Sabtu, 25 September 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


SAMBUTAN HARI RAYA DUN LEMBAH JAYA...

Posted: 25 Sep 2010 06:51 PM PDT



Sambutan hari raya YB Khasim di Dewan Ahmad Razali malam tadi meriah.

Teman turut serta kira-kira jam 9.00 malam bersama Hj. Wan, Loyar Md. Noh, YB (Datuk) WIWA, Tahir dan Xxx. Rombongan kami disambut mesra oleh YB Khasim sendiri.

Diminta duduk di meja utama dan diserve personally oleh Hj. Aziz (JKP Zon 11) dan Ketua Cawangan Bukit Indah. Terima kasih banyak.

Ramai sekali yang datang dari berbilang bangsa dan agama...all walks of life...kata orang kampong teman.

"Kalau macam ni ada harapan lagi PR dlm PRU akan datang...!!!" Kata Xxx.

"Jangan terlalu confident Xxx...hang undi pos..he he!!" Teman saja mengusik. Xxx hanya tersengih..

'Dengar cerita SPR dan JPN dok bertungkus lumus dalam gelap la ni....diam tak diam dah beratus ribu pengundi dipindahkan...!!" Hj. Wan mencelah...

"Ha ah lah...askar sekarangpun dah pakai E-Card. Sajalah tu nak monitor kita orang undi sapa. Dulu pakai kad manual ajer...!!" Tambah Xxx.

Lebih kurang 30 minit menikmati hidangan, kamipun berlepas pulang. Nak bagi peluang orang lain yang berbaris menunggu.

Terima kasih YB kerana menjemput dan memberi layanan yang terbaik. Kambing Pak Tam memang class..!!

Tiada ulasan: