MIMPI SENJA |
- Suspek Utama kes Sosilawati simpan 2 wanita asing tanpa dokumen perjalanan sah
- Wang Ihsan : Serangan terbaru umNO terhadap P. Pinang
- Kehilangan ahli perniagaan India : Wanita dari Tamil Nadu mengaku isteri
- Kawan Sosilawati - pengasas Aveer Kosmetik - dijumpai mati tergantung
- "Saya sayangkannya dan hubungan kami erat macam pasangan lain ..." : Suami Sosilawati
- Kehilangan Jutawan India : Dua suspek direman 7 hari
- Kehilangan Jutawan India : Suspek kedua ditahan
| Suspek Utama kes Sosilawati simpan 2 wanita asing tanpa dokumen perjalanan sah Posted: 18 Sep 2010 08:20 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR - Peguam K. Patmanaban yang tahanan remannya dilanjutkan sehingga 25 September ini didapati menyimpan dua pekerja wanita warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Dua wanita terbabit ialah seorang wanita warga Indonesia dan seorang rakyat Filipina berusia lingkungan 30-an. Kedua-dua wanita itu dipercayai diambil bekerja oleh Patmanaban sebagai pembantu rumah yang menguruskan semua kerja rumah di ladang ternakan ayam dan kambing di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. Ladang Gadong ialah lokasi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya dibunuh. Tugas kedua-dua wanita itu termasuklah melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan membasuh pakaian semua pekerja ladang selain membantu menguruskan adik Patmanaban dan Patmanaban sendiri. Mereka juga dibayar gaji namun belum diketahui berapa jumlahnya. Difahamkan, kedua-dua wanita itu diambil bekerja di situ kerana isteri dan anak-anak Patmanaban tidak tinggal di rumah ladang tersebut, sebaliknya menetap di rumah lain di Puchong. "Kita percaya pembantu Indonesia yang berbadan gempal, rendah dan berkulit sawo matang serta wanita warga Filipina yang berketinggian 150 sentimeter dan berkulit cerah itu mula bekerja dengan Patmanaban sejak ladang itu dibuka di antara dua hingga tiga tahun lalu," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. - Kosmo |
| Wang Ihsan : Serangan terbaru umNO terhadap P. Pinang Posted: 18 Sep 2010 08:09 PM PDT KEPALA BATAS, 19 Sept — Kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat menafikan dakwaan pihak tertentu termasuk Pemuda Umno bahawa pemberian wang ihsan kepada warga emas RM100 setahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia datangnya daripada hasil judi.Kerajaan negeri juga menganggap ia sebagai muslihat terbaru Umno untuk menyerang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas gagal dalam isu khutbah bulan lalu. Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata, pemberian wang tersebut adalah hasil pendekatan jimat cermat yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat sejak mula Mac 2008. "Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta. "Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa," katanya. Justeru Ng yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri berkata, dakwaan yang dilemparkan Ketua Penerangan Pemuda Umno semalam adalah satu tohmahan dan fitnah yang amat merbahaya bagi meracuni pemikiran rakyat khususnya orang Melayu di negeri itu. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar berkata demikian pada ceramah isu semasa anjuran PAS kawasan Tasek Gelugor di Taman Telok Air Tawar Indah, Seberang Perai Utara malam tadi yang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah. Semalam Ketua Penerangan Pemuda pusat Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia menerusi program Penghargaan Warga Emas menggunakan wang dari sumber judi. Reezal juga berkata dakwaan tersebut telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang hati segelintir penerima wang tersebut, khususnya yang beragama Islam. Beliau menegaskan bahawa pihaknya bukan menuduh kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk melaksanakan program penghargaan warga emas sebaliknya hanya mahu penjelasan berhubung dakwaan itu bagi menghilangkan keraguan. Ng yang juga Setiausaha Pemuda DAP Pulau Pinang turut melahirkan kekecewaan beliau dengan tindakan melampau Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam meraih sokongan dengan membuat andaian dan tuduhan sedemikian. "Sebenarnya Umno dan BN semakin hilang taring mereka. "Atas kesedaran inilah, maka mereka mencuba pelbagai muslihat untuk memberi imej yang buruk terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang," kata beliau. Ng menambah, Umno beranggapan bahawa apabila orang Melayu terpengaruh dan terpedaya dengan perangkap mereka maka DAP, PAS dan PKR akan dilabelkan sebagai parti yang melampau dan tidak patut diberi sokongan menjelang pilihan raya umum yang akan datang. "Ini adalah antara taktik dan strategi politik yang mereka rencanakan bagi memerangkap Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. "Tapi saya optimis rakyat tidak lagi boleh diperdaya oleh Umno dan BN setelah melihat kejayaan kepimpinan Pakatan di Pulau Pinang," ujar Ng. - TMI |
| Kehilangan ahli perniagaan India : Wanita dari Tamil Nadu mengaku isteri Posted: 18 Sep 2010 07:50 PM PDT KLANG: Kehilangan ahli perniagaan India A Muthuraja bertukar menjadi sebuah kisah dramatis apabila terbaru, seorang guru sekolah berumur 36 tahun di India mendakwa dirinya sebagai isteri Muthuraja yang sah. S Ramalakshmi dari Tirunelveli, Tamil Nadu, berkata wanita berumur 24 tahun yang datang ke Malaysia dan melaporkan kehilangan Muthuraja pada 8 Sept, bukanlah isteri ahli perniagaan itu yang sah. Dalam laporan itu, S Usharani berkata Muthuraja itu ialah suaminya. Muthuraja, yang dikatakan sebagai jutawan, lesap setelah datang ke Malaysia untuk bertemu dua rakan peguam yang telah ditahan berkaitan dengan pembunuhan hartawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Ramalakshmi tidak mempunyai anak dengan Muthuraja, 37. Menurut Ramalakshmi, yang bercakap dari Tirunelveli, ikatan suami-isteri antara dia dan Muthuraja terjalin melalui satu perkahwinan yang dibuat secara teratur. "Muthuraja dan saya berkahwin pada 2001 dalam satu upacara besar-besaran di Chennai serta dihadiri ramai pembesar dan ahli politik," kata guru sekolah rendah itu ketika dihubungi di India, Sabtu. Ramalakshmi berkata walaupun hubungan dia dan suaminya renggang untuk jangka masa tiga tahun, masih terdapat kemungkinan untuk mereka berdamai. "Bapa mentua saya memberitahu apa yang berlaku terhadap kami bakal diselesaikan selepas kepulangan suami saya dari Malaysia," katanya. Ramalakshmi berkata dia tidak berjumpa suaminya selama tiga tahun sehinggalah kira-kira seminggu sebelum kunjungannya ke Malaysia pada Januari. "Saya berjalan ke sekolah dan dia yang memandu kereta ketika dalam perjalanan ke estet yang terletak tak jauh dari tempat saya mengajar telah melewati saya. "Kami tidak bercakap tetapi dia senyum kepada saya," kata Ramalakshmi sambil teresak-esak. Dia berkata Muthuraja sering membuat lawatan panjang ke Rusia dan Malaysia sejak mereka telah berkahwin atas tujuan perniagaannya. "Walau tidak selalu bersama sepanjang masa dan sebelum hubungan kami menjadi renggang, dia akan selalu kembali semula," katanya. Dia juga memberitahu Muthuraja pernah membawa dua kenalan peguamnya untuk acara makan di rumah bapanya di Tirunelveli kira-kira lima tahun lepas. Diminta mengulas tentang apa yang berlaku sekarang ini, Ramalakshmi berkata: "Terdapat satu kemungkinan besar yang suami saya telah terlibat dalam hal dan aktiviti yang menjadi persoalan ini. "Dia tidak perlu kembali hadir kepada saya atau mengakui saya. Saya hanya mahu suami hidup." - mStar |
| Kawan Sosilawati - pengasas Aveer Kosmetik - dijumpai mati tergantung Posted: 18 Sep 2010 05:48 PM PDT ![]() GEORGE TOWN: A close friend of cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya, who is suspected to have been murdered along with three others recently, was found dead in her bedroom in Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, yesterday. Sarina Jaafar, 45, the founder of Aveer cosmetics, was found about 8.30am by a relative, who had rushed to her house after receiving a call from her. At the time of the incident, Sarina was alone at home. It was learnt that prior to the incident, Sarina, who was believed to be under stress, had called her relative to tell her that she was going to hang herself. As soon as her relative arrived at her home with one of her children, she found Sarina already dead, hanging from the ceiling. She immediately took the body down. Seberang Prai Tengah district deputy police chief Superintendent Mohan Singh said they received a call from a woman informing them about the incident. When police arrived at her house, Sarina's body had already been taken down. Her remains were sent to Seberang Jaya Hospital for post-mortem. Sarina, who has four children, aged between 16 and 24 from her first marriage, was a successful entrepreneur. She married a second time five years ago. Meanwhile, Sarina's son Mohd Azrul Affendi Zakaria, 24, who rushed home from Kuala Lumpur, said he was informed of his mother's death by his younger sister. Azrul, who believed his mother could have been under stress, said she told him recently that she had been hearing voices calling out to her from her father's grave. "My mother was a loving person and never failed to look after our well-being. I last met her on Friday and advised her to be careful with her business after the recent murders. "The murder of (Datuk) Sosilawati affected my mother as both were close friends and had known each another for a long time as they were in the same business line." Azrul, who will be getting married in January, said instead of his wedding dinner, he now has to hold a kenduri for his mother. Sarina was buried at the Bukit Minyak Muslim cemetery yesterday - NST |
| "Saya sayangkannya dan hubungan kami erat macam pasangan lain ..." : Suami Sosilawati Posted: 18 Sep 2010 05:36 PM PDT 'Bukan niat saya sembunyi daripada media'KUALA LUMPUR: "Biasanya jika berlaku kematian ada jasadnya, ada kuburnya tetapi kami cuma ada bahan bukti mengaitkan dengan kematiannya...bayangkan perasaan kami sekeluarga dan bagaimana kami mahu menerima hakikat ini," kata suami jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, yang mahu pembunuhan kejam isterinya menerima hukuman setimpal. Ahli perniagaan berusia 48 tahun yang meminta nama dan gambarnya tidak disiarkan, berkata kejadian tidak diduga itu menyebabkannya pilu kerana tiada jasad dapat membuktikan isteri sudah meninggal dunia. "Saya masih terkejut dengan kejadian yang menimpa Wati. Saya sayangkannya dan hubungan kami erat seperti pasangan lain dan tidak perlu saya gambarkan kepada umum. "Anak juga amat sedih. Wati ibu penyayang dan sangat mengambil berat soal anak," kata beliau yang mengenali isterinya lebih 10 tahun lalu atas urusan perniagaan sebelum menikahinya. Sosilawati, 47, yang juga pengasas empayar produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammed, 38. Mereka diikat, dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat dibakar dan abunya dibuang ke sungai di Tanjung Sepat, Morib pada 30 Ogos lalu. Mengingat detik terakhir bersama isterinya, ahli perniagaan yang muncul pertama kali membuat kenyataan media itu, berkata beliau keluar bersama Sosilawati ketika menghantarnya menghadiri perbicaraan mahkamah pada 26 Ogos. "Wati menggunakan telefon sepanjang perjalanan tetapi saya tidak tahu dengan siapa beliau bercakap. Daripada butirannya, beliau meminta bayarannya dipercepatkan, dipercayai mempunyai kaitan dengan pen-jualan tanah miliknya sebab beliau pernah meminta pandangan saya mengenai urus niaga itu. "Saya mengingatkannya berhati-hati dan tidak ditipu kerana mengesyaki sesuatu tidak kena dalam urus niaga berkenaan. Ini semua sudah maklumkan ketika dipanggil memberi keterangan oleh polis untuk membantu siasatan," katanya. Katanya, selepas pertemuan itu beliau tidak lagi menemui isterinya dan hanya berkomunikasi melalui telefon, dengan panggilan terakhir diterima kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos. "Pada 30 Ogos, Wati menelefon saya antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari tetapi sekadar perbualan biasa suami isteri. Menjelang 10 malam, saya menerima panggilannya tetapi apabila dijawab tidak kedengaran apa-apa suara. Saya menghubunginya semula tetapi tidak dijawab. "Memang saya tidak terlintas langsung perkara buruk akan berlaku ke atasnya sehinggalah anak perempuannya menghubungi saya bertanyakan di mana ibunya," katanya. Beliau berkata, setakat ini mereka masih menunggu keputusan rasmi ujian DNA ke atas semua bahan bukti, termasuk barangan peribadi yang ditemui di tempat kejadian sebelum mengambil tindakan seterusnya. "Terima atau tidak (keputusan) itu soal lain, yang penting kita tunggu keputusan. Semua pihak harus menghormati pendirian waris untuk mengadakan ujian kedua di luar negara. Jika kedua-dua keputusan sama, saya reda dengan pemergiannya dan kita harus melakukan apa yang sepatutnya sebagai seorang Islam," katanya. Beliau yang juga rakyat Malaysia berketurunan Indonesia turut menjelaskan bukan niatnya mahu bersembunyi daripada media selepas kes itu terbongkar, sebaliknya tidak mahu dikenali dan meminta kehidupan privasinya dihormati. "Selepas kes ini terbongkar, masyarakat tertanya-tanya status saya... siapa suami dia (Sosilawati) dan ke mana saya menghilang. Timbul macam-macam spekulasi sedangkan saya masih di dalam negara dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes ini, termasuk menyalurkan maklumat berkaitan. "Saya berdiam diri dan tidak mengeluarkan kenyataan media kerana tidak mahu mengganggu proses siasatan. Saya mengikut prosedur sepatutnya, malah pertemuan bersama Berita Minggu diatur, menjelaskan status saya bagi mengelak salah faham," katanya. Pertemuan itu turut diatur selepas beliau mendapat keyakinan mengenai perkembangan terkini siasatan, selain atas nasihat pihak tertentu. "Kepantasan polis menyelesaikan kes ini amat dihargai. Saya turut menghargai keprihatinan rakyat Malaysia, sama ada yang terbabit secara langsung atau tidak dalam kes ini hingga pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan," katanya - BH |
| Kehilangan Jutawan India : Dua suspek direman 7 hari Posted: 18 Sep 2010 10:41 AM PDT ![]() SEPANG: Mahkamah Majistret Litar di sini, Sabtu membenarkan permohonan polis untuk menahan reman dua suspek kes ugut isteri seorang jutawan India yang dilaporkan hilang di Banting, di sini sejak awal tahun ini. Majistret Hurman Hussain membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S.Usharani, 24. Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1juta yang kononnya bagi membebaskan suamninya, Allal Kathan Muturaja. Jutawan berumur 34 tahun itu dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini.Kedua-dua lelaki itu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi dan perintah reman itu dikeluarkan kira-kira sejam kemudian. - BERNAMA |
| Kehilangan Jutawan India : Suspek kedua ditahan Posted: 18 Sep 2010 08:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Police picked up just after midnight Saturday the second suspect in the case of the millionaire from India who went missing in Banting, Selangor, this year. The 21-year-old man was held in Kampung Laksamana, Batu Caves, near here at 12.15am, Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar said in his Facebook page. The arrest comes in the wake of the arrest of the first suspect, a 34-year-old man, in Taman Wilayah, Selayang, yesterday evening. The businessman, identified as Allal Kanthan Muthuraja, was reported missing after he had flown in from Chennai, India, on Jan 18 for a meeting with a lawyer friend in Banting. Muthuraja's wife, S. Usharani, lodged a police report in Banting on Sept 8 after learning of the murder of cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya and three men near Banting. The two suspects are believed to be linked to a lawyer who is the prime suspect in the murders of Sosilawati, 47, her driver Kamaruddin Shamsudin, 44, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, and CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, in Ladang Gadong, Tanjong Sepat, near Banting. Sosilawati and the three men went missing on Aug 30 after they had gone to Banting over a land deal. Police found out that they were killed, their bodies burnt and the ashes thrown into rivers near Ladang Gadong, and picked up eight suspects, among them two lawyers - Malay Mail |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan