Pahang Daily Online |
- Pemilihan PKR Pahang 2010 , Calon Naib Ketua Cabang Indera Mahkota Pula Umum Tarik Diri !
- PAS Pahang Anjur Pengagihan Makanan, Risalah Serta Air Mineral Untuk Para Perantau Pulang Ke Kampung Masing-Masing Sempena Hari Raya Ini
- Makluman :: Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Isytiharkan Tarikh Hari Raya Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Ditetapkan Pada 10 Sept
| Pemilihan PKR Pahang 2010 , Calon Naib Ketua Cabang Indera Mahkota Pula Umum Tarik Diri ! Posted: 08 Sep 2010 09:18 PM PDT KUANTAN, 9 Sept - Pemilihan PKR Cabang Indera Mahkota pada 18 September semakin dihangatkan lagi, apabila seorang calonnya iaitu Ram Ponnusamy (foto), menarik diri. Beliau yang sepatutnya bertanding untuk jawatan Naib Ketua Cabang itu, menarik diri beberapa hari yang lalu. Surat penarikan dirinya telah dihantar kepada Ibu Pejabat PKR baru-baru ini. Difahamkan, dengan penarikan diri Ram maka perebutan jawatan untuk Naib Ketua cabang itu kini tinggal tiga penjuru antara Lee Chean Chung, Ravichandran a/l Krishnan dan Kasfian Kasmudin. Menurut Ram, beliau menarik diri untuk memberi laluan kepada calon laun bertanding dengan lebih selesa. "Musuh saya yang sebenarnya ialah UMNO BN, bukannya rakan-rakan dalam PKR sendiri. Saya juga kecewa kerena pertandingan di cabang ini memang penuh dramatik sekali berikutan jawatan Ketua Cabang yang disandang oleh Ahli Parlimen, YB Azan dicabar", katanya. "Saya terkilan, amalan demokrasi agak tercemar bila ada pihak yang menyerang secara peribadi terhadap calon-calon tertentu. Kenapa perlu ada laporan polis jika kita mengamalkan demokrasi?", kata Ram. Beliau mungkin menyentuh mengenai dua laporan polis yang telah dibuat oleh calon Timbalan Ketua, Kamarulzaman Mohamed Yunus dan calon Naib Ketua, Ravichandran terhadap Azan Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan baru-baru ini. Beliau juga berharap agar pertandingan dapat diadakan secara sihat dan berhemah. "Tidak perlu ada unsur tuduh menuduh, sepatutnya masing-masing menyatakan agenda untuk membangunkan parti di peringkat cabang. Kita tidak mahu, pertandingan ini nanti menimbulkan perpecahan, sedangkan pilihanraya umum akan datang sudah semakin hampir untuk kita lalui", kata Ram kepada krew PDO malam tadi.[Penarikan diri Ram Ponnusamy ini ada baiknya, untuk memberi laluan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan itu di cabang Indera Mahkota. Walau bagaimana pun ramai yang terkejut dengan keputusan tersebut, tambahan pula Ram dikataka berada dalam "Team A". Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi III, PKR Pahang dan mantan calon PKR untuk kerusi parlimen Bentong dalam Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. Sebelum ini Ram adalah Ketua Cabang Bentong sebelum membuat pertukaran ke Cabang Indera Mahkota. Apapun PDO ucapkan tahniah atas keberanian mempertahankan prinsipnya. Soalnya, apakah tindakan beliau itu sedikit melumpuhkan jentera kempen "Team A"?. Sebagai makluman Cabang Indera Mahkota dikataka yang paling panas di Pahang kerana Ketua Cabang itu YB Azan Ismail bakal ditentang oleh Setiausaha Perhubungan Negeri iaitu Razali Alias. Razali merupakan mantan calon DUN Indera Mahkota dalam pilihanraya umum 1999 yang lalu. Pemilihan cabang itu juga dihangatkan lagi dengan perkabaran YB Azan akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Raya dilokasi dan tarikh yang sama dengan pemilihan cabang itu pada 18 September ini]. |
| Posted: 08 Sep 2010 07:15 PM PDT ![]() KUANTAN, 9 Sept - Jabatan Amal Negeri Pahang dengan Kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar telah mengadakan program sumbangan pengagihan makanan, risalah dan air mineral kepada perantau-perantau yang akan menaiki bas pulang ke kampung halaman masing-masing. Program selama dua hari bermula 7 dan 8 Sept itu turut mendapat kerjasama Nisa' Kuantan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, lokasi pilihan ialah di Terminal Makmur Kuantan (terminal bas utama). Menurut pengarah program tersebut, Ustaz Rosli Abdul Jabar (foto), berkata bahawa program yang diadakan itu telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua syarikat bas terbabit. Disamping menghulurkan sumbangan, bacaan doa turut diadakan sebelum bas bertolak. Beliau turut mengucapakan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemuda PAS Kuantan, Paya Besar, Indera Mahkota dan Nisa' kerana turut hadir melicinkan perjalanan program tersebut. Krew PDO sempat berada dilokasi sekitar jam 10.30 malam tadi bagi meninjau keadaan disitu. Ternyata semua petugas yang terlibat amat gembira menjayakan program tersebut. Turut kelihatan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim dan Encik Aziz Ahmad (Timbalan YDP PAS Indera Mahkota). Program berakhir beberapa jam selepas itu. Pihak penganjur juga turut menyediakan sebuah khemah khas bersebelahan dengan stesyen teksi bersebelahan Terminal Makmur. Ustaz Fadhli hulur sumbangan raya , Ustaz Suhaimi bacakan doa (kanan) Petugas mengagihkan sumbangan untuk diberikan kepada perantau [Syabas dann tahniah diucapkan kepada semua petugas yang terbabit. Satu usaha yang cukup baik terutamanya menjelang perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini. Apa yang lebih menarik, aktiviti yang diadakan pada kali ini tidak dilakukan oleh UMNO seperti kebiasaannya. Ternyata kerja amal yang dilakukan itu juga dapat mengeratkan lagi sillaturrahim antara rakyat dengan parti PAS itu sendiri. Cuma dimasa akan datang, aktiviti tersebut perlu diperluaskan di kawasan yang lain pula untuk menjadi contoh dan tauladan kepada semua. Salam lebaran diucapkan kepada semua sahabat yang hadir dalam program itu]. Foto dari blog dppkuantan |
| Posted: 08 Sep 2010 11:11 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 9 Sept - Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat ini (esok), demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (foto) malam tadi. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010," katanya. Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. [Pahang Daily Online mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca yang beragama Islam dari seluruh dunia. Terima kasih atas sokongan anda terhadap blog panas dan sensasi ini. Alhamdulillah, beberapa hari lagi PDO akan mencapai hits pelawat ke angka 2 juta. Semua ini adalah atas perhatian para pembaca budiman. Teruskan sokongan anda kerana selepas ini banyak lagi berita panas dan sensasi akan disiarkan. Semuanya adalah bertujuan untuk menyedarkan rakyat tentang erti sebuah perubahan yang perlu bagi mereka dapat hidup lebih selesa pada masa akan datang. Salam lebaran]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan