Kopitiam Bang Nan |
- Dalam pujian...baik sungguh kalau kita bermuhasabah...!!
- Hang komen sikit Dr. Asri ni Zul...Aku tak tau!! He he..
- Mahathir kutip tol...
| Dalam pujian...baik sungguh kalau kita bermuhasabah...!! Posted: 27 Sep 2010 07:30 PM PDT Kalau pemilihan pucuk pimpinan parti aku macam yang dilaksanakan oleh PKR...aku ada list pemimpin yang bakal aku pilih...isk isk!! Terima kasih Dr. Abdul Aziz Bari... Pas dan Perlembagaan Oleh - Abdul Aziz Bari Hujung Ramadan yang lalu saya diminta melancarkan dua buku karangan Ahli Jawatankuasa Agung Pas dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa. Pada mulanya saya berasa hairan mengapa anak bekas Presiden Pas Datuk Yusuf Rawa itu memilih saya. Apa pun, dalam ucapan dan perbualannya dengan saya selepas itu Mujahid, yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas yang menjadi penggerak penting di belakang Dewan Himpunan Penyokong Pas - sayap bukan Islam parti itu - memberitahu sebab-sebabnya, antaranya kepercayaan beliau yang kerangka perlembagaan negara hari ini boleh digunakan untuk melaksanakan cita-cita perjuangan partinya. Saya berasa terharu; bukan sangat kerana beliau mengakui kepentingan perlembagaan tetapi kerana kesediaan beliau untuk memahami dan menerima kenyataan yang ada di negara kita. Pada saya ini amat penting dalam memastikan proses demokrasi – yang mahu tidak mahu menentukan keberkesanan perjalanan perlembagaan – berjalan dengan baik dan Pas, sebagai salah satu parti tertua dan utama dalam sistem politik kita, mempunyai sumbangan dan peranan tidak kecil. Sejak 1990 Pas memainkan peranan penting dalam percubaan membentuk sistem dua parti; dari Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kemudian Barisan Alternatif (BA) dan sekarang Pakatan Rakyat (PR). Beberapa bulan lalu seorang penganalisis India dalam sebuah harian berbahasa Inggeris menyatakan, Pas adalah komponen utama berbanding DAP dan PKR. Ini dikatakan berdasarkan kedudukan Pas sebagai parti tertua – wujud sejak 1951 – dan terbesar. Setakat ini Pas dianggarkan mempunyai hampir sejuta ahli. Selain itu Pas dilihat sebagai parti berdisiplin: ia masih belum mengalami penyakit melompat sebagaimana DAP dan PKR. Pas juga mempunyai organisasi dan logistik yang mantap. Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaffar, malah mendakwa dalam soal itu Pas lebih baik dari UMNO. Sebagai bekas pemimpin UMNO saya fikir Kamarudin mempunyai sebab kukuh untuk berkata begitu. Katanya UMNO kuat kerana ia menguasai kerajaan ditambah dengan perangainya yang suka menyalahgunakan agensi dan kemudahan kerajaan. Berbalik kepada apa yang dikatakan Mujahid tentang perlembagaan tadi, sebenarnya ia mengungkapkan tanggapan Pas terhadap sistem dan suasana politik yang ada sekarang. Begitu jelas Pas menerima sistem yang ada, selain mula menguasai permainan dan rentak politik semasa. Ini jelas dalam kesungguhan Pas menyantuni kedudukan dan masalah bukan Melayu yang kelihatan dalam kesediaannya meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam, selain menerima mereka sebagai ahli dan sayap parti. Beberapa minggu lalu saya menyinggung kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang pendekatan Pas dalam pelaksanaan hudud di Malaysia. Itu semua membuat UMNO menuduh Pas menjual prinsip kerana kuasa. Pada saya ini tidak perlu dipedulikan. Hakikatnya ialah semua parti mengatur strategi mengikut keperluan dan senario semasa. 20 tahun dulu Pas lain kerana ketika itu ia berhadapan dengan isu hidup mati. Sekarang ia berada dalam posisi kerajaan alternatif. UMNO sebaliknya berhadapan dengan senario hidup mati. Sebab itu UMNO makin rasis dan kadangkala Islamik. Bagaimanapun Pas masih ada masalah dan ini agak jelas apabila ia kelihatan dipimpin oleh dua naib presiden; yakni Datuk Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub. Selain mereka ada beberapa pemimpin barisan kedua seperti Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad yang sering kelihatan dan kedengaran. Apa yang saya maksudkan dengan memimpin di sini ialah suara dan inisiatif parti dalam isu-isu nasional; contohnya isu Felda, kempen saman ekor dan insurans kereta. Selepas ini mungkin ada orang Pas, khususnya yang taksub dengan pemimpin tertentu, menuduh saya masih berdendam dengan Pas. Saya tak kisah kerana saya bukan orang politik. Saya hanya mahu melihat politik Malaysia lebih beradab dan ini hanya boleh dicapai sekiranya kita ada dua barisan parti yang kukuh dan bersedia untuk memerintah bila-bila masa. Ini tidak akan berlaku jika Pas dipimpin oleh mereka yang asyik menunggu mimpi dan banyak keluar negara. Salah satu soalan yang dikemukakan wartawan kepada Mujahid selepas pelancaran buku itu ialah apakah projek tersebut ada kaitan dengan pemilihan parti tahun depan. Sebagai ahli politik Mujahid hanya tersenyum. Tetapi ia tetap mempunyai makna. Selain perspektif yang betul tadi, Mujahid mempunyai kelebihan tersendiri dengan kedudukannya sebagai anak seorang pemimpin tertinggi parti. Tetapi apa yang lebih penting ialah kelebihan ini tidak digunakan untuk diri sendiri, sebaliknya untuk memperkasa parti sebagaimana yang dilakukan dalam pembentukan sayap non-muslim itu. Mujahid turut mempunyai kelebihan untuk diterima lebih daripada satu pihak. Ini kerana kemampuannya berbahasa Arab – beliau graduan Al-Azhar – selain Melayu dan Inggeris. Tetapi ini sahaja tidak memadai kerana kalau hanya kemampuan berbahasa yang menjadi kriteria, lebih baik beliau buat bisnes macam Datuk Mahadzir Lokman. Apa pun dalam Pas sudah ada contoh orang yang dinaikkan atas kekuatan itu dan berakhir dengan kegagalan. * Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang hampir 21 tahun |
| Hang komen sikit Dr. Asri ni Zul...Aku tak tau!! He he.. Posted: 27 Sep 2010 05:53 AM PDT Hang kan Pejuang Islam Sejati...ini kira taraf hang ni... Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram Sep 27, 10 2:34pm Kongsi 0Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram. "Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi," katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China. Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi. "Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan." Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya. Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam. Judi hendaklah dicegah Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi. "Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber," katanya. Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat. Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya. "Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang," kata Lim dalam satu kenyataan. Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam. Ada juga bukan Islam miskin tegar "Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?" soal Lim. Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan. Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. "Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. "Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit," katanya lagi. |
| Posted: 27 Sep 2010 05:02 AM PDT Sultan Mansur Shah menaiki tahta kerajaan negeri pada tahun 1458. Ini aku baca dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka. Di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah inilah Hang Tuah dan 4 sahabatnya yang lain menaburkan bakti sebagai panglima. Tak percaya baca Wikipedia Hikayat Hang Tuah. Maknanya, Sebelum Portugis masuk Melaka iaitu pada tahun 1511, Hang Tuah dan sahabat2nya mungkin telah kembali ke Rahmatullah. Macam mana datangnya slogan 'tidak melayu hilang di dunia' akupun tak tahu. Portugispun tak masuk Malaya lagi masa tu...Hang Tuah dah sibuk cerita melayu takkan hilang. Masa aku dilahirkan pada tahun 1964, kalau Hang Tuah masih hidup, usianya mungkin sekitar 500 tahun. 2-3 tahun lepas masa aku pergi ke PD...aku terserempak dengan Hang Tuah. Dia kerja kutip toll di Plaza Toll PD. Aku sempat menyapa beliau... "Bila pindah dari Melaka?" "Saya memang asal sini bang...!!" Jawab dia selamba. "Hang Lekiu apa khabor?" Aku saja mendajal... Hang Tuah hanya senyum aje.... Sebelum aku beredar...aku sempat mengusik lagi. "Tak melayu hilang di dunia!!" Sambil aku mengangkat tangan...anak2 dan isteri aku gelak mengekek. Selepas lebih 500 tahun...muncul pulak seorang mamak bendahara yang lebih melayu dari melayu. Gagah bebeno gamaknya dia...susah hati teramat sangat dengan kemunculan PAS dan PKR. Maka keluarlah pulak slogan melayu barunya.... "Tak kan kekal melayu di Malaysia...!!" Alahai. Maka hebuhlah seantero dunia Utusan Malaysia seperti burung kakak tua. Hendak juga aku bertanya? Siapalah agaknya empunya angkara sehinggakan Utusan Melayu (sedara kembar sepusat sepusing Utusan Malaysia) sudah lenyap dari mukabumi ini? PAS kah? PKR kah? DAP kah? Maka tertanya2lah rakyat jelata semua, semasa mamak bendahara bersemayam di tahta... ke manakah perginya tanah-tanah orang melayu, saham-saham orang melayu, harta pusaka orang melayu, bahasa ibunda orang melayu????? Semasa Pekembar sedang berkuasa macam mana Tanah Melayu boleh hilang Singapura dan Pulau Batu Putih? Angkara siapa 2 blok minyak di Laut Cina Selatan diserah kepada Brunei??? Mungkin 500 tahun dari sekarang, ada yang menulis dalam media apa tentang kisah Melayu dalam Lipatan Sejarah? Wallhu'alam. Masa tu mamak bendahara dah tak ada akupun dah tak ada. Mungkin ada di tol mana-mana budak nama Mahathir dok kutip duit tol...mana aku tau? He he |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan