MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- HILANG KUASA ADALAH UMNO, BUKAN MELAYU JIKA PR MEMERINTAH
- NAIB PRESIDEN PKR - WAJARKAH YB NURUL IZZAH BERTANDING?
- DATO ZAID, JANGAN BAWA BIADAP UMNO KE DALAM PARTI
| HILANG KUASA ADALAH UMNO, BUKAN MELAYU JIKA PR MEMERINTAH Posted: 24 Sep 2010 10:08 PM PDT
Menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya. Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu. Wawancara itu dipetik media arus perdana dengan menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mendapat kuasa seperti yang berlaku di Perak sebelum dirampas oleh BN.
Nizar berkata, kenyataan sebegini adalah jelas dari otak perkauman Mahathir. "PAS bertindak secara Islam untuk mendapatkan dari Umno yang perkauman untuk menyelematkan Malaysia," kata Nizar. Sementara itu, ahli parlimen Lembah Pantai, Nuzul Izzah Anwar pula mencabar Mahathir untuk berdebat berikutan dakwaannya Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.
"Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana takut Melayu hilang kuasa atau hilang harta?" kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan akhbar. Bagi Nurul Izzah, kenyataan Mahathir itu tidak bertanggungjawab dan adalah sebahagian daripada usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.
"Selain penggunaan isu perkauman, Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'. 'Politik ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak," katanya. Menurut Nurul Izzah, masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa. "Tujuannya untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, Umno," katanya yang dipercayai merujuk kepada Pergerakan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali dengan Mahathir sebagai penasihat. "Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan.
"Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas. "Kita perlu melawan usaha-usaha ini dengan menekankan politik berlandaskan harapan dan kebebasan yang akan mengubah minda Melayu daripada kebimbangan palsu tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong," kata Nurul Izzah./Malaysiakini | ||||||||
| NAIB PRESIDEN PKR - WAJARKAH YB NURUL IZZAH BERTANDING? Posted: 24 Sep 2010 07:53 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSMEMERANJATKAN apabila anak sulung kepada DS Anwar selaku Ketua Umum PKR dan DS Wan Azizah selaku Presiden PKR, YB Nurul Izzah menimbangkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR. Tiada salahnya jika beliau bertanding bagi meraikan demokrasi di dalam parti mahu pun untuk menduga pengaruhnya di dalam parti. Namun begitu, belum tentu niat yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik kepada parti. Saya tidak terkilan jika YB Nurul Izzah bertanding sebagai mewakili kaum Hawa di dalam teraju kepimpinan PKR, tetapi semua telah maklum bahawa seorang lagi calon berkaliber dan lebih berpengalaman iaitu YB Fuziah Salleh juga turut bertanding jawatan yang sama. Amat dibimbangi sekiranya berlaku perpecahan undi di kalangan kaum Hawa dan akhirnya semua terlepas. Meskipun saya yakin YB Nurul Izzah bertanding tidak akan menggunakan pengaruh ayahanda dan bondanya, tetapi di dalam politik persepsi orang ramai sukar untuk dielakkan. Sebelum ini pun pihak musuh menuduh bahawa PKR adalah sebuah parti yang dikuasai oleh `keluarga DS Anwar'. Bayangkan jika YB Nurul Izzah benar-benar bertanding dan memenangi jawatan tersebut. Apabila difikirkan risiko yang bakal mendatang serta menjadi bahan kempen di pihak musuh, adalah lebih bijaksana jika YB Nurul Izzah tidak turut serta di dalam haraki kepimpinan atasan parti. Inilah peluang untuk kita buktikan bahawa PKR bukan parti `keluarga DS Anwar'. Tidak salah jika kesemua keluarga DS Anwar memimpin parti asalkan diberi kepercayaan oleh ahli-ahli parti, tetapi suasana sedemikian dilihat tidak bijak untuk jangkamasa panjang. Tidak dinafikan kebolehan yang dimiliki oleh YB Nurul Izzah tetapi mungkin belum tiba masanya untuk beliau diberi tanggungjawab sebesar itu. Sehingga saat ini, sebelum YB Nurul Izzah menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR sudah tentu sebilangan besar ahli terutamanya dari kaum Hawa sudah `set' di otak mereka untuk memilih YB Fuziah Salleh sebagai wakil tunggal kaum Hawa di kerusi tersebut. Dan sekarang, mungkin sedikit berlaku dilema di kalangan mereka untuk memilih di antara dua tokoh wanita ini. Mungkinkah nanti kedua-dua calon wanita ini berjaya memenangi kerusi Naib Presiden PKR? Mungkin tidak, dan jika berlaku juga pada pendapat saya tidak begitu baik untuk parti. Justeru itu, saya merasakan YB Nurul Izzah boleh berfikir semasak-masaknya sebelum memasuki gelanggang. Memperbanyakkan risiko, menimbulkan suasana serba salah serta menimbulkan banyak persepi bukanlah strategi yang baik untuk parti./wfauzdin.blogspot.com | ||||||||
| DATO ZAID, JANGAN BAWA BIADAP UMNO KE DALAM PARTI Posted: 24 Sep 2010 08:46 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MUNASABAHKAH seseorang ahli parti apatah lagi baru `dua hari' memasuki parti menggelar bosnya berjawatan Timbalan Presiden sebagai `nyanyuk'? Jika ada berlaku sekali pun, mungkin dari kalangan ahli yang tidak berpelajaran atau sememangnya berniat jahat untuk menghancurkan parti. Itulah yang dilakukan oleh calon Timbalan Presiden PKR iaitu Dato Zaid Ibrahim. Betul atau tidak, anda boleh baca kenyataan yang dikeluarkan di Malaysiakini semalam. Adakah kerana Dr Syed Husin Ali menegur atau mengkritik beliau tanpa serangan peribadi yang kotor maka Dato Zaid perlu melawannya secara jijik dan kotor tanpa sedikit pun rasa hormat kepada Timbalan Presiden nya sendiri? Belum pun Dato Zaid dipilih sebagai orang nombor dua dalam parti, beliau telah menunjukkan ego, sombong dan berperangai biadab. Nampaknya Dato Zaid belum pulih sepenuhnya dari `najis' yang dibawa ketika beliau berada di dalam Umno. Saya percaya Dato Zaid di dalam keadaan tertekan sekarang kerana beliau ditinggal jauh oleh YB Azmin di dalam pencalonan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi mengapa beliau melepaskan geram penuh emosi tanpa menggunakan akalnya terhadap Dr Syed Husin? Sebelum ini Dato Zaid menyebut juga bahawa Presiden PKR sekarang umpama `boneka' di dalam parti. Satu kenyataan memperlekehkan DS Wan Azizah. Beliau juga menyebut bahawa DS Anwar selaku Ketua Umum merupakan satu jawatan yang tiada di dalam Perlembagaan Parti maka hakikatnya DS Anwar adalah `ahli biasa' sahaja di dalam parti. Memang benar, Ketua Umum adalah jawatan yang tidak termaktub di dalam parti, tetapi melabelkan DS Anwar bagai `ahli biasa' adalah satu kenyataan yang bersifat ego dan tidak beradab. Melucukan pula, beliau berjanji akan mengembalikan `kuasa' Presiden Parti jika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden Parti nanti. Lojikkah seorang Timbalan akan memberi kuasa kepada Presiden? Sebab itu sebelum ini saya menulis adalah lebih baik Dato Zaid bertanding merebut jawatan Presiden agar dapat merasakan benar atau tidak Presiden PKR itu hanyalah `boneka'. Jika sudah Presiden itu `boneka', apa lagi yang mahu diharapkan kepada Timbalan Presiden? Selama ini PKR mampu menguasai politik tanahair dengan dasar yang jauh lebih baik dari Umno dipimpin oleh `boneka'? Jika Presiden `Boneka' dan Ketua Umum pula `ahli biasa' sahaja, maka siapa yang selama ini berkuasa mengurus parti hingga ke tahap ini? Saya amat setuju dengan nasihat dari YB Azmin agar Dato Zaid menarik balik kenyataannya itu. Jika terbukti beliau melakukan kerja biadab seperti itu, parti mestilah bertindak tegas untuk mengambil tindakan ke atas Dato Zaid kerana menghina Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden. Mungkin Dato Zaid sememangnya mahu parti mengambil tindakan ke atasnya untuk meraih simpati kununnya suara beliau disekat dan akhirnya beliau akan menjadikan alasan untuk melompat dari parti atau menanti untuk dipecat. Mungkin cara YB Zul Kulim cuba dilakukan oleh Dato Zaid. Jika inilah sikap Dato Zaid, sememangnya beliau tidak layak menjadi ahli PKR jauh sekali untuk kita pilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Bayangkan jika beliau berada di kerusi Nombor Dua, apakah yang akan dilakukan oleh Dato Zaid nanti. Sedangkan sekarang beliau belum memegang jawatan tinggi di dalam parti pun beliau sudah menunjukkan sikap kurang ajar dan biadapnya terhadap Ketua Umum dan Presiden Parti. Saya mendoakan agar parti ini dijauhkan dari orang seperti ini yang sentiasa merasakan dirinya besar, ego dan sombong. Orang seperti ini jika ada di dalam parti pun `tidak menambah' dan jika keluar dari parti `tidak mengurangkan'. /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan