Selasa, 21 September 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Hmmm... Lantak komer ler

Posted: 21 Sep 2010 09:20 AM PDT


Penawar duka cita
Perkasa menyinga

Kunan pulak kata...

Apahal lak aku nak minta maaf??
Kita kan serupa...??
Penjaga kepentingan Melayu.
Dulu, kini dan selamanya...

Ngkorang dengan cara ngkorang
Aku... dengan cara aku

Ha... ha... ha... ha...!!

Yer ler tu. Lantak komer ler.
Gaduh!! Gaduh!! Gaduh!!

Ceritanya di sini

Ayoyo... Yenna dei Jenapala??

Posted: 20 Sep 2010 10:49 PM PDT


Baik si Fauzi Muda, mau pun si Jenapala... kedua-duanya sama saja. Tak habis-habis nak lempar 'najis' pada Parti Keadilan.

Berlagak macam masih lagi anggota PKR, tetapi... sebenarnya dah kena lempar buang. Seorang melempar buang dirinya sendiri, manakala seorang lagi dilempar buang kerana mengkhianati parti.

Seorang tubuh NGO untuk berperang dengan PKR and the other one, nak tubuhkan parti baru tapi tak menjadi. Sebab tu, la ni dia gila bayang, kononnya masih ada ikatan lagi dengan PKR.

Yang syiuk lagi... kedua-duanya buat press conference dakwa itu dan ini, bagi memburuk-burukkan PKR. Dey... apa sudah jadi?? Tarak malu ka, lu punya tembelang sekarang sudah pecah?? Baca sini dan sini

Tak ke giler babi si Jenapala ni?? Sudah tahu diri bukan lagi ahli parti, tetapi... ada hati kata dia nak jadi calon dalam pemilihan parti. Calon pulak tu, bukan sebarang calon.... Weh, dia ada hati nak jadi orang nombor dua, Timbalan Presiden parti!! Oooo..., don't play-play.

Kah... kah... kah... Seorang manusia yang berangan-angan besar!! Nak peluk gunung, tapi.. tangan tak tercapai, sebab dah kena cantas. Kesian kau, Jenapala.

Since, your tembelang dah pecah, maka syuuhhh.... syuhhh.... pi main jauh-jauh!! Jangan dok kacau rumah tangga orang.

Apa kata, you join Fauzi Muda punyer NGO dan lancarkan perang sama PKR??

Ha.. ha... ha.... Lawan Tetap Lawan!!

Liabiliti yang mesti dinyah pergi!!

Posted: 20 Sep 2010 07:53 PM PDT


Liabiliti!! Liabiliti!!
Is he?? Is he??
Yes.. he is a liability!!

Sandiwara sana sandiwara sini
Akhirnya nanti....
Malaysia yang akan rugi

Jadi, nak berbincang apa lagi??
Persepsi orang...
ini, sandiwara terkini.

Apakah Melayu nak ditipu berkali-kali,
oleh pemimpin yang satu ini??
Pemimpin yang kini menjadi liabiliti??

Bawa kes ke Mahkamah dunia
Itu cuma alasan, untuk menjustifikasi...
satu perbuatan yang amat keji.

Negara rugi... dia tak peduli
But... tolong jangan hebah, jangan dedah
About the Monggolian lady and me.

What happened di sana...
kononnya, Singapura ada bukti..
Aha, gambar she and he!!

Isy... betul ke ni??
Banyak rakyat tak punya sangsi
Itulah yang mereka percayai dan mereka yakini!!

Itu... antara excess baggage,
sang Perdana Menteri...
yang kini menjadi liabiliti

Kedaulatan negara terancam kini
Lepas satu... satu...
Milik negara terlepas pergi

Pemimpin penakut pasti melutut
Akibatnya....
sempadan negara semakin kecut

Apakah kita nak berdiam diri??
Oh, tidak!! Tidak sekali-kali...
Pemimpin yang jadi liabiliti, mesti pergi!!

PRU13 nanti...
Pastikan UMNO/BN mati
Sebab mereka sudah jadi liabiliti!!

Aha... liabiliti. Tak boleh simpan lagi.
Rugi... Rugi... Rugi....
Maruah negara tak boleh dijual beli!!

Aduh.... bahaya mereka ini.
Mahukah kita berputih mata dan gigit jari??
Akibat pemimpin durjana ini??

Lebih baik nyahkan mereka saja.
Maruah negara terpelihara...
Rakyat pula aman sejahtera!!

Sumber ilham dari sini.

Jangan sangka ayor tenang tak mandang buaya

Posted: 20 Sep 2010 06:18 PM PDT


Fuiyo.... BN Perak konfiden giler yang rakyat Perak sudah berada di belakang mereka semula. Kata si Ramli Zahari, BN mampu raih 35 kerusi dalam PRU13 nanti.

Kononnya juga.... MB Mahkamah mereka telah berjaya meniupkan roh 1Malaysia Najib di negeri Perak. Lantas ia semakin popular dalam kalangan rakyat Perak.

Fuuhh... Power punya ayat-ayat bodek!! Bodek 2 in 1. Najib dibodek dan MB Mahkamah pun dia bodek. Sah.... dia ni kaki bodek!! Manalah tahu kot-kot dapat jadi MB. Jaga-jaga Zambry... bodeknya pada Najib tu ada makna.

Tak kisah ler... Itu hak dia nak membuat ramalan berdasarkan analisis yang dia buat dan feedback yang dia peroleh. Pada pandangan mereka, keadaan di negeri Perak la ni dah tenang. nak tahu cerita lanjutnya, baca sini.

Well... air yang tenang, jangan disangka tak ada buaya. Air jer tenang... Buaya tak mengelupor mencari mangsa. Sebaliknya.... demer diam dan menganga jer, menunggu masa yang sesuai untuk ngap kamu orang!!

Sabor yop sabor!! On your mark.... Get set... but, GO jangan lagi. Tunggu dulu for the right time.

Bior Yop bior!! Biorkan demer senorok dulu. PRU13 nanti, bior demer mengelupor dan akhirnya tumpor!!

Ater, kalau dah konfiden bebenor, sahut ler cabaran MB Rakyat kume dan bubarkan DUN segera. Tengok, sapa yang tumpor?? Komer atau keme??

Ada berani??

Orang Cina pilihlah aku

Posted: 20 Sep 2010 10:04 AM PDT



Ismail Sabri Yaakub ni bukan ke bapak kepada... isy, apa ke nama budak tu??

Aha... Yes, Dafi. La ni dah jadi artis selepas masuk Akademi Fantasia... kalau tak silap aku la.

Hai mentang-mentang ler anak dah jadi artis, si bapak pun terikut-ikut sama pulak. Perumpamaan Melayu dah terbalik kot dah....

Kalau dulu, bapak borek anak rintik.... kini, anak borek bapak pulak rintik!! Dunia dah akhir zaman. Anak pulak jadi role model pada bapak. Anak jadi artis, bapak pulak yang over-gelitis!!

Siakap senohong... aku cakap tapi tak bohong. Bukti ada di atas tu. You all play ler dan tengok sendiri. Kalau dah tengok pun, play lagi...

Woit, Ismail Sabri Yaakup!! Itu Rumah Terbuka 1Malaysia ka?? Ini mesti ada apa-apa. Cer dengar lirik lagu tu betul-betul. Bunyinya...

I want nobody nobody but you..

Semua tu ada makna. Ha... ha.. ha... Kempen pilihan raya sudah bermula, maa. Para penarinya pulak dalam kalangan masyarakat Cina. Ini pasti ada niat tersirat dalam majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan oleh Ismail Sabri.

Cer kita ubah lirik jadi macam ni....

Oh Cina... Oh Cina.... pilih aku

Betul tak telahan aku. Ini mesti dia kempen awal-awal agar orang-orang Cina pilih dia sebagai MP Bera sekali lagi dalam PRU13 nanti.

Cemarkan Aidil Fitri, cemar pi la. Dia peduli apa?? Asalkan dapat jadi MP sekali lagi sudah... Sambut Aidil Fitri cara Islam, tolak ke tepi. Janji dia dapat bodek dan pikat hati masyarakat Cina untuk undi dia. Orang Melayu ni, especially dari mazhab UMNO, MP depa hina Islam ke, hangpa kerat depa 14 bahagian ke... depa tetap akan pangkah UMNO/BN.

Sungguh pun begitu, harap-harap, peristiwa ini akan bukak mata orang Melayu, akan sikap dan perangai tak semiak para pemimpin UMNO. Buruk perangai depa ni....

Oleh it, jangan bukak mata jer... tapi minda pun kena bukak sama. Mata bukak, minda bukak dan pakai akai, baru ler kot, Ismail Sabri Yaakub ini boleh dikiokkan sebagai ahli Parlimen.

Apa-apa pun, ini adalah contoh bukti bertapa tak prihatinnya MP UNMO/BN terhadap sensitiviti agama, masyarakat Melayu. Eeee... MP Melayu-Islam pulak tu!!

Tiada ulasan: