Pulakdah! |
- Bangkai Tikus Dalam Roti
- Sultan Johor Rasmi TNB Muar
- Perjalanan Terakhir ADUN Galas
- Lagi Ular Ditemui Sebelum Sukan Komanwel Bermula
| Posted: 28 Sep 2010 04:28 AM PDT Mengejutkan. Stephen Forse yang hendak membuat sandwich untuk anak-anaknya telah menjumpai seekor tikus yang mati 'tertanam' di dalam buku roti. Stephen, 41, telah membeli Hovis Best of Both di pasaraya Tesco dan telah pun memakan beberapa keping roti apabila beliau menemui sesuatu yang mengerikan ini. Ayah kepada empat orang anan yang tinggal di Kidlington, Oxfordshire, berkata: "Saya merasakan sangat jijik - malah lebih teruk lagi apabila pegawai kesihatan persekitaran berkata ekornya telah hilang. Saya risau jika kami telah memakannya." Tiada ahli keluarga yang jatuh sakit. Premier Foods telah didenda £16,821 (RM 82 ribu lebih) kerana gagal untuk mengikut standard-standard yang diterima di kilang mereka di Mitcham, London Utara. Seorang jurucakap berkata: "Kami sangat-sangat meminta maaf." Sumber : www.thesun.co.uk |
| Posted: 28 Sep 2010 02:49 AM PDT |
| Perjalanan Terakhir ADUN Galas Posted: 27 Sep 2010 10:58 PM PDT GUA MUSANG, 28 Sept -- Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah), mengimankan sembahyang jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di sini, awal pagi tadi.Ibu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Allahyarham Che Hashim Sulaima, Tuan Jah Tuan Mahmood, 65, (dua, kanan) menyiram air mawar di pusara anaknya selepas upacara pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting di sini, awal pagi tadi. Che Hashim, 46, meninggal dunia petang semalam akibat barah usus setelah disahkan menghidap penyakit itu sejak Mei tahun lalu.
Sumber : Bernama |
| Lagi Ular Ditemui Sebelum Sukan Komanwel Bermula Posted: 27 Sep 2010 05:10 PM PDT ![]() Inilah ular tedung berbahaya yang ditemui oleh pekerja ketika sedang menjalar di dalam sebuah longkang di stadium tenis baru di Dehli ketika hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum Sukan Komanwel bermula. Reptilia berukuran 4 kaki panjang itu telah ditangkap oleh seorang pakar dari organisasi penyelamatan binatang Wildlife SOS ketika pekerja-pekerja yang lain dikerahkan untuk menyelesaikan kerja-kerja persediaan untuk majlis perasmian Ahad ini. Ini adalah ular kedua yang ditemui berhampiran kemudahan Sukan Komanwel selepas seekor ular tedung ditemui di dalam bilik seorang atlet Afrika Selatan semalam. Sumber : Daily Mail,AP |
| You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan