Isnin, 27 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


"Saya perlu tabah" - Rita Anak Sosilawati

Posted: 27 Sep 2010 04:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Kalau saya menangis, adik saya lagi akan menangis. Saya perlu tabah dan kental untuk bersama-sama (adik-beradik) menerajui syarikat," kata anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari ketika menjawab persoalan kenapa dia tidak pernah dilihat bersedih selepas kes pembunuhan kejam ibunya.


TENANG...Rita kelihatan tenang ketika menjawab soalan yang dikemukakan Azlan Idris dalam temubual program Kerusi Panas Radio di Bernama, semalam. Erni Dekritawati yang lebih dikenali sebagai Rita, 25, berkata, dia perlu kuat dan bersemangat meneruskan legasi perniagaan peninggalan ibunya selain memberi kekuatan kepada lima lagi adiknya.

"Kami sekeluarga sekarang sedang menerima kenyataan, bukan tak sedih, tapi saya mesti pandang ke hadapan dan meneruskan niat ibu saya yang mungkin hanya separuh jalan, saya akan habiskan kemahuannya," katanya dalam temubual menerusi program Kerusi Panas di Radio 24 di frekuansi 93.9 FM di Bernama di sini, semalam.

Dalam temubual lebih sejam itu, Rita turut ditanya sama ada dia mampu menerajui perniagaan ibunya di usia masih muda, berdepan dengan persaingan syarikat lain, saman terhadap bapa tiri yang juga penyanyi, Nash termasuk status keakrabannya dengan penyampai berita Bernama-TV, Zulkifli Bujang.
Rita yang tenang dan tersenyum ketika menjawab beberapa soalan termasuk daripada pemanggil dilihat lebih selesa menjawab soalan berkaitan perniagaan berbanding peribadi.

Dia turut memberitahu adik bongsunya yang berusia 13 tahun juga tabah menghadapi dugaan kehilangan ibu mereka kerana sudah diajarnya termasuk bagaimana berdepan sebarang pertanyaan daripada rakan sekolah.

"Setiap kali dia pulang dari sekolah, dia memberitahu ramai rakan bertanya dan dia sebenarnya sudah boleh menerima kenyataan kehilangan ibu kami sebagai ketentuan Tuhan," katanya.

Mengenai saman ibunya terhadap Nash, Rita berkata, perkara itu akan diputuskan selepas dia berbincang dengan adik beradik lain.

"Hubungan saya dengan dia (Nash) baik, tetapi mungkin itu (saman) permintaan terakhir ibu kerana dia bersungguh-sungguh, tetapi perkara itu biarlah kami putuskan menerusi perbincangan sesama keluarga," katanya.

Rita juga meminta orang ramai tidak memandang rendah keupayaannya di usia muda dalam meneruskan perniagaan ibunya kerana dia yakin mampu berdikari kerana sudah mendapat tunjuk ajar daripada ibunya.

"Saya disokong adik-beradik yang ramai termasuk staf kerana seorang saja yang masih bersekolah. Saya akan mempelbagaikan lagi bidang perniagaan menjurus kepada sektor hartanah, kenderaan, perhotelan butik dan spa," katanya.

Dia bagaimanapun keberatan menjawab status hubungannya dengan Zulkifli yang turut menemaninya di konti kerana menurutnya perkara itu tidak sesuai ditonjolkan buat masa sekarang.
Rita menyatakan rasa kecewa dengan laporan segelintir media yang disifatkan membuat spekulasi terutama membabitkan aset syarikat dan keluarga mereka.

"Saya sendiri tidak tahu aset syarikat dan mungkin meminta nasihat peguam jika ia berulang. Perkara itu tidak perlu didedahkan kerana ia mengancam keselamatan kami sekeluarga," katanya. - Metro

Surat Terbuka pada Reezal Merican

Posted: 27 Sep 2010 07:21 AM PDT

27 SEPT — Encik Reezal Merican,

Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut.

Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda Umno begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.

Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi:

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.

JAWAPAN:

1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti social.

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.

Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.

Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!

Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti Umno, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!

Sekian dimaklumkan, terima kasih. "MALAYSIAN FIRST". Berkhidmat untuk rakyat.

* Loke Siew Fook adalah Ketua Pemuda Sosialis DAP dan Ahli Parlimen Rasah.

Wang Ihsan P. Pinang : Reezal hipokrit

Posted: 27 Sep 2010 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pemuda Sosialis DAP mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mempersoalkan skim wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi sebagai buta maklumat dan hipokrit.

Ketua Pemudanya Loke Siew Foo berkata, buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Loke berkata, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

"Pada masa ini, kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi.

"Namun kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial," katanya.

Selain itu kata beliau, kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

"Saya yakin Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh Reezal," katanya.

Soalan beliau di Dewan Rakyat pada 9 Jun lalu berbunyi "sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian."

Kata beliau, untuk maklumat Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh kerajaan persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu.

"Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya.

"Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari.

"Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan Reezal," katanya.

Oleh itu kata beliau, untuk pengetahuan Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh Reezal.

"Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan Reezal," katanya.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Reezal sehari sebelum itu sebagai "satu pembohongan".

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian. - TMI

PRK Galas : PAS sedia hadapi pilihanraya

Posted: 27 Sep 2010 05:30 AM PDT

KOTA BARU, 27 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, petang ini.

Sambil menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan bagi PAS, Mursyidul PAS itu berkata beliau akan berlepas ke kediaman Adun itu di Gua Musang pada 9 malam ini untuk menziarahi jenazah Adun berkenaan.

Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.

"Saya mendapat tahu mengenai kepulangannya ke rahmatullah selepas asar tadi melalui anggota Exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, yang berada di hospital ketika itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini hari ini.

Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara.

"Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya," katanya.

Di RANTAU PANJANG, Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berkata Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin muda yang berwibawa dan banyak berjasa kepada rakyat khususnya di kawasan Gua Musang.

"Kita harap keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan Ilahi sebagai satu ujian," katanya.

Di GUA MUSANG, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham - TMI

Suspek Utama kes Sosilawati antara peguam yang disiasat JSJK Bukit Aman

Posted: 27 Sep 2010 03:14 AM PDT

Aduan transaksi tanah Sosilawati antara 290 kes disiasat
September 27, 2010KUALA LUMPUR, 27 Sept — Kes penjualan dan pembelian tanah di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang dikendalikan peguam yang disyaki suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ialah antara 290 kes membabitkan peguam yang dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Timbalan Pengarah JSJK Datuk Noryah Md Anvar berkata polis sedang menyiasat kes-kes jenayah komesil itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk membabitkan kes penipuan penjualan tanah dan rumah.

"Kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan affidavit serta pecah amanah," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.

Difahamkan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang hasil jualan sebidang tanah bernilai RM29 juta di Pulau Pinang milik Sosilawati bersama dua lagi rakan kongsi.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama, selaku peguam dan bertindak sebagai broker, berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 12 September lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Ketika ditanya siasatan kes tanah itu, Noryah enggan mengulas lanjut dan berkata akan memaklumkannya kepada media jika terdapat perkembangan terkini.

Beliau berkata sehingga kini, 35 peguam telah ditahan di seluruh Negara membabitkan penipuan penjualan tanah termasuk seorang peguam berusia 50 tahun yang ditahan pagi ini kerana terbabit dalam kes penipuan tanah bernilai RM15 juta.

"Peguam itu ditahan di rumahnya di Sunway pada pukul 8 pagi ini kerana dipercayai terlibat dalam penipuan penjualan tanah di Kuala Lumpur.

"Dia akan dituduh di mahkamah hari ini," katanya.

Noryah berkata daripada 35 peguam yang ditahan itu, 10 orang adalah di Selangor, lapan di Johor, empat orang masing-masing di Kedah dan Kuala Lumpur, tiga orang masing-masing di Perak dan Negeri Sembilan, dua di Melaka dan seorang di Pulau Pinang.

"Mereka berjawatan profesional, sangat licik dan menggunakan kepercayaan serta harapan yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan mereka dengan menipu.

"Kebanyakan kesalahan ialah memalsukan dokumen termasuk geran tanah sehingga pejabat tanah mempercayai tindakan mereka itu," katanya. — Bernama

ADUN Galas meninggal dunia

Posted: 27 Sep 2010 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept - Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru di sini petang ini.Allahyarham Che Hashim, 48, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.25 petang, kata Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Hussin Embong kepada The Malaysian Insider.

Ia akan membuka ruang kepada pilihan raya kecil yang ke-12 dan kedua di Kelantan sejak pilihan raya umum 2008.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga mengesahkan perkara itu.

"Saya baru balik dari menziarahi beliau dan ketika sedang minum berhampiran pejabat PAS, tiba-tiba menerima panggilan daripada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Taqiyuddin Hassan... baru 10 minit tadi saya terima panggilan," kata beliau.

Beliau berkata, Allahyarham kemungkinan akan dikebumikan esok.

Che Hashim telah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu untuk rawatan barah usus.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nasuruddin Daud dipetik Bernama berkata, "saya ada menelefonnya dua hari lalu dan memaklumkan bahawa beliau kini berada di ibu negara untuk menjalani rawatan."

Ini merupakan kali ketiga Che Hashim dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan barah ususnya itu sejak mendapat rawatan di China.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi. - TMI

hahaha ... mai ramai2 hentam Madet macam orang2 Kelantan ni

Posted: 26 Sep 2010 11:10 PM PDT

KOTA BARU, Sept 27 — The Kelantan public have questioned Tun Dr Mahathir Mohamad's Islamic credentials after the former prime minister labelled the state's popular mentri besar as a religious sell-out for working with non-Muslims.

On Saturday, Dr Mahathir accused Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat of jeopardising PAS's Islamic philosophy for political expediency, saying the party's spiritual leader was not above interpreting the Quran in ways that went against Islamic teachings.

The ex-premier's claims, however, have been dismissed by some in the state's capital, who instead questioned his credibility as an Islamic authority.

Osman Ahmad, 55, said Dr Mahathir should understand Islam before talking about the religion.

"I want to ask him first, what does he know about the religion? He is a medical student, so how can he talk about the religion? You must first know about the religion before talking.

"Anyways, anybody talking about religion must always refer to the teachings before making a decision. Since he does not know anything about the religion, that is why he can say whatever he wants," he told The Malaysian Insider.

Osman (left) added that he believed the accusations made against Nik Aziz were baseless.

"What he said against Nik Aziz cannot be used. All of it are baseless accusations. For me, he is only talking nonsense because he was only using his head. So I think it is better if he keeps silent instead of saying something worthless," said Osman.

Another Kota Baru resident, Mazlan Omar (right), accused Dr Mahathir hypocrisy in his attacks on PAS's spiritual leader.

"Back then, what were the things that he allowed when he was the prime minister? Everything that is forbidden in Islam was allowed by him. I think that [if] he can differentiate between right and wrong, then why did he allow things that are forbidden in Islam when he was ruling?

"He only wants to take care of his image. That is why he made the false allegations because nobody cares what he has to say since he retired," said the 32-year-old shop keeper.

In Saturday's attack, Dr Mahathir had condemned Nik Aziz's willingness to forego the party's Islamic principles in order to appease the DAP.

"Race has been push aside and religious practice relaxed so that they can co-operate with those that are clearly the enemies of Islam. This is the result of politics from someone who is too eager in becoming the government," he said in his first visit to Kelantan on Saturday, four years after he was sprayed with a chemical irritant at Sultan Ismail Petra Airport in Pengkalan Chepa.

Yusof Abdullah, 60, defended Nik Aziz and said the PAS icon has always made his decision based on Islam.

"I do not think that Nik Aziz would do something like that. This is because all of his actions have been based on the religion. After all, his is a religious man and I feel that the allegations against him are excessive and false.

"I will only believe [Dr Mahathir's claims] if there is evidence. I am very disappointed with the allegation made by the former prime minister," said Yusof.

Newspaper vendor Zariah Ismail said the false allegations were only damaging Dr Mahathir's image and not Nik Aziz.

"Don't make the accusation if it is not true because it will only bring down his image as the former prime minister. I only ask of him to talk based on facts and not because he wants to tarnish Nik Aziz's image," said the 53-year-old.

Yesterday, PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said it was Umno — which was led by Dr Mahathir for 22 years — who had compromised Islam for political expediency.

"Umno has failed to fulfil its responsibility. As a result, the Malays that obtained a large majority in election failed recognise the role of Islam as the religion of the federation," said the Marang MP.

Nik Aziz also denied yesterday that he was willing to compromise religion for power and stressed that he only continuing to lead the state at the behest of the party leaders.

"Year after year, term after term, the party wanted me to continue as the MB of Kelantan," he said. - TMI

Tiada ulasan: