Muslimeen United |
- Politik Dalam Kerajaan, Musa Hassan Perkuatkan Dakwaan Shafee
- Perutusan Eidul Fitri Presiden PAS
- Felcra: PAS belum dedah, Umno BN sudah cemas
| Politik Dalam Kerajaan, Musa Hassan Perkuatkan Dakwaan Shafee Posted: 07 Sep 2010 08:04 AM PDT
|
| Perutusan Eidul Fitri Presiden PAS Posted: 07 Sep 2010 03:44 AM PDT Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban. Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT. Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab. Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT. Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Selamat Menyambut Eidul Fitri. |
| Felcra: PAS belum dedah, Umno BN sudah cemas Posted: 07 Sep 2010 02:40 AM PDT
Mazlan juga menyangkal dakwaan Zambry bahawa pihaknya sengaja membuat tohmahan terhadap Felcra bertujuan menimbulkan kebencian peneroka terhadap Umno Barisan Nasional (BN) sebaliknya menegaskan mereka mempunyai bukti yang kuat untuk didedahkan. "Kalau mereka kata kita sengaja membuat fitnah dan tohmahan terhadap Felcra, sebenarnya saya sudah tegaskan beberapa kali kita punyai bukti dan selepas hari raya ini kita akan mendedahkan secara bersiri bukti-bukti yang ada pada kita," katanya. Dalam satu majlis di Sitiawan semalam, Zambry 'menasihati' peserta rancangan Felcra supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai 'dakyah dan tohmahan' terhadap Felcra yang didakwa giat dijalankan oleh PAS. Sebelum ini, Pengerusi Felcra Bhd, Datuk Tajuddin Abdul Rahman juga mendakwa PAS kini giat melancarkan "perang saraf" terhadap Felcra termasuk mengedarkan pelbagai risalah yang memburukkan agensi itu ke seluruh tanah rancangan Felcra. Tambah Mazlan juga, pemimpin Umno BN termasuk Tajuddin mula cemas dengan pendedahan yang dibuat pihaknya setelah melihat kejayaan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat pendedahan mengenai Felda. "Saya berpendapat bahawa bila kita mula dedahkan isu Felcra mereka rasa cemas sebab mereka tahu berdasarkan pengalaman kita dedahkan isu Felda yang membangkitkan gelombang di kalangan rakyat. "Mereka takut akan hadapi nasib yang sama dengan Felda dan bimbang segala penyelewengan yang dilakukan akan terbongkar," katanya lagi. Ujarnya, Umno BN tidak perlu takut berhadapan dengan tuduhan jika mereka tidak bersalah. "Mereka tdak perlu bimbang jika tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi bila mereka rasa bimbang saya kira isu ini mendapat tempat yang istimewa sama ada pada Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Tajuddin sendiri dan Zambry melatah kerana Felcra paling banyak di Perak," ujarnya yang juga pengerusi Anak. Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan satu lagi NGO iaitu Badan Bertindak Warga Felcra atau singkatannya (Bapa), Mazlan memberitahu, ianya akan dilancarkan secara rasmi selepas hari raya nanti. Pengerusi penaja NGO itu akan diamanahkan kepada Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria manakala ahli jawatankuasa dan pengerusi NGO itu akan diserahkan kepada peserta Felcra sendiri. "Selepas pelancaran Bapa kita akan mulakan siri pendedahan kita untuk kita buktikan apa yang kita cakap ini benar. "Tajuddin pernah cakap ini rekaan semata-mata tapi saya tegaskan ini bukan rekaan dan kita ada bukti dan akan dedahkan satu demi satu," katanya. Penubuhan Bapa adalah hasil himpunan warga Felcra di Changkat Lada, Perak pada 31 Julai lalu. -Hrkh |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis DiRaja Malaysia hingga menganggu struktur 'command and control' dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menafikan dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa pihaknya sedang mengedarkan risalah berunsur fitnah terhadap Felcra di kawasan penempatan peneroka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan