Sabtu, 25 September 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Ulama disaran tidak solat jenazah perasuah

Posted: 25 Sep 2010 08:55 AM PDT

Jakarta, NU Online

Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) menegaskan tidak pernah mengeluarkan fatwa mengenai larangan untuk menshalatkan jenazah perasuah yang beragama Islam, karena hukum menyelenggarakan shalat jenazah adalah fardlu kifayah. Namun para ulama atau kiai dianjurkan untuk tidak ikut menshalatkan jenazah perasuah sebagai satu bentuk hukuman sosial untuk membenteras rasuah.

Penegasan ini penting disampaikan terkait banyaknya kalangan yang salah faham terhadap fatwa yang diputuskan dalam Musyawarah Nasional Alim Ulama, 25-28 Julai 2002di Asrama Hji Pondok Gede, Jakarta.

Ketua Umum PBNU KH Said Aqil Siradj mengatakan, fatwa agar para ulama tidak menshalatkan jenazah perasuah itu berdasar pada hadits Nabi Muhammad SAW. Bahwa suatu ketika Nabi memerintahkan agar para sahabat menshalatkan jenazah seorang sahabat yang meninggal dalam perang Khaibar, namun Nabi sendiri tidak ikut menshalatkannya.

Para sahabat kemudian bertanya mengapa Nabi tidak ikut menshalatkan jenazah si fulan? Nabi bersabda, 'Sesungguhnya sahabatmu ini telah melakukan korupsi di jalan Allah.' Setelah sahabat memeriksa ternyata ditemukan sahabat yang meninggal tadi telah mengambil dan menyembunyikan harta rampasan perang (ghanimah) senilai dua dirham sebelum harta-harta ghanimah itu dibagi.

"Jadi NU mengikuti Nabi menyarankan agar para ulama tidak ikut menshalatkan jenazah koruptor. Tapi shalat jenazah tetap harus dilakukan karena hukumnya fardlu kifayah yang berarti cukup dilakukan oleh sebagian kaum muslimin saja. Maka biarlah yang menshalatkan orang lain saja, atau keluarganya," kata Said Aqil kepada NU Online di Jakarta, Sabtu (21/8/2010).

Menurutnya, fatwa agar ulama atau kiai tak menshalatkan jenazah itu dimaksudkan agar menerbitkan rasa takut bagi para pelaku korupsi. "Sekarang ini korupsi di Indonesia sudah sangat kritikal maka perlu ada hukuman sosial buat para koruptor," katanya. (nam)

VIVAnews - Majelis Ulama Indonesia (MUI) tidak bersependapat dengan cadangan Nahdlatul Ulama (NU) yang mencadangkan agar ulama tidak menyolatkan jenazah perasuah.
Bagi MUI hukum menyolatkan jenazah bagi perasuah beragama Islam hukumnya fardhu kifayah, wajib dikerjakan oleh sebahagian muslim.

"Orang Islam itu tetap wajib disolatkan. Kalau tiada yang solatkan, kita semua berdosa" kata Ketua Bidang Fatwa MUI Ma'ruf Amin dalam temubual dengan VIVAnews, Khamis 19 Ogos 2010.

Bila tidak ada satu pun muslim yang menyolatkan jenazah si perasuah, maka satu kampung tempat tinggalnya akan berdosa.

Oleh sebab itu, MUI tidak bersetuju dengan cadangan NU itu. MUI berpendapat perasuah tidak boleh dihukum seperti itu.

"Jangan kita terlalu keras dalam soal ini. Jangan sampai tidak mahu menyolatkan janazah. Sebaliknya, cari jalan terbaik bagaimana menghukumnya di penjara. Itu (cadangan NU) tidak relevan," kata Ma'aruf.

Cadangan itu disampaikan oleh Sekretaris Jenderal Katib Am Syuriah Nahdlatul Ulama (NU) Malik Madany. Menurut Malik, para ulama dicadangkan supaya tidak menyolatkan jenazah perasuah yang meninggal dunia. Alasannya, rasuah merupakan kejahatan kemanusiaan yang luar biasa.

Bapak Judi 3.... UMNO & Magnum 4 Digit

Posted: 25 Sep 2010 08:50 AM PDT

Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.

Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.

Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah UMNO sebagai penggalak kepada aktiviti pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

Jadi jangan pelik lah kalau kita dapat tengok sekarang ni orang melayu kita dengan selamber je membeli nombor ekor

Kalau pemimpin kencing berdiri… pengikut pun akan kencing berlari…


Roslan Alan

Bapak Judi 2.....UMNO & Sports Toto

Posted: 25 Sep 2010 08:47 AM PDT

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai sejumlah 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu Kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.

Berdasarkan carian yang dibuat, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah yang juga Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan mewakili UMNO di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas UMNO punya wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut melindungi kegiatan judi berkenaan.


Roslan Alan

UMNO haramjadah tuduh pembangkang nak jatuhkan kerajaan dan kelirukan rakyat

Posted: 25 Sep 2010 08:12 AM PDT

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihati rakyat supaya tidak terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang yang diedarkan dalam bentuk cakera padat (CD).

Pihak pembangkang dikatakan memburuk-burukkan barisan pimpinan kerajaan termasuk dakwaan bahawa kerajaan tidak adil terhadap rakyat di negara. Beliau berkata tindakan pembangkang bertujuan mengelirukan rakyat sahaja.

Sehubungan itu, beliau berkata kandungan dalam CD itu akan dinilai dan dilihat oleh ibu pejabat UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum menjawab sebarang tuduhan yang ditujukan kepada kerajaan. Hal ini kerana beliau berkata kandungan CD itu adalah tidak berasas, tepat ataupun benar.


penyapusial

Mana ada mengelirukan rakyat bila rakyat sudah lama tahu kerajaan Umno/BN tidak berlaku adil terhadap rakyat. Apa kau orang ingat rakyat bodoh tahap menteri2 umno yang ditipu oleh Lim Leong Sik ke?

yang besar terlepas....yang kecil di jerut.....polisi 1 malaysia UMNO menipu rakyat....

Posted: 25 Sep 2010 08:05 AM PDT

Kes bunuh Dato Sosilawati hanya membongkarkan kes bunuh sudah menjadi satu kebiasaan di Malaysia. Cuma yang membezakan ialah samada kes ini diklasifikasikan sebagai high profil ataupun low profile.

Di Malaysia ini kes high profile akan dapat di selesaikan dalam waktu yang sangat singkat terutama melibatkan orang-orang kenamaan. Namun perlu juga diingatkan, kes-kes jenayah yang melibatkan orang-orang kenamaan dari BN selalu terlepas. Bagaimana dengan kes Althantuya? Yang besar terlepas yang kecil dijerut. Sejangkau akal kita berfikir, jika tiada arahan dari yang besar mana mungkin si kecil sanggup membunuh? Apa pula gunanya?

Bagaimana dengan kes anak bekas Dato Bandar Ipoh yang terlepas dari tuduhan membunuh? Begitu juga dengan kes ketua menteri Melaka satu ketika dahulu merogol budak bawah umur. Dengan sekali arahan dari Tun Mahathir, budak bawah umur yang dirogol di tahan di pusat pemulihan tetapi Ketua Menterinya diberi cuti untuk menenangkan fikiran. Hebat tak? Oh Malaysia ku di bawah BN.

Namun kalau kesalahan dilakukan oleh pemimpin Pembangkang, lebih cepat tindakan diambil walaupun tiada bukti. Seperti kes Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat. Dengan pelbagai bukti "BODOH" pun dikemukakan. Yang mana bukti tersebut dibakar atas arahan "HAKIM" pula. Bagaimana dengan nasib keluarga-keluarga MEMALI. Dahulu sewaktu operasi pembunuhan beramai-ramai ahli PAS disana dikatakan menjalankan ajaran sesat. Kerajaan kata ada bukti video dan sebagainya. Tetapi akhirnya apabila PAS membawa ke mahkamah kes ini tidak pernah dapat diselesaikan disebabkan sikap menunda kerajaan sehingga ada hakim yang mengendalikan kes ini telah pun meninggal dunia.

Bagaimana pula pengambilan tanah rakyat di KERPAN, Kedah untuk dibangunkan bisnes Udang Harimau yang dikatakan mampu menjana wang yang lumayan? Melalui akta pengambilan tanah 1967 kerajaan telah merampas tanah-tanah pesawah yang miskin tanpa ganti rugi. Akhirnya setelah PAS membantu mewar-warkan berita perampasan ini barulah kerajaan BN memberi sedikit wang saguhati sebesar tahi hidung. Bukan ini satu jenayah terancang? Merompak hak rakyat adalah juga satu jenayah yang besar. Akhirnya berkat doa rakyat bisnes ini rugi dan operasinya juga sudah lama ditutup.

Bagaimana pula wang royalti minyak di Terengganu dan Kelantan? Minyak mereka di rompak dan wang hasil jualan tersebut telah diguna oleh kerajaan BN sebagai harta mak bapak mereka. Tanpa segan silu mereka mengambil hak rakyat. Sudah lah wang tidak diberikan kepada rakyat malahan harga minyak pula dinaikkan. Memang BN ini penyamun. Cuma penyamun dia selalunya bertindak di waktu malam atau diwaktu orang tidak nampak, tetapi BN menyamun di khalayak ramai dan di siang hari.

Jadinya jenayah di Malaysia ini begitu banyak sekali. Dari sekecil-kecil jenayah hingga sebesar-besar jenayah telah berlangsung di negara kita. Dulu Mahatir pernah kata kadar jenayah yang meningkat ini merupakan satu perkara yang perlu kita terima kerana setiap negara maju akan merasainya. Betulke tu? Kalau di Malaysia nak jalan sendirian di waktu malam memang mengerikan tetapi kalau di negara eropah keadaan jauh lebih selamat. Di sini kejadian boleh berlaku dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Kalau Pak Lah pula sewaktu jadi PM dulu pernah kata Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai. Bolehlah dia kata begitu sebab rumah dia di Putrajaya yang dibina oleh MAhathir menerusi duit rakyat tersebut besar dan penuh bodyguard. Pagarnya aje berjuta. Pergi kemana pun berpengawal. Cuba kalau Pak Lah berkain pelekat berjalan bersendirian kat jalan-jalan yang sunyi. Atau suruh Najib jalan di jalan sunyi tanpa pengawal dengan berseluar pendek, confirm dengan seluar pendek Najib di curi. Masa tu satu Malaysia boleh tengok free show.

Apapun kita perlu tukar kerajaan pada PRU 13 nanti. Jangan biarkan kita sayik diperbodohkan oleh BN dan UMNO. Tukarkan yang baru jika yang lama dah uzur. Kalau lampu tu dah lama jika tak ditukar nanti boleh datangkan short circuit. Habis terbakar kita semua. Sebelum negara negara hangus moh kita ubah undi kita.

Takbir!!
mampuslah UMNO/BN yang dilaknat tuhan dan manusia dalam PRU 13!!!!


warta365.

Bapak Judi 1....UMNO & Genting

Posted: 25 Sep 2010 07:53 AM PDT


Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara yang diasaskan pada 30hb. Julai, 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28hb. Disember, 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd. telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 ianya dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, terdapat dua syarikat utama dan ianya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan UMNO dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung sekian lama dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.

UMNO melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.

Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.

Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan UMNO dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam UMNO.


Roslan Alan

22 penyelewengan UMNO dalam FELDA & FELCRA

Posted: 25 Sep 2010 07:43 AM PDT

Sekurang-kurangnya terdapat 22 penyelewengan dan salah guna kuasa dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tahan Persekutuan (Felcra). Pendedahan ini bercanggah dengan dakwaan Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini kononnya badan itu tidak mempunyai masalah.

Antara penyelewengan berlaku dalam Felcra, termasuklah pembelian estet di Sabah seluas 20,000 hektar dan pelaburan dalam pembelian bon berjumlah RM 17 juta

Sebahagian daripada penyelewengan itu sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disertakan dokumen dan baucher sebagai bukti penyelewengan Felcra. SPRM perlu menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyemak aduan yang telah dibuat bermula 31 Januari 2009.

Oleh kerana polisi SPRM tidak boleh dedahkan kepada umum, kita pun tidak tahu sejauh mana perkembangan siasatan itu. Kita juga mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan yang didedahkan itu.

Selain itu,pendedahan bekalan kegagalan kontrak Pertanian Am Felcra Jemoreng Sarawak yang bernilai RM14.8 juta, keraguan projek menggemukan lembu Bio Valley Felcra Seberang Perak dengan peruntukan RM18 juta dan pampasan tanah peserta Felcra. Kedudukan Felcra sebagai institusi pemulihan dan pembangunan tanah kedua terbesar selepas Felda adalah satu masalah yang serius dan kritikal.

Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)

Antara bentuk penyelewangan-penyelewengan dalam Felcra:

(1) Bekalan baja Keiserite yang tidak mematuhi spesifikasi.
(2) Penyelewengan pemberian Tolerable Variance Weight bekalan baja dari Helmas dan Kemira.
(3) Syarikat pembekal baja (Helms) tidak ikut syarat bayaran.
(4) Pembelian estet di Sabah seluas 20,000 hektar.
(5) Pelaburan dan pembelian bon berjumlah RM 17 juta yang tidak mendapat kelulusan.
(6) Kegagalan kontrak pertanian am Felcra Jemoreng Sarawak bernilai RM14.8 juta.
(7) Penyelewengan di Special business Unit (SBU) Felcra Bhd.
(8) Penyelewengan di Koperasi Peserta-peserta Felcra Berhad.
(9) Penyelewengan ke atas pembelian Syarikat Hose and Hose berjumlah RM4.5 juta.
(10) Penubuhan Kelab Golf Felcra Bhd menjadi alat melobi.
(11) Dokumen-dokumen palsu bagi kerja-kerja pertanian am di Sabah.
(12) Penyelewengan di dalam pembelian syarikat di bawah tanggungan atau muflis iaitu
Atlantik Rank (M) Sdn Bhd.
(13) Penyelewengan dan salah guna lembu ternakan anak Syarikat Felcra Agro Industri Sdn Bhd.
(14) Salah urus pengambilan tenaga kerja asing hingga menjejaskan produktiviti.
(15) enyelewengan dan penipuan di dalam perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan
Pulau Banggi, Sabah.
(16) Penyelewengan ke atas penyewaan tanah Jalan Semarak Kuala Lumpur.
(17) Penyelewengan ke atas pembelian kilang padi 'Satu Cita Sdn Bhd'.
(18) Keraguan projek menggemukkan lembu Bio Valley Seberang Perak dengan peruntukan
RM18 juta.
(19) Keraguan perancangan projek ternakan lembu berskala besar di 17 kandang milik Felcra
seluruh negara membabitkan anggaran kos ratusan juta.
(20) Kegagalan Felcra Bhd menguruskan tanah peserta Felcra Gugusan Kledang Sayong Kuala
Kangsar.
(21) Rampasan tanah peserta Felcra Kg Perlis Bagan Serai berjumlah 300 ekar.
(22)Penyelewengan pembangunan ladang dan penipuan agihan deviden terhadap peserta Felcra Sekijang Segamat.

BN phobia dengan kartun ....kartunis zunar jadi mangsa

Posted: 25 Sep 2010 01:37 AM PDT

Polis menyerbu pejabat kartunis Zunar iaitu Gedung Kartun di Brickfield dipercayai ada kaitan dengan keluaran karya terbaru mereka Cartoon O-Phobia.

Perkara itu dimaklumkan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang kini ditahan di balai polis Brickfield.

Beliau juga memaklumkan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

"Saya sekarang sedang ditahan di balai Brickfeild untuk soal siasat dan akan dibawa ke IPD PJ," katanya melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS sebentar tadi.

Menurutnya pejabatnya yang juga menempatkan Gedung Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

Peguam Latheefa Koya juga difahamkan sudah berada di sana.

Selain digeledah, web Malaysiakini melaporkan sebanyak 70 naskah buku terbaru tersebut juga dirampas.

Menurutnya lagi program pelancaran buku Cartoon O-Phobia malam ini di Dewan Perhimpunan Cina-Selangor (KLSCAH) tetap diteruskan dan akan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Cartoon-O-Phobia mengandungi 100 muka surat dan semua lukisan di dalamnya adalah berwarna penuh dengan memuatkan isi yang lebih pedas dan tajam berbanding buku-buku sebelumnya.

Buku ini dijual dengan harga pasaran RM25 dan juga boleh dibeli secara online di web tersebut.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan Cartoon-O-Phobia diilhamkan apabila Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku-buku kartunnya iaitu 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.

Secara peribadi jelasnya, buku ini adalah lebih pedas, tajam dan padat berbanding dengan buku-buku beliau sebelum ini.

Tun Mahathir tepati teori "Melayu mudah lupa"

Posted: 25 Sep 2010 12:53 AM PDT

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menepati teori sendiri iaitu "Melayu mudah lupa" apabila menyatakan Melayu hilang kuasa di bawah Pakatan Rakyat.

Sambil menyelar tindakan Mahathir yang cuba meniupkan api perkauman itu, kita  turut mempersoal akan kebenaran kenyataan tersebut.

Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang 'tidak cerdik' dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan.

Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa.

Utusan hari ini menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa.

Mahathir juga mengambil contoh negeri Perak ketika dibawah Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Melayu dari PAS, tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.

Berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno BN.

Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991...

Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika Umno benar-benar memperjuangkan Melayu?.

Kita juga memberi contoh sewaktu Terengganu diperintah PAS pada tahun 1999.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar negeri itu jelasnya telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah Umno berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004.

Apakah ini tidak khianat namanya?.

Di Perak pula ketika 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah, 3,000 ekar tanah diberikan kepada orang cina manakala orang melayu mendapat 7,000 ekar.

Jika Umno menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar.

Jika Datuk Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak.

Beberapa kes yang didakwa pengkhianatan Umno kepada Melayu berhubung isu tanah antaranya:

- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

- 5,000 ekar di Bruas yang mana 1,500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)

- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)

- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort

- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.

- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat – Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM

Hakikatnya Umno menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin.

Sehubungan itu, kita turut mencabar Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.

Tiada ulasan: