Sabtu, 18 September 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


M Rajoli meninggal dunia petang tadi

Posted: 17 Sep 2010 07:02 AM PDT



Berita yang baru diterima pelakon dan juga pelawak terkenal tanah air meninggal dunia petang tadi. Semoga Allahyarham ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman Al-Fatihah.




CiLiK©

Lapor terus ke Facebook Ketua Polis Selangor

Posted: 17 Sep 2010 05:21 AM PDT


Perhatian kepada semua anggota Polis dan orang awam di seluruh Negeri Selangor! Hari ini Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan kepada media bahawa beliau sedia menerima terus aduan orang ramai ke Laman Sosial Facebook beliau sekiranya terdapat mana-mana anggota Polis yang melakukan penyelewengan rasuah!

Ehem-ehem bersedialah kamu wahai anggota Polis Selangor yang dah kembung perut kerana selalu sangat makan rasuah! Big Boss kamu bila-bila masa akan melucutkan baju Polis kebanggaan kamu itu! Keh keh keh... Kepada orang awam jangan ragu-ragu! Lapor terus ke Ketua Polis, kita tengok dia betul-betul ke sekadar temberang kacang nak ambil tindakan...




ReJaM©: Harap-harap lepas ni Ketua Polis Negeri lain pun bolehlah ambil jalan serupa! Jangan Cakap je lebih dah ler Datuk!

Kes Sosilawati, DAP mahu saman Utusan

Posted: 17 Sep 2010 02:51 AM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Sept: DAP sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan fitnah yang mengaitkan parti itu dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan tersebut sedang dipertimbang dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Akhbar Umno berkenaan didakwa melaporkan bahawa suspek utama, peguam bergelar datuk tersebut adalah ahli DAP seumur hidup.

Sedangkan kata beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah memberitahu media bahawa suspek berkenaan mahu menjadi ahli MIC.

"Kes bunuh kejam, Utusan pun politikkan dengan fitnah bahawa suspek peguam adalah ahli seumur hidup DAP,sebenarnya dia nak masuk MIC. DAP akan saman Utusan," tulis Guan Eng dalam twitternya.

Utusan dalam laporannya Selasa lalu memetik bekas naib ketua AMK, Mohd Zahid Md Arip yang melabelkan DAP sebagai "hiprokit" kerana lambat membidas pembunuh Sosilawati dan tiga yang lain.

Mohd Zahid dalam laporan berkenaan mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.

Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."



ReJaM©

Tiada ulasan: