MIMPI SENJA |
- Tahlil dan doa selamat di rumah Datuk Sosilawati
- TERKINI -11.30am Selasa - dari rumah Datuk Sosilawati
- Lanjutan kes Sosilawati : Polis buka semula fail 9 kes lama
- Teori pembunuhan Sosilawati : Antaranya Sosilawati mahukan wangnya kembali selepas didapati ada unsur penipuan
- Kes Sosilawati : Mangsa disembelih sebelum dibakar
- Kes Sosilawati : Penahanan suspek utama ada kaitan dengan dakwaan bekas KPN - Mahfuz
- Kes Sosilawati : Apakah suspek utama ada hubungan dengan PDRM? - AMK
- Jurugambar dan pemberita ditahan polis dilokasi pembunuhan Sosilawati
- Kes Sosilawati : Noorhisham patut sambut harijadinya hari ini
- Kes Sosilawati : Saya makan bersama suspek utama pada 8 Sept lalu - Datuk T Murugiah
- 5.10ptg Isnin - Di hadapan rumah Datuk Sosilawati
- Tahanan ISA terbaru - GMI dan Suaram kecam tindakan KDN
| Tahlil dan doa selamat di rumah Datuk Sosilawati Posted: 13 Sep 2010 10:15 PM PDT Antara yang menyertai majlis tahlil dan doa selamat buat Datuk Sosilawati Shahrizat memeluk anak kepada pemandu Datuk Sosilawati.Anak Datuk Sosilawati - serba putih Sidang akhbar dilperkarangan rumah DatukSatu majlis tahlil dan doa selamat telah di adakan oleh Pergerakan Wanita Umno Malaysia di rumah hartawan Datuk Sosilawati pada jam 11.30 tghari tadi. Kira-kira 500 ahli pergerakan tersebut dari seluruh negara telah menghadiri majlis yang diketuai oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil. Semasa sidang akhbar yang diadakan diperkarangan kediaman hartawan tersebut, Shahrizat mengakui bahawa Datuk Sosilawati bukan lah salah seorang dari ahli pertubuhan tersebut tapi walaubagaimanapun dia (Sosilawati) banyak membantu dan selalu bekerjsama dengan pergerakan tersebut. "Pergerakan Wanita Umno mengucap takziah kepada keluarga Datuk atas kejadian ini" kata Sharizat. Sambil memngucapakan syabas dan terima kasih kepada pihak polis, beliau meminta agar polis teruskan siasatan dan membawa sesiapa saja yang terlibat kemuka pengadilan. "Ini adalah satu 'wake-up call' pada semua. Adalah menjadi tanggung jawab bersama untuk membenteras jenayah. Rakyat Malaysia tolak budaya gengstariam" kata Shahrizat lagi. Beliau selanjutnya berharap agar pihak polis dapat menyelesaikan siasatanya (kes ini) secepat mungkin dan jika sabit kesalahan biarlah dikenakan hukuman yang paling maksima. |
| TERKINI -11.30am Selasa - dari rumah Datuk Sosilawati Posted: 13 Sep 2010 08:38 PM PDT Satu majlis tahlil dan doa selamat Pergerakan Wanita UMNO kini sedang berlangsung. Hampir 100 orang ahli pergerakan tersebut hadir pada majlis ini yang di ketuai oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil. Pertama kali kami dibenarkan masuk kedalam rumah Datuk Sosilawati untuk mengambil gambar majlis yang sedang berlangsung. Gambar-gambar dan berita lanjut menyusul. |
| Lanjutan kes Sosilawati : Polis buka semula fail 9 kes lama Posted: 13 Sep 2010 06:10 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Sept — Polis dilaporkan sedang menyiasat dan membuka semula fail sembilan kes lama — yang mirip modus operandi pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengiring beliau yang disahkan mati kelmarin. Siasatan awal polis menunjukkan kesemua mereka dibunuh dan kesan mayat dihilangkan menggunakan cara yang sama. Akhbar The Star hari ini melaporkan, kesemua yang dilaporkan hilang setakat dikaitkan dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan berhubung kes Sosilawati. Kebanyakan kes lama membabitkan peguam. Kedua-dua adik-beradik berkenaan dikatakan suspek utama kes empat mangsa terbaru ini yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir meninggalkan Kuala Lumpur 30 Ogos lalu. Kelmarin, polis berkata pihaknya sedang menyiasat empat kes lama yang dilaporkan tahun lalu termasuk membabitkan seorang warganegara India ekoran pengakuan daripada suspek yang ditahan. Akhbar The Star memetik Ketua Polis Pulau Pinang Timbalan Pesuruhjaya Datuk Wira Ayub Yaakob melaporkan, pihaknya akan membuka kes pembunuhan melibatkan seorang peguam R Thinakaran yang mati dibunuh pada 27 Julai 2009, peguam sivil kanan Datuk S.P. Annamalai pada 6 November 2007, peguam Chew Sien Chee, 39, pada 2 Mac 2000, peguam jenayah S. Pathmanathan, 29 pada 19 Oktober 1997 dan Triptipal Singh, 60 pada 15 Oktober 1992. Akhbar itu juga berkata polis sedang menyiasat laporan orang hilang sepanjang tempoh 36 bulan lalu tetapi kebanyakan aduan dibuat tidak cukup bukti yang kukuh. Laporan New Straits Times pula melaporkan kesemua empat mangsa terbaru mati selepas mereka dikelar oleh pembunuh mereka. Sosilawati dikatakan menemui peguam-peguam terbabit untuk mendapatkan semula wang pendahuluan berhubung urusan jual beli sebidang tanah di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang telah gagal. Sosilawati dijanjikan wang yang mencecah jutaan ringgit itu akan dipulangkan tetapi perlu menemuinya di firma mereka di Banting. Bagaimanapun peguam adik-beradik berkenaan dikatakan terkejut apabila mendapati Sosilawati datang bersama pegawai bank dan peguam sedangkan mereka menjangkakan Sosilawati hanya akan datang bersama pemandunya. Mereka sepatutnya mengadakan pertemuan di firma peguam tetapi disebabkan pejabat tutup mereka bertemu di ladang ternakan yang terdiri daripada kemudahan mewah dan canggih. Kesemua empat mereka dikatakan dibunuh pada hari yang sama. Laporan sebelum ini menyebut mereka dipukul sampai mati dan kemudian dibakar. Sementara itu, Berita Harian menyebut, senjata berbentuk cangkuk diguna untuk membunuh Sosilawati sebelum dibakar. Akhbar itu melaporkan perkara tersebut didedahkan oleh seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut. Akhbar yang sama juga melaporkan bahawa 'ladang maut' itu yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dipercayai dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah. Pusat penternakan itu juga mempunyai chalet dan rumah kelab yang dipercayai lengkap dengan bar dan sistem hiburan canggih termasuk bilik karaoke. Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar. Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Selain Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Mengenai motif kejadian tragis itu, Bakri berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati. Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati. Malah menurut Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu. - TMI |
| Posted: 13 Sep 2010 05:40 PM PDT BANTING: Police have not recovered the money that cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya had taken with her to Banting for the meeting with the lawyer brothers who allegedly masterminded the quadruple murders. CID director Datuk Seri Bakri Zinin told The Malay Mail this morning that investigations were still underway to determine if the suspects had taken any money from her. Sosilawati's daughter, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, had claimed that her mother carried a huge amount of cash for the Banting meeting. According to reports, Sosilawati had about RM4 million in cash on her when she made the trip with her lawyer, financial adviser and chauffeur on Aug 30. Various theories abound over what transpired before the four were killed. One version has it that Sosilawati wanted her money back after she learned about alleged fraud involving the land in Penang she had planned to buy. Another speculates that the lawyers, one of whom is a Datuk, got angry with her when she did not bring along the agreed amount. Sosilawati, 47, her driver Kamaruddin Shamsudin, 44, CIMB Kampung Baru officer Noorhisham Mohammad, 38, who also her financial adviser, and lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, were then held against their will. Later, in the poultry farm, owned by 41-year-old Datuk, they were beaten to death, set ablaze and had their ashes including small bone fragments scattered in a river near Ladang Gadong in Tanjong Sepat near Banting. Bakri said today that Marine police divers combed Sungai Panchau in Kampung Kanchong Laut and scooped several bone fragments. Bakri said so far, only Sosilawati's watch, several pairs of shoes and other items, which he declined to elaborate, were recovered at the poultry farm where the gruesome killings occurred. He confirmed reports that one of the four missing persons, whose cases emerged in the wake of the murders, was an Indian national who went missing a year ago. He is believed to be a multi-millionaire businessman from Chennai, India. The four had disappeared after separate business dealings with the lawyer brothers turned sour. Statements given by some of the eight suspects to police that the brothers were involved in several other kidnap-murder cases brought the four cases to light. The family of Indian national had come looking for him here when they suddenly lost contact with him. The family had lodged a missing person's report. Bakri said there was no need to contact police in India about the case because it happened here and fresh investigations would be initiated. Meanwhile, The Malay Mail's observations at the scene this morning showed police still maintained a tight perimeter around the area. Plantation workers entering the estate were subjected to strict checks; they had to produce their MyKad and had the details recorded before being allowed to enter. CHRONOLOGY Aug 30 –Datuk Sosilawati Lawiya, 47, her driver Kamaruddin Shamsudin, 44, her personal lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, and CIMB Kampung Baru branch bank officer Noorhisham Mohammad, 38, were believed to have gone to Banting to negotiate a land deal. Sept 5 – Missing-persons reports lodged by family members of the four. No ransom demands had been received. Sept 6 – Following a public tip-off, police discover Sosilawati's BMW M5 at a car park in Pangsapuri Angsana, USJ 1. Ahmad Kamil's BMW 525i was also discovered on the same day in front of Grand Dorsett Hotel, Subang Jaya. Both cars were properly parked and had no visible damages. Sept 11 – Bukit Aman forensic team blocked access to the Ladang Gadong farm in Tanjung Sepat. Media members camp outside the cordoned area all night, following rumours police had discovered burnt bodies of the missing four at the site. Sept 12 – Police confirmed the arrest of eight suspects - including a 'Datuk' lawyer and his brother, also a lawyer. Police said the suspects admit to bludgeoning the victims to death, burned their bodies and scattered the ashes at a river. |
| Kes Sosilawati : Mangsa disembelih sebelum dibakar Posted: 13 Sep 2010 04:11 PM PDT BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam. Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu. "Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan. "Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut," katanya. Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat. "Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu. "Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu," kata sumber itu. Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan. "Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan" katanya. Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini. Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang. Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam. Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah. Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah. Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh. Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun - HM |
| Kes Sosilawati : Penahanan suspek utama ada kaitan dengan dakwaan bekas KPN - Mahfuz Posted: 13 Sep 2010 03:35 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept - Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini. "Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati (gambar) dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?" kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini. Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, pihak polis perlu memberi penjelasan terperinci status laporan yang dibuat terhadap suspek utama yang kini dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati sepanjang tahun lalu. "Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India. "Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini... apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu," kata beliau. Mahfuz menambah, apakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru ini tidak berlaku dengan suspek akan kekal bebas. "Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu," kata beliau lagi. Dua orang peguam adik-beradik termasuk seorang yang bergelar "Datuk" yang dipercayai menjadi "dalang" kejadian pembunuhan Sosilawati dan tiga mangsa lain yang dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai. Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu. Seorang jutawan dari Chennai, India dikatakan pernah terlibat dalam perniagaan usaha sama dengan adik-beradik berkenaan. Mengikut laporan media, ahli perniagaan berkenaan dikatakan telah dipujuk agar datang ke Malaysia tahun lalu dan menyewa sebuah rumah di Bandar Sungai Emas, Banting. Ahli perniagaan itu dilaporkan kelihatan bersama adik-beradik berkenaan selama beberapa bulan sebelum hilang. Pada Februari lalu, keluarga ahli perniagaan berkenaan datang ke Banting tetapi tidak dapat berhubung dengannya. Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis tetapi tidak ada perkembangan selepas itu. Semalam polis mengesahkan pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi selepas dilaporan hilang sejak awal bulan ini. Sosilawati kali terakhir dilihat berada di Banting pada 2 September lalu ketika membeli kerepek. Termasuk adik-beradik itu lapan orang ditahan setakat ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar. Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Selain Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Mengenai motif kejadian tragis itu, Bakri berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati. Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati. Malah menurut Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu. Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka. Dalam kenyataannya, Mahfuz menambah, penahanan suspek utama ini juga ada kaitan dengan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang berkata, polis tidak harus dikenakan tekanan dalam menjalankan tugas dan operasi mereka. "Apakah ini menandakan apa yang diperkatakan oleh Musa adalah betul, di mana polis menerima tekanan daripada pihak atasan," katanya. Musa memberikan kenyataan itu beberapa hari sebelum bersara semalam. Dalam pada itu, kenalan rapat Sosilawati menganggap peristiwa tragis dan kejam yang menimpa jutawan kosmetik itu sebagai sesuatu yang sukar diterima. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang merupakan rakan serta jiran Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata selagi DNA tulang yang ditemui belum mengesahkan ia adalah Sosilawati, selagi itulah beliau masih berharap ada harapan untuk melihat rakannya itu pulang. "Saya masih berharap akan berlaku keajaiban dan sehingga belum dapat dipastikan saya tidak menganggap dia telah menjadi arwah," katanya ketika mengunjungi keluarga Sosilawati hari ini. Beliau berkata penduduk di sekitar Taman Harmonis yang prihatin atas apa yang menimpa Sosilawati telah membuat solat hajat sejak beliau dilapor hilang dan ia akan berterusan sehingga mendapat pengesahan. Bagi Datuk Suhaimi Ibrahim yang merupakan setiausaha politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pembunuhan yang berlaku itu sukar dipercayai kerana ia sesuatu yang sangat kejam, zalim serta tidak bertamadun. Beliau yang merupakan kenalan rapat Sosilawati sejak tujuh tahun lepas, berkata kali terakhir beliau dihubungi Sosilawati ialah pada 29 Ogos lepas iaitu sehari sebelum Sosilawati bersama tiga lagi mangsa ke Banting bagi urusan pembelian tanah. "Sosilawati menghubungi saya untuk berjumpa pada tarikh itu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang tetapi saya tidak boleh menemui beliau pada hari itu kerana ada urusan lain dan saya maklumkan padanya untuk bertemu pada 31 Ogos," katanya. Beliau berkata pada 31 Ogos, beliau cuba menghubungi Sosilawati untuk mengesahkan pertemuan itu tetapi panggilannya tidak dijawab. "Sangat pelik bila dia tidak jawab telefon sebab Sosilawati jarang buat begitu, kalau ada 'miss call' dia akan cepat-cepat telefon semula. Pada 1 September saya cuba menghubungi beliau lagi tetapi telefonnya dimatikan," katanya. Beliau berkata pada pertemuan mereka sebelum bulan puasa, Sosilawati pernah memaklumkan kepadanya tentang tanah itu selain hasrat untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa saham. "Beliau merupakan ikon wanita, beliau salah seorang pelopor usahawan kosmetik yang menjadi ikutan dan contoh pada usahawan lain," katanya. Sementara itu adik Sosilawati, Masturi Lawiya berkata malam ini solat hajat dan kenduri tahlil akan diteruskan di kediaman Sosilawati manakala solat hajat dan tahlil turut diadakan di rumah ibu bapanya di Batu Pahat semalam. Pengusaha stokis produk kecantikan Nouvelle Visages di Kampung Baru pula berkata beliau mengenali Sosilawati sejak tahun 1985 dan sepanjang perkenalan itu Sosilawati adalah seorang wanita yang baik hati dan dermawan. "Kali terakhir kami berjumpa sebelum Ramadan lalu dan amat sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Diharapkan anak-anak dan keluarga Sosilawati tabah dan redha dengan apa yang berlaku," katanya yang enggan namanya disiarkan - TMI |
| Kes Sosilawati : Apakah suspek utama ada hubungan dengan PDRM? - AMK Posted: 13 Sep 2010 11:41 AM PDT 13 Sept 10: 'Kecekapan' seorang peguam bergelar Datuk - suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati, yang terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbabit dalam empat kes jenayah sebelum ini, menimbulkan pelbagai persoalan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hairan mengapa tiada tindakan dilakukan terhadap peguam berkenaan yang memiliki empat rekod berkaitan kes kehilangan individu lain. Bagi beliau, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud pertalian hubungan antara suspek dengan pimpinan tertinggi polis atau pentadbiran Polis Diraja Malaysia yang lemah sepanjang kepimpinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa. Hassan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan seorang peguam berusia 41 tahun berpangkat 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain itu pernah terlibat dalam empat lagi kes kehilangan orang. "Kita berasa hairan 'Datuk' ini yang dikatakan ada rekod jenayah yang sama, tidak diambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku. Datuk ini, apakah ia mempunyai kaitan dengan orang politik atau ada kaitan dengan tokoh tertentu dalam polis. "Saya rasa itu merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh pasukan keselamatan sendiri," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor. Lebih-lebih lagi, PDRM ketika dipimpin Musa Hassan kerap dikritik lantaran dakwaan hubungannya dalam jenayah berprofil tinggi termasuk kegiatan kongsi gelap dan salah laku orang kenamaan. Sehingga tempoh persaraannya, bekas Ketua Polis Negara itu gagal membersihkan namanya dari dakwaan yang tersebar melalui internet, malah tidak mengambil sebarang tindakan perundangan. "Dari segi KPI untuk ketua polis negara, proses pertukaran ini sepatutnya sudah lama dibuat. Saya percaya kerana dari pelbagai sumber, tidak keterlaluan saya katakan sudah menjadi satu rahsia umum mengenai keterlibatan pimpinan kanan polis. "...tidak terkecuali Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam kegiatan jenayah berprofil tinggi termasuk melibatkan diri dengan gangster dan kongsi gelap," katanya. Sehubungan itu, Shamsul Iskandar meminta polis kembali kepada asas penugasan iaitu membanteras jenayah dan menjaga keamanan serta ketenteramana awam, bukannya mengekori pemimpin politik pembangkang untuk mencari salah. "Pada saya sudah sampai masanya pasukan polis mengurangkan tumpuan dan fokus mereka daripada menjaga aktiviti politik yang kita lihat sekarang ini pasukan polis menjadi perkakas kepada Umno Barisan Nasional. "Tumpuan sepatutnya diberi untuk menurunkan kadar jenayah di negara kita," katanya. -TVS |
| Jurugambar dan pemberita ditahan polis dilokasi pembunuhan Sosilawati Posted: 13 Sep 2010 10:36 AM PDT BANTING: Dua jurukamera video dan seorang pemberita ditahan anggota polis yang berkawal di Ladang Gadong, Tanjong Sepat, lokasi yang dipercayai menjadi tempat jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dibunuh dan dibakar. Mereka ialah jurukamera agensi berita Xin Hua Lim Ling Fong, stringer NTV7 Mohd Shahif Ibrahim dan wartawan portal berita Malaysian Insider Yow Hong Chieh. Ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira 4.15 petang Isnin ketika cuba menyusup masuk ke ladang ayam, tempat di mana kesemua mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar. Namun mereka hanya berjaya menyusup masuk kira-kira 200 meter dari tempat polis berkawal, iaitu di kawasan pintu masuk jalan ke ladang berkenaan. Selepas ditahan, mereka diarah menaiki kereta peronda polis sebelum dibebaskan pada 5.43 petang kira-kira 50 meter dari tempat mereka ditahan. Mohd Shahif berkata ketika ditahan, anggota polis cuma memeriksa kad pengenalan mereka dan memberi amaran agar tidak lagi menceroboh tempat kejadian. Dalam kejadian itu, Sosilawati, 47, menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32,. - BERNAMA |
| Kes Sosilawati : Noorhisham patut sambut harijadinya hari ini Posted: 13 Sep 2010 08:33 AM PDT Adik tiri Noorhisham, Raja Azizul Amri Raja AzizPegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 yang hilang bersama Datuk Sosilawati, seorang peguam dan pemandu peribadi Datuk sepatutnya menyambut hari jadinya yang ke-38 hari ini - Isnin 13 Sept. Krew BERNAMA TV sedang menemuramah Naib Setiausaha Perdana Owners ClubSaudara Shahrul Hashimi Sharif yang hadir bersama ahli-ahli kelabnya Aku bersama krew BERNAMA TV sempat kerumah beliau di Taman Seraya, Cheras selepas mereka mendapat info yang mengatakan keluarga Noorhisham akan mengadakan tahlil dan doa selamat sempena dengan hari jadi beliau hari ini. Suasana di dalam rumah Noorhisham ketika majlis tahlil diadakanSekitar 100 orang penduduk tempatan telah menyertai tahlil dan doa selamat tersebut, termasuklah ahli-ahli dari Perdana Owners Club yang mana Noorhisham adalah Timbalan Presiden kelab kereta tersebut. Suasana sedih menyelubungi majlis tahlil malam ini. Majlis selesai sekitar jam 10 malam |
| Kes Sosilawati : Saya makan bersama suspek utama pada 8 Sept lalu - Datuk T Murugiah Posted: 13 Sep 2010 03:45 AM PDT ![]() Datuk T Murugiah bersalaman dengan keluarga Datuk Sosilawati Datuk T Murugiah sedang menjawab pertanyaan pemberita di luar rumah Bersalaman dengan keluarga DAtuk Sosilawati sebelum berlepas pulangTidak seperti yang dikhabarkan terdahulu yang mana keluarga tertuduh Datuk Padmanaban akan datang menemui keluarga Datuk Sosilawati, sebaliknya yang muncul adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah. Selepas berada hampir 1 jam di dalam rumah Datuk Sosilawati, akhirnya Datuk T Murugiah keluar menemui pemberita yang sejak awal lagi menanti. "Ini bukan lah isu kaum, antara Malayu daengan India" kata Datuk Murugiah. "Sebenarnya orang India juga marah dengan kejadian ini. Ramai yang menalipon saya dan marah-marahkan yang tertuduh" katanya lagi. Datuk Murugiah juga berterima kasih pada pihak polis dan berharap agar penjenayah ini tak terlepas. Katanya lagi "sebenarnya keluarga Datuk (Sosilawati) masih boleh menaruh harapan kerana keputusan DNA masih belum didapati sehingga ke saat ini". Terang Datuk Murugiah lagi beliau bersama tertuduh utama Datuk Padmanaban pada 8 Sept lalu kira-kira jam 6.00 petang bersama-sama dalam satu majlis penyampaian 'hamper' untuk orang-orang asli di Banting. "Itu lah pertama kali saya bertemu dia" jelas Datuk Murugiah. "Saya tidak mengenali beliau sebelum ini, dan beliau ada mengatakan kepada saya untuk menyertai MIC selepas ini" "Kami makan bersama. Dia (Padmanaban) duduk sebelah saya" terang Datuk Murugiah Menjawab pertanyaan pemberita, dengan ketawa Datuk Murugiah menjawab "Kita tidak akan menerima penjenayah menyertai MIC" Sekali lagi beliau amat berharap agar polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan memastikan agar penjenayah dapat dibawa kemuka pengadilan secepat mungkin. Datuk T Murugiah berlepas pulang sekitar jam 6.00 ptg tadi |
| 5.10ptg Isnin - Di hadapan rumah Datuk Sosilawati Posted: 13 Sep 2010 02:10 AM PDT Kelihatan ramai anggota polis. Sebuah Proton Perdana Executive dengan lambang Timbalan Menteri betul-betul di hadapan pintu masuk rumah Datuk. Pemberita dan jurugambar ramai. Diberitakan satu sidang akhbar akan diadakan pada jam 5.30 nanti oleh keluarga tertuduh BERITA LANJUT MENYUSUL |
| Tahanan ISA terbaru - GMI dan Suaram kecam tindakan KDN Posted: 12 Sep 2010 11:16 PM PDT STONE: Dalam diam-diam seorang lagi rakyat tempatan dihantar ke Kemunting. Didakwa terlibat dengan rangkaian keganasan antarabangsa. Apakah dakwaan tersebut dapat dibuktikan? Kita sekarang menjadi semakin tidak selamat ... Waspadalah !!! Malaysia semakin tidak selamat Tahanan ISA di Kamunting tambah seorang, KDN dikecam KUALA LUMPUR, 13 Sept — Dua badan hak asasi manusia mendedahkan seorang rakyat tempatan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas pulang dari Thailand Julai lalu, telah dihantar ke pusat tahanan Kamunting untuk menjalani hukuman dua tahun bermula Khamis lalu. Kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri menghantar Mohamad Fadzullah Abdul Razak, 28, ke Kamunting tanpa pengetahuan keluarga dan peguamnya. Dia dihantar ke Kamunting 2 September lalu. Fadzullah ditahan pada 15 Julai selepas dia kembali ke Malaysia dari Thailand dan didakwa terlibat dalam rangkaian keganasan antarabangsa. "Bagaimanapun dakwaan ini tidak pernah dibuktikan di mana-mana mahkamah terbuka sejak dia ditahan di bawah ISA. "Sebenarnya, kami meragui sama ada kesemua dakwaan ini boleh dibuktikan di mahkamah terbuka dan dalam perbicaraan yang bebas," kata kedua-dua pertubuhan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. GMI dan Suaram berkata perintah eksekutif Menteri Dalam Negeri itu untuk menahan Fadzullah selama dua tahun melanggari soal keadilan. "Fadzullah telah dinafikan hak asasi manusia yang termaktub dalam Deklarasi Universal Hak Asasi, hak untuk mempertahankan diri di mahkamah terbuka dan mahkamah bebas, hak untuk akses kepada peguam dan hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," kata beliau lagi. Dalam pada itu, GMI dan Suaram berkata Sheikh Abdullah Sheikh Junaidi, 70, seorang rakyat Malaysia yang ditahan pada 11 Ogos telah dibebaskan. Dia ditahan bersama Mustawan Ahbab, 34, seorang rakyat Indonesia dan Samsul Hamidi, 34, warganegara Malaysia — kedua-duanya masih menjalani tahanan 60 hari di bawah 73(1) ISA. "Meskipun GMI dan Suaram mengalu-alukan pembebasan ini, kami berpendapat ini satu lagi pembebasan selektif dan masih berpendirian tegas bahawa tiada siapa yang harus ditahan di bawah ISA atau sebarang bentuk tahanan tanpa dibicarakan," katanya lagi. Julai lalu, GMI berkata, pihaknya percaya penahanan Fadzullah adalah respons kepada tekanan antarabangsa terhadap ancaman keganasan di Malaysia. Awal Januari lalu, polis menahan 10 lelaki, didakwa anggota kumpulan keganasan serantau Jemaah Islamiah (JI) dan didakwa mencuba untuk merosakkan rumah ibadat bukan Islam di negara ini. Kesemua mereka telah dihantar pulang ke negara masing-masing kecuali Azzahari Murad yang diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad di Petaling Jaya - TMI |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan