Isnin, 13 September 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


felda bangkrap...kerajaan pun bangkrap ke bila rakyat di kerah baiki jalan guna duit sendiri

Posted: 12 Sep 2010 04:39 PM PDT






















Selepas banyak kali mengadu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), akhirnya penduduk dan wakil rakyat sendiri mengeluarkan kos membaiki semula jalan berlubang di sekitar Jalan Tampin lama serta Seremban Jaya, di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran berkata, pihaknya sudah membuat aduan sejak empat bulan lalu tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

Guna duit sendiri baiki jalan rosak
Sinar Harian 12 Sep 2010


SEREMBAN – Selepas banyak kali mengadu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), akhirnya penduduk dan wakil rakyat sendiri mengeluarkan kos membaiki semula jalan berlubang di sekitar Jalan Tampin lama serta Seremban Jaya, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran berkata, pihaknya sudah membuat aduan sejak empat bulan lalu tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

Menurutnya, jalan berlubang di sekitar Jalan Tampin lama itu turut mengakibatkan ramai pengguna terbabit kemalangan.

"Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan akibat motosikal ditungganginya terjatuh selepas terlanggar lubang.

"Masalah ini telah saya maklumkan kepada pegawai berkaitan dan beberapa surat juga telah diberikan tetapi masih tiada perkembangan memberangsangkan," katanya. Turut serta, ADUN Mambau, Wong Mei Mei dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai.

Gunasekaran berkata, disebabkan bimbang dengan keselamatan pengguna dan khuatir ia menjadi semakin teruk, mereka terpaksa mengambil inisiatif sendiri membaiki jalan berlubang itu. Menurutnya, pihaknya terpaksa mencari penaja dan mendapatkan sedikit peruntukan untuk membaiki jalan yang sepatutnya berada di bawah seliaan JKR.

"Kita membeli dua tan tar premix untuk menampal semula jalan berlubang," katanya.

nak pulih ekonomi dan berdaya maju....kasi mampus sama itu kroni

Posted: 12 Sep 2010 04:27 PM PDT

Keghairahan Umno-BN menghabiskan wang rakyat pada kempen berslogan dan projek tidak bermanfaat, dan meminggirkan soal melaksanakan dasar-dasar yang efektif punca Malaysia corot dalam indeks daya saing dan rasuah.

Tahun demi tahun, Malaysia gagal mendapat tempat di kumpulan teratas indeks antarabangsa. Yang terbaru, Forum Ekonomi Dunia melaporkan Malaysia terus jatuh dari tahun ke tahun, dari tempat ke 21 ke 26, dalam Indeks Daya Saing sedunia.
Jadi Umno-BN perlu mengorbankan kroni-kroni bagi memulihkan imej dan ekonomi negara di persada antarabangsa.

Oleh itu Kerajaan Pusat di gesa supaya meneliti saranan Forum Ekonomi Dunia yang menggesa Malaysia mengambil langkah drastik untuk memulihkan kebebasan badan kehakiman dan institusi awam bagi menghentikan kecorotan prestasi negara dari tahun ke tahun.

Ekonomi Malaysia akan terus tempang, dan rakyat akan terus tertekan, jika Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus melindungi kroni-kroni Umno-BN yang selama ini mendorong pemerintah untuk mencabul sistem politik, ekonomi dan undang-undang.

Sistem kehakiman yang benar-benar bebas dan tidak memihak kepada kekuasaan adalah ciri-ciri utama yang meletakkan negara seperti Switzerland mengungguli carta 10 ekonomi terbaik di dunia.

Najib digesa merenung keresahan rakyat dan pelabur apabila rasuah dan penyelewengan kuasa semakin membudaya lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang.

Perdana Menteri silih berganti, janji demi janji tapi tidak diperkota. Lihat sahaja isu pembubaran dan pembatalan ISA sampai sekarang tidak terjadi, rasuah masih lagi meluas, malah projek penswastaan 1 Malaysia termasuk kes Sungai Besi diberikan kepada kroni yang melibatkan projek berbilion ringgit yang tidak diberikan secara telus.

Laporan Daya Saing 2010-2011 Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini membuktikan gagasan Dato Seri Najib dalam membangunkan Negara tidak membuahkan hasil malah membebankan rakyat.

kerajaan persekutuan hanya mengejar slogan dan pencapaian astetik 1 Malaysia, tanpa perlaksanaan dasar-dasar wajar.

Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.

Bila ditanya, mereka kaitkan pula dengan soal Melayu dan Bumiputera. Melayu mana dan Bumiputera mana yang dapat keuntungan? Hanya Melayu keluarga dan Bumiputera kroni. Kita pertahan majoriti yang miskin dan kelompok india, Cina, Kadazan, iban dan Dayak yang terpinggir. Ini mesti juga diberi perhatian. Ini negera kita dan kita berhak pertahankan hak kita.

Tiada ulasan: