PENYAPU SIAL |
- Ada dalang hantui Indonesia-Malaysia
- Rasional bekerjasama dengan parti yang menolak hudud
- sandiwara pengusung tilam liwat 1 dan 2 dengan kartun dalam negeri ( KDN )
| Ada dalang hantui Indonesia-Malaysia Posted: 08 Sep 2010 03:08 PM PDT ![]() Beberapa percubaan telah dibuat di Nusantara bagi mewujudkan ketidakstabilan (imbalance) oleh tangan-tangan ghaib dan dalang yang ingin mengambil kesempatan untuk menjaga kepentingan mereka.Tidak mustahil, suasana ketegangan yang sedang diwujudkan antara Indonesia-Malaysia adalah inisiatif Amerika yang didalangi oleh Israel. Laskar merah-putih mungkin dibiayai oleh mereka untuk menimbulkan ketegangan ini. Laskar merah-putih mungkin diupah oleh Amerika-Israel. Mengapa? Nusantara ini dlihat sebagai kawasan paling ramai umat Islam dalam dunia dan paling stabil dan harmonis. Kekecohan di Indonesia untuk perebutan kuasa dan pergolakan politik nampaknya sudah reda sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Nah, sekarang tiba masa untuk Indonesia dicucuk oleh dalang supaya mereka berpaling ke Malaysia. Kita jangan lupa peristiwa perang saudara di Ambon dan Maluku bermula dengan pembakaran masjid dan gereja oleh pihak tertentu. Peristiwa ini disyakki dilakukan oleh pihak barat bagi mewujudkan ketidakstabilan di rantau ini agar menjadi sebab untuk PBB dan tentera PBB (khususnya tentera Amerika) untuk masuk dan membuka pangkalan mereka di sini sebagai salah satu stesyen Amerika untuk menjaga kepentingan mereka. Mujur Malaysia tidak diheret sama dalam peristiwa ini. Kita jangan lupa Amerika mempunyai kepentingan di Singapura. Dan Singapura mempunyai penasihat ketenteraan dan keselamatan dari Israel. Amerika mempunyai kepentingan mereka di sebelah Asia iaitu Korea Selatan, Filipina, dan Taiwan. Amerika memerlukan pangkalan untuk meletakkan stesyen tenteranya bagi mengawal keadaan dan bersiap sedia jika berlaku peperangan. Amerika menganggap Korea Utara dan China sebagai 'musuh' berpotensi kerana keduanya mempunyai kekuatan nuklear. Oleh itu, bagi menjustifikasi keperluan untuk hadir di rantau ini, maka menimbulkan ketegangan di kalangan negara Asean, satu atau dua negara sudah memadai untuk menjadi alasan Amerika atas nama PBB untuk masuk ke sini. Amerika pernah cuba melaga-lagakan Singapura dengan Malaysia sebelum ini dengan isu Tanjung Pagar, isu air dengan kerjasama BN-UMNO tetapi gagal. Kini dalang di belakang tabir cuba melaga-lagakan Indonesia dengan Malaysia. Siri-siri percubaan melaga-lagakan Indonesia sudah dibuat sebelum ini tetapi belum menampakkan hasil yang positif, misalnya * Isu lagu Raya Sayang yang dikatakan Malaysia mencuri lagu dari Indonesia * Isu tarian yang dikatakan Malaysia menciloknya dari Indonesia * Isu 'buluh runcing' ganyang Malaysia * Isu pemuda Indonesia mahu serang Malaysia melalui selatan Johor * Isu hak milik pulau di antara Indonesa-Malaysia * Isu demonstrasi di Batam terhadap Malaysia * Sekarang ini isu baling najis dan pencerobohan pemuda Indonesia ke Kedutaan Malaysia Tidak mustahil juga ada dalang tambahan dalam isu Indonesia-Malaysia ini iaitulah UMNO sendiri. Di saat kerajaan BN dan UMNO ini lemah dengan kehilangan 4 negeri dari pemerintahan BN, ketika MCA sudah kehilangan kekuatan dan kredibiliti serta tidak ada tokoh MCA atau Tionghua yang dihormati lagi, dan ketika MIC juga kehilangan pengaruhnya di kalangan masyarakat India, serta tidak ada tokoh MIC atau India yang dihormati lagi, mereka bimbang BN yang diterajui oleh UMNO ini akan tumbang pada pilihanraya umum ke 13 ini. Oleh itu, salah satu cara yang perlu dilakukan ialah mengalihkan tumpuan masyarakat daripada masalah dalaman negara kepada masalah luar negara. Harapan mereka ialah supaya rakyat Malaysia akan bersatu atas nama 1 Malaysia untuk hadapi ancaman dari Indonesia. Semboyan patriotik akan ditiup semula dan dilagukan agar rakyat akan kembali cinta kepada keamanan di bawah BN-UMNO. Apakah dalang utama dan dalang tambahan tidak ada hubungan lansung? Mustahil. Bagaimana dengan APCO -Yahudi yang dibayar gaji oleh Malaysia? Apakah APCO tidak ada agenda dan misiya di sini selain daripada menguruskan sistem pertahanan dan keselamatan Malaysia di Bukit Aman? Kita berharap Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak diheret dalam permainan politik halus Amerika, BN-APCO-UMNO ini. Rakyat Malaysia jangan mudah naik berang, marah, amok, dan panas baran dengan Indonesia kerana ia akan merugikan Malaysia dan Indonesia Rakyat Indonesia juga jangan mudah ditipu oleh dalang-dalang dibelakang tabir di sekeliling Indonesia yang dengki melihat kestabilan Indonesa dewasa ini. Selepas Sukarno jatuh, Indonesia bergolak begitu lama dan kini suasana di Indonesia sudah hampir pulih dan stabil. Indonesia, jangan lupa, bahwa sebahagian besar rakyat Melayu Malaysia adalah saudara mara sedarah sedaging dengan rakyat Indonesia. Jangan jadi balaci atau badut kepada dalang-dalang yang cuba menghantui hubungan baik Indonesia-Malaysia. Tidak mustahil dengan kejatuhan BN-UMNO-APCO dalam PRU 13 kelak, kekuatan umat Islam Malaysia akan berpadu dengan kekuatan mega umat Islam Indonesia yang mempunyai bilangan Muslim paling ramai dalam dunia. Apakah ini tidak ditakuti oleh Amerika? Bukankah barat takut kalau Melayu Islam Indonesia dan Melayu Islam Malaysia bergabung dan menjadi megapower? Dan bukankah kerana itu penjajah barat membawa masuk pekerja estat dari India ke Malaysia dan pekerja lombong bijih dari China ke Malaysia, dan tidak membawa masuk pekerja dari Indonesia(Melayu Islam) sebagai satu strategi 'pecah dan perintah" (divide and rule) penjajah? Bukankah bekas PM Singapura juga takut kalau Melayu PAS dan Melayu UMNO bersatu? BN-UMNO harus meletakkan kepentingan keselamatan dan kebajikan raykat serta negara lebih tinggi dari kepentingan parti mereka dan kepentingan individu pemimpin parti mereka. albangi |
| Rasional bekerjasama dengan parti yang menolak hudud Posted: 08 Sep 2010 03:03 PM PDT ![]() Sebenarnya tidaklah susah sangat untuk menjelaskan mengapa PAS mahu bekerjasama dengan DAP yang menolak negara Islam serta pelaksanaan hukum Hudud. Namun akibat kurang faham kadangkala pemimpin parti peringkat tertinggi pun boleh tersasul, apabila diprovoke oleh pihak musuh terutama Umno berhubung isu tersebut. Penolakan DAP terhadap pelaksanaan Hudud bukan penolakan peribadi Pengerusinya Karpal Singh tetapi sikap rasmi parti itu sejak dahulu. Bukan sekali DAP menegaskan bahawa 'negara Islam dan hukum hudud' tidak termasuk dalam agenda kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Sekian lama kita mengupas isu strategi dalam dakwah dan politik; bahawa dalam mengendalikan kedua urusan tersebut, jamaah Islam mestilah menggambilkira 'waqi dan biah' ataupun realiti dan suasana. Realiti politik di Malaysia ialah, tidak ada mana-mana parti politik pun (yang berasaskan kaum atau agama) boleh membentuk kerajaan secara bersendirian. Pola komposisi kaum yang diwujudkan oleh penjajah, menyebabkan mana-mana parti yang didominasi oleh orang Melayu memerlukan sokongan parti kaum minoriti untuk membentuk kerajaan. Sejak sistem demokrasi berparlimen diperkenalkan di negara ini, Umno dianggap sebagai parti yang terkuat yang sehingga kini ia belum mampu dicabar dalam mana-mana pilihanraya umum. Umno adalah parti yang berasaskan kaum Melayu dan perjuangannya pun berteraskan asobiyyah Melayu sempit. Sekuat-kuat Umno pun, jika ia memilih untuk menyertai pilihanraya secara bersendirian, bertanding di kesemua kerusi Parlimen; Umno masih tidak mampu untuk membentuk kerajaan. Tanpa kerjasama dengan bukan Melayu, ditambah dengan persaingan parti politik Melayu/Islam atau individu Melayu/Islam dari parti multi racial, maka Umno tidak berupaya memenangi kesemua kerusi. Apatah lagi jika PAS yang buat masa ini belum lebih kuat dari Umno, jika bercadang untuk bertanding di kesemua kerusi Parlimen maka jawapannya tetap sama. Ia adalah realiti politik yang sangat mudah untuk difahami. Justeru itu, PAS perlu jalinan kerjasama dengan parti bukan Melayu untuk membentuk kerajaan di Pusat. DAP bukan parti Cina, tapi imej DAP adalah 'parti Cina'. DAP adalah 'parti Cina' yang berpengaruh setanding dengan MCA dan Gerakan. Sebagai pembangkang, pilihan yang ada bagi PAS ialah DAP, bukan MCA atau Gerakan. Kerjasama PAS dan DAP dijalin atas banyak persetujuan bersama. Antaranya penentangan berterusan terhadap rasuah, kronisme, ISA, ketidakadilan sosial, beberapa akta Parlimen yang merampas hak rakyat, hedonisme yang keterlaluan, kepincangan sistem kehakiman, penyalahgunaan kuasa polis, penyalahgunaan instrument kerajaan untuk politik dan macam-macam lagi. Segala kebejatan itu berakar umbi dalam kerajaan tanpa dapat dibendung lagi. Sehebat-hebat PAS sekalipun, tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk membetulkan segala kepincangan itu seandainya bersama dalam BN (Wal'yazubillah, itu cuma andaian). Satu-satu cara untuk 'membunuh' semua kebejatan itu ialah dengan menumbangkan BN di Pusat. Di peringkat negeri kerjasama seperti itu terbukti dapat mengalahkan BN di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Maknanya dengan kerjasama yang serupa BN boleh dikalahkan di Pusat. Umno cukup sedar bahawa dengan kerjasama antara PAS, DAP dan KeADILan adalah satu-satunya cara BN boleh ditumbangkan di Pusat. Maka satu-satunya cara untuk menghalang perkara tersebut ialah dengan memecahkan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan. Umno juga tahu bahawa isu besar yang boleh (dianggap) memecahkan PAS dan DAP ialah isu 'Hudud atau Negara Islam'. Maka soalan cepu emas yang sering diajukan Umno di kalangan umat Islam ialah, mengapa PAS sanggup bersama DAP yang menolak hudud? Manakala di kalangan bukan Islam pula, mengapa DAP nak bekerjasama dengan PAS yang nak laksanakan hudud? Seperti yang dijelaskan tanggungjawab dan kewajipan menumbangkan BN sangatlah besar tuntutannya. Jika PAS perlu memilih parti politik bukan Islam yang kuat, dan sedia terima hudud (sebagai syarat), baru hendak dijadikan rakan kerjasama menumbangkan BN maka PAS tidak akan menjumpainya. Maka Umno/BN akan terus berkuasa. Apabila DAP menolak peraksanaan hudud, tidak bermakna PAS memadam terus cita-cita tersebut. Apa yang berlaku ialah PAS mahu tetapi tidak mampu. Terdapat berbezaan yang jelas antara 'tidak mahu' dan 'tidak mampu'. Pindaan perlembagaan ke arah pelaksanaan hudud perlukan sokongan dua pertiga di Parlimen. Khusus untuk mengizinkan pelaksanaan hudud di negeri, Parlimen perlu meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 terlebih dahulu. Tanpa sokongan dua pertiga maka PAS bersendirian 'tidak mampu' melakukannya. Tidak berdosa seorang miskin yang tidak mampu menunaikan haji di Mekah lantaran tiada wang, sedangkan dia memang menyimpan cita-cita dan berusaha untuk menunaikannya. Hudud adalah satu juzuk dari tuntutan Islam yang diwajibkan ke atas pemerintah, bukan kewajipan individu. Bagi individu Muslim, tanggungjawab mengembelingkan kekuatan ummah serta menjana kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang tersenarai 1001 kebejatan tadi adalah kewajipan yang lebih utama. Jika waqi' dan biah yang ada; menuntut kerjasama dengan DAP sebagai pra syarat mencapai cita-cita tersebut maka tentu ia menjadi keutamaan. Tidak betul untuk membiarkan pihak yang zalim terus berkuasa hanya kerana merasakan satu juzuk dari ajaran Islam (hudud) tidak dapat dilaksanakan jika berkongsi kuasa. Kita tidak boleh menunggu mampu buat semua perkara, baru hendak memulakan semua perkara. Kaedah feqah sangat jelas, 'tak boleh buat semua jangan tinggal semua.' Tidak boleh buat hudud (untuk sementara) sekurang-kurangnya PAS boleh memegang tampuk kuasa. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan kuasa untuk kebaikan. Rakyat boleh difahamkan dengan Islam sama ada dengan lisan atau suri teladan yang baik bila parti Islam mentadbir. Sebab itu tidak perlu kenyataan, "Kita akan kaji kerjasama dengan DAP jika tolak hudud." Hal yang jelas ialah rakan kerjasama adalah parti yang tidak berteraskan Islam. Kalau kita mahu 100 peratus jadi macam kita baru boleh kerjasama, tidak wujud lagi DAP dan tiada lagi istilah kerjasama. Mestilah terdapat berbezaan, walaupun banyak aspek bersama yang diperjuangkan. Umno, MCA, Gerakan dan MIC pun berbeza dalam banyak perkara. Tetapi akibat permuafakatan mereka dapat berkuasa lebih separuh abad. PAS dan DAP kena begitu. Kita cuma beberapa langkah saja lagi dengan Putrajaya. Jadi jangan cepat sangat melatah dengan paluan gendang musuh. ZULKIFLI YAHAYA |
| sandiwara pengusung tilam liwat 1 dan 2 dengan kartun dalam negeri ( KDN ) Posted: 08 Sep 2010 02:57 PM PDT Musa Hassan diingatkan tidak 'langgar lari' ![]() Ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan harus bertanggung-jawab berhubung dakwaannya 'ada campur-tangan pihak ketiga' dalam urusan polis dan memfailkan laporan rasmi, kata pengarah strategi PKR, Tian Chua. Katnya, adalah tidak bertanggung-jawab bagi Musa mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang dilihat cuba membidas pihak tertentu dan melepaskan dirinya daripada beberapa isu. "Sasarannya kemungkinan besar adalah Kementerian Dalam Negeri. Bukan menjadi rahsia Hishamuddin Hussein telah melobi agar kontrak Musa tidak dilanjutkan," kata Chua ketika dihubungi semalam. Musa pada sidang akhbarnya di Bukit Aman, Isnin lalu mendakwa pihak polis sentiasa menghadapi campur tangan pihak ketiga dalam menjalankan tugas. Beliau juga menamakan KDN sebagai antara dalang itu. Lapor ke BPA, SPRM Namun ketua polis negara yang bakal bersara beberapa hari lagi itu tidak menamakan individu berkenaan. Menurut Tian Chua, daripada mempolitikkan sektor keselamatan negara adalah wajar bagi Musa melaporkan ke Biro Pengaduan Awam dan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memastikan masalah itu dibanteras. "Beliau harus bertanggung-jawab apa yang dikatakannya. Beliau harus bekerjasama dan menawarkan maklumat kerana adalah tidak bertanggung-jawab untuk tidak berbuat demikian." Bagi setiausaha publisiti DAP, Tony Pua - Musa yang bakal bersara pada 12 September ini menimbulkan dakwaan yang serius. Ia hampir menyamai dakwaan campur-tangan kerajaan dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, adalah agak mengecewakan kerana Musa memilih untuk tidak bertindak ke atas dakwaannya itu dan ia mencerminkan ketidak-cekapan beliau menjalankan tugas sebagai ketua polis. Wayang kulit "Beliau telah menodai imej polis dan Kementerian Dalam Negeri. Tanggungjawab kini terletak pada bahu IGP baru untuk menjalankan siasatan penuh bagi menjamin integriti polis tidak dikompromi dan menghentikan (campur-tangan) daripada berlaku," kata Pua. Bagi naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah - Musa sepatutnya menghentikan mainan 'wayang kulit' dan mengenalpasti siapa dalang yang campur-tangan dengan urusan polis itu. Katanya, kenyataan Musa hanya membuka pekung di dada Musa yang kini sudahpun berada pada tahap yang terendah. "Apa yang didakwanya itu serius. Jika ia benar, rakyat mempunyai hak untuk mengetahuinya. Kita tidak tahu siapa yang diserangnya dan beliau mesti berterus terang supaya orang ramai boleh menilai perkara itu sendiri," katanya. |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan