Rabu, 1 September 2010

PRO REFORM

PRO REFORM


FOTO KESEDARAN 01 SEPTEMBER 2010

Posted: 01 Sep 2010 08:33 AM PDT

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa' ayat 30























VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang?  Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

Musa Berputih Mata Kontrak Tidak Disambung

Posted: 01 Sep 2010 06:19 AM PDT

Setelah dikritik hebat di atas kegagalan Polis DiRaja Malaysia bersikap profesional dan tidak menyokong Umno-Barisan Nasional serta menghormati hak asasi manusia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akhirnya berputih mata apabila kontraknya untuk kali ketiga tidak disambung.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membuat pengumuman hari ini berkata jawatan KPN yang baru akan disandang oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dan akan berkuatkuasa 13 September ini.

Musa yang sepatutnya bersara wajib pada 2007, disambung perkhidmatannya sebanyak dua kali.


Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pula akan disandang Datuk Hussin Ismail, 57, yang kini adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

(Suara Keadilan)

Tiada ulasan: