Isnin, 13 September 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Apa tunggu lagi?? Kejor Yop Kejor!!

Posted: 12 Sep 2010 11:00 PM PDT


Syabas DAP kerana mendahului senarai parti politik yang paling ramai mendaftar pengundi baru. UMNO di tempat kedua, diikuti PAS dan tercorot sekali ialah PKR.

Weh.... apa sudah jadi dengan PAS dan PKR?? Masih dibuai mimpi??

Aaalooo... assalamulaikum... sudah-sudahlah tu bermimpi. Bangkit segera!! Pi buat kerja. Kerja kuat-kuat sikit. Apaaa daa....!!

PKR jangan terlalu sibuk dan excited ter-over dengan pemilihan parti. Nanti... apabila pilihan raya tiba, tak ada orang pulak yang nak mengundi parti. Yang rugi.... parti!! Gigit jari nanti.

Pemilihan parti.... pemilihan parti jugak, tetapi.. mendaftarkan seberapa banyak pengundi juga satu kerja yang amat penting. Tanpa pengundi.... siapa yang nak mengundi hangpa. Ini tidak.... sesemuanya sibuk memanjang pasal hal pemilihan pemimpin parti. Dari yang hat di atas, sampai ler ke akar umbinya.... sibuk memanjang. Yang nak buat kerja penting untuk parti dan yang boleh membantu parti untuk menang pilihan raya, tak dak!! Kalau DAP dan UMNO boleh buat, why not you all??

DAP dapat daftar sebanyak 55,321 pengundi, UMNO pulak sebanyak 54,872, PAS...38,618 orang, dan PKR.... 13,098 orang.

Alahai, sedihnya aku!! PAS dan PKR... not good enough. Macam mana nak tawan Putrajaya, kalau macam ini gayanya!! Berangan Mat Jenin ler komer.... Cita-cita mesti disertakan dengan usaha yang gigih. Kalau macam ni ler.... lupakan saja angan-angan nak tawan Putrajaya. Buat orang ketawa terbahak-bahak jer. Cita-cita tak serupa usaha!!

PAS dan PKR jangan mengharapkan DAP jer buat kerja. Buat malu kompeni jer. Weh... sebagai rakan kongsi dalam satu gagasan, mesti ada team work. Barulah boleh menjadi!!

So.... PAS dan PKR, apa tunggu lagi?? Moooove!!

Sumber dari sini.

UMNO jerut leher sendiri!! Meh tengok...

Posted: 12 Sep 2010 10:03 AM PDT

Berikut adalah salah satu tajuk berita dalam Sinar Harian. Nah.... ini dia:

"UMNO seolah jerut leher sendiri"

Apabila baca tajuk berita tersebut, teringat pulak pada inkues kematian Teoh Beng Hock. Kata mamat DPP yang mewakili SPRM... Teoh cekik dirinya sendiri.

Teoh cekik dirinya sendiri?? Ha.. ha.. ha... Itu tak masuk akai langsung!!

Tapi... kalau Sinar Harian kata, UMNO jerut @ cekik dirinya sendiri, sekiranya ia menolak kerjasama dengan Perkasa, itu amat munasabah. Very-very masuk akai sesangat. UMNO and Perkasa are separable Siamese twins. Ibarat irama dan lagu. Seandai, hilang salah satunya, maka akan pincanglah ia. Pincang sehingga sanggup jerut leher sendiri beb!!

Jadi, tak mustahillah, jika UMNO dikatakan jerut dirinya sendiri tanpa Perkasa.

Kah... kah... kah.. kah... Kira macam UMNO bunuh diri la tu!!!

Macam mana UMNO jerut @ cekik dirinya? Macam gambar di bawah sini. Meh tengok...

Kah... kah... kah... kah...

Lawak tersohor abad ini!!


Cerita tentang UMNO seolah jerut leher sendiri ada di sini. Bacalah!!

Tiada ulasan: