PENYAPU SIAL |
- era najib altantuya .....musim meng "C4" orang kembali lagi....
- sandiwara UMNO-PERKASA....suntutkan najib wira tengik 1 malaysia...
- setelah 52 tahun memerintah....dengan rakusnya UMNO-BN mampu mencemari ramadhan dan syawal bulan yang mulia umat islam....
| era najib altantuya .....musim meng "C4" orang kembali lagi.... Posted: 14 Sep 2010 10:08 AM PDT Rangka manusia ditemui dalam belukar dekat Bukit Mantin ![]() Satu rangka manusia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang mencari buluh di dalam belukar berdekatan dengan Bukit Mantin, Batu 7, jalan Seremban-Mantin di sini pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Yusoff Awang berkata ia dipercayai rangka seorang lelaki berumur 25 tahun ke atas yang ditempatkan di kawasan belukar itu sejak 2 minggu lepas. Beliau berkata rangka itu ditemui pada kira-kira pukul 8 pagi dalam keadaan mengiring dengan mulutnya disumbat kain dan ditutup dengan pita pelekat berwarna merah. Menurutnya turut dijumpai pada rangka itu ialah sebuah jam tangan berjenama Tag Heuer dan sekotak rokok Marlboro. "Ada cebisan kulit pada betis kanan rangka itu dan ada tatu yang pudar. Bangsanya tidak dapat dipastikan dan tingginya antara 175 dan 180sm," katanya ketika dihubungi di sini. Mohd Yusoff seterusnya meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga di kawasan berhampiran supaya menghubungi ibupejabat Polis Daerah Seremban dengan menelefon 06-6033222 bagi membantu siasatan. Sementara itu seorang saksi, Mohd Japri Che Mustafa yang menemui rangka itu ketika dihubungi Bernama berkata, beliau ke kawasan belukar itu untuk mencari buluh. "Bila sampai, saya terbau bau busuk yang amat sangat. Selepas mencari punca bau, saya ternampak rangka itu," kata beliau yang merupakan pekerja sebuah pusat pemeliharaan pokok. – Bernama Di dalam era pemerintahan Najib ini pelbagai hal yang bersangkutan dengan "kehilangan manusia" berlaku. Kita masih ingat sebelum Najib menjadi PM, laporan mengenai kehilangan wakil rakyat yang kemudiannya diketahui berada di Pekan Pahang tidak lain tidak bukan adalah satu konspiasi Najib untuk merampas Perak satu ketika dulu. Kemudian kisah kehilangan Altantuya yang akhirnya diketahui dibunuh dengan ngeri. Dan banyak lagi kes jenayah yang dasyat berlaku selapsnya. Kini seperti ia membentuk satu mata rantai yang panjang... Di era Najib, Malaysia menjadi Darul-Hilang? |
| sandiwara UMNO-PERKASA....suntutkan najib wira tengik 1 malaysia... Posted: 14 Sep 2010 09:15 AM PDT Babak kali ini menyaksikan penulis editorial Utusan Malaysia membidas Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana menjauhkan diri dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, pimpinan Ibrahim Ali. Ada pihak yang berpendapat Najib tidak lagi mampu mengekang pemberontakan blok konservatif dalam Umno. Namun bagi pembaca setia kolum Awang Selamat, skrip kali ini disyaki untuk mengangkat Najib sebagai wira mempertahankan 1Malaysia dari tekanan puak-puak rasis. Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dakwaan bahawa Umno perlu menjarakkan diri dari Perkasa jika ia mahu menarik sokongan bukan Melayu. Bagi Awang Selamat, Umno perlu mempertahankan teras masyarakat yang diwakilinya, sepertimana badan-badan yang mewakili etnik-etnik lain di negara ini. Semalam, kepimpinan kanan Umno ditayangkan media seperti berbahagi pendapat. Ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz dan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar Perkasa, Ketua Penerangan Ahmad Maslan, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Noh Omar berkata Perkasa adalah perlu untuk mempertahankan kepentingan Melayu. Bagi kita, babak sandiwara ini tidak mempunyai perisa secukupnya untuk mengamit imaginasi rakyat Malaysia, yang umumnya sedar Perkasa dinaungi Umno. Umno selama ini pun bukan juara orang Melayu pun, hanya retorik. Hakikatnya dibawah cengkaman Umno, Melayu tidak maju dan berkembang manapun. Buat masa ini, Perkasa dilihat tidak menguntungkan sudut politik. Maka mereka perlu membuat kenyataan seolah-olah untuk meminggirkan Perkasa,. Umno dalam dilema menghadapi Pilihanraya Umum akan datang , dengan menyedari sokongan pengundi atas pagar dan pengundi bukan Melayu adalah penting untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Sandiwara ini membuktikan Najib sedang merencana strategi untuk menawarkan sesuatu yang seakan-akan sama dengan komitmen Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan yang berteraskan merit, keadilan dan lapangan peluang yang saksama untuk semua kaum yang memerlukan bantuan. Hanya Pakatan Rakyat akan mengisi tuntutan-tuntutan rakyat Malaysia, untuk Melayu, untuk Islam. Bukan lagi Umno atau Perkasa,. |
| Posted: 14 Sep 2010 09:07 AM PDT Ramadahan mampu menjana jatidiri yang teguh dan semakin kukuh di dalam diri pejuang penegak maaruf penentang mungkar walaupun Ramadhan masih tercemar dengan beberapa kejadian yang bertentangan dengan tarbiyah Ramadhan.Kes bunuh diri, kes pembohongan yang berpanjangan sepanjang usia Ramadhan, kes musibah kerana mercun dan kemuncaknya, kes bunuh dan bakar di Morib merupakan beberapa siri pencemaran Ramadhan yang dilakukan oleh orang Islam pada ketika keperihatian orang orang bukan Islam terhadap puasa yang dilalui oleh orang Islam. Sungguh sedih memikirkan betapa tokey tokey Cina memberi cuti panjang kepada pekerja perkeja Islam mereka disamping bonus raya yang dipercayai mencukupi bagi para pekerja mereka merayakan 1 Syawal, begitu juga sedih memikirkan MP Serdang diserang bertubi tubi kerana masuki ruang solat sebuah surau semata mata untuk memberi sumbangan kepada surau tersebut.Sedih kerana serangan ini dilakukan oleh orang Islam dan orang yang bertanggungjawab menjaga Islam sedangkan pada masa yang sama Ramadhan dibiarkan dicemari oleh orang Islam sendiri. Lebih parah apabila 1 Syawal yang dianugerah oleh ALLAH sebagai hari merayakan kejayaan kembali kepada fitrah sesudah ditarbiyahkan sepanjang Ramadhan ditukar kepada hari untuk merayakan kegembiraan secara mungkar dan jauh bertentangan dengan ajaran Islam.1 Syawal diberitahu oleh Baginda Nabi supaya dihiasi dengan takbir telah ditukar dengan acara nyanyian(termasuk oleh seorang ustaz yang dulunya terkenal dengan ungkapan, dulu rock sekarang dakwah), tarian, drama raya, lawak jenaka raya, jangan lupa lirik edisi raya dan percampuran bebasa antara lelaki perempuan serta pendedahan aurat di sana sini(termasuk oleh isteri PM yang muncul di kaca TV di pagi 1 Syawal).Yang masih belum ada ialah hantu raya. Syawal kemudiannya ditukar kepada bulan hiburan melampau.Inilah pencemaran yang tidak harus diterima oleh umat Islam apatah lagi di bulan ini ada tawaran pahala puasa sepanjang tahun hanya dengan tambahan 6 hari puasa sahaja.Syawal sudah ditukar kepada bulan artis melalaikan umat dan Syawal sudah dihiasai oleh permainan mercun oleh anak muda(yang setengahnyan dikesan ditaja oleh ibupada yang menjadi pemimpin parti pemerintah melayu). Inilah budaya melayu yang sudah dipupuk lebih 50 tahun lalu di mana kesannya semakin dirasai hari ini.Ramadhan dan Syawal sudah semakin teruk dicemari dan mungkin akan terus dicemari sekiranya parti pembela melayu terus disokong oleh orang Islam.Para artis yang terlibat sebagai agen pencemaran Ramadhan dan Syawal serta ahli ahli parti pemerintah melayu yang terlibat setengahnya sudahpun ada title Haji, sementara ustaz dan ustazah mereka ada yang ada PHD tetapi kemungkaran tetap diutamakan, kemaksiatan didahulukan dalam setiap perlakuan mereka.Tidak ada tanda pengakhiran dalam tindak tanduk mereka, aurat tidak diiktiraf malah dilihat sebagai perkara remeh sahaja, bersalam salaman antara lelaki perempuan terus dibudayakan pada ketika mereka mendakwa merekalah pembela agama dan bangsa. Membaca quran ketika tidak menutup aurat ketika membaca quran tidak dilihat salah tetapi dipertahankan sebagai usaha seorang muslimah yang mahu membaca quran.Inilah budaya parti melayu yang selama ini mendakwa Malaysia milik mereka(secara tersirat daripada dakwaan mereka) dan orang lain yang membangkang (terutamanya yang bersama jemaah PAS) dianggap meyemak di dalam Malaysia(tetapi bila kutip cukai orang PAS pun kena bayar). Budaya yang mencemarkan dua bulan yang telah dimuliakan ALLAH untuk umat Islam. |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan