PENYAPU SIAL |
- bukan konsipirasi liwat aje...konspirasi melenyapkan altantuya oleh najib menyebabkan pelabur asing enggan melabur di Malaysia
- Arak,judi,bukan Islam masuk masjid....taktik adik beradik UMNO YAHUDI laknatullah....!!!!
- Tradisi menipu rakyat.....Berita yang sudah dijangka keluar dalam PRK N45 DUN Galas nanti..
| Posted: 28 Sep 2010 05:02 AM PDT Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan ![]() Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini. "Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia," katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini. "Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara," katanya . Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya. Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya. Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat. "Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara," kata Branson. Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan. Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu. "Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion. Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara. Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan. "Dengan kekayaan yang berlebihan, ia seiring dengan tanggungjawab. Saya rasa pemimpin perniagaan mempunyai keupayaan dan pengalaman yang ahli politik tiada," katanya. Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn. Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini. Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan. -mk Branson : Najib Harus "Berani" Berikan Keadilan Kepada Anwar KUALA LUMPUR 27 SEPT: Pengasas Kumpulan Virgin, Sir Richard Branson menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "duri" dalam reputasi Malaysia yang secara keseluruhan boleh dianggap baik. Bercakap pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur, jutawan popular yang terkenal kerana berani memberikan pandangan tegas , menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan bagi memastikan keadilan untuk Anwar. Branson yang dikagumi atas kejayaan meletakkan Virgin Air sebagai syarikat penerbangan tambang murah yang ulung di dunia, membawa mesej untuk Najib. "Jika anda pemimpin berani, anda harus tegas untuk mengatasi hal-hal seperti ini yang hanya merosakkan nama baik anda," Branson berkata di Persidangan Mengenai peluang pelaburan di Asia. "Hal ini (Kes Anwar) dah lama berlarutan. Ia memberi kesan buruk kepada imej negara ini di kaca mata dunia," tambah beliau. Komen Branson itu dijangka mendapat perhatian ahli politik dan dunia korporat tempatan dan antarabangsa, kerana beliau mempunyai reputasi sebagai seorang yang berkecuali dalam politik dalam memperjuangkan isu-isu keadilan sejagat. Anwar menghadapi perbicaraan atas tuduhan liwat untuk kali kedua walaupun pemeriksaan doktor menunjukkan tidak ada tusukan kepada dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan. Selain itu Saiful juga disahkan berjumpa dengan Najib sendiri dua hari sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar. Saiful juga bertemu dengan seorang pegawai polis kanan, Rodwan Ismail yang sebelum ini dikaitkan dengan cubaan merekacipta bukti terhadap Anwar pada perbicaraan pertama beliau pada tahun 1999. Segala fakta itu menyokong tanggapan umum bahawa, sebagaimana dua perbicaraan awal yang berkesudahan Anwar dipenjara enam tahun, Ketua Pembangkang itu sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik yang memperalatkan badan kehakiman dan polis. Pada perbicaraan kali ini, Anwar dikekang daripada mendapatkan kenyataan Saiful kepada polis selain laporan pakar yang memeriksa Saiful dan juga sampel DNA bagi membolehkan peguam belas mantan timbalan perdana menteri itu menyediakan pembelaan tuntas. -tvs |
| Arak,judi,bukan Islam masuk masjid....taktik adik beradik UMNO YAHUDI laknatullah....!!!! Posted: 28 Sep 2010 04:56 AM PDT Ketika PRK Hulu Selangor, 1Malaysia digegarkan dengan pendedahan DZI sebagai seorang pemabuk tegar dan gambar gambar DZI sedang memegang gelas arak diedarkan macam goreng pisang panas.Kerja UMNO sehingga saban hari dan malam akhbar penjilat serta TV pengampu dipenuhi dengan berita berita pemabuk DZI.Tetapi apabila dicabar oleh LKS, tidak pula ada seorang pemimpin UMNO yang gentleman yang tampil menyahut cabaran tersebut.Akhbar dan TV pula macam bisu, langsung tidak menyiar dan mengulas cabaran ini. LKS mendakwa di parlimen bahawa arak menjadi budaya kepada UMNO dan mencabar pemimpin mereka termasuk PM dan Nazri Aziz menafikan dan menyatakan kedudukan sebenarnya hubungan arak dan UMNO.Sehingga kini tidak seorangpun pemimpin UMNO termasuk Ali Rustam yang petah berceramah menuduh DZI ketika di Hulu Selangor tampil membuat sidang akhbar untuk menafikan dakwaan LKS tersebut dan menyatakan dengan jelas bahawa mereka adalah pengamal Islam yang patuh sekalipun Ali Rustam baru sahaja memulakan sekolah hamil bagi menangani permasalahan anak zina di kalangan remaja Islam serta mencadangkan agar remaja dibenarkan kahwin sewaktu masih bersekolah untuk tujuan yang sama. Akhirnya isu arak hilang dan UMNO gagal membuktikan mereka anti arak dan anti pemabuk seperti di PRK Hulu Selangor dan aktiviti UMNO kembali macam biasa, tiada perubahan.Tetapi UMNO tetap berhutang kepada LKS dan kepada rakyat kerana masih gagal menjelaskan hubungan antara arak dan UMNO serta mengambil sikap pengecut yang baling batu sembunyi tangan.UMNO kantoi dalam usaha menjadi penentang kemungkaran berkaitan arak. Lepas itu, UMNO menjadikan MP Teo Nie Ching sebagai objek serangan apabila mendakwa kehadiran beliau di ruang solat sebuah surau sebagai haram kerana tidak mandi wajib dan tidak menutup aurat.Sekali lagi akhbar dan TV UMNO bergema dengan penghinaan yang dibuat oleh pemimpin PR.Pendapat mufti diambil dan berita disebarkan dengan menggantikan perkataan surau dengan masjid.Satu gambaran bagaimana prihatinnya UMNO menjaga kesucian masjid dan agama. Tetapi kemudianyan terlondeh semua perbuatan pemimpin UMNO termasuk isteri PM yang mencemarkan masjid dan surau dengan perbuatan yang jauh lebih mungkar dari MP Teo dan UMNO kantoi. Tetapi malangnya, UMNO tidak menyedari bahawa tindak tanduk mereka selama ini di dalam masjid sudah dirakamkan.Apabila UMNO cuba menunjukkan kebiadapan orang bukan Islam dengan izin orang Islam sendiri terhadap masjid, maka terkeluarlah semua perbuatan mereka terhadap masjid dan agama dan akhirnya UMNO kantoi lagi. Kini, judi pula dijadikan senjata menyerang PR.Kerajaan Penang dua kali diserang kerana berita yang disiarkan oleh blog pisau.net.Berita pertama ialah mengenai surat vincent tan yang ditolak oleh kerajaan Penang ketika isu judi bola dulu dan surat kedua mengenai sumbangan kelab lumba kuda kepada dana bantuan orang orang miskin.Rezal Marican ketika mendakwa kerajaan PR menggunakan dan judi untuk tujuan bantuan orang miskin seolah tidak sedar bagaimana hubungan UMNO dengan judi dan tokey judi utama dalam negara serta tidak mengendakan berapa banyak dana perolehan judi yang digunakan oleh kerajaan UMNO untuk membayar gaji kakitangan serta bayaran tuntutan kontraktor selain untuk tujuan bantuan seperi wang ehsan, wang raya adan sebagainya. Untuk itu, wajar disorok kembali bagaimana Lim Goh Thong memperolehi Genting Highland secara percuma dari kerajaan UMNO dengan keluasan yang begitu besar serta hubungan UMNO dengan vincent tan dan ananda krisnan.Uncle Lim sudah menulis buku yang dijual kepada umum menceritakan bagaimana dia membangunkan Genting Hingland sebagai pusat perjudian dengan kerjasama erat kerajaan UMNO.Tanah dianugerahkan oleh kerajaan UMNO, lesen perjudian oleh kerajaan UMNO dan cukai dikutip oleh kerajaan UMNO.Itu belum dikira sumbangan sumbangan lain uncle Lim kepada UMNO yang jauh lebih besar dari sumbangan kelab lumba kuda kepada kerajaan Penang .Uncle Lim turut menyatakan dengan bangganya tentang hubungan dia dengan kesemua PM ketika hayatnya.Dari Tengku hingga PakLah, kata uncle Lim semuanya rapat dengan dia.Kenapa Rezal Marican tak beri tahu rakyat tentang PM yang rapat dengan tokey judi no 1 negara sebelum mendakwa kerajaan Penang yang diketuai oleh seorang bukan Islam sebegitu rupa? Vincent tan pula didedahkan oleh VK Linggam sementara ananda krisnan didedahkan oleh sebuah akhbar Turki ketika menghadiahkan bot mewah bernilai jutaan ringgit kepada PakLah. Kesemua perkara ini menunjukkan Rezal Marican sebagai seorang yang tak ada sifat malu dalam dirinya ketika menuduh LGE dan kerajaan Penang menggunakan dana judi untuk membantu rakyat sedangkan LGE jauh lebih tahu dana mana yang nak digunakan kepada orang Islam dan orang bukan Islam berbanding UMNO yang memberi bantuan(ala UMNO )secara pukal.Bayangkan berapa billion hasi judi yang telah digunakan oleh UMNO untuk diagihkan kepada rakyat dalam bentuk gaji, tuntutan bayaran kontrak, subsidi dan sebagainya tanpa sedikitpun mengambil kira agama anutan rakyat.Cadangan mengasingkan hasil judi, arak dan babi langsung tidak diendahkan UMNO tetapi dilaksanakan oleh kerajaan PR Penang, Kedah, Selangor dan sudah lama dilaksanakan di kelantan. Akhirnya Rezal Marican dan UMNO kantoi lagi.begitu jugalah isu isu lain yang digunakan untuk menyerang kerajaan PR seperti isu babi, khutbah jumaat dan seumpamanya semuanya kantoi.Ini kerana UMNO sudah kehabisan isu dek kerana perbuatan mereka sendiri.Kini segala apa yang cuba dibangkitkan mereka akan terbalik semula kepada mereka. Padam muka mung,UMNO |
| Tradisi menipu rakyat.....Berita yang sudah dijangka keluar dalam PRK N45 DUN Galas nanti.. Posted: 28 Sep 2010 04:30 AM PDT Maka...berdozen-dozen lah berita pasla BAIKnya parti umno/bn yahudi laknat.. berita mungkin atau wajib bakal didengar menjelang pRK N45 DUN GALAS..jangan termuntah sudah:
|
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan