melayu terhadap Umno yang meningkat semasa pilihanraya-pilihanraya kecil sejak setahun lepas adalah disebabkan oleh Perkasa yang menyokong Umno.

Bagi saya, biarlah kita lihat sejauh mana dakwaan Ibrahim dalam hal ini. Ibrahim sebenarnya merasakan dirinya mendapat kekuatan daripada Tun Mahathir dan menggunakan Tun Mahathir bagi merelevankan dirinya yang kononnya dirinya adalah penentu undi Melayu. Ibrahim tidak tahu bahawa Perkasa hanya popular di media sahaja.

Dan faktor kekuatan Tun Mahathir sebenarnya sudah mulai hilang apabila kelantangan Tun pada usia tua ini dibandingkan dengan kesenyapan Tun Abdullah yang sudah benar-benar pencen politik. Keadaan inilah membuatkan ramai orang sekarang yakin Tun Mahathir sudah sampai masanya untuk benar-benar bersara. Oleh itu, pegangan Ibrahim Ali ke atas pengaruh Tun Mahathir adalah satu kesilapan dan perhitungan yang lapuk untuk talian hidupnya dalam persada politik tanah air.

Di dalam portal berita di Internet pun, untuk makluman pembaca, tujuan cerita-cerita tentang gelagat Ibrahim yang selalu 'gedebe' itu dimasukkan adalah bagi menaikkan trafik pembaca bahan di internet. Bahan-bahan ini memberi peluang kepada rakyat bagi meluahkan rasa kemarahan mereka ke atas Ibrahim. Jika dilihat komen-komen yang diberikan oleh pembaca di dalam bahan-bahan berkaitan dengan Ibrahim, boleh dikatakan hampir 90% mengutuknya atau dengan kata lain, mereka menggunakan internet bagi meluahkan rasa tidak suka akan telatah Ibrahim Ali.

Andaikata Ibrahim mengambil statistik banyak berita tentangnya yang disiarkan di dalam media sebagai petunjuk bahawa dia sangat popular, nyatalah sekali dia silap. Ini kerana beliau popular kerana tidak disukai ramai. Anda boleh sahaja lihat dalam Page Facebook KL-Today.com sendiri apabila bahan-bahan berita mengenai Ibrahim Ali menerima respon atau komen yang sangat negatif mengenai dirinya.

Jika hendak dilihat benar-benar pengaruh Perkasa itu di dalam masyarakat, kenapa penjualan surat khabarnya, Suara Perkasa semacam hidup segan mati tidak mahu? Jika jumlah ahlinya yang didakwa mencapai 200 ribu orang, mengapa akhbar keluarannya yang dijual dengan harga RM2.50 itu dengan jumlah keluaran sebanyak 25,000 naskah itu tidak terjual dengan mudah dengan pasaran yang sudah sedia ada. Jangan hendak salahkan pengedar sahaja yang kononnya takut hendak mengedar. Jika ahli yang didakwa beratus ribu orang itu boleh membelinya atas inisiatif ahli sendiri untuk beli di pejabat atau agen Perkasa, maka tidaklah lagi perlukan kepada vendor lagi.

Bukan itu sahaja, kenapa setiap kali demonstrasi Perkasa di jalanan hanya dihadiri penyokongnya kurang daripada 1,000 orang itupun dicampur dengan penyokong Pemuda Umno semasa demo serangan Israel konvoi kemanusiaan ke Gaza di Masjid Negara beberapa bulan lepas. Manakala pada masa yang sama yang dianjurkan oleh PAS dan PR dihadiri oleh berpuluh-puluh ribu orang umpama melaut di atas jalan raya di tengah-tengah bandaraya. Di manakah 200 ribu ahli Perkasa yang diomong-omongkan Ibrahim? Itu belum lihat lagi seramai mana rakan-rakan Perkasa dalam Fan Facebook, Google dan media yang lain jika dibandingkan dengan parti-parti lain.

Kesalahan Ibrahim kepada orang Melayu dan Islam sudah terlalu banyak. Terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Tetapi sudah cukuplah yang terakhir lagi jelas dengan menipu PAS Kelantan apabila memujuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menggunakan platform PAS bagi memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas. Tidak sampai seminggu menjadi ahli Parlimen, terus-terang beliau menolak PAS di dalam apa sahaja isu dan mula merapatkan dirinya dengan Umno.

Sikap ini adalah sikap yang tidak amanah, khianat dan tidak jujur sebagai seorang Islam dan juga tiada dalam kamus etika bangsa Melayu. Bukan sahaja membelakangi PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat (PR), beliau juga dituduh ada terlibat di dalam usaha bagi menarik beberapa ahli Parlimen PKR yang berpaling tadah dan membentuk blok 'Bebas' di dalam Parlimen.

Sekarang, Ibrahim semakin berang apabila usahanya merapati Umno dengan membawa platform Perkasa akhirnya tidak berjaya. Ibrahim nampaknya keseorangan lagi. Umno mungkin boleh menerima ahli-ahli Parlimen Bebas seperti Zahrain Hashim dan Zulkifli Nordin tetapi tidak Ibrahim. Ini adalah padahnya kalau berulangkali melakukan khianat sampaikan tiada sesiapapun akan mempercayainya lagi.

Di kala orang Melayu yang sudah berpecah kepada dua iaitu antara Umno dan PAS/PKR, cubaan Ibrahim yang ingin memecahkan lagi kepada 3 kumpulan seharusnya ditolak. Jika Ibrahim cuba juga menubuhkan parti Melayu alanya, nampak sangat perpaduan Melayu bagi dirinya adalah tidak sepenting nafsunya yang gilakan kuasa.

Kita semua tahu bahawa amat penting bagi kita orang Melayu dan Islam bersatu dan buat masa sekarang sama ada memberi sokongan kepada Umno ataupun kepada PAS/PKR, kedudukan kita masih tidak tergugat. Namun, dengan menubuhkan parti baru, nyata itulah satu lagi perbuatan khianat yang tidak boleh diterima lagi.

Bagi pendapat saya, lagi molek Ibrahim Ali bertanding sebagai calon Bebas kerana itu lebih bermaruah dan bersemangat juang yang ikhlas daripada beliau bertanding atas tiket parti baru bakal ditajanya yang nampak berkepentingan politik sendiri dan pengkhianatan Melayu! Walau bagaimanapun, saya yakin ahli-ahli Umno yang menyertai Perkasa tidak semudah itu meninggalkan Umno kerana mereka dapat melihat Umno adalah kapal yang jauh lebih baik dari Perkasa jika ingin bertempur dengan kapal PAS/PKR yang semakin hari semakin ke hadapan.

Shaharul

Syed Husin tidak pertahan jawatan no 2 PKR

Posted: 13 Sep 2010 08:29 PM PDT

Kini rasmi - Syed Husin Ali hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR yang disandangnya pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Bagaimanapun menurut ahli politik veteran yang pernah menerajui Parti Rakyat Malaysia sebelum partinya bergabung dengan KeAdilan pada 2003, beliau akan tetap aktif dalam politik.

"Saya akan berusia 74 tahun minggu depan. Saya rasa saya belum begitu tua lagi tetapi saya mahu merintis jalan supaya mereka yang berdarah muda dapat mengambil-alih," katanya.

Cuepacs: Naikkan umur persaraan - 60 tahun

Posted: 13 Sep 2010 08:27 PM PDT

Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Beliau berkata sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

"Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lalu, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.

"Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.

Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.

Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan telah bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.

"Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib," katanya.

Beliau berkata ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara.

"Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin," katanya.

- Bernama

Kes Sosilawati: Mayat Dibakar Guna Tahi Lembu Dan Petrol

Posted: 13 Sep 2010 08:26 PM PDT


Mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki dipercayai telah dibakar menggunakan tahi lembu dan petrol, satu kaedah tradisional amat berkesan untuk menghancurkan satu badan manusia dan menghasilkan abu di antara 30 minit hingga sejam.

Badan manusia yang sederhana mengambil masa kira kira dua atau tiga jam untuk membakar sepenuhnya apabila berada dalam sebuah keranda atau relau, dengan kepanasan 1,100°C.

Kaedah tradisional ni yang berasal dari India, melibatkan penggunaan tahi lembu yang dilumur pada tubuh dan mencurahkan minyak petrol utk dibakar.



Peta Ladang Gadong dari sumber The Star


Satu gas dibebaskan dari tahi lembu dapat meningkatkan kepanasan yang tinggi dan dapat memusnahkan tubuh badan serta menghasilkan abu dengan cepat. Kesannya, hanya tinggal femur (tulang paha) dan tulang pelvis yang masih utuh. -nurizspace


Traditional burning method used

PETALING JAYA: The remains of Datuk Sosilawati Lawiya and the three men she was last seen with were believed to have been burnt using cow dung and petrol, a highly effective traditional method which can reduce a human body to ashes in between 30 minutes and an hour.

The average human body takes from two to three hours to burn completely when in a coffin and placed in the furnace, pre-heated at 1,100°C.

However, the traditional method, which originates from India, involves placing cow dung on the body and sprinkling some petrol which is then lit.

"A gas released from the burning cow dung increases the intensity of the fire which reduces the body to ash very quickly, often leaving only the femur (thigh bone) and pelvic bone still intact," a source said. -thestar

JANGAN JADI BODOH MACAM TOK ARAB

Posted: 13 Sep 2010 08:24 PM PDT

INILAH HASILNYA BILA JADI BODOH DAN TAKUT

US PREPARES TO APPROVE $60 BN ARMS DEAL WITH SAUDI ARABIA – guardian london

The US Congress is poised to give its approval to the biggest arms deal in US history when it signs off on weapons sales to Saudi Arabia worth an estimated $60bn (£39bn).

The sale, under negotiation since 2007, is aimed mainly at bolstering Saudi defences against Iran, which the US suspects will achieve a nuclear weapons capability within the next few years. The transfer of advanced technology, mainly planes, is to provide Saudi Arabia with air superiority over Iran.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
ingat tak selsema babi?
ingatkan H1N1 ?

lupa?

virus itu dilepaskan oleh makmal
gempar kan dunia kemudian jual veksin
pembuat veksin ada hubungan dengan
yang membuat heboh dan makmal yang melepaskan virus

inilah kerja kuasa imperialis amerika

kemudian senjatakan zionis isreal hinggakan
semua negara arab takut – bila arab takut
mereka beli senjata dari amerika.

kemudian hebohkan kepada dunia yang iran
sedang membuat senjata nuklear
iran menafikan – ini tidak penting
kerana semua arab takut
lalu tunduk dan beli senjata dari amerika

inilah kerja kuasa imperialis amerika
kemudian gerombolan buka cerita
ada orang nak buat perlembagaan baru
kemudian gerombolan buka cerita
ada orang nak jatuhkan raja raja melayu
kemudian gerombolan buka cerita
ada orang nak hapuskan hak orang melayu

maka orang melayu pun jadi takut
maka orang melayu ingat china sebagai musuh
lalu minta tolong pada gerombolan

kah kah kah
inilah kerja gerombolan selama 50 tahun


gerombolan menakut nakutkan orang melayu
bila melayu jadi takut
melayu akan jadi bodoh
bila melayu jadi bodoh
gerombolan dilihat cerdik
bila dilihat cerdik
gerombolan dipilih untuk jadi kepala

bila jadi kepala maka gerombolan
akan merembat harta kekayaan negara
anak bini dan kroni kaya raya

kah kah kah
inilah cara kerja gerombolan selama 50 tahun ini kah kah kah

Umno janji air bersih jika berjaya tawan Kelantan

Posted: 13 Sep 2010 08:23 PM PDT

Masalah air bersih yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin berkata ini berpunca kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu.

"Di mana-mana pun saya pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu (bekalan air bersih) diberi keutamaan," katanya kepada pemberita di Bachok, semalam.

Awang Adek, yang juga timbalan menteri kewangan, mendakwa walaupun kerajaan pusat sudah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada kerajaan negeri itu bagi menyelesaikan masalah berkenaan, ia masih gagal ditangani malah semakin membebankan mereka.

Awang Adek berkata sebahagian rakyat Kelantan yang menghadapi masalah itu terpaksa mencari alternatif lain seperti menggali telaga dan membina telaga tiub malangnya air yang diperoleh daripada bawah tanah itu berbau busuk.

Beliau berkata memburukkan lagi keadaan apabila ratusan ribu rakyat Kelantan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing mengeluh kerana tiada air yang mencukupi.

- Bernama

Umno dicabar tukar jadi Pekembar

Posted: 13 Sep 2010 08:21 PM PDT

PAS mencabar Umno agar menukar singkatan namananya dalam bahasa Inggeris 'United Malay National Organisation' kepada bahasa Melayu iaitu Pertubahan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar).

Menurut timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tindakan itu bagi memastikan orang Melayu memahami agenda politik Umno.

Katanya, di kawasan pedalaman, kebanyakan orang Melayu tidak faham apa itu Umno kerana ia dalam bahasa Inggeris.

Malah menurut Nizar, ada juga di kalangan ahli Umno sendiri tidak tahu dan memahami singkatan bagi nama Umno itu.

Menteri besar Perak yang disingkirkan itu berhujah jika Umno ikhlas berjuang untuk masyarakat Melayu termasuk mempertahankan bahasa dan budayanya, adalah amat menghairankan bagi mereka mengekalkan nama dalam bahasa penjajah.

"Tidak perlu malu bagi menggantikan nama Inggeris - Umno dengan versi Melayu - Pekembar untuk mencerminkan agenda politik mereka," kata Nizar.

Menurut beliau Umno sebenarnya adalah parti perkauman dan juga hiprokit kerana menggunakan nama Inggeris untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Melayu.

Dakwanya setelah mencapai kemerdekaan 53 tahun, Umno tetap merupakan sebuah parti rasis kerana hanya memperjuangkan hak Melayu sedangkan PAS bergelut untuk kepentingan Islam dan juga bukan Islam.

Nizar berucap di sebuah ceramah baru-baru ini di Kampung Batu Enam, Selama di Perak.

Pada ucapannya itu, beliau juga membidas tindakan kerajaan dan mepersoalkan mengapa pembelajaran tulisan Jawi dikeluarkan daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah.

Katanya, akibat tindakan itu, sebahagian besar generasi muda tidak boleh membaca dalam tulisan Jawi dan menyukarkan pembelajaran Al-Quran dan agama kerana kebanyakan bahan berkenaan adalah dalam bahasa Arab yang menggunakan tulisan Jawi.

Senjata Cangkuk Diguna Bunuh Sosilawati

Posted: 13 Sep 2010 06:32 PM PDT


Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Gambar: ANGGOTA forensik bersama jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika mencari bukti kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut.

Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.

Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui.

"Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap.

Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati.

Pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, terbongkar selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu.
Sementara itu, tinjauan di firma peguam terbabit di Jalan Sultan Alam Shah di sini, mendapati premis itu ditutup dan diletakkan garisan polis, petang semalam.

Difahamkan, premis itu adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek.

Sumber memberitahu firma guaman itu dipercayai lokasi urus niaga di antara suspek dan mangsa dilakukan sebelum ini, manakala tinjauan di rumah suspek utama di Taman Cempaka di sini mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa dua beradik peguam itu dipercayai tiba di tanah air malam kelmarin selepas sebulan bercuti di India sebaik dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua anak mereka. -BH


Empat juga disembelih

Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.

CARI...anggota pasukan penyelam polis mencari bukti di Sungai Kanchong Laut, semalam.
Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

"Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

"Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut," katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

"Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

"Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu," kata sumber itu.

Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.

"Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan" katanya.

Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini.

Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun.-metro

Tindakan Atasi Hasutan Perkauman: Jangan Berat Sebelah

Posted: 13 Sep 2010 05:57 PM PDT


SKMM tubuh pasukan khas untuk tangani hasutan perkauman di Internet

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas bersama polis untuk menangani ancaman terhadap keselamatan dan perpaduan negara menerusi internet, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, sejak awal tahun ini, SKMM telah menerima 533 aduan mengenai salahguna kemudahan internet khususnya rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Dari 533 aduan itu, 26 peratus merupakan aduan mengenai percubaan merosakkan perpaduan kaum di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kementeriannya di Kuala Klawang di sini malam ini.

"Berdasarkan aduan ini, kerajaan berpendapat sudah tiba masanya untuk membuat tindakan tegas kerana (ada) pihak telah ingkar dengan nasihat kita. Sudah sampai masanya...kalau tidak soal perkauman ini akan sentiasa dipermainkan," katanya.

Rais berkata, kerajaan tidak menyalahkan Facebook atau Twitter kerana medium ini sepatutnya boleh diguna untuk meninggikan tamadun negara, sebaliknya ada pihak cuba meranapkan perpaduan sedia ada.

Kira-kira 7,000 orang menghadiri majlis itu yang diselang seli dengan persembahan nyanyian, tarian serta penyampaian bantuan kepada warga Jelebu yang mengalami kesusahan. – Bernama

Ulasan GB

Umumnya, rakyat mengalu-alukan langkah kerajaan untuk bertindak tegas bagi mengatasi hasutan perkauman di internet.

Namun, ia tidak seharusnya berat sebelah dan ditumpukan hanya kepada golongan pembangkang dan golongan yang tidak disenangi oleh kerajaan, sedangkan jika mereka yang terlibat itu dari UMNO BN, maka kerajaan memejamkan sebelah matanya. Itu, blogger-blogger penyokong UMNO yang terang-terangan mencarut dan meniupkan api perkauman, jangan lansung buat tidak peduli.

Bukan saja di internet api perkauman dinyalakan begitu semarak, namun di dunia sebenar, kerajaan dilihat tidak lansung menambil peduli api perkauman yang ditiupkan oleh golongan seperti Perkasa, beberapa orang menteri dan ahli politik yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis, akhbar-akhbar arus perdana yang terang-terang menghasut rakyat membenci sesuatu kaum - yang kebanyakannya beralasan kononnya "membela kepentingan bangsa sendiri".

Macam-macam : Beli Rumah RM953.40 juta

Posted: 13 Sep 2010 05:56 PM PDT

Hiasan di luar flat mewah yang dibeli oleh seorang syeikh Arab.

Sebuah flat mewah tiga bilik di Monaco dibeli pada harga 240 juta euro (RM953.40 juta) oleh seorang syeikh Arab yang kaya dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.
Flat mewah itu pernah mempunyai sejarah hitam apabila satu kejadian pembunuhan berlaku di bilik tetamu utama pada 1999.
Pada tahun itu, seorang ahli perbankan, Edmond Safra mati dalam satu kebakaran misteri di dalam flat tersebut yang menjadi tempat tinggal dia bersama isterinya, Lily Safra.
Lily kemudian menjual flat itu kepada dua beradik yang merupakan pemaju hartanah dari Britain, Christian dan Nick Candy pada awal 2000-an selepas suaminya mati.
Flat itu dibeli oleh dua beradik itu pada harga kurang 12.04 juta euro (RM47.82 juta) dan mereka dianggarkan mendapat keuntungan sekurang-kurangnya 228.80 juta euro (RM908.86 juta) selepas menjualnya kepada seorang syeikh Arab yang identitinya tidak didedahkan.
Kedua beradik itu turut membelanjakan kira-kira 31.31 juta euro (RM124.36 juta) untuk mencantikkan flat tersebut.
Antara kemudahan di dalam flat itu ialah terdapat arked permainan video, jakuzi, spa dan sebuah bilik media termasuk kerusi yang bolah bertukar menjadi katil.
Flat itu turut dilengkapi teknik sentuhan seperti dalam filem James Bond apabila skrin pawagam akan muncul dari dinding apabila satu butang ditekan.
Sumber: Agensi

Isu Istana Kelantan : 5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur

Posted: 13 Sep 2010 05:55 PM PDT

5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur

Pertamanya, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah, kerana akhirnya kebenaran tertegak juga di Istana Kelantan pada hari ini. Berkat doa rakyat Kelantan yang mahu melihat institusi raja negeri tersebut berada di landasan yang sebenar, semakin jelas kelihatan. Saya, menyokong sepenuhnya pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baharu. Daulat Tuanku! Sudah terlalu lama polemik dan konflik mewarnai istana Kelantan - sehingga kebenaran hampir sahaja tertutup dan terkunci rapat, tetapi kini. Cahaya kebenaran sudah semakin menyinar, tatkala seorang raja berjiwa rakyat dimasyhurkan secara rasmi, mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan, sekali gus membuatkan para penentang Tengku Faris semakin panas punggung. Terdapat lima kebaikan atas pemasyuran Tengku Faris sebagai sultan Kelantan yang baharu, iaitu :

1. Kebenaran pasti akan terselah berhubung hakikat sebenar punca "penyakit" yang telah melanda batang tubuh ayahandanya setahun yang lalu. Ramai yang menginginkan kepastian mengapa secara tiba-tiba KDYMM Tuanku Ismail Petra mengidap penyakit yang membuatkan baginda terus lumpuh dan gering lebih daripada setahun lamanya. Rakyat mahu mengetahui laporan perubatan baginda secara telus - dan sesiapa sahaja yang terlibat menyebabkan KDYMM Tuanku Ismail Petra menjadi sedemikian rupa, mesti di hadapkan kemuka pengadilan dengan segera.

2. Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris sebagai sultan Kelantan yang baharu - adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan. Baginda bukan sahaja sanggup mencemar duli semata-mata ingin bertemu dengan rakyat jelata, bahkan kebolehan baginda menjadi imam solat untuk saf kepimpinan negeri dan rakyat Kelantan, patut dicontohi oleh sultan dan raja di negeri-negeri lain. Ia merupakan contoh dan teladan yang baik. sebagai Ketua Agama Islam negeri, sudah semestinya setiap sultan dan raja mampu menjadi imam solat berjemaah, agar menjadi ikutan rakyat jelata.

3. Pemasyhuran ini juga akan menyelesaikan segala konflik dan masalah dalaman Istana Kelantan yang sudah terlalu lama. Perebutan tahta semakin menjadi-jadi, sehingga melibatkan insiden yang merisaukan rakyat Kelantan. Kes seorang pegawai Tengku Faris yang ditembak dan mengakibatkan kematiannya -harus segera diselesaikan. Rakyat ingin tahu, siapakah dalang di sebalik kes tersebut.

4. Rakyat Kelantan juga mahu mengetahui siapakah dalang yang memaksa baginda KDYMM Tuanku Ismail menceraikan isteri keduanya, Elia Suhana dengan talak tiga sekali gus? Banyak pihak merasa ragu bahawa KDYMM tergamak mencerai isteri keduanya dengan talak tiga, kecuali ada tangan ajaib yang melakukannya.

5. Rakyat juga mahu mengetahui siapakah gerangan yang selama ini membuat kacau di istana Kelantan? Siapa sebenar yang mahukan harta? Dan siapa pula yang mahukan kuasa? Semua ini perlu dijawab. Sudah tiba masanya Tengku Faris menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menegakkan kebenaran di istana Kelantan dan mengheret sesiapa sahaja yang terbukti melakukan komplot untuk menjatuhkan KDYMM Tuanku Ismail - sama ada melalui cara "merosakkan" kesihatannya, mahu pun melalui cara "mempengaruhi" pemikirannya. Walauapa pun hakikatnya, berkahwin dua atau tiga bukanlah perbuatan dosa, apatah lagi jika seseorang itu berkemampuan. Tetapi, malangnya ramai wanita tidak upaya memahami hikmahnya. Mereka lebih selesa mengikut emosi daripada akal yang sihat. Wallahualam. Daulat Tuanku!

MENGAJAU UMNO SEDAUKAN DIRI

Posted: 13 Sep 2010 05:53 PM PDT

Assalamualaikum,

Membaca ulasan utusan loya tentang pandangan mereka mengapa pula umno mesti menjauhkan diri dari PERKASA jelas menunjukkan pemikiran mereka yang berkarat dengan umno ni memang tidak boleh diubah lagi.

Perkara pertama yang perlu mereka ini faham ialah pemikiran rakyat Malaysia telah dan sedang melalui satu anjakan paradigm. Mereka tidak lagi melihat umno itulah kerajaan, dan taat setia tanpa soal jawab hanya sanya untuk umno dan umno sahaja.

Selama ini apabila setiap kali pilihan raya umno menang. Pilihan raya menang, umno terasa mereka itulah kuasa. Apa yang mereka sebut dan apa yang mereka kata menjadi undang undang tertinggi di negara ini. Sebab itu apabila perlembagaan Malaysia mereka pinda untuk kesekian kalinya, terutama bahagian yang mana apa yang diputuskan oleh parliman menjadi undang undang tanpa perlu kepada restu Agong setelah sekian tempoh masa berlalu, maka perdana menteri Malaysia secara otomatis menjadi elected dictator, setaraf dengan Hitler dan Lee Kuan Yew.

Dengan itu umno telah terbiasa dan tegal dengan cara pemerintahan diktator. Hanya mereka tidak nampak gajah yang di depan mata mereka. Artikel utusan loya itu mengatakan mengapa hanya selepas PRU 12, apabila mereka bercakap tentang melayu, mereka dilabel racist? Jawabnya ialah sebelum PRU 12, kamu dengan sombong serta tinggi hidung lagi mendabik dada mengatakan kami ada 2/3 majoriti. Apa yang kami cakap jadi undang undang. Suara rakyat kamu tekan dan tenggelamkan sehingga rakyat tidak punya saluran untuk menyatakan pandangan.

Semua pandangan rakyat yang tidak senada dengan kamu, kamu delete.

Tetapi sekarang rakyat telah ada ruang untuk menyatakan pandangan. Pandangan kamu dulu, kini dan selamanya sememangnya racist. Cuma kamu yang tidak mahu mengakuinya kerana kesombongan kamu apabila kamu ada tongkat sakti bernama 2/3.

Jadi apa yang digongkan oleh PERKASA adalah membangkitkan permusuhan yang tidak perlu ditimbulkan. Tidak ada rakyat Malaysia yang hendak membuat perubahan atau menganggu atau membuang 153 itu. Tidak ada rakyat Malaysia secara bebal dan tergesa gesa berusaha agar perlembagaan Malaysia yang ada pada hari ini ditukar segera.

Yang kamu lakukan ialah kamu telah merobek dan merogol perlembagaan Malaysia lebih 40 kali dalam masa 50 tahun ini. Satu perkara bebal yang kamu lakukan ialah adakah patut hanya kerana ingin melanjutkan tempoh kontrak seorang kroni kamu, sanggup kamu pinda perlembagaan Malaysia?

Siapa yang mengkhianati perlembagaan Malaysia?

Rakyat Malaysia ingin hidup dalam harmoni. Bukan dalam huru hara ciptaan kamu

Islam dijunjung, Sultan disanjung

Posted: 13 Sep 2010 05:00 PM PDT

Imbasan Kembali Peristiwa

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli.
Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Mungkin masih segar diingatan anda suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak.

Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.






Gambar: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (tengah) berkenan menyembelih lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkarangan Komplek Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Disini Budak Kampung Online mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas permasyhuran YTM TengKu Muhammad Faris Petra (42), Tengku Mahkota Kelantan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahanda baginda Tengku Ismail Petra berkuatkuasa hari ini Isnin 04 Ramadhan 1431 bersamaan 13 Sept 2010.

Gambar: TUANKU Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra menerima Watikah Pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Istana Negeri Kubang Kerian hari ini.

Daulat Tuanku...

Pengstrukturan Operasi Air Lebih Utama Daripada Langat 2

Posted: 13 Sep 2010 04:57 PM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib
SHAH ALAM 14 Sept - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menyegerakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak akan menyelesaikan masalah kekurangan air di negeri itu serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Apa yang lebih utama didahulkukan ialah penyelesaian pengstrukturan semula operator bekalan air di Selangor yang sehingga kini masih belum dimuktamadkan.
"Kita percaya kepada cara penyelesaian yang menyeluruh. Dengan adanya  penyelesaian melalui projek Langat 2 kita akan dapat air dari Pahang dalam masa 3 atau 4 tahun akan datang tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah pengurusan air di negeri Selangor. Oleh sebab itu kita hanya akan bersetuju dengan projek ini apabila selesai penyusunan semula operasi air di Selangor.
"Kita tidak nafikan yang kita perlu melaksanakan projek Langat 2. Kita jangka dalam masa 6 bulan kita mesti selesaikan proses pengstrukturan ini. Isu Langat 2 adalah penting tapi tidak sepenting dengan mengatakan kalau tidak ada Langat 2 rakyat Selangor tidak akan mempunyai air. Itu bukan jawapannya," kata Menteri Besar pada sidang media semasa jamuan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan negeri Selangor di i-City Jumaat lalu.
Abdul Khalid menegaskan sekiranya proses pengstruturan semua operasi air tidak diselesaikan segera, pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur berkemungkinan berhadapan dengan kenaikan tarif air.
"Kita mesti menyelesaikan secara keseluruhannya sebab kalau tidak rakyat  Selangor dan Kuala Lumpur terpaksa membayar harga air yang lebih tinggi.
"Kedua jika tidak selesai pengstruturan semula ini kita juga terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi terutamanya kos berhubung masalah kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW)," jelas Menteri Besar lagi.
Katanya hanya 60 hingga 70 peratus sahaja daripada air yang dirawat dapat diguna sementara bakinya hilang dan dikategorikan sebagai NRW.
"Jadi ini bukanlah cara yang paling efisien dan efektif untuk menangani masalah NRW," kata beliau.
Sebelum ini Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata peningkatan permintaan air di Selangor tidak boleh dipenuhi melalui penyelesaian isu NRW kerana ia memerlukan pelaburan tinggi dan berterusan.
Kementerian dalam kenyataannya 7 September lalu bertegas untuk melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan kadar segera untuk mengelakkan defisit bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 2012.
"Jika ditanya kontraktor yang merancang projek Langat 2 mereka akan berkata mereka memerlukan air sejak semalam kerana mereka yang melaksanakan projek itu. Kita melihat akan keperluan projek ini tetapi bagi kita ia tidaklah mendesak. Jadi ada perbezaan dalam unjuran keperluan air bagi Selangor dan Kuala Lumpur antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri," ujar Abdul Khalid.

Kenyataan Cho Ha ada agenda tersembunyi? kah..kah..kah..

Posted: 13 Sep 2010 04:42 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha dilihat mempunyai agenda tersembunyi apabila meminta UMNO menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd. Karim berkata, ini kerana kenyataan Cho Ha itu seperti merendah-rendahkan kepentingan dan sokongan pengundi Melayu kepada Barisan Nasional (BN) selama ini.
"Saya melihat kaum Cina kini mengadakan eksperimen dengan menolak BN dalam situasi politik tanah air sekarang.
"Jadi kenyataan Datuk Seri Kong Cho Ha itu dilihat seperti mahu mengapi-apikan penolakan kaum Cina terhadap BN atau mungkin (kenyataan) beliau ada agenda tersembunyi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jais mengulas kenyataan media Cho Ha hari ini yang antara lain kesal dengan pendirian sesetengah pemimpin UMNO yang mahu terus mempunyai hubungan dengan Perkasa.
Menurutnya, UMNO perlu menjauhi Perkasa kerana hubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 'terlampau' itu akan hanya menyebabkan BN hilang sokongan daripada masyarakat selain Melayu di negara ini.
"BN tidak akan memenangi semula sokongan rakyat Malaysia jika terus bekerjasama dengan NGO yang terlampau ini," kata Cho Ha.
Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar pula mencabar Cho Ha dan MCA supaya tidak berkompromi dengan NGO Cina seperti Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) yang dilihat ekstrem dalam beberapa tuntutan sebelum ini.
"Jadi, saya minta UMNO supaya jangan melayan pemikiran sempit Cho Ha yang sebenarnya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih' atau bahasa modennya, cakap tak serupa bikin," selarnya.
Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar menegaskan, Cho Ha dan MCA tidak harus 'mengarahkan' UMNO supaya menjauhi atau mendekati sesuatu NGO selagi ia menghormati hak kaum lain di negara ini.
Jika dilihat, katanya, Perkasa hanya mempertahankan hak Melayu seperti terkandung dalam Perlembagaan dan bukannya seperti Dong Zhong yang melakukan permintaan berlebihan.
"Jadi mengapa baru sekarang Cho Ha mempersoalkan perkara ini, bukankah lebih baik pimpinan MCA menumpukan perhatian terhadap usaha meraih kembali sokongan Cina.
"Atau mungkin kenyataan Cho Ha itu sebenarnya sebahagian daripada strategi ke arah sasaran yang lebih besar (grand strategy)?" ujarnya.

Ambil Tindakan Segera Atasi Campur Tangan Pihak Ketiga Dalam PDRM

Posted: 13 Sep 2010 04:40 PM PDT

SHAH ALAM 13 Sept - Badan hak asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyeru bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengambil tindakan segera sekiranya wujud isu campur tangan pihak ketiga dalam kepolisian Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan bukan melepaskan ketidakpuasan melalui media sahaja.
Kata badan itu, adalah juga menjadi tanggungjawab KPN yang baru Tan Sri Ismail Omar untuk mengambil tindakan sekiranya isu tersebut wujud selepas beliau memegang jawatan itu.
"Kami kecewa terhadap Musa Hassan yang telah berkhidmat dalam PDRM selama 41 tahun namun langsung tidak dapat menyelesaikan isu krompromi dan salahguna kuasa yang wujud dalam PDRM selama beliau memimpin dalam pasukan polis.
"Isu 'campur tangan' pihak ketiga dibangkitkan hanya selepas kontrak beliau tidak dapat disambungkan.
"Suaram berpendirian penubuhan mekanisme pemantauan yang adil, telus dan bebas seperti Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) amat diperlukan pada masa ini untuk menyelesaikan masalah salahguna kuasa serta campur tangan pihak ketiga dalam PDRM dengan berkesan," kata badan Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung dalam satu kenyataan media Jumaat lalu.  
Tambah Suaram, PDRM merupakan institusi keselamatan yang paling penting dalam  negara untuk menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
Justeru itu, pemantauan Suaram terhadap tindakan polis yang tidak adil terhadap kritikan rakyat dan pembangkang telah menjejaskan kredibiliti dan imej PDRM.
Malah penukaran KPN baru dilihat tidak juga mampu memulihkan keyakinan rakyat selagi PDRM masih di bawah kawalan dan dipergunakan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional.
"Isu kepolisian adalah isu penting yang akan mempengaruhi undi rakyat semasa pada pilihan raya akan datang. Lebih penting, reformasi dalam PDRM terutama menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) amat diperlukan untuk mewujudkan akauntabiliti dan menegakkan prinsip hak asasi manusia. Sekiranya tidak, maka rakyat akan kehilangan kepercayaan dan keyakinan terhadap PDRM dan Umno-BN," kata Heng Lung lagi.

Polis Kurang Komited, Golongan Wanita Semakin Tidak Selamat

Posted: 13 Sep 2010 04:38 PM PDT


SHAH ALAM 14 Sept - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Malaysia, Zuraida Kamaruddin membidas pasukan polis yang dilihat semakin gagal memberi jaminan keselamatan kepada golongan wanita negara ini sehingga menjurus kepada kes pembunuhan yang melibatkan kaum Hawa yang terbaru Datuk Sosilawati Lawiya.
Sambil menyifatkan pembunuhan tragik Sosilawati mempunyai persamaan dengan kematian kejam model Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu, Zuraida menegaskan keadaan ini adalah akibat sikap lepas pandang dan kurang komited pihak polis dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar.
Kata beliau ini menyebabkan ada pihak yang begitu berani mengambil kesempatan atas ketidak mampuan polis menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dan juga beberapa kes lain yang melibatkan wanita.
"Wanita KEADILAN mengecam perbuatan terkutuk ini  sebagai sesuatu yang kejam dan zalim. Wanita KEADILAN juga merasakan tragedi tersebut merupakan satu lagi kes pencabulan terhadap wanita di negara ini. Perasaan hormat kapada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis.
"Sebelum ini negara digemparkan dengan berita kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Shaariibuu beberapa tahun yang lalu. Beliau dibunuh secara kejam dengan letupan bom. Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukkan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin.
"Masihkah kita ingat kes pembunuhan Mustakizah. Jenayah ini berulang lagi hari ini akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak menggunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi," kata beliau dalam satu kenyataan media semalam.
Zuraida berkata Wanita KEADILAN menyampaikan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga Allayarhamah Sosilawati dan tiga mangsa yang lain.
Wanita KEADILAN juga mengharapkan satu bentuk tindakan yang tegas oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dan menaruh harapan agar Ketua Polis Negara yang baru mampu membawa perubahan dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia sekaligus menyegerakan siasatan dan mengheret semua mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Jutawan kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu dibunuh bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Sosilawati, 47, dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Mereka dipercayai diculik, dipukul, dibunuh dan kemudiannya dibakar. Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Bukti ada pemimpin 'syok sendiri'..he.he..he...!!!

Posted: 13 Sep 2010 04:37 PM PDT

IPOH 13 Sept. - Keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti.
Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan UMNO masih meletakkan garis pemisah antara orang Melayu yang mempunyai sentimen tinggi terhadap bangsa dan orang Melayu yang hanya pentingkan diri.
Sambil menyokong kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu berharap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak terus membuat kenyataan yang hanya akan menjauhkan orang Melayu daripada semangat asal penubuhan UMNO.
"Jangan letak garisan pemisah antara orang Melayu dalam UMNO dan dalam Perkasa. Jangan sebab nak jaga hati kaum lain, kita ketepikan golongan Melayu yang ada sentimen tinggi sayangkan bangsa sendiri.
"Beliau (Tengku Adnan) sepatutnya sedar bahawa orang Melayu di dalam Perkasa masih sayangkan UMNO. Hakikatnya, UMNO belum pulih sepenuhnya untuk mengasingkan diri daripada kelompok Melayu lain," katanya di sini, hari ini.
Semalam, Dr. Mahathir berkata, keputusan UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Kata bekas Perdana Menteri lagi, meskipun ia tidak membabitkan jumlah yang besar tetapi kesannya terhadap peluang Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kemenangan tetap ada.
Tengku Adnan yang mempengerusikan mesyuarat BN sebelum ini berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.
Mengulas lanjut, Hamdi menegaskan, kewujudan Perkasa yang berjaya menarik penyokong di kalangan orang Melayu sepatutnya dijadikan iktibar oleh UMNO dalam memperkemaskan perjuangan agenda bangsa.
"UMNO merupakan sebuah parti Melayu, jika sebagai sebuah parti Melayu, UMNO tidak mendapat sokongan di kalangan orang Melayu sendiri adalah sukar untuk kita mempertahankan kerusi yang ada," katanya.

Suaram Kecam Penahanan Fadzullah Di Bawah ISA

Posted: 13 Sep 2010 04:35 PM PDT

SHAH ALAM 14 Sept - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam sekeras-kerasnya tindakan penahanan dua tahun ke atas Mohamad Fadzullah Abdul Razak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diarahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien.
Fadzullah, 28, yang ditahan di bawah ISA sejak 15 Julai 2010 telah dipindahkan ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak pada 2 September lalu tanpa pengetahuan keluarga dan peguamnya.
Malah pihak polis telahpun dimaklumkan oleh peguam Fadzullah bahawa mereka mewakilinya.
Beliau didakwa terlibat di dalam jaringan teroris antarabangsa.
"Semua dakwaan terhadap Fadzullah semenjak hari pertama beliau ditangkap tidak pernah dibuktikan di dalam mahkamah.
"Malah kami berasa sangsi dakwaan terhadapnya dapat dibuktikan langsung sekiranya beliau dibicarakan dalam mahkamah.
"Arahan eksekutif penahanan selama dua tahun tanpa bicara adalah pelanggaran keadilan yang amat dahsyat. Fadzullah tekah dinafikan hak asasinya iaitu hak kepada perbicaraan yang adil, hak untuk mempertahankan diri dalam mahkamah yang adil, hak untuk diwakili peguam serta hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya," kata Koordinator GMI dan Suaram, E Nalini dalam satu kenyataan media semalam.
Kedua-dua badan itu yakin penggunaan Seksyen 8 ISA untuk menahan Fadzullah selama dua tahun telah dirancang sebegitu rupa supaya menghambat usaha peguam beliau mengfailkan writ habeas corpus bagi mencabar penahanan beliau di bawah Seksyen 73(1) ISA.
"Beliau tidak diberi peluang untuk mempersoalkan penanahannya di bawah ISA. Ini adalah taktik lama dan modus operandi yang sama yang digunakan dalam banyak kes untuk memastikan writ habeas corpus hanyalah langkah akademik kerana tahanan telah ditahan di bawah seksyen yang berlainan dan juga oleh cawangan berasingan badan eksekutif," tegas kenyataan itu.
Dalam pada itu, GMI dan Suaram juga memaklumkan  Sheikh Abdullah Sheikh Junaidi, 70, yang ditahan di bawah ISA pada 11 Ogos lalu telah dibebaskan pada 25 Ogos.
Beliau telah ditahan bersama-sama dengan seorang rakyat Indonesia, Mustawan Ahbab, 34, dan seorang rakyat tempatan, Samsul Hamidi juga berusia 34 tahun yang kini masih dalam tempoh tahanan 60 hari di bawah Seksyen 73(1) ISA.
"Walaupun kami mengalukan pembebasan beliau, namun kita melihat ini hanya sebagai satu lagi pembebasan selektif dan kita tetap berpegang kepada pendirian bahawa tidak siapa seharusnya di tahun di bawah ISA atau mana-mana undang-undang tanpa hak dibicarakan.
"Adalah jelas lantikan Malaysia menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan akuan kerajaan untuk mmepromosi dan melindungi hak asasi melalui cadangan pindaan kepada ISA hanyalah retorik dan janji kosong kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa.
"Rakyat Malaysia menentang ISA, penyiksaan dan lain-lain bentuk pelanggaran hak asasi. Kami mendesak ISA dimansuhkan dan hentikan semua pelanggaran hak asasi manusia," tegas kenyataan itu.

Mengimbau raya zaman kecil

Posted: 13 Sep 2010 04:30 PM PDT




KETIBAAN Aidilfitri begitu dinanti-nantikan oleh Jaafar Ahmad. Dalam tempoh setahun, hanya pada hari itu dia dan adik-beradiknya seramai enam orang berpeluang mendapat baju baru.
Walaupun baru berusia tujuh tahun, Jaafar cekap membantu keluarganya. Saat menjelang raya, dia sibuk mencari kayu api, buluh dan buah kelapa di sekitar kampungnya yang terletak di Kampung Batu Putih, Chengkau, Negeri Sembilan.
Rata-rata penduduk di kampungnya bekerja sebagai pesawah atau penoreh getah. Ayahnya, Ahmad Osman, yang juga penoreh getah memperoleh pendapatannya sebanyak RM3 sebulan.
Namun, dengan pendapatan bapanya sebanyak itu tidak bermakna mereka tidak meraikan kedatangan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan. Bahkan, mereka sekeluarga tetap membuat pelbagai persiapan. Seminggu sebelum raya, ibunya sibuk di dapur membuat pelbagai kuih-kuih tradisional seperti bahulu, loyang dan karas.
Kemeriahan menyambut lebaran turut dirasai di sekitar kampungnya. Kebanyakan rumah kelihatan bercahaya dengan pelita yang dibuat daripada tempurung kelapa. Pada malam raya penduduk kampung akan bertakbir beramai-ramai di surau.
Berkunjung ke rumah jiran
"Dahulu, semua persiapan raya dibuat sendiri, tiada istilah membeli-belah seperti hari ini. Hendak pergi ke pekan Chengkau sebulan sekali pun payah walaupun jaraknya kurang daripada dua kilometer (km) kerana tak ada jalan raya," kata Jaafar mengimbau kenangan 71 tahun yang lalu.
Seperti kanak-kanak seusianya, saat yang paling dinantikan selepas pulang solat sunat hari raya ialah berkunjung ke rumah jiran tetangga.
Selain merapatkan hubungan, kunjungan itu juga adalah peluang untuk Jaafar menikmati pelbagai juadah lazat yang disediakan oleh tuan rumah.
Menurut lelaki berusia 78 tahun itu, hidangan tradisi seperti lemang, ketupat, wajik dan dodol merupakan satu kemestian pada pagi raya. Tanpanya suasana raya hilang serinya.
Lebih menggembirakan apabila ada yang bermurah hati memberi duit raya.
"Bukan dapat banyak pun, cuma satu sen atau setengah sen, kadang-kadang satu pertiga sen. Namun zaman itu nilai duit sangat kecil, satu sen pun boleh kenyang jika pergi makan di kedai," ujarnya.

JAAFAR menunjukkan album gambar lama ahli keluarganya kepada dua orang cucunya, Mashitah Hanum, 8, (kanan) dan Bahi Wafiyah, 4, di kediamannya di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.


Bagaimanapun, sambutan Aidilfitri berubah apabila tentera Jepun menjajah Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua pada Disember 1941.
Jaafar yang berusia sembilan tahun ketika itu berkata, kebanyakan penduduk bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah kemiskinan.
"Semasa zaman Jepun, hidup begitu sukar, nak makan, pakai memang susah. Semua tanaman seperti padi dirampas, bayangkan hendak makan nasi sebulan dua kali pun belum tentu.
"Kalau nak rasa makan nasi pun kami terpaksa campur dengan ubi kayu. Apabila beras tiada, hanya ubi kayu yang tinggal, ketika itu ramai yang menghidap penyakit sembab akibat kekurangan zat," jelasnya.
Kata Jaafar, sambutan Aidilfitri tidak lagi bererti. Kekejaman tentera Jepun memerintah selama empat tahun meninggalkan kesan mendalam dan sukar dilupakan sampai bila-bila.
Keadaan itu berterusan sehingga kemunculan komunis, namun selepas negara merdeka pada tahun 1957 sambutan Aidilfitri berubah wajah.
Dia yang dikurniakan 13 cahaya mata, 20 cucu dan dua cicit kini bahagia menetap di Kampung Sungai Lui, Batu 21, Hulu Langat bersama isterinya, Siti Aisyah Derani, 56.
"Sebab itu kalau anak cucu pulang beraya, saya selalu ingatkan mereka supaya sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang kita capai pada hari ini serta mempertahankannya," kata Jaafar.
Sementara itu, kepada Lisma Abdullah, 69, walaupun dia tidak merasai keperitan hidup pada zaman Jepun namun dia sempat merasai pengalaman menyambut Aidilfitri ketika pengganas komunis berleluasa satu ketika dahulu. Kebetulan bapanya, Abdullah Nordin merupakan seorang anggota polis yang ditugaskan menentang ancaman tersebut.
Ketika rakan-rakannya bercerita tentang keseronokan berhari raya di kampung, anak sulung daripada empat beradik itu hanya mampu memendam rasa. Kesibukan bapanya bekerja pada hari raya memaksa mereka sekeluarga beraya di berek polis dan tidak dapat pulang ke kampung di Sungai Ramal, Kajang.
"Pernah sekali ketika bapa bertugas di Balai Polis Sungai Lipis, Pahang, saya dan ibu, Samsaniar Abdul Aziz serta adik-beradik menaiki bas pulang ke kampung. Perasaan takut hanya Tuhan yang tahu kerana laluan itu memang terkenal dengan serangan komunis," ceritanya.
Ibu kepada usahawan, pembaca berita, pengacara dan selebriti terkenal, Azura Abdul Karim itu memberitahu, kemeriahan beraya pada zaman kanak-kanak sehingga remaja begitu ditagihnya sehingga kini.
Ujarnya, segala persiapan raya dilakukan oleh ibunya termasuk membuat kuih-muih dan menjahit pakaian raya.

BERKUMPUL pada hari raya menjadi aktiviti wajib bagi keluarga Lisma.


"Masih kekal dalam ingatan bagaimana kami adik-beradik bergaya ketika berkunjung ke rumah jiran-jiran. Walaupun warnanya sama, tetapi tidak timbul pun perasaan malu, malah bangga kerana mendapat baju baru. Selepas dibasuh, baju terus diseterika sebab nak pakai lagi keesokan harinya.
"Menu istimewa kami sekeluarga biasanya kuah lodeh yang dimakan dengan ketupat. Sehingga kini walaupun sudah bercucu ia tetap menjadi tradisi kami sekeluarga pada pagi raya," katanya yang berkahwin dengan Abdul Karim Adam, 77.
Menonton wayang
Cerita Lisma, dahulu tiada konsep rumah terbuka kerana sesiapa sahaja boleh berkunjung pada bila-bila masa sepanjang bulan Syawal.
Biarpun persiapan dan juadah yang disediakan tidak mewah, namun ia sudah cukup menceriakan terutama apabila mendapat duit raya.
Malah, katanya, konsep balik kampung juga jarang kedengaran kerana ketika itu tidak ramai penduduk yang berhijrah ke bandar kecuali yang bertugas dengan pasukan keselamatan.
"Apabila meningkat remaja, kami berpindah di Pokok Asam, Taiping. Biasanya selepas puas beraya saya dan rakan-rakan akan menonton cerita Allahyarham P. Ramlee di pawagam.
"Itulah hiburan kami. Ketika itu belum ada televisyen. Sekarang lain, siaran televisyen sampai 24 jam sehari. Tidak hairanlah budak-budak sekarang lebih utamakan menonton televisyen berbanding berkunjung ke rumah saudara-mara," katanya yang dikurniakan tujuh orang anak dan 20 cucu.
Lismah juga berpengalaman menyambut lebaran di perantauan ketika mengikut suaminya yang bertugas sebagai anggota tentera di Jakarta, Indonesia pada awal 70-an.
"Setiap kali Aidilfitri kami akan ke pejabat kedutaan untuk menyambutnya bersama-sama rakyat Malaysia di sana. Suasananya tetap meriah, apatah lagi tradisi sambutan rakyat kedua-dua negara juga hampir sama," katanya.

KEJUTAN DARI IBRAHIM ALI YANG KITA TIDAK AKAN TERKEJUT

Posted: 13 Sep 2010 04:28 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PERKASA di bawah Ibrahim Ali MP Pasir Mas akhirnya dimalukan oleh Umno. Umno yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu di negara ini menolak PERKASA yang juga mengaku menjadi hero orang-orang Melayu. Kedua-duanya yang `menjual nama' Melayu ini bersengketa kerana apa? Jawapannya mudah, mereka bersengketa kerana masing-masing sebenarnya tidak ikhlas membela nasib orang-orang Melayu.

Kenyataan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang mengaku akan membuat kejutan di dalam PRU nanti sebenarnya bukan satu kejutan. Terkejutkah kita jika raja katak Pasir Mas ini mengistiharkan untuk menubuhkan parti baru? Mungkin juga beliau akan keluar dari sarang di Pasir Mas dan berhijrah ke tempat lain yang beliau rasa kawasan itu boleh menyelamatkan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen? Ke mana sekali pun raja katak ini berhijrah, ianya tidak mengubah pandangan orang terhadap Presiden PERKASA ini. Jika Umno sebuah parti yang `kuat Melayu'nya pun menolak PERKASA yang dipimpin oleh Ibrahim Ali, bangsa atau kaum mana yang mahu percaya kepada perjuangan beliau?

Ibrahim Ali mendapat sokongan kuat dari Tun Mahathir iaitu tokoh yang mula-mula memecahkan perpaduan Melayu. Tun Mahathir menganggap rugi besar jika Umno menjauhi PERKASA. Kita tidak nampak pula di mana untungnya Umno jika bersama PERKASA, apatah lagi di bawah Najib dengan konsep `1 Malaysia'nya itu. PERKASA lebih banyak `memeningkan' Umno dari memulihkan Umno yang sememangnya sudah `pening' itu.

PAS awal-awal lagi sudah mengumumkan bahawa di dalam PRU akan datang, PAS tidak lagi mahu `bersedekah' kepada Ibrahim Ali kerusi Parlimen Pasir Mas. Memang tepat dan bijak keputusan PAS itu kerana `bersedekah' kepada orang yang `sombong dan khianat' tidak akan memperolehi pahala. Ibrahim Ali Ali juga menyebut bahawa Umno juga tidak mungkin (mustahil lebih tepat) untuk mencalonkan beliau di kerusi Parlimen Pasir Mas. Bahkan, jika Umno terdesak sangat untuk memilih raja katak ini sebagai calon mereka, Umno bakal mendapat malu besar nanti.

Ibrahim Ali menyebut masih banyak lagi kawasan majoriti Melayu yang boleh beliau wakili di dalam Pilihanraya nanti. Mungkin Ibrahim menganggap bahawa kawasan majoriti Melayu adalah kawasan selamat buatnya. Adakah sebelum ini Ibrahim Ali pernah bertanding di kawasan bukan majoriti Melayu? Dan, kawasan mana yang pernah menghilangkan deposit beliau? Beliau mesti ingat bahawa beliau menang di Parlimen Pasir Mas dahulu bukan kerana Ibrahim Ali Melayu, tetapi kerana pengundi-pengundi memilih calon yang dipilih oleh parti yang memperjuangkan Islam bukan memperjuangkan Melayu semata-mata. Di Kelantan, sebuah negeri yang hampir 100 peratus Melayu, sekarang mempunyai Adun dari kaum berbangsa Cina.

Apa pun kejutan dari Ibrahim Ali tidak akan menjadi kejutan kepada mereka yang kenal Ibrahim Ali. Ibrahim Ali bukan sahaja menjadi duri dalam daging buat Umno, bahkan ianya menjadi racun kepada semua. Insan yang satu ketika memuji Tuan Guru Nik Aziz, kemudiannya memperlekehkan MB Kelantan itu dan orang ini juga satu ketika menghina DS Anwar, kemudiannya ingin bersama DS Anwar dan kini kembali menyerang DS Anwar adalah insan yang tidak boleh dipercayai bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang sekali pun.

Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero

Posted: 13 Sep 2010 04:26 PM PDT

oleh Ibnuyaacob
mgz_conspiracy1
Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.
Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.
(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)
Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.
Dua bukti pada Surah At-Taubah
Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan.
Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;



taubah_107
Maksudnya;
"Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: "Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata". Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta."


Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107
1. "….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)"
Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.
Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.
Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.
Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.
Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.
Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.
2. "….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)".
Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.
Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.
3. "…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu."
Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.
Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.
Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu?
4. "…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).
Maksud 'ketara' dalam ayat di atas ialah 'terbongkar' atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.
Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang 'misteri' seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.
Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman.
leslie_rockefeller
(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.
5.       "….mereka bersumpah dengan berkata: "Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata."
Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu 'ungkapan' kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah.
Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk 'keamanan' dan mengeratkan 'perpaduan' antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.
Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.
Surah At-Taubah, ayat 109;
taubah_109
Maksudnya;
"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya  di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109.
Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109

1.       "….ataukah orang yang membangunkan masjid …."

Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. 'Orang' yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat.
Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud 'orang' yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.
Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.
sharif_g
(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.
2.       "….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, …."
Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat.
mgz_site
Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.
Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada 'jurang' yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.
Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau 'cloud view'. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.
jurang
Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran
Dalam surah At-Taubah, ayat 124;
taubah_124
Maksudnya;
"Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya)."
Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124
Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah 'kebetulan' sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.
Rahsia Lain Surah At-Taubah
Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.
Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero
Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.
Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911
Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.
Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran
Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.
Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.
Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.
Na'uzubillahiminzaalik …

NAK BUAT LOJI NUKLEAR ? BUAT SILING PUN RUNTUH !

Posted: 13 Sep 2010 04:24 PM PDT

SILING BILIK MAHKAMAH JALAN DUTA BOCOR SELEPAS HUJAN LEBAT – berita hairan

Hujan lebat pagi ini mengakibatkan satu lagi kejadian kebocoran di siling sebuah bilik mahkamah di tingkat lima Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini hari ini.

Kebocoran pertama, berlaku di tempat yang sama yang merosakkan perabot dan sofa, berlaku pada 8 September selepas hujan lebat.

Seorang kakitangan mahkamah berkata, pekerja penyelenggaraan bangunan sedang mengesan tempat punca kebocoran itu.

"Setiap kali berlaku hujan lebat, air akan mengalir keluar dari tiang-tiang utama di tingkat enam, menyebabkan banjir di bilik saksi Mahkamah Tinggi 2," katanya.

Kakitangan itu berkata, kebocoran kecil dan rekahan juga dilaporkan di beberapa bahagian kompleks mahkamah tetapi tidak serius seperti di tingkat lima.

Tiga bulan lalu, paip pecah telah menyebabkan banjir di kafeteria kompleks berusia tiga tahun berharga RM270 juta ini, dikatakan adalah kompleks mahkamah kedua terbesar di dunia.

Kejadian itu menyebabkan bilik stor dan Pejabat Pos mini yang terletak di tingkat bawah bangunan itu mengalami kerosakan.

KAH KAH KAH..

woit…. SATU LAGI PRPJEK BUMIPUTERA…. kah kah kah..

kah kah kah… JAMIN SERATUS PERATUS KONTREKTOR INI BUMIPUTERA…. kah kah kah…

kah kah kah….. SEMUA YANG RUNTUH RANTAH INI…. SEMUA POJEK BUMIPUTERA TIPU RAKYAT… kah kah kah..

woit… MASA MAT SALEH….CHINA DAN INDIA JADI KONTREKTOR…. TAK ADA RUNTUH RANTAH….. kah kah kah..

kah kah kah…. INI MESTI SYARIKAT DUA RINGGIT…. MACAM SYARIKAT ZAH HUJAN DI PU:AU PINANG….. kah kah kah..

kah kah kah…. PROJEK BUMIPUTERA ADA SUBKON .. ATAS SUBKON…ATAS SUBKON… ATAS SUBCON… YANG BUAT KERJA MAT INDON…. kah kah kah..

kah kah kah… BILA HABIS KERJA…. PANGGIL POLIS…. TANGKAP KERANA PENDATANG HARAM…. kah kah kah…

kah kah kah... SELAMAT TAK PERLU BAAR GAJI.... kah kah kah..

woit… INI LAH KERJA BUMIPUTERA…. kah kah kah...

kah kah kah....INI LAH CARA KERJA GEROMBOLAN….SELAMA 50 TAHUN.... kah kah kah..

nota:
ada angan angan nak buat
loji nuklear kah kah kah

kalau buat di country height kajang
semua boleh sokong kah kah kah

TT.

Tiada ulasan: