Khamis, 23 September 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


PDRM ADALAH DIBAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI. DAN SIAPAKAH MENTERI KEMENTERIAN TERSEBUT?

Posted: 23 Sep 2010 07:10 AM PDT

tcw4malaysia
.Telah beratus tahun PDRM, melaksanakan tugas dan tanggungjawap demi memastikan keamanan dan kselamatan Negara kita terjamin.
Namun, kritikan demi kritikan sama ada dari individu2 mahupun pertubuhan Politik dan NGO, kencaman yang amat keras dan, sepatutnya tidak harus menyalahkan PDRM sahaja.
Kita harus mengkaji dan belajar daripada kesilapan kenapa PDRM sering di persoalkan kewibawaan PDRM sejak kebelakang ini? Terutama sekali dalam mempersoalkan keselamatan warga Malaysia terdedahkan kepada jenayah begitu ketara sekali!

PDRM bukan lah satu badan bebas yang melaksanakan tugas harian berdasarkan kepada Akta Polis, Kanun Acara Jenayah dan berbagai bagai Undang2 dan Akta2. PDRM melaksanakan tugas hariannya dibawah payung payung Politik sebenarnya. Kenapa saya berkata sedemikian? PDRM ADALAH DIBAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI. DAN SIAPAKAH MENTERI KEMENTERIAN TERSEBUT? JAWAPNYA MENTERI ITU ADALAH SEORANG AHLI POLITIK! Kita kena faham selagi kita ini dikatakan sebagai MANUSIA! sifat berkepentingan pasti ujud. Pendek kata saya ambil RAMLI YUSOFF sebagai contoh, ketika beliau menyandang jawatan Pengarah Jenayah Perdagangan dan memberi nasihat supaya TAJUDDIN RAMLI dituduh membabitkan kes M A S. Disebabkan ada pihak ketiga, tiada tindakan diambil dan kes itu dimasukkan dalam strongroom dan senyap begitu sahaja. Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah PDRM?
Itu adalah salah satu daripada beribu2 kes yang mana pasti ada pihak ketiga yang menjejaskan tugas dan tanggungjawap PDRM dari dulu hingga kini, dan akan berterusan sekiranya sesuatu resolusi diambil.
Sepatutnya PDRM adalah Polis DIRAJA Malaysia. Apabila perkataan DIRAJA , PDRM hendaklah dibawah DYMM/PARLIMEN BUKAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI. Agar tugas dan tanggungjawap PDRM dapat berjalan dengan sempurna dan berkesan.
Bila kita memperkatakan jenayah sahaja, itu kerja POLIS. Bila diambil tindakan tegas, salahkan POLIS itu dan ini, amat tidak adil bagi PDRM yang harus menerima tekanan dan kritikan2 negatif dari berbagai2 pihak.
Kita harus faham, selagi PDRM dibawah Kementerian Dalam Negeri, adakah mana mana POLIS akan mendedahkan siapkah pihak ketiga yang ganggu tugas Polis? Pasti tidak ada, kecuali lah macam Musa Hassan, dah PENCEN baharu berani mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau lah POLIS yang masih berkhidmat dalam PDRM dan bertindak mendedahkan siapakah pihak ketiga yang ganggu tigas Polis. Tak naik pangkat, mesti kena berbagai2 kerena, seperti RAMLI YUSOFF.
Bukan sahaja PDRM, malah SPRM, ATM, KASTAM sepatutnya dibawah DYMM/PARLIMEN.

Dedahkan siapa pihak ketiga ganggu tugas polis

Posted: 23 Sep 2010 02:36 AM PDT

Oleh MOHAMAD SABU
Beberapa kali kenyataan parti-parti politik dan badan-badan NGO yang menyentuh tentang pasukan Polis Diraja Malaysia dalam soal tanggungjawab, keberkesanan melawan jenayah, kecekapan dalam menanggani sesuatu isu.
Kita melihat ada semacam perkara yang tidak kena cara pasukan polis Malaysia menjalankan tugas mereka. Polis dilihat tidak bebas dan kehilangan wibawa dalam usaha mereka untuk melaksanakan penguatkuasaan undang di Malaysia.

Pihak polis tidak dapat pamerkan dan jelmakan kewibawaan mereka dalam menjalankan tugas untuk menegakan keadilan melalui kedaulatan undang-undang dan dilihat adil tentang keadilan mereka.
Sudah terang lagi bersuluh, sudah melata apa yang tumbuh, segala perasangka sudah menjadi kenyataan dan pembuktian, apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, seminggu sebelum bersara mendedahkan bahawa ada campuran pihak ketiga menganggu tugas-tugas polis di Raja Malaysia.
Selama ini kami (parti politik dan NGO) menyatakan dan menegaskan bahawa dilihat ada campurtangan "asing"  dalam hal tugasan polis di Raja Malaysia.
Pengakuan dan penegasan Musa Hassan bahawa memang ada campurtangan pihak ketiga dalam urusan polis, amatlah berat kenyataan itu dan perlu diambil perhatian oleh semua pihak.
Pasukan Polis Di Raja Malaysia akan terus hilang kewibawaan dan penghormatan dari rakyat dengan kenyataan Musa yang masih di dalam tugas semasa kenyataan dibuat.
Satu pasukan khas bertaraf Suruhanjaya di Raja perlu dibentuk untuk menyelidik, menyiasat, dan menerangkan perkara sebenar sejauh mana campurtangan pihak ketiga dalam urusan Polis untuk menegakkan keadilan melalui undang-undang.
KPN bukan sebarang orang, ia bukan seorang sarjan sebuah balai, bukan pengetua sekolah, bukan ketua pembangkang di parlimen, atau pegawai kerajaan yang bersara tetapi jawatan dan kedudukannya sebagai orang nombor satu dan mengendalikan hal keselamatan di Malaysia.
Rakyat ingin tahu, siapa orang ketiga itu; adakah para pegawai di KDN, adakah pemimpin-pemimpin politik parti pemerintah Umno-Barisan Nasional, Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen?
Adakah orang ketiga itu tauke-tauke judi, mafia dadah yang kaya raya?
Semua persoalan keselamatan rakyat dan negara berlegar di kepala apabila ketua polis yang berwibawa membuat kenyataan sebegitu rupa.
Lebih dahsyat lagi apabila KPN terus melenting dengan mengatakan "kami bukan orang upahan". Sudah tentu upahan di sini tidak bermaksud dengan gaji bulanan dan elaun yang anggota polis terima di atas perkhidmatan mereka. Apa yang di maksud dengan "upahan" di sini.
Apakah ada peranan pihak ketiga sehingga pihak polis tergamak melakukan kepungan dan serangan.
Tentulah banyak persoalan timbul difikiran orang awam seperti saya.
Pembunuhan peniaga video, Mustakizah beberapa tahun dahulu, sampai sekarang tidak tahu hujung pangkalnya. Adakala polis tak dapat menyiasat dan membongkar pembunuhan itu kerana ada campurtangan pihak ketiga.
Pembebasan tauke-tauke dadah (mafia) yang ditangkap oleh polis, adakah ada campurtangan pihak ketiga.
Siapa yang menyediakan senarai tangkapan operasi Lalang, adakah pihak polis atau pihak ketiga.
Mengharamkan himpunan aman, ceramah-ceramah parti politik dilepaskan gas pemedih mata, ditangkap orang ramai dan penceramah, adakah diatas kehendak polis atau kehendak pihak ketiga.
Siasatan terhadap Anwar Ibrahim adakah kehendak dan ikut prosedur polis atau tunduk kepada pihak ketiga? Jangan ada pihak ketiga dalam siasatan kes pembunuhan Sosilawati.
Siapa pihak ketiga yang mengarahkan polis membunuh Altantuya seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Masakan polis bertindak sendiri jikalau tidak ada arahan pihak ketiga. Pihak ketiga mana yang mengarahkan dokumen mengenai peristiwa sebenar diselindung dari rakyat Malaysia.
Kejahatan pihak ketiga ini terhadap penduduk Memali sehingga mengorbankan 14 orang penduduk kampung dan 4 anggota polis. Siapa pihak ketiga ini?
Kewibawaan pasukan keselamatan khasnya Polis Di Raja Malaysia perlu dipulihkan. Kenyataan Tan Seri Musa Hassan (KPN) mesti diambil serius.
Suruhanjaya penyiasatan perlu dibentuk  untuk menyiasat secara menyeluruh untuk memulihkan wibawa polis.
Suruhanjaya memperbaiki prestasi polis yang telah selesai menjalankan tugas dan membuat segala rekomendasi untuk memperbaskan pasukan polis tidak memberi kesan selagi ada pihak ketiga yang lebih berkuasa dari polis-pihak ketiga memang lebih 'camca dari bubur.'

Baru Replika! Umno dah terkejut beruk. Kalau betul2 macamana?

Posted: 22 Sep 2010 11:36 PM PDT

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Riuh seantario apabila media memainkan isu bahawa kerajaan Pas Kelantan mendapat derma sebanyak 4 billion. Fuhhh banyak tu. 10 tahun memerintah Kelantan pun tak tahu dapat ke tak jumlah sebanyak itu. Gempar dibuatnya.
Bagi orang Pas memang tak masuk dalam kepala pun isu macam ni. Sebab kita tahu pendokong Pas yang menjadi tulang belakang adalah fuqara dan masakin. Kalau benar orang nak bagi derma pun, mereka buat sembunyi2. Yelahh! Ini kan kerajaan Malaysia. Umno-Bn bukan boleh senang tengok orang senang.. dengki le. Apatah lagi usaha untuk mencalarkan imej Tok Guru dan Kerajaan Pas di Kelantan berterusan.
Tetapi berita sebegini bagi orang UMNO.. terbeliak bijik mata. Sebab hidup mati UMNO ni dengan duit. Itulah nyawa mereka. Itulah zikir mereka siang dan malam. Malaysia dah licin jadi macam lapangan terbang ni kerana pemimpin UMNO saling sibuk berebut untuk menggondolkan harta rakyat le. Sebut duit .. ternganga le mulut mereka. Melelh air liuq. Masuk biawak dalam kerongkong pun tak sadar. Bukan sikit pulak tu.. 4 billion.
Hah.. sedang PR dok mempersiapkan diri menghadapi PRU-13. Bersiap menuju ke Putrajaya. UMNO pun dok bercawat-gotel nak mempertahankan survival mereka… alih-alih ada orang nak bagi duit kat Pas 4 Billion. Mana tidak terkejut beruk deme. Berhenti nafas kat halqum agaknya. Awal-awal mereka dok rasa kena siap kain kapan awal-awal. Kalaulah mereka berlawan dengan Pas selama ini berjuta mereka tabor, sedang Pas bersenjatakan air-liur berceramah kehulu kehilir menggalas speaker. Disokong bersama para pendokong yang ikhlas tidak berbayar tetapi berjihad bagi menegakkan islam diatas mukabumi ini… inikan pula kalau berduit berjuta malah berbillion. Baik pemimpin UMNO beli tiket awal-awal lari ke Australia.
Bukan main lagi hulubaya UMNO menyuruh supaya disiasat hatta ke lubang biawak siapa yang nak bagi derma tu. Apa ke berniaga syarikat IDA World Group Sdn Bhd (IDA World) tu. Siapa dia pemiliknya? Cepat-cepat supaya PDRM & SPRM menyiasat. Tak cukup itu dikerah juga Jabatan Hasil menyiasat syarilat tersebut bayar income-tax ke tidak?
Hihihi… nak tergelak pun ada. Itu baru replika. Kalau cek betul-betul macamana? Naik sawan kot!

Kelantan cuma dapat replika cek RM4 bilion

KOTA BHARU: Hanya replika cek dengan angka RM4 bilion, diserah kepada Kerajaan PAS Kelantan oleh syarikat yang mendakwa mendapat kebenaran membangunkan kawasan luar pesisir Pantai Geting, Tumpat dengan kos lebih RM300 bilion.

Nik Din Nik Mat yang juga adik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau terkejut apabila dijemput menerima replika cek berkenaan, sedangkan beberapa pegawai kerajaan negeri turut hadir pada majlis anjuran syarikat itu, Ahad lalu. Saya tidak tahu ada acara pemberian RM4 bilion itu kerana dijemput syarikat berkenaan hanya untuk menghadiri majlis makan. Syarikat berkenaan hanya menyediakan replika cek dan tidak menyerahkan cek sebenar. Saya diberitahu, wang terbabit hanya diserah apabila projek di Tumpat itu berjalan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ahad lalu, syarikat tempatan, IDA World Group Sdn Bhd (IDA World) mengejutkan pelbagai pihak apabila mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan di negeri ini.

Sementara itu, Nik Aziz menjelaskan, beliau dan kepemimpinan PAS Kelantan tidak tahu sumbangan RM4 bilion daripada syarikat tempatan itu.

Saya tidak tahu mengenai perkara itu dan setakat ini, pihak berkenaan tidak mengadakan pertemuan dengan saya mengenai pemberian itu. Sebagai ketua parti (PAS), saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini, hanya pagi ini saya mengetahui mengenainya, katanya selepas merasmikan Forum Model Baru Ekonomi (MBE) Merujuk Kepada Negeri Kelantan, di sini, semalam.

Teringat dulu bagaimana kerajaan Malaysia ditipu oleh seorang hartawan Lubnan yang nak berderma 1 billion bagi mewujudkan Hospital Kanser.

Utusan Malaysia; 16 jan 2006 `Hartawan' Lebanon Dr. Elie Yousef diberkas polis
KUALA LUMPUR 15 Jan. - `Hartawan' Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem yang mencetuskan kontroversi selepas hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna) akhirnya diberkas polis hari ini. Elie ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di kediamannya di Kondominium Villa Putra dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. Kata sumber itu, dia ditahan untuk membantu siasatan berkaitan beberapa kes penipuan yang dilaporkan kepada pihak polis. Sebelum ini, Elie yang mendakwa memiliki kekayaan bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion) menyatakan hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Makna.

PEMBUNUH SOSILAWATI DAPAT ILHAM DARI KES ALTANTUYA ?

Posted: 22 Sep 2010 08:28 PM PDT



Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Jika kita perhatikan ada ciri-ciri persamaan antara kes pembunuhan Altantuya dengan kes pembunuhan Sosilawati.
Apa yang jelas persamaan pertama bagi kedua-dua kes tersebut adalah kedua-dua mangsa adalah wanita. Kedua-duanya dari negara 2M- Mongolia dan Malaysia. Kekejaman penjenayah ke atas golongan wanita di negara ini boleh dilihat dari kes pembunuhan kanak-kanak dan remaja perempuan sehinggalah ke wanita dewasa sama ada wanita Malaysia atau wanita Monggolia.

Persamaan kedua adalah melibatkan isu motif pembunuhan. Berdasarkan laporan media massa nampaknya pembunuhan Sosilawati , sepertimana kes Altantuya, juga melibatkan unsur kewangan. Dalam kes Altantuya , kita dikhabarkan wanita dari Negara Genghis Khan itu sanggup datang ke Malaysia bagi mendapatkan duit komisyen penjualan kapal selam. Di dalam kes Sosilawati pula dikhabarkan ianya melibatkan urusan penjualan dan pembelian hartanah yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. Pokoknya kedua-dua kes pembunuhan itu melibatkan soal wang. Wang adalah simbol kuasa. Kerana kuasa orang sanggup membunuh .

Persamaan ketiga adalah modes operandi pembunuhan tersebut. Kita tertanya-tanya adakah mereka yang terlibat dalam pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain tersebut mendapat ilham dari kes pembunuhan Altantuya ?Mungkin tidak keterlaluan jika kita katakan mereka yang membunuh Sosilawati mendapat ilham dari kes pembunuhan Altantayu Sharibu

Bagi mendakwa seorang pembunuh, pendakwa perlu buktikan wujudnya mangsa yang dibunuh. Bagi membuktikan mangsa dibunuh, perlu dibuktikan kewujudan mayat yang yang dikatakan menjadi mangsa pembunuhan tersebut.

Modes operandi pembunuhan Altantuya adalah pertamanya melenyapkan segala bukti yang membolehkan mayat mangsa ditemui atau dikenalpasti. Oleh itu sekadar menembak Altantuya tidak mencukupi. Mayatnya perlu di"ghaib"kan dengan meletupkan tubuh badannya dan membakarnya sehingga menjadi abu. Dengan itu harapan untuk mengenalpasti mangsa akan menjadi terlalu sukar jika pun tidak mustahil.

Bukankah modes operandi yang sama juga kini diaplikasikan di dalam kes Sosilawati. Apa yang jelas sepertimana pembunuh Altantuya, pembunuh Sosilawati, siapa pun dia, memang berniat mahukan segala bukti yang membolehkan mayat Sosialawati dikenalpasti dilenyapkan . Maka atas dasar itu dikatakan oleh pihak polis, mayat Sosilawati telah dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai. Dengan membuang abu ke dalam sungai nampaknya pembunuh Sosilawati menambahbaik teknik pembunuhan yang dilakukan ke atas Altantuya. Jika nak kenalpasti Altantuya agak sukar kerana mayatnya sudah menjadi abu, maka usaha mengenalpasti mangsa dalam kes Sosilawati kini bertambah-tambah sukar kerana bukan sahaja mayat telah menjadi abu, abu mayat pun turut dibuang ke sungai.

Persamaan berikutnya adalah suspek yang dilibatkan dengan pembunuhan Altantuya dan Sosilawati juga melibatkan mereka yang mempunyai sumber kewangan yang agak lumayan. Dengan kata lain mereka adalah orang kaya. Dilaporkan di dalam akhbar antara suspek yang dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati adalah mereka yang bergelar Datuk dan mempunyai harta yang agak banyak. Harta dan kewangan adalah simbul kekuasaan. Kuasa boleh membeli pengaruh. Pengaruh pula, jika tidak dikawal, boleh membunuh.

Persamaan berikut mungkin ramai yang tidak perasan. Di dalam kes Altantuya, semasa Razak Baginda membuat permohonan bagi mendapatkan jaminan, beliau menyatakan di dalam afidavitnya bahawa beliau telah mendapatkan bantuan dari salah seorang anggota pasukan keselamatan yang dituduh bersama-sama beliau iaitu C/Inspektor Azilah Hadri yang diperkenalkan kepada Razak oleh DSP Musa Safri. Di dalam afidavitnya Razak menyatakan C/Inspektor memberitahunya bahawa beliau bertanggungjawab ke atas pembunuhan enam orang atau lebih dan beliau boleh menolong Razak.

Kini di dalam kes Sosilawati kita juga dikhabarkan suspek yang terlibat juga dikatakan pernah terlibat dengan kematian beberapa orang lain sebelum ini.

Persoalannya kenapa hanya selepas kes Altantuya timbul, barulah timbul berita kes pembunuhan enam orang yang dikatakan di bawah tanggungjawab Azilah .Siapakah enam orang tersebut yang dikatakan dibunuh oleh Azilah sehingga kini menjadi misteri.

Misteri yang sama juga timbul di dalam kes Sosilawati. Jika Sosilawati tidak dibunuh apakah terbongkar kisah kematian jutawan India dan beberapa individu yang lain yang dikaitkan juga dengan suspek di dalam kes Sosilawati. Jika kes Sosilawati tidak menjadi berita hangat di media massa adakah kes-kes lain itu akan juga disiasat atau disiasat secara terperinci dan didedahkan hasil penyiasatan kepada orang ramai ?

Persamaan yang terakhir antara kes Altantuya dan kes Sosilawati adalah kedua-dua kes tersebut berjaya merosakkan imej negara Malaysia. Dalam hal ini kita perlu ucapkan tahniah kepada Kerjaaan BN ! Ia menunjukkan betapa tidak selamatnya negara ini di pandangan negara dan orang luar. Jika Lee Kuan Yew pernah mengatakan suatu ketika dahulu negara ini tidak selamat kerana kadar jenayah yang tinggi bolehkah kita salahkan beliau ?


Tiada ulasan: