Khamis, 23 September 2010

Pulakdah!

Pulakdah!


Al-fatihah Kpt Zaini

Posted: 23 Sep 2010 09:39 AM PDT

TALKIN... Ramli Saad (empat kanan) bapa Allahyarham Mejor Zaini, 38, kusyuk mendengar imam membacakan talkin selepas jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Kg Gelung di sini, petang tadi. Turut sama, tiga daripada empat anak Allahyarham Irfan Nazaini, 12 (berbaju melayu hitam), Izian Naziani, 10, (terlindung) dan Izzah Nazaini, 6 tahun.


Bapa Allahyarham Kapten Zaini, Ramli Saad, 62, menyiram air mawar di pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kg Gelung disini, hari ini.

Allahyarham bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia dan bertugas di KL International Flying Academy Sdn Bhd meninggal dunia selepas pesawat MHKI Liberty yang dipandu uji pelatihnya Dione Wong Yong Chin, 19, terhempas di Ladang Seri Pulai, Kulai Jaya 7 Sept lepas.


Sumber : Bernama


Jika anda minat artikel ini :
thanks1

Saya Gelar Dia Nyanyu, Bukan Nyanyuk

Posted: 23 Sep 2010 03:07 AM PDT


Oleh : Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Anggota majlis tertinggi PKR Zaid Ibrahim hari ini menafikan menggelar Timbalan Presiden Parti Syed Husin Ali "nyanyuk".

Zaid menjelaskan yang dia menggunakan perkataan "nyanyu" (bercakap tidak keruan) dan bukan "nyanyuk" seperti yang dikhabarkan.

"Saya sedang menelefon wartawan dan sedang dalam perjalanan di dalam kereta. Mungkin wartawan tersalah dengar tetapi apa yang saya katakan adalah dia (Syed Husin) mungkin 'nyanyu' dan mungkin telah terlupa perkara-perkara tertentu baginya sehingga membuat komen sebegitu di dalam temubualnya bersama Merdeka Review," dia memaklumkan FMT.

"Saya tidak memanggilnya nyanyuk," dia menegaskan.

Zaid, yang merebut untuk jawatan Timbalan Presiden, telah dikritik oleh pemimpin-pemimpin parti, termasuk saingannya Azmin Ali, mengenai kata-katanya terhadap Syed Husin.

Syed Husin, dalam wawancara bersama Merdeka Review, telah berkata Zaid bukan seorang rakan sepasukan dan menunjukkan dia menyokong naib presiden Azmin sebagai penggantinya.

Dia turut menyatakan peranan Zaid dalam rangka kerja pewujudan Pakatan sangat minima malah tidak menghadiri banyak mesyuarat.

"Dia perlu jadi team player. Ketika beliau dilantik masuk Biro Politik, bila suka datang (hadir mesyuarat). Bila tak suka, tak datang. Macam mana anda menjadi pemimpin seperti itu?"

Serangan-serangan telah dipertingkatkan.

Sementara itu, Zaid berkata yang dia terpaksa membalas dakwaan ke atasnya beliau rasakan sumbangan-sumbangannya kepada parti itu diperkecilkan.

Dia berkata yang dia amat kecewa dengan tuduhan-tuduhan mengenainya oleh pemimpin-pemimpin parti dan memberi jaminan yang dia setia kepada parti itu.

"Saya sepenuhnya menyokongan perjuangan parti," katanya.



Terjemahan artikel : Zaid: I called him nyanyu, not nyanyuk

Jika anda minat artikel ini :
thanks1

Ahmadinejad Bidas Amerika Hukuman Mati

Posted: 22 Sep 2010 08:25 PM PDT

Teresa Lewis dijatuhkan hukuman suntikan maut oleh Greensville Correctional Centre, Virginia.


New York – Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad akhirnya membalas kecaman AS mengenai hukuman rejam Iran ke atas seorang perempuan. Sebab ternyata AS turut melakukan hal yang sama.

"Seorang perempuan akan dieksekusi di AS kerana melakukan pembunuhan, tapi tiada seorangpun yang memprotesnya. Ada 3,7 juta laman web internet untuk perempuan ini, kesnya juga belum selesai. Tapi Iran pula yang diserang," ujar Ahmadinejad semasa menghadiri Persidangan PBB di New York.

Perempuan yang dimaksudkannya adalah Teresa Lewis (41) yang menghadapi hukuman mati dengan suntikan maut. Lewis didapati bersalah kerana mengupah dua orang lelaki untuk membunuh suami dan anak tirinya pada Oktober 2002 supaya dia dapat mengutip £200,000 insurans nyawa. Dia kemudian membayar upah dengan seks dan wang tunai.

Ahmadinejad mendapat kritikan kerana hal yang serupa, iaitu hukuman rejam ke atas Sakineh Mohammadi Ashtiani (43). Perempuan itu terbukti bersalah kerana melakukan persetubuhan yang diharamkan menurut hukum Islam. Hukuman mati itu masih tertunda hingga saat ini kerana bantahan antarabangsa.

Ramai penduduk AS yang berpandangan sama dengan Ahmadinejad. Terutamanya kerana IQ Lewis yang hanya 72, jauh di bawah standard normal. Mahkamah Agung melarang eksekusi terhadap seseorang dengan IQ di bawah 70.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1

Raja Azman Raja Petra Bebas

Posted: 22 Sep 2010 02:06 PM PDT

SHAH ALAM, 22 Sept -- Anak lelaki penulis blog terkenal, Raja Azman Raja Petra keluar dari Mahkamah Majistret selepas dibebaskan daripada pertuduhan mencuri motosikal milik seorang operator pengeluaran di sini hari ini. Beliau didakwa memecah masuk rumah lelaki itu pada Mac tahun lepas.


Sumber : Bernama



Jika anda minat artikel ini :
thanks1

Tiada ulasan: