Khamis, 2 September 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sampai Hati.... Sampai Bila

Posted: 01 Sep 2010 08:01 PM PDT


MasyaAllah... comelnya kamu!!

Bayi ini bernasib baik kerana berjaya dijumpai awal. Kalau tidak.... tak tahulah apa akan terjadi padanya. Apakah dia akan jadi kaku dan tak bernyawa seperti kebanyakan bayi-bayi yang lainnya, nauzubillah ler.

Siapalah si ibunya?? Sampai hati dan tergamak dia meninggalkan anak yang telah dikandung dan dilahirkan secomel ini, sebegitu rupa??

Tak der langsungkah rasa sayang...??
Tak der langsungkah rasa kesian...??
Tak der langsungkah rasa insaf...??

Kemanakah hilangnya rasa keibuan dan rasa peri kemanusiaan yang Allah SWT berikan?? Inilah akibatnya kalau terlalu mengikut nafsu ghairah syaitan!! Berani buat tapi tak berani memikul tanggung jawab. Sebijik perangai UMNO!! Sebab tulah agaknya masa UMNO/BN memerintah, gejala ini banyak berlaku. Allah SWT nak tunjuk, kot??

Wallahu'alam ler. Namun.... banyak sangat persoalan yang masih belum terjawab berkaitan kes seumpama ini. Dan, jalan penyelesaian kepada masalah ini pun, masih belum jelas kelihatan?

Sampai bila, perkara seumpana ini akan terus berlaku??

Sumber gambar dari sini. TQ

Kerajaan Ikut Pungkoq!!

Posted: 01 Sep 2010 06:02 PM PDT


Kerajaan 1Malayisa yang kini diterajui Najib Razak mendapat pelbagai nama jolokan. Ada yang panggil mereka kerajaan 'Copycat' dan ada yang gelar mereka kerajaan Ciplak. Hari ini, aku nak bagi satu lagi gelaran kepada mereka.... Kerajaan Ikut Pungkoq!!

Ramai yang dakwa kerajaan yang dok ada la ni, bangkrap idea. Tak dak idea untuk melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kebajikan rakyat. Tak dak idea nak improvise kebajikan rakyat. Yang depa tau... dera rakyat!!

Sebab tu, apabila pihak pembangkang melaksanakan sesuatu pembaharuan atau mengambil langkah untuk kesejahteraan rakyat.... later on, mereka akan ikut or shall I say, tiru. Mula-mula mereka kutuk dan kritik kita... but then, dengan muka tak malu, mereka tiru apa yang kita buat. Kalau depa tak tiru.... depa susah, rakyat marah!!

Mereka ni, senang sangat kita nak 'baca' dan keadaan ini sudah menjadi satu kelemahan mereka. Aha... kelemahan yang kini dimanipulasi oleh pihak pembangkang. Yang untung... rakyat!! Bijak.... bijak. Bijak sungguh pihak pembangkang.

Sebab itu... Guan Eng bukak langkah awal dengan mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak RM400 kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang. Smart move... because he knows Najib will follow suit. Kerajaan Ikut Pungkog ler katakan. Guan Eng kentut pun dia akan ikut. True enough..., tak lama lepas tu, Najib pulak umum RM500 bonus kepada penjawat awam kerajaan.

Tapi Naiib tak sedar.... dalam ghairah dia mengikut pungkoq Guan Eng, dia sebenarnya telah termasuk ke dalam perangkap Pakatan Rakyat.

Semalam, Khalid Samad telah mula buat bising mempertikaikan pemberian bonus raya RM500 oleh Najib. Weh.... dulu lu cakap kelajaan talak luit. Kalau talak talik balik subsidi, Malaysia boleh bangkrap. So... lu olang talik balik sabsidi kepada lakyat berjumlah RM750 juta. Cikalang... lu olang kasi bonus, sama satu kali berjumlah RM900 juta.

Haiyoo... banyak manyiak ooooo. Mana lu olang mau angkat itu luit?? Boleh sikit kasi tau ka?? Wah... lu olang manyiak pandai konar-konar cakap aaa..!! Talik RM750... kasi RM900?? Talak masyiuk akai maaa.. Lu kasi explain...??

Ha... ha.. ha... ha... Sekarang kita tengok, macam mana mereka nak konar cakap pulak?? Apa pulak alasan mereka kali ini?? Aaaa.. pasai temberang dan kelentong, itu kepakaran depa.

Apa-apa pun, nampak tak bertapa bijaknya para pemimpin Pakatan Rakyat?? Starategi serampang dua mata. 2 in 1 beb!! Rakyat dapat duit raya dan at the same time, Najib termasuk jerat. Fuuhhh.... pasti dia akan tercungap-cungap nak menjawap pertanyaan si Khalid Samad. Kita tengok apa dia nak kelentong pulak kali ini...

Kah... kah.. kah...kah.. Kerajaan Ikut Pungkoq masuk perangkap!!!

Refer sini dan sini.

Tiada ulasan: