PENYAPU SIAL |
- MAHATHIR KETAKUTAN !! ... Jika PR memerintah habis semua kerja busuknya terbongkar.....
- bukan nak tolong bangsa negara sendiri...rupanya UMNO perompak FELDA,MAS,PROTON...PETRONAS...!!!!!
- Banggang 1 malaysia....abu mayat dan nilaian Datuk palsu RM 180 k dapat di kesan tapi penjual gelaran datuk serta manusia hidup yang menjadi dalang kepada ketidakadilan yang berlaku dalam urusan kerajaan dan pentadbiran di negara ini kununnya tak dapat di kesan...!!!!.
| MAHATHIR KETAKUTAN !! ... Jika PR memerintah habis semua kerja busuknya terbongkar..... Posted: 18 Sep 2010 10:22 AM PDT Menurut Mahathir, walau apapun alasan, Melayu wajib bersatu di bawah Umno!. Hanya UMNO yang berhak memegang kuasa!. UMNO ialah tuan!,hanya UMNO yang layak memerintah!, hanya UMNO yang boleh membawa negara Malaysia maju!. Selain dari UMNO yang memerintah, negara ini tidak akan maju. Itulah diantaranya,.. kata-kata keramat, kata-kata puaka,.. kata-kata khurafat yang telah disemai dan diresap kedalam pemikiran pemimpin dan pengikut-pengikut UMNO ! sejak dulu dan kini!. Tak ada lagi istilah "selama-lamanya!" (kerana UMNO akan menemui ajal!) Selama ini Mahathir dan UMNO tak jemu-jemu mengatakan mereka adalah pejuang bangsa, pejuang agama dan negara. Mereka menganggap bangsa Melayu lebih mulia dari bangsa lain! Malah mereka sanggup meletakkan bangsa Melayu lebih tinggi dari martabat Islam! Ini terbukti apabila banyaknya hukum-hukum dan syariah Islam diketepikan! Astaghfirullahhal'azim!! Sampai macam itu sekali !! Jadi apa lagi yang boleh diharap kepada UMNO? Melayu itu Islam, Islam itu Melayu seperti yang mereka war-warkan amat tidak menepati, malah songsang!! Hukum Islam mereka buat acuh tak acuh, sekali ikut, sekali tidak, separuh ikut, separuh tidak. Mereka mahu Islam ikut kehendak mereka! wajarkah? Semestinya Islam yang memerintah!! Bukan diperintah!! Hari ini Mahathir begitu lantang seolah-olah hendak mengugut orang Melayu supaya bersatu di bawah Umno. Selain dari penyatuan dalam UMNO, seolah-olah Melayu tidak boleh bersatu, padahal, PAS juga bersatu, PKR juga bersatu, malah kedua-duanya telah bersatu dalam satu himpunan atau pakatan yang lebih besar iaitu PAKATAN RAKYAT. Terbaru !.. sementara UMNO belum benar-benar tenggelam Mahathir dan Ibrahim Ali telah membina sebuah kapal baru yang dinamakan "PERKASA", sebuah badan NGO Melayu yang tidak dapat lari dari bau-bau perkauman. Barangkali semua penumpang kapal UMNO akan dipindahkan ke dalam kapal PERKASA sedikit hari lagi!. Kita lihat perkembangannya nanti........ Mahathir kata orang-orang Melayu akan hilang kuasa politik jika tidak menyokong UMNO ! Ooo Tidak !!. Orang Melayu tak akan hilang kuasa kerana PAS ada !.. Yang hilang cuma Bahtera UMNO yang telah reput, itu saja. Biarkanlah bahtera UMNO karam dan tenggelam !!. Tenggelamlah kamu wahai UMNO dan jadilah kamu penghuni tetap di perut laut Cina Selatan,... Parti yang sombong, bongkak! gelojoh, rakus dan zalim memang wajar menerima balasan!! Apabila giliran PAS menang menjadi kenyataan ! Melayu akan bersatu bersama PAS, Melayu akan menang bersama Islam !! ... PAS sudah bersedia menggantikan UMNO. Orang Melayu tak perlu risau dan takut!. PAS akan membela nasib orang Melayu, PAS akan membawa orang Melayu kesatu distinasi yang lebih cemerlang.!! Bersama PKR dan DAP Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan Pakatan Rakyat! Berbalik kepada Dr Mahathir.. mengenai isu khutbah Jumaat di Pulau Pinang baru-baru ini,..yang juak-juak UMNO selewengkan... Mahathir dengan serius membantah tindakan khatib yang mendoakan semoga Allah beri hidayah buat Lim Guang Eng !!... Lalu keluarlah kenyataan bodoh dan dangkal dari kepala hotak Mahathir!,,.. Katanya.. " Perbuatan tersebut telah mencemarkan Islam!,..Tidak mustahil, Islam bukan lagi agama rasmi Malaysia satu masa nanti !! " Aduhh !! satu tuduhan yang tidak berasas, buruk, lagi jahat!!. Tidakkah Dr Mahathir sedar bahawa selama 53 tahun UMNO memerintah, Islam telah diperkotak-katik oleh mereka sendiri?. Jadi isu yang cuba dihebuh-hebuhkan itu tak relevan langsung !! Mujur! rakyat Malaysia yang bersih hati dan jiwa tidak melatah ! mereka faham!. Kecuali beberapa kerat orang UMNO yang teringin sangat nak menari ikut Mahathir! Nampaknya, ramai pemimpin UMNO sekarang ini cakap mengarut dan merapu. Tun Dr Mahathir turut merapu dan sengaja mencari isu. Mahathir sengaja memekakkan telinga dan buat pekak badak. Beliau buat-buat tak faham dengan senario politik negara ketika ini. Yang pasti disaat ini Mahathir teramat takut sebenarnya. Mimpi ngeri sentiasa mendatanginya! Andainya Pakatan Rakyat memerintah habislah aku !! rahimothman |
| bukan nak tolong bangsa negara sendiri...rupanya UMNO perompak FELDA,MAS,PROTON...PETRONAS...!!!!! Posted: 18 Sep 2010 10:20 AM PDT Affidavit Tan Sri Tajuddin Ramli banyak membuka mata rakyat. Tan Sri Tajuddin memberitahu bahawa wang MAS sebanyak RM600 juta lesap kerana beliau diarahkan UMNO untuk merompak wang tersebut untuk UMNO. Tidak cukup dengan wang tersebut, MAS juga telah berhutang RM8 billion. Tan Sri Tajuddin juga menyatakan kehilangan wang MAS tersebut dilakukan oleh beliau atas arahan Presiden UMNO dan UMNO. Apa pun, sudahlah MAS hilang RM600 juta, duit rakyat digunakan untuk menampung kerugian MAS sebanyak RM8 billion selepas krisis kewangan 1997. FELDA, PLUS, PROTON... Kita baru sahaja tahu lebih RM2.7billion (atau RM8 billion) wang FELDA lesap dirompak oleh UMNO. Kononnya untuk tanam semula, tapi Guthrie dan Sime Darby pun tanam semula juga dengan kos yang berkali ganda lebih murah. Lepas tu apa sebab bangunan FELDA boleh jadi begitu mahal macam tu? Apa untung peneroka FELDA dengan sebuah lagi bangunan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bukankah FELDA sudah ada bangunan di Segitiga Emas? Adakah peneroka-peneroka dari pendalaman Negeri Sembilan boleh tinggal di bangunan Felda yang baru setiap kali mereka melawat Kuala Lumpur. Malahan mengikut kajian kita, bilangan pejabat yang kosong di Kuala Lumpur sudah pun tinggi. Dengan menambah lagi bilangan pejabat di Kuala Lumpur adalah langkah yang bakal membawa kerugian kepada FELDA. Proton pula bukan sahaja wang rakyat dirompak (dalam bentuk subsidi) sebanyak RM13 billion, rakyat Malaysia sendiri di rompak. Yakni dengan terpaksa membayar RM40k lebih mahal dario harga pasaran setiap kereta yang dibeli oleh rakyat Malaysia. Misalnya, sepatutnya Proton Wira cuma dijual dengan harga RM20k tapi rakyat Malaysia dipaksa UMNO untuk membelinya dengan harga RM60k. PLUS: begitu juga PLUS digunakan untuk menyelamatkan bangunan UMNO dari dilelong oleh bank. PETRONAS Dari pendedahan-pendedahan terbaru ini, kita tak berani nak bayangkan sudah berapa lori wang Petronas dirompak UMNO dan kroni-kroni mereka. Bayangkanlah sendiri. |
| Posted: 18 Sep 2010 10:07 AM PDT Saya telah menulis dan meminta agar pihak polis menyiasat secara terperinci berkaitan pemberian pangkat "Datuk" kepada suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang pengiringnya. Tulisan saya lebih menjurus agar wujud pendedahan siapa sebenarnya dalang dalam penjualan pangkat, disamping motif sebenar mencari dalang yang bersubahat dengan suspek bagi kerja-kerja jenayah ber'profile' tinggi ini. Hari ini akhbar Star telah menyiarkan berita pembelian pangkat ini. Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut. Perlu pembaca membuka minda bagaimana maklumat nilaian RM180 ribu ini diperolehi sedangkan dalam masa sama pihak polis masih belum mendapatkan maklumat mengenai orang tengah yang terlibat dengan pembelian pangkat ini. Akhbar yang sama menyatakan kegagalan polis; Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber. Saya cukup hairan bagaimana polis begitu mudah mencari abu mayat di sungai daripada manusia hidup yang menjadi dalang kepada ketidakadilan yang berlaku dalam urusan kerajaan dan pentadbiran di negara ini. Rasuah, pangkat serta kronisme telah menjadi satu amalan tidak sihat di negara ini, malah polis juga dikatakan bersubahat dalam menutupi kes-kes yang melibatkan kepimpinan tinggi dalam kerajaan dan orang-orang kenamaan. Sekiranya imej ini tidak dibersihkan dalam penyiasatan pembunuhan Datuk Sosilawati, rakyat tidak akan mempercayai lagi polis. Malang bagi polis yang jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab. PolisPencen |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan