PENYAPU SIAL |
- bini PM 1 malaysia@monggolia khatam quran beb....tapi dedah aurat depan Allah SWT....musibat punya mangkuk tepen....!!!!
- Apa Jakim ,pusat islam dan mufti taik minyak UMNO sokong TV 3 satukan semua agama di bawah 1 payung 1 malaysia ke..??????
- kenangan manis kununnnn...pigidah....MUSA..NG hassan dengan kenangan paling buruk...usung tilam dan jadi pecacai angkat najis kerajaan UMNO-BN samseng 1 malaysia....
- UMNO...iblis dan syaitan kepala hitam di bulan posa yang tidak di rantai kejahatannya....!!!!
- ha ha ha...babi sondol berahim...i know what u did last summer.....!!!!
- cilanat cilanat penghina agama nak bertindak kepada mereka yang menghina agama.....cilanat cilanat nie mabuk candukah...?????
| Posted: 07 Sep 2010 08:19 AM PDT ![]() Errkk, ini intro sikit..."AhLang wasahlang 1malaysia cayang APCO yahudi wal haram wal taram wal sukahati AMNO Puaka" Hahhhh..ini ada 1 berito baeeekk punyo, wajib ditayang ulang 40 hari 40 malam 1 bulan suku punama di tv-tv rangkaian kesayangan yahudi - RTM+TV3+ASTRO.nak buat film blokbuster sampai pocah panggong pun buleh. Maka dengan ini diumumkan bahawo isteri PM 1Malaysia sudah khatam quran besar dan quran kecik, termasok la quran terjemahan. Perghhhh..kombang hidong den Wahai isteri PM 1MALAYSIA suka kami marhaen nak iingatkan..baca quran tu sekadar baca jer ker? tak hambik pengajaran dari al-quran..contoh 1.jangan zalimi dna khianati rakyat - akta ISA/pdrm 2.jangan buat zina/maksiat/simpan toyboy 3.jangan makan rasuah 4.bagi balik royalti minyak kelantan yang UMNO/BN rompak Errrrr,,,tapi kan,apo sambil baco quran..rambut tu terjulor keluaq...hukumnya apo ekk.sunat ker hah?..tolong tanya mufti-mufti, ulamak muda,ulamak tua dalam parti yahudi - UMNO/BARISAN NASIONAL Mak oiii depan tuhan pun nak tunjuk POWER/ EGO dia..baca quran dengan buka aurat ![]() Mungin ada yang akan kata..Apcopocottttt....tak berani yeop nak nengornya..kang kena pecat kang...ilang la elaun bulanan den...mungkin ada kata laki dia tak berani kot tegoq dia..kang SOALAN 1 APA hukumnya membaca al-Quran tanpa menutup aurat? JAWAPAN: Hukumnya haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat. Al-Quran dibawa oleh malaikat yang suci daripada Allah dari lapisan langit yang pertama. Membaca al-Quran adalah ibadat, maka ibadat itu mestilah dilakukan dalam keadaan menutup aurat. Ini kerana kebanyakan ibadat dalam Islam menuntut kita supaya menutup aurat, termasuklah amalan yang wajib dan sunat. Jika seseorang itu ingin menunaikan solat fardu, maka wajib dia menutup aurat. Ini bermakna solat sunat juga diwajibkan menutup aurat. Yang kedua, kita perlu ingat ketika membaca al-Quran si pembaca sedang berinteraksi dengan kalam Allah s.w.t., sedang meneliti perintah-perintahnya serta larangan-larangannya. Justeru mestilah memelihara kesopanan ketika menatap kalam Allah. Boleh dikira semua ibadat yang khusus dalam Islam dituntut supaya ketika melakukannya dalam keadaan menutup aurat. Di sini ada beberapa perkara yang perlu dipelihara ketika membaca al-Quran supaya maksud tarbiyah melalui bacaan dapat dicapai oleh pembaca: Adab secara batiniah * Ambil wuduk dan kemudian duduk menghadap kiblat dengan cara yang penuh sopan. * Jangan membaca terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya. * Cuba berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya. * Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas . * Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak, bacalah dengan suara yang kuat. * Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadis yang menekankan tentang amalan ini. Adab secara lahiriah * Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliaannya. * Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya . * Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan. * Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita. |
| Posted: 07 Sep 2010 08:12 AM PDT Iklan Aidilfitri yang disiarkan oleh TV3, stesen televisyen yang dikaitkan dengan Umno dianggap satu usaha untuk menyatukan semua agama di negara ini di bawah konsep 1Malaysia selain menggalakkan amalan syirik di kalangan umat Islam terutamanya golongan belia dan kanak-kanak. Semalam stesen televisyen tersebut membuat keputusan menarik balik iklan tersebut setelah dikritik hebat serta memohon maaf kepada umat Islam di negara ini. Iklan tersebut jelas menunjukkan stesen swasta tersebut gagal dalam menyelami sensitiviti dan mengetahui batasan agama dan kaum walaupun setelah 26 tahun beroperasi. Inilah bahananya apabila konsep 1Malaysia yang menjadi sloganan Perdana Menteri tidak difahami oleh rakyat Malaysia hatta pemimpin Umno-Barisan Nasional sendiri. Akhirnya TV3 membuat tafsiran sambutan Aidilfitri mereka sendiri sehingga boleh menyebabkan gugurnya akidah seseorang Muslim itu. Tak faham konsep 1Malaysia sampaikan agama pun hendak disatukan sebab itu kita lihat ada unsur Kristian, Buddha, Hindu dalam iklan tersebut. Malah lebih mengejutkan,kita patut mempersoalkan keberkesanan fungsi serta peranan yang dimainkan oleh agensi seperti Lembaga Penapis Filem yang memantau serta menapis bahan yang disiarkan melalui media elektronik seperti filem, drama, iklan dan dokumentari. Kita lihat dalam kes iklan TV3 ini seolah-olah Lembaga Penapisan Filem lepas tangan atau terlepas pandang mengenai iklan tersebut walaupun mereka mempunyai panel syariah. Apa yang mereka buat sampai lalai begini? Kita desak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) supaya memantau dan mengambil tindakan terhadap TV3 kerana menyiarkan iklan seperti itu yang menimbulkan kekeliruan terutamanya kepada kanak-kanak yang menontonnya. Kalau orang awam boleh menyedari iklan TV3 tersebut boleh menggugat akidah dan keimanan umat Islam bagaimana pula agensi seperti Pusat Islam, Jakim dan para Mufti di Malaysia boleh terlepas pandang....tido makan gaji buta atau duduk di celah jubor pemimpin UMNO.....haramjadah ko orang semua....soal akidah ko orang buat tak nampak atau tak pandang sebelah mata sekali pun....soal orang bukan islam datang menziarahi masjid nak sampaikan sumbangan ko politikkan....banggang !!!! Iklan Aidilfitri terbitan stesen televisyen itu memaparkan beberapa babak yang boleh ditafsirkan mempunyai pengaruh agama Kristian dan Buddha. Antara yang paling menonjol ialah adegan dimana seorang lelaki tua yang berkopiah muncul di luar tingkap sambil mengajak dua kanak-kanak menaiki becanya yang berwarna merah. Beca itu pun secara magik terbang membawa kedua-dua kanak tersebut menjelajah alam di waktu malam. Unsur ini jelas dilandaskan kepada perayaan Hari Natal di mana watak Santa Claus yang berpakaian serba merah dengan menaiki pedati terbang yang ditarik oleh sekumpulan rusa. Begitu juga dengan adegan yang menunjukkan bunga teratai mengembang yang merupakan simbol daripada ajaran Buddha. TV3 mempamerkan Aidilfitri itu sebagai satu sambutan perayaan yang sama taraf seperti sambutan parayaan agama dan kaum lain seperti Kristian, Hindu, Buddha, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Walhal Aidilfitri ialah satu ibadah merupakan manifestasi kesyukuran umat Islam berpuasa melawan nafsu selama sebulan serta melatih jiwa dalam proses penyucian rohani atau spiritual seseorang islam itu. Ia bukan majlis pesta seperti yang digambarkan oleh TV3 atau media milik Umno-BN yang mengosongkan jiwa Aidilfitri itu dengan sambutan ala jahiliyah yang dipenuhi gelak ketawa, makan minum serta pergaulan bebas tanpa ada had dan sempadan di mana halal dan di mana haram sesuatu perbuatan itu. |
| Posted: 07 Sep 2010 03:53 AM PDT IGP jadi 'penarik beca' bagi tangkap pengedar dadah ![]() Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang akan bersara pada 13 Sept ini berkata antara kenangan manis sepanjang 41 tahun perkhidmatannya ialah kejayaan memberkas seorang pengedar dadah semasa beliau menyamar sebagai seorang penarik beca. Kejayaan itu dicapai sekitar tahun 1981 dan 1982 semasa beliau bertugas di Pulau Pinang dalam satu operasi dadah, katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini. "Itu (kenangan) paling manis kerana saya tangkap pengedar dadah semasa menyamar sebagai penarik beca," katanya. Musa berkata semasa bertugas di Pulau Pinang bersama-sama Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang pada masa itu baru sahaja menyertai polis, mereka turut menyamar sebagai penjual air tebu dalam usaha memberkas pengedar-pengedar dadah di sana. Mengenai rancangan beliau selepas bersara nanti, Musa berkata beliau akan berehat dan mungkin akan mengajar orang atau cucunya mengaji, selain daripada menjaga cucunya. "Tak ada masalah, kita reda dengan apa yang Allah dah beri," katanya. Senarai nama jawatan kanan Ditanya sama ada beliau akan mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Musa berkata beliau akan mengerjakan umrah pada hari raya dan mahu berehat di Mekah. Ditanya mengapa beberapa kekosongan jawatan seperti Ketua Polis Daerah Cheras yang sehingga kini belum diisi, Musa berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri. Katanya beliau telah menghantar nama-nama pegawai yang telah dicadangkan bagi mengisi kekosongan itu sejak November tahun lalu. "Saya tak tahu mengapa tidak diisi. Saya tak mahu pula nanti orang kata saya tidak buat kerja, bukan?. Saya dah hantar awal dulu," katanya. - Bernama |
| UMNO...iblis dan syaitan kepala hitam di bulan posa yang tidak di rantai kejahatannya....!!!! Posted: 07 Sep 2010 03:33 AM PDT Penyakit Hati Punca Enggan Bayar Royalti Minyak Kelantan Penyakit hati – iri hati, dengki, khianat, dendam, sombong, angkuh, tamak, adu dumba, fitnah dan lain-lain – menjadi punca manusia rosak akhlak dan tingkah laku buruk hingga menjadi buta dari melihat kebenaran dan keadilan. Sebaliknya sifat mazmumah (keji) ini akan mendorong manusia melakukan kejahatan, kezaliman, penindasan, kemaksiatan hingga sanggup merampas hak orang lain. Kengganan kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berpunca dari para pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) yang mempunyai penyakit hati ini. Dendam kesumat dan iri hati terhadap rakyat Kelantan yang mengundi pembangkang sejak 20 tahun lalu. Walaupun negara telah melalui empat lima pilihan raya umum namun percubaan kerajaan Umno-BN untuk merampas semula negeri Cik Siti Wan Kembang itu gagal. Maka ditaburkan berbagai fitnah dan dilakukan pelbagai kejahatan dan kemuncaknya menafikan rakyat Kelantan dari menerima wang royalti minyak. Ekoran dari kezaliman Umno-BN ini maka negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas – di mana pemegang sahamnya adalah kerajaan persekutuan – di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu. Kerajaan negeri bertindak demikian terhadap Petronas akibat melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil dari minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu. "Kita akan tuntut wang royalti ini sehingga dapat," kata Tok Guru, menambah, "sekiranya gagal kita akan tuntut di akhirat. Lebih baik dia bagi semasa di dunia ini." Kelantan tuntut RM800 juta setahun Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dianggarkan bernilai RM800 juta setahun sejak 2005 dan jika dicampur jumlah itu sehingga tahun ini maka jumlahnya ialah sebanyak RM4.8 bilion. Tidak diketahui kenapa Tok Guru memilih bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan ini untuk memfailkan saman dan sejurus selepas itu, beliau dan rombongannya bergegas ke masjid yang berdekatan, Masjid Jalan Duta, untuk menunaikan solat hajat. Barangkali mesej yang hendak disampaikan oleh Tok Guru ialah "di hari baik dan bulan baik ini, hentikanlah dari melakukan kezaliman. Berilah hak kami!" Tetapi tindakan beliau ini dapat dikiaskan dengan unsur-unsur kehidupan di akhirat apabila beliau bercakap kepada para wartawan. Kata Tok Guru, "jika mereka masih menafikan hak rakyat Kelantan maka di akhirat nanti, mereka akan menerima padahnya. Pahala ibadat mereka akan diberi kepada orang-orang yang dizalimi. Jika pahala mereka habis maka dosa orang-orang yang dizalimi akan dilambakkan ke atas kepala orang-orang yang melakukan kezaliman." Dendam kesumat Umno-BN Apa yang alami oleh rakyat Kelantan ialah akibat dendam kesumat ekoran dari pemikiran politik sempit bagi menyeksa rakyat negeri itu kerana terus menerus menolak Umno-BN. Mereka tidak ada cara lain lagi melainkan dengan menafikan rakyat Kelantan dari mendapat pembangunan dan bantuan kewangan. Sifat yang buruk dan keji ini, jika kita teliti adalah tidak menghairankan kerana sebuah lagi negeri, Terengganu, juga dinafikan hak royalti minyak, walaupun diperintah oleh mereka sendiri. Menteri Besarnya Ahmad Said terpaksa membawa kes ini ke mahkamah dan berita terbaru menurut beliau, kerajaan persekutuan akan mula membayar royalti minyak (bukan wang ehsan) sebanyak RM1.6 bilion setahun mulai 2011, seperti laporan Bernama pada 28 Ogos lalu. Perkembangan ini adalah hasil dari janji bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengembalikan wang royalti kepada kerajaan negeri Terengganu pada Jun 2008. Rundingan di antara Petronas dan kerajaan persekutuan bermula pada September tahun yang sama. Pendirian Ahmad Said adalah jelas. Beliau berkata, "kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian atau menggugurkan tuntutan mereka melalui mahkamah sehingga mereka berpuas hati bahawa semua hak dan kepentingan rakyat Terengganu berhubung royalti minyak disebut dengan jelas dalam perjanjian. Kerajaan persekutuan mesti mengembalikan hak ini kepada rakyat Terengganu berdasarkan perjanjian asal." Apakah alasan mereka kali ini untuk memberi royalti minyak kepada Terengganu sedangkan kepada Kelantan tidak? Kalau dahulu, alasan yang diberi ialah kerajaan-kerajaan negeri tidak berhak mendapat royalti minyak sekiranya minyak dan gas ditemui lebih dari 3 batu nautikal dari pesisir pantai. Mereka sanggup mereka cipta berbagai alasan hingga memuatkan alasan-alasan itu di dada-dada akhbar media arus perdana semata-mata untuk membohongi rakyat dengan menafikan hak rakyat Kelantan sedangkan perjanjian telah dimeterai di antara kerajaan-kerajaan negeri (termasuk Sabah dan Sarawak) sejak PDA di wujudkan lagi. Survival politik Sebenarnya, krisis royalti minyak ini dapat diselesaikan tanpa diseret ke mahkamah sekiranya para pemimpin pusat mahu mengadakan rundingan dan mempunyai niat yang ikhlas untuk sama-sama mengecap kekayaan negara, demi kesejahteraan rakyat, dan bukan tertumpu untuk mengaut keuntungan peribadi dan mementingkan survival politik mereka sahaja. Bekas menteri kewangan berdarah raja, Tengku Razaleigh Hamzah, yang diamanahkan oleh perdana menteri ketiga, Tun Abdul Razak Hussein, untuk menggubal dan menandatangani perjanjian di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas berkata, "kalau saya masih Pengerusi Petronas, saya akan bayar wang royalti…….tidak perlu kecuh-kecuh." Jadi, keengganan kerajaan persekutuan membayar royalti minyak ini sebenarnya tidak bersandarkan kepada alasan yang kukuh melainkan kerana mempunyai sifat-sifat buruk dan keji yang disebutkan tadi hingga mendorong mereka melakukan penindasan dan kekejaman. Orang yang biasa hidup senang dan mewah sepanjang hayatnya biasanya tidak akan merasa keperitan hidup orang-orang susah dan miskin. Sebab itu Allah SWT mewajibkan umat Islam menjalani ibadah puasa dengan menahan diri dari lapar dan dahaga di siang hari supaya dapat mendidik akhlak yang terpuji. Ibadah puasa juga bertujuan untuk menghakis sifat-sifat keji tadi – iri hati, dengki, dendam, khianat, sombong, angkuh, tamak, adu dumba, fitnah dan lain-lain – agar sesuatu permasalahan itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan mudah. Jika tidak, ibadah kita (sebulan berpuasa) menjadi sia-sia! Ringkasnya, Kelantan dinafikan hak royalti kerana ia diperintah oleh PAS. Ia bukti bahawa UMNO BN tidak mengindahkan konsep federalisma yang termaktub di dalam Perlembagaan. UMNO BN perlu diheret ke mahkamah bukan sahaja kerana tidak membayar royalti tetapi juga kerana tidak mematuhi konsep federalisma tersebut. Dan akhir-kata, rakyat seluruhnya mengutuk perbuatan UMNO BN yang jahat itu, dengan doa semuga "laknatullah" ke atas kamu selagi kamu tidak mengembalikan hak itu kepada kerajaan negeri Kelantan. gb |
| ha ha ha...babi sondol berahim...i know what u did last summer.....!!!! Posted: 06 Sep 2010 09:27 PM PDT ![]() Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan. "Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya. Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di Kota Baharu. "Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di Kota Baharu hari ini. ![]() Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam. Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)". Malaysiakini |
| Posted: 06 Sep 2010 08:14 PM PDT Wajah2 Hina Islam. Mereka akan diambil tindakan? Siapa beri amaran kepada siapa? Tan Sri Muhyiddin memberi amaran terhadap mereka yang mempermainkan agama Islam. Najib juga mengarahkan supaya disiasat dan diambil tindakan. Siapa nak siasat siapa. Adakah Muhyiddin nak menghina Najib? Apakah tindakan yang akan diambil. Bagaimana pula dengan Tun Dr Mahathir. Yang ini lebih berat. Pernah blogger UMNO menyebut bahawa ISA sekarang sudah lama lapar tak makan orang. Berani ke Datuk Hisyamuddin mengapa-apakan para pemimpin UMNO. Sebab semua maklum orang yang paling kerap menghina dan membuat kenyataan memperlekehkan Islam serta syariatnya adalah pemimpin BN. Sudah menjadi wirid sehingga ke peringkat JKKK membuat penghinaan kepada Pas dan perjuangan Islam dengan menghina Islam itu sendiri. Kita pun heran macamana para ulama dalam UMNO boleh ikut, menjadi pak turut tanpa berani menegur dan menasihati para pemimpin mereka sendiri. Apakah kerana upah dan elaun menyebabkan mereka menjadi syaitan bisu. tetapi kalau orang lain dengan segera mereka memberikan fatwa. Lihat kenyataan kedua pemimpin ini dan lihatlah ucapan siapa yang pula yang menghina Islam. KUALA LUMPUR 4 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran bahawa individu yang terbukti mempermainkan agama Islam atau agama lain serta perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Tegas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tidak pernah bertolak ansur terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat, mengeruhkan hubungan antara kaum dan sekali gus menjejaskan keselamatan negara. Sehubungan itu katanya, kerajaan telah mengarahkan polis serta agensi penguat kuasa lain supaya bertindak segera dan tegas terhadap mereka yang terbukti melakukan perbuatan itu mengikut peruntukan undang-undang negara. "Dalam apa jua keadaan sekalipun kita tidak boleh membiarkan sesiapa sahaja baik orang Islam atau bukan Islam mempermainkan-mainkan soal agama kerana ia boleh memberi padah kepada negara. ![]() Siasat pihak hina Islam KUALA LUMPUR 10 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam seperti yang disiarkan di sebuah laman blog baru-baru ini. Perdana Menteri berkata, jika didapati ada asas, pihak terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata membangkitkan ketegangan di antara kaum. "Apa-apa pun kita ada undang-undang dan salah satu undang-undang itu adalah (Akta) Hasutan, dan hasutan ini bukan saja menghala kepada Islam tapi untuk semua agama dan kaum dalam negara kita. "Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan maka tindakan boleh diambil di sisi undang-undang hasutan. "Ini saya minta pihak berkuasa menyiasat dan sekiranya didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-undang ini maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapapun yang menyebabkan perkara yang boleh dikaitkan sebagai perbuatan hasutan," katanya. Kenyataan Pimpinan UMNO yang menghina Islam Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Kita lihat siapa yang dahulu hina Islam. Kenapa tidak disiasat dan diambil tindakan tegas. Kenyataan mereka mengguris hati umat Islam. 1. Penghinaan Tun Mahathir terhadap Islam - (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitive - Menghina dan memperleceh sunnah Nabi s.a.w."Siapa pernah tengok janggut Nabi. Masa zaman dia tak ada Gillette, itu sebab dia tak cukur janggut." Diucapkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi ketika membincangkan isu perlucutan jawatan Mufti Selangor dan bahaya fahaman Syiah. - Menghina amalan memakai purdah/bertudung. Kata mereka zaman nabi orang Arab punya nafsu kuat, suka culik dan rogol wanita, sebab itu mereka pakai tudung. Orang tua tak perlu lagi pakai, kerana orang tengok pun dah tak ada nafsu. - Mempersoalkan pejuang Islam yang mati syahid dalam ucapannya di Kuala Ketil suatu ketika dulu; "Sayyidina Hamzah yang gugur di Uhud tidak dimandikan kerana tidak ada air, kerana terkorban di tengah-tengah padang pasir". 2. Penghinaan Najib terhadap Islam - (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan" 3. Samy Vellu selaku Pengerusi MIC menghina Islam - Kenyataan berani beliau ketika cakap dalam satu ceramah di Sg Siput (Detik 15 Okt)., "Apa Quran boleh bikin lebuhraya ka?" 4. Islam Punca Rasuah dan Mundur...Presiden MCA "Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya," katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini. "Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam," katanya. 5. Zainuddin Maidin (Zam) samakan Islam dengan najis candu Zainuddin Maidin atau Zam telah menghina Islam apabila beliau menyamakan Islam dengan najis candu. Innaa lillaahi wa-innaa ilaihi raaji'uun. Zam telah dengan biadapnya berkata kalau mulanya agama telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan Terengganu, kini filem Bollywood turut juga menjadi candu kepada mereka. Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dibuat ketika beliau mengulas fatwa Majlis Mufti-Mufti berhubung dengan pengaruh buruk filem Bollywood. Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dilaporkan oleh Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001 dalam artikel oleh Wan Hamidi Hamid bertajuk "Two fears behind Bollywwood film row". Zam telah dilaporkan memberitahu Straits Times, Singapura: 'In Kelantan and Terengganu especially, men are glued to the TV set at the coffeshops for at least three hours, that's the normal length of a feature Hindi movie. First, religion has become an opium to the people in the east coast of the peninsula, now Bollywood movies are also becoming opium for them.' Diharapkan Mahyuddin dapat ambil tindakan kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dahulu yang menghina Islam. Jangan berkokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahik. Tetapi berani ke diambil tindakan terhadap pemimpin sekutu mereka. Yang pasti kalau selain UMNO nescaya cepatlah Kementrian Dalam Negeri dan Jabatan Agama mengambil tindakan tetapi jika pemimpin UMNO mereka hanya sekadar memekakkan badak sahaja. Rakyat Malaysia yang berugama Islam sepatutnya prihatin dan peka dengan arahan Allah SWT supaya jangan memilih mereka daripada menjadi pemimpin. Firman Allah dalam Surah Al Maa-idah ayat: 57:- يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu; orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan; (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman." Pengakuan Dato' Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS. Habis buat apa lagi pilih pemimpin ini dalam pilihanraya akan datang. Jadikanlah Pas sebagai penganti UMNO-BN dalam PRU-13 akan datang. InsyaAllah Islam akan dimartabatkan dengan lebih baik. ustsaifulbahri.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan